Monday, 9 November 2015

Cerpen : Dia, ketua Gangster!

#haipppp.....ok... yang ni for this month kot.. sorry la kalau tak best sebab memang rushing habiskan ni and memang tak banyak idea sebab penat sangat. Kalau banyak typo tu saya minta maaf sesangat. Hehehe.
Apa pun hop uollsss enjoy la yer.. huhuhu...
#cerita ni sempat buat time senggang sikit2 je... maaf la kalau tak best...dah try dah edit tapi kalau bnyk lagi silap tu maaf la yer... hehe. Jemput baca.....

Fifie bergegas untuk ke cafe sebab dia ada dua minit je lagi sebelum client dia sampai. Fifie berlari menuruni tangga tanpa hiraukan orang lain lagi dah dan dia terus berlari dengan kasut tumit tingginya.
"Kenapa la orang cipta kasut ni!" Rungut Fifie dan tetap terus berlari walaupun kakinya mula rasa sakit.
"Kalau tak aku mati" guman Fifie risau dan kakinya semakin laju menuruni anak tangga. Lagi susah turun tangga berbanding naik tangga rasanya. Walaupun dah penat, udara pun tak sempat nak sampai ke otak dia tetap berlari. Ingat running man agaknya. Hehehe. Well, running man best kut! Bila satu lagi anak tangga untuk Fifie takluki, cewah! Tiba2 kakinya tak cecah lantai tapi terapung di udara dan pinggangnya seperti dipeluk dengan kemas. Mata Fifie membulat walaupun dia dah kembali ke tanah dan masih lagi dalam pelukan seseorang. Belum sempat otak dia digest apa yang jadi dirinya seperti terapung apung kerana diangkat seperti anak patung. Tangan sasa itu masih lagi di pinggang Fifie. Fifie cuba untuk melepaskan pelukan itu tapi tak berjaya dan dia sudah tahu punca dia bergerak tanpa kehendaknya. Dia dipeluk oleh lelaki yang sedang berlawan dengan beberapa lelaki lain. Bergaduh! Bertumbuk! Tapi, dia masih lagi dalam keadaan selamat dan lelaki itu masih lagi memeluk pinggangnya erat.
Mata Fifie terbuka luas melihat semua yang terjadi dan lelaki yang bersut hitam sudah terbaring di tanah. Mulut Fifie terbuka luas bila ada seseorang cuba menyerang mereka dari belakang tapi dengan pantas satu tendangan dikeluarkan lelaki itu dan orang yang menyerang mereka sempat terbang sedikit sebelum makan lantai. Fifie memandang wajah lelaki yang lengkap bersut putih dan berkaca mata hitam itu. Matanya membesar dan dia menutup mulutnya perlahan lahan. Masih lagi dalam keadaan berpelukan, sorry! Pembetulan! Masih lagi dalam keadaan dipeluk mata mereka bertatapan lama. Walaupun hakikatnya Fifie hanya menatap cermin gelap itu.
"Gila" gumam Fifie perlahan tapi dapat didengar lelaki bersut putih itu dengan jelas kerana jarak mereka yang dekat.
"Lepaskan saya!" Bentak Fifie dan berusaha melepaskan pautan di pinggangnya. Dia menatap tajam wajah lelaki itu kerana dah peluk dia lama sangat dan buat aksi 007 dengan terbangkan dia sana sini. Kalau anda rasa Fifie terpegun, sorry to say. Fifie hates it!
"Kalau nak bergaduh pergi la bergaduh dekat lorong gelap ke, padang bola ke! Padang bola ke. Kenapa nak gaduh dalam hotel? Membahaykan orang lain tahu tak!" Bentak Fifie garang dan dia tak takutkan langsung lelaki bersut putih di depannya ini.
"Awak ingat awak gangster, awak hebat?!" Marah Fifie lagi dan dia ambil semua barangnya yang jatuh semasa aksi 007 tadi dan meninggalkan hotel dengan segera. Habis bajunya berkedut, tudungnya senget, kasut dia untung je tak tercabut dan hilang.
"Tak guna punya gangster!" Bentak Fifie lagi dan dia terus ke cafe untuk berjumpa clientnya, yang pasti, dia dah lewat banyak!
"Ya Allah, bantulah hambaMu ini" pinta Fifie bersungguh dan dia masuk ke dalam cafe untuk berjumpa pelanggan yang telah menunggu dia, mungkin. Atau ada kemungkinan dia dah ditinggalkan dan dia akan dibuang kerja dengan sepantas kilat menyambar. Hahaha. Kisah sedih!

Dean masih lagi berdiri di tempat dia secara tidak sengaja memeluk seorang perempuan. Sangat asing baginya bersentuhan dengan seorang perempuan yang bukan darah dagingnya tapi dia...suka. mungkin. Dean terus tersenyum dan melihat lelaki2 yang dipukulnya sedang terbaring di atas lantai. Dia tersengih jahat dan memandang salah seorang yang berada berdekatan dengannya.
"Dia cantik kan?" Soal Dean pada lelaki yang lemah itu dan lelaki itu anggukkan kepala ketakutan dan kesakitan.
Dean puas hati dan berjalan pergi dari situ dengan bangga. Seorang lelaki yang juga bersut putih membuka pintu kereta kepada Dean.
"Gather, pukul 6" maklum Dean tegas dan seorang lelaki bersut putih anggukkan kepalanya.

"Apa nak jadi ni Fifie? Dah kali ke berapa awak lewat jumpa client dan banyak kali awak gagalkan business kita." Tegas suara En. Adnan bila marahkan Fifie. "Maafkan saya" pinta Fifie dengan suara serak dan air matanya mula bergenang di tubir mata.
"Kemas barang awak dan minta last payment dengan accountant" En. Adnan habiskan perbincangan mereka. Fifie langsung tak terkejut dengan keputusan ini dan dia keluar dari pejabat bossnya dan ke mejanya. Bukan sekali, tapi dah banyak kali dia kena buang kerja sebab dia cuai dan terlepas banyak peluang dengan client. Fifie bertahan di syarikat ini selama tiga bulan, well, agak lama daripada biasa. Fifie kemaskan barangnya dan berjalan keluar dari syarikat itu dengan wajah sedih. Dia sedih dan geram pada masa yang sama. Kerana lelaki bersut putih yang dianggap ketua gangster olehnya itulah yang menyebabkan dia dibuang kerja.

Fifie rehatkan badannya di atas sofa di rumah sewanya bersama Jiha. Semakin dia ingat perkara yang berlaku di hotel itu semakin dia rasa geram dan sakit hati. Dia rasa nak je cari lelaki itu balik dan balun dia cukup2.
"Fie!" Jiha tepuk kuat betis Fifie yang tengah serabut dan normallah bila Fifie naik angin dan marahkan Jiha.
"Woo...aku tahu angin apa ni. Angin kena buang kerja lagi ke?" Soalan Jiha memang tepat dan Fifie buat muka sedih dan air mata mula bergenang.
"Jangan nangis Fie" pujuk Jiha serta merta sebab dia kenal sangat Fifie ni. Bila dia dah mula nak menangis kena halang cepat2. Sebab, bila dia dah nangis, nak berhentinya sejam jugak. Fifie ni memang suka sangat menangis, seronok ke? Fifie tersedu dan dia kesat air mata yang belum lagi gugur. Jiha bernafas lega dan dia tersenyum memandang Fifie.
"Ketua gangster tu, dia yang buat aku lewat jumpa client. Aku kena pecat sebab dia!" Marah Fifie pula dan dia rasa nak je sepak orang sekarang ni.
"Ok. Sekarang kau marah. Ketua gangster apa ni?" Soal Jiha malas. Fifie ni kuat sangat tengok tv sebab tu mudah sangat terpengaruh dan fikir yang bukan2. Bila orang bergaduh dan berlawan sikit mulalah dia nak fikir gangster.
"Ketua gangster tu la!" Marah Fifie lagi dan Jiha ukir senyum. Fifie bila marah memang nampak comel betul.
"Ok fine. So, kau nak kerja kat mana pulak lepas ni?" Soal Jiha ambil berat sebagai seorang kawan.
"For now on, aku akan kerja di cafe hujung jalan tu. Aku dah apply. Untuk kerja tetap, ada a few interview yang aku nak pergi"
"Ok, great, mengikut firasat aku, kau akan ok dan tak ada lagi drama gangster kau" Jiha dah masuk dalam mode jauhkan diri dari Fifie yang suka buat drama dalam otaknya sendiri sampai semua benda dah jadi berlebihan. Bila Fifie masih cuba menegakkan ceritanya Jiha dah selamat melarikan diri ke dalam biliknya dengan gelak jahat.

Dean tersenyum senang sampai semua pekerjanya pelik tapi tak ada seorang pun yang berani nak tanya.
"Team 5 dah settle kerja?" Soal Dean pada Z, pembantu kanannya. Z menjawab ya dengan tenang dan Dean senyum lagi.
"Great. Panggil dorang" arah Dean dan berjalan ke mejanya dengan tangan sedang menyeluk saku seluarnya. Tak sampai dua minit semua ahli team 5 dah ada di dalam pejabatnya.
"Sir!" Mereka semua menyapa Dean sebagai ketua mereka dengan ramah.
"Ok. Aku ada kerja untuk korang" ujar Dean sambil berpeluk tubuh dan bersandar pada meja. Team 5 sudah bersiap sedia dengan kerja yang bakal mereka diberikan nanti.
"Cari perempuan yang aku jumpa semalam. Aku nak tahu semua pasal dia. SEMUA! aku repeat, SEMUA. clear?" Soal Dean pada pekerjanya itu dan mereka kelihatan agak bingung sedikit.
"Tapi, kami tak pernah buat siasatan selama ni sir" ujar U sebagai ketua kumpulan.
"Aku ke kau boss?" Soal Dean dengan wajah kejamnya dan mereka kecut.
"Aku nak tahu SEMUA. mana dia tinggal, kerja, hobi dan semuanya termasuk keluarga dia" Dean sambung beri arahan lagi.
"Clear sir!" Team 5 terpaksa juga bersetuju walaupun selama ini mereka tak pernah buat kerja ni.
"Good. Now go!" Arah Dean dan duduk di kerusi kerjanya dan membuka laptopnya. Ada kerja yang dia perlu siapkan dalam kadar segera.

U, V, W, X dan Y pasti mereka buntu nak mula dari mana dan mereka sendiri tak berapa ingat wajah perempuan yang Dean maksudkan. Mereka seperti mulakan misi dengan mencari jarum di dalam jerami dan peratus nak jumpa balik jarum tu adalah. 0.1%. Betapa susahnya tapi pada Dean, tak ada maksud gagal dan kalau gagal, maksudnya bersiap sedia untuk 'pergi'. Huh, horror habis kan?
"Mana nak cari U?" Soal yang lain pada ketua mereka dan U hanya mampu angkat bahu. Mereka mula mencari di sekitar hotel di tempat kejadian tapi buntu.

Dean tahu walaupun dia memaksa pekerjanya cari perempuan yang menggelar dia ketua gangster itu peluangnya tipis tapi dia tetap nak mencubanya. Masih lagi lengkap dengan sut putih dan kaca mata gelap Dean berjalan bersama Z ke sebuah cafe untuk mendapatkan secawan kopi. Memang cafe yang Dean sangat suka kunjungi sebab suasanya dan bauan dalam cafe itu. Ada bau kopi dan susu yang sangat menarik. Minat yang pelik tapi Dean sangat suka bauan kopi berbanding wangian lain. Kecuali, bauan yang menjadi mimpinya, bauan yang dia dapat daripada perempuan misteri itu.
"Kenapa senyum?" Soal Z, nama asalnya Zaidan. Dia bukan sahaja pembantu kanan Dean, tapi dia juga kawan baik Dean sejak kecil lagi. Mereka sama2 membesar di rumah anak yatim yang sama.
"Aku senyum?" Soal Dean dan senyumanya bertambah lebar.
"Ya! Since the accident, kau asyik senyum je. Dont say that kau angau" Z buat muka geli dan jelik kemudian Dean tergelak bebas sehingga beberapa mata memandangnya. Dean tanggalkan kaca mata hitamnya dan letakkan ditepi cawannya. Dia melirik kepada beberapa orang perempuan yang duduk dekat dengan meja mereka dan dia mengenyitkan mata sehingga perempuan itu tersipu malu. Ugh! Dasar gatal.
"Dean!" Sentak Z bila Dean bermain mata dengan beberapa orang perempuan. Geram sungguh Z rasa. Dean memang suka mengusik dan cuba untuk mengurat tapi tak pernah walau sekali dia berbual panjang dengan orang yang dia usik. Dia cuma suka orang admire dia, pelik!
"Sorry dude! Aku nak usha je pun" jawapan selamba dan sama yang Dean bagi.
"Usha ke menggatal?" Marah Z lagi.
"Well, kalau dalam kamus sinonim, what can i say" Dean sengih bila dia dah buat Z naik angin dengan jawapannya.
"Kau serius nak budak2 cari that girl?" Soal Z minta kepastian daripada Dean. Dean talakan matanya pada Z dan angguk yakin.
"Yup!"
"Kau nak buat apa?" Soal Z lagi kali ini lebih tenang. Dia tak pasti apa sebabnya Dean begitu bersungguh mengenai perempuan itu.
"Aku nak kahwin dengan dia" Jawapan tenang Dean buatkan cawan kopi Z terbalik dan kopi tumpah keluar semuanya. Memang bukan cawan jatuh sendiri sebab terkejut, tu cerita hantu. Tapi, cawan ni terbalik sebab Z yang terlepas pegangannya. Terkejut teramat dengan apa yang Dean cakapkan.
"Man, gila?" Soal Z tak percaya.
"Well, I just a man dude, I can fall in love and aku jatuh cinta pandangan pertama. So what?"
"Syed Addin Zulkarnain. Is that you or some silly soul that lost in this body"
"Dude! It is me, myself and my soul. Aku just, terjatuh cinta. What can I do man? I cant help myself from falling" Dean tetap tegakkan apa yang dia rasakan dan Z semakin buntu tapi, dia pasti Dean serius mati dan tak bohong langsung. Dean tak pernah main2 dalam kata katanya walaupun hakikat sebenar Dean suka bermain.
"Man, we are 29! We should get married" sambung Dean beri cadangan lagi dan Z tersengih.
"Oh yeah? How about your word? Single mingle is always the best"
"Well, saying can change, same goes to me dude. Just let it open your heart and it will happen naturally"
"Ok. Dean, aku rasa kau patut balik rumah, mandi, solat dan fikir balik"
"Aku tak tidur kut fikir semua ni. Aku dah istikharah man, and thats why aku suruh team 5 cari dia. Bukannya aku nak bunuh dia, aku just nak kahwin" Dean tambah lagi dan Z bersandar lemah pada kerusi. Dia terpaksa mengalah dan terima apa yang Dean dah putuskan. Bukannya dia tak biasa dengar je apa yang Dean cakap.
"Ok. Just do by your own way"
"Yes man. Support me!" Dean sengih bila sahabatnya mengalah akhirnya. Bukan senang nak buatkan Z mengalah dengan apa yang Dean mintak.

Seperti yang dijangkakan, Fifie tak perlu kerja lama di cafe itu kerana interview dia dah berjaya. Kenapa dia memilih jawatan marketting manager ialah, dia memang expert bercakap dan meyakinkan orang tapi, susah sangat nak on time. Hanya masalah itu yang menyebabkan dia selalu dibuang kerja. At lest, tahun ini sahaja dia dah dua kali kehilangan kerja. Tahun2 yang lepas tak payah cakap la dah berapa kali.
"I like this place!" Fifie dengan ceria letakkan punggungnya di kerusi di dalam pejabat barunya.
"Alhamdulillah" ucap Fifie dan meraup wajahnya dengan tangan. Dia selesakan diri dan amati setiap sudut bilik itu dengan wajah tersenyum senang.
Fifie ke pantry untuk meletakkan mug miliknya sendiri dan dia sudah arif mengenai aras yang dia perlu stay. Semua orang dia dah berkenalan dan semua orang ramah dengannya.
"Bro!" Seorang lelaki menarik tie kawan baiknya bila melihat Fifie berada di dalam pantry.
"Bukan ke tu la perempuan tu!" Lelaki yang menarik tie itu buka mulut dan lelaki yang hampir mati tercekik itu anggukkan kepalanya tak percaya.
"Panggil U!" Ujar W menggesa. Y keluarkan telefonnya dan mendail nombor U.
Bila mereka dah pasti akan beberapa perkara mereka kini berani untuk bersua dengan Dean.

Dean membelek file yang dibawa team 5 dan dia impress habis. Dia tersenyum senang bila melihat biodata itu.
"Dia kerja dengan kita?" Soal Dean teruja.
"Yes sir! Sebenarnya, dia baru je kena buang kerja tapi, dia pergi interview ni. Z yang interview dia" ujar U sambik tersengih.
"Z? Ish! Mamat ni memang suka bagi aku suspen sorang2" gumam Dean perlahan. Dia geram bila Z sengaja tak beritahu dia apa2. Dah banyak kali dia lakar wajah Fifie dan tunjukkan pada Z dan mustahil Z tak kenal Fifie.
"Jangan bahagia sangat. Hobi, makanan kegemaran, dan banyak lagi aku tak tahu ni. Pergi siasat!" Arah Dean tegas dan team 5 berlari keluar dari pejabat Dean yang serba putih itu dengan segera. Mereka juga keliru dengan Dean. Kenapa Dean terlalu sukakan warna putih, rumah, pejabat, semua keretanya, syarikatnya, pakaiannya, kasutnya, barang peribadinya, termasuk kucingnya! Ah! Peminat tegar putih!

Setelah tiga minggu orangnya membuat siasatan menyeluruh hampir semua perkara tentang Fifie sudah diketahui oleh Dean. Jadi, Dean mampu ukir senyum sampai ke telinga setiap hari sekarang ni. Semua orang pun pelik dengan perangai Dean sekarang tapi bila mereka faham penyakit angau tu, well, mereka terpaksa berdepan dengan satu lagi perangai pelik boss mereka.
"Dia selalu lewat sir. Dia mesti akan lewat setiap hari, at least seminit" ujar C selaku driver tak tetap Dean. Dean tergelak bila C cakap macam tu tapi dia tak kisah pun, dia suka tengok Fifie kelam kabut berlari masuk ke dalam office dan nak punch card. Comel. Selalunya, Dean boleh bertukar jadi raksasa bila ada orang tak tepati masa tapi bila 'Si Dia' yang selalu lewat dan tak tepati masa, dia rasa comel. Jadi, kajian yang mengatakan cinta tu gila, agak tepat rasanya.
"Bila sir nak take a move?" Soal C berminat. C salah seorang yang agak rapat dengan Dean kerana Dean yang selamatkan dia daripada gangster ketika dia masih kecil dan dia dah anggap Dean seperti abangnya sendiri.
"I will. Soon" dengan sengihan yang hanya Dean faham buatkan C kecut.
Seram.

Dean tersengih bila ternampak Fifie yang sedang berlari di dalam pejabat. Nampak sangat kalut nak punch card. Daripada sengihan suara orang tergelak kecil kedengaran pula dan Dean begitu gembira bila orang yang mampu buatkan dia tersenyum terlanggar pintu sebab kalut sangat.
"Dean, kau ni kalau gila bayang pun jangan la sampai gelak sorang2" sapa Z yang berjalan masuk ke dalam pejabatnya sambil masukkan tangan di dalam poket. Dia duduk di kerusi ketuanya dengan tenang dan bukakan dokumen perniagaan.
"Aku tak boleh nak avoid benda ni man. Bila aku nampak dia je aku rasa bahagia" jawab Dean sambil tersengih dan dia alihkan pandangan daripada Fifie.
"Aku boleh nampak cahaya kegembiraan kau dari sini lagi, dah macam spotlight"
"Ha! Kan, macam tu la aku rasa Z" Dean sambung sengih dan pandang luar lagi.
"Business kita macam mana? Kau ni sejak kena virus angau dah jadi lain. Budak2 pun rasa pelik"
"Ala, nak pelik apa? Mereka sepatutnya bersyukur sebab aku dah tak garang macam dulu" jawapan Dean buatkan Z tergelak kecil. Apa yang Dean cakap memang ada betulnya dan memang Dean dah kurangkan marah sejak akhir2 ini.
"Dia single ke Z?" Soal Dean dengan suara perlahan. Sesiapa yang dengar pasti dapat detect kerisauan yang ada pada Dean. Z tak pasti apa yang dia perlu cakapkan. Fifie bukanlah secantik bidadari ataupun sempurna seperti wanita idaman ramai. Semua orang pun tahu yang dia tu macam mana, kalut tak tentu hala, selalu lewat, mulut pandai menjawab, masak pun tak pandai, penakut tahap dewa, otak kartun dan banyak lagi rasanya.
"Aku tak sure" jawab Z malas.
"Man, kalau dia dah tak single, kalau aku bayar partner dia suruh tinggalkan dia macam mana?" Soalan luar alam Dean buatkan mata Z membesar dengan seluas lautan. Bila Z dah membesarkan matanya sebegitu itu maksudnya Dean dah cadangkan sesuatu yang bodoh. Dean tak pernah takutkan sesiap kecuali Z yang matanya membesar seluas lautan.
"Dean, kau tak maksudkannya" Z berkata sambil mengetap bibir. Lebih kepada menahan suara menjadi tinggi.
"Z, aku nak kahwin dengan dia!" Dean bangun dari kerusi setelah menumbuk meja geram.
"Aku tahu kau dapat semua yang kau nak tapi kau tak boleh lawan apa yang Allah nak" Z masih lagi serius dab dalam suaranya jelas dalam ketegasan yang teramat jadi, Dean berdiam diri dan keluar dari pejabat itu.

Fifie melompat keriangan setelah kerjanya selesai juga hari ini dan dia berjaya dapatkan pelanggan pertama! Yay! Selama sebulan bekerja ini kali pertama dia dapat seorang pelanggan dan kali pertama juga dia lewat seminit je. Apa yang susah sangat nak datang awal pun tak tahu la.
"Jom balik!" Dengan seceria habis Fifie menjerit di parkir kereta. Baru sahaja dia masuk ke dalam keretanya tiba2 dia nampak sekumpulan baju putih sedang bergaduh dengan beberapa orang lelaki dan bila seorang lelaki berada betul2 di sebelah keretanya Fifie kaku dan takut. Mereka terus berlawan dan bila seorang lelaki berbaju kuning membaling pisau ke arah Fifie seorang lelaki menghalang pisau itu dan melukakan dirinya.
"Ke...ketua...gang...gang..gangster" terketar ketar bibir Fifie menyebut nama itu dan matanya memandang Dean yang sedang serius habis.
"Pergi!" Arah Dean dan bukakan pintu kereta serta menolak Fifie masuk ke dalam kereta. Kalut Fifie menghidupkan enjin keretanya dan terus pergi dengan kadar segera.
"C! Ikut dia" arah Dean kepada C supaya ikut kereta Fifie.

"Dean! Kau buat apa ni?" Soal Z geram, bengang dan pelik pada masa yang sama bila Dean buat kali pertamanya cedera semasa berlawan. Selama ini dia tak pernah luka sebegini.
"Pak cik, aku cedera je kut" balas Dean malas bila melihat tangannya yang dibalut dengan kain putih oleh doktor peribadinya.
"Doktor, perlu ke hospital? Kerat ke?" Soalan Z kali ini buatkan Dr. Kevin tergelak kecil dan Dean naik angin.
"Agak2 la kau ni!" Marah Dean balik dan Z tersengih jahat.
"Teruk ke doktor?" Soal Z dalam nada selamba balik tapi jelas ada kerisauan di situ.
"Tak, no worries" ujar Dr. Kevin sambil tersenyum dan Dean ikut sama senyum. Z berpuas hati dengan keadaan Dean yang ok. Dia risau setiap kali Dean cedera sebab dalam dunia ini hanya Dean yang dia ada dan begitu juga sebaliknya.
"Man, I need a new suit" Dean membuka mulut lagi bila Dr. Kevin dah beredar.
"Aku dah settle. Dude, berbaloi ke?" Soal Z seakan tak faham kenapa perlu bahayakan diri demi orang yang langsung tak kenal Dean.
"Much! Lagipun, dia panggil aku ketua gangster kut. Cute" balas Dean sambil tersengih macam kerang busuk. Z gelengkan kepalanya sebab tak faham dan mungkin tak nak faham apa yang ada dalam otak Dean.

Fifie pula tak boleh lelapkan mata bila teringat kejadian petang tadi.
"Kenapa aku asyik ingat dia je ni?" Soal Fifie sebal dengan otaknya sendiri sampai dia rasa nak pergi benam kepala dalam lava gunung berapi. Amboi, ada berani ke??
"Ah! Dia luka kut" Fifie bersandar pada dinding biliknya dan dia menghantuk perlahan kepalanya kepada dinding.
"Kenapa ketua gangster nak selamatkan aku?" Soal Fifie sambil menggaru dagunya.
"Sebab aku cantik kut" kali ini sengihan lucu dan lebar muncul di bibir Fifie.
"Kau ingat kau miss world?" Minda Fifie melempang dirinya sendiri dalam angan dan Fifie jadi seram sendiri bila dia fikirkan hal tadi.
"Tapi, dia handsome" kali ini Fifie senyum lagi dan dia lompat ke atas katil dan masuk ke dalam selimut. Lepas tu, terus lena.

Dean menyemak beberapa fail di atas mejanya dan dia perlukan beberapa team untuk kerja yang seterusnya. Dia memanggik team 3, team 4.
"Ok, team 3, korang kena jaga anak orang kaya dari Brunei. Lucky you guys, that girl cantik gila kut" Dean tersengih sedikit bila maklumkan hal itu dan semua team 3 senyum dari telinga kiri ke telinga kanan. Memang semua orang tahu yang bercinta adalah kesalahan berat tapi, bercinta dengan misi, kesalahan yang tiada maaf lagi dah.
"So, fetch her at KLIA and, just bersabar banyak2. Anggap je la latihan menguji keimanan. Ni details dia" Dean serahkan satu fail putih kepada K. Ketua kumpulan 3.
"Ok sir!" Mereka berlima meminta diri dan Dean kembali memandang team 4.
"Ok. Korang tak bertuah mana pun. Just jaga anak orang kaya dari Berlin ni. Tak lama, lima hari je and, kecik lagi. 9 years old. Good luck! Blah" Dean menghalau pekerjanya dan dia kembali duduk di kerusi putihnya.

Mood Dean menjadi kelam bila melihat Fifie bersama seorang lelaki dan mereka  sangat mesra beberapa hari yang lepas. Lebih menyakitkan hati, lelaki itu adalah pekerjanya sendiri.
"Aku akan pecat that guy!" Marah Dean.
"Gila? Since when kau jadi tak profesional ni?" Soal Z dengan suara yang tak kalah tingginya.
"Z. Aku kecewa. Fine, pecat dia. Buat dia pergi jauh dari aku. Aku tak boleh tengok dia dengan lelaki lain" Dean tenggelamkan kepalanya ke atas sofa dan  Z mengeluh. Z beradar dari situ dan berjumpa dengan beberapa pekerja Dean.
"Ok, tak perlu hantar apa2 report hari ni. Just, jangan kacau Dean kalau korang tak nak kena pecat. Clear?"
"Clear!"

Fifie di sudut lain seperti berbahgia di atas penderitaan Dean, orang yang dia langsung tak kenal itu. Fifie bahagia dengan Aiman. Aiman baik dan sweet dan Aiman selalu memaafkan semua kesalahan yang Fiie lakukan. Well, the best word is, Aiman is interesting.
Kebetulan Z ternampak kelibat Aiman dan Fifie yang sedang berbual dengan mesra di pantry. Dia juga rasa marah kerana sebab hal ini Dean berduka dan tak ada apa yang dia boleh tolong.
"Ya Allah, berikan aku kesabaran" Z cuba untuk tidak memarahi pekerjanya atas sebab yang tak munasabah dan dia pergi dari situ untuk selesaikan masalah kawan baiknya.

C dan Z sama2 naik bingung bila Dean dah kembali seperti dulu malah lebih parah. Dean suka naik angin tanpa sebab dan pekerjanya dikerah bekerja sepanjang hari. Dean juga sudah kurangkan waktu rehatnya da  dia lebih suka bekerja atau berada di lapangan menembak, lapangan memanah, kolam renang, gym, boxing, hiking dan banyak lagi. Z salah bila dia fikir yang Dean hanya alami perasaan crush atau suka seseorang tetapi dia sebenarnya cinta. Z tak percaya yang cinta itu boleh wujud walaupun kita tak mengenali seseorang itu dan cinta pandang pertama lagi mengarut tapi, bila melihat Dean yang alami semua itu dia percaya sedikit. Dean bertambah kecewa bila Fifie dan Aiman mula ikat satu hubungan dan Dean sudah mengalah sepenuhnya.
"Mana sir?" Soal Z pada beberapa orang pekerja Dean yang sedang berbual.
"Ladang kuda" jawab salah seorang daripada mereka dan Z mengeluh lagi.
"Kenapa dengan sir, Z? Sir nampak sedih" soal A ketua team 1.
"Well, that girl dah ada kekasih" jawab Z lemah dan ikut sama duduk bersama mereka. Mereka memang terkejut bila mendengar berita yang tak disangka sangka itu.
"Ada orang reject sir?!" Soal mereka serentak dengan nada terkejut.
"Bukan di reject. Sir tak pernah try pun" jawab Z dan yang lain angguk faham.

Dean pandang patung kayu didepannya seperti sedang memandang musuhnya dan dia sangat bencikan musuhnya itu. Berdas tembakan yang dia lepaskan dan kena tepat pada titik tengah sehingga orang ramai terpegun dengan kehebatan tembakannya. Majoriti penembak lain ralit memandangnya dan berikan tepukan yang gemuruh. Dean tak berbangga dengan apa yang dia buat kali ini sebab dia tahu yang dia sedang kecewa. Dia tak pernah pedulikan apa yang orang cakap soalnya. Dean meletakkan pistol di atas meja dan mencabut ears cover ditelinganya. Dia pakaikan semula kaca mata hitamnya dan dia menonong keluar dari situ seorang diri. Dean ke keretanya dan dia segera ke masjid berdekatan setelah dia mendengar azan. Dean letakkan keretanya dan dia sendiri tak pasti kenapa dia rasa sangat sedih bila cinta dia tak kesampaian kerana dia tahu cinta Allah sentiasa ada. Dia salahkan diri sendiri bila dia terlau terbua dengan rasa cinta kepada manusia.
Setelah solat maghrib dan isyak, ada sedikit jamuan di masjid itu kerana ada kuliah maghrib sebentar tadi. Dean ikut sama makan bersama jemaah lain. Usai makan, Dean tak bergegas untuk balik ke rumahnya walaupun dia tahu yang Z dah risau habis. Dean rasa tenang berada di rumah Allah dan kalau boleh dia nak menginap di situ.
"Encik, encik tak apa2?" Soal seorang lelaki separa abad kepada Dean yang kelihatan sedang termenung.
"Pak cik, saya ok" balas Dean dengan senyuman lemahnya.
"Pak cik selalu nampak encik kat masjid ni" ujar pak cik itu sambil tersenyum.
"Addin pak cik, boleh panggil saya Ad je"
"Oh, Ad. Pak cik, Pak Wahid" dia perkenalkan dirinya pula.
"Pak Wahid selalu jadi imam kat sini." Maklum Dean pula yang sudah lama tahu kewujudan Pak Wahid.
"Lebih kurang la. Pak Wahid selalu nampak Ad ni"
"Kebetulan saya selalu lalu sini je Pak Wahid"
"Selalunya Pak Wahid perasan yang Ad ni mesti ceria je, kenapa semenjak dua ni tak" Dean agak terkejut bila ada orang luar yang ikut sama perasan perubahannya.
"Pak Wahid perasan?"
"Ya. Selalunya kamu selalu di saf hadapan tapi, sekarang jarang dah" Dean tergelak perlahan dan tak ikhlas. Dia tak pasti nak respon macam mana.
"Ya Pak Wahid, saya cuma sedih bila kali pertama saya jatuh hati pada seorang perempuan dan saya terus jatuh kecewa jugak. Mungkin dia bukan jodoh saya" Dean bercerita ringkas dan Pak Wahid angguk faham.
"Kenapa?"
"Dia dah ada orang lain. Saya sedih dan kecewa sangat tapi bila saya teliti balik macam saya tak redha dan saya dah melawan ketentuan Allah. Saya tak patut rasa macam tu" perlahan Dean luahkan apa yang terbuku dalam hatinya dan Pak Wahid tersenyum mendengar cerita itu.
"Kenapa tak cakap je kat dia?" Soal Pak Wahid berminat.
"Entah. Sebab saya tak berani kut dan saya lebih suka mengenali dia bila dia halal untuk saya." Pak Wahid bangga dengan apa yang Dean cakapkan.
"Kalau Ad nak, boleh jadi menantu Pak Wahid" usik Pak Wahid dan Dean terus ketawa kecil. Rasa kelakar bila ada orang yang nak jadikan dia menantu dengan tiba2.
"Pak Wahid tak takut nak jadikan saya menantu? Mungkin saya ni hantu" balas Dean ikut sama bergurau dan dia rasa hatinya lapang sedikit. Dia tak pernah punyai seorang ayah jadi dia tak pasti macam mana perasaan bila bersama seorang ayah.
"Orang yang suka berkunjung ke rumah Allah ni orang yang dipilih olehNya" jawapan itu buatkan Dean hanya mampu tersenyum dan dia tak pasti apa yang dia perlu balas. Akhirnya setelah dua minit berdiam diri dia meminta diri untuk pulang terlebih dahulu. Apa yang dicakapkan Pak Wahid kepadanya tadi dan dia rasa lebih lapang dan tenang sekarang. Dia dah boleh lupakan sedikit perasaan kecewanya tapi dia pasti yang CINTA PERTAMA BAWA SAMPAI MATI.

"Dean!" Z masih lagi berjaga bila Dean balik sebab dah lewat sangat. Dean tahu yang Z risaukan dia dan sebulan yang lalu keadaan dia memang teruk. Dia sendiri pelik bila seorang perempuan yang dia tak pernah mengenali secara rapat dan berdepan boleh menyebabkan dia patah hati macam sekarang.
"Kenapa tak tidur lagi?" Soal Dean bila meletakkan kunci kereta di dalam bekas dan dia duduk di sofa bersama dengan Z.
"Kau dari mana?" Soal Z tanpa menjawab soalan Dean.
"Chill."
"Dean, ni bukan Syed Addin Zulkarnain yang aku kenal. She is no one to you!" Marah Z dan Dean juga dah malas nak bergaduh soal ini dengan Z.
"She is my first love" jawab Dean perlahan.
"If you love her, you should try her."
"I cant."
"So! Stop doing this stupid things!"
"Ya. I will stop. I will" balas Dean seraya bangun dari sofa dan menuju ke biliknya. Z terdiam bila Dean betul2 dah mengalah dengan apa yang jadi padanya.

Fifie sudah bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan Aiman dan dia sangat yakin hubungan itu akan berjaya. Sudah hampir dua minggu daripada hari Aiman melamarnya meminta jadi insan yang teristimewa jadi, Fifie tekad yang dia akan jawab 'ya' pada esok hari. Sekarang dia tak mampu nak lelapkan mata sebab tak sabar nak tunggu pagi.
Tanpa Fifie sedar dia sudah lena dan dia sedang bermimpikan seorang lelaki yang muncul dalam hidupnya. Seorang lelaki yang bersut putih dan dan sedang berjalan ke arahnya dengan langkah perlahan.
"Fifie!!!!"
Jeritan di telinganya buatkan Fifie jatuh tergolek atas lantai dan dia usap punggungnya yang terhempap.
"Sakit la Jiha!" Marah Fifie sebab dia tak sempat nak tengok wajah lelaki dalam mimpi dia tu.
"Sorry. Tapi, mak kau call" Jiha hukurkan telefon kepada Fifie dan Fifie menjawabnya dengan perlahan.
"Apa?!" Bagai nak terkelur anak tekak Fifie menjerit setelah mendengar berita yang disampaikan maknya, Puan Jue.

Kalut betul Fifie bersiap untuk balik ke rumah abahnya. Dia tak rasa berita mengenai dia dah akan ditunangkan dan bakal berkahwin tak lama lagi boleh jadi berita biasa2 je. Ni berita yang panas dan boleh nak dicakap berita luar negara terus. Jiha belum sempat tanya apa2 lagi sebab Fifie buat kali pertamanya tak melengah dan mengejar masa dengan kelajuan cahaya.

Fifie terus ceroboh rumah abahnya tanpa salam dan dia juga belum sempat mandi dan solat subuh. Untung badan tengah bendera merah sekarang ni. Fifie mencari mak dan abahnya seperti mencari mangsa nak ditelan. Serius? Memang mengerikan tahap dewa.
"Ya Allah, budak bertuah ni. Terkejut mak" Puan Jue yang baru sahaja selesai masakkan sarapan terkejut dengan kemunculan anak perempuannya.
"Majlisnya lepas zohor. Kenapa awal sangat ni?" Soalan yang selamba dan tenang buatkan Fifie rasa dia nak meletup je.
"Mak, Fifie tak nak bertunang. Fifie tak kenal dia pun"
"Nanti kenal la. Lawa budaknya."
"Mak..."
"Abah berkenan betul dengan dia. Lagipun, Fifie sendiri yang cakap nak abah carikan jodoh"
"Tapi abah, at least tell me first"
"Ha! Tak payah nak bajet mat saleh sangat. Lepas zohor nanti pihak lelaki sampai" sambung Puan Jue tanpa hiraukan bangkangan Fifie. Fifie kesal yang dia dah mula ada perasaan sedikit pada Aiman dan pada masa yang sama dia akan ditunangkan dengan seorang lelaki yang dia langsung tak kenal. Dia tahu yang perasaan dia pada Aiman bukanlah cinta tapi dia senang. Senang dengan sikap Aiman padanya.
"Abah, mak, kenapa buat macam ni?"
"Buat apa? Kami buat yang terbaik untuk kamu"
Fifie hanya mampu lepaskan keluhan berat dan dia beredar dari situ. Dia tahu tak ada apa yang dia boleh buat untuk membantah apa yang ibubapanya berkehendak. Dia terpaksa terima dan redha, pada masa yang sama dia terpaksa lupakan Aiman dan buka hatinya pada pilihan ibubapanya.

Fifie hampir menangis bila sudah tiba masanya dan pihak lelaki telah sampai. Dia pelik jugak bila orang ramai duk bisik2.
'Tunang aku ni anak kerabat ke apa?' Soalan tu jugak yang jengah kepala Fifie kerana ramai orang tengah bercakap seperti tunang Fifie itu adalah orang besar dan berpengaruh.
"Kenapa?" Soal Fifie kepada Fariz, adiknya.
"Rombongan lelaki semua lelaki" jawab Fariz sambil tersengih dan otak Fifie mula berfikir. Padanya, tak ada apa yang pelik pun tapi dia cuba untuk anggap semua tu ok.
Majlis dimulakan dan Fifie tetap berada di dalam bilik. Dia juga tak berminat nak tahu siapa tunang dia.
"Kak, pihak lelaki dah nak balik" maklum Fariz dan Fifie lepaskan keluhan berat sebelum angguk. Dia masih lagi santai duduk di katilnya dan melihat cincin di jarinya.
"Aku kena lupakan Aiman dan selesaikan masalah ni cepat" Fifie tekad dan dia ambilkan fonnya. Dia menaip mesej kepada Aiman dan terangkan semuanya. Dia tak nak Aiman berharap lagi dah.

Seperti yang dijanjikan, sebulan dan mereka akan dikahwinkan. Fifie mula rasa gelisah dan mimpi sama kepada lelaki bersut putih itu buatkan dia rasa tak tenang. Dia ingin tahu siapa lelaki yang berada di dalam mimpinya.
"Mak, Fifie nak tengok gambar bakal suami Fifie" pinta Fifie kali ini, selama ini dia menolak tapi kali ini dia terdesak sangat dan ingin tahu rupa lelaki yang bakal jadi imamnya. Puan Jue ambilkan gambar dan hulurkan kepada Fifie. Setelah puas doa dan jampi  la kut, Fifie buka mata untuk melihat gambar itu dan mulut dia terbuka luas tiba2.
"Di...dia???" Soal Fifie seakan tak cukup nafas dan seakan nampak hantu.
"Kenapa dengan dia? Lawa ni" puji Puan Jue.
"Dia, ketua gangster!" Bentak Fifie dan dia terus berdiri. Inai yang dipakaikan kepadanya segera ditanggalkan dan dia bergegas masuk ke dalam bilik.
"Fifie!" Panggil Puan Jue bila Fifie mengamuk macam tu.
"Tak mak! Fifie takkan kawin dengan dia!"Fifie protes habis habisan dan terpaksa menolak untuk dengar pujukan sesiapa sekalipun.

Dean tak pasti kenapa tapi dia ikutkan je apa yang Z cakap. Buat kali pertama rasanya  Dean biarkan Z buat keputusan terbesar dalam hidupnya. Dia bakal berkahwin dengan seorang wanita yang dia sendiri tak pasti siapa. Apa yang dia yakin, perkahwinan dia pada hari ini adalah jalan yang terbaik. Mungkin sukar untuk mencintai bakal isterinya tapi dia pasti mampu menyayangi gadis itu. Dean lengkap berbaju melayu dan bersongkok serta bersampin. Dia melihat dirinya di dalam cermin dan ukir senyum bakal pengantin.

Suasana di rumah pihak perempuan pula gawat kerana Fifie tetap bertegas berkurung di dalam bilik. Pak Wahid tiada jalan lain selain menbuka pintu bilik Fifie dan masuk ke dalam. Fifie jelas tengah bengang dan marahkan ibubapanya.
"Abah tak buat semua ni kalau bukan untuk kebaikan Fifie" Pak Wahid bersuara lembut dan mata Fifie mula berkaca.
"Tapi, dia ketua gangster. Fifie tak nak dia"
"Ketua gangster? Siapa cakap dia ketua gangster? Ya Allah Fifie. Dia selalu pergi masjid, ramah, selalu derma kat masjid." Cerita itu buatkan Fifie mendongak memandang abahnya.
"Bukan sebab dia selalu ke masjid abah terima dia. Sebab abah tahu dia sayangkan anak abah"
"Macam mana abah tahu dia sayang Fifie?"
"Sebab dia pernah ceritakan seorang perempuan yang buatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Dia ceritakan betapa dia gembira mengenali gadis itu dari jauh. Dia gembira melihat gadis itu tapi dia tak mampu nak menggapainya kerana, Fifie bukan yang halal bagi dia. Dia sudah mahu mengalah bila dia cakap Fifie mungkin ada lelaki lain tapi kawan dia, boss kamu sendiri yang datang pinangkan kamu untuk dia tanpa dia tahu" Fifie terkedu, terkelu dan kehilangan kata2 bila dengar apa yang abahnya ceritakan dan dia seperti tak mampu untuk percaya semua itu. Semua itu seakan satu buah cerita dongeng.
"Jadi...jadi...dia tak tahu Fifie bakal isterinya?" Soal Fifie perlahan.
"Tak. Sebab dia nak pandang yang halal baginya dan kalau boleh atas izin Allah, dia nak jatuh cinta pandang pertama sekali lagi kepada isterinya"
"Abah, kenapa Fifie rasa berdebar dan bahagia pada masa yang sama. Fifie rasa Fifie mula sayang dia dengan dengar cerita tentang dia dari mulut abah je" Fifie kesat air matanya dan Pak Wahid tergelak kecil.
"Abah dah tua, dulu abah tak bercinta pun. Tapi, bila ayah abah nak kahwinkan abah dengan mak kamu, abah yakin, yang mak kamu tu jodoh abah"
"Abah ni! Sweet!" Fifie memeluk lengan abahnya dengan senyuman lebar.
'Ketua gangster pun ketua gangster la' fikir Fifie sendiri dan dia mula tersenyum.

Dean sudah berada di hadapan kadi dan dia mula rasa nervous. Dia tak lihat lagi pengantin perempuan tapi hati dia yakin.
"Aku terima nikahnya...." Dean tak habiskan ayatnya bila dia terfikir balik sebaris nama yang kadi sebutkan tadi.
"Nur Afie Aishah Bt Wahid" tuk kadi sebut lagi nama pengantin perempuan dan Dean seakan hilang di dunia seketika. Tapi, dia segera lafaz akad sebab dia teringin nak tengok dengan mata dia sendiri isterinya. Selesai akad dan doa ditadah semua orang tersenyum bahagia dan aminkan doa. Pintu dibuka dan seorang perempuan keluar dari bilik dengan senyuman dan memandang lantai.
Dean tak mampu nak cakap apa2 malah dia terus berdiri dan mendekati Fifie. Dia terus memeluk erat Fifie sehingga orang lain terkejut gila dengan tindakan Dean. Semua mata membesar bila melihat Dean memeluk erat isterinya dan ada juga yang tergelak kelucuan. Z gelengkan kepala dan dia tersengih dengan tindakan Dean.
"I love you!" Ucap Dean tanpa segan walaupun sedang diperhatikan orang ramai dan jelas wajah Fifie sudah seperti tomato. Fifie cuba untuk menyorok di sebalik dada Dean dan dia tak pasti kenapa dia suka sangat. "Ehem!!!" Pak Wahid berdehem kuat dan Dean mula kembali ke dunia. Mungkin dia dah melyang ke negara lain tadi. Dean bersihkan tekaknya dan dia betulkan songkoknya. Dean senyum pada semua yang memandangnya dan dia kembali duduk. Dia pandang Z geram sehingga Z tergelak dengan jelingan tajam itu.

Pada petangnya, Dean mula rasa kekok bila dia berdua sahaja bersama dengan Fifie. Dia nak jadikan Fifie miliknya dan dia nak Fifie ada disisinya dan dia nak Fifie selalu ada padan pandang matanya. Dia tak nak Fifie dekat dengan mana2 lelaki lain selain dia. Suasana kekok itu buatkan Fifie ikut sama diam dan tak pasti apa yang dia perlu cakapkan.
"Saya...saya...Syed Addin Zulkarnain" Dean buka mukut dengan perkenalkan dirinya dan Fifie tersenyum.
"Dah sejam, baru awak nak buka mulut" Fifie usik Dean dan dia tersenyum. Dean ikut sama senyum dan cuba meraih jemari Fifie tapi dia menarik balik tangannya kerana tak nak disalah erti. Fifie tersenyum dan mengambil tangan Dean dan memegangnya erat.
"Saya agak awak dah tahu semua pasal saya. Well, awak stalk saya" Dean rasa malu yang teramat dan dia pandang ke tempat lain.
"By the way, that is sweet" sambung Fifie lagi dan Dean senyum.
"Saya minta maaf. Saya just, fall in love with you"
"You should at least try me"
"No. I dont think so"
"Why?"
"Sebab awak panggil saya ketua gangster. Awak takkan sukakan saya" Fifie tergelak pula kali ini dan dia angguk. Ada betulnya jugak apa yang Dean cakapkan kali ini.
"Who is Aiman?" Soal Dean lagi dan jelas dalam nadanya ada sesidikit cemburu. Fifie senyum senedeng dan merapatkan bibirnya pada pipi Dean sehingga Dean terngadah.
"Saya suka dia tapi, tak cintakan dia" "really?"
"Yup. So, awak kerja apa sebenarnya? Polis?"
"Nope. Well, saya ada dua syarikat, satu tempat awak kerja dan Z CEO nya. Satu lagi Bodyguard Office! Saya sediakan khidmat utk dapatkan bodyguard"
"Oh, so, awak ni orang baik la?"
"Kinda."
"Sorry, panggil awak ketua gangster"
"Ok" jawab Dean sambil tersenyum dan Fifie ikut sama senyum.

Aiman? Gila tak frust menonggeng, mestilah dia frust yang teramat sebab dia dah merancang nak kenalkan Fifie pada keluarganya. Fifie dah berulang kali minta maaf tapi Aiman seakan tak mengerti dan dia mula mengelak daripada bertemu mata dengan Fifie. Fifie minta persahabatan tetapi Aiman tegar dengan jawapan 'tidak'. Sedikit sebanyak Fifie rasa sedih bila dia mula dibenci Aiman.
Dean tahu yang Fifie rasa bersalah pada Aiman dan pada masa yang sama perangai tak matang Dean bersorak yang dia berjaya dapatkan Fifie. Di sudut lain dia faham perasaan Aiman kerana tak mampu memiliki dan Dean pernah mengalami perasaan itu. Dean mendekati Fifie dan dia memeluk erat pinggang ramping itu.
"Addin" dengan mesra Fifie menyebut nama itu bila merasa ada pelukan di pinggangnya.
"Fikirkan Aiman?" Soal Dean di cuping telinga kanan Fifie dan Fifie freeze sekejap. Dia tak pasti apa yang dia perlu cakap sekarang ni dan dia tak nak Dean salah faham.
"Addin...Fifie..."
"No, sokay. Addin faham, Addin tak kisah Fifie fikirkan tentang Aiman dan Addin faham kenapa"
"Ya. Fifie dah lukakan hati dia"
"Right, Addin pasti Aiman terluka sangat tapi, Addin tak nak jadi orang yang tak dipilih Fifie. Mungkin Addin macam selfish habis, tapi, Addin tak boleh" Addin mengeratkan pelukan dan Fifie tersenyum sambil menyentuh lembut tangan Dean.
"Fifie pilih Addin sebab Fifie sayangkan Addin."
"Thanks" ucap Dean lega dan Fifie senyum lagi.
"Fifie nak berhenti kerja"
"Kenapa?" Soal Addin agak terkejut.
"Fifie tak nak Aiman rasa tak selesa. Lagipun, Fifie lebih suka ikut Addin mana je"
"Ok. Kalau macam tu Addin lagi suka!" Ujar Dean ceria habis dan Fifie tersenyum. Tak susah nak bahagiakan Dean, satu je. Jangan cuba untuk tipu dia.

Setelah tiga bulan berkahwin Fifie dapat rasakan yang dia hidup seperti seorang puteri dan bukannya isteri. Dean terlalu overprotective sehingga Fifie rasa sedikit terkongkong tapi Fifie tak pernah suarakan apa yang dia rasa kerana tak nak ada salah faham antara mereka. Kemana aje Fifie pergi akan ditemani beberapa orang orang bawahan Dean dan Fifie mula rimas. Fifie tak marahkan Dean tapi, dia tak suka bila dia cuba untuk ajak Dean bincang dan Dean langsung tak beri muka atas apa yang Fifie nak.
"Sayang" panggilan sayang itu tidak lagi mampu memujuk Fifie kerana Fifie rasakan itu hanyalah satu panggilan yang tidak bermakna.
"Hmm?" Fifie dengan malas beri respon kepada Dean. Dean mula rasakan sesuatu yang pelik pada Fifie.
"Kenapa ni?" Soal Dean pada Fifie.
"Fifie ok."
"No. You are not ok"
"Fine, let make it clear. I dont like this, I dont like the way you treat me" Fifie dengan senang membuka mulut. Dia dah lemas dalam kekangan Dean.
"What?" Dean menyoal dengan suara yang sedikit tinggi kerana terkejut dan air mata Fifie mula mengalir.
"Ok. Sorry, lets talk" Dean meraih tangan Fifie dan usapnya lembut. Fifie ikut Dean ke kurusinya dan Dean dudukkan Fifie diatas ribaanya.
"Apa yang sayang tak suka?" Soal Dean lembut.
"Abang terlalu mengawal Fifie. Fifie tak kisah kalau pengawal abang nak ikut Fifie mana je tapi, bagi la Fifie ruang untuk bersama kawan2 dan buat girl stuff. Fifie boring" luah Fifie dan Dean telan liur. Dia mula sedar salahnya dimana dan dia usap lembut pipi Fifie yang sudah basah dengan air mata.
"Abang minta maaf ok. Abang terlalu fikirkan diri sendiri dan terlalu risau. Ok, from now on, sayang boleh buat apa je yang sayang suka dan bodyguard abang akan ada jauh dari sayang. At least 20 meter. But, abang nak sayang selalu ada dengan detector, jadi, bila sayang ada masalah, just press it. Deal?" Dean mengalah dan senyuman mekar muncul dibibir Fifie. Dia memegang kedua pipi Dean dengan wajah paling ceria dalam bulan ini.
"Abang ingatkan sayang tak kisah"
"Awalnya ok je, lama2 rasa macam terkongkong" Dean tergelak kecil dan menggaru dagunya.
"Abang tak sangka dah pergi sejauh itu. I love you so much!"
"I love you so much too" mereka berbalas senyum dan Fifie memeluk erat Dean. Tiada lelaki yang lebih sesuai untuk Fifie kecuali Dean.

Fifie bertambah ceria sekarang tapi dia masih lagi dalam mode honeymoon dengan Dean jadi, dia tak terfikir soal anak dan! Bukannya dia tak nak anak. Soalan daripada orang ramai buatkan dia sedikit tak senang, maklumlah, Dean boleh dikatakan lelaki pujaan ramai jugak.
"Abang, perlu ke kita ada anak sekarang?" Soalan boleh dikatakan spontan oleh Fifie kepada Dean buatkan Dean tersedak kopi yang diminumnya. Mata Dean membesar dan mukanya merah sedikit. Fifie tak pasti kesan daripada tersedak atau malu. Dean urut dadanya sendiri dan pandang dua orang pekerjanya yang hanya menunduk ikut sama segan dengan soalan itu. Lain yang Fifie maksudkan tapi, 'LAIN' yang lelaki2 ni semua faham. Perkataan sekarang tu yang membuatkan suasana jadi hangat walaupun dalam bilik ber air cond.
"Sayang, seriously? You are asking about that now?" Soal Dean dengan mata yang terbuka luas. Dengan wajah tak berdosa Fifie anggukkan kepala.
"Kami boleh keluar dulu sir" pekerjanya membuka mulut seakan mengerti tapi Dean jadi bertambah segan.
"Kenapa semua orang blushing ni?" Soal Fifie pelik menandakan dia tak faham keadaan sekarang.
"Sayang, baby? Now?" Soal Dean dengan suara perlahan kepada Fifie yang mendekatinya.
"Yup. Now tu bukannya sekarang atau esok, I mean, kita dah ready ke nak jadi parent and perlu ke kita ada anak sekarang?" Fifie bagi penerangan sebenar dan tiga lelaki itu bertambah malu dengan fikiran kuning mereka sendiri. Fifie pandang dua pekerja Dean sekilas dan tersenyum sikit.
"Apa yang awak semua fikir ni?" Soal Fifie dapat mengagak apa yang terlintas di benak tiga lelaki ini. Dean berdehem dan betulkan duduknya.
"Interview tu, esok" Dean habiskan ayat entah dari mana dan dua lelaki itu faham. Mereka minta diri dan berlalu pergi. Fifie tergelak kecil dan dia duduk diribaan Dean, tempat yang paling dia suka. Lebih dari dia sukakan sofa yang lembut dan mahal.
"Sorry sayang, abang salah faham"
"No, sokay."
"Kenapa tiba2 tanya soal anak?" Soal Dean yang memandang Fifie dengan penuh rasa sayang.
"Sebab, ada a few orang tanya Fifie, bila nak mengandung" jawab Fifie dan senyuman dia mula mengendur. Dean usap lembut jemari Fifie dan dia ukir senyum lagi lebar.
"Kita baru je kawin 4 bulan, abang tak cakap abang tak nak anak sekarang tapi, itu semua kerja Allah" "ya. Fifie faham, Fifie just tak faham kenapa orang lain tak fikir macam tu"
"Ala, biasa la tu. Why not lepas je interview pekerja baru esok, kita cuti dua hari. Ok?"
"Serius?" Soal Fifie teruja habis. Kenapa dia teruja sangat?
1- tak kena berkurung dalam pejabat Dean.
2- Dean ada bersama dia sepanjang hari
3-tak perlu rasa bosan.
Sebab2 yang cukup untuk buatkan Fifie teruja sangat2.
"Ya sayang" jawapan Dean buatkan Fifie melompat turun dari ribaan Dean dan menari keriangan. Dean tergelak kecil dengan telatah isterinya yang tak pernah nak matang rasanya.
"Kita nak pergi mana?" Soal Fifie masih lagi dalam mode keterujaan berganda.
"Up to you, oversea, undersea, seaside, everywhere" jawapan Dean buatkan Fifie tersengih dan sekali lagi Fifie maju ke meja besar Dean.
"Tasik kenyir! Lets go there. Sewa rumah boat and ajak ramai2" Fifie beri cadangan dan Dean diam. Dia tak setuju.
"Tapi, I prefer just us, two of us, alone" Dean bersuara perlahan kerana tak nak rosakkan plan Fifie, mungkin Fifie dah fikirkan idea tu dah lama.
"Ok! Tapi, still nak tidur dalam boat" Fifie mengalah dan Dean kembali bersemangat dan tersenyum. Apa yang Fifie sebutkan tadi hanyalah rancangan yang terlintas dalam benaknya lagipun, dia jugak nak claim Dean sebagai miliknya bila mereka bercuti nanti.
"Settle sayang" Dean jawab tenang dan dia mendail satu nombor.
"Z, sediakan aku bot"
"Ya, ya. Aku nak spend two night"
"Yup! Foods"
"No, aku gerak sendiri"
"Yeah, sure. Thanks dude. Dude! Service habis dulu"
"Ok. Thanks bro" Dean matikan telefon dan tersenyum pada Fifie.
"Settle? Mana dapat bot?"
"Settle. Bot? Erm, Dean BG-CORP punya" jawab Dean agak lambat dan Fifie angguk perlahan lahan. Sedarlah dia betapa kayanya suami dia sekarang ni.
"You have about, 4 white cars, 3 bungalows, a villa, 2 company, boat? Or boats?" Soal Fifie dengan habis semua jati dikeluarkannya.
"Boats, two actually" jawab Dean dan sengih sikit.
"Two? How about aeroplane?"
"Sayang, I am not that rich. Just a helicopter. Thats all"
Mulut Fifie terus ternganga bila dengar Dean cakap kenderaan yang dia ada. Fifie garu kepalanya dan dia telan liur pada masa yang sama.
"Itu semua harta syarikat. Bukan abang punya."
"Yeah, dan syarikat tu bukan abang punya, Syed Addin Zulkarnain yang punya" Fifie bagi balasan sarkastik habis dan Dean tergelak kecil.
"Ahmad Albab yang punya" Dean bersuara dan Fifie tergelak pula.
"Interview apa esok?" Soal Fifie beralih topik.
"Cari bodyguard baru. Seorang nak kawin"
"Kawin? So, bila dah kawin tak boleh dah?"
"Yup! Susah"
"Why?" Soal Fifie tak faham.
"Berisiko kepada keluarga dia nanti. Lagipun, abang tak nak ada distraction"
"You mean, a wife and a family is a distraction?" Soal Fifie dengan suara yang sedikit tinggi dan tak bersetuju dengan anggapan Dean. Dia tak setuju!
"Sayang..." Dean bangun dari kerusinya dan cuba untuk mendekati Fifie.
"No."
"No?" Soal Dean resah.
"No holidays! A wife is a distraction? I am a wife and I am your wife!" Fifie bercakap sambil mengetap gigi dan jelas dalam suaranya ada marah dan geram. Dean telan liur bila Fifie salah faham dengan maksudnya. Dan, no holidays? Dean kelu dan bertambah kelu bila Fifie menonong pergi dalam keadaan marah.

Dean bertambah resah bila Fifie langsung tak endahkannya dan Dean rasa susah hati.
"Sayang, sayang bukan distraction, you are my affection ok?" Dean masih lagi mencuba memujuk Fifie yeng berkurung di dalam bilik tidur mereka dan tak benarkan Dean masuk. Dean ada kunci pendua untuk ke bilik itu tapi dia tak nak ambil risiko dan burukkan keadaan. Dean masih lagi lengkap bersut putih dan bertie hitam. Dean lepaskan keluhan berat dan bersandar pada pintu biliknya.
"Sayang, please" pujuk Dean lagi dan dia duduk bersandar pada pintu.

Paginya, Fifie menguap dengan luas dan dia rasa dingin bila tiada orang disebelahnya, tiada orang yang memeluknya, tiada orang yang berinya morning kiss dan dia rasa kosong. Fifie lepaskan keluhan sedih dan dia ke bilik air untuk bersiap untuk solat.
Selesai solat Fifie tengok jam dan masih lagi awal, 6.15 pagi jadi Fifie bercadang untuk ke dapur. Walaupun dia marahkan Dean tapi dia tetap ada tanggungjawab dan dia tak pasti mana Dean pergi. Fifie berjalan ke pintu dan bila dia buka pintu ada satu tubuh yang melurut terbaring di lantai. DEAN! mata Fifie membesar bila melihat Dean yang masih lagi lengkap berbaju semalam lena di atas lantai depan pintu bilik mereka dan kepalanya betul2 di kaki Fifie. Fifie melutut disebelah Dean dan mengejutkan Dean.
"Abang"
"Sayang" serak suara Dean menyebut panggilan itu.
"Subuh" sambung Fifie dan Dean terus bangun. Fifie tinggalkan Dean yang sudah terjaga sepenuhnya dan ke dapur. Sepanjang berjalan ke dapur dia salahkan dirinya sendiri kerana mengunci pintu dan menyebabkan Dean lena di situ. Tanpa menukar pakaian, tanpa alas, kesejukan. Fifie salahkan dirinya tapi dia belum bersedia untuk maafkan apa yang keluar dari mulut Dean.

Fifie dah tak marahkan Dean tapi dia segan nak minta maaf daripada Dean dan Dean terlalu sibuk hari ini. Fifie pandang syarat2 untuk menjadi salah seorang bodyguard dalam syarikat ni dan Fifie boleh ukir senyum sikit.

1. Sebatang kara
2. Lelaki
3. Kacak
4. Ada skill fight
5. Pandai main senjata
6. Record clear
7. Single
8. Tough
9. Tiada trauma
10. Tiada alahan
11. Sihat
12. Setia
13. Jujur dan amanah
14. Solat penuh
15. Boleh jadi imam

Dan banyak lagi syarat lain. Fifie bangga dengan apa yang Dean nak dalam pekerjanya dan dia bahagia sangat dengan apa yang Dean cari dalam diri pekerjanya.
'No wonder la semua orang good looking' Fifie tersengih lagi dan dia duduk di sofa. Kepala dia memberat kerana terlalu mengantuk. Akhirnya dia mengalah dan terus lena.

Selesai menemu duga Dean berjaya ambil dua lagi bodyguard baru. Walaupun Dean langsung tak fokus tapi dia tetap memilih dengan pilihan C yang tentukan. Dean melihat Fifie sedang lena di sofa dan nampak keletihan walaupun orang yang sepatutnya letih ialah Dean sebab tidur atas lantai, depan pintu bilik, kesejukan. Dean mengusap lembut pipi Fifie yang memang tidur mati terus.
'No holiday?' Fikiran Dean bergema dan senyuman senget terserlah di bibirnya. Dean arahkan pekerjanya sediakan kereta dan dia angkat Fifie seperti dengan kedua tangannya perlahan lahan supaya Fifie tak tersedar dari tidur.

Fifie membuka mata bila rasa ada angin yang menyentuh pipinya dan dia dapat rasakan rambut dia sendiri. Fifie tegakkan badan dan melihat sekelilingnya, tempat yang berbeza!
Fifie melihat tudungnya sudah tidak ada dan dia sedang tidur di atas tilam yang agak besar dan selesa.
'Aku kena culik ke?' Soal Fifie dalam benaknya dan well, as we know, Fifie ni memang banyak drama sangat. Fifie mula menangis dan dia memeluk lututnya sendiri.
'Abang...' hanya Dean yang mampu Fifie fikirkan sekarang ni dan dia mula menyesal sebab marahkan Dean semalam. Esakan Fifie semakin jelas kedengaran dan Fifie berlari ke arah tepi bot.
'Terjun! Then, berenang ke jeti' hanya itu idea yang ada dalam benak Fifie sekarang ni. Fifie memanjat palang tepian bot dan bila dia hampir berjaya dia ditarik sehingga terjatuh di atas orang yang menariknya di lantai.
"Sayang!" Jelas suara Dean sangat risau bila melihat Fifie tekad nak terjun ke dalam laut.
"Abang?" Soal Fifie tak percaya dan wajah pucat Dean Fifie perhatikan lama.
"Apa yang sayang buat ni? Kalau tak suka cakap je, abang boleh bawa sayang ke jeti" dalam nada risau dan marah Dean bercakap dan Fifie diamkan dirinya bila dimarahi. Fifie gigit bibir bawahnya dan dia perlahan lahan membalas pandangan Dean yang tajam.
"Sorry ok, Fifie ingatkan kena culik ke apa. Fifie takut" Fifie cuba untuk jelaskan kenapa dia nak buat macam tu dan Dean lepaskan keluhan. Drama Fifie lagi ni.
"Kalau penculik, dah ikat sayang dah" maklum Dean dan Fifie tersengih bila terfikir otak kartunnya. Fifie peluk erat Dean tanpa banyak bunyi dan jelas Dean sangat terkejut tapi dia tetap berlagak selamba dan biarkan tubuhnya dipeluk erat. At least dia tahu Fifie dah tak marah.
"Abang tak maksudkan distraction" Dean bersuara perlahan dicuping telinga Fifie dan Fifie angguk dalam pelukan Dean.
"Abang" panggilan Fifie tak menyahut bila Fifie melihat Dean sudah mula lena di atas lantai dengan memeluknya. Fifie pelik sebab Dean tak pernah tertidur macam ni jadi Fifie menyentuh dahi Dean.
"Demam!" Fifie kalut dan bila dia cuba untuk dirikan Dean dia ikut sama kembali terduduk. Dean berat sangat dan bukan daya Fifie untuk angkatnya.
"Abang..." Fifie cuba untuk kejutkan Dean dan berjaya. Dean bukakan mata dan dia menatap wajah Fifie yang jelas dalam mode risau habis. Fifie usap pipi Dean yang hangat dan Dean cuba keras untuk berdiri dengan bantuan Fifie. Fifie bawa masuk Dean ke dalam bot dan baring di atas tilam yang bersaiz sedang itu tapi cukup selesa.
"Stay" pinta Dean kepada Fifie bila Fifie ingin berlalu dari situ.
"Fifie nak ambilkan tuala je" ujar Fifie untuk tenangkan Dean. Dean lepaskan pautan dan biarkan Fifie pergi.

Dua hari cuti mereka hanya berada di tilam je sebab Dean demam teruk dan Fifie terpaksa mintak tolong Z untuk bawa mereka balik ke jeti. Siapa lagi nak bawa bot ni kalau Dean demam.
"Terima kasih Z" ujar Fifie bila mereka berdua dah sampai di depan rumah.
"Dean tak pernah demam lama macam ni" ujar Z pelik dan Fifie ikut sama pelik. Sepanjang mereka kawin ini adalah kali pertama Dean jatuh sakit da keadaannya memang teruk.
"Maybe kita patut pergi klinik"
"No, Dean tak suka klinik dan dia ada doktor sendiri. Saya akan call dia" ujar Z dan Fifie angguk setuju.

Fifie termenung di sebelah Dean dan dia tak pasti apa yang dia sedang fikirkan. Dean membuka matanya perlahan dan bila dia melihat Fifie sedang termenung dia pautkan tangan di pinggang itu. Fifie memandang Dean yang sedang senyum manis kepadanya. Nampaknya orang deman dah sihat walafiat.
"Morning sayang" bisik Dean sambil menggeliat manja dan Fifie tersenyum lagi.
"Baru je pukul 4 pagi, tidur la balik" Fifie usap kepala Dean lembut. Dean terkejut dan matanya dilarikan ke jam dinding.
"Sayang dah bangun?" Soal Dean masih lagi jelas sedang terkejut. Fifie gelengkan kepalanya dan usap lembut rambut Dean pula.
"Tak tidur pun" jawapan Fifie berjaya buatkan kantuk Dean hilang terus dan Dean terus duduk di sebelah Fifie dan memegang kedua pipi Fifie.
"Sayang sakit?" Soal Dean khuatir dan Fifie terukir senyum lagi. Dia gelengkan kepala dan membawa tangan Dean ke bibirnya.
"Sayang ok?" Soal Dean lagi dan Fifie terus tersenyum dan peluk erat Dean. Tak sampai seminit pun Fifie dah lena dalam pelukan Dean. Dean tergelak kecil dan dia biarkan tubuh itu lena di atasnya.

Fifie tetap beetegas nak ikut Dean pergi kerja walaupun Dean berkeras minta dia berehat di rumah. Dean tinggalkan Fifie di pejabat kerana dia perlu uruskan hal di luar. Fifie keluar dari pejabat Dean dan ke meja di mana ramai pekerja Dean sedang berbual. Bila Fifie sampai mereka semua terus berdiri dan kembali serius. Mereka hormatkan Fifie sama macam mereka hormatkan Fifie. Lagipun, Fifie tak pernah berminat nak borak dengan pekerja Dean yang di anggap sebagai gangster ni, walaupun semuanya kacak bergaya dengan sut putih dan bertie hitam. Kenapa tak guna hitam? Well, tak sempat lagi nak tanya Dean. Nanti kita tanya sama2.
"Puan!" Mereka semua menyapa Fifie dengan nada tegas dan hal itu buatkan Fifie tergelak kecil. Kelakar habis.
"Saya nak milo sejuk" Fifie buat permintaan dan seorang berlari ke pantry dan bawakan segera apa yang Fifie nak.
"Duduklah, borak dengan saya" ujar Fiie dan mereka semua risau untuk duduk tapi mereka tetap juga dengar apa yang Fifie nak.
"Saya Fifie" Fifie perkenalkan dirinya dan yang lain hanya mampu angguk perlahan. Tak berani nak memanggil nama itu.
"Jangan la layan saya macam Dean. Saya jauh lagi mesra daripada dia" Fifie berkata dengan nada ceria walaupun dia tahu secara tak langsung dia dah kutuk Dean yang terlalu serius dengan pekernya.
"Kita kawan ok, bukannya boss dan pekerja" sambung Fifie lagi dan dengan terpaksa mereka semua angguk.
"Ok. Jadi, awak semua ni sebatang kara?" Soal Fifie langsung dan mereka semua jawab ya dengan kuat. Wow! Macam budak sekolah yang jawab bila cikgu tanya tentang kehadiran.
"Kenapa?" Soal Fifie lagi.
"Sir tak pernah cakap kenapa tapi, Z pernah cakap. Kerja kami berisiko dan pastinya libatkan orang ramai. Kami tak pasti siapa musuh kami dan musuh kami selalu bertukar tukar. Musuh client kami, musuh kami. Sir tak nak keluarga kami dalam bahaya kerana kami jadi, dia cari pekerja yang sebatang kara. Tapi, bila kami dah ada niat untuk berkahwin, sir tak pecat kami secara terus, sir akan berikan kerja lain kepada kami. Kerja di mana kami tak perlu bahayakan sesiapa. Kerja dengan Z." Fifie agak terkejut bila dengar penjelasan itu dan apa yang Fifie rajukkan soal distraction tu juga tak patut. Fifie rasa nak hantuk kepala dia di meja je.
"Macam mana dia layan awak semua?" Soal Fifie lagi.
"Ok. Memang dia tegas tapi dia ambil berat. Kami tak dibenarkan bercinta kalau kami masih lagi nak jadi bodyguard dan, sir bagi kami semuanya. Kami hanya perlu berikan khidmat dan komitmen." Fifie hanya mampu angguk dan faham semuanya.

Dean dapat rasakan yang Fifie mula berubah kerna sekarang Fifie lebih suka berbual dengan pekerjanya berbanding duduk di dalam pejabat atau ikutnya ke mana sahaja.
"Sayang, are you ok?" Soal Dean bila melihat Fifie tersenyum seorang diri. Fifie angkat muka untuk pandang Dean sekilas dan dia teruskan menatap skrin telefonnya.
"Abang, Fifie nak keluar kejap"
"Alone?"
"Yup! If you dont mind, two or three of your bodyguard"
"Sure. Just take them"
"Yes! Thanks!" Fifie berlari ke arah Dean dan mencium pipi itu sekilas sebelum berlari keluar. Dean hanya mampu gelengkan kepala bila melihat perangai kurang matang isterinya itu.

Setelah selesai berbelanja untuk barang masakan untuk lunch, Fifie dan pekerja Dean terkejut bila mendengar suara Dean menjerit kuat. Fifie berlari ke atas bilik dan bila dia buka pintu dia terkejut melihat Dean hampir menumbuk seseorang. Dean tak pernah menumbuk pekerjanya selama ini.
"Sa...sayang" Dean jatuhkan penumbuknya dan melihat Fifie yang sedang terkejut. Seorang pekerjanya hanya menunduk kerana takut dan rasa bersalah.
"Abang" lemah suara Fifie dan air matanya mengalir, dia tahu Dean tegas dan agak garang tapi dia tak pernah tengok Dean semarah ini.
"Keluar!" Jerit Dean kuat sehingga Fifie tersentak dan pada masa yang sama Fifie sedih. Baru sahaja Fifie ingin melangkah pergi tapi Dean mencapai tangannya.
"Bukan sayang, dia" Dean maksudkan pekerjanya dan Fifie kembali menangis. Dean menarik Fifie ke dalam pelukan eratnya dan rasa marahnya ikut sama berkurangan.
"Why?" Soal Fifie lemah.
"Dia dah buat kerja bodoh" jawab Dean kesal.
"Means?"
"He slept with my client" Dean meraup mukanya kesal dan Fifie agak terkejut. Seingat Fifie, semua pekerja Dean seorang yang menjaga solat dan iman tapi, semuanya boleh berubah, kan?
"Are you sure about that?" Soal Fifie seakan tak percaya dengan apa yang dia dengar.
"I dont know. I hope this is just a prank or lie or what so ever." Dean melarikan tangannya menyikat ramhutnya dengan tangan.
"He is C. You trust him" sambung Fifie lagi. Hal itu yang menambahkan terkejut Fifie sebenarnya. C seorang yang sangat baik dan takkan kecewakan Dean.
"I dont know" jawab Dean serabut dan Dean tak pasti apa yang dia perlu buat. Hukuman tetap sama kepada setiap pekerjanya yang melakukan kesalahan apatah lagi kesalahan besar seperti itu.
"Let me talk to him" Fifie bangun dan tapi Dean menariknya supaya kembali duduk.
"No! He might rape you!" Dean menghalang keras dan Fifie tak sangka yang Dean sanggup fikirkan hal seburuk itu tentang C.
"No way! Dean, i know him well!" Bila Fifie mula memanggil nama Dean maksudnya dia tengah marah.
"Sayang"
"Just let me talk to him" Fifie lepaskan pegangan Dean dan dia berjalan pergi dengan segera. Dia perlu mengejar langkah C yang memang kelas sudah terlalu jauh. Bersama dua orang pekerja Dean, Fifie berlari untuk nengejar langkah C yang semakin menjauh.
"C! C!" Panggil Fifie kuat tapi C hanya buat bodoh dan terus berjalan.
"Auch!" Fifie terjerit bila dia tersadung dan terjatuh di atas jalan tar. C segera menoleh dan berlari mendapatkan Fifie yang sedang dibantu untuk berdiri.
"Apa yang puan buat ni? Sir marah nanti" marah Dean pada Fifie.
"Marah saya?!" Soal Fifie geram dan C tergelak sedikit.
"Sit" Fifie kembali bersila di jalan dan C terpaksa ikut apa yang Fifie nak, kalau tak buat apa yang Dean nak itu satu kesalahan tapi kalau tak bust apa yang Fifie nak, itu kesalahan besar namanya.
"Tell me the truth. Saya tak percaya yang C tidur dengan client tu" ujar Fifie berpura pura tegas.
"Saya tak tahu, kalau sekatil dan tanpa seurat benang dengan client tu dipanggil sebagai tidur, then, saya tidur dengan dia" jawapan C ni buatkan Fifie keliru sedikit.
"Takkan tak sedar?" Soal Fifie.
"Saya tak ingat sangat, apa yang pasti, kami makan sama2, then sedar je saya dah ada sekatil dengan dia"
"Ok. By the way, awak dah mandi wajib?" Soalan itu buatkan ketiga tiga lelaki ini blushing. Dasar Fifie yang straight forward.
"Sebab tu...saya nak balik rumah. Saya diseret dari atas katil ke sini" jawapan C memang logik dan Fifie tersengih.
"Ambilkan kereta" arah Fifie pada salah seorang dan dia berdiri bersama C.
"Ceritakan dari awal" pinta Fifie kepada C.
"Ok. Perempuan tu, namanya Tengku Shakira. Well, dia cantik tapi menyakitkan hati. Dia...dia nak Sir yang jadi bodyguard dia macam biasa tapi, since sir dah kahwin, Sir tak pernah jadi mana2 bodyguard kepada pelanggan perempuan." C berhenti seketika dan menjeling Fifie yang sedang tersengih bahagia teramat.
"He loves you so much" ujar C dan Fifie tergelak kecil.
"Lepas tu?"
"Dia paksa saya untuk buat sir ikut dia, tapi saya menolak dan tegaskan yang sir tak nak. Then, dia sumpah seranah saya dan sedar2 je saya tidur di sebelah dia. Naked" dengan muka merah C habiskan ceritanya.
"Jadi, awak buat dia marah dan dia balas balik"
"I dont know, saya tak suka dia dan saya tak pasti macam mana saya end up sekatil dengan dia"
"Wow! That girl, witch!" Marah Fifie dan C tergelak sedikit.
"So, macam mana?"
"Entah, saya akan cari kerja lain, mulakan hidup baru. Puan tolong jaga sir baik2."
"C! Awak tak perlu pergi, kita settle benda ni sama2."
"Tapi, semuanya dah terlambat..."

Dean hampir merempuh pintu keluar dila dia dengar semuanya, well, dia pasangkan recorder, gps pada telefon Fifie dan Fifie tahu semuanya. Fifie sengaja aktifkan recorder itu supaya Dean dapat dengar semuanya. Dean tersenyum bila dengar semuanya dan dia lega sebab Fifie ada. Dean ambil motor dan mengejar kereta C. Fifie yang kebetulan berdiri di tepi jalan setelah C pergi dengan kereta tersenyum. Well, Dean ambil berat soal C. Fifie dan dua pengawal peribadi itu tersenyum senang.
"Jom kita pergi masak, mungkin Dean nak minta maaf dengan C" dengan sengihan lebar Fifie berjalan kembali ke pejabat Dean yang seperti rumah itu.

Jam menunjukkan pukul 10 malam dan Dean tak balik makan tengahari dan makan malam. Dean tak maklumkan apa2 langsung dan kini dia hilang. Fifie tak mampu nak lelapkan matanya dan tak mampu nak duduk dengan tenang. Telefon Dean ditinggalkan di atas meja di pejabat membuatkan mereka terputus hubungan.
"Kami tunggu di luar, Fifie tidurlah" ujar Z yang terus balik dari Jepun bila dapat tahu Dean tak dapat dihubungi. Z keluar dari rumah itu dan Fifie bersandar lemah pada sofa masih lagi menggenggam erat telefonnya dengan harapan Dean akan menelefonnya.

Z buat keputusan untuk hubungi Jiha untuk temankan Fifie dirumah besar itu. Lain dia harapkan lain pulak yang dia dapat daripada Jiha.
"Cik Nur Najihah Anis?" Soal Z dengan nada super seriusnya seperti biasa.
"Ya saya, ada apa call malam2 ni?" Soal Jiha yang tersedar dari lenanya.
"Saya..." belum sempat Z habiskan ayat dia sudah dipotong.
"Ya. Private Number. Apa peliknya nama tu" Jiha dalam mamai tak pasti apa yang dia bebelkan tapi Z afak terkejut. Private Number dikatakan nama. Takkan tak pandai bahasa inggeris kut, itulah yang menjengah otak Z. Sebelum dia kembali dengar dengkuran halus.
"Cik Nur Najiha Anis!" Dengan tegas Z menjerit sedikit kepada telefon dan Jiha buka mata luas sedikit.
"Ha, ada apa private? Bila masa aku ada kawan nama ni entah? Nak apa?" Bebel Jiha lagi.
"Saya nak minta tolong sikit"
"Macam mana dapat no ni? Stalker? Pervert?" Soalan Jiha kali ini buatkan Z terkejut besar dan rasa angin je tiba2. Tapi, ada betulnya jugak apa yang Jiha cakapkan, Z terpaksa ambil tahu semua tentang Jiha yang dikenali sebagai kawan baik Fifie.
"Pervert?!" Soal Z geram.
"Bukan? Nak apa ni? Saya tak ada masa nak layan budak lelaki macam awak ni" sekali lagi Jiha membalas pedas dan mulut Z terus ternganga. Kebanyakan pekerja Dean pelik bila melihat wajah Z berubah ubah sejak tadi.
"Puan Fifie, kawan baik cik perlukan cik di rumahnya sekarang. Saya minta tolong cik kerana cik masih single tak ada suami dan anak2 di rumah. Saya akan hantar kereta untuk jemput cik dengan kadar segera." Z matikan telefon dengan sebal dan dia menarik nafas panjang.
"Fifie?" Jiha terus melompat dari katil dan bersiap ala kadar. Bukan ala kadar tapi memang sangat ala kadar sebab masih lagi berbaju tidur, berselipar kartun dan hanya memakai tudung serta masih lagi memeluk patung minionnya. Oh! Dewasakah ini???

Z tidak mampu mengedipkan matanya saat terpandang Jiha yang seakan anak kecil baru turun dari kereta dari tadika. Z betulkan anak tekaknya dan berjalan mendekati Jiha yang masih lagi taksub dengan banglo putih elegen Dean.
"Saya yang call cik Anis" Z bersuara dan Jiha menoleh untuk pandang siapa yang tegur dia. Mata Jiha terbuka luas dan dia rasa muka dia panas sekarang ni. Malu! Jiha cuba berlagak selamba tapi tak berdaya.
"Cik Najiha Anis?" Panggil Z lembut dan Jiha menggeletar pula.
"Se...sejuk" Jiha ni bila dia nervous memang dah gaya macam orang demam terus. Z dapat lihat badan Jiha yang shaking lalu dia berikan kot putih dan balut pada badan Jiha. Jiha bertambah terkejut dan dia terus merempuh masuk ke dalam rumah itu. Z bertambah pelik tapi, dia tersenyum kemudiannya. Jiha punya larian memang laju sampai Fifie tak perasan Jiha dah melewatinya semasa berlari tadi.
"Fifie, mana Cik Najiha Anis?" Soal Z pada Fifie yang masih lagi menatap skrin telefon. Fifie pandang Z pelik.
'Macam pernah dengar je nama tu' fikir Fifie sendiri dengan kerutan di dahi.
"Fifie!!!" Jerit Jiha kuat bila dia kembali ke ruang tamu setelah hilang berlari ke serata dunia tadi. Fifie terus berdiri dan teruja melihat Jiha ada di situ. Jiha berlari dan mencampak minionnya sehingga menghentam kepala Z. Jiha memeluk Fifie dan perhatikan keadaan Fifie dari atas sampai ke bawah.
"Private call aku, cakap kau perlukan aku" ujar Jiha risau.
"Private?" Soal Fifie sambil terkebil kebil.
"Entah, nama dia pun pelik. Private number gitu" jawab Jiha lagi dan Fifie tergelak sikit. Hilang sekejap soal Dean dari kepalanya. Z yang ada di situ juga sedang mengukur kelembapan otak Jiha.
"Jiha, private number tu bukan nama orang. Tapi, nombor peribadi. Ngok!" Bidas Fifie dan tergelak lagi dan Jiha nganga luas. Dia dah jadi bodoh sebab private number je.
"Oh, aku mamai kut time tu" Jiha garu belakang kepalanya dan sengih sedikit.
"Lupakan semua tu, kau ok?" Soal Jiha pula.
"Aku ok. Tapi, Dean tak balik2 lagi" Fifie kembali sedih dan risau. Jiha dudukkan Fifie di sofa dan usap lembut bahu kawannya itu. Jiha cuba fikirkan sesuatu tapi tak dapat. Dia pandang kot putih di atas badannya dan dia melihat ke arah Z. Z hanya berdiri di sana dengan memandang ke arah mereka.
"Siapa tu? Stalker?" Soalan Jiha sekali lagi berjaya buat Fifie tergelak kecil.
"Z, kawan baik Dean"
"Oh" hanya itu balasan Jiha dan kembali bercakap dengan Fifie.

Dua hari, cukup untuk buatkan berat badan Fifie susut dua kilo kerana tak makan dan tak tidur. Apa yang Fifie tahu solat dan berdoa, itu sahaja. Jiha muka risaukan Fifie tapi dia tak mampu nak menolong banyak, tambahan pula dia sibuk melarikan diri dari Z. Dia malu!
"Fifie makan?" Soalan itu berjaya buatkan Jiha melompat sebab terkejut. Jiha tayang muka bengang pada hamba Allah yang tak pandai beri salam itu.
"Stalker!" Marah Jiha dan dahi Z berkerut. Dua hari ini hanya nama itu yang dipanggil Jiha kepadanya.
"What?!" Soal Z dengan suara yang tinggi sedikit daripada biasa. Jiha jeling Z sekilas dan dia berlalu masuk ke dalam rumah dan ke bilik Fifie.
"Fie, aku tak suka stalker tu" gumam Jiha geram dan senyuman kecil merekah dibibir pucat Fifie.
"Aku kenal kau. Kau malu sebenarnya, kan?" Tebak Fifie tepat dan Jiha tayang gigi. Fifie tergelak sikit dan saat itu Jiha sodorkan makanan ke mulut Fifie. Fifie makan sedikit dan Jiha lega banyak.

Dean buka mata perlahan lahan untuk adjust matanya dengan bilik gelap yang hanya ada lubang2 kecil sekelilingnya. Dean rasa sesak tapi dia cuba untuk bertenang. Hanya wajah Fifie yang bermain di dalam benaknya sekarang ni.
"Baby! Dah sedar?" Soal satu suara manja dan lengan itu memeluk erat leher Dean. Dean nak menolak dengan jijik tapi tangan dan kaki dia dirantai kemas.
"Tengku Shakira! Let me go!" Dengan garang Dean menyuruh dan dia menjauhkan wajahnya dari disentuh Tg. Shakira.
"Dean, you are hot and sexy!" Tg. Shakira tak hiraukan amaran Dean dan terus merapatkan badannya pada Dean. Dean rasa sangat jijik tapi tak ada apa yang boleh dia buat dalam keadaan terikat dengan rantai besi macam ni. Dia bukan wolverine dan dia bukan the hulk, captain america apatah lagi.
"Get lost!" Tempik Dean kuat tapi hanya hilai tawa balasan Tg. Shakira.

"Abang!!!" Fifie tersedar dengan mimpi buruknya dan dia terus terbangun dari tidur.
"Fifie" Jiha yang tidur di sebelah Fifie di sofa ikut sama terjaga dan Z  mengetuk pintu rumah beberapa kali. "Aku mimpi dia kena seksa Jiha" air mata Fifie terus jatuh dan Jiha segera membawa Fifie ke dalam pelukannya. Fifie terus menangis dalam pelukan Jiha dan badan Dean yang dirantai bermain dalam benaknya.
"Kami ok!" Jerit Jiha kuat ke arah pintu kerana tahu yang Z tak dapat sabar nak tahu apa yang jadi kat dalam. Bila mendengar laungan Jiha Z kembali lega dan mereka yang lain kembali duduk dan cuba bertenang.
"Tengku Shakira" Fifie menyebut nama itu dan Jiha bingung.
"Anak raja mana?" Soal Jiha dan Fifie tersenyum lemah. Jiha selalu lembab macam ni ke? Entah.
"Aku rasa, Tg. Shakira yang culik Dean"
"Sure?"
"Yep!"
"Ok. Kau rest dulu, esok kita discuss" pujuk Jiha dan Fifie akur. Fifie kembali rebahkan kepalanya tapi dia takkan mampu terlelap. Jadi, Fifie hanya baring dan berdoa agar Dean ok.

Dean hampir menangis bila dia mimpikan Fifie yang sedang menangis dan menunggunya di depan pintu rumah. Dean menahan sebak dan dia berdoa agar Allah dengar doanya dan dia dapat kembali ke sisi Fifie dalam keadaan baik. Dia teringin memeluk Fifie lagi.
"Dean, you patut lupakan perempuan tak guna tu" dengan sinis Tg. Shakira bersuara dan Dean rasakan dia nak tampar mulut jahat itu kerana memanggil Fifie sedemikian. Bunyi rantai tertarik menguasai bilik itu bila Dean cuba untuk bergelut dan lepaskan diri.
"Oh, marah?" Soalnya lagi dan memyentuh rambut Dean yang basah dengan peluh.
"Dont touch me! Stupid!" Jerkah Dean kuat sehingga Tg. Shakira terkejut. Tg. shakira tersenyum sinis dan mendekatkan badannya pada Dean.
"I will!" Jari Tg. Shakira mula menjalar dari dahi, hidung, bibir, leher dan dada Dean. Wajah Dean panas dan merah kerana terlampau marah dengan tindakan Tg. Shakira.
"If you lay any finger on my body again, I will cut it all!!!" Tempik Dean dan Tg. Shakira tergelak besar. Tg. Shakira jauhkan badannya dari Dean sedikit dan berhenti ketawa.
"Oh Dean, you are so damn hot!"
"Jijik!!!" Jerit Dean lagi dan Tg. Shakira mula naik angin. Perkataan itu memanaskan telinganya.
"Dean, dont make me force you to sleep with me! I can do it to your Worker and I can do it to you too. Maybe pictures is not enough, how about videos? What will that woman do when she see, her husband have a good moment with other girl?" Cabar Tg. Shakira dan Dean rasakan nafasnya naik dan turun tak senada. Dia bertambah marah dengan ugutan sebegitu. Dia tak nak Semua itu!
"Leave!" Jerkah Dean kuat dan Tg. Shakira dengan marah keluar dari bilik gelap itu. Dean bersandar pada dinding dan serba sedikit dia rasa takut dengan ancaman Tg. Shakira. Dia tak gentar jika dibunuh, tapi dia tak nak melukakan hati Fifie. Dia tak nak Fifie sakit hati dan terluka.

C kembali bila Fifie menghubunginya dan dia ikut sama risau bila mendengar berita kehilangan Dean.
"Tg. Shakira, saya nak jumpa dia" ujar Fifie dan mereka semua terkejut. Semua pekerja Dean, dari A sampai Z diminta tinggalkan tugas dan kembali ke office. Mereka semua berkumpul di pejabat Dean.
"Tak semudah itu Fifie. Tg. Shakira, anak kepada gangster dan awak takkan selamat bila berjumpa dengan dia"
"Tapi, saya yakin yang dia culik Dean" ujar Fifie sebak dan mula menangis lagi. Semua pekerja Dean memandang lantai bila melihat isteri boss mereka yang melayan mereka dengan terlalu baik menangis. Mereka tak sanggup.
"Bahaya untuk awak" Z sambung lagi. "Awak semua kan terel, boleh protect kami" Jiha buka mulut dan semua mata memandangnya.
"Ya. Tapi, kami takkan mampu dekat dengan Tg. Shakira." Balas Z dan C pula.
"Then, saya akan protect diri saya sendiri" Fifie menyampuk dan semua mata memandang Fifie terkejut.
"Ya! Kami pun boleh fight! Teach us! Saya akan ronyok muka Tg. Shakira macam kertas, slam dia dalam danau, hantuk kepala dia di dinding, tanam dia sampai leher!" Dengan segala aksi ninja Jiha persembahkan dan semua mata memandang Jiha takut. Semua orang telan liur termasuk Z sendiri. Jiha sengih bila perasan yang dia telah melebih dan kembali duduk untuk berbincang dalam keadaan aman dan damai.

Z simpan senyum bila melihat semangat betul Jiha menendang dan menumbuk punching bag. Walaupun Fifie dah cakap yang mereka hanya belajar pertahankan diri dan bukannya nak jadi fighter.
"Ark!!!" Jerit Jiha dan terus terduduk bila dia tersalah tumbuk bag itu dan meringkuk kerana terlalu sakit. Fifie yang terkejut duduk disebelah Jiha dan risau dengan keadaannya. Z ikut sama duduk disebelah Jiha dan memegang tangan Jiha dengan niat untuk merawat. Z mengeluh berat dan menelefon doktor mereka.
Sementara menunggu doktor datang Fifie temankan Jiha yang sedang menahan sakit.
"Doktor" Z menyuruh Dr. Kevin memeriksa keadaan Jiha. Dr. Kevin tersenyum tawar dan mengeluh.
"Sorry, but, patah dan perlu pergi hospital" Jiha yang sakit terus berdiri tegak. Jari dia patah! Dua jari!
"Doktor buat lawak kan?"soal Jiha dengan wajah bengang sehingga menyebabkan Dr. Kevin telan liur seram. Z juga ikut sama naik angin dan menghantar Dr. Kevin pergi.
"Pergi hospital" pesan Dr. Kevin kepada Z lagi dan Z anggukkan kepala.
"Jom, pergi klinik" paksa Z dan Jiha keraskan badannya walaupun dah dipujuk Fifie.
"Saya boleh angkat awak masuk kereta. Now!" Z bersuara tegas dan Jiha kecut. Jiha bangun bersama dengan Fifie ke kereta. Fifie tersenyum bila melihat wajah terpaksa Jiha.

Jiha masih lagi bengang dengan Z dan dia tak nak makan. Dia juga geram bila dia tiba2 sakit macam ni dan tak dapat teman Fifie jumpa Tg. Shakira esok. Bukan dia tak nak pergi tapi Z yang tak bagi dan Jiha tenfag perang dingin dengan Z.
Dua minggu mereka berlatih dan untungnya Fifie ada darah pesilat dan pernah belajar silat dulu, jadi, kurang sikit bahayanya.

Dean bertambah risau bila tempoh dua minggu tamat. Tg. Shakira dah bagi amaran jika Dean bertekad tak nak ceraikan Fifie dia akan bunuh Fifie dan bunuh Dean sekaligus. Dean tahu ajal dan maut di tangan Allah tapi perasaan risau tentang keselamatan Fifie, isterinya. Tg. Shakira melangkah masuk dan Dean telan liur. Wajahnya sudah berpeluh dan berbau, tiga minggu dia dikurung disitu tanpa dibenarkan mandi dan solat sekalipun. Hanya jemari Tg. Shakira yang menyentuh kulitnya dan dia jijik. Tapi, dia bersyukur Tg. Shakira tak melebih lebih selain mencium pipinya beberapa kali. Dean marah tapi dia tak mampu nak lawan rantai besi ini.
"Fine, you memang degil. I akan culik wife you dan bawa dia datang sini. Paksa dia tengok kita 'bersama' dan you akan layan I dengan baik or, she will die in front of you" bisik Tg. Shakira di telinga kanan Dean. Dean gigit bibir menahan marah dan nafasnya memberat.
"Just kill me!" Dean bersuara keras dan Tg. Shakira gelak seperti setan.
"I love to torture your wife first, then, both of you can die" ujar Tg. Shakira sambil tersenyum sinis dan Dean pejam rapat matanya.

Dean biarkan je apa yang dia dengar dan dia mula lemah kerana tak makan. Walaupun makanan dipaksa masuk di dalam mulutnya, itu tak pernah berikan kesan kepada Dean. Dean hanya fikirkan Fifie dan cara lepaskan diri dari cengkaman Tg. Shakira.
"Lepaskan aku! Aku akan bayar kau lipat kali ganda" offer Dean.
"Tinggalkan Tg. Shakira dan kerja dengan aku!" Offer kedua Dean dan semua orang Tg. Shakira tergelak besar termasuk Tg. Shakira sendiri.
"Pukul dia!" Arah Tg. Shakira dan satu tumbukam demi tumbukan yang mengenai tepat wajah Dean. Benerapa kali darah tersembur keluar dari mulut Dean.
"No! Not his precious face!" Tg. Shakira menampar seorang orangnya yang menumbuk wajah Dean. Dean menahan sakit bila belakangnya ditendang kuat.
"You nak beli orang I? Silly!" Rambut Dean direntap ke belakang dengan kuat. Dean telan liur menahan sakit dan dia dapat rasa pahit darahnya di kerongkongnya. Dean tak pernah rasa sakit macam ni tapi dia takkan mengalah walaupun dia mati. Mengalah pada Tg. Shakira, tiada dalam list rancangannya.

"Abang!" Mata Dean terbuka luas saat terbaring dan masih lagi dipukul. Suara Fifie. Dean angkat kepala melihat Fifie yang dipegang kemas oleh seorang lelaki. Dean gigit bibir bengang bila lelaki itu mengasari Fifie.
"LEPASKAN DIA BODOH!!!" jerit Dean kuat kepada Tg. Shakira. Tg. Shakira jadi naik angin bila Dean masih lagi mampu untuk keluarkan suara bila melihat Fifie. Tg. Shakira mendekati Fifie dan menolak kuat kepala Fifie sehingga jatuh terduduk.
Bunyi rantai menegang kedengaran bila Dean cuba untuk mendapatkan Fifie. Fifie menangis saat melihat keadaan Dean yang dirantai. Mimpi dia semuanya benar. Wajah Dean masih lagi sempurna kecuali ada darah di bibirnya dan kesan lebam di sebelah mata. Dean gelengkan kepala, mohon Fifie supaya jangan menangis dan Fifie terus menangis.
"Sayang, shhh" Dean bersuara lembut dan ukir senyum kepada Fifie. Fifie tahan esakan dan cuba untuk balas senyuman itu. Tg. Shakira bertambah bengan bila melihat adegan romantik itu dan dia menyepak kuat kepala Fifie yang kembali terangkat untuk membalas pandangan Dean. Fifie kembali terbauing di lantai dan mata Dean seakan mahu terkeluar bila melihat semua itu. Bunyi rantai kedengaran lagi dan Dean masih cuba untuk melepaskan diri dan menyelamatkan Fifie.
"Wow! Ada orang marah" Tg. Shakira bersuara sinis dan kejam. Tg. Shakira angkat kakinya dan memijak tepat ke tapak tangan Fifie di mana tersarung cincin perkahwinan mereka di jari manis itu. Fifie berhenti menafas seketika kerana terlalu sakit. Dean masih lagi bergelut dan akhirnya air mata dia mengalir. Tak sanggup melihat keadaan Fifie. Fifie terkejut bila melihat air mata Dean dan Fifie cuba uhtuk berlari ke arah Dean tapi dia dipegang kemas.
"Pegang dia elok2. Aku nak dia nampak aku 'sentuh' suami dia!" Tg. Shakira berjalan ke arah Dean dengan senyuman. Dean mengundur sehingga badannya rapat ke dinding. Dia cuba untuk mengelak daripada disentuh Tg. Shakira tapi bila matanya melihat pisau di leher Fifie dia berhenti. Tangan Tg. Shakira mengusap pipinya lembut dan Dean tak mampu nak menolak dan mengelak.
"DONT. YOU. DARE. TO. TOUCH. HIM!!!" Fifie betul2 marah dan naik angin sehingga wajahnya merah sepenuhnya.
"Sayang, I love you" ucap Dean bila Tg. Shakira semakin berani.
"Jangan tengok sayang" bergetar bibir Dean meminta kepada Fifie, merayu supaya Fifie tak tengok semua yang bakal terjadi.
Dean tutup mata rapat merelakan apa je yang Tg. Shakira bakal lakukan. Setelah beberapa saat, akhirnya, satu bibir menyentuh bibir Dean dan Dean menutup mata semakin rapat, tak merelakan.
"Abang" bila mendengar suara itu ditelinganya mata Dean terbuka luas dan wajah Tg. Shakira berganti dengan wajah Fifie, isterinya. Dean rasa dia terlalu fikirkan Fifie.
Dean terkejut bila melihat Fifie sedang bergelut dengan Tg. Shakira. Otak Dean menjadi tak waras melihat apa yang sedang berlaku di depan matanya. Setelah beberapa minit Dean disedarkan dengan kewujudan beberapa pegawai polis.

Dean dilepaskan dan Tg. Shakira bersama konconya diberkas. Dean dibawa ke ambulans untuk dirawat. Dia melihat Fifie menuju ke suatu twmpat dalam keadaan marah dan Dean ternganga bila melihat Fifie menampar tepat ke pipi kanan Tg. Shakira. Kuat! Kuat gila!!!
"Ni semua rancangan Fifie. Dia yang plan semua ni" Z bersuara mendatar dan bersandar pada ambulan. Dean pandang Z tak percaya.
"Dua minggu dia praktis skill, plan nak jatuhkan Tg. Shakira. Paling mengejutkan,dia pujuk ayah Tg. Shakira, Tg. Rahman untuk berikan tempat persembunyian Tg. Shakira" penerangan daripada Z buatkan Dean rasa dia patut pengsan, tidur atau koma dan bila dia bangun, dia dah lupa semua ni.

Setelah kejadian itu Dean jadi takut untuk berada dekat dengan Fifie dan takut untuk sakitkan hati Fifie. Bila dia tengok cara Fifie lawan dengan lelaki yang badannya tiga kali lebih besar hari tu, buat dia kecut habis.
"Abang, kenapa asyik nak elak Fifie je?" Soal Fifie semakin geram sejak dua hari lepas Dean banyak menjarakkan diri.
"Sayang, sayang, jangan pukul abang" rayu Dean dan Fifie ketawa senang. Fifie memeluk erat Dean dan duduk di ribaan Dean.
"I miss all of this" bisik Fifie ditelinga Dean buatkan Dean ukir senyum pula. Fifie, masih lagi orang yang sama walaupun dah tak selemah dulu.
"I miss you too" balas Dean dan mencium dahi Fifie.
"We should take a loooongggg break" ujar Fifie senang dan Dean angguk setuju. Tiga minggu berpisah, azabnya umpama 3 ribu tahun.
"I love you" bisik Dean lagi dan Fifie tersenyum malu.
"I love you more" balas Fifie perlahan dan terus tersenyum.
"Lets begin again" pinta Fifie lembut dan Dean angguk.
"Great! Biarkan Z handle syarikat satu lagi dan let me be your assistant. I love gun, fight skill and so on. Ok?" Permintaan Fifie kedengaran berat kepada Dean dan Dean tak nak Fifie jadi terlalu ganas. Silap hari bulan, dia yang jadi ketua gangster.
"I love you to be a mom. Not my assistant sayang" Dean cuba untuk membatalkan niat Fifie.
"Tapi, sementara kita tak ada baby lagi, Fifie nak" rengek Fifie manja dan Dean terpaksa mengalah.
"Ok. But, bila Fifie mengandung je, stop. Ok?"
"Ok!" Jawab Fifie bahagia dan pipi Fifie dicium Dean.

Dean bawa Fifie bercuti luar negara pada keesikan harinya dan mereka betul2 luangkan masa bersama. Mereka lakukan semuanya bersama dan rasa seakan tiga minggu perpisahan mereka terbalas begitu sahaja. Tiga minggu mereka bersama di Australia dan menjelajah setiap sudut di negara itu sebelum kembali ke Malaysia.
Sebaik tiba di Malaysia, Fifie dah mula mencari pakaian yang berwarna putih untuk dipakai ke pejabat dan Dean mula risaukan isterinya.
"Sayang, esok kita rest kat rumah dulu, then kita pergi ya" pujuk Dean dan Fifie muncungkan mulutnya. Protes!
"Ok" balas Fifie perlahan dan terus batalkan niat nak sediakan bajunya. Dean gigit bibirnya sendiri bila dah buat Fifie sedih. Dean dekatkan dirinya pada Fifie dan bisikkan sesuatu.
"Esok kita pergi rumah parents kita dulu, nak bagi hadiah kita beli ni" bila Dean bisikkan ayat itu Fifie berpaling memandang Dean, dah tak merajuk dah pun.
"Betul jugak! Yay!" Ucap Fifie ceria dan memeluk Dean erat. Dean mampu lepaskan nafas lega bila Fifie mengalah dengannya.

Siapa yang tak bahagia bila dapat hadiah? Betul tak? Dean berbual dengan Pak Wahid sementara Fifie di dapur tengah makan apa entah, mangga muda kut. Dipaksanya Dean panjat pokok jiran semata mata untuk dapatkan mangga muda.
"Pergi klinik, buat pengesahan" ujar mak Fifie kepada Dean. Dean berkerut pelik bila dengar macam tu.
"Kenapa?" Soal Dean.
"Mak rasa Fifie mengandung, pergi klinik"
"Mengandung?" Soal Dean teruja habis dan terus ke dapur dan menarik tangan Fifie supaya ikut dia ke klinik dengan segera.

Bila dah dapat pengesahan doktor apa yang Dean mampu buat ialah, bersyukur, kiss Fifie berjuta kali, senyum tak putus2 dan pandang Fifie tak jemu2.
"Abang, Fifie tahu abang happy, Fifie pun happy jugak, but, tolong fokus pada drive" pesan Fifie bila Dean asyik pandangnya dan tangan Dean genggam erat jemari Fifie.
"I'm so happy sayang" ucap Dean lagi dan Fifie mengeluh.
"Yes, I know it. Jelas kut tercetak atas dahi abang tu" ujar Fifie geram tapi Dean sentuh dahinya sendiri bila Fifie cakap macam tu. Fifie tepuk dahinya sendiri dan gelengkan kepala.
"Abang, just stay fokus ok. Nanti kita buat kenduri keayukuran dan doa selamat."
"Ya sayang. Love you sayang" ucap Dean masih lagi tersenyum tapi, semakin lebar.
"Love you too" balas Fifie perlahan tapi cukup jelas ditelinga Dean.

Fifie tetap ikut Dean pergi kerja walaupun Dean tak benarkan, well, Dean tak boleh menolak permintaan isterinya. Dean mula rasakan perubahan dalam sistem kawalan kerjanya sejak Fifie masuk campur. Bukan memburuk tapi, bukan style Dean. Sekarang Dean dah tak boleh nak tinggikan suara pada oranf bawahannya kerana Fifie sangat sensitif dan akan menangis. Dean tak dapat buat apa yang dia selalu buat dahulu. Fifie dah jadi seperti kaunselor kepada pekerja2 Dean dan bila ada masalah mereka akan mencari Fifie. Ada kalanya, Dean dimarahi kerana memarahi pekerjanya sendiri. Dean tak pasti, pembawaan bayi atau, Fifie memang sengaja.
Jadi! Dean dah rancang sesuatu yang akan buatkan dia kembali berkuasa. Hahaha. Bukannya dia nak semua orang dengar cakapnya, tapi, dia tak nak orang bawahannya naik minyak! Hahaha. Entah apa yang Dean dah aturkan.

Fifie tahu dia agak keterlaluan bila campur urusan di tempat kerja Dean tapi dia seronok dapat buat Dean naik geram. Mungkin pembawaan bayi kut.
"Puan, masalah besar!" Kalut sekali D buat laporan ringkas kepada Fifie. Semua orang akrab dan sukakan Fifie yang selalu selamatkan mereka bila kena marah.
"Apa?" Soal Fifie sambil tersengih sedikit.
"Sir, dia nak turun padang balik dan, semua request client perempuan yang nak sir, sir approved" G sambung laporan dan Fifie terngadah. Tiba2 dia angin cemburu dia datang dan dia terus bangun dari kerusi. Dia rempuh masuk ke dalam bilik Dean, Dean berpeluk tubuh menerima kedatangan Fifie dengan senyuman jahat.
"Apa maksud abang? Revenge?" Soal Fifie geram.
"What? Client perempuan? Well, high payment and they want me" Dean jawab selamba dan tenang. Fifie rasa dia hampir meletup. Dean tahu tak elok dia buat ibu mengandung macam tu tapi dia nak Fifie rasa apa yang dia rasa. Rasa geram. Hahaha.
"They want you and you are happy with that?" Soal Fifie dengan nada semakin tinggi.
"Yup! Because, when I want to handle it to my man, if they make mistakes, I can take any action. I have to do all of this by myself. What do you think? Do you have any best suggestion Mrs Dean?" Soal Dean senfaja mengembalikan buah keras kepada Fifie. Fifie lepas nafas marah dan beredar dari pejabat Dean. Dia sangat geram kerana Dean balas balik dengan cara yang sama.

Seperti yang semua orang tahu, Dean akan buat apa yang dia cakap dan Fifie dapat rasa angin cemburu dia dah melimpah keluar. Dean pasti yang dia dah berjaya, tapi dia nak Fifie yang mengalah terlebih dahulu. Dean tak sepenuhnya bekerja pun sebenarnya kerana dia ada satu team bernama ELITE. team ini team rahsia yang Dean tubuhkan dah lama. Dean berjalan bersama seorang perempuan, majistret sebenarnya dari korea untuk urusan jenayah berat di Malaysia. Team ELITE hanya handle kes luar negara dan penting sangat2. Dean hanya turun padang untuk jumpa buat kali pertama dengan client nya. Prosedur yang sama dan biasa. Fifie dan beberapa pekerja Dean menjadi pengintip tak berbayar dan mengintip Dean. Fifie menangis bila melihat Dean bergelak ketawa dengan perempuan lain. Fifie keluar dari belakang tiang di mana mereka bersembunyi dan berlari ke arah Dean. Bila Fifie buka pintu cafe dia teruskan berlari dan menuju ke meja Dean. Fifie terus duduk di ribaan Dean dan memeluk Dean erat sambil menangis teresak esak. Dean hampir hilang nafas sebab terkejut sangat tapi tak lama kemudian dia tersengih sendiri. Mrs Kim hanya mampu tersenyum bila melihat Fifie yang memeluk erat Dean. Dia kenal isteri Dean kerana melihat gambar perkahwinan mereka ada di mana2 sahaja. Termasuk dalam web page mereka.
"Sayang, kenapa ni?" Soal Dean lembut dan mengusap lembut belakang Fifie. Dia pasti yang dia jadi tontonan ramai tapi tak pernah walau sekali dia peduli. Dia gembira sebab plan dia dah berjaya!
"Sorry ok? Fifie janji tak kacau abang lagi dah. Fifie janji tak masuk campur urusan kerja abang lagi dah. Fifie janji takkan buat abang marah lagi. Please, maafkan Fifie" rayu Fifie dan menatap mata Dean dalam dengan sepasang matanya yang merah dan berair.
"I will be in charge again?" Soal Dean sekadar menguji.
"Yes." Balas Fifie perlahan dengan nada menyesal habis. Dean lap air mata dari pipi isterinya dan mencium dahi Fifie.
"sayang kenapa?" Soal Dean lagi.
"Just stay in your office ok? Just be the big boss. Ok?" Soal Fifie dengan nada sedikit mengarah dan Dean tergelak kecil sambil anggukkan kepala.
"Sayang, kenalkan, Puan Kim dari Korea" Dean perkenalkan Mrs Kim kepada Dean dengan senyuman.
"Hai, boleh panggil saya Melly"
"Oh, boleh cakap melayu? Saya Fifie" Fifie turun dari paha Dean dan berjabat tangan dengan Mrs Kim.
"Sikit2. Saya dah lama kenal Dean, dia selalu cakap tentang awak. Sorry, tak dapat datang majlis kawin awak dan, tahniah for the baby" Mrs Kim dengan lancar bertutur dan Fifie terpegun. Mereka terus borak panjang dan Fifie sentiasa dalam pelukan kemas Dean. Well, Dean dah kembali kepada asal.

Dean bahagia bila melihat Fifie begitu khusyuk dengan kelab ibu mengandungnya dan tak nak ambil tahu soal pejabat Dean lagi dah. Apa yang dia tahu, Dean selalu ada masa untuknya. Fifie membaca buku cara untuk delivery baby dan dengan perut dah besar usia tujuh bulan, Dean tak benarkan Fifie naik turun tangga terlalu kerap. Fifie menjeling Dean yang khusyuk dengan laporan bulanan. Fifie tersengih nakal dan dia buat2 sakit dengan mengaduh kuat. Dean terus berlari ke arah Fifie dan tinggalkan semua kerjanya. Dean kalut tak ingat dunia dah masa tu dan mula panik.
"Abang, ni praktis je" ujar Fifie setelah puas tengok Dean berpeluh sebab kalut sangat. Kemudian Fifie gelak sakan dan Dean tahan geram. Dean duduk disisi Fifie dan cuba untuk bertenang.
"Sayang, lagi sekali, abang takkan percaya dah tau" pesan Dean tegas dan Fifie angguk sambil senyum dan mencium pipi Dean.
"Fifie bosan, nak praktis dengan abang" Fifie bersuara manja dan Dean tak dapat menolak.
"Abang kemas kerja jap, then kita praktis ya?"
"Ya!" Jawab Fifie semangat dan Dean tergelak kecil.
"Love you abang!" Ujar Fifie sambil mengenyitkan mata dan Dean balas turut sama mengenyitkan mata.
Kemudian, mereka praktis lima minit, sebelum Dean berlakon seperti ibu mengandung dan mengajuk apa yang Fifie selalu buat. Akhirnya bilik tidur mereka meriah dengan gelak tawa mereka berdua. Apa yang lebih bahagia daripada isteri ada suaminya dan suami ada isterinya. Kan???

*mungkin tapi tak janji, ada cerita susulan pasal Jiha and Z kot. Hehehe. Thanks baca sampai habis...

59 comments:

  1. Sangat seronok baca koleksi cerpen awak ni dik.Akak sgt terhibur.keep it up

    ReplyDelete
  2. Dah baca semua. Semua best! Tak sabar nak tunggu cerita jiha and Z:)

    ReplyDelete
  3. Very interesting. Jalan cerita yang amat berbeza. Syabas.
    Patut sambung pasal kisah Jiha n Z.

    ReplyDelete
  4. Waahh ad crita baru.. 😍.... nak lgi ☺

    ReplyDelete
  5. Alzai sanara....smua crpen awk mmg terbaik..
    cerpen ni lain dr yg lain...bestttttt gler...
    Cpt la smbg....
    Rindu ngn dean n fifie..jiha n z

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...thanks reixan...thanks sesangat baca...huhu

      Delete
  6. Best la akak
    Terbaik!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allhamdulillah. Best.nyeeeeeee.sik sabar baca cerita seterusnya

      Delete
  7. Thats d way ohok ahak i like it ohok ahak hehehe chayok2... xsabo nk tggu citer Cik Jiha sikelam kalibot plak huhuhu...

    ReplyDelete
  8. Best sngt kak. Sukanyaaa. Yeahh. Harap ada citer psal Z dgn jiha. Sbb suke couple tuh.

    ReplyDelete
  9. Wow..best sangat..
    You da banyak berubah... i follow you dari dulu lagi
    Dulu i ade tegur psal short form n perenggan pada you.. n you take it serius .. you have change a lot ..ksnya peminat pon da bertambah hehe..
    Dulu i suka bace cerpen u n now i lagi suka.. thumbs up writer ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sebab tegur sye dulu... hehe. Thanks baca

      Delete
  10. Terbaik..suka jalan cerita..buatlah lagi cerita macam ni..

    -imah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks baca imah...in sha Allah ada idea sye try lagi yer...

      Delete
  11. Wahh!! Bestt gilorr gilorss~!! Akhirnya ada jugak citer bru dr akak...Ngehh~Torbaek sis! Thumbs up!
    -ain.- [profile pic dua org budak kecik]

    ReplyDelete
  12. Love your story..cepat2 sambung kisah jiha n z pulak yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks baca... otw lgi...lmbt skit kot sbb busy ya aaammmpuuunnn...

      Delete
  13. X Sabar Nk bace cerpen Jiha dgn z.... cerpen sis Mmg Daebakkk.....

    ReplyDelete
  14. Kak,cerpen ni bessssssttt sangattttt. Saya harap akak sambungla lagi yer. Tak sabar saya ♥_♥

    ReplyDelete
  15. kak. .cerpen akk smua best2. .i like

    ReplyDelete
  16. Kenp smua best ni.. hahaha sies jatuh cnte pndang ke tge ratus kt smue crpen writers.. huwaaaa.. bestt laa.. hehehe.. mmg trbaikk laaa..

    ReplyDelete
  17. bestnye cerpen ni.. lain dr ape yg saya pernah bace.. keep it up writer !! :) :)

    ReplyDelete
  18. Best sangat...please sambung, z ngan jiha, klu bleh ada part duorang kena jaga anak dean ngan fie ho ho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq baca awak.... Pasal smbung tu... Sye x jnji tau... Sorry... Thanks again...

      Delete
  19. Actually last night mimpi mcm dlm cerita ni, pagi ni google sekali ade cerpen ni... So sweet trsengih sampai ke telinga baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaahhh.. Dri mimpi tu.. Tq so much baca yer...

      Delete
  20. Serious plot cerita sngt best....sangat berbeza jalan cerita yg disampaikan setiap cerpen....btw keep it up!

    ReplyDelete
  21. Omg.... Paling best cerpen sy baca.... MOHON buat sambungan ��

    ReplyDelete
  22. Bestt la akak...tpi sya dah terbca kisah jiha n z dluu.. my private boyfriend...♥♥dua2 pun bessstt..sngaatt

    ReplyDelete
  23. Bila nak sambung cerita jiha n z nie tak sabar nak baca..karya aka k memang top peratus lah...😊😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sambung, tajuk dia my private boyfriend... rasanya laaa.. maaf lupa tajuk...

      Delete
  24. series.....best giler cerpen...sambung lagi plisss

    ReplyDelete
  25. Cerita ini sangat menarik...

    ReplyDelete
  26. Best nye baca cerpen ini,dah ada ke cerita nur najihah dengan z

    ReplyDelete