Friday, 29 September 2017

Cerpen : Si Boss & Si Recepcionist

Assalamualaikum..hai...sorry sebab lamnat sansat post. Tapi ni dia untuk kali ni. Maaf kalau serba kurang. Saya rushing siapkan yang ni sebab bulan 10 nanti akan mula busy dengan mid term exam. Btw, enjoy...


#######

"Kau nak bela sangat budak tu kan? Kau pun keluar dari sini!"

"Mak tolong la, kesian baby ni. Dia tak berdosa"

"Keluar! Keluar! Kau ambik budak ni, jangan balik sini lagi!"

#######

"Syifa" satu tangan menyentuh bahu orang yang bernama Syifa menyebabkan dia tersedar dari lamunan masa lampaunya.

"Aina. Kenapa?" Soal Syifa kepada Aina.

"Dah lunch hour. Kau tak nak pergi tengok anak kau ke?" Syifa memandang jam ditangan dan dia menepuk dahi kuat. Dia dah terlupa sebab suka sangat mengelamun.

"Aku naik kejap." Ujar Syifa dan berlari ke tangga untuk memanjat ke aras tiga. Di mana nursery ditempatkan. Di dalam bangunan yang dia bekerja, semuanya lengkap, surau, tempat makan, termasuk juga nursery untuk pekerja di dalam bangunan syarikat itu.

Syifa mengambil anaknya yang berusia lapan bulan. Masih lagi menyusu dada, lagipun anaknya alahan dengan protein susu lembu, jadi dia perlu menyusu dada. Mulanya kekok tapi lama kelamaan jadi kebiasaan juga.

Syifa berada di sebalik tabir untuk menyusu kepada Adib, anaknya. Selesai menyusukan Syifa perlu kembali semula ke meja depan. Dia bekerja sebagai recepcionist.

Syifa kembali ke meja dan mengucapkan terima kasih kepada Aina kerana selalu menolongnya di meja depan waktu makan tengahari.

"Kau dah makan?" Soal Aina kepada Syifa.

"Dah" jawab Syifa sepatah dan masukkan sistem ke dalam komputer. Menyambung kerjanya semula.

"Aku tak nampak pun kau keluar beli makanan"

"Dah. Aku bawa bekal dari rumah. Kau pergi la makan"

"Aku puasa hari ni, ganti tak habis lagi"

"Oh. Cepat2 la ganti" pesan Syifa pula dan Aina hanya sengih lebar.

Di bangunan tempat dia bekerja, kebanyakkannya ramai yang tak senang dengan dia kerana dia mempunyai anak tetapi tiada suami. Pada mata orang luar, dia adalah perempuan yang tak tahu malu. Hanya Aina yang tahu kisah sebenar Syifa.

Tepat jam lima petang, Syifa bersedia untuk balik dan mengambil Adib di nursery. Kini Adib sudah pandai merangkak dan Syifa gembira sangat.

"Anak umi. Comelnya" pipi gebu Adib dicium beberapa kali menyebabkan Adib ketawa mengekek dan Syifa juga senang.

"Adib meragam tak hari ni?" Soal Syifa kepada Dina, orang yang bertugas di sini.

"Adib kan anak umi yang baik, mana dia meragam" ujar Dina menyebabkan Syifa senyum puas hati. Dina juga salah seorang yang begitu baik dengan Syifa.

"Kak, tanya sikit"

"Tanya la"

"Ayah Adib ni, bukan orang melayu eh?" Soal Dina naif.

"Kenapa?" Soal Syifa balik

"Sebab tak nampak melayu pun. Comel sangat!" Puji Dina dan cubit pipi adib geram. Syifa ketawa dan gelengkan kepalanya.

"Ayah dia chinese" jawab Syifa dan Dina segera faham.

"Patutlah comel sangat!" Puji Dina lagi. Syifa hanya mampu tersenyum. Dia meminta diri untuk pulang dari Dina.

Syifa bersyukur jarak tempat tinggal dia dan tempat kerja sangat dekat. Berjalan kaki sahaja sudah sampai. Syifa berbual bual dengan Adib dalam perjalanan pulang mereka.

Adib diletakkan di tilamnya supaya Syifa boleh menukar pakaian kepada yang lebih selesa. Adib merangkak mengikut Syifa ke bilik tidur mereka, kemudian ke dapur. Untung Syifa dah beli penghadang supaya Adib tak dapat masuk ke dapur.

Adib mula merengek bila dia tak dapat nak merangkak ke dapur. Mukanya mula disedihkan supaya Syifa kesian. Syifa buat tak endah dan mula memasak makan malam mereka.

Adib merengek semakin kuat dan Syifa mula melayan anak lelakinya. Kuat merajuk jugak Adib ni sebenarnya.

"Sayang umi nak apa?" Soal Syifa dan duduk di depan Adib.

Adib hulurkan tangan minta didukung. Syifa ketawa perlahan dan cium pucuk kepala anaknya. Memang tak la nak dukung Adib. Dua dua tak makan nanti.



Syifa tinggalkan Adib kepada Dina dan dia masuk kerja. Aina sudah berada di meja kerja dan sedang makan sandwich sebagai sarapan.

"Morning" sapa Syifa kepada Aina dan letakkan begnya di bawah meja.

"Morning. Nah sandwich. Aku buat lebih, khas untuk kau" sua Aina dan Syifa mengambilnya dengan senang hati dengan ucapan terima kasih.

Mereka berdua makan dalam keadaan tenang kerana belum lagi jam 8 pagi. Mereka berbual mengenai Adib dan ragamnya. Aina suka betul dengar cerita tentang Adib.

7.45 tepat sudah ramai yang masuk ke dalam bangunan dan semua orang boleh dikatakan sangat kalut. Seperti akan ada benda yang buruk akan berlaku.

"En. Leo, en. Zaim, kenapa kalut sangat ni?" Soal Aina yang boleh dikatakan rapat dengan mereka berdua.

Syarikat ini milik keluarga Zaim tetapi bukan Zaim sebagai ketuanya. Zaim lebih gemar bekerja di bawah dan sebagai pekerja biasa sahaja.

"Hurm, boss cawangan oversea akan mula kerja kat sini. Sebab sale drop teruk" ujar Zaim sambil gelengkan kepala.

Syarikat ini ada tiga cawangan dan di tempat Syifa bekerja paling kecil. Kecil pun tak kecil sangat la, sebab bangunan 20 tingkat ni milik syarikat ini sepenuhnya.

"Semua orang ready nak terima dia ke hari ni? Macam mana rupanya? Saya tak tahu ni" ujar Aina berminat. Syifa hanya pasang telinga kerana tak tahu nak mencelah perbualan mereka.

"Hero kami macam mana Syifa? Rindu betul" soal Leo dan bersandar pada meja dengan senyuman lebar.

"Yup. Saya pun rindu ni" sambung Zaim pula.

"Adib sihat. Rasanya dia pun rindu besties dia ni. Nanti jenguk la dia"

"Okay. Leo, jom gerak" ajak Zaim dan menarik tangan kawan baiknya itu pergi.

Semua orang mula berkumpul dan berdiri menyambut boss besar baru hari ni. Semua orang kelihatan segak dan tegap. Aina dan Syifa ikut sama berdiri kerana semua orang berdiri, tapi mereka masih lagi berada di meja.

Setelah si boss masuk ke dalam lif dan ke arasnya, semua orang berlari kembali ke tempat kerja masing2. Syifa dan Aina langsung tidak rasa terjejas kerana bukannya dia akan bekerja secara langsung dengan si boss.

Tiba2 seorang wanita berlari masuk dan terus ke meja mereka berdua.

"Tolong! Tolong hantar dokumen ni ke boss baru sekarang juga. Saya nak pergi toilet."

"Puan Anisa!" Panggil Syifa tapi semuanya dah terlambat kerana Anisa sudah berlari ke tandas.

"Aina, pergilah" Syifa tolak dokumen itu kepada Aina. Aina buat tak endah kerana dia memang malas dan tak suka ke aras itu. Aras di mana semua orang suka pandang rendah kepada orang bawahan.

"Dia tolak kat kau. Pergi la! Cepat" Aina sengih tak berdosa dan Syifa terpaksa pergi.

Lif ke aras 20 boleh tahan lama dan Syifa harap dia tak kena marah dan di perli oleh orang di aras sana. Dia tiba di aras 20 dan segera ke meja PA boss tetapi meja itu kosong.

"Saya tanya mana Anisa? Apa kena dengan disiplin pekerja kat sini? No wonder la sale drop teruk" tegas sekali suara si boss bila bertanya kepada PA nya.

"Saya cuba call tapi tak berjawab" terang si PA pula.

"Cuba? Great" suara kecewa si boss memang tak dapat disembunyikan lagi.

Suara yang kuat itu menyebabkan Syifa takut untuk mengetuk pintu bilik boss besar itu. Dia telan liur dan berdoa agar semuanya selamat.

Ketukan mendapat sahutan dan Syifa membuka pintu dengan perlahan lahan. Syifa masuk dan tundukkan kepala sebagai tanda sapaan.

Nadia, si PA sudah tayangkan wajah tak senang dan teringin bertanya kenapa Syifa ada di sana, dalam bilik boss yang tak ada kena mengena langsung dengan kerja Syifa.

"Erm, dokumen" ujar Syifa lalu hulurkan dokumen berwarna biru kepada si boss.

"Nadia, awak boleh keluar" dengan arahan singkat itu Nadia keluar begitu juga dengan Syifa yang mula berjalan untuk keluar. Kerja dia dah siap.

"awak nak pergi mana?" Soalan garang itu menyebabkan Syifa berhenti dengan segera.

"Erm, dokumen tu..."

"Yes. Sampah apa yang awak bagi ni Anisa?" Suara Si boss kembali tinggi dan Syifa rasa nak je dia terjun bangunan sebab cuak.

"Saya..."

"Ambil sampah ni dan baiki balik" sergahnya menyebabkan Syifa anggukkan kepala dan mengambil dokumen itu semula sebelum keluar.

'Aku pulak yang kena?' Gumam Syifa seram dan mencari Anisa.

"Puan Anisa"  panggil Syifa dan Anisa segera mendekatinya.

"Syifa, kenapa tak bagi lagi ni?" Soal Anisa risau bila dokumen masih lagi di tangan Syifa.

"Dah hantar. Lepas tu boss minta baiki balik. Puan jangan masuk sekarang la, boss tengan angin tu" pesan Syifa dan Anisa anggukkan kepala. Dia ucapkan terima kasih dan Syifa kembali semula ke tempat kerjanya.



Tepat jam 4 petang seorang wanita masuk ke dalam bilik si boss bersama dokumen yang telah dibaiki.

"Who are you?" Soal si boss bila melihat wajah lain pula yang datang hantarkan dokumen yang dia katakan sampah tadi.

"Saya Anisa, finance manager" ujar Anisa tenang dan hulurkan dokumen itu.

Si boss buat muka confuse tapi dia malas nak fikir banyak dan menyemak dokumen itu sekilas. Sesekali kepalanya mengangguk berpuas hati dengan dokumen itu.

"Better. Saya simpan dokumen ni sebab ada lagi yang saya nak semak. Awak boleh pergi dan jangan pernah lewat lagi" tegas arahan itu dan Anisa segera faham. Memang dia tak akan lewat kalau bukan sebab perut dia yang buat hal.

Keadaan syarikat semakin sibuk dan semua orang memang disiplin gila. Boleh dikatakan dengan kedatangan boss baru memang mengubah semuanya. Ke arah yang lebih baik. Sale juga semakin meningkat dan business semakin stabil.

Zaim dan Leo singgah di meja Syifa dan Aina dengan wajah cemberut. Ada la tu benda yang tak kena kali ini.

"Kenapa ni?" Soal Syifa ramah dan simpati juga pada masa yang sama. Aina sudah hilang untuk lunch.

"Idea kami kena reject lagi. Boss ni memang kejam" luah Leo dan berpura pura menangis menyebabkan Syifa ketawa perlahan.

"Sabar la. Saya yakin encik berdua boleh!" Syifa memberi semangat dan mereka berdua tersengih lebar.

"Panggil Zaim dan Leo je la. Tak yah berencik. Aina pun dah tak panggil encik"

"Ya, saya cuba. Tak lunch ke?" Soal Syifa lagi.

"Jap lagi. Syifa?"

"Dah makan, tunggu Aina balik sebab nak bagi makan kat Adib"

"Oh. Nak order apa2?" Soal Zaim pula.

"Tak nak la, saya bawa bekal. Terima kasih" ucap Syifa ramah. Leo dan Zaim faham dan beredar dari situ.

"Excuse me" suara itu berjaya buat Syifa hilang fokus dari kerjanya dan pandang empunya suara.

Syifa kaku dan kalau boleh dia nak menyorok sekarang ni. Mata tajam si boss tepat pada wajahnya sebelum turun ke nametag di bahu kanannya.

"Human resouces level?" Soal si boss langsung dan Syifa yang masih lagi terkejut kalut mencari jawapan. Padahal dia dah ingat semua aras.

"Level 10" jawab Syifa seyakin yang boleh.

"Thanks" ucapan terima kasih tanpa senyuman itu hanya buatkan Syifa senyum dan anggukkan kepala.

"Sama sama" jawab Syifa perlahan dan senyumannya merekah semakin lebar.



Keluarga Zaim makan malam bersama dan kali ini Naqib ikut makan malam bersama keluarga Zaim.

"Dah dua bulan Naqib balik, malam ni baru dapat dinner dengan kami" Datin Ayu senyum kepada anak angkatnya.

"Naqib sibuk sikit aunty. Banyak benda nak uruskan di office" jawab Naqib seramah yang mungkin.

"Tu la, bro dah ubah all system dalam office tu. Sale pun naik" Zaim sengih kepada abang angkatnya. Naqib hanya senyum sekilas dan tepuk bahu Zaim dua kali.

"Nasib baik ada Naqib. Ziana dan Zain sama2 tak minat nak takeover" Dato Ahmad bersuara pula.

"Malas la pa, sibuk sangat. Tak sempat Zaim nak main nanti"

"Main je kamu tahu"

"Okay. Abang, Zaim. Kita nak meraikan Naqib, bukannya bergaduh hal yang sama. Naqib is here"

Suasana kembali tenang dan mereka semua sambung makan malam. Selesai makan mereka semua berkumpul di ruang tamu untuk berbual.

"Ziana ada kerja di NY. Tak sempat nak jumpa Naqib malam ni"

"Tak apa aunty. Nanti ada rezeki kami jumpa. Saya perlu balik sekarang. Esok awal pagi ada meeting"

"Ya la. Ajak tidur sini tak nak."

"Saya minta diri dulu" pamit Naqib dan keluar dari rumah itu untuk kembali ke rumahnya.


Syifa mendukung Adib ke supermarket untuk membeli keperluan dapur. Adib mula bercakap dalam bahasanya sendiri sambil bermain dengan kerongsang Syifa.

"Sayang umi nak makan apa?" Soal Syifa, hakikatnya dia tahu banyak makanan yang Adib tak boleh makan kerana alahannya.

"Mi..." rengek Adib manja dan tunjukkan sesuatu di atas rak. Mainan. Amboi, baru je 10 bulan. Dah pandai nak minta mainan.

"Sayang nak yang mana?" Soal Syifa dan membawa Adib rapat ke rak.

Kereta bomba di capai oleh Adib dan dia ketawa ceria. Syifa senyum lebar dan menyambung untuk membeli barang dapur. Sayur diambil dan dimasukkan ke dalam troli.

Syifa ingin membuat bayaran dan terpaksa beratur kerana barisan boleh tahan panjang. Dari jauh dia boleh nampak si boss tengah buat bayaran. Syifa sembunyi disebalik pelanggan yang ramai.

'Si boss tinggal area sini ke? Boleh pulak terserempak' otak Syifa mula bekerja sendiri.

Selesai membuat bayaran, Syifa terpaksa mengambil teksi kerana boleh tahan banyak barang yang dibeli.

Syifa cuba untuk buka pintu rumahnya tetapi susah kerana tangannya penuh. Bila dia keluarkan kunci, kunci jatuh ke lantai pula.

"Saya tolong" satu suara menegur dan dengan baik hatinya tolong membuka kunci.

"Terima kasih" ucap Syifa dengan senyuman lebar sebelum memandang insan yang baik hati itu.

"Ah! Boss!" Sapa Syifa dengan terkejut. Si boss pula pandang Syifa dalam2. Yakin yang dia pernah melihat Syifa sebelum ini.

Syifa rasa nak je tunjal kepala sendiri sebab panggil boss. Mana mungkin si boss kenal dia, lagipun dia tak nak si boss kenal dia.

"Boss?" Soal si boss keliru. Syifa mulanya nak menipu tapi rasanya tak boleh jadi dia terangkan hal yang sebenar.

"Oh. Recepcionist"

"Ya. Erm, terima kasih sekali lagi. Encik tinggal kat sini ke?" Soal Syifa berpura pura ramah. Padahal dia dah cuak.

"Ya. Sini"

Syifa rasa nak pindah rumah je sekarang ni. Bukan je mereka tinggal dalam bangunan yang sama. Jiran dan tinggal bertentangan pulak tu!

"Terima kasih sekali lagi. Saya masuk dulu" ucap Syifa dan masuk ke dalam rumahnya.

"Ya Allah! Kenapa dia tinggal di rumah kecil macam ni?" Syifa tanya pada dirinya sendiri. Rumah sewanya hanya ada sebuah bilik tidur, sebuah bilik air, dapur dan ruang tamu yang kecil. Kalau ikutkan tak sesuai untuk si boss yang ada duit menyewa di sini.

"Mesti dia ada sebab sendiri. Tak payah fikir la, baik masak"

"Umi..." panggil Adib kerana melihat uminya yang bercakap seoarang diri.

"Sorry sayang. Umi masak nasi sekarang ya"

"Erm hurm"



Syifa ketawa perlahan dan masuk ke dapur. Sekarang Adib dah mula boleh berjalan. Walaupun sedikit tapi tak boleh menapak. Sebulan dua lagi boleh lari la ni.

Naqib duduk di depan tv dan merenung tv yang sedang bersiaran. Di tangannya ada semangkuk mee segera yang sudah di masak.

"Recepcionist? Syifa?" Soal Naqib sendiri sebab dia ingat pernah tengok nametag Syifa sebelum ini. Kemudian dia tersenyum.

Senyumannya mati bila dia teringat budak comel yang berada dalam dukungan Syifa. Syifa dah ada anak.

"Gila la fikir semua ni" Naqib tutup tv dan ke dapur untuk membuang mee nya. Dah jemu makan mee segera, dia tak biasa masak masakan melayu dan dapur di rumahnya juga tak cukup alat. Dia pula sibuk untuk berbelanja, jadi terpaksa bertahan dengan makanan segera.

Bunyi ketukan di pintu rumahnya menyebabkan dia berlari untuk menyambut tetamu yang tak diundang. Bila dia membuka pintu, Syifa yang berdiri di depan pintu.

"Erm, encik. Saya masak lebih ni. Ambil la" sua Syifa. Bekal yang berisi nasi dan lauk.

Naqib pandang bekas itu dan memandang ke kaki Syifa. Adib sedang berdiri sambil berpegang pada Syifa, menyorok keranu malu dengan Naqib.

"Hi" sapa Naqib kepada Adib menyebabkan Adib ketawa kecil.

"Thanks" ucap Naqib dan mengambil huluran Syifa.

"Sama sama" balas Syifa lalu dukung Adib yang terus sembunyikan wajahnya di leher Syifa.

"Ni adib, anak saya. Dia pemalu sikit. Jemputla makan encik. Saya masuk dulu" Syifa minta diri. Bila Naqib anggukkan kepala Syifa masuk ke rumahnya. Adib melambai kepada Naqib menyebabkan Naqib tersenyum.

Naqib puas hati bila makanan yang masuk dalam mulut dia sedap. Dah lama dia tak makan masakan kampung macam ni.

Selesai makan Naqib membersihkan bekas yang telah kosong itu dan berniat untuk hantarkan bekas itu. Bila dia tengok jam dah lewat malam, dia batalkan niatnya dan masuk ke bilik tidur.


Keesokan paginya Naqib bangun dan bersiap untuk ke pejabat seperti biasa. Selalunya dia akan singgah di cafe berdekatan untuk sarapan. Kopi adalah benda wajid untuknya di pagi hari.

Naqib sarungkan kasut dan berdiri di depan rumahnya, setentang dengan rumah Syifa. Rumah itu sunyi sahaja jadi Naqib bersedia untuk melangkah pergi.

Pintu rumah Syifa terbuka dan Syifa keluar bersama Adib yang sedang menangis dalam dukungannya.

"Sorry sayang, umi dah nak pergi kerja ni. Kacau tidur sayang ya" Syifa cuba untuk pujuk Adib yang masih lagi mengantuk.

"Jangan nangis Adib...sedih umi..." pujuk Syifa lagi.

"Let me" Syifa terkejut bila Naqib berada di depannya dan hulurkan tangan untuk mendukung Adib.

"Ha?"

"Biar saya dukung dia" ujar Naqib dan Syifa menghulurkan Adib.

Adib segera bergerak ke dukungan Naqib, masih lagi menangis. Setelah Naqib memujuk, tangis Adib mula reda dan tenang.

"Encik, saya tolong bawa beg" pinta Syifa, Naqib hulurkan beg kerjanya kepada Syifa. Mereka berdua berjalan keluar dari bangunan tempat tinggal mereka.

Naqib masuk ke dalam sebuah cafe dan Syifa terpaksa ikut sama. Adib sudah tenang sepenuhnya dan mula bermain dengan kolar kemeja Naqib.

Naqib memesan kopi, waffle dan susu, Syifa pula hanya pesan segelas susu. Pelayan yang mengambil order segera siapkan pesana mereka berdua.

Sebaik makanan tiba di meja, Naqib mula makan dan bila tangannya ingin suakan susu kepada Adib, Syifa segera menghalang.

"Maaf encik. Adib alah dengan susu lembu."

Naqib terkejut dan bersyukur kerana belum sempat masukkan susu ke dalam mulut Adib.

"Dia makan apa je?" Soal Naqib pula.

"Saya masak sendiri."

"Oh. Dia dah makan?"

"Dah. Encik makan la"

Naqib mula makan dan dia perhati Syifa yang hanya minum susu. Teringin dia suruh Syifa memesan makanan lain yang lebih berat dan mengenyangkan.

"Kenapa tak makan?"

"Saya dah makan dekat rumah tadi."

Selesai makan mereka berdua berjalan ke pejabat bersama sama. Adib kembali ke dukungan Syifa dan mula terlena di bahu Syifa. Sepanjang perjalanan hanya diam sahaja. Tiada sesiap yang bercakap.

Waktu tengahari Syifa datang untuk memberi susu dan makan kepada Adib. Kini Adib sudah mula bertatih menyebabkan Syifa rasa bahagia yang teramat.

"Akak, tadi boss datang sini"

"Boss?"

"Encik Naqib"

"Oh. Buat apa?" Soal Syifa buat buat berminat. Kalau ikutkan hati di tak nak ambil tahu pun sebenarnya. Ikut suka si boss la nak pergi mana pun.

"Dia suka budak2, lepas tu Adib seronok betul. Macam dia kenal je boss" Syifa angguk kepala faham. Syifa senyum sahaja, dia tak cerita lanjut mengenai mereka dan Naqib.

Syifa minta diri dan turun ke tempat kerjanya semula. Aina sudah kembali dengan bekal kepada Syifa. Dah banyak kali Syifa tolak tapi Aina tetap juga nak belikan untuk Syifa.

"Adib macam mana?" Soal Aina seperti biasa. Soalan biasa dia la ni.

"Okay je. Tapi rasanya dia dah nak berhenti menyusu badan."

"Kenapa?"

"Sebab dia minum sikit je. Malam tadi pun dia tak nak"

"Ya la kut. Dah start makan kan? Senang la nak minta orang jagakan nanti"

"Tu la." Syifa juga lega dan gembira pada masa yang sama. Boleh la dia berhenti ambil ubat hormon untuk susu badan.

Syifa berjalan ke nursery untuk mengambil Adib dan dia ketawa bila melihat Leo dan Zaim dah seronok bermain dengan Adib.

"Umi!!!" Jerit Adib bahagia bila melihat Syifa dan berusaha untuk keluar dari pelukan Zaim.

"Sayang umi. Zaim, Leo" sapa Syifa kepada mereka berdua. Mereka tersengih sambil mengelap peluh di dahi. Dah lama la mereka kat sini.

"Dah lama ke?" Soal Syifa pula

"Dah. Leo ni nak tengok Dina" bisik Zaim dan mendapat sepakan di betisnya oleh Leo. Oh, ada kumbang nak cari bunga rupanya.

"Saya nak balik dah" ujar Syifa.

"Jom turun sama2. Biar saya dukung Adib. Leo nak tunggu Dina dulu"

Syifa sengih dan anggukkan kepala. Dia berjalan bersama Zaim turun ke tingkat bawah. Mereka berjalan bersama sehingga ke pintu besar sebelum berpisah. Adib dicium oleh Zaim sehingga tergelak geli.

Naqib berkerut melihat apa yang sedang berlaku. Dia tak sangka yang Zaim kenal dengan Syifa. Bukan sahaja kenal, malah mereka berdua kelihatan rapat.

"Eh, bro! Nak balik dah?" Zaim menyapa Naqib bila melihat Naqib berjalan keluar dari bangunan besar itu.

"Ya."

"Mana kereta?" Soal Zaim lagi.

"Abang tinggal area sini je. Jalan kaki pun boleh. Dekat je"

"Ya ke? Erm, Zaim balik dulu la. Kalau free datang la rumah"

"In sha Allah. Sampaikan salam kat uncle dan aunty"

"Sure. Chow dulu" pamit Zaim dan beredar dengan senyuman.


Makan malam Naqib kini seakan menjadi tanggungjawab Syifa kerana dia akan memberi makanan kepada Naqib. Naqib pula sudah terbiasa dengan keadaan itu dan dia mula membeli barang dapur kepada Syifa sebagai ganti.

Hari ini, lauk ikan masak sambal, memang boleh dikatakan salah satu kegemaran Naqib. Walaupun Naqib kurang bercakap dan jarang senyum, Syifa tahu yang Naqib sangat baik kerana sudi jagakan Adib bila dia memasak. Hubungan mereka berdua juga sangat baik.

Adib sudah boleh berjalam dengan baik, semuanya kerana banyak barang yang dibelikan oleh Naqib. Syifa dah jenuh menolak tetapi Naqib tak pernah terima. Hanya ucapan terima kasih dan makan malam sebagai ganti.

"Adib, banyak sangat duit lebih ni. Sekarang semua barang dapur si boss yang beli. Barang2 Adib pun" luah Syifa bila dia mengitung duit lebihnya. Gajinya yang dulu terasa cukup2 sahaja kini lebih dengan banyaknya.

"Duit simpanan bulanan pun dah jadi banyak" ujar Syifa sambil garu kepalanya yang tak gatal. Satu keluhan dilepaskan dan dia menyimpan duit itu ke dalam sampul untuk di masukkan ke dalam bank.

"Mungkin boleh bagi duit kat mak lebih sikit" Syifa senyum dan keluarkan duit untuk diberikan kepada maknya di kampung.

Syifa dan Adib keluar untuk ke bank, kebetulan saat itu juga Naqib keluar dari rumahnya. Syifa menyapa dengan sopan seperti biasa, lain pula Adib yang terus minta di dukung oleh Naqib. Naqib senyun dan terus menyambut huluran Adib. Manjakan sangat si Adib ni.

"Nak pergi mana?" Soal Naqib bila mereka mula berjalan ke lif.

"Bank. Nak simpan duit dan kirim ke kampung" jawab Syifa lengkap dengan sebab, bukannya Naqib nak tahu pun.

"Naik apa?" Soal Naqib lagi.

"Teksi ke, bas ke"

"Saya hantar" Naqib putuskan dan Syifa tak dapat nak bantah lagi dah.

Mereka berdua naik kereta dan jangan pelik tempat duduk kanak2 sebab Naqib dah selalu sangat bawa Adib keluar jalan2.

"Terima kasih. Encik tak perlu tunggu saya selesai"

"Saya jaga Adib. Awak selesaikan urusan awak dulu" jelas Naqib menyebabkan Syifa terpaksa anggukkan kepala setuju.

Selesai urusan di bank, mereka singgah di sebuah restoren untuk makan tengahari. Syifa hanya diam dan menurut sahaja permintaan Naqib.

"Encik, saya nak cakap sikit"

"Apa?"

"Erm, encik tak perlu la beli barang dapur untuk saya. Saya ikhlas masakkan untuk encik" ujar Syifa. Naqib pandang Syifa dan gelengkan kepala tanda tidak setuju.

"Tapi..."

"Please" rayu Naqib perlahan dan Syifa mengalah.

"Kalau macam tu, encik boleh minta saya masak apa je. Saya akan masakkan. Bila2 masa pun boleh" Syifa masih lagi mencuba untuk berbincang.

"Fine. Saya nak awak masak bekal untuk lunch saya dan breakfast" ujar Naqib. Syifa segera setuju.

Aina pandang Syifa yang tidak putus senyumnya sejak awal pagi lagi. Dia nak tanya tapi disebabkan banyak kerja nak diselesaikan dia tunda terlebih dahulu.

"Syifa, tak tahan dah nak tanya ni."

"Apa?"

"Kau okay ke? Bahagia semacam je"

"Okay je. Aku bekalkan kau lunch hari ni."

"Wow! Thanks. Apa pun yang bahagia sangat untuk kau hari ni, aku bersyukur sebab dapat makan free" Aina sengih tak berdosa. Syifa hanya gelengkan kepala dan senyum pada sahabatnya itu.


Zaim naik ke aras abangnya untuk mengajak Naqib keluar lunch bersama.

"Abang bawak bekal? Siapa masak?" Soal Zaim.

"Ada la. Ajak Leo" ujar Naqib pula. Zaim terpaksa mengalah dan turun ke bawah untuk makan.

Zaim ternampak Syifa dan Aina di kedai makan di dalam pejabat. Adib juga berada di sana, dia aturkan kaki untuk makan bersama mereka

"Hi" sapa Zaim dan duduk.

"Tanta..." Adib bersuara dan menghulurkan tangan kepada Zaim. Zaim sengih dan mengambil si kecik itu.

"Kenapa semua orang bawa bekal ni?" Soal Zaim tak puas hati bila melihat Syifa dan Aina makan dari bekal mereka.

"Syifa ni baik hati sangat. Belanja saya" Aina sengih lebar.

"Mana saya punya?" Soal Zaim berpura pura merajuk.

"Esok saya bekalkan untuk awak dan Leo sama"

"Yay! Wait. Kenapa bekal sama dengan abang?" Soal Zaim pelik.

"Abang?" Soal Aina turut sama pelik. siapa pulak abang si Zaim ni?

"Si boss. Dia anak angkat keluarga saya" terang Zaim menyebakan semua orang faham.

Syifa diam aja kerana dia sudah tahu tapi kali ini dia cuak kerana rahsia dia boleh pecah. Naqib tak pernah halang Syifa beritahu sesiapa hal sebenar tetapi Syifa pilih untuk rahsiakan hal itu. Bimbang reputasi Naqib rosak.

"Syifa masakkan untuk boss ke?" Soal Aina serius meminta jawapan.

"Shh..jangan kuat2 sangat. Sebenarnya boss tinggal satu bangunan dengan saya. Depan rumah saya pulak tu." Syifa tarik nafas bila melihat Zaim dan Aina terima semuanya dengan baik.

"Secara tak langsung, kami jiran la kan? Mula2 tu terkejut juga kenapa boss tinggal rumah kecil macam tu tapi mungkin sebab dekat dengan pejabat kot. Saya pernah masak dan beri pada dia, sekali je. Lama2 jadi rutin pulak. Adib pun baik dengan boss, boss pun selalu bawa Adib jalan2. Lama2 boss mula beli barang dapur untuk saya sebagai ganti saya masak dinner untuk dia. Sebab banyak sangat barang dia beli" terang Syifa direct. Aina dan Zaim angguk kepala faham.

"Abang selalu ke sembang dengan awak?" Soal Zaim lagi.

"Tak. Benda penting je. Kenapa?"

"Tak lah, sebab abang bukannya jenis yang open sangat. Mana tahu, dia open sikit dengan Syifa"

"Mana tahu lama2 sangkut. Kan Zaim?" Aina mula mengusik. Syifa gelangkan kepala dan mula makan semula. Malas dia nak bergaduh dengan Aina.

Zaim diam aja bila Aina usik Syifa sedemikian. Dia tak pasti sama ada dia patut gembira atau sedih jika Syifa dan Naqib ada hubungan lain nanti.



Naqib tersenyum melihat bekal di atas mejanya. Kali ini Naqib minta Syifa masakkan pasta sahaja, kerana dia teringin sangat. Baru sahaja dia sua makanan ke dalam mulut, pintu biliknya dibuka dan kepala Zaim terjegul.

"Lets lunch together!" Ajak Zaim ceria, masuk ke dalam bilik Naqib dan tutup bekal Naqib semula.

"What?" Soal Naqib berkerut bila Zaim halang makan tengaharinya.

"Jom lunch sama2." Zaim tarik lengan Naqib supaya mengikutnya dan Naqib pasrah.

Sebaik tiba di meja makan, semua orang menyapa Naqib dengan hormat. Mata Naqib jatuh pada makanan di atas meja. Semua makanan yang sama. Ertinya Syifa yang masakkan semua makanan itu.

Naqib rasa sesuatu di dalam hatinya. Seakan rasa kecewa yang teramat. Naqib pandang Syifa yang tersenyum lebar kepadanya.

"I have work to do. Enjoy your lunch" Naqib berpaling dan terus beredar dari situ.

Senyuman Syifa segera mati, begitu juga senyuman orang lain. Syifa pandang bekal milik Naqib yang berada di tangan Zaim. Belum dimakan lagi.

"Jom la makan. Boss sibuk la tu" ujar Zaim. Yang lain hanya angkat bahu dan teruskan makan mereka yang tergendala.



Jenuh Syifa ketuk rumah Naqib, langsung tiada balasan. Bekal ditangannya diletakkan di depan pintu. Syifa masuk ke dalam rumahnya dan bermain dengan Adib.

Naqib makan malam di rumah Zaim pada malam ini kerana dia diajak oleh datin. Makan malam hanya tenang seperti biasa. Kadang2 mereka berbual mengenai perniagaan pada masa kni.

Naqib menerima pelawaan untuk menginap di rumah itu. Sudah lama dia tidak tidur di rumah keluarga angkatnya. Naqib mengucapkan selamat malam dan masuk ke bilik untuk tidur.

Keesokan paginya, Syifa bersedia untuk ke tempat kerja. Bekal tengahari untuk semua orang dia sediakan. Bila dia menutup pintu rumahnya, dia ternampak bekal semalam masih lagi berada di tempat yang sama.

"Si boss tak balik ke malam tadi?" Soal Syifa pada dirinya sendiri.

Bekal tak bersentuh itu diambil dan diletakkan ke dalam rumahnya semula. Dia mula berjalan untuk pergi ke tempat kerjanya. Sesekali dia bercakap dengan Adib yang sudah mula pandai sepatah dua perkataan.

Naqib siapkan kerjanya dan bersedia untuk keluar lunch bila jam berganjak ke nombor satu. Kali ini dia terpaksa makan luar kerana tiada bekal.

Bila dia tiba di lantai bawah, matanya bersambung dengan mata Syifa. Syifa sudah menanti Naqib untuk turun dan serahkan bekal kepada Naqib. Syifa keluar dari mejanya dan berjalan menghampiri Naqib. Naqib pula berjalan pergi dengan segera.

Syifa kaku bila melihat Naqib pergi begitu sahaja. Hatinya terasa sedikit sedih dan kecewa. Dia kembali semua ke meja dan duduk dengan sedih. Aina pandang Syifa, dia nampak semuanya dan dia tak pasti kenapa Naqib bertindak sedemikian.

"Jom lunch" ajak Aina. Syifa anggukkan kepala dan berjalan bersama dengan Aina.

Dina tersenyum bila melihat Syifa datang untuk mengambil Adib untuk dibawa pulang. Adib sudah bersorak gembira bila melihat uminya datang.

"Kak, tadi boss datang main dengan Adib. Lama jugak, dalam sejam macam tu" ujar Dina. Syifa anggukkan kepala dan mendukung Adib.

Syifa singgah di kedai untuk membeli beberapa barang dapur yang telah habis. Hatinya tak tenteram dengan apa yang berlaku. Dia nak sangat tahu kenapa Naqib bertindak sedemikian tetapi dia tak ada hak untuk bertanya.

Seminggu berlalu, makan malam Syifa ditolak oleh Naqib. Begitu juga dengan lunch. Syifa rasa hilang semangat untuk memasak kepada orang lain juga. Dia sendiri kerap membeli makanan luar sekarang, makanan Adib sahaja yang dia masak.

Naqib kembali dengan rutin asal, makan makanan segera dengan lebih kerap. Dia rindu masakan Syifa tapi dia tak nak makan lagi dah. Dah kenapa dengan Naqib ni.

Bunyi ketukan pintu menandakan makanan yang dipesannya sudah sampai. Naqib bangun dari sofa dan membuka pintu. Syifa juga membuka pintu pada masa yang sama.

"Encik Naqib? Cik Syifa?" Soal orang yang menghantar makanan itu.

Ternyata Naqib dan Syifa pesan pada kedai yang sama. Jelas mereka berdua sama2 terkejut dengan apa yang terjadi.

"On me. Berapa?" Naqib bayarkan makanan milik Syifa juga. Selesai membuat bayaran, Naqib ingin masuk semula ke dalam rumahnya.

"Dada!" Panggil Adib ceria dan memeluk kaki Naqib.

"Hi buddy." Sapa Naqib dan duduk searas dengan Adib.

"Encik Naqib tak suka masakan saya ke?" Soal Syifa setelah mengumpul keberanian yang ada.

Naqib pandang Syifa sekilas sebelum kembali memandang Adib.

"Saya tak nak susahkan awak. Masak untuk saya, untuk semua orang" jawab Naqib tenang.

"Tapi, saya rasa seronok sangat dapat masakkan untuk encik. Sebab tu saya masak untuk semua orang juga. Sekarang encik dah tak nak bekal, saya dah tak masak" jawab Syifa laju tanpa fikir panjang. Kini dia geram dengan dirinya yang bercakap ikut suka hati je.

Naqib diam lama sebelum pandang Syifa yang kelihatan masih lelah bila bercakap dengan laju tadi. Naqib senyum segaris dan anggukkan kepalanya.

"Tak perlu masak lunch. Breakfast dah cukup. Sekarang ni saya busy dengan lunch meeting" ujar Naqib tanpa nada tapi cukup untuk membuatkan Syifa kembali tersenyum.

"Hujung sana ada beranda dan meja. Jom kita makan kat sana" ajak Naqib dan Syifa terus setuju. Mereka berdia tak pernah pun makan bersama selama ini.

Adib yang berada di riba Naqib seronok dapat makan dan main dengan Naqib. Mungkin Adib pun rindukan Naqib.

"Awak rapat ke dengan Zaim?" Soal Naqib memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

"Dulu tak rapat sangat. Dia anak boss besar, saya ni recepcionost je. Tapi, dia dan Leo rapat dengan Aina, secara tak langsung kami rapat la jugak." Terang Syifa dengan senyuman lebar. Mereka bertiga adalah kawan yang Syifa ada di pejabat tu.

"Encik nak makan apa esok pagi?" Soal Syifa, dia perlu tahu apa yang Naqib nak makan.

"Esok weekend, saya teringin nak makan nasi lemak" jawab Naqib berkira kira. Dia tahu bukan senang nak masakkan nasi lemak, jadi dia tak harap Syifa akan setuju macam tu je.

"Saya tak pandai masak nasi lemak. Tapi, saya tahu satu kedai yang nasi lemak dia A. Encik nak saya belikan?" Soal Syifa sambil tersengih. Naqib senyum melihat keterujaan Syifa.

"Kat mana tu?" Soal Naqib balik.

"Erm, area taman belakang tu."

"Great. Esok kita keluar jalan2, then kita breakfast sama2" cadang Naqib kelihatan teruja juga dengan ideanya sendiri. Syifa anggukkan kepala setuju dengan segera.



Adib dapat berlari dengan bebas kerana padang yang luas. Syifa dan Naqib juga berpakaian sukan. Mereka berlari perlahan lahan untuk mengejar langkah Adib yang ketawa ceria.

Mereka berlari beberapa minit sebelum Adib berhenti dan duduk di atas rumput. Penat. Naqib duduk di sisi Adib dan letakkan Adib di atas ribanya.

Syifa ikut sama duduk, dia gunakan tuala untuk kesat peluh di dahi Adib. Merah wajah Adib kerana tekun sangat berlari.

Naqib minum air mineral yang dibawanya dari rumah. Syifa pandang wajah Naqib yang sedang minum air, matanya tertutup. Syifa tanpa sedar mengesat peluh yang mengalir di pipi Naqib.

"Maaf" pinta Syifa segera bila sedar apa yang dia buat. Naqib hanya buat tak tahu dan pandang ke tempat lain.

"Jom kita pergi makan nasi lemak" Naqib dukung Adib dan mula berjalan pergi. Syifa cepat2 bangun dan mengikut langkah kedua lelaki di depannya itu.



Naqib tersenyum sendiri di atas katilnya bila teringat memori indah mereka pada pagi tadi. Naqib tak pernah rasa hatinya penuh terisi seperti sekarang ini. Wajah Adib dan Syifa bermain main dalam benaknya.

Akhirnya Naqib terlena dengan senyuman terlekat kemas pada wajahnya. Mimpi indah juga mula mencelah di dalam tidurnya.

Syifa pula disudut lainnya sedang  berfikir, apa yang dia perlu masak esok pagi. Dia perlu menghantar pakaian ke dobi dan membeli barang dapur.

Adib yang sedang lena dipandang dengan penuh kasih sayang. Pipi Adib dicium sebelum dia menulis apa yang perlu dilakukan dan di beli pada esok hari di atas kertas nota kecil.

Selesai solat subuh keesokan harinya, Syifa masakkan menu yang paling ringkas. Nasi goreng. Hanya itu yang terlintas dalam kepalanya hari ini. Selesai masak, bekas milik Naqib diisi dengan senyuman.

Syifa habiskan masa dengan mengemas rumah dan baju yang perlu dibawa ke dobi. Selesai mengemas, jam menunjukkan jam 8 dan syifa segera ke rumah Naqib.

Naqib siap dengan pakaian sukan untuk jogging. Syifa suakan sarapan kepada Naqib.

"Nasi goreng je"

"Sokay. Thanks."

"Sama2. Nak pergi jogging ke?" Syifa tanya soalan yang telah jelas jawapannya dengan tersengih. Naqib sekadar anggukkan kepala bagi menjawab soalan itu.

"Ok la, hati2. Saya masuk dulu" cepat2 Syifa masuk ke dalam rumahnya. Tak tahu apa lagi nak buat.



Syifa dan Aina boleh tahan sibuk hari ini kerana banyak perkara perlu diuruskan. Banyak juga panggilan masuk untuk mereka jawab.

"Hi, Encik Naqib ada tak?" Soal seorang perempuan yang cantik dengan senyuman lebar. Wajahnya secantik model2 yang terkenal.

"Boleh saya tahu siapa cik?" Soal Aina dengan ramah, Syifa masih lagi berbual di telefon.

"Erm, cakap je tunang dia" perempuan yang mengaku tunang itu berkata ceria.

Aina dan Syifa sama2 terkejut dan gagang telefon di tangan Syifa jatuh ke atas meja. Bunyi yang agak kuat membuatkan si tunang memandang Syifa juga.

"Kenapa?" Soal Aina kepada Syifa.

" tak ada apa, maaf" pinta Syifa cepat2 dan segera sambung kerjanya semula.

"Encik Naqib ada, cik boleh ke tingkat 20" ujar Aina masih lagi senyum.

"Thanks" ucap Si tunang dengan senyuman lebar.

Aina pandang Syifa setelah si tunang berlalu. Syifa hanya diamkan diri di mejanya sambil menatap skrin komputer yang kosong.

Tangan Aina menyentuh bahu kawan baiknya itu. Dia yakin ada sesuatu yang tak kena dengan Syifa. Air muka Syifa berubah keruh dengan berita yang Naqib telah bertunang.

"Syifa, aku terkejut jugak. Aku ingatkan kau dan si boss ada apa2" ujar Aina dengan nada perlahan.

"Eh, kau mengarut apa ni? Aku tak ada apa la dengan si boss tu. Kami jiran je" Syifa berdalih. Aina terpaksa akur dengan jawapan yang diberikan.

Syifa dan Aina berjalan masuk ke restoren untuk lunch. Syifa ternampak Naqib dan si tunang di sebuab meja, dia menghentikan langkah dan menarik tangan Aina.

"Kenapa?" Soal Aina pelik.

"Erm, kita lunch dekat nursery je la. Dina ada kat sana" ajak Syifa segera. Aina hanya setuju dengan apa yang Syifa cakap. Mereka berdua melangkah ke nursery pula.


Naqib hanya minta SUnya terima siapa sahaja yang bergelar tunang itu ke tingkat atas. Lagipun, Naqib tidak sibuk pada masa sekarang.

"Abang!" Jerit satu suara kuat menyebabkan Naqib terlepas pen di tangannya. Gerangan yang menjerit di pandang.

"Ziana" sapa Naqib dan satu senyuman nipis dihadiahkan.

"Abang ni, macam tak suka je jumpa Ann" rajuk Ziana.

"Ziana buat apa kat sini?" Naqib abaikan rajuk Ziana dan fokus kepada niat asal Ziana berada di sana.

"Call me Ann la abang. Ann rindu bakal suami Ann la, sebab tu datang sini. Ann dari airport tau" mulut dimuncungkan tanda protes, memang manja adik angkat Naqib ini.

"Kenapa tak balik jumpa aunty dulu?" Soal Naqib pula.

"Because I miss you so much. Dont you miss me?"

"Dah nak lunch ni. Dah makan?" Naqib masih lagi mengelak apa yang diajukan oleh Ziana.

"Belum. Jom lunch sama2" ajak Ziana ceria dan mendekati Naqib untuk menarik tangan Naqib.

"Ziana, kita dah besar. Jaga batas kita okay?" Pinta Naqib selembut yang boleh dan menolak tangan Ziana yang berpegang padanya.

Ziana rasa kecewa tapi dia tak nak keruhkan keadaan dengan terpaksa mengalah.

Mereka makan bersama, hanya Ziana yang banyak bercakap dan bercerita. Naqib fokus pada makanannya dan membalas bila diajukan soalan sahaja. Lagipun, dia memang jenis tak cakap banyak.

Sedang mereka makan, mata Naqib terpandang Syifa dan Aina yang masuk ke dalam restoren. Bila mata mereka bertaut, Syifa berhenti dan melangkah pergi dari situ.

Naqib segera bangun dari kerusinya untuk mengejar Syifa tetapi di halang dengan soalan Ziana.

"Abang nak pergi mana?"

"Erm. Abang...tak ada apa la."
Naqib kembali duduk dan meneruskan makan sambil kepalanya fikirkan Syifa.


Syifa kebasahan sedikit kerana berlari di dalam hujan. Nasib baik Adib tidak kena hujan walau sedikit. Syifa membuka pintu rumahnya dan pada masa yang sama Naqib keluar dari rumahnya.

"Awak dari mana basah ni?" Soal Naqib dan matanya tepat ke wajah Syifa. Syifa alihkan pandangan dengan memandang wajah Adib.

"Dada!" Ceria suara Adib sambil menghulurkan tangan minta didukung. Syifa tak nak beri tapi Adib beria sangat.

"Panas badan Adib ni" ujar Naqib bila memeluk anak lelaki itu. Adib selesa melentokkan kepalanya di bahu Naqib.

"Saya dari klinik. Kat luar hujan" jawab Syifa perlahan. Tangannya menggeletar kerana sejuk.

"Pergi dengan apa,?" Serius betul wajah Naqib kini. Syifa pun rasa takut, macam dia ada buat salah je.

"Teksi"

"Kenapa tak tanya saya?" Masih lagi garang. Syifa dah hilang fokus pada soalan Naqib bila kepala dia yang memang dah sakit mula terasa pening. Syifa selalunya ikut sama demam jika Adib demam.

Naqib sedar yang Syifa asyik memegang kepalanya. Dia tak nak panjangkan perbualan ini kerana risaukan keadaan Syifa.

"Awak masuk mandi, minum susu hangat. Saya jagakan Adib dulu" Naqib bersuara dan Syifa tahu tak ada guna dia membantah. Lagipun itu memang yang terbaik buat masa ini.

"Sayang, umi mandi kejap" Syifa usap kepala Adib sebelum berlalu ke rumahnya. Saat dia menjatuhkam tangan tanpa sedar dia tersentuh tangan Naqib. Saat itu Naqib sedar yang badan Syifa juga panas.

Naqib masuk ke dalam rumahnya dan mendail nombor Zaim. Beberapa saat kemudian panggilannya bersahut.

"Zaim, ada nombor Aina? Kawan Syifa?"

"Ada bang, why?"

"Boleh call dia, cakap Syifa demam. She should be here to help her"

"I will call and ask her"

"Thanks."

"How's Adib?" Soal Zaim pula.

"He is with me. Ask Aina for help okay?"

"Sure. Alright"

"Bye"

Naqib putuskan panggilan dan meletakkan Adib di atas katil. Dia ikut sama baring dan membawa Adib duduk di atas perutnya.



Syifa selesai masakkan bubur untuk dirinya dan Adib bila pintu rumahnya diketuk. Dia agak Naqib jadi dia memakai segera tudung.

"Aina?" Terkejut bila orang lain yang muncul. Aina sengih dan masuk seperti rumah sendiri. Sup herba yang direneh diletakkan di atas meja.

"Tiba2 je muncul. Kenapa?" Soal Syifa pelik.

"Zaim call cakap kau dan Adib demam. Dia belikan sup herba untuk kau" Aina sengih semakin lebar.

"Mana dia tahu?" Soal Syifa bertambah pelik.

"Si boss yang call, dia minta Zaim call aku datang jaga kau"

"Ha?"

"Dah la, cepat makan ni. Aku tidur sini malam ni" sengih Aina lagi. Syifa hanya mengalah dan biarkan Aina menghidangkan sup untuknya.

Naqib dan Zaim duduk di ruang tamu sambil berbual ringkas. Adib sudah lena sebaik makan bubur dan ubat yang diberikan oleh Syifa. Kini hanya mereka berdua yang tinggal makan bersama.

"Sayang batul Adib kat abang. Siap panggil dada"

"Abang yang biasakan diri macam tu. Siapa yang tak jatuh sayang dengan Adib"

"Betul tu! Dulu ramai yang pandang hina Adib dan Syifa. Semua tuduh Syifa mengandungkan anak luar nikah" Zaim mula bercerita masa lalu. Naqib terkejut dengan cerita itu.

"So? Syifa ada suami?"

"Tak pasti. Yang pasti Adib bukan anak luar nikah atau tak sah taraf. Syifa tak pernah cerita lanjut, Aina je tahu. Aina dah cakap yang Syifa bukan perempuan macam tu dan Adib ada ayah. Zaim percaya yang Syifa baik" Zaim tambah lagi. Naqib anggukkan kepalanya bila mendengar semua itu.



Hubungan Syifa dan Naqib masih lagi sama, sarapan dan makan malam Naqib disediakan oleh Syifa, cuma mereka jarang berbual. Syifa hanya bercakap bila perlu sahaja. Mereka juga jarang keluar bersama, jika Naqib ingin keluar bersama Adib, Syifa tidak ikut serta lagi.

Syifa berada di mejanya seorang diro ketika ini kerana Aina terpaksa ke aras lain untuk hantarkan pesanan khas.

Syifa hanya memandang ke pintu utama tanpa fokus kepada sesiapa yang lalu lalang dan keluar masuk bangunan.

"Syikin! Syikin!" Syifa terkejut bila ada seorang lelaki mendekatinya dan mula memegang tangannya dan cuba untuk memeluknya.

"Eh, encik salah orang ni" tolak Syifa dan menjauhkan diri dari meja. Kini dia dan lelaki itu terpisah jauh.

"Syikin?" Lelaki itu mula keliru.

"Bukan" jawab Syifa sambil gelengkan kepala dengan laju.

"Sorry. Saya ingatkan awak Syikin, isteri saya. Awak iras sangat dengan dia. Maafkan saya" pinta lelaki itu bersungguh. Syifa senyum dan anggukkan kepalanya.

"Sorry again" pinta lelaki itu sebelum berlalu.

"Robert?" Soal Syifa pula.

Lelaki itu kembali semula ke meja dengan senyuman lebar.

"Awak kenal saya?" Soal Robert jelas gembira.

"Ya. Saya Syifa, adik Syikin" Terang Syifa keadaan sebenar dan Robert anggukkan kepalanya faham.

"Mana Syikin? Saya cari dia dah lama"
Baru sahaja Syifa nak menjawab soalan itu tapi bila melihat Naqib pandangnya dan mula berjalan ke arahnya dia mula tamatkan perbualan dengan Robert.

"Panjang cerita ni, banyak yang saya nak cakap. Erm, beri contact awak, saya akan call dan kita akan jumpa"

"Okay. Saya pun kejar masa sekarang ni" Robert keluarkan kad namanya kepada Syifa.

"Call me okay"

"Ya."

"Thanks"

"Ya" jawab Syifa. Dia tersenyum kepada Robert sebelum Robert berjalan ke arah Naqib.

Naqib pandang Syifa buat kali terakhir. Jelas wajah Naqib keliru dengan apa yang dia nampak dan rasa ingin tahu dalam dirinya meningkat.

Wajah ceria Robert membuatkan Naqib kurang senang. Dia ingin tanya tentang perbualan mereka berdua tetapi dia tak nak di label jaga tepi kain orang.

"Kau kenal ke pekerja aku tadi?" Soal Naqib akhirnya, mereka berdua kenal sejak zaman belajar di luar negara bersama sama.

"Syifa?" Soal Robert untuk kepastian. Wajah Robert seakan bercahaya bila menyebut nama Syifa.

"Yep"

"Well, she is the one" ujar Robert senang.

"Apa?" Soal Naqib bertambah keliru.

"Pencarian, penantian dan persoalan aku akan tamat. Semuanya ada pada Syifa" jawab Robert dengan senyuman bertambah lebar. Kali ini Naqib kelu, dia memilih untuk mendiamkan diri.

Mereka kembali fokus kepada kerja asal mereka berdua. Naqib cuba untuk beri fokus yang terbaik dan dia berjaya walaupun banyak hal bermain di benaknya.



Syifa telah menghubungi Robert dan mereka akan berjumpa hari ini. Adib disiapkan dengan barangnya dan mereka bersedia untuk bertolak.

Bila Syifa tiba di tempat yang mereka janjikan, Robert sudah berada di sana menunggu mereka berdua. Sebaik melihat Syifa, Robert segera berdiri mengalukan Syifa dengan ceria.

"Maaf lambat. Dah lama sampai?" Soal Syifa dengan ramah.

"Tak apa, saya datang awal sebab tak sabar nak jumpa awak"

Syifa senyum nipis, kini dia rasa serba salah untuk sampaikan hal sebenar. Hal yang Syikin telah meninggal dunia dan tinggalkan Adib untuk mereka semua.

"Siapa ni?" Soal Robert tergamam. Wajah budak lelaki di depannya mirip sekali dengan dirinya sendiri.

"Ni Adib. Anak Kak Syikin dan awak" Syifa senyum sedih.

Robert terdiam dan pandang Adib lama. Air matanya mula bergenang dan dia segera mengambil Adib ke badannya untuk di peluk erat.

"Kak Syikin meninggal bila lahirkan Adib" Syifa diam. Dia sebak.

Robert telan berita pahit itu dengan linangan air mata. Isteri yang dia sayang telah meninggal dunia.

"Kakak cerita semuanya pada saya. Awak dan dia kahwin tanpa restu kedua belah keluarga. Keluarga awak yang minta kakak tinggalkan awak. Dia berserah dan pulang ke Malaysia. Dia sayangkan awak, tapi dia tak mampu bersama awak di Jepun"

"Saya tahu keluarga saya yang menyebabkan dia tinggalkan saya. Mereka menyesal dan minta saya datang cari Syikin bila saya cakap yang Syikin mengandung. Sekarang Syikin dah tiada" luah Robert kesal.

"Semuanya salah saya" Robert mula menyalahkan dirinya sendiri.

"Dia mengandung dan melahirkan tanpa saya di sisi" tambah Robert lagi.

"Bukan salah awak. Kakak cakap dari awal lagi kandungan ada masalah. Doktor tak sarankan kakak teruskan kerana risiko. Tapi kakak tetap nak teruskan. Salah satu sebab dia pergi, dia tak nak awak tahu sebab dia yakin, awak tak akan izinkan dia mengandung"

Robert terkejut bila dengar yang Syikin ada masalah semasa kandungan. Syikin hanya berlagak seperti biasa semasa mengandung. Memang betul, Robert tak akan benarkan Syikin mengandung jika nyawa Syikin jadi taruhan.

Mereka berbual mengenai Syikin dengan lebih mendalam dan Syifa ceritakan semuanya mengenai Syikin dan Adib. Robert tampak gembira sedikit bila mendengar kisah Adib.

"Terima kasih dah besarkan Adib" ucap Robert ikhlas.

"Adib dah macam anak saya sendiri."

"Terima kasih juga untuk itu. Boleh awak bawa saya ziarah kubur arwah? Saya nak juga jumpa keluarga awak" pinta Robert. Kali ini Syifa diam, dia takut nak bawa Robert dan Adib ke rumah keluarganya. Emaknya telah membuang dia dan Adib keluar dari keluarga mereka.

"Saya boleh bawa, tapi saya tak janji keluarga saya akan terima awak dengan baik"

"Saya faham dan saya akan tanggung risiko. Lagipun, saya nak minta maaf dengan keluarga awak"

"Okay. Kita akan pergi"

"Bila?" Soal Robert ceria. Memang dia nak pergi sangat.

"Bila awak nak pergi?" Soal Syifa balik.

"As soon as possible?"

"Hujung minggu ni?"

"Okay!" Balas Robert ceria.


Syifa tak pernah kenal Robert tetapi dia dengar semuanya daripada Syikin. Mereka berdua memang saling menyintai dan Syifa suka dengar kisah cinta mereka berdua. Robert sama seperti yang Syikin gambarkan.

Syifa membaca mesej yang masuk ke dalam telefonnya, memang tidak disangka siapa pengirimnya. Syifa bersiap dengan cepat dan tinggalkan bekal sarapan di depan pintu Naqib. Tak sempat dah dia nak ketuk dan cakap pada Naqib.

Syifa mendukung Adib dan turun tangga dengan berhati hati. Bila mereka keluar bangunan, wajah ceria Robert yang menjadi sapaan matanya.

"Hi" sapa Robert dengan senyuman yang paling lebar.

"Hi. Kenapa tiba2 je ni?"

"Saya nak jumpa Adib dan Saya nak hantar awak pergi kerja"

"Hantar saya? Tempat kerja saya lima minit berjalan je" Syifa tergelak perlahan, kelakar juga Robert ni.

"Erm, saya nak hantar Adib pergi nursery" balas Robert pula. Syifa masih lagi tersenyum. Dia gelengkan kepala perlahan.

"Awak tahu kan, tempat yang sama"

"Saya tahu. Saya nak juga. Jom"

"Jom" Syifa menyerah dan mula berjalan bersama Robert. Adib di dalam dukungan Robert dan mula tertidur. Wajah Robert dan Adib memang sangat mirip.

Dina sendiri terkejut bila melihat Syifa datang bersama seorang lelaki untuk meletakkan Adib hari ini. Dina seakan hilang kata2 bila melihat wajah Robert dan Adib. Memang saling tak tumpah.

"Ge?" Satu suara menegur.

"Leo" sapa Robert balik. Mereka saling kenal.

"No way. Adib is your son?"

"Yes. He is"

"All this time, I ve played with my nephew?"

"You can say that" balas Robert demgan senyuman melebar. Memang tidak di sangka langsung. Leo dan Robert mula berpeluk tanda gembira. Syifa dan Dina hanya diam dan hadam benda yang berlaku perlahan lahan

Leo adik Robert, Adib anak Robert. Adib anak saudara Leo. Thats all.

"Mommy and daddy know this?" Soal Leo teruja.

"Not yet, but I will"

"They will be excited"

"Yeah" Robert pandang Adib dan cium dahi anak lelakinya. Bond keluarga memang kuat, Robert terus jatuh sayang pada Adib.

Naqib mengambil bekal yang ditinggalkan di depan pintu biliknya bersama nota yang Syifa kirimkan.

-saya dan Adib pergi dulu-

Naqib tak syak apa2 dan mula berjalan keluar dari bangunan tempat tinggalnya. Dia singgah di cafe untuk coffee seperti biasa. Semasa dia berjalan dan semakin hampir dengan pejabatnya dia terpandang Robert dan Syifa sedang berbual di depan pintu utama.

Sebaik dia tiba, Robert telah beredar bersama pemandunya. Syifa juga sudah kembali ke meja kerjanya. Naqib berjalan masuk dan membalas sapaan beberapa orang pekernya.

Syifa dan Aina sama2 menyapa Naqib sebelum kembali meneruskan kerja mereka berdua. Semua itu biasa tetapi kenapa Naqib rasa ada sesuatu yang tak kena?

Naqib naik lif untuk ke arasnya dan mulakan kerja seperti biasa. Perkara lain selain kerja di tolak ke tepi terlebih dahulu.

"Anak yang si recepcionist selalu bawa tu, anak En. Robert" Nadia mula bergosip dengan rakan sekerjanya, Lisa.

"Tu la, patutlah comel sangat budak tu. Bapak dia chinese"

"Kau rasa anak luar nikah ke?" Soal Nadia balik.

"Entah. Tapi aku tak rasa Si recepcionist tu perempuan macam tu. Dia nampak baik je, cukup agama je"

"Semua orang boleh nampak baik. Pakai tudung belum tentu baik" tangkas Nadia tidak setuju. Memang dia tak suka sangat dengan Syifa. Entah kenapa.

"Entah. Malaslah nak jaga tepi kain orang. Aku sambung kerja dulu" Lisa malas nak teruskan bergosip dengan Nadia. Dia sendiri tak faham kenapa Nadia tak sukakan Syifa sangat.

"Betul tu, jangan nak jaga tepi kain orang sangat. Sebab kain sendiri mungkin terkoyak. Sambung kerja" Naqib yang mendengar semuanya memberi pesan dengan tegas. Nadia dan Lisa mulakan kerja mereka semula.

"Betul ke Adib anak Robert dan Syifa?" Soal Naqib pada dirinya sendiri.

"Logik jugak. Sebab tu mereka berdua bersama pagi ini. Mereka dah bercerai ke?" Soal Naqib lagi sekali.

"Eh, aku pesan kat orang jangan jaga tepi kain orang. Aku pulak sibuk jaga tepi kain Syifa. Kain aku koyak tak? Nasib baik pakai seluar" Naqib gelengkan kepala dengan soalan dan jawapan yang terjah dalam kepalanya. Tak sangka Naqib ada sindrom cakap seorang diri juga.


Masa berlalu dengan pantas, hujung minggu tiba dengan cepat sekali. Syifa mengemas beberapa helai pakaian. Mungkin mereka akan bermalam di kampung jika tidak di halau. Sarapan untuk Naqib disiapkan seperti biasa.

Syifa mengetuk pintu rumah Naqib dan menunggu beberapa saat sebelum pintu terbuka. Mulut Syifa ternganga melihat Naqib yang hanya bertuala dan masih basah. Sah! Baru selesai mandi.

"Maaf, ingatkan..."

"Sokay. Awak nak apa pagi2 ni?" Soal Naqib seolah olah tiada apa yang berlaku. Naqib tidak segan kerana dia seorang swimmer semasa belajar di luar negara. Dah terbiasa dengan tidak berbaju, tapi aurat masih terjaga.

"Erm, saya nak balik kampung. Mungkin dua hari. Saya sediakan sarapan untuk pagi ni dan makan malam nanti. Nanti panaskan la" sua Syifa dua bekas makanan.

Naqib mengambilnya dan ucapkan terima kasih.

"Pergi dengan apa?" Soal Naqib lagi.

"Erm, dengan En. Robert" jawab Syifa serba salah. Tak pasti kenapa dia rasa serba salah sangat2.

"Oh. Take care. Bye buddy" Naqib usap kepala Adib lembut. Adib bergerak dari lenanya.

"Saya minta diri dulu. Jaga makan, jaga diri" pesan Syifa tanpa sebab. Naqib senyum dan anggukkan kepala.


Syifa dan Robert tiba di kubur arwah di kampung. Mereka bacakan Yaasin untuk arwah. Syifa tinggalkan Robert untuk bersendirian di kubur arwah Syikin.

"Syikin, abang sayang Syikin" ucap Robert lembut, matanya bergenang.

"Abang nak Syikin dan Adib ada dalam hidup abang tapi, Allah sayangkan sayang. Abang harap kita jumpa dan bersama di syurga. Terima kasih tinggalkan Adib untuk abang" ucap Robert lagi, air matanya mengalir perlahan lahan.

Dia tak sempat nak tengok wajah Syikin buat kali terakhir. Dia juga tak sempat azankan anak lelakinya. Tapi dia redha dan pasrah. Adib ada bersamanya kini.

Robert kesat air matanya dan pandang ke depan, saat itu mata dia dan Syifa bertaut. Senyuman semangat Syifa buatkan Robert rasa tenang serta merta. Robert balas semyuman Syifa dan dia berjalan ke arah Syifa dan Adib. Dunia barunya ada di depan.


Naqib singgah di rumah keluarga angkatnya untuk makan malam bersama. Mulanya dia menolak kerana makanan yang Syifa tinggalkan belum di sentuh tetapi dia pergi juga untuk penuhi hasrat dato dan datin.

"Ann masak tau, abang kena makan banyak2" Ziana ceria melayan Naqib makan malam ini. Naqib hanya berserah dan tersenyum.

"Masak ke suruh maid masakkan?" Perli Zaim sebagai gurauan. Ziana dan Zaim mula bergaduh mulut. Memang biasa sangat la ni.

"Zaim, jangan bergaduh dengan Ziana" tegur Zain, abang sulung di dalam keluarga ini.

Ziana jelirkan lidah tanda kemenangan bila Zain menangkan dia. Zaim hanya buat tak layan dan sambung makan dengan cepat. Malas dia nak bergaduh dengan Ziana lagi dah. Seperti biasa, Zain akan menangkan Ziana dan Zaim selalunya ditolong oleh Naqib.

"Nah, ayam besar untuk Zaim" Naqib pujuk Zaim dengan cedokkan lauk ke pinggan Zaim. Zaim sengih bahagia dan jelirkan lidah pada Ziana yang muncungkan mulut sedih.

Semua orang hanya mampu gelengkam kepala dengan telatah Zaim dan Ziana. Walaupun dah tua, tetap suka bergaduh dan cari salah masing masing.

Selesai makan malam, mereka semua berbual di ruang tamu. Topik perniagaan mula dibuka dan semua lelaki di dalam rumah itu khusyuk bahaskan benda yang sama. Ziana dan datin mula rasa bosan.

"Abang, dah la cakap pasal business. Abang ada benda nak bincang dengan Naqib kan?" Datin bersuara. Dato tergelak perlahan sebelum bersetuju.

"Papa lupa nak cakap. Sebenarnya Naqib, papa nak Naqib dan Ziana berkahwin" ujar dato senang.

Kek ditangan Naqib jatuh semula ke dalam piring, belum sempat masuk ke dalam mulut Naqib. Ziana senyum lebar menunggu jawapan daripada Naqib. Semua orang tak sabar nak tahu jawapan Naqib.

"Uncle, Naqib tak fikir lagi soal kahwin" ujar Naqib cuba untuk bertenang.

"Kamu dah 28, dah sesuai sangat kahwin" ujar Dato lagi, Ziana dan datin ikut sama bersetuju.

"Abang Zain tak kahwin lagi. Naqib tak sedia lagi" Naqib cuba untuk menolak lagi sekali.

"Kamu dah ada orang lain ke?" Soal datin pula, nadanya sedikit tinggi dan kecewa.

"Tak ada, Naqib belum rasa nak galas tanggungjawab tu"

"Bukannya kahwin terus. Bertunang la dulu" pujuk Ziana pula.

Naqib tunduk kepala memandang lantai. Dia hanya anggap Ziana sebagai adik, bukan bakal isterinya. Naqib mula serba salah dengan keadaan sekarang. Dia tersepit.

"Ma, pa. Bagi masa abang fikir dulu. Lagipun abang Zain tak kahwin or tunang lagi. Lets the first get the chance first" Zaim mula menyampuk.

Naqib pandang Zaim dengan senyuman berterima kasih. Zaim memang seorang yang memahami. Semua orang pandang Zaim tajam, tetapi Zaim buat tak endah dah sengih kepada Naqib.

"Saya rasa betul apa yang Zaim cakap tu. Bila Abang Zain dah kahwin, in sha Allah, kalau ada jodoh Naqib dan Ziana, kami akan bersama" ujar Naqib, kali ini lebih tenang dan berani memandang mata semua orang. Semuanya kerana Zaim. Terima kasih Zaim!


Syifa mula gelisah bila rumah tempat dia membesar mula muncul di matanya. Adib di tempat duduk belakang di pandang lama. Dia tak nak Adib dihalau lagi.

"Awak pasti ke ni?" Soal Syifa kepada Robert.

"Saya yakin. Awak jangan risau" pesan Robert pula. Syifa hanya angguk kepala lemah.

Kedua adik Syifa, Hanim dan Hazim berhenti daripada menyapu sampah di laman rumah bila ada sebuah kereta masuk. Mereka saling pandang dan memerhati kereta tersebut. Bila Syifa keluar dari kereta mereka berdua berlari untuk memeluk Syifa.

Rindu, sudah setahun mereka tidak bersua muka. Hanya telefon menjadi penghubung mereka.

"Kak!"

"Sihat? Mak ada?" Soal Syifa dan membalas pelukan kedua adiknya.

"Sihat. Semua orang sihat. Mak ada atas rumah. Naik la dulu"

"Kak, siapa ni?" Soal Hazim, tuju kepada Robert dan Adib.

"Ni Abang Robert, atau Abang Adam, yang ni Adib. Anak Kak Syikin" ujar Syifa.

Hazim dan Hanim begitu teruja dan segera mendapatkan Adib. Mereka begitu gembira melihat anak saudara mereka.

"Jom naik atas rumah" ajak Hanim dan mereka semua naik ke atas rumah.

Mereka menanti dengan sabar dan resah, akhirnya mak Syifa keluar dengan wajah yang garang. Rasa marahnya masih ada walau setahun sudah berlalu.

"Aku dah cakap jangan datang sini lagi dah. Kau bawak pula lelaki tak guna ni! Pergi dari sini! Pergi!" Jerit Pn. Hasmah.

Syifa menangis dan Adib ikut sama menangis. Robert cuba minta maaf dan terangkan hal yang sebenar. Tak ada apa yang mampu ubah pendirian Pn Hasmah.

"Mak, Syikin dah tak ada, maafkan saya dan dia" rayu Robert lagi tapi tetap tak berjaya.

Mereka berdua mengalah dan berserah. Mereka terpaksa pulang dengan hati yang luluh dan kecewa. Air mata Syifa masih lagi mengalir. Robert hanya diam sambil memegang kemas stereng kereta.

"Kita bermalam di hotel malam ni. Dah lewat sangat nak balik. Kesian Adib"

"Ya" respon Syifa ringkas. Dia tak tahu apa lagi yang dia perlu cakap sekarang ni. Mindanya penuh.


Naqib perlahankan jalannya bila dia melihat Syifa keluar dari kereta Robert di depan bangunan mereka tinggal. Naqib tetap berjalan dan akhirnya dia sampai di sisi Robert.

"Robert" sapa Naqib dan senyum kepada sahabatnya itu.

"Naqib, what are you doing here?"

"I live here" jawapan Naqib jelas agak mengejutkan Robert.

Syifa hanya diamkan diri dan pandang kereta yang lalu lalang di depannya. Rasa kekok pula bila bersama dua lelaki ini.

"Dada" Adib yang sedar dari lenanya segera menghulurkan minta di dukung Naqib. Lagi sekali Robert terkejut.

"Syifa dan Adib tinggal depan rumah aku. Kami jiran. Adib selalu main rumah aku, lama2 dia panggil aku Dada" terang Naqib seringkas mungkin. Robert anggukkan kepalanya faham. Syifa masih lagi mendiamkan diri.

"Awak cakap dua hari, hari ni dah balik" kini fokus Naqib kepada Syifa.

"Dah dua hari la. Saya bertolak balik pagi tadi"

"Ya la. Awak dah makan ke?" Soal Naqib lagi.

"Dah"

Robert mendengar perbualan antara Syifa dan Naqib. Dia dapat agak yang hubungan mereka bukan sebatas boss dan pekerja. Kini hati dia rasa sedikit tidak senang. Kenapa?

"Robert, saya dan Adib naik atas dulu. Awak pun balik dan rehat. Terima kasih dah hantarkan saya" ucap Syifa dengan senyuman lebar kepada Robert. Robert menyerah dan beredar setelah pamit.

Naqib dan Syifa beriringan naik ke rumah mereka. Adib sudah mula kembali lena di dalam dukungan Naqib.

"Siapa Robert dengan awak?" Soal Naqib. Memang dia nak tahu sangat.

"Robert? Dia papa Adib dan abang ipar saya" terang Syifa ringkas.

Naqib tidak cuba untuk korek jawapan lain lagi. Perbualan mereka berhenti di situ sahaja. Lagipun, jawapan itu sudah cukup untuk Naqib.



Kemunculan Robert di tempat Syifa kerja bukan lagi benda pelik dan ramai orang sudah terbiasa dengan kemunculan Robert di dalam bangunan itu. Tidak terkecuali juga hari ini.

"Syifa, jom makan kat luar. Bawa Adib sama" ajak Robert bila lunch hour tiba. Syifa rasa serba salah untuk menolak, tapi ikutkan hati dia tak nak pergi.

"Tak boleh, Aina lunch kat luar jadi, saya kena stay kat sini" jawab Syifa dengan alasan sekukuh yang dia mampu. Lagipun, memang betul dia tak boleh tinggalkan meja lama.

"Ya ke? Awak nak makan apa? Saya belikan" pelawa Robert lagi, masih lagi ceria.

"Saya bawa bekal hari ni. Awak boleh lunch dengan Adib. Makanan dia ada kat sana" ujar Syifa pula. Robert diam agak lama sebelum anggukkan kepala dan meminta diri untuk melihat Adib.

Syifa raup mukanya bila Robert beredar. Semakin hari Syifa rasa pelik dengan Robert, dulu Robert hanya ingin luangkan masa dengan Adib. Lama kelamaan Robert turut mintanya ikut serta dalam setiap perjumpaan.

Syifa tinggalkan meja untuk solat zuhur. Dia akan solat dan makan sekejap, bila Aina dah masuk kerja balik dia akan jenguk Adib.

Selesai solat, Syifa kembali ke mejanya dan makan bekal yang dia bawa. Makanan ringkas sahaja hari ini. Sandwich dan salad sayur.

"Lunch kat sini?" Soal Naqib yang singgah di meja Syifa bila melihat Syifa sedang makan sendirian di mejanya.

"Erm. Aina lunch luar"

"Oh. Selalunya dengan Adib"

"Dia makan dengan papa dia." Jawapan Syifa buatkan Naqib diam dan anggukkan kepala sahaja sebagai respon.

"Dah makan?" Soal Syifa kepada Naqib pula.

"Belum. Meeting habis lambat"

"Erm, duduk la kat sini. Boleh kongsi bekal saya. Tapi sandwich je la" pelawa Syifa dan tarik kerusi milik Aina kepada Naqib.

Naqib angkat kening sebelah sebelum berjalan ke dalam meja dan duduk di kerusi. Dia senyum bila melihat Syifa sudah asingkan makanan untuk mereka berdua.

"Wet tissue" sua Syifa bila melihat Naqib serba salah nak makan dengan tangannya yang kurang bersih.

Naqib gunakan tisu itu dan bersihkan tangannya sebelum makan. Dia tersenyum bila dia ingat rasa masakan Syifa. Dah lama dia tak dapat bekal lunch ni.

"Ni salad sayur. Tapi garfu ni saya dah guna" sua Syifa serba salah. Benda dah ada depan mata Naqib, takkan tak nak pelawa pula.

Naqib tak cakap apa dan terus makan salad itu menggunakan garfu yang sama. Memang terkejut la Syifa bila Naqib selamba je makan dari garfu yang sama. Tapi, bukannya Syifa ada penyakit mulut ke apa.

"Kenyang tak?" Soal Syifa setelah mereka diam dan sama2 nikmati lunch yang serba ringkas itu.

"No really but better than before" Naqib sengih sebaris menyebabkan Syifa ketawa kecil. Puas hati.

"Saya pergi dulu. Thanks" ucap Naqib ikhlas. Syifa senyum lebar dan perhatikan langkah Naqib yang semakin menjauh.

Robert kembali dari bertemu Adib dan dia berjalan ke meja Syifa. Dia ternampak yang Naqib baru sahaja beredar dari sana, tapi dia tak fikir banyak.

"Syifa, malam nanti dinner rumah parent saya. Mereka nak kenal Adib sangat"

"Eh, parent awak dah tak marah ke?" Soal Syifa agak terkejut dengan berita ini. Robert dan Syikin berpisah kerana keluarga.

"Tak. Mereka rasa bersalah dan nak sangat kenal cucu mereka. Boleh awak dan Adib datang?" Pinta Robert dengan nada merayu.

Syifa fikir tiada salahnya, keluarga Robert ada hak ke atas Adib. Adib darah daging mereka juga.

"Boleh, tapi saya tak tahu mana nak pergi"

"Jangan risau, saya akan datang jemput awak."

Syifa berserah dah ikut je apa yang Robert cakap.


Selesai solat maghrib dan sediakan makan malam Naqib, Syifa mengetuk pintu rumah Naqib. Naqib yang baru selesai solat membuka pintu rumahnya.

"Maaf la ganggu, ni makanan" sua Syifa sambil tersenyum.

"Dada" Adib sudah ketawa kecil sebaik melihat Naqib dan sedia untuk ke dukungan Naqib.

"Adib tak boleh main dengan dada. Kita nak pergi rumah nenek ni" ujar Syifa kepada anak kecil itu.

"Awak nak pergi rumah keluarga Robert?"soal Naqib kepada Syifa, bekal diambil dan kepala Adib di usap lembut.

"Ya. Keluarga dia nak kenal Adib." Jawab Syifa sambil tersenyum lebar. Dia gembira untuk Adib. Walaupun mak dia belum terima Adib lagi, keluarga Robert sedia terima dia.

"Baguslah. Awak pergi macam mana?" Soal Naqib lagi.

"Robert datang ambil."

Naqib perhati pakaian Syifa dari atas sampai ke bawah dan dia senyum sedikit.

"Awak pakai baju kurung" komen Naqib pendek.

"Ya. Saya tak ada baju sesuai yang lain. Buruk sangat ke?" Syifa mula cuak. Dia perhati dirinya dari atas sampai bawah.

"Tak. Saya tak pernah tengok awak pakai je"

"Oh. Saya tak pernah pakai pun. Kat kerja ada uniform dah"

"Ya la kan. Hati2" pesan Naqib bila Syifa putuskan dia perlu pergi.

Naqib melihat belakang Syifa yang berjalan pergi dari rumahnya. Adib masih lagi melambai dengan gembira kepadanya. Senyuman Naqib kembali terukir.


Syifa gembira melihat Adib dilayan dengan baik oleh keluarga Robert. Meskipun dia rasa tenggelam di dalam keluarga itu, dia tetap gembira melihat Adib mampu ketawa bersama orang yang baru dia kenali.

Syifa hanya diam di kerusi di sisi kolam, matanya masih memerhati Adib yang begitu seronok berlari ke sana sini.

Tiba2 hati Syifa terusik, jika Adib bakal tinggal di sini, di dalam keluarga Robert. Macam mana dia nak hidup tanpa Adib?

"Hi, awak dah makan" Robert duduk di sisi Syifa. Wajah Robert jelas gembira hari ini.

"Dah. Dah lewat ni, Adib kena tidur dan esok saya kerja" ujar Syifa mohon agar Robert mengerti.

"Tidur sini je la. Mummy dan daddy nak Adib tidur kat sini" maklum Robert pula. Syifa jadi serba salah sekarang ini. Dia tetap perlu balik, dia tak selesa di rumah orang.

"Awak tahu kan? Semua family saya dah peluk islam?" Soal Robert tiba2. Robert dah salah faham, bukan hal itu yang Syifa risaukan.

"Saya tahu, tapi saya perlu balik juga. Adib boleh tidur sini malam ni. Saya harap dia tak merengek la nanti"

"Tak apa, saya ada. Saya akan tidur dengan Adib"

"Elok la. Saya balik dulu. Saya dah call teksi" ujar Syifa pula.

"Ya. Jumpa la parent saya dulu"

"Okay" respon Syifa dan berjalan mengikut Robert.

Syifa senyum kepada kedua ibu bapa Robert sebelum memeluk dan mencium Adib lama. Mereka tak pernah tidur berasingan selama ini. Hari ini dia rasa takut sangat. Macam mana kalau perpisahan ini selamanya. Sebak rasanya.

"Saya minta diri dulu aunty. Saya titipkan Adib" ujar Syifa sesopan yang dia mampu.

Syifa tinggalkan rumah Robert dan tiba di rumahnya. Kebetulan dia ternampak Naqib di beranda hujung laluan. Syifa berjalan ke arah Naqib dan menegurnya.

"Mana Adib?" Setelah melihat hanya Syifa yang balik.

"Tidur rumah papa dia"

"Kenapa awak tak tidur sana?"

"Entah. Tak selesa kut lagipun saya kerja esok"

"Boleh ke Adib berpisah dengan umi dia ni?" Soal Naqib sambil memandang wajah sedih Syifa. Syifa senyum sedikit sebelum menjawab soalan itu.

"Entah, harapnya okay la. Kesian pulak Robert nanti. Lagipun saya kena biasakan berkongsi Adib. Adib bukan anak saya, kalau Robert tuntut hak penjagaan, saya tak boleh nak cakap apa" Syifa sedih dan takut pada masa yang sama. Dia tak sanggup berpisah dengan Adib.

"Apa yang jadi sebenarnya? Saya tak nak menyibuk tapi rasa nak tahu tu tinggi sangat" Naqib sengih sambil pandang Syifa. Syifa gelak sedikit sebelum mulakan ceritanya.

"Syikin, kakak saya bercinta dengan Robert. Dulu Robert belum masuk Islam. Mereka nak kahwin tapi kedua keluarga halang, tapi Syikin tetap kahwin dengan Robert sebab Robert baru sahaja masuk Islam. Syikin tak nak tinggalkan Robert tergantung macam tu je. Dia kenalkan Robert dengan Islam jadi dia rasa bertanggungjawab ke atas Robert."

Syifa hela nafas sebelum sambung cerita.

"Bila Syikin kahwin, ayah dan mak marah sangat kahwin dengan orang tak sama kaum dan agama. Syikin memang kakak saya yang paling degil dan tetap pendirian. Ayah meninggal lepas dua bulan Syikin kahwin. Mak salahkan Syikin atas kematian ayah dah halau Syikin. Tak mengaku Syikin anak lagi dah. Kami adik beradik tak dapat nak bantah tapi kami semua tetap berhubung"

"Syikin dan Robert pindah luar negara sebab keluarga Robert mula ganggu hubungan mereka. Bila Syikin mengandung, keluarga Robert jumpa Syikin dan minta Syikin tinggalkan Robert. Syikin pergi sebab dia takut anak dia dalam bahaya. Syikin balik Malaysia, mak belum maafkan dia. Saya jaga Syikin sepanjang dia mengandung, bila sampau masa dia melahirkan, dia meninggal. Dia tak dibenarkan mengandung dari awal lagi, tapi dia nak juga lahirkan Adib. Walaupun dia dah meninggal, mak masih marah dan tak nak terima Adib. Saya tekad nak jaga Adib, mak halau saya dan Adib"

Air mata Syifa gugur akhirnya, dah lama dia tak cerita hal ini kepada sesiapa. Walaupun dah setahun berlalu, rasa sakit itu tak pernah berkurang walau sehari.

Naqib diam sepanjang mendengar cerita sedih Syifa. Dia nak tenangkan Syifa tapi dia tak tahu macam mana.

"Mak dan ayah saya meninggal masa umur saya 11 tahun. Kemalangan. Mak pesan selalu buat baik pada orang yang baik pada saya. Masa tu Dato dan datin, parent Zaim ambil saya sebagai anak angkat. Saya tinggal bersama mereka tapi tak selesa dengan kehidupan mewah macam tu. Saya minta sekolah di asrama, dari situ saya berdikari. Semua perbelanjaan saya ditanggung dato. Saya belajar keras untuk balas jasa mereka. Saya belajar business dan pada masa yang sama saya belajar memasak. Saya nak jadi chef tapi dato nak saya kerja dalam syarikat dia. Berdirinya saya di sini hari ini kerana mereka. Saya terpaksa balas budi mereka"

Syifa kaget bila mendengar Naqib ceritakan kisah silamnya. Tak sangka yang hidup Naqib juga ada masalahnya.

"Encik Naqib berada di sini hari ini kerana encik sendiri. Saya harap encik akan dapat jadi chef nanti" Syifa beri semangat menyebabkan Naqib tergelak perlahan.

"Tapi, kalau encik belajar masak, kenapa tak masak sendiri?" Soal Syifa pelik. Kenapa Naqib makan masakan Syifa yang tak seberapa ni.

"Sebab tak cukup alat nak masak. Lagipun, saya nak makan makanan orang lain masak pula. Dah jemu makan masakan sendiri masa belajar dulu" jawab Naqib balik, Syifa angguk kepala setuju. Memang ada betulnya juga sebab Syifa sendiri dah pening tak tahu nak masak apa.

"Teringin pulak saya nak makan air tangan encik" gumam Syifa pada dirinya sendiri.

"Kalau awak sudi pinjamkan dapur awak. Why not?"

"Betul ni? Okay! Nanti saya dan Adib nak makan masakan chef Naqib pula. Saya akan sewakan dapur saya" Syifa berkata dengan teruja. Naqib hanya mampu tersenyum bahagia.



Syifa mampu lelapkan mata selama tiga jam sahaja. Dia rindukan Adib dan tak biasa tidur sendirian. Pagi ini dia datang kerja dengan mata yang agak merah kerana kurang tidur.

Jam 10 pagi Aina minta Syifa rehat seketika. Wajah Syifa mulai pucat dan kepala Syifa berdenyut dengan teruk.

Bunyi tangisan seorang budak menyebabkan rasa penat Syifa hilang. Robert masuk bersama Adib yang sedang menangis dalam dukungannya.

"Syifa, Adib menangis dari bangun tidur lagi" Robert serahkan Adib kepada Syifa.

Syifa mula memujuk dan mendodoi Adib dengan zikir. Adib tetap juga menangis tapi tak separah tadi. Syifa pandang Robert yang rasa bersalah dan risau. Sepertinya Robert juga tak cukup tidur.

"Adib tidur pukul berapa malam tadi?" Soal Syifa.

"Lewat jugak, dia asyik menangis cari awak je. Lepas dia tidur, asyik terjaga dan menangis cari awak. Pagi tadi dia bangun tidur, cari awak tiada. Dia menangis lagi" terang Robert dengan nada khuatir.

"Dada...Dada..." panggil Adib menyebabkan semua orang berpaling.

Naqib dan Ziana berjalan ke arah mereka semua. Sepertinya Ziana terpaksa mengikut langkah laju Naqib. Naqib jelas turut sama risau melihat keadaan Adib.

Adib terus ke dalam dukungan Naqib dan memeluk erat leher Naqib. Tangis Adib mulai reda perlahan lahan. Naqib pandang Syifa minta jawapan.

"Dia tak cukup tidur je ni. Malam tadi dia cari saya" walaupun ringkas, Naqib sudah faham keseluruhan cerita.

"Buddy, tidur okay. Dada dodoi" pujuk Naqib lembut. Lama kelamaan Adib mula terlena dalam dukungan Naqib.

Semua orang pandang dengan wajah terkejut. Siapa sangka yang si boss boleh kenal si recepcionist dan mampu dodoikan anak kecil yang menangis.

Wajah Robert keliru dan sedih pada masa yang sama. Dia nak Adib lena di dalam dukungan dia. Adib anak dia, bukan anak Naqib. Robert alihkan pandangan seketika sebelum kembali tenang.

"Thanks bro. Aku rasa kau boleh sambung kerja balik. Biar aku bawa dia pergi nursery" Robert cuba ambil Adib tapi Adib memeluk erat leher Naqib.

"Biar aku bawa dia, jom Syifa. Ziana tunggu bawah dulu" Syifa hanya menurut dan mengikut langkah Naqib.

Ziana dan Robert pandang mereka berdua yang baru sahaja beredar. Mereka sama2 berkerut dan tak sangka kejadian seperti ini akan berlaku. Robert yakin yang dia sepatutnya berada di tempat Naqib sekarang ini.

Adib tidur dengan selesa di atas tilamnya di nursery. Syifa dan Naqib sama2 bersila di kedua sisi Adib sambil merenung wajah Adib yang masih merah kerana menangis.

"Awak tidur tak malam tadi?" Soal Naqib pada Syifa yang tak lekang memandang Adib.

Syifa gelengkan kepala dan tunduk untuk mencium dahi Adib. Walaupun hanya beberapa jam terpisah, dia tak dapat nak tidur dengan nyenyak.

"Awak boleh ambil cuti separuh hari" cadang Naqib memberi tolerasi kepada Syifa.

"Saya tak boleh tidur semalam, saya asyik teringatkan Adib. Satu malam pun saya tak boleh tidur tanpa dia, macam mana kalau dia pergi dari hidup saya?" Soal Syifa sebak, air matanya mula mengalir.

"Awak fikir apa ni? Adib nak pergi mana?" Soal Naqib pula.

"Dia dah jumpa papa dia, keluarga yang nakkan dia, sayang dan terima dia. Saya bukan sesiapa"

"Syifa, be positive okay? Awak yang besarkan dia. Saya yakin mereka takkan rampas Adib dari awak"

"Terima kasih encik" ucap Syifa dan senyum sedikit. Ringan hatinya mendengar semua itu.



Ziana masih lagi mendesak Naqib untuk memberi jawapan, siapa Syifa dan Adib. Kenapa mereka kenal dan rapat? Naqib abaikan Ziana sepanjang masa kerana dia tak rasa perlu untuk dia menjawab soalan itu.

"Abang suka si recepcionist tu ke?" Soal Ziana semakin garang.

Tangan Naqib yang tadinya ligat bermain di atas papan kekunci berhenti mengejut. Skrin komputer dipandang tajam. Dia sendiri tak pasti dari mana Ziana dapat idea untuk tanya soalan macam tu.

"Ziana, abang sibuk. Tolong jangan ganggu abang sekarang" pinta Naqib dengan nada perlahan. Matanya masih lagi memandang skrin komputer.

"Ann tak akan pergi selagi tak dapat jawapan yang Ann nak. Abang tak boleh suka dia, abang kena kahwin dengan Ann! Ann sayang abang!" Jerit Ziana agak kuat, Naqib yakin pekerjanya dia luar boleh dengan suara Ziana

"Ziana, tolong faham keadaan abang. Sekarang bukan masanya untuk bincang hal tu"

"So when? Ann tak kira, Ann nak jawapan hari ni jugak. Bila kita akan kahwin?" Soal Ziana tegas.

Naqib berhenti membuat kerja dan memandang tepat pada wajah Ziana. Kali ini Naqib betul2 rasa panas dan dia dah ada keputusan sendiri.

"Kalau Ziana desak abang macam ni, Ziana akan menyesal"

"No way! Now tell me"

"Fine. Abang tak akan kahwin dengan Ziana. Abang sayang Ziana macam adik abang sendiri. Hubungan kita tak akan lebih daripada tu. Jadi abang harap Ziana faham dan tak desak abang lagi. Abang minta maaf, abang tak boleh kahwin dengan Ziana"

Naqib pejam rapat matanya, ya, memang tiada cinta untuk Ziana tapi dia tiada hak untuk lukakan hati Ziana macam ni. Ziana mendesak dan dia terdesak.

Ziana mula menangis, semakin lama semakin kuat. Naqib tak sanggup nak tengok Ziana menangis sampai macam tu sekali tapi dia terpaksa jelaskan hal yang sebenar.

"Sampai hati abang! Ann sayang, cinta abang sangat2. Sampai hati abang lukakan hati Ann" pilu sekali suara Ziana tapi tiada apa yang mampu Naqib lakukan.

Mesej dihantar kepada Zaim supaya dia datang ke biliknya untuk memujuk Ziana. Dia tahu semuanya sia2 tapi dia bukan lelaki kejam untuk biarkan Ziana menangis begitu sahaja.


Aina dan Syifa sama2 hairan bila melihat Ziana seakan ditarik dan dipaksa oleh Zaim untuk pergi. Aina pandang Syifa setelah Zaim dan Ziana hilang dari pandangan mereka.

"Kenapa tu?" Soal Aina pada Syifa, Syifa hanya mampu angkat bahu kerana dia tak tahu.

"Cik Ziana menangis kan?" Soal Aina lagi, kali ini Syifa anggukkan kepala kerana dia nampak Ziana menangis dengan jelas.

"Kau kan kesayangan Zaim, nanti tanya la dia" usik Syifa dengan sengihan lebar.

Aina tayang muka berang dan tolak bahu Syifa kuat. Tak pasti sebab malu dengan usikan itu atau marah sebenarnya. Mereka berdua rapat sangat, sebab tu kena usik selalu.

"Ah tu si boss turun, mesti si boss tahu jugak. Kau tanya la dia, dia kan jiran kesayangan kau" usik Aina kembali bila melihat Naqib meninggalkan bangunan dengan tergesa gesa.

Giliran Syifa buat muka sebelum senyuman malu dia sembunyikan. Siapa tahu siapa Naqib di dalam hati Syifa.


Ziana masih lagi menangis dan Zaim tak tahu apa yang dia perlu buat sekarang ni. Dia dan Ziana memang tak akrab, Zain yang lebih rapat dengan Ziana. Pasti Zain je yang dapat pujuk Ziana.

"Dah la nangis, kau cakap apa dengan abang Naqib?" Soal Zaim sekadar mencuba, dia yakin tak akan berjaya.

"Abang Naqib...tak nak kahwin dengan aku" luah Ziana masih lagi menangis.

Zaim tak terkejut langsung kerana dia boleh agak semuanya. Naqib tak pernah tunjuk minat yang terlebih kepada Ziana. Zaim diam seketika sebelum mula bicara.

"Sebab dia anggap kau tu adik dia. Mesti dia rasa tak selesa nak kahwin dengan kau" ujar Zaim lagi, kali ini dengan nada serius.

"Dia abang angkat je, bukan ada pertalian darah pun" balas Ziana lagi. Memang dia tak dapat nak terima.

"Ziana, kau tak boleh paksa dia kahwin dengan kau. Mama dan papa pun tak boleh paksa dia. Cukup cukup la paksa dia buat ikut telunjuk kita je" nada Zaim mula meninggi, dia rasa keluarga dia agak melampau kerana ingin mengatur hidup Naqib.

"Apa kau cakap ni?" Soal Ziana dengan nada agak tinggi. Tak suka dituduh begitu

"Abang tak pernah nak belajar business, dia nak jadi chef. Bila dia cakap nak sambung belajar untuk jadi Chef, papa paksa dia ambil business. Dari hari pertama dia masuk dalam keluarga kita, tak pernah sekali dia buat apa yang dia nak. Dia tak sayang kau macam tu, dia tak boleh nak paksa hati dia terima kau. Kau faham tak?" Lantang sekali Zaim berbicara. Kali ini Ziana diam sahaja dan kembali menangis.



Dua hari Syifa dan Naqib tidak bersua muka dan bercakap. Naqib nampak sangat kusut dan serabut. Syifa mula rasa kehilangan dalam hidupnya. Adib juga semakin kerap di bawa ke rumah keluarga Robert. Kini Adib sudah bukan berada bersamanya sepenuh masa. Jujur, dia sunyi.

"Adib dah tukar nursery kan?" Soal Aina bila mereka berdua makan tengahari bersama.

"Ya. Keluarga Robert nak Adib ada di nursery lebih elok. Aku tak rasa kat sini kurang apa2 pun" jawab Syifa lemah. Adib adalah bateri dalam hidupnya.

"Tu la, orang kaya kan?" Komen Aina pula. Syifa hanya senyum lemah.

"Aku rindu dia sangat2" ujar Syifa perlahan, air matanya mula bertakung.

"Dah la, aku rindu dia jugak. Robert mesti hantar dia jumpa kau hari ni"

"Harapnya la. Lagipun, Robert selalu ajak aku pergi sana tapi aku tolak"

"La, kenapa?"

"Aku tak boleh la, aku dapat rasa asing sangat dan tu bukan tempat aku."

"Keluarga dia layan kau buruk ke?"

"Tak lah. Macam mana eh, kami ni macam tak serasi je. Dorang pun tak tahu nak cakap apa dengan aku, memang aku tak rasa aku dapat survive la dalam family tu" kini Aina angguk kepala faham. Perasaan di mana, itu bukan tempat untuk kita. Rasa tak selesa.

"Hai" Syifa dan Aina sama2 terkejut dengan orang yang menyapa mereka. Memang tak disangka langsung.

Aina sengih jahat dan habiskan airnya dengan segera.

"Encik Naqib, Syifa , saya minta diri dulu. Ada hal ni" Aina sengih kepada Syifa sebelum cepat2 beredar.

Syifa jeling sahabatnya yang buar derk je. Naqib senyum sikit bila melihat Aina dan Syifa bergaduh dalam diam. Lebih tepat, Syifa marahkan Aina dalam diam.

"Dah makan?" Soal Syifa prihatin. Naqib nampak kurus sedikit.

"Belum" jawap Naqib ringkas.

"Order la"

"Tak nak. Saya nak nasi goreng ni" Naqib tunjuk bekal Syifa yang hanya terusik sikit.

"Tapi, saya dah makan"

"Sokay, awak order la makanan lain. Saya nak makan yang sini. Dah dua hari tak makan air tangan awak" Naqib tanpa izin menarik bekal Syifa dan mula makan dengan senyuman lebar. Nampak sangat rindu.

"Makan la, saya dah kenyang. Maaf la dari bekas saya" pinta Syifa sopan. Naqib hanya senyum dan teruskan makan.

"Adib mana?" Soal Naqib pula.

"Nursery baru. Keluarga Robert yang pindahkan dia" maklum Syifa sedih.

"Oh. Saya rindu dia. Nanti bila dia balik, beritahu saya. Saya nak golek dia puas2" Syifa gelak perlahan dengan lawak Naqib.

"Saya pun nak golek dia jugak. Rindu"

"Okay. Nanti kita golek sama2" kali ini tawa Syifa semakin kuat dan Naqib ikut sama ketawa. Mereka berdua nampak bahagia.



Ziana berdepan dengan Syifa dan merayu agar Syifa mengikutnya keluar dengan alasan ada perkara yang perlu dibincangkan. Syifa tak dapat tinggalkan kerja dia tapi atas desakan Ziana dia terpaksa akur.

Mereka bersama di sebuah taman, memang sangat lengang kerana waktu bekerja sekarang ini. Syifa gelisah melihat Ziana seakan tidak tentu arah.

"Syifa, saya merayu pada awak. Tinggalkan Naqib. Saya tak boleh hidup tanpa dia" rayu Ziana bersungguh dan tangannya genggam erat tangan Syifa.

Syifa balas genggaman Ziana dan pandang tepat wajah cantik yang kini dibasahi dengan air mata.

"Cik Ziana dah salah faham. Saya dan En. Naqib sekadar boss dan pekerja sahaja. Kami jiran, sebab tu kami kenal lebih sikit. Saya dan En. Naqib tak ada hubungan lain." Terang Syifa dengan yakin.

"Kalau awak dan dia tak ada hubungan, kenapa dia tak nak kahwin dengan saya?" Soal Ziana lagi.

Syifa tak pernah fikir yang dia akan ditanya soalan itu. Dia memang tak ada hubungan dengan Naqib. Hubungan yang istimewa.

"Saya tak tahu cik. Kami memang tak ada apa2" jelas Syifa lagi.

"Sebab dia tak cintakan saya" lirih sekali suara Ziana kali ini.

Syifa ikut sama sedih tapi apakan daya, dia tak mampu lakukan apa2. dia tidak berada di tempat di mana dia boleh selesaikan masalah ini. Kenapa Naqib tak cintakan Ziana? Syifa sendiri tidak tahu. Bahkan dia tak pernah bayang akan hal itu.

"Cik Ziana, saya minta maaf sebab tak dapat tolong cik." Pinta Syifa dengan rasa bersalah.

"Awak tak salah. Naqib tak cintakan saya sama macam saya cintakan dia, tak ada siapa yang salah"

Syifa ikut sama sedih tapi apakan daya, dia tak mampu lakukan apa2. dia tidak berada di tempat di mana dia boleh selesaikan masalah ini. Kenapa Naqib tak cintakan Ziana? Syifa sendiri tidak tahu. Bahkan dia tak pernah bayang akan hal itu.

"Cik Ziana, saya minta maaf sebab tak dapat tolong cik." Pinta Syifa dengan rasa bersalah.

"Awak tak salah. Naqib tak cintakan saya sama macam saya cintakan dia, tak ada siapa yang salah"

Syifa masih lagi teringat perbualan dia dan Ziana, dia rasa serba salah dan pada masa yang sama dia keliru. Kenapa Ziana fikir Syifa ada hubungan dengan Naqib. Mereka sebatas boss dan pekerja atau jiran sahaja.


"Umi...dada..." kain Syifa ditarik Adib yang sedang merengek minta didukung.

Syifa mendukung Adib dan membawa bekal Naqib ke depan pintu. Memang betul, bila Adib kembali ke rumahnya, dia dan Naqib golek Adib sungguh2. Memang rindu yang teramat.

"Eh, encik dah beli makanan?" Soal Syifa bila melihat plastik berisi makanan di tangan Naqib. Naqib juga sepertinya baru sahaja kembali dari membeli makanan.

"Ya. Saya beli untuk awak dan Adib juga. Jom kita makan kat hujung sana"

"Ok" Syifa berserah dan bawa bekal masakannya sama.

Mereka duduk dengan selesa, Naqib ambil bekal milik Syifa dan hidangkan bersama. Naqib senyum bila makanan yang dimasak Syifa menyentuh lidahnya. Adib sudah mula duduk di atas riba Naqib.

Syifa senyum gembira dan mula makan makanan yang dibeli Naqib. Memang sedap sangat, Syifa sendiri tak sangka yang makanan di kedai boleh sesedap ni.

"Sedapnya..."puji Syifa dan senyuman Naqib merekah seakan bangga dengan pujian itu.

"Mana encik jumpa kedai sesedap ni?" Soal Syifa penasaran.

"Nanti saya bawa awak dan Adib"

"Janji?"

"Ya" jawab Naqib. Syifa sengih lebar dan teruskan makan. Naqib teruskan makan masakan Syifa. Malu pula Syifa bila Naqib makan masakannya yang serba kurang.

"Oh, tadi Cik Ziana jumpa saya" ujar Syifa perlahan. Reaksi Naqib memang sudah dapat diagak. Naqib diam lama sebelum tanyakan soalan.

"Kenapa?" Naqib masih dalam nada yang tenang.

"Saya pun tak faham sangat. Kenapa dia nak saya pujuk encik supaya kahwin dengan dia. Maksud saya, kenapa saya? Pelik kan?"

"Awak cakap apa?"

"Tu hak encik, saya bukan sesiapa pun. Lepas tu dia macam boleh terima je. Kesian juga saya tengok Cik Ziana menangis macam tu. Kenapa eh encik tolak dia? Dia cantik sangat."

"Dia kakak Zaim, secara tak langsungnya adik angkat saya. Saya tak simpan perasaan untuk dia lebih dari tu. Dia dah macam keluarga"

"Oh, faham. Kalau saya pun sama kut" Syifa sengih pula. Naqib hanya anggukkan kepala dan teruskan menyuap makanan ke dalam mulut Adib.


Naqib mengambil keputusan untuk menjelaskan hal sebenar kepada keluarga angkatnya. Dia akan tolak Ziana dengan baik dan adil, bukan seperti di pejabat tempoh hari. Segala kemungkinan Naqib harap dia bersedia.

"Naqib, masuklah. Semua orang ada di ruang tamu tu" sapa orang gaji di rumah Dato. Naqib senyum dan masuk ke dalam rumah.

Perbualan rancak sedang berlangsung di dalam keluarga itu. Naqib tidak berani untuk memberi salam dan dia berselindung di sebalik dinding.

"Papa anggap abang Naqib orang luar? Papa cakap apa ni?" Nyaring dan lantang suara Zaim seakan tidak berpuas hati.

"Kalau dia kahwin dengan Ziana, dia akan jadi keluarga kita dan syarikat tu papa akan serahkan pada dia. Sekarang ni dia dah tolak Ziana" dato bersuara tegas.

"Ya Allah, papa cakap apa ni?"

"Papa tak peduli, mulai minggu depan, Zaim take over syarikat tu. Papa tak akan benarkan orang luar kuasai syarikat kita"

"Papa mengarut apa ni? Zaim tak nak!"

"Semua keputusan di tangan papa!"

"Sanggup papa buat semua ni, abang Naqib dah ikut semua cakap papa. Sampai hati papa nak buang dia"

"Dia yang pilih jalan ni. Apa salahnya kahwin dengan Ziana? Bukannya Ziana ada cacat cela pun"datin mula bersuara pula. Suasana gamat dengan perbalahan mulut antara mereka sekeluarga.

Naqib telan liur dengan pahit. Dia memilih untuk beredar dari situ. Dia dengar semuanya dan dia tak sangka dia akan rasa sesakit ini. Naqib tabahkan hati dan kuatkan diri untuk terus melangkah pergi.


Memang mengejutkan bila Naqib berhenti kerja dengan tiba2. Bukan diberhenti tetapi dia sendiri yang berhenti dengan rela. Semua orang tertanya tanya kenapa tetapi tiada seorang pun yang ada jawapan.

"Abang, kenapa ni?" Soal Zaim bila melihat Naqib kemaskan barangnya ke dalam kotak.

"Zaim, abang nak buat apa yang hati abang nak. Lagipun Zaim lebih sesuai untuk jawatan ni" bahu Zaim ditepuk lembut.

"No way abang! You know me right? I hate that. Abang, why?"

"Berapa kali nak jawab ni Zaim" Naqib tergelak perlahan tetapi tangannya lincah mengemas barangnya.

"Wait! Papa said something right?"

"Cakap apa?" Soal Naqib buat tak tahu.

"Fine! But, jangan lari dari Zaim. Jangan hilangkan diri macam tu je"

"Dont worry, abang tak pergi mana pun"

"Bro, I'm sorry. I love you, you know that right?" Zaim peluk Naqib erat. Naqib ketawa lagi dan balas pelukan Zaim singkat. Over dramatic je si Zaim ni sebenarnya. Tapi Naqib syukur, Zaim betul2 anggap dia macam keluarga.

"Over la Zaim. Dah la, abang nak pergi dah ni"

"Ya. See ya soon. Pasal Syifa jangan risau"

"Dah kenapa naik nama Syifa ni?"

"Eleh, I will take care of her on your behalf" Zaim sengih lebar, memang suka usik Naqib dan Syifa.

"I'm her neighbour ya know. I met her almost everyday. Just take care of yourself"

"Dia dah tahu?"

"Semua orang dah tahu Zaim. Abang pergi dulu. Jangan segan datang rumah. Kalau ada apa2 yang Zaim perlukan pertolongan, cari abang. Kalau ada masalah, cakap"

"Ya. Okay. Jom Zaim iring ke kereta" Zaim sengih lagi.

"You know I'm walking to work right?"

"Ha ah, lupa. Jom Zaim hantar ke jantung hati abang"

"Mengarut apa lagi ni?"

"Eh, lantai akhir la kan? Di mana terletaknya meja recepcionist"

Zaim cepat2 lari bila Naqib hendak memukulnya. Pintu lif dibuka untuk Naqib.

Syifa hanya mampu melihat belakang Naqib yang berjalan pergi. Walaupun Naqib tak cakap, orang yang kenal dia boleh cakap yang dia agak sedih untuk tinggalkan pejabat ini.

"Kenapa tak buat farewell party?" Soal Aina kepada Zaim yang ikut sama berada di tempat kerja mereka.
Syifa pandang Zaim, berminat nak tahu jawapan kepada soalan itu. Syifa tahu yang Naqib nak berhenti kerja dan boleh agak sebab yang sebenar.

"Boss pergi mengejut kan? Lepas tu bagi jawatan tu kat saya. Tak adil betul" rungut Zaim menyebabkan Aina ketawa perlahan manakala Syifa tesenyum. Ingatkan sedih sangat kenapa.

"Sebab awak malas nak kerja, tu yang susah tu" kutuk Aina selamba. Berani betul kan? Memang la, sebab buah hati dia.

"Hei, sampai hati awak" dah mula dah adegan manja2 menyampah Zaim dan Aina.

Syifa buat tak layan dan teruskan kerjanya, telinga sengaja dipekakkan nanti meluat pula. Pada masa yang sama Syifa rasa kelakar dengan pasangan ini, walau apa sekalipun Syifa doa yang terbaik untuk kawannya.


Naqib, Syifa dan Adib makan malam bersama. Adib di ribaan Naqib dengan kedudukan selesa habis. Syifa nak ambil dia pun tak nak. Sekarang Adib dah mula tidur dengan Naqib, asyik nak bersama dengan Naqib je.

"Encik nak kerja apa lepas ni?" Soal Syifa dengan berani, dah lama dia nak tanya soalan tu.

"Saya nak penuhi impian saya. Saya nak jadi chef"

"Saya doakan encik berjaya, harapnya encik tak pindah sebab nanti Adib rindu" Syifa bernada ceria dan hanya bergurau.

"Saya tak pindah kot. Saya tak takut Adib rindukan saya, saya bimbang saya yang rindu dia lebih2"

"Ya la, sekarang pun nak tidur dengan encik je. Dengan papa dia tak rapat macam ni pun"

"Sebab saya kenal Adib dulu. Btw, dah la panggil saya encik. Kita ni dah nak cukup dua tahun jadi jiran lagipun saya bukan boss awak lagi" ujar Naqib tenang. Syifa diam seketika sebelum anggukkan kepala dan setuju.


Syifa senyum sambil mengambil barangan Adib dari tangan Robert. Adib sedang tidur jadi Syifa tak pasti apa yang dia perlu buat sekarang ni.

"Syifa letak Adib dalam rumah dulu, saya nak cakap sikit" ujar Robert kelihatan tenang tetapi serius. Syifa anggukkan kepala dan masuk ke dalam bilik untuk baringkan Adib.

Syifa keluar dari rumah dan ke beranda di mana Robert sedang duduk di kerusi yang disediakan. Syifa menyapa Robert sebelum duduk berhadapan dengan Robert.

"Ada apa?" Soal Syifa langsung.

"Adib"

"Kenapa?" Soal Syifa mulai risau

"Adib masih lagi tak selesa dengan keluarga saya. Dia macam tak boleh terima kami" adu Robert. Syifa pelik sebab setahu dia, Adib mudah rapat dengan orang contohnya macam mana dia boleh rapat dengan Naqib sekejap je.

"Dia belum selesa kut."

"Sebab tu saya fikir, kalau ada awak bersama dia, lebih elok" Syifa bertambah hairan. Entah apa maksud Robert.

"Saya tak berapa faham"

"Adib perlukan awak, saya perlukan Adib dan saya perlukan awak untuk biasakan Adib dengan saya"

"Saya akan cuba..."

"Syifa, awak dan saya perlu bersama untuk Adib. Kita dapat jaga dia bersama sama dan dia akan dapat keluarga yang lengkap."

"Maksud awak?"

"Marry me..."

Syifa diam lama dan dia kaku, dia tak pasti apa yang dia perlu buat sekarang ni dan dia sendiri tidak pasti ada jawapan untuk soalan itu.

"Awak lupa ke yang mak pernah bantah perkahwinan awak dan Kak Syikin?" Soal Syifa bila dia teringat kembali saat keluarga mereka mula terbelah. Sakit sangat.

"Kita pujuk mak awak. Kali ini saya akan bawa keluarga saya untuk jumpa mak awak" pujuk Robert senakin beria dan Syifa kembali diam lama, matanya memandang lantai.

"Saya..."

"Umi..." panggilan itu buatkan ayat Syifa tergantung. Adib berada dalam dukungan Naqib. Syifa resah sekiranya perbualan mereka berdua didengari Naqib.

"Sayang umi dah bangun. Meh sini" Syifa hulurkan tangan untuk mengambil Adib dari dukungan Naqib tapi ternyata Robert lagi pantas.

"Papa...nak dada..." rengek Adib manja sambil hulurkan tangan minta diambil oleh Naqib.

Naqib tidak berganjak langsung malah hanya tersenyum kepada Adib. Robert disapa dengan anggukkan sebelum dia meminta diri untuk pergi.


Naqib keluar dari keretanya setelah menarik nafas dalam2. Dia rasa perlu untuk buat semua ini dan dia yakin dia tak akan menyesal. Itu hanyalah apa yang dia rasa dan yakin, hakikatnya belum pasti lagi.

"Abang cari siapa?" Soal Hazim, menyapa dengan sopan.

"Ni rumah Puan Hasmah?" Soal Naqib balik.

"Ya, kenapa? Abang ni orang tabung haji eh? Nak datang bagi surat pergi haji kat mak ke?" Soal Hazim dengan laju dan senyuman lebar.

"Bukan. Saya ada hal nak bincang sikit"

"Eh, bukan ke? Hehe. Naik la dulu, jom"

Pn. Hasmah memandang lelaki di hadapannya dan dia keliru dengan kemunculan lelaki tidak dikenali itu.

"Saya kawan Syifa, Naqib" Naqib perkenalkan diri dengan sopan.

Wajah Pn. Hasmah kembali tegang bila mendengar nama anak perempuannya disebut.

"Kalau nak cakap pasal dia, baik kamu balik" suara Pn. Hasmah sudah mula tinggi.

"Saya tak akan balik selagi puan tak dengar apa yang saya nak cakap"

"Cepat cakap, lepas tu balik"

"Tolong maaf kan Syifa dan terima dia dan Adib balik. Syifa anak puan dan Adib cucu puan. Kesian Syifa seorang diri. Bila Adib sakit, dia ikut sama sakit, dia tak ada tempat nak mengadu. Saya tahu kisah anak sulung puan, bukan Syifa memburukkan keluarga puan, tapi Syifa hanya sekadar meluah perasaan. Puan sendiri tahu yang arwah dah selamat dikebumikan dan dua tahun pun. Selama arwah di bawah sana, hanya Allah yang tahu apa yang dia rasa. Tenang atau terseksa hanya dia yang rasa. Maafkanlah dia, kurangkan beban dan doakan dia puan. Kasihan puan...maafkanlah Syifa selama dia masih lagi ada di dunia. Puan seorang ibu, pasti puan faham perasaan itu. Saya dah rasa kehilangan semuanya puan, sakit sangat...saya sebatang kara dan saya sunyi. Puan masih beruntung, masih lagi ada peluang untuk bersama keluarga. "

"Bila Syifa dan Robert datang untuk mohon restu untuk bersama, saya mohon bagi mereka peluang dan puan sendiri ambil peluang untuk restui anak2 puan. Saya harap puan boleh fikirkan hal ini"

"Saya minta maaf saya cakap panjang sangat, saya mohon puan fikirkan apa yang saya cakap hari ni. Rasa kehilangan tu perit sangat puan, perit sampai saya rasa tak nak hidup lagi dah. Fikirkanlah puan sementara kita semua masih ada masa...saya minta diri dulu"

Salam diberi dan Naqib segera menuju ke kereta. Naqib senyum kepada Hazim dan Hanim yang berdiri di depan pintu dengan wajah sedih. Naqib meninggalkan kawasan rumah itu dengan harapan yang tinggi. Dia nak Syifa dan Adib bahagia.

"Telefon Syifa" arah Pn. Hasmah tegas kepada anaknya.

Hanim dengan pantas membuat panggilan dan memberitahu Syifa supaya segera pulang ke rumah. Hanim tak pasti sama ada ini adalah berita baik atau tidak. Boleh jadi, Pn. Hasmah marahkan Syifa kerana ceritakan masalah keluarga mereka pada orang luar.

Syifa pulang pada hujung minggu tapi Adib dia tinggalkan bersama dengan Naqib. Dia masih rasa takut dan bimbang untuk bersua dengan maknya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia perlu balik hari ini.

Suasana di ruang tamu agak tegang, semua orang hanya diamkan diri dan tak membuka mulut langsung. Syifa hanya menekur lantai kerana takut untuk memandang wajah maknya.

"Mana anak Syikin?" Soal Pn. Hasmah tiba2.

Syifa terkejut sedikit sehingga dia tak tahu jawapan kepada soalan itu. Hanim genggam tangan Syifa dan Hazim usap belakang Syifa lembut memberi kekuatan.

"Kat rumah"

"Kenapa tak bawak balik sini?" Soalan itu sekali lagi buat Syifa terkelu. Dia tak dapat tafsir maksud di sebalik soalan itu.

"Erm, dia tak sihat sangat"

"Bapak dia jaga ke?"

"Ayah angkat dia yang jaga" jawab Syifa perlahan, sebab semua ini berlaku tiba2 sangat.

"Betul ke kau nak kahwin dengan suami arwah Syikin?" Mata Syifa mendarat tepat pada wajah maknya. Memang dia terkejut tahap maksima. Entah dari mana datangnya soalan sedemikian dan macam mana mak dia boleh tahu. Dia bingung.

"Mak...saya..."

"Aku restu kalau kau betul2 nak kahwin dengan dia."

Suasana senyap, dengan restu yang datang tiba2 itu. Syifa masih lagi tak dapat nak membaca maksud maknya.

"Mana mak tahu semua ni?"

"Betul ke kau nak kahwin dengan lelaki tu?" Soal Pn. Hasmah kembali. Syifa diam lama sebelum gelengkan kepala.

"Syifa suka orang lain tapi, kalau Syifa berkahwin dengan Robert, Adib akan bahagia" jawab Syifa perlahan.

"Sampai bila kau nak berkorban untuk orang lain? Kau kahwin la dengan orang yang kau nak, mak restu. Mak redha dan restu semua kehendak anak mak" kali ini Pn. Hasmah menjadi sebak.

Air matanya bergenang dan dia pandang wajah Syifa lama. Betapa dia rindu akan anak2 nya. Betapa dia menyesal dah buang anak2 dia selama ini.

Syifa menangis dan segera bergerak ke pelukan maknya. Di situ dia rasa semuanya yang dia rindu. Tenang dan sayang semuanya ada.

"Terima kasih balik dan maafkan mak. Terima kasih jagakan Syikin dan cucu mak" Pn. Hasmah kucup Syifa bertalu talu kerana rindu. Hanim dan Hazim ikut sama berpelukan dan menangis kegembiraan.

"Bawa cucu mak lain kali" pinta Pn. Hasmah pula. Syifa anggukkan kepala dan terus menangis. Tiada kata2 lagi mampu keluar dari tengkuknya. Semuanya rasa syukur yang tak terhingga.

Syifa senyum memandang maknya yang begitu seronok masakkan lauk kegemarannya di dapur. Dia tenung lama wajah yang dia sayang dan rindukan itu sehingga air matanya mula bergenang lagi.

"Kenapa ni?" Pn. Hasmah tinggalkan kerjanya dan mendekati Syifa yang kembali menangis. Syifa ditarik ke dalam pelukan erat dan pujukan manja diberikan seperti biasa.

"Syifa gembira sangat mak" ujar Syifa dan kembali teresak.

"Shh..mak pun gembira sangat. Bila kita dah bersama macam ni, mak nampak wajah Syikin yang senyum pada mak. Mak harap Syikin maafkan mak dan bahagia dia sana"

"Kakak tak pernah marahkan mak. Mesti kakak bahagia sangat sekarang ni."

"Amin. Dah la, mak nak sambung masak. Nanti tak siap pulak" Pn. Hasmah gelak perlahan sebelum kembali ke dapurnya.

"Hari tu ada lelaki datang rumah ni, dia yang cakap kamu nak berkahwin dengan Adam. Dia yang tegur mak pasal amarah ni, dia juga yang buat mak sedar salah mak. Dia ke lelaki yang kamu suka tu? Kalau betul dia, kamu nak kahwin dengan dia hari ni pun mak bagi" Pn. Hasmah senyum sendiri.

Syifa bingung, dia tak dapat menangkap mana2 wajah yang sedang diceritakan kini. Dia hanya terbayang wajah orang yang dia suka sahaja dan dia mula rasa segan dengan angannya sendiri.

"Mak cakap pasal siapa ni?"

"Entah apa nama budak tu, lupa dah. Tapi elok budaknya"

"Robert je pernah datang sini" gumam Syifa pada dirinya sendiri.

"Mak dah lupa ke muka Adam macam mana? Sampai tertukar kut"

"Mak memang tua, bukan nyanyuk. Mak ingat lagi muka Adam. Lagipun budak tu muka melayu ori!" Tegas Pn. Hasmah menyebabkan Syifa tergelak kelucuan. Serius betul ni.

"Mana tahu..."

"Umi!" Jerit Adib yang tiba2 mencul dan berlari memeluk kaki Syifa erat. Terperanjat Syifa bila melihat anaknya ada di situ

"Eh...Adib datang dengan siapa ni?"

"Umi, nenek?" Soal Adib sambil tersengih lebar. Dia masih ingat wajah neneknya kerana Syifa selalu tunjukkan gambar mereka sekeluarga.

"Ya. Pergi salam dan cium nenek" ujar Syifa dan Adib tak tunggu lama terus menyerang neneknya. Untung tak terbalik je.

"Comelnya cucu nenek" puji Pn. Hasmah dan mencium cucunya bertalu talu sehingga Adib ketawa senang.

"Air sejuk je" Syifa kaku bila mendengar suara itu. Dia segera keluar dari dapur dan terpaku melihat Naqib berada di ruang tamu rumah maknya.

Naqib laju mengalihkan pandangnya sebaik sahaja melihat Syifa dan dia segera turun dari rumah itu untuk ke laman rumah. Syifa pelik, kenapa Naqib nak lari. Syifa cuba untuk mengejar Naqib tapi di halang Hanim.

"Kak, kut ye pun, tutup la aurat dulu" tegur Hanim dengan senyuman kelucuan. Mata Syifa melebar dan dia segera berlari ke dalam biliknya untuk mengambil tudung.

Lama dia berdiri depan cermin sebab rasa bodoh dengan tindakan sendiri. Dia segera beristighfar kerana telah mendedahkan auratnya tanpa sengaja. Syifa raup mukanya sebelum keluar dari bilik.

"Tu la budaknya Syifa. Naqib kan?" Soal maknya pula.

"Yang datang sini untuk beritahu mak pasal Adam tu?"

"Ya. Elok kan? Budak tu ke yang kamu suka?" Soal Pn. Hasmah lagi. Syifa diam dan pandang dinding rumahnya.

"Syifa jumpa dia kejap" Syifa mengelak dari menjawab soalan itu dan turun ke laman rumah dengan segera. Naqib ada di sana bersama dengan Hazim sedang minum air.

"Abang, saya masuk dulu" Hazim segera tinggalkan Naqib sebaik melihat Syifa mendekat. Sempat dia mengusik Syifa bila mereka berselisih bahu.

"Erm...apa yang awak buat kat sini?" Soal Syifa langsung.

"Saya hantarkan Adib. Mak awak nak jumpa dia kan?"

"Kenapa awak pernah datang sini?" Soal Syifa lagi.

"Sebab saya tahu awak tak akan datang sini untuk bincang hal itu dengan mak awak. Saya nak awak dan Adib dapat apa yang sepatutnya."

"Apa yang patut kami dapat?"

"A family, a man to protect both of you. Robert" Syifa terkedu.

"Macam mana kalau saya tak nak Robert yang jadi lelaki tu?" Soal Syifa pula.

"Biar saya yang jadi lelaki itu" ujar Naqib tenang dan matanya memandang ke anak mata Syifa. Syifa terkejut dengan pengakuan yang tidak disangka ini.

"Kalau kamu nak anak mak cik ni, kena minta dengan mak cik dulu. Dah, jom masuk makan. Lepas ni boleh bincang" Pn. Hasmah dengan cekap mencelah perbualan mereka.

Naqib tersenyum lebar dan berjalan ke rumah. Syifa masih lagi di tempat yang sama, masih lagi fikir sama ada ini adalah mimpi atau realiti.

"Simpankan gelas saya ya" sempat Naqib mengusik Syifa bila mereka berselisih. Syifa pandang gelas di pangkin dan segera membawa gelas itu naik ke atas rumah.



Syifa sendiri tak pasti macam mana mereka boleh berkahwin akhirnya. Pada mulanya mereka bertunang, tak sampai sebulan mereka dah berkahwin. Dah selesai akad tapi Syifa masih lagi rasa seperti mimpi kerana semua ini berlaku dalam sekelip mata sahaja.

"Kau termenung apa ni? Hari pengantin pulak tu" Aina pelik sungguh dengan Syifa ni yang nampak seperti blur je sejak tadi. Nak kata tak bahagia, tak ada pulak.

"Aku mimpi ke ni Aina?" Soal Syifa serius. Syifa ni memang pandai buat orang rasa nak bagi pelempang kat dia.

"Berapa lama kau tidur nak mimpi selama ni? Anggap je la doa aku termakbul kau bersama dengan si boss. Selesai" Aina geleng kepala dengan perangai Syifa. Tak habis2 lagi dengan keliru, mimpi dan realiti.

Aina angkat tangan untuk tepuk pipi Syifa tapi laju badan Syifa ditarik oleh Naqib untuk elakkan pipi Syifa disentuh. Naqib dengan laju mencium pipi Syifa sekilas tanpa segan silu. Mata Syifa terbeliak dan kini dia sedar sepenuhnya.

"Bukan mimpi..." gumam Syifa dan menyentuh pipinya yang mula rasa hangat.

Aina ketawa mengekek, siap pegang perut lagi dengan respon Syifa yang tak boleh blah. Naqib ikut sana ketawa, tapi tak ada la seover Aina.

"Dah sedar? Hmm?" Soal Naqib lembut dan Syifa mula tersipu.

Dia jauhkan diri dari Naqib sedikit. Maklumlah, selama dua tahun Naqib jadi boss Syifa, kemudian beberapa bulan mereka menjadi kawan. Kemudian bertunang dan sekarang ni dah kahwin.

"Jom jumpa keluarga awak. Ramai dah yang nak balik" ajak Naqib mesra sambil menarik tangan Syifa supaya mengikutnya.

Syifa hanya mengikut langkah Naqib dan mereka berpimpin tangan bersama. Bila dia melihat tangan mereka bertaut erat, dia doa agar perkahwinan mereka kekal selamanya.


Malamnya Syifa duduk di katil sambil tangannya meramas bantal perlahan lahan. Dia hanya menunggu Naqib untuk masuk ke dalam bilik dan tidur. Pintu terbuka dan Naqib masuk setelah salam di beri. Naqib tersenyum lebar sebaik matanya mendarat pada Syifa.

Naqib mengambil tempat di sisi Syifa dan segera memegang jemari isterinya itu.

"Cantik awak bila tak bertudung. Kali pertama saya tertengok hari tu, saya rasa jantung saya dah berhenti berdegup dah." Ujar Naqib ungkit cerita memalukan bagi Syifa itu.

"Tak payah ungkit la..." ujar Syifa pula, segan.

"Tapi syukur sangat, sekarang ni saya dah boleh tengok awak puas2" Naqib sengih lebar lagi. Syifa hanya diam dan tunduk memandang bantal di ribaannya.

"Jangan jemu sudah" gumam Syifa perlahan. Dia risau, dia tak secantik Ziana dan dia tak pandai bergaya langsung. Andai kata Naqib mula berpaling darinya, dia tak rasa pelik langsung.

"Hei, Allah tentukan aurat wanita untuk tutup semuanya kecuali tapak tangan dan muka bersebab. Bukan hanya untuk melindungi dari bahaya sahaja. Banyak kelebihan yang lain, contohnya, hadiah untuk suami awak ni" ujar Naqib lembut.

Tangannya mula mengelus pipi Syifa. Ternyata pipi Syifa jauh lebih lembut dan halus dari sangkaannya. Dia senyum lagi. Inilah nikmat2 yang dia dapat sebagai seorang suami dan dari sifat sabar.

"Jangan pandang rendah pada diri sendiri, merendah diri itu elok, memandang rendah pada diri tu tak elok." Tambah Naqib lagi, Syifa senyum dan anggukkan kepala dua kali.

"Saya tak sangka yang saya akan dapat awak sebagai suami"

"Saya lagi tak sangka. Saya kena berebut awak dari Robert." Kali ini Naqib kedengaran sangat serius dan Syifa tergelak perlahan. Budak2 sangat alasan Naqib kali ini.

"Saya serius okay. Bila saya dengar Robert lamar awak masa tu, saya rasa dah lost."

"Kalau rasa macam tu, kenapa susah payah nak satukan saya dengan dia. Siap jumpa mak lagi"

"Sebab saya nak awak bahagia. Awak dan Adib bahagia. Sebelum saya pindah dari rumah tu"

"Mana awak tahu kami akan bahagia bersama Robert dan kenapa nak pindah?"

"Sebab saya ingatkan awak akan pilih Robert. Untuk kebaikan Adib. Mestilah saya nak pindah, bila awak dah ada Robert nanti, takkan awak tinggal kat situ lagi"

"Saya tak pernah terfikir untuk bersama dia. Dia suami kakak saya, dah macam abang saya dah"

"Saya tahu, Hazim call saya bila awak cakap kat mak awak yang awak dah ada orang yang awak suka" kali ini Syifa diam. Mana Naqib tahu?

"Mana awak tahu orang tu adalah awak?"

"Tak tahu pun, saya syok sendiri je tu saya" Naqib gelak besar dengan jawapan dia sendiri.

"Takkan Zaim, dia dah ada Aina. Jadi,  saya buat konklusi, hanya saya je yang tinggal masa tu"

"Konfiden betul"

"Well, I have to. Saya ajar hati saya untuk konfiden yang lelaki tu adalah saya. Saya kan?"

"Apa?"

"Lelaki tu?" Soal Naqib mula rasa segan. Buatnya Syifa kata bukan, mana dia nak campak muka dia yang hensem ni?

"Ya. Dah la, jom tidur. Esok sibuk pula nak kemas barang kenduri" Syifa cepat2 masuk ke dalam selimut dan pejam mata rapat2.

"Nak tidur dah ke?" Soal Naqib dengan nada mengusik. Syifa senyum dan anggukkan kepala, matanya masih tertutup rapat.

Naqib gelak perlahan dan ikut sama baring di sisi Syifa. Tangannya melingkari pinggang Syifa dengan erat.

"Well, baca doa tidur dan mengucap dulu. Genite" dahi Syifa dicium sebelum dia pejamkan mata dan mula terlelap. Dia pun penat sangat sebenarnya.


Syifa perlahan lahan lap pinggan yang diguna di kenduri semalam sebelum masukkan ke dalam bekas untuk disimpan. Fikirannya terbang jauh ke tempat lain, sebab itu perlahan je buat kerja.

"Awak fikir apa ni?" Soal Naqib dan ikut sama bersila di atas lantai dapur. Kain lap di tangan Syifa diambil dan kerja Syifa diambil alih oleh Naqib.

"erm, Robert" jawab Syifa perlahan dan dia mengambil semula kain lap dari Naqib. Naqib diam dan pandang tempat lain. Cemburu la kut.

"Awak cemburu ke?" Soal Syifa bila sedar perubahan wajah Naqib.

"Ya la, isteri saya mengaku dia duk ingat lelaki lain"

"Ya Allah, awak ni nak cemburu pun agak2 la. Saya bukan duk ingat kat Robert. Saya terfikir, macam mana reaksi Robert bila tahu saya dah kahwin dengan awak"

"Kenapa? Awak risau dia kecewa ke?" Ish Naqib ni memang cemburu betul ni.

"Encik suami, saya tak risau. Saya cuma rasa bersalah sebab tak beritahu dia. Macam mana kalau dia masih tunggu jawapan saya?" Syifa nyatakan kemungkinan yang logik tapi Naqib buat tak dengar je. Entah apa yang dia nak bimbang sangat.

"Bila awak nak beritahu dia?" Soal Naqib setelah diam agak lama.

"Secepat mungkin. Bila kita dah balik KL nanti ke"

"Kalau call or text je, tak boleh ke? Nak kena jumpa empat mata ke?"

"Encik Naqib, tolong la jangan cemburu sangat. Awak lupa ke yang Adib tu anak Robert. Secara tak langsungnya kami ni dah macam saudara. Awak tak payah risau, saya dah pilih awak" Syifa pegang kedua pipi Naqib dan mata mereka bertemu. Naqib mengalah dan anggukkan kepala lemah. Memang betul apa yang Syifa cakap tapi rasa takut dia tetap ada.


Syifa serahkan surat berhenti kerja ke pejabat. Dia sayangkan kerjanya tapi bila dia berbincang dengan Naqib dan jarak rumah baru mereka agak jauh, dia terpaksa tinggalkan kerjanya.

"Jangan lupa aku tau" pesan Aina sambil memeluk Syifa erat. Kalah macam Syifa nak pindah negara. Padahal tinggal jauh sikit je.

"Tak payah over la. Dah la, aku nak balik dah ni"

"Ya. Nanti aku singgah restoren suami kau"

"Okay. Datang la, aku caj lebih sikit" Syifa sengih pula.

"Orang bagi diskaun, kau pulak nak caj lebih. Dah la, pergi cepat. Lama pulak suami kau tunggu tu"

"Ya la. Sampaikan salam aku kat buah hati kau, Dina dan Leo"

"Ya. Take care. Cium Adib untuk aku"
"Sip!"

Syifa melambai pada Aina sebelum masuk ke dalam kereta. Adib dan Naqib sedang menunggunya. Naqib pandang Syifa yang hanya diam memandang ke depan jalan.

"Saya minta maaf" pinta Naqib tiba2 menyebabkan Syifa terkejut dengan kata maaf itu. Kenapa?

"Kenapa awak minta maaf?"

"Sebab awak terpaksa berhenti kerja dan tinggal kawan awak" Naqib beralasan, Syifa gelak perlahan sebelum memandang Naqib.

"Saya rasa sayang dengan kerja ni, tapi saya lebih suka bila kerja dengan awak"

"Terima kasih"

"Sama2 kasih. Jom la balik restoren. Dah nak lunch hour ni. Nanti ramai"

"Jom" Naqib masukkan gear dan mulakan perjalanan mereka berdua.

Naqib dari tadi asyik kerling Syifa dan kadang2 dia pandang belakang untuk melihat Adib yang sedang lena. Kini dia rasa semuanya lengkap, Syifa disisinya dan Adib anaknya.


Suasana restoren agak kecoh bila mereka tiba dan seorang pekerja Naqib berlari untuk memberitahu apa yang terjadi.

"Lelaki tu cari puan, bising2 nak puan jumpa dia"

"Okay Lan. Kau boleh sambung kerja"
"Kenapa?" Soal Syifa setelah mendapatkan Adib di kerusi belakang.

"Saya rasa Robert."

Syifa kaku seketika dan secara langsung dia berjalan ke arah belakang Naqib. Dia dapat rasa yang Robert sudah tahu mengenai perkahwinan mereka berdua dari orang lain.

"Awak nak jumpa dia atau nak balik?" Soal Naqib serius, jelas dalam pertanyaan itu Naqib harap Syifa akan balik ke rumah.

"Jom jumpa dia" ajak Syifa yakin dan genggam tangan Naqib erat.

"Okay. Biar saya dukung Adib" Syifa serahkan Adib kepada Naqib dan mereka berdua beriringan masuk ke dalam restoren.

Suasana sunyi bila Robert melihat Syifa dan Naqib tiba. Mata Robert mengarah pada tangan mereka yang bertaut.

"What is this?" Soal Robert langsung, wajah putihnya merah padam.

"Kita duduk dulu" ajak Syifa lembut.

Mereka semua duduk di meja yang sama. Robert pandang Naqib dan Syifa bersilih ganti. Cuak juga perasaan Syifa sekarang ini.

"Apa ni Syifa?" Soal Robert bila semua orang diamkan diri sahaja.

"Robert, saya dah kahwin dengan Naqib. Walau apa pun yang jadi, Adib tetap anak awak dan awak ada hak ke atas dia" terang Syifa dengan nada selembut yang mungkin. Dia tak nak ada masalah di sini.

"Syifa nak saya terima semua ni macam tu je?"

"Maafkan saya, saya pilih Naqib sebab saya sayangkan dia" ujar Syifa betul2 berharap Robert memahami sebab yang dia berikan.

"Macam mana kalau saya rampas Adib dari awak sepenuhnya?" Kali ini Robert kelihatan serius habis sehingga Syifa cuak.

"Syifa isteri aku, Adib anak aku juga. Aku tak akan serahkan Adib macam tu je tanpa berjuang. Aku harap kita selesai semua ni dengan baik. Kau kawan aku tapi Adib dan Syifa keluarga aku, I will protect my family" kali ini Naqib bersuara tegas. Dia sanggup lupakan persahabatan demi keluarga.

Robert diam dan memandang tepat ke meja. Dia tak ada apa yang perlu dicakapkan buat masa ini. Dia lepaskan keluhan berat sebelum memandang mereka berdua.

"Fine. Tapi, Adib masih lagi anak aku"
"Ya."

"Fine. At least aku ada Adib" luah Robert perlahan. Sejujurnya dia kesal dengan semua ini tapi tak ada apa yang dia boleh buat. Syifa memilih bahagia tanpa dia.

"Mak nak jumpa awak. Awak boleh ikut kami balik kampung hujung minggu ni. Kalau awak nak"

"Mak dah maafkan saya?" Soal Robert kembali gembira.

"Ya. Mak nak jumpa awak sangat2"

"Ok. Tell me the details later. I will bring my family too."

"Okay." Kali ini Syifa senyum lebar. Dia bahagia untuk Robert. Walaupun pada dasarnya Robert dan Syikin tak lagi bersama di dunia, mereka akan dapat restu yang dah lama mereka tunggu. Walaupun lambat, dia bersyukur.


Syifa cium dahi Adib sebelum keluar dari bilik tidur mereka untuk mencari Naqib. Entah mana Naqib menghilang sejak tadi lagi. Syifa masih rasa kekok di dalam rumah baru mereka sekarang ini. Rumah ini tidak besar tapi cukup luas untuk mereka sekeluarga. Lagipun ini rumah keluarga Naqib.

Syifa ke dapur dan sempat periksa bilik2 kosong yang lain beberapa kali, langsung tak ada bayang Naqib.

"Awak. Awak" panggil Syifa setelah jenuh mencari. Memang dia dah bosan sangat mencari, kalau ikutkan hati dia nak masuk tidur je dengan Adib. Lagi seronok.

"Syifa, kat atas!" Terdengar suara Naqib dari beranda tingkat atas rumah mereka.

Syifa tersenyum sebelum berlari naik ke atas. Anak tangga yang kecil dia langkah dua setiap kali mendaki. Teruja betul nak jumpa dengan Naqib ni.

"Jangan berlari Syifa, tersadung nanti" pesan Naqib risau, sebab hari pertama mereka masuk ke dalam rumah bari mereka, Syifa jatuh tersadung di tangga itu.

Naqib sudah menunggu Syifa di puncak tangga. Sebaik Syifa tiba dia betul2 tersadung anak tangga yang terakhir dan untung Naqib sempat menyambutnya. Kalau tak, cium lantai la malam ni.

"See. Okay tak, luka?" Soal Naqib prihatin.

Syifa sengih dan gelengkan kepala, dia teruskan memeluk pinggang Naqib dan mereka berjalan ke kerusi rehat yang tersedia di beranda.

"Saya rasa kena repair tangga tu, bagi luas sikit" Naqib memberi pendapat sambil memandang tangga itu. Seakan salahkan tangga itu bila Syifa tersadung, padahal salah Syifa sendiri yang tidak berhati hati.

"Tak payah la, kita simpan duit tu untuk benda lain."

"Kalau macam tu, awak kena janji, hati2 sikit"

"Iya, janji! Lagipun saya gembira sangat hari ni" wajah berseri Syifa, Naqib tatap lama sebelum tersenyum.

"Kenapa?"

"Sebab semua masalah dah selesai, mak dah jumpa Robert, semuanya elok je. Yang paling penting, saya ada awak dan Adib sekarang ni"

"Oh, so...can we have our time tonight?" Soal Naqib sambil tersenyum nakal. Syifa tunduk sebelum gelengkan kepala.

"Why?" Soal Naqib berpura pura sedih, padahal dia tak ada maksud sedemikian.

"Sebab saya tak boleh sekarang ni" jawab Syifa malu, tangan di peha diperhati lama.

Naqib gelak perlahan sebelum menyentuh pipi Syifa lembut. Dia pandang Syifa dengan penuh kasih sayang sebelum mencium dahi Syifa.

"Saya nak awak teman saya star gazing je, awak fikir apa sampai situ?" Naqib mula mengusik, puas hatinya bila wajah Syifa kembali merona. Memang malu betul sekarang ni.

"Tak apa la, awak tengok la bintang. Saya nak tidur dah" Syifa cepat2 bangun dari kerusi dan bersedia untuk larikan diri.

Naqib tak mengejar malah dia ketawakan Syifa yang terlalu mudah untuk malu. Lagipun, siapa yang tak malu bila kena usik macam tu.

Naqib ikut sama turun sebelum memandang ke langit sekilas. Nak tengok bintang macam mana? Langit gelap tanpa bulan dan bintang langsung. Dia cuma naik ke beranda untuk merehatkan fikiran.


Adib berlari ke sana ke sini bila berada di rumah keluarga Robert, maklumlah, laman rumah Robert sangat luas dan ada taman permainan kecil khas untuk Adib.

Adib sekarang lebih pandai dan mula mengenali setiap ahli keluarga Robert. Dia juga mula gemar untuk berkunjung ke rumah itu.

Syifa, Naqib dan Robert duduk bersama di meja sambil memerheti Adib yang berlari bersama sepupu kecilnya. Kadang2 Adib akan berlari ke arah mereka untuk makan dan minum air.

"Korang sepatutnya pergi honeymoon" Robert bersuara dengan tenang smabil memandang Syifa dan Naqib.

"Tiba2 je, Adib macam mana?" Jawab Syifa.

"Saya kan papa dia, saya akan jaga dia. Both of you should go and enjoy yourself. Adib dah 3 tahun lebih, I think he would love to have another siblings" Robert sengih lebar.

Naqib hanya tergelak ringkas sebelum memandang Adib yang leka bermain. Syifa pandang Robert dan Naqib bersilih ganti.

"Maybe its abaout time Adib get another mom" balas Naqib balik menyebabkan Robert ketawa bebas sambil gelengkan kepalanya. Pada dia, kata2 Naqib tak berasas langsung.

"Betul tu, saya sokong" Syifa dengan sigap bersetuju. Memang dia harap sangat Robert kahwin lagi. Robert masih lagi muda dan Syifa percaya ramai yang sukakan dia.

"Saya tak rasa duda ni diminati ramai" jawapan Robert kedengaran agak sedih.

"Mana ada, saya rasa saham duda lagi tinggi" balas Syifa semula.

"Ya ke tinggi? Awak pun tolak saya"

Naqib memandang Robert sekilas sebelum memeluk bahu Syifa erat. Kata2 Robert walaupun sekadar gurauan buat dia rasa risau. Dia baru sahaja memiliki Syifa.

"Just kidding bro, relax" Robert ketawa melihat respon kawannya itu, memang tak di duga langsung. Naqib yang dulunya seorang yang hanya tahu belajar dan kerja sahaja  sekarang ini Naqib dah ada benda lain yang dia fokus. Malah lebih.

"Saya yakin jodoh awak akan ada nanti" Syifa kembali meyakinkan.

"Saya tak pasti Syifa, hati saya masih lagi pada arwah"

Mereka semua diam bila Adib berlari ke arah mereka dengan comot satu badan. Adib mula keliru untuk berlari ke dalam pelukan siapa bila Naqib dan Robert sama2 suakan pelukan mereka. Kalau dulu, Adib tak akan fikir panjang dan akan terus ke dukungan Naqib tapi sekarang dah berubah.

"Umi! Mandi jom, busuk dah" ajak Adib ceria sambil menarik tangan Syifa untuk mengikutnya. Nampaknya Naqib dan Robert bukan pilihan utama Adib. Mereka berdua ketawa bersama.

"Perangai Adib tak ubah macam Syikin. Suka betul buat orang ketawa, selalu fikirkan orang lain. Senyuman dia pun sama"

Naqib pandang Robert yang kembali sedih, wajahnya sendu dan hiba.

"Allah sayangkan dia"

"Aku tahu, tapi aku sedih dia pergi tanpa aku di sisi dia, dia pergi dalam kesakitan"

Air mata Robert gugur akhirnya. Dia teringat semasa mereka masih bersama. Syikin akan senyum dan gelak ketawa bersama dengannya tapi bila dia di tikar sejadah dia akan menangis meminta keluarganya memaafkan dan menerimanya kembali.

"Kau kuat, sebab tu kau kena redha. Adib sayangkan kau, kau ada dia"

"Ya. Thanks bro"

"Hmm."


Syifa menyerah kalah bila Adib terus berlari untuk mengelak daripada memakai baju. Entah sejak bila Adib susah sangst nak dipakaikan baju. Syifa juga semakin letih dan dia tak mampu nak melayan Adib seperti dulu.

"Adib buat hal lagi ke?" Soal Naqib dan duduk di sisi Syifa. Pipi Syifa yang merah menahan geram dicium dua kali. Garang sungguh.

"Tak larat dah saya nak kejar dia" ujar Syifa lelah dan sandarkan kepala ke atas bahu Naqib. Naqib senyum sambil mengusap perut Syifa yang mula menunjukkan baby bump.

"Awak jangan penat2 sangat. Kalau Adib tak dengar awak boleh panggil saya. Kesian baby dan umi ni" pipi Syifa dicubit lembut. Syifa tak layan langsung sebab dia memang penat sangat sekarang ni. Usia kandungannya masih muda, baru sahaja 4 bulan.

"Abang pakaikan baju. Badan dia pun basah lagi tadi, nanti demam dia datang balik."

"ok. Awak rest cantik2. Nanti saya urut kaki awak"

"Ya. Good luck bajukan anak awak tu"

"I have my way." Naqib balas riak dan Syifa tayang wajah malas nak layan.

"Buddy, ambil tuala lap badan kering2. Datang sini untuk pakai baju, kalau tak no cake" ugutan Naqib sepertinya menjadi bila laju bunyi tapak kaki kecil berlari menuruni tangga. Kalau kek laju je.

"Umi, dada...papa datang bila?" Soal Adib riang, suka sangat sebab papa dia janji nak ajak pergi main hari ni. Tak penat tanya, dari malam tadi lagi.

"Kejap lagi. Baju dah kemas semua kan?" Soal Syifa pada Adib yang kini sedang dipakaikan baju oleh Naqib. Elok je duduk diam2. Kalau dengan Syifa memang penat sungguh.

"Baju? Tidur rumah papa ke?" Soal Adib pula, masih lagi ada pelat kanak2 tapi masih mampu difahami oleh orang lain.

"Ya la, Adib nak pergi makan strawberi kan?" Rambut Adib di sikat dengan rapi sebelum losyen disapukan pada tangannya. Adib tidak sebesar kanak2 sebaya umurnya, dia lebih kecil dan kurus. Walaupun makan dengan cukup, doktor kata badan Adib tak dapat serap semua nutrien tu. Tapi tak ada perkara yang merisaukan.

"Adib? Dada,umi?"

"Dada dan umi tak pergi, umi tak sihat ni." Jawab Naqib sambil mengusap perut Syifa. Adib ikut sama mengusap perut itu dan menciumnya beberapa kali.

"Baby girl ke baby boy ni?"

"Tak tahu lagi sayang."

"Cepat besar baby...nanti kita makan strawberi sama" Adib ketawa girang bercakap dengan perut Syifa. Syifa tergelak perlahan sebelum menarik Adib ke dalam pelukannya.

"tu, kereta papa dah sampai" bunyi hon yang boleh tahan kuat memang cukup bukti Robert dah sampai. Memang Robert je suka buat bising dekat rumah ni.

"Sayang pergi depan dulu, saya ambilkan beg Adib"

"Ya" Syifa mengekori langkah Adib yang sudah berada di muka pintu. Tak ingat orang dah si Adib ni

"Syifa, sihat? Anak buah saya macam mana?" Soal Robert menyapa dengan senyuman lebarnya.

"Sihat. Baby pun sihat, lepas ni nak pergi check up lagi"

"Elok la. Baju Adib mana?"

"Dada dia ambilkan kat atas"

"Papa, tak tidur rumah papa kan? Tak nak" Adib berkata tegas, siap peluk tubuh lagi. Memang tak nak betul tu.

"Kenapa tak nak" soal Syifa, kelakar dengan apa yang dikatakan Adib.

"Rumah papa besar, nanti sesat Adib. Bilik Adib besar, takut" alasan Adib memang lucu, Robert dan Syifa ketawa senang. Alahai, budak2 ni memang jujur betul. Rumah besar pun masalah

"Nanti tidur la dengan papa" jawab Robert pula.

"Tak nak. Papa tidur bising...macam beruang" sekali lagi tawa Syifa melepas. Robert dikatanya macam beruang. Syifa ketawa sambil pegang perutnya, memang dia rasa kelakar betul. Robert pula dengan manjanya merajuk.

"Dada tidur tak bising ke?" Soal Robert balik, seakan mahu berperang mulut dengan anak sendiri.

"Tak" jawab Adib selamba. Ikut belah mana la cakap macam ni.

"Meriahnya ketawa, kenapa?" Soal Naqib bila tiba di depan pintu bersama beg Adib. Robert dan Naqib bersalam seketika.

"Tak ada apa la. Adib jangan nakal, dengar cakap papa." Pesan Syifa sebelum mereka pergi. Adib dicium lama.

"Okay." Jawab si kecil ceria.

"Ingat, jangan merengek yang bukan2. Kalau tak boleh tidur, suruh papa dodoi, kalau tak boleh jugak, call dada, nanti dada dodoi" pesan Naqib pula, memang Naqib yang banyak tidurkan Adib selama ini jadi, banyak cara Adib gunakan untuk tidurkan anak lelaki dia ini.

"Baik dada. Jaga umi dan baby" Naqib tersenyum bangga bila mendengar pesanan anaknya. Selalunya Naqib yang pesan kepada Adib untuk jaga umi dan baby. Hari ni terbalik pula.

"jangan nakal okay. Kau pun Robert, hati2"

"Alright. Kau pun sama, Adib tak ada ni jangan nakal2 sangat. Anak angkat aku dalam perut Syifa tu" pesan Robert dengan wajah serius habis. Naqib buat tak layan dan memeluk bahu Syifa erat.

Adib dan Robebrt beredar dari rumah mereka berdua. Naqib menutup pintu rumahnya dan berjalan ke sofa bersama Syifa. Kaki Syifa diletakkan di atas ribanya untuk diurut.

"Apa yang Adib cakap tadi?"

"Tadi? Oh, Adib cakap Robert berdengkur macam beruang" Syifa kembali ketawa bila teringat saat itu, Naqib ikut sama ketawa dan gelengkan kepala. Adib ni.

"Sayang, lepas check up, nak pergi makan cendol tak?"

"boleh jugak, awak mengidam lagi ke? Ingatkan lepas tiga bulan dah hilang dah"

sepanjang Syifa mengandung, bukan Syifa yang mengidam tetapi Naqib. Kadang2 mereka sampai ke negeri lain untuk memenuhi mengidam Naqib. Bulan lepas mereka ke Terengganu kerana Naqib ingin makan keropok lekor terengganu. Pernah juga mereka ke Kelantan untuk makan nasi kerabu kelantan. Boleh tahan parah juga Naqib punya mengidam.

"Tak ada la mengidam, tekak rasa nak makan je"

"Boleh. Untuk awak semua boleh"

"Terima kasih. Saya sayang awak" ucap Naqib tiba2 dah la serius betul muka Naqib kali ini.

"Ya. Saya sayang awka jugak" balas Syifa balik sebelum mendekatkan diri dengan Naqib. Dia rasa nak sangat peluk Naqib sekarang ini.

"Saya bersyukur saya tak mengalah dengan cinta saya pada awak"

"Saya pun gembira sangat awak ada dalam hidup saya"

"saya lebih gembira" jawab Naqib dan mengeratkan pekukan mereka berdua.

32 comments:

  1. suka sangat baca, walau banyak salah ejaan, tapi masih boleh difahami

    ReplyDelete
  2. Suka sangat ceritanya...nak lagi kapan ada lagi ya...

    ReplyDelete
  3. πŸ–’πŸ–’πŸ–’❤❤❤πŸ’‹

    ReplyDelete
  4. Karya akak x pernh menghampakan kami semua.. 😘😘

    ReplyDelete
  5. Karya akak x pernh menghampakan kami semua.. 😘😘

    ReplyDelete
  6. Best la kak,X pernah menghampakan. Anyway I wish u luck for ur mid term exam

    ReplyDelete
  7. Hi kak, saya dari indonesia. Saya suka sangat dengan semua cerita akak

    ReplyDelete
  8. Best like always. But jalan cerita nampak macam tegesa gesa nak habis kan cerita.

    ReplyDelete
  9. Sy baca balik semua cerpen awak....very nice...keep writing ye dik

    ReplyDelete
  10. Bila nak post lagi sis.... Rindu nak baca cerpen karya sis.

    ReplyDelete
  11. Sis semua cerita sis kalau bab sedih mesti buat air mata saya mengalir . (Lagipunsayamemangjeniscepatnangis hahahha) . Btw . Buat lagi cerita2 best2 cenggini sis. Kalau boleh lagi lagi best dr nie . 😒 . Sis ta pernah menghampakan pembaca . ❤

    ReplyDelete
  12. Best cerita keep writing and goodluck for further

    ReplyDelete
  13. lama xsinggah blog ni , byk cerpen² terbaru .. fon yg selalu buka cepen² rosak , nk bukak pun ayik tergendala .. masa pula terhad , nasib dh cuti sekolah mungkin boleh singgh kjp .. macm biasa , x penh x best cerita akak

    ReplyDelete
  14. Selalu singgah tgok ad cerpen trbaru ke tk . nmpkny blm ad lgi . ahhh rindu ngn karya akak . gud luck for ur mid term exam .

    ReplyDelete
  15. X dea cerpen baru lgi...!!!
    Alarr rindunyee...����

    ReplyDelete
  16. Dah lama x de cerpen baru.rindu nak baca cerpen akak sebab best sangat!!!

    ReplyDelete
  17. Best as always..update la cpt kak..lme dh tunggu

    ReplyDelete
  18. Best as always..update la cpt kak..lme dh tunggu

    ReplyDelete
  19. Bila nak ada cerpen baru... Da lama xupdate nie.. Sis please nk cerpen baru ..

    ReplyDelete
  20. Akak, tulislah lagi.. Hehehe..cerpen akak buat semua saya suka <3

    -cah-

    ReplyDelete
  21. Suamiku cikgu gnti part dua tkde ke ?😒

    ReplyDelete
  22. Xde cerpen lg ke ��

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum akak... Xde cerpen bru ke?? πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜” rindu lah...

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum akak... Xde cerpen bru ke?? πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜” rindu lah...

    ReplyDelete
  25. best gilaaa...semua cerita best gila ii.i loved itπŸ’•

    ReplyDelete
  26. I love the way you make all stories, no negativity, no vulgarity. Because the world nowadays is already occupied with all that and we have no need to add up more. Good job !

    ReplyDelete
  27. Bestt superrπŸ₯°

    ReplyDelete