Tuesday, 25 November 2014

Cerpen : Bos aku, Garang GILA!!!

Setelah berhempas pulas selama sejam setengah baru aku dapat keluar dari bilik interview. Memang bohong kalau aku kata tak penat. Boleh mati akal dengan mati kutu kena berjawab dengan bos kat sini. Tu belum lagi jumpa dengan bos yang betul tu pun kalau dapat la kerja secretary ni. Ramai gila kut yang datang , sekali tengok tadi memang rasa nak give up tapi mengenangkan aku yang dah jadi penganggur terhormat beberapa bulan ni aku rasa kena try jugak. Buatnya rezeki. Alhamdulilah...
Masalah besar aku sekarang ni nak bayar balik pinjaman ptptn aku. Kalau tak boleh black list nama kut. Aku kena jugak dapat kerja ni. Gaji lumayan kut 3k untuk orang yang single macam aku ni dah kira banyak tu. Kereta nak kena bayar, sewa rumah lagi. 


Aku balik dengan rasa penat yang menggunung duit dalam akaun dah tinggal untuk cukup2 dua bulan ke depan je. Dulu dah kerja berhenti sebab dapat boss tua yang gatal. Nasib baik aku tak jadi mangsa gatal dia dah nyaris sangat dah bila dia perangkap aku biar kena tangkap khalwat. Org tua tu nak sangat kawin dgn aku. Mintak jauh sebab aku tak minat org tua ni. Nasib baik aku pandai lagi dari org tua tu. Air untuk aku ditukarkan padanya. Akhirnya dia yang pengsan nasib baik betul Allah tunjuk apa yang dia buat kalau tak memang kes naya.


Tudung yang tersarung kemas aku tanggalkan dan sangkut ditempatnya. Badan aku rehatkan di atas sofa diruang tamu. Arisha dan Shina belum balik kerja lagi. Untung aku dapat kawan baik mcm dorang ni, tak pernah bagi aku rasa susah sorang diri. Aku ni dah sebatang kara semuanya dah takde. Sedih? Tipulah kalau aku kata tak? tapi apakan daya ini semua takdir allah dan aku reda malah aku masih mampu mendoakan ibubapa aku.
"Mcm mana iv?" Soalan pertama Shina setelah salam diberikan. Aku mengangkat bahu dan baring lagi.
"Lelaki ke perempuan?" Lagi sekali aku angkat bahu. Memang aku tak tahu apa jenis gender boss besar syarikat yang sederhana besar itu. Kalau aku dapat la, harapnya perempuan sebab senang nak tolerate, hahaha. Tu pun kalau dapat la. Aku senyum sendiri.
"Jawablah. Angkat bahu je!" Kaki aku dipukul dengan agak kuat. Habis merah kaki aku yang putih gebu ni. Nak kena betul Shina ni, jatuh mas kahwin aku.
"Sakitlah. Memang tak tahu la. Tadi boss kecik yang iv. Tapi lama gila kut. Aku rasa memang jenis cerewet tahap gaban boss besar tu"
"Ha. Kutuklah. Karang Allah tarik rezeki tu baru tahu"
"Ish! Jgn doa mcm tu. Aku tengah sengket ni. Baik gila boss besar tu!" Aku tergelak dan Shina juga turut sama gelak. Apa kejadah betul minah macam kami berdua ni. Tapi takpe la sebab Shina dah ada tunang. Arisha dah ada bff katanya. Tak tahu la sejauh mana bff nya. Wait and see je la tapi kes aku ni pulak memang jenis  tak laku kut. Sedih!
"Kalau kau nak guna duit just tell me" see, baik kan dorang ni. Karang aku mintak satu juta pengsan setahun.
"Ada lagi la. Tapi cukup2 je."
"Kalau nak pakai duit mintak je" ha. Dah balik dah lawyer terhormat. Memang aku salute betul Arisha ni. Entah bila balik main campur je discussion kami. 
"Dont worry!" Aku tersenyum manis. Sebenarnya aku cuak jugak tapi harapnya dapatlah kerja tu dah jenuh aku tawaf KL cari kerja. Sekarang pun aku tengah kerja di kedai buku. Jadi cashier je dulu lepas la duit untuk makan tapi untuk kereta dan PTPTN memang tak lepas doh! 


"Boss, ni short listed secretary baru" Aisya menghulurkan sepuluh resume kepada Daniel Arash. Memang boss yang paling garang dan menakutkan di alam semesta hanya senyum bila dapat kontrak dan depan klien. Yang lain memang muka ada aura pembunuh sikit. Terketar jugak Aisya tapi Daniel boleh dikatakan agak menghormatinya kerana dah lama berkhidmat dan lebih tua darinya.
"Make it three"  jawabnya tegas dan serius. Aisya hanya mengangguk dan melihat bossnya berlalu pergi ke biliknya. Boleh dikatakan 10 orang pekerja tetap je yang mampu bertahan lama di ruangan itu dan tak bernafas bila Daniel ada. Di ruangan lain agak kecoh sikit tapi aras boss besar memang sunyi sepi dan serius, macam takde orang pun boleh jadi. Semuanya takut bila Daniel mengamuk. Tahun ni sahaja dah 4 orang secretarynya lari sebab tak tahan. 


Semua mata pandang Aisya. Mereka menggelengkan kepala dan hanya mampu mengeluh tapi cuba juga untuk senyum dan bertahan. Itu periuk nasi mereka jadi kenalah bersabar. 
"Nak Qis tolong?" Soal Qistina accountant pejabat. Memang mereka dah macam keluarga kecil dan di tahan di bawah naungan naga api yang garang gila. Bila Daniel outstation memang holiday untuk mereka. Hari raya pun boleh! Walaupun Daniel garang tapi kerjanya mantap dan bonus langsung tak jadi masalah. Tak kedekut la orang kata.
"Aqiff pun free ni" Aqiff ni pengurus pemasaran.
"Baiknya... jom!" Pilih punya pilih akhirnya tiga terbaik dah dipilih. Bila Daniel keluar dari biliknya semua kembali kepada ais. Tiga terbaik dihulurkan dan tanpa membukanya resume berwarna hijau dipilih. Memang terkejut tapi mereka setuju aje. Nak mampus kalau cari pasal.
"Call and tell this person tomorrow is the first day, dont be late." begitulah. Tak perlu tanya just tunggu je arahan dari diktator ni. Setelah itu panggilan segera dibuat.
'Pilih je mana2 pun sama je. Kena gertak sikit lari' rungut Daniel dalam hati. Dia tahu yang dia garang tapi dah memang sikapnya sebegitu jadi dia tak ambil port. 


Dulu papanya yang pegang syarikat ni tapi sekarang dah ganti tempat arwah datuknya. Dia sebenarnya tak suka kerja dengan keluarganya tapi diturutkan juga. Ikutkan hati dia nak menetap di UK dan tak kembali ke Malaysia lagi. Desakan keluarga buat dia tinggalkan semuanya di UK.


Gila tak happy, satu rumah aku menari sebab gembira sangat. Alhamdulilah aku dah dapat kerja tu! Ya allah, terima kasih. Aku mendapatkan kawan2 aku dan mereka tumpang gembira untuk aku. Memang tak naya pinggang aku bertahan masa tu. Tak tahu nak cakap apa sekarang yang aku tahu aku terlalu gembira. Semua baju di dalam almari aku keluarkan untuk mencubanya. Happy sangat sampai rasa nak terjun bangunan. Erh! Memang kerja gila! Aku keluar rumah dan memberitahu kepada jiran aku. Memang mereka tumpang gembira tapi aku rasa mereka dah cop aku ni kurang waras kut. Terpaksalah tukar shift kerja malam pulak kat kedai buku tu. Kena kerja dua kerja sebab nak sara aku. 
Sekurangnya tiga bulan yang pertama sebab syarikat akan bayar gaji bila bulan keempat. Gaji bulan satu hingga tiga dibayar sekali. Kalau betul la macam tu tercapai hajat aku nak upah haji untuk mak ayah aku. In sha Allah. Ya Allah engkau permudahkanlah.


Hari pertama memang boleh dikatakan cuak gila. Boss besar tak jumpa lagi tapi katanya lelaki. Bujang dan muda lagi baru je 29. Aku baru je 25. Hahaha. Jangan nak berangan macam dalam novel sangat! Semua pekerja kat sini ramah. Semua pangkat besar kat level ni sebab satu aras dengan boss besar tapi risau pulak bila semua orang asyik duk wish good luck je. Takut banana fruit two times. Hehehe.
"Comel la Nia ni. Lagi lawa dari dalam gambar" puji beberapa pekerja. Hadi dan Kak Aisya. Aku senyum je. Mesra betul dorang ni.
"Mana ada. Hamba Allah jugak" mereka tergelak kecil. Aku harap hari pertama ni berjalan dengan  lancar Ya Allah, mudahan. Bila aku kembali dari tandas boss besar dah masuk jadi tak sempat lagi nak jumpa empat mata tapi bila kak Aisya cakap dia nak jumpa aku semua orang dah buat muka simpati sambil pandang aku. Kenapa ni?.
"please be strong" Abg Naim sempat memberi semangat. Semangat jenis pelik dan menakutkan pulak tu. Tapi aku gagahkan diri untuk masuk ke dalam. Lepas tiga kali ketuk baru dapat sahutan dan aku masuk sambil tersenyum manis tapi dia langsung tak pandang aku. Bila tengok macam tu memang hensem doh! Tak tengok full face lagi.
"Awak ni makan gaji buta ke? What kind of report is this? I pay you not for this stupid work!" Tersentak aku. Patutlah good luck bagai. Tapi aku mana ada buat apa pun lagi. Aku senyum bila dia pandang aku dan sumpah muka dia menakutkan walaupun hensem.
"I dont need your smile!" File jatuh atas lantai dan aku kutipnya. Ketar satu badan kena tengking macam tu. Aku beranikan hati untuk pertahankan diri.
"Hari ni first day saya. Saya tak tahu apa2 pasal report tu" aku berkata jujur dan sumpah aku takut gila. 
' tak pernah orang menjawab aku selama ni' Daniel merungut dalam hati.
Matannya diangkat dan memandang tepat dalam anak mata aku. Memang menakutkan tapi aku kuatkan untuk bekerja di sini.
"New secretary?" Soalnya kali ini, lebih rendah suaranya.
"Yes"
"Take this! Fix it! Now!" gila memang diktator versi jepun wei! Aku mengangguk dan keluar bersama file yang dipeluk kemas. Takut gila. Bila aku keluar semua mata pandang aku dengan jelas dan tengok air muka aku yang dah keruh gila tapi aku kuatkan langkah ke meja Kak Aisya. Kalau ikutkan hati memang aku nak menangis tapi memikirkan masa depan aku kena kuat!
"Please dont cry" pujuk Kak Aisya. Aku senyum dan memandang orang lain. Kena marah je pun tak luak mana pun.
"Its ok. Teach me this."  Aku menghulurkan file yang entah report apa boleh buat boss bengang. Lupa terus yang aku ni pekerja baru. Langsung takde warm welcoming, hot welcoming ada la.
"Be strong" ada yang menyentuh bahu aku memberi semangat.
 Jom semangat baru! Bertahan! Kena hantar sebelum pukul dua. Macam2 file aku kena rujuk lunch pun tak keluar dan aku berhenti untuk solat seketika.


Daniel melihat Nia yang baru sahaja keluar dari surau. Terus ke meja dan menaip sesuatu. Ralit jugak dia tengok gadis itu begitu bersungguh. Setelah solat dia hanya memerhati Nia. Dari biliknya dia mampu melihat ke luar dengan jelas tapi orang luar tak nampak dalam biliknya. Dia meneruskan kerjanya semula. Memang workaholic betul dia ni. Benda yg dia buat kena sempurna baru la dia akan berhenti dan berpuas hati.


"Alamak! Dah pukul dua!" Aku berlari ke biliknya setelah mendapat arahan untuk masuk aku terus masuk dan menghulurkan file itu kepada naga api di depan mata ni. Harap muka je hensem kalau garang nak buat apa. Sia2 je ciptaan Allah.
"Maafkan saya lewat dua minit" aku pinta dengan bersungguh, memang takut kena marah lagi. Aku melihat dia memerhati file itu dan ada kalanya dia mengangguk tapi bila dia mengambil pen dan membulatkan beberapa perkataan aku pandang aje. Harap tak kena marah. Naya!
"Use your eye wisely. Baiki typo ni semua dan hantar pada saya. Before 5" erk! Aku punya typo pun dia perasan. Memang gila bapak skema dan perfect naga ni. Aku senyum dan mengambilnya. At least, kerja aku boleh diterima dan tak kena tengking.
"Your salary are not going to increase even you smile like that" serius katanya dan wajahnya. Aku tetap juga tersenyun sedekah kut.
"Its ok. Cukup dengan Allah yang bayar gaji saya atas sedekah yang ikhlas ini. Saya keluar dulu" aku cepat2 keluar sebelum kena halau. Aku bukannya niat nak tnjuk hero tapi geram jugak bila dia pertikaikan senyuman aku. Sah2 this smile is not for him. But for a slightly good work. Untuk usaha keras aku ok!


"How dare she?" Daniel ketap bibir. Dia masih lagi hairan dan terfikir tak takutkah Nia pada dia macam pekerja lain. Siap menjawab lagi, mungkin belum kenal siapa dia. Tapi hasil kerja Nia memang boleh dipuji dan sepertinya Nia berpengalaman setiap baris ayatnya jelas dan nyata. Daniel malas nak serabutkan kepala fikirkan entah siapa Nia itu yang dia tahu meeting petang nanti. He must get the contract!


"Akak tunggu siapa ni?" Soal aku bila melihat Kak Aisya yang sedang berdiri di tempat panas. Walaupun dah pukul 5.30 petang kat KL ni takde istilah sejuk. Dalam keadaan berbadan dua tak elok berdiri lama2 nanti cepat penat.
"Teksi. Suami akak tak dapat datang ambil"
"Oh. Balik dgn Nia je" aku mempelawanya. Kesian betul aku.
"Tak payah la. Menyusahkan je" tolaknya lembut. Aku tersenyum lalu membukakan pintu kereta untuknya. Aku pimpin dia masuk ke dalam kereta dan mata aku terpandang boss yg sedang memandang kami berdua. Aku menutup pintu dan senyum kepada naga api itu tapi boleh dia buat tak nampak je! Sia2 je senyuman aku yang murah sangat ni! Dasar hati batu.


Sepanjang perjalanan Kak Aisya x berhenti bercerita pasal boss kami. Memang dahsyat betul angin garang dia wei , aku rasa kalau bawak pergi zoo semua binatang menyorok. Tak heran la kalau orang macam dia ni tak ada awek macam kak aisya cerita. Kalau aku, rela kahwin dengan tarzan wei, daripada kahwin dgn naga. 
"Terima kasih Nia. Susahkan kamu je"
"Mana ada susah akak. Nia suka dapat tolong. Jaga baby baik2. Nia balik dulu" salam diberi sebelum beredar dari situ. Suami Kak Aisya pun sambut kepulangan isterinya. Serius cakap aku pun nak kawin jugak!!! Ei. Gatal pulak aku rasa petang2 macam ni! Aku tersengih seorang diri. Jammed la pulak jalan hari ni untung badan sebab dah solat asar tadi.
 Punyalah banyak kereta atas jalan ni kenapa mesti kereta aku di sebelah kereta boss?!. Nampaknya jalan balik rumah kami sama. Aku tak sangka pulak KL kecik macam ni. Aku mulanya buat tak nampak je tapi bila dia hon kereta banyak kali aku pandang jugak. Dah nama pun jammed sabar je la. Sabar tu kan separuh dari iman. Bila aku duk tenung ke dalam keretanya dan pada masa yang sama dia membuang pandang ke luar tingkap. Tertangkap! Cepat2 aku pandang tempat lain dan akhirnya jalan aku dah boleh bergerak jauh ke hadapan. Fuhh. Lega. Tak rela pagi petang siang malam kena tengok muka dia je. Baik aku tengok hero cerita taiwan. Lagi bagusss!!!


"Penatnya...." kena kerah dengan boss, hari ni memang dahsyat. Shina dan Arisha pandang aku pelik. 
"First day dah penat?" Soal Arisha heran. Mata masih lagi pandang laptop. Entah kes cerai siapa pulak yg dia duk handle sekarang.
"Kau nak tahu. Hari ni aku......" panjang lebar aku cerita dan macam riak muka dorang bertukar. Aku pulak yang nak tergelak tengok.
"Gila! Memang naga doh. Garang gila boss kau"
"Tahu pun. Naik berasap jugak aku kena fire dengan dia. Tapi mengenangkan aku tak nak menganggur terpaksalah..." aku berserah lagi. Gila tak penat entah apa lagi yang aku kena hadap esok. Ya Allah moga aku mampu bertahan. Paling tidak setahun. Lepaslah PTPTN aku.


Malas dah aku nak berhias dan berlawa segala pagi ni. Dah sebulan kerja asyik kena tengking dan marah je. Ada je kerja yg aku buat tak kena pada dia. Aku buat air untuk dia pun dikatanya aku ni nak membodek. Aku buat ikhlas kut sebab nampak macam dia penat sangat. Semua orang dah bagi simpati dorang kat aku. Aku kena bertahan jugak biar sampai ke titisan darah terakhir. Fuyoo!! Dah gaya orang pergi perang. 
Hari ni kena marah lagi. Macam biasa sebab aku lambat masuk bila dia suruh. Bukannya aku sengaja nak berlengah tapi aku buat persediaan mental dan fizikal.
"Masuk!" Nak gugur rambut dengar suaranya. Memang macam masuk kandang harimau rasa takutnya dengan masuk bilik ni. Takde beza pun.
"Boss panggil saya?" Soalan bodoh aku tanya. Memang nak kena fire sampai hangus ni kalau macam ni. Aku telan liur tapi senyuman plastik tetap aku tayangkan.
"What kind of question are you asking?". Erk. Kan dah kata soalan bodoh.
"Stupid question. Maybe?" Soal aku takut tapi. What a miracle?. He is smiling a bit. Aku mimpi ke ni? Dah rasa macam terkejut beruk je. Dengan aku sekali dah nak jadi mat saleh macam dia. Hahaha.
"Glad you know that" what???? Nak mati je rasa aku hari ni. Kalau bunuh dia penjara tempatnya, rasa macam nak bunuh diri je. This time, he is smiling again and this one look hensem. Quiet long ha. 
"Anything boss?" Soal aku malas. Dia ni macam sengaja je nak cari pasal dengan aku. 
"Come here!" Aku mendekati mejanya dan bila dia keluarkan kertas kerja aku pandang je la. Aku sebenarnya tak tahu apa motif dia tapi aku layan kan aje karang kena fire.
"What do you think about this?" Aik. Aku pandang dia pelik. Mana la aku tahu pasal benda ni semua ingat aku ambil bisnes ke apa. Aku pandang la jugak paper work dia dalam laptop dia tu tapi tak nampak pun sebenarnya.
"Come. Sit here" aku terkejut lagi. Sit there? On his chair? Dia dah bangkit dan menyuruh aku ke sana dengan mata aje. Aku risau sebenarnya tapi takut kena marah aku ikutkan jugak.
"Saya berdiri je"
"I said sit!" Serius dia mengarah dan aku terpaksa mengikut. Dia menunjukkan kertas kerjanya dan aku mula membaca satu persatu ayat. Langsung tak faham apa2 dah la dia duk sebelah aku. Berdiri agak rapat pulak tu. Dah kena sampuk ke apa boss aku ni. Atau ni sebenarnya kembar dia yg berlainan watak?. Ok, otak kartun lagi.
"Boss. Typo" aku tunjuk perkataan yang tersilap taip dan dengan segera dia menyuruh aku membaikinya. Heh. Dia pun ada buat typo jugak, selalunya nak marah aku je.


Dia menegakkan badan dan berpeluk tubuh entah apa yang dia fikirkan aku sendiri tak pasti.
"I think there is something that do not complete with this paper. But I dont know where" aku dengar aje dia ckap apa. Baik dia tanya orang yang berpengalaman kat luar tu dripada tanya aku buat sia2 je.
"This paper is not strong enough to get the millions contract!"
"Damn!" Meja dipukul sekali. Aww. Aku rasa sakit tu tapi muka dia selamba badak je. Aku malas nak tegur karang ada orang keluar yg jadi orang minyak sebab terbakar. Aku baca detail sepenuhnya rupanya lebih kurang macam ekonomi yang aku belajar dulu.
"Boss. Here" aku menunjukkan sesuatu pada skrin laptopnya dan dia bergerak ke arah aku. Dengan satu tangan di kerusi dan satu tangan di meja buat aku tak keruan. Aku dapat kut bau dia punya perfume. Wangi pulak tu. Tie dia pun menjuntai menyentuh lengan aku terus freeze aku kat situ. Aku menjauhkan diri sedikit.
"Whats wrong?" Soalnya tak faham maksud aku.
"This statement. It is not strong enough because we just list what we can do. We should compare this with our surrounding. Thats gonna makes them sure"
"Thats mean, tell them what we have and others dont?" Soalnya melihat tepat ke anak mata aku. Berdebar gila siot! Memang hensem sangat dia ni hari ni.
"Ya. How?" Soal aku lambat.
"Accepted. Thanks a lot" wei!!! First time dpat thanks dari dia boleh bawak masuk diari harian aku ni. Aku bangun dari kerusinya dan bergerak menjauhinya senyumannya yang kepuasan itu nampak ikhlas walaupun bukan  untuk aku.
"Boleh saya keluar sekarang?" Soal aku lagi. Dia mengangguk dan siap tolong bukakan pintu untuk aku lagi. Aku rasa kepala dia terhantuk dengan pintu kereta la pagi tadi sebab tu boleh berubah mcm ni. Semua org pun pelik kut bila dia bukakan pintu. Aku buat muka seposen dan terus ke meja aku. Entah apa yang aku rasa sekarang ni. Hairan kut.


Berpusu family office aku datang tanya apa yg jadi. Terpaksalah aku cerita dari awal sampai akhir. Dorang pun macam tak percaya apa yang aku cakap tapi apakan daya aku tak bohong. Hahaha. Kiranya aku ni dahsyat la boleh buat dia impress walaupun selalu kena marah selama ni.
"I want you to go with me" arahnya tegas. Muka yang pagi tadi baik sikit tu dah hilang. Dah jadi naga api balik. Dan aku rasa watak tu lagi bagus sebab takde la aku tak keruan nanti.
"Mana?" Soal aku pelik. tak pernah aku keluar dari ofis dengan dia. Walaupun atas urusan kerja. Katanya menyemak je aku ikut sama macam secretary lain.
"Come!" Ajaknya tegas. Memaksa org je kerjanya dan aku terpaksa ikut. Dah la kena kejar kaki panjang dia tu. Berlari aku dibuatnya. Ingatkan nak pergi mana tapi cafe bawah je, jumpa client rupanya.
"My secretary, Nia Aqasha" aku tersenyum dan terkejut pada masa yang sama. Rupanya dia tahu nama penuh aku. Selama ni panggil aku you je.
"Oh. She is pretty" puji dato itu dan aku tersenyum macam tertelan pasir. Sebenarnya masih trauma dengan orang berumur yang nampak macam gatal ni. Boss dah pandang aku semacam, aku tak buat apa pun. Nanti ada yang makan api.
"Lets focus on our discussion?" Soal boss lalu membuka laptopnya. Dan aku boleh salute cara boss present malah idea aku pun dia guna. Rasa macam bangga je. Bila siap semua dan contract dah dapat kami bertiga lunch. Aku rasa macam malas nak join tapi dah duduk sini. Tak selesa bila dato asyik pandang aku je nak makan pun takde selera.
"Tak sangka you ada secretary" ujar dato itu pada boss dan boss hanya buat muka selamba.
"She is my secretary not my personal assistant." Faham sangat maksud tu. Maknanya tak perlu ikut dia ke hulu ke hilir. Ikhlas aku cakap aku lebih suka dia cakap melayu sebab rasa macam lelaki melayu terakhir je.
"What makes you bring her today?" Soalan bijak. Aku pun nak tahu kenapa. Ha. Jawablah.
"Sebab dia dah tolong I dalam paper work ni. Because of big of help from her" pujinya ikhlas. Ikhlas aku cakap terharu sangat. Padahal jasa aku sikit je.
"Bukan je cantik malah bijak. What a luck?" Dato itu ketawa senang. Aku yg tak senang hati sebenarnya. Boss pandang muka aku yang langsung tak ceria dengan pujian sebegitu, sepertinya tak ikhlas dan lebih kepada menyampah. Makanan aku pun tak terusik sangat memang mati selera tengok muka orang tua gatal depan aku ni.
"Thank you dato. I think we should leave first." Dengan hormat aku senyum dan beredar beriringan dengan boss. Memang hilang terus senyuman aku bila teringat balik. Kaki dato tadi ada menyentuh kaki aku tapi cepat aku elak. Rasa macam nak menangis bila orang baya ayah aku layan orang muda macam ni. Sepatutnya sayang pemudi ni tak, macam nak merosakkan pun ada. Tak semena air mata aku mengalir. Tika itu hanya aku dan boss sahaja tapi boss tak perasan sebab aku pandang sebelah dinding lif. Hanya air mata mengalir sunyi. Tiba2 rindu pada ayah dan mak membuak buak. Air mata yang mengalir aku seka dengan tangan dan kenapa rasa mcm lif ni lama sangat. selama ni tak lama macam ni. Setelah air mata berhenti mengalir dan lif juga dah sampai destinasi, bila aku nak keluar lif tak sangka pulak yang boss memandang aku. Jelas riaknya terkejut mungkin terkejut sebab mata dan hidung aku dah merah kut. Aku ni bila nangis je memang jadi macam ni tapi belum sempat boss tanya apa2 aku dah berlalu dari situ. Tak nak sampai perlu jawab soalan dia.
"Why are you crying?" Soalnya sambil membuntuti aku tapi aku buat bodoh je. Bila sampai ke ruang utama semua mata memandang kami berdua, memang terkejut sebab dah macam gaya couple gaduh dan aksi pujuk memujuk. Tapi, bila aku bekukan diri dimeja dan mengambil tisu untuk mengesat muka aku ingatkan boss dah blah tapi rupanya terpacak depan meja aku lagi. Suasana tak payah cakap la sunyi macam ta ada orang pun tapi semua tengah pandang kami. Ish. Nanti jadi salah faham pulak masalah betul ni. 
Hari ni semua balik pukul tiga. Ada lima minit je lagi. Punch card then balik.
"In my office. Now!" Asyik nak memaksa orang je. Aku menggelengkan kepala, tu kira dah berani tahap dewa menentang boss. Bila dia tepuk meja dan berkata serius aku terpaksa mengangguk.
Bila dia masuk ke ofisnya aku sengaja melengahkan masa sedikit dan tepat jam tiga aku kemas semua barang dan punch card lalu turun segera ke parking lot. Memang cari nahas sebenarnya tapi terpaksa kut. Aku tak nak menjawab dengan dia nanti. Entah apa jenis soalan keluar pmr ke spm ke stpm ke and so on la....
Memang cari nahas bila blah mcm tu je tapi aku memang tak nak bersemuka dengan boss. Haru nanti. Aku malas nak fikir, pandai la aku goreng esok hari mcm mana, kena tengking pun aku rela sebab aku ni bukan jenis yang takut bila kena marah. Bak kata pepatah berani kerana benar. Poyo la sangat padahal ketar lutut ni mcm orang umur 100 tahun.


Pagi ni memang aku cuak gila, boss 
tak masuk lagi tapi aku boleh rasa yang aku akan kena marah kaw2 kopi kapal api punya. Semalam punya kes pun aku tak cerita kat sesiapa, malas nak cakap. 
Dah mai dah.... tapi dia lalu je depan meja aku dan memang aku tak tahu nak respon macam mana. Selamat pagi pun tak sempat aku nak ucap. Semua orang saling berpandangan dan mengangkat bahu, semuanya macam tak ada apa yg jadi semalam. Ke memang aku je yang berangan semalam? Ei. Seram pulak aku rasa macam misteri gitu. Aku ke pantry untuk membancuh minuman seperti biasa. Kopi la apa lagi kan? Selama ni dia marah tapi dia minum jugak.
"Termenung apa?" Soal Abg Aqiff mengejutkan aku. Aku angkat muka dan tersenyum manis.
"Jangan senyum macam tu Nia, cair abg" tawa meledak juga. Memang Abg Aqiff ni boleh join Abg Hadi semua org disakatnya.
"Eleh, poyo la abang. Nia keluar dulu" aku tersenyum dan meninggalkan lelaki yang masih lagi tersenyum itu. 


Pintu diketuk dua kali dan suara serius itu kedengaran seperti biasa, aku masuk dan meletakkan cawan di atas meja. Langsung boss tak pandang aku jadi aku pun decide untuk blah mcm tu je.
"I dont want this coffee" serius gila muka. Aku terkejut sebenarnya selama ni mana pernah dia cakap tak nak walaupun kena marah.
"I said I dont want this!" Suara dia dah naik sikit. Hurm dah kembali seperti dulu balik. Bukan ke aku yang mintak ke semalam. Aku mendekati mejanya semula dan mengambil balik cawan yang masih penuh dan terus beredar dari situ. Aku ke meja Helmi dan hulurkan air itu kpadanya.
"Aku belanja" hanya aku dan dia yang sebaya di ruangan itu. Helmi tersengih lalu menggelengkan kepalanya. Aku turut sama tersengih kalau orang tu tak sudi bagilah pada yg sudi.


Daniel melihat cawan itu dibawa pergi tanpa sebarang bantahan atau pujukan dari Nia seperti sebelum ini. Selalunya gadis itu akan buat sampai dia minum tapi hari ini semuanya dingin. Senyuman Nia pun tak nampak ikhlas seperti biasa, Daniel bersandar pada kerusi dan mengingat balik sebulan yang lalu. Mesti dia kalah punya bila Nia bercakap. Memang dia selalu tengking tapi Nia tak pernah buat muka yang dia heran kena marah.
Bukan je Nia tak ceria malah tak senyum pun sejak tadi. Selalunya dia paling sibuk di dalam ruangan itu kehulu kehilir asyik berjalan je. Aktif betul! Hari ni bertapa atas kerusi dia dan entah kerja apa yang dia tengah buat. Daniel curi pandang sekali lagi sebelum menyambung kerjanya.


Aku ni kenapa? Down semacan je. Suasana pun jadi senyap macam kutub utara, krik krik je aku dengar.
"Im dying in this silent" aku bersuara dan semua mata mula menandang aku sebelum tawa kami bersatu. Tapi kena la cover naga api kat dalam lagi tu. Kemudian mulut kami mula bercakp, hal semalam memang dah jadi sejarah pun. Gila penat gelak dengan dorang ni.
"Tu la pasal. Senyap sangat sampai nak kentut pun tak berani" Abg Hadi berlawak. Teruk.
"Tak senonoh!" Marah Qis. Aku tukang gelak je. Bila boss buka pintu semua orang brek emergency dan buat kerja dengan serius. Hipokrit! Hahaha.


Dah seminggu benda tu jadi dan suasana dah jadi macam dulu2 balik. Kena tengking, skip lunch sebab buat kerja banyak sangat. Kurus kut aku kerja kat sini, malam aku kerja lagi kat kedai buku sebab tak cukup pekerja. Kesian kat tauke aku jadi aku tolong apa yang mampu.
"Saya tak masuk ofis hari ni" hahaha. Boss call telefon aku la. Kenapa tak call pejabat je?. Aku hanya berkata ya.


"Tak pernah boss bawak SU dia kerja luar selama ni" Aisya berkata. Daniel belum hung up begitu juga dgn Nia.
"Really? Baguslah...." Nia berkata jujur. Daniel yang mencuri dengar dah berkerut dahi.
"Kenapa baguslah?"
"Sebab Nia tak suka sangat kerja luar ni. Bertapa kat ofis je best. Lagipun takde la kena tengok muka boss 24hours." Nia gelak kecil di hujung talian. Daniel sudah melepaskan amarahnya pada stereng kereta.
"Nia ni, buatnya boss dengar"
"Ala, kena marah dengan boss dah jdi lali.."
"Dibuatnya dia pecat Nia macam mana?" Erk. Nia cuak jugak sebenarnya gaji belum dapat lagi ni.
"Akak ni... Nia perlu kerja ni. Banyak yang nak kena bayar"
"Akak gurau je la. Cakap lagi macam tu"
"Tapi. Kerja luar.... memang Nia yak suka. Hate it. Tambah pulak boss.... macam tu... tak nak" Aisya gelak sakan. Siapa yang suka dengan Daniel memang satu keajaiban.
Daniel mematikan telefonnya dan membuang handsfree di telinga. Memang dia marah batul.
"Ok! Lets play the game!" Daniel berkata dengan senyuman sinis di bibir. Entah kenapa dia kisah bila Nia tak suka dia selama ini dia tak pernah peduli jika ada orang yang tak suka dia.


Aku dah mengantuk tahap gaban ni. Memang penat sangat petang tadi. Tiba2 je kena semak file dua tiga tahun lepas. Dah berhabuk pun file tu. Dah la kena periksa typo je. Mcm kerja sia2. Rasa macam boss sengaja nak kenakan aku. Aku terlelap sambil bersandar pada rak buku.
"Miss, where I can get..." ayat pelanggan tersebut tidak habis. Aku yang tengah mengantuk berpaling dan memandangnya terkejut. Boss buat apa kat sini???
Mana nak sorok muka aku yang tengah mengantuk, terkejut, dan malu ni. Pakej 3 in 1 kot. Boss pun macam terkejut tengok aku ada kat sini depan mata dia sebagai pekerja pulak tu.
"What are you doing here?" Soalnya serius.
"Work" jawab aku sepatah.
"Get me this book" arahnya kepdaku. Senarai yang dia berikan aku ambil dengan tangan terketar ketar. Tak cukup kat ofis kat sini pun nak mengatur aku lagi. Malang betul nasib aku ni tapi first time jumpa dia pakai baju kasual. Hensem....
"Kejap ya encik" aku terus menukar panggilan dia bukan boss aku kat sini tapi pelanggan je. Aku mengambil semua buku yang ada dalam list, banyak betul buku pasal bisnes memang jenis rajin membaca kalau macam ni. Aku ni duk layan lawak kampus dengan ujang je sebab tu perangai budak2 lagi. Dia pandang aku pelik dan mengikut aku sampai la ke cashier. Aku pun serahkan tugas kepada cashier.


"Dia ni susah sangat ke? Sampai dua kerja buat" Daniel membuka buku tapi diletakkan di atas dadanya dan berbaring di atas sofa.
"Sikit ke 3k tu?" Dia bercakap dengan diri sendiri lagi.
"Apesal abang tu ma. Cakap sorang2? Tak pernah2 mcm tu" Dania bertanya pelik. Tak  Pernah abangnya termenung selalunya sibuk aje dengan entah kerja apa yang dia buat.
"Mama pun tak tahu. Dari semalam lagi asyik termenung je"
"Dah nak dapat menantu kut ma" 
"Tak nampak macam tu pun. Aban kamu tu garang macam singa. Ada ke orang nak kat dia"
"Eh, mama ni. Doa la baik2"
"Dah abg kamu tu garang sangat"
"Abang, ada masalah ke?" Soal Dania. Daniel memandang adik bongsunya lama. Danny adik lelakinya masih di luar negara. Belajar.
"Pada DD gaji 3k sikit ke?"
Dania pelik. Sejak bila pulak abang dia ni tahu tanya pendapat orang lain selalunya ikut kepala betul dia sorang je tapi baik jawab sebelum kena marah.
"Banyak la tu. Depend jugak pada lifestyle"
"Have a car. Renting a house. 3k is not enough?"
"Depend la abg. Kalau kereta biasa and rumah biasa. Hidup single cukup la tu"
"If married, than its not enough?"
"Maybe... kids"
"If girl, doesnt mean his husband should work?"
"Yep. But sometimes it is still not enough."
"If shes single?" Soal Daniel lagi. 
"Who are you talking about?" Soal Dania pelik.
"Nobody. If man of course for family but if single girl is it enough?"
"If she is shopaholic maybe not"
"If not?" Soal Daniel lagi. Dania dah naik penat jawab soalan abangnya. Entah apa jenis soalan la.
"sebab dia ada hutang kut" Dania angkat punggung dan meninggalkan Daniel yang tengah berfikir. Sejak bila abang dia pandai ambil tahu pasal gaji orang lain dia sendiri tak tahu.


Satu ofis terkejut bila boss buat announce pasal boleh buat loan dengan company. Tanpa bunga dan hanya akan ditolak daripada gaji setiap bulan. Malah bonus untuk tahun ni juga sangat lumayan. Tapi ramai yang gembira dengan berita ini. Aku yang belum lagi dapat merasa gaji sendiri gigit jari je la.
"Today and so on, you must follow me if I have any outside work"
"What?" Soal aku terkejut. Naik kut level suara aku sikit. Bila muka serius itu pandang aku menunduk sendiri. Kenapa pulak jadi macam ni hari ni. Aku tak suka betul la.
"I think you heard it"
"But. Why?"
"Im your boss!" Tegas suaranya dan aku tak boleh nak cakap apa lagi melainkan aku reda dan kena terima hakikat semua ni jadi. Aku keluar dengan muka sugul. Aku ceritakan pada semua orang dengan muka sedih tapi boleh dorang bantai gelak. Tu la hari tu riak sangt kan sekarang dah kena batang hidung.
"Sabar la Nia" Kak Sue berkata sambil ketawa kecil. Aku dah rasa macam sedih gila. Selalunya, time boss takde la otak aku boleh rehat dan lepak dengan dorang semua. Sekarang kena ikut dia pulak. Sakit betul!!!


"Are u kid? Even this simple work you cant do it better?" Kena tengking lagi. Dah la dalam kereta malu dengan driver syarikat. Bukannya aku sengaja silap bawak dokumen. Tak pasal kena naik teksi balik ambil dokumen asal lepas tu kena berkejar ke tempat meeting pulak. Penat gila doh. Dah sebulan macam ni. Aku rasa org lain kerja takde la penat macam aku. Kena berkejar ke sana sini.


"Do it again! This is trash!" Memetir suara boss dalam biliknya. Aku hanya mampu mengutip kertas yang bertaburan di lantai. Boleh gila aku rasa sebenarnya.
"Akak, kalau Nia mati nanti akak tolong cari orang tanam Nia eh" aku berkata letih. Gila2 letih sebenarnya. Mereka semua turut bersimpati dengan aku. Katanya SU yang lepas takde sampai kena dera macam kes aku ni. Sekarang memang aku dah tak boleh lepak lagi dah. Balik rumah memang terus tidur. Makan pun kadang2 je sebab tak sempat.


"Gila busy kau ni" Shina mengurut kepala aku yang berdenyut sebab tadi berdiri tengah panas tunggu teksi. Ni semua sebab boss aku la. Ingat aku main running man ke nak berlari ke sana sini.
"Boss aku tu diktator tau tak. Garang gila. Gila pulak tu!" Marah aku. Kat rumah la tempat nak lepas geram semua.
"Aku failkan kes. Kita saman boss kau nak?" Soalan Arisha buat aku gelak mcm orang gila. Kalau aku saman boss silap hari bulan aku yan ke dalam.
"Betul tu. Dah kes dera ni" Shina pula menyokong. Aku tersengih lalu memejamkan mata.
"Mana ada bukti."
"Tengok kau yang dah nyawa2 ikan ni pun dah jdi bukti kukuh" susahnya bercakap dgn lawyer ni ada jawabnya.
"Aku akann try bertahan sikit je lagi. In sha Allah aku mampu lagi. Kalau tak larat sangat dah aku akan cari kerja lain"
"Kau berhenti la kerja kedai buku tu"
"Sebulan je lagi. Lepas tu aku berhenti la"
"Nak tunggu masuk hospital dulu baru nak berhenti?" Soalan Shina aku biarkan tak berjawab. Aku penat je bukannya nak mati pun.


"Aku tak tahu kenapa kau mesti buat macam tu?" Zain kawan baik Daniel tak faham betul dengan perangai kawannya kali ini. Dipujinya kerja SU barunya tapi kenapa mesti nak menyusahkan dia.
"Maksud kau?" Soal Daniel pelik. Dia bersandar pada kereta. Dia suka bila Nia susah kerana dia. Entah kenapa dia suka menyusahkan Nia.
"Nia"
"Aku just nak kerja yang perfect" jawapan yang sama dari orang yang mengejar hanya kesempurnaan.
"No one is perfect" Zain malas nak bagi nasihat yang sama.
"Yes. But we can try to be perfect with makes a perfect work"
"Im tired talking to you"
"Come on Zain."
"But, you keep smiling when its about her. She makes you happy"
"Nonsense!"
"Listen. If you keep find your perfect goal, you will lost her. You wanna find a good secretary and you get one, but its like you work hard to make her leave. She is your secretary or you wanna make her as isteri?"
"Zain! You are talking nonsense. Ok. I will try to be a good boss" 
"Do it. Dont say it"
"I ll try. But its fun." Daniel gelak kecil. Zain memang tak faham dengan Daniel. Entah sejak bila perempuan jadi topik perbualan mereka. Selalunya hanya pasal bisnes. Tapi Zain yakin yang hati batu Daniel telah hampir dicuri oleh secetarynya. Mungkin from secretary to isteri. Teringin sangat Zain nak jumpa dengan Nia ni. Dia dah bagi impak besar dalam hidup Daniel. Seorang yang serius sudah pandai mengenakan orang malah sudah boleh bertolak ansur. Memang bukan Daniel yang dia kenal. Keluarga Daniel juga hairan dengan perubahan Daniel yang lebih suka bercakap dan bergurau sekarang. Jarang sudah kata2 kasar yang meniti di bibirnya senyuman jugak tak semahal dulu. Tapi pada Nia yang selalu dibuli memang takde istilah boss dia baik. Garang gila ada la.


Sekali lagi. Akibat mulut badan aku binasa. Tanpa niat aku cakap yang aku tak suka bila boss aku ajak pergi event macam dinner kena paksa pulak dengan boss aku hari ni. Sakitnya hati. Tak cukup dera fizikal aku nak dera mental aku pulak.
"Saya boleh bayar sendiri" dress muslimah yang berkenan di hati aku ingin byar tapi bila boss keluarkan kadnya aku tak boleh buat apa. Selamat duit aku 250. Mahal jugak kut pada aku la, tapi boss aku bayar selamba je. Malas nak buat hal sampai kena marah aku ikutkan je.
"Saya ambil awak malam nanti. Leave me your adress" 
Dia menghulurkan telefon nya dan aku menaip alamat rumah aku. Dah lenguh tawaf mall ni jadi aku nak balik.
 Berat badan aku turun mendadak sampai doktor suruh aku bercuti dan ambil vitamin tau.


Aku malas nak berlawa. Sekadar solekan nipis aku melihat diri yang dah kurus banyak di depan cermin. Aku senyum seketika menggayakan baju yabg di beli boss aku kali ini. Memang baju ni lawa gila kut. Kalau tahu dia nak belanja aku pilih yang paling mahal dah. Hahaha.
Shina dan Arisha sibuk ajak aku selfie. Hahaha. Pengaruh selfie memang kuat gila. Aku tergelak mengenangkan kawan2 aku ni.
"Lawa gila kau weh! Aku tak faham kenapa boss kau sanggup buli kau yg lawa ni"
"Boss dia tu aku rasa buta"
"Mengata je kau tahu. Lantaklah. Ok tak ni?" Aku berpusing ala2 princess gitu. Memang badan kurus dah sikit tapi aku ckup makan kut. Walaupun badan penat aku tetap akan rehat dengan cukup.
"Gila tak ok. Lawa gila weh" pujian mereka aku balas dengan senyum je. Aku tunggu di luar rumah. bersama housemates aku la. Beria nak tengok boss garang gila aku tu. Malu pulak bila jiran duk tegur yang aku nampak lawa malam ni. Bukannya aku nak riak tapi segan la jadi tontonan orang.
Sebaik kereta boss aku sampai aku dah tak rasa nak senyum. Lenguh kut jadi tunggul kat luar ni. Cakap pukul 9 tapi pukul 9.20 baru sampai. Kereta dia sendiri ni. Tak pernah aku naik kereta dia yang ni. Selalunya naik kereta pejabat je dengan dia. Ke kereta baru? Biarlah, orang berkemampuan kut.
Segak gila dia malam ni. Dah la gentle semacam bila tolong bukakan pintu bagai. Aku masuk ke dalam kereta dan kawan aku ni dah macam kena sampuk. Tahulah boss aku ni hensem tapi takkan sampai ternganga. 

Sepanjang perjalanan senyap je tapi apa yg aku tahu boss aku ni suka Westlife. Penuh CD aku tengok. Memang dia lain macam je hensem malam ni. Kenapa ek? Sebab warna kuning ni sesuai dengan dia ke?
Sebaik tiba aku tak tahu nak buat apa, memang dinner mewah gila weh. Rasa malu pulak nak masuk memang orang kaya punya tempat ni. Aku mengikut boss dari belakang dan aku diperkenalkan kepada beberapa orang dan kawan baiknya. Zain. Aku rasa pelik bila dia tengok aku semacam lepas tu boleh senyum pulak. Tak sangka jugak aku boleh berkenalan dengan keluarga boss. Rasa janggal gila tapi aku tetap tersenyum. Rasa nak lari balik pun ada.
 Dato yg aku kata gatal pun ada sama.
Majlis yg telah lama bermula buat aku haus. Aku yang keseorangan pergi mencari air tapi aku terkejut bila dato itu tiba2 ada di belakang aku. Aku cuba melarikan tapi dihalang dengan cepat.
"Kalau you nak hidup senang I boleh buat you senang. Tapi you kena buat I senang dulu" aku telan liur. Gila punya org tua.
"Apa maksud dato ni?" Aku tanya dengan nada serius.
"I boleh jaga you" tangan tuanya cuba memegang tangan aku. Aku mengelak sehingga gelas terlepas dari tangan.
"Dato, tolong hormat saya" aku meninggikan suara sedikit. Tapi orang tua ni macam tak faham bahasa melayu. 
"Jadi perempuan simpanan I dan you akan bahagia" bagai dihempap batu aku rasa. Maruah aku dipijak begitu sahaja. Mata aku mula bergenang begitu murahkah maruah seorang perempuan di mata lelaki yang berduit?
"Saya lebih rela merempat!" 
aku beredar dari situ dan menghantar sms kpd boss. Memang bukan tmpat aku di situ.


Daniel mencari Nia. Sms Nia buat dia susah hati kenapa Nia tiba2 nak balik. Salah dia sebab biarkan Nia seorang diri di sana. Dia sebenarnya tak boleh berada dekat dengan Nia kerana rasa berdebar. Dia juga tak tahu kenapa, sebab itu dia mengelak. Daniel naik kereta dan melihat sekujur tubuh yang berjalan di tepi jalan, segera dia berhentikan kereta dan mendapatkan Nia yang langsung tak beriak.
"Masuk!!" Marah Daniel dan Nia hanya mengikut.
"Jangan buat kerja bodoh boleh tak???" Suara kuat Daniel menggegarkan kereta tapi Nia tetap tak beriak. Daniel jeling Nia yg tak bereaksi. Rasa marahnya semakin membara.
"Sya nak balik rumah" Nia berkata mendatar.
"You should wait for me. Im the one who brings you so I should send you home safely" serius Daniel berkata. Marahnya semakin baik bila Nia hanya diam.
"You should know this!" Marah Daniel lagi. Hatinya risau sebenarnya tapi disampaikan dengan amarah. Marahnya terhenti bila air mata Nia mengalir. Kali pertama gadis itu menangis di depannya. Rasa bersalah mula menggunung. Sapu tangan dihulurkan dan Nia menyambutnya. Dia mengesat air mata. Suasana tenang dalam kereta membuatkan Nia rasa tenang dan selamat.
"Tell me what happened" ujar Daniel.
"Nothing"
" tell me!" Marah Daniel dan akhirnya Nia cerita dari awal sampai akhir. Membuak rasa marah Daniel tika itu tapi cuba ditahan. Sesampai di rumah Nia, sempat Daniel berkata.
"You should let me know this. I will settle this. Just get an enough rest."
"Please. Dont think about it anymore"
"Let me settle this prob. I will not let anything bad happen to u" Daniel meninggalkan perkarangan rumah Nia.


Lena betul aku tidur semalam. Entah kenapa ayat terakhir dari boss buatkan tidur aku lena. Pagi ni rasa bersemangat pulak nak pergi kerja tapi malu pulak bila fikir balik menangis depan boss.
"Nia, boss cakap lepas ni tak perlu ikut dia kerja luar lagi. Dan dia pesan suruh Nia rest. Nia tak sihat ke?" 
"Nia sihat je. Ok. Thanks akak"


"Where is she?" Soal dato pada Daniel. Penumbuk digenggam, rasa nak cebuk je orang tua ni.
"She? Nia?" Soal Daniel.
"Yup. Usually shes around"
"Not anymore. I perasan ada oran gatal nak kacau dia. Jdi I tak benarkan" berubah terus muka dato itu. Daniel masih lagi dengan lagak selamba.
"Besides, she is my future wife. So, I will not let anyone disturb her" macam telan pasir muka dato. Daniel pun main hentam ikut mulut dia je tapi dia rasa puas hati.


Pelik betul org tua ni. Tak respon apa pun bila nampak aku mendekati meja dorang. Daniel pulak sambut kedatangan aku dengan mesra. Pelik. Apa dah jadi sebenarnya? Kenapa mintak aku datang sini? Nak gaduh ke apa? Lepas je discusion dato terus beredar macam tu je muka aku langsung dia tak pandang. 
"Problem solved!" Ujar boss lalu tersenyum manis. Aku yang terkjut tak tahu nak respon macam mana tapi aku gembira bila boss cakap masalah dah selesai. Yay! Alhamdulilah. Tapi aku nak tahu macam mana boleh selesai. Tanda2 diskusi fail and gaduh pun takde. Pelik.


Alhamdulilah. Gaji pertama aku hari ni. Dpatlah aku lunaskan semua PTPTN aku, tak payah tunggu setahun sekarang pun dah boleh. Terkejut bila jumpa boss di luar tapi kena tegur jugak. Sebab sejak akhir2 ni boss dah jarang marah2 . Kek yang aku buat pun dia dah berani nak makan. Dulu jangan haraplah. Kata aku nak bodek dia bagai. Takde kerja la aku nak bodek dia.
"Buat apa kat sini?" Muka maintain serius tapi tak garang sangat la sekarang.
"Bayar hutang" aku jawab sambil tersenyum. Dahinya berkerut. Comel boss aku ni.
"PTPTN. Dah selesai akhirnya." Aku gembira gila kut. Rasa macam nak share satu dunia je.
"Oh" oh je. Bengang betul aku dengan boss ni. Bukan je garang tapi takde perasaan jugak. Malas nak gaduh sebab aku nak celebrate ni dengan kawan2 aku.
"Saya minta diri dulu" aku terus berlalu pergi.


Daniel tersenyum sendiri. 
"PTPTN rupanya" katanya lalu terus ke kereta.


Macam mana boleh terkunci dalam bilik file ni? Dah la ada lampu samar2 je. Besar kut bilik ni aku ni dah la penakut tahap maksima entah aku buat apa masuk dalam ni. Ni semua adik boss punya pasal. Kalau tak memang aku tak masuk bilik ni. Tengah aku mencari suis lampu aku terdengar bunyi sesuatu. Kalau hantu sumpah aku pengsan terus kat sini. Bunyi derap kaki orang kut. Matilah aku kalau hantu. Nak lari pergi ke pintu memang tak berani nak melangkah pun ketar lutut tapi aku beranikan diri untuk berlari tapi terlanggar sesuatu dan.....
Daniel yang terasa dirinya dilanggar terkejut lalu terjatuh diatas benda yang melanggarnya. Terkejut betul dia tapi dengan cahaya samar2 dia tahu itu orang dan perempuan. Siapa pulak yang ada dalam bilik ni?. Tapi dia lagi terkejut bila ada orang buka pintu bilik dan mama dan papanya berada di situ dengan muka terkejut. 
"Daniel!!! What are you doing?" Memetir suara mamanya bila melihat keadaanya. Dia yang berada di atas... Nia??? Dalam gelap. Bilik. Berdua. malam. Dengan semua orang dah balik. Entah apa lagi yang perlu diberitahu. Orang pndang pun dah tahu apa yang jadi.
"How  could you do this???" Suara papanya pula meninggi. Dia segera bangun dari badan Nia yang telah pengsan.
"Ma, pa this is not like what u are thinking" Daniel cuba membela dirinya.
Mamanya rebah mengejutkan mereka semua yang berada disitu. Mamanya dan Nia di bawa ke hospital. Tekanan darah mamanya naik mendadak. Daniel yang risau dilayan seperti pesalah. Nia yang sudah sedarkan diri lega sebab sudah berada di tempat yang terang.


Danny, Dania. Nia. Datin dan dato berada dalam keadaan tegang. Wad itu dirasa seperti mahkamah dan pesalahnya adalah Daniel. Nia pula mangsa yang langsung tak tahu apa2.
Pujuk rayu dari Daniel langsung tak membuatkan keluarganya percaya ceritanya. Pada mereka tak menyangka yang Daniel sanggup melakukan perkara jahat pada Nia.
"Please ma. Trust me"
"Trust you? I wanna you marry her!" Terbuntang mata Nia dan Daniel. Orang lain mengangguk setuju dengan cadangan mamanya.
"Ma?" 
"Marry her or you leave me" Daniel jatuh terduduk di atas sofa. Berat sungguh fitnah yang menimpa dirinya.
"Ma. Pa, Im your son"
"Then marry her" papanya pula bersuara. Lemah semua saraf Daniel tika itu. Tak tahu apa lagi yang dia boleh buat.
"You wanna see me die because of your fault or because Im not a good mom for you?"
"Ma, Please dont say that. This is not my fault. This is misunderstand"
"Still wanna lie to me? Leave! And just come back if you will marry her" mamanya memegang dada menahan nafas. Daniel keluar dari wad itu dengan perasaan bercampur. Nak gila dibuatnya. Nia turut sama keluar mengekori Daniel. Dia perlu tahu apa sebabnya sehingga Daniel perlu kahwin denganya.


Cerita boss aku faham. Memang bukan salah boss di sini. Ikhlas, aku tak sangka boleh jadi sampai macam ni sekali. Aku mesti selesaikan salah faham ini.
"Saya akan cerita apa yang berlaku" aku tekad. Aku masuk ke dalam wad dan cerita semuanya pada mereka. Mereka hanya mendengarnya dengan muka selamba.
"En.Daniel sangat menghormati wanita. Semua itu salah faham. Saya percaya dengan cerita dia. Datin, Dia anak datin dan saya pasti tiada siapa yang akan lebih kenal dia melainkan datin sendiri. Ibunya" suasana dalam wad sunyi sahaja.
"If Daniel is that good, Then you must be willing to marry him" suasana sepi. Rasa macam sia2 je penerangan Nia.
"Nia. Enough, Daniel akan pergi." Aku sedih sangat. Kenapa jadi macam ni.
"I will" semua mata memandang aku. Daniel juga pandang aku dengan muka terkejut.
"I will be your wife."
"Nia! Dont sacrifice yourself. This is not anyone fault" 
Semua terkejut bila datin sesak nafas dan doktor masuk untuk merawat datin.


Walaupun macam kes kahwin terpaksa tapi majlisnya gilang gemilang. Pelik betul aku rasa bila je kami bersetuju untuk berkahwin semua orang dalam keluarga ni dah boleh terima kami. Akad dah selesai. Kini aku isteri boss aku yang garang gila ni. Semua orang tak sangka aku jadi isteri boss tapi semua orang gembira kut. Macam mana boleh berkahwin, kisahnya bukanlah kisah cinta yang romantik tapi kerana kisah itu aku kini bergelar isteri.


Resepsi yang serba mewah serta senyum dan gelak tawa semua orang menyempurnakan hari ini. Aku dan boss pula senyum seperti pengantin baru yang bahagia. Ramai yang tak sangka kami boleh kahwin siap dapat gelaran secret couple lagi. Ramai yang mendoakan kebahagiaan kami hingga ke akhir hayat. Mampukah ya Allah?. Walaupun macam ni jadinya tapi aku reda dan berharap agar kalau benar jodohku moga berkekalan. Aku boleh terima boss yang serba ada ini tapi bolehkah boss terima aku yang serba kurang ni?.


Kami berdua dihantar berbulan madu di langkawi. Kenapa dalam malaysia aku sendiri tak pasti kenapa tapi kami ikutkan aje. Dari majlis kahwin kami berlakon bahagia. Pinggang aku dipeluk mesra. Tangan aku digenggam erat. Agaknya lepas ni dah takde kut. Aku je yang beruntung sebab dapat suami serba boleh. Tapi hati memang meminati hamba Allah ini walaupun dalam diam.


Boss, yang keluar dari bilik air dengan hanya bertuala buat aku terjatuh dari katil. Jatuh sebab terkejut wei!
Laju pulak dia mendekati aku dan membantu aku bangun. Apa la dia ni buat aku malu je la. Aku cuba untuk menenangkan jantung yang berdegup laju dengan memandang tempat lain. Aku cuba untuk bertenang tapi bila dia langsung tak berganjak depan aku buatkan aku rasa lemas. Dah tu duduk depan aku pulak.
"Kita mulakan perkahwinan ni dengan niat yg betul boleh? Saya dah terima awak sebagai isteri dan saya harap awak terima saya sbagai suami" ikhlas darinya tapi tak boleh ke kalau pakai baju dulu kut ye pun. Aku mengangguk tanpa memandangnya. Malu lagi ni.
"Betul ni?" Soalnya mesra. Tak pernah2  mesra dengan aku selama ni tetiba je hari ni. Memang la, sebab dia ni suami kau sekarang Nia. Bukan boss kau je.
"Pandang saya" dagu aku diangkat lembut. Aku memandangnya kemudian tersenyum sedikit.
"Betul. Kalau boss sudi terima saya, saya pun sama"
"Betul la sangat. Sampai bila nak panggil boss?" Dia dah bangun dan mengeringkan rambutnya dengan tuala lain. Aik, tadi dah baik sikit sekarang dah garang balik. Takkan nak marah kut tapi aku tak tahu nak panggil apa. Nak berawak ke dengan dia? macam keras je lidah aku nak panggil macam tu.
Aku bangun dan mencari baju dan seluar untuknya. Tugas isteri la kan, siapkan pakaian untuk suami. 
"Habis tu nak panggil apa?" Soal aku lambat.
"Panggil je la apa yang awak suka. Boss pun boss la" aik. Ayat merajuk tu kalau macam tu. Lepas je dia pakai baju dia terus keluar dari hotel. Aku yang blur hanya mampu berkelip. Aku masuk mandi dan lama aku berendam dalam tab mandi. Ikhlas, tak tahu nak buat macam mana. Aku kenal dia sebagai boss yang garang. Bukan senang nak tukar. Entah bila aku sedar, rupanya aku dah terlelap niat nak tidur sebentar dah terbabas jauh. Aku bersihkan diri dan membuka pintu bilik air. Freeze sekejap bila melihat boss yang sedang baring atas katil. Dia tidur ke? Malunya nak keluar macam ni je, dah la baju ada hujung sana. Kenapalah aku tak bawak masuk sekali tadi? . Aku berjalan dengan senyap dan mencapai baju lalu berlari ke dalam bilik air semuala.
"Ahhh!!!" aku terjerit terkejut bila melihat dia ada dalam bilik air. Dah la aku yang tengah berkembam ni. Malunya.... bukan je sekarang dia tengok rambut aku sebahagian badan aku sekali. Aku ambil langkah nak lari tapi bila terhalang badannya aku cuba untuk mengelak tapi tak berjaya akhirnya aku terpeluk dia. Mangkuk ayun betul la. Aku dapat rasa tangannya di pinggang aku. Dah sah tak dapat lari mana2 lagi sekarang ni. 
"Be careful" ujarnya lembut lalu melepaskan pautan, aku yang dah malu tahap gaban tak tahu nak cakap apa. Segera aku lari keluar dan mengenakan pakaian secepat mungkin.


Malamnya aku memang penat dan bosan gila, jadi aku dah bersiap untuk tidur. Boss yang hilang entah ke mana aku tak pedulikan lagi dah. Bantal aku letak di tengah2 sebagai sempadan. Hahaha, sempadan daerah ni. Selimut aku tarik dan lepas tu aku tak sedar apa lagi dah.


Daniel menonton tv bila balik dari pantai. Rasa macam bercuti sorang2 katanya. Isterinya yang sedang lena dia pandang sekilas dan dia juga bergerak ke katil untuk tidur. 
"Awak tak suka sya ke?" Soal Daniel lembut sebelum berbaring di sebelah Nia tapi dia terkejut bila ternampak ada bantal di antara mereka. Dia dah tekad, Zain cakap kalau tak nak sia2 mulakan langkah pertama sekarang. Bila dia fikir balik Nia ada waktu senang dan susah dia. Termasuk time dia terlepas contract berjuta tapi entah kenapa bila Nia ada dia boleh sabar dan reda. 
Bantal yang berada di tengah dibuang ke lantai. Lalu Daniel mendekati Nia dan baring betul2 di sebelah Nia, suhu aircond derendahkan sehingga Nia kesejukan tapi boleh pulak Daniel tersenyum puas hati. Gila tak puas hati bila Nia sendiri yang dekatkan jarak mereka. Pada Daniel kalau orang lain share love dia share heat la. Dengan berani Nia dibawa ke pelukannya dan dipeluk erat sehingga hilang rasa sejuk.


Aku membuka mata dengan perlahan lahan. Dalam mode tidur lagi sebenarnya tapi solat jangan tinggal. Gila tak terkejut bila aku begitu rapat dengan Daniel bukan je rapat siap berpeluk bagai lagi. Ikutkan aku nak jerit tapi takut kena marah aku cuba bertenang. Muka dah merah gila sebab segan bantal yang jadi sempadan semalam dah hilang tak dapat dikesan.
Memang tak boleh bangun kalau macam ni, kena kejut dia jugak tapi aku takut la. Bukannya kita tahu macam mana gaya orang lain bangun pagi, kalau yang jenis ceria tu takpe jugak tapi kalau 
Spesis naga api mcm mana pulak?
"Boss, bangunlah" aku cuba mengangkat lengannya yang berlingkar di pinggangku. Tak bergerak pun dia ni. Jenis susah nak bangun tidur ke?.
"Bangunlah... dah subuh ni" aku cuba lagi walaupun takut.
"Kiss me" terdiam terus aku bila dia berkata bgitu. Mengigau ke apa?.
"Bangunlah"
"kiss me!" pautan semakin erat. Takkan la dia ni betul2 kut. Nak mengarut apa pulak pagi hari ni. Dia tersenyum senang.
"Tak baik lewatkan solat" modal islamik sikit. Biar dia sedar.
"Tak baik bantah cakap suami" aku telan liur. Dia ni memang tak main2, betul ke nak kena kiss dia ni?.
"Im waiting" sengaja betul la orang tua ni. Aku dengan berani plus malu ikutkan jugak apa yang dia mintak. Tak kan tak nak solat subuh. Terus dia bangun dan tersenyum puas hati. Gila segan siot. Aku tak hiraukan dia yang masih lagi tersenyum , memang berubah terus. Orang yag suka serius dan marah jadi tukang usik macam ni. Memang aku langsung tak kenal peribadi sebenar suami aku ni.
"Let me go" aku bersuara tenang. Dia melihat tangannya dan lepaskan pelukan. Barulah aku dapat nafas dengan lega tapi bila dia turun dari katil sempat dia kiss pipi aku. Malunya.... pipi yag masih terasa hangat aku pegang. Aku ke yang tengah bermimpi sekarang ni?
"Cepat ambil wudhuk. Kita berjemaah" aku yang baru tersedar terus ke bilik air. Solat sama2 memang impian aku sejak dulu lgi. Nak solat berimamkan suami sendiri. Rasa romantik gitu walaupun hakikatnya aku dengan dia... tak kot.


Kami bersarapan di cafe. Tak ada apa yang kami borak hanya sudu dan garfu yang kedengaran. Aku perasan yang mata Boss asyik pandang aku je tapi kenapa? Tak ckup ke makanan yang dia order banyak gila ni. Siapa la yang nak makan semua ni kalau tak habis membazir pulak.
"Kita nak buat apa lepas ni boss?" Soal aku lemah. Bosan kut kalau lepak dalam bilik je or aku enjoy this holiday alone.
"Stop calling me boss" suara tegas itu aku tak tahu nak jawab macam mana. Dia pun dah smpai tahap bosan nak suruh aku berhenti panggil dia boss.
"Err. Sorry. Awak nak buat apa?" Soal aku lagi. Harapnya dia tak marah lgi.
"Better" mendatar je suaranya. Dah tu nak aku panggil dia apa? Abang? Geli anak tekak wei.
"Awak nak saya panggil apa?" Soal aku berani. 
"Dont call me anything" aku terkejut bila dia bangun dari kerusi dan buat aku tertanya tanya. Apa punya perangai pulak ni. Aku tanya tu pun dah kira beruntung tau. Makanan atas meja ni siapa pulak yang nak makan?. Aku panggil pelayan dan menyuruhnya membungkus makanan tadi dan aku mencari kelibat Daniel. Mana pulak hilang dia ni. Aku berjalan di pantai dan melihat Daniel sedang bermain di gigi air. Pagi2 mcm ni tak sejuk ke?. Lantaklah. Dia makan sikit je tadi dah kenyang ke? Aku meletakkan makanan dan mendekatinya. Langsung dia tak hiraukan aku. Dengan berani aku menyentuh lengannya, suami aku kan? Aku sepatutnya hias hubungan kami bukannya melarikan diri dari hakikat. Dia suami aku tak kisah apa yang jadi sekalipun, aku mesti jaga hubungan ni. Tak kan nak biar macam tu je. Kalau dia tak nak try apa kata aku yang try test tengok. Setakat kena marah aku dah lali. Mungkin dia betul2 jodohku.
"Awak cakap je nak saya panggil apa. Saya akan panggil" aku meyakinkan dia dan dia memandang anak mata aku yang bersungguh. Dengan lembut aku ditarik ke dalam pelukannya aku dah kaku lagi. Apa yang dia nak sebenarnya ni?
"Sya cuma nak rasa yang awak terima saya, saya rasa bersalah sebab libatkan awak dalam masalah keluarga saya. Awak mangsa keadaan"
"Saya tak pernah rasa macam tu. Saya terima awak seikhlas hati"
"Not because you are afraid?" Soalnya pula. Aku menggelengkan kepala. Bukan sebab takut tapi sebab aku yakin walaupun dia garang dia seorang yang baik.
"Tak lah."
"Forgive me. Drag you with this prob."
"Our marriage. Its not a prob for me. Its a fate. Please .. let me be yours" aku pelik bila dua2 diam. Aku angkat muka memandangnya pelik. Kenapa dia pandang macam tu. Aku ada salah kata ke tadi.
"Be Mine?" Soalnya pula. Aku gigit bibir. Aku cakap yours ke tadi? Ayat novel tu. Tu la banyak sngat berangan sekarang dah malu.
"Maksud saya... jadi isteri awak la" aku dah malu ni. Macam dah lafaz cinta je. Nanti bocor la rahsia aku syok kat dia dalam diam.
"No, your sentence. Its like...."
"Dah la. Jom makan. Saya bungkus tadi" aku meninggalkan dia yang masih lagi sedang berfikir. Tapi tangannya menarik tangan aku sehingga aku terdorong ke dalam pelukannya. Aku cuba berkeras.
"Really?" 
"Yup. Sayaa bungkus makanan" aku sengaja mengelat. Dia buat muka bengang tapi aku tak hirau dah asal rahsia aku tak bocor.


Malamnya kami hanya makan pizza. Tak rasa nak keluar ke mana2 lagipun hujan pulak malam ni.
"Saya suka awak" tiba2 terlafaz ayat itu dari mulut aku bila merenung wajahnya yang sedang gembira melihat cerita lucu. Sebaik ayat itu menutur keluar dia memandang aku dengan riak terkejut. Aku menutup mulut dan pandang tempat lain. Memang kuasa mengelamun ni gila kut sampai aq x sedar. 
"What?" Soalnya ceria. Aku buat tak dengar tapi bila dia memaksa aku tak tahu macam mana nak mengelak. 
"Saya suka dengar awak cakap melayu" aku berkata lain.
"No. You said, you like me" tadi tanya apa?. Saja je la dia ni.
"Excuse me. Jangan nak perasan sangat"  aku terus naik katil dan masuk ke dalam selimut. Muka pun aku tutup sekali , malunya. Aku mendiamkan diri dan berpura pura tidur. Malas nak melayan rasa malu ni. Bodoh betul aku tadi . Tu la pandang lagi orang sampai nak tembus lepas tu berangan macam cerita bollywood. Mulalah nak merapu sakan lepas tu.


Aku dapat rasakan yang katil bergerak. Confirm dia pun dah naik katil. Tv pun dah senyap je. Aku malas nak tngok apa2 baik aku tak sedar terus senang sikit.
"Apa boleh buat. Saya pun rasa saya suka awk" aku terkejut beruk. Betul ke apa yang aku dengar ni. Tolonglah jangan buat aku macam berangan. Nanti buat malu je syok sendiri.


Akhirnya aku tertidur jugak. Sedar je pagi keadaan macam biasa balik. Sekarang ni aku confuse kalau aku mimpi or realiti semalam. Rasa macam betul tapi bila bangun pagi ni rasa macam mimpi je. Aku malas nak fikir banyak dan buat macam biasa. Tapi kali ini kami lebih mesra dan tak kekok sangat dah. At least, cuti ni best la jugak daripada tengok tv je.


Balik dari Langkawi aku tak berani nak berdepan dengan keluarga Daniel, entah mereka boleh terima kami atau tak. Daniel suruh aku rehat kat rumah tapi dia pergi kerja. Tinggal aku sorang kat tempat asing ni. Macam mana kalau mertua aku tak suka aku. Takut nak keluar bilik tapi nanti apa pulak yang mereka akan kata. Aku menyarung tudung dan turun ke ruang tamu. Dania dan Danny yang tengah gaduh main catur pandang aku. Rasa berat je nak senyum tapi aku gagahkan jugak.
"Akak pandai main chess?" Soal Dania pada aku.
"Sikit" 
"Tolong DD kalahkan angah" Dania menarik aku ke sofa. Mereka dah lupa ke apa yang jadi sebenarnya. Pelik betul.
"Meh sini semua. Lawan angah ni." Danny dengan berlagaknya mengajak aku. 
"Akak ni, macam org luar pulak. Kita kan one family" Danny membuatkan aku tersenyum. Macam aku ni menantu pilihan keluarga pulak. Aku join mereka main. Banyak gaduh je sebenarnya dan aku juga boleh tumpang gelak dengan dorang. Mereka layan aku dengan sangat baik. Aku gembira sangat.
"Kalah la angah. Terelnya akak ni" Danny tarik muka. Hahaha. Muka macam Daniel jugak cuma baby face gitu.
"Akak ke dapur jap. Nak tolong mama masak" 
"Angkut sekali pemalas terhormat ni" ujar Danny.
"Tak nak. DD nak keluar"
Malas nak melayan, aku ke dapur dan aku tersenyum manis. Mama turut sama tersenyum. Aku memasak bersamanya dan berkongsi cerita. Pengalaman yang aku tak pernah dapat dengan mak aku sendiri. Tak sangka yang mama sangat mesra dan tak garang macam di hospital dulu.
"Maafkan Nia sebab masuk dalam keluarga ni dengan cara macam tu"
"Nia cakap apa ni?. Nia menantu sulung keluarga ni. Nia dah macam anak mama. Jangan bahas lgai benda dah jadi"
"Terima kasih ma" mengalir air mata aku. Mama memeluk aku dengan erat. Semakin beria aku menangis sampai bengkak mata semua. 


Aku masih lgi menangis bila berada di kawasan kolam renang. Sengaja aku lari dari dapur sebab terlalu sebak dan gembira. 
"Nia" Daniel dah balik. Segera aku lap air mata tapi sempat Daniel nampak semuanya.
"Whats happenned?" Soalnya tegas. Aku menggelengkan kepala. Mungkin dia ingat aku kena buli kut.
"Tell me!" Suara dia dah tegang.
"Kalau macam ni. Kita keluar dari rumah ni. Apa nak jadi pun jadi la" Daniel dah salah faham. Aku menahanya dan memeluknya erat.
"Mama anggap saya macam anak dia sendiri. Saya gembira sangat" aku terus menangis tapi aku dapat dengar yang Daniel mengeluh. Tapi, dia ambil berat jugak pasal aku kan?


Daniel ni dah hampir sebulan kami kahwin sampai hari ni dia macam lain sikit kat rumah. Bila dengan aku boleh borak sakan siap usik aku lagi. Dah jadi hobi dah tapi bila kumpul ramai2 kat rumah dia banyak dengar je. Rasa macam bukan diri dia sendiri. Bila mama tanya aku pasal dia aku tak thu nak jwab apa dan bila mama tanya dia marahkan mama ke baru aku terfikir. Mungkin jugak kan.
"Fikir apa?" Soal Daniel sebaik tersedar dari tidurnya. Aku dengan berani duduk bersila di atas katil di sebelahnya.
"Takdelah. Mama tanya, awak marahkan mama ke?" Daniel mengeluh lalu merebahkan badan aku pada katil. Dia memeluk aku erat. Ish, dia ni memang suka cari pasal betul la. Orang serius dia nak peluk orang pulak. Aku dapat rasa hangat nafas dia di belakang aku.
"Atas sebab apa saya nak mrah?" 
"Mana la saya tahu sayang oi. Kut2 awak ada terasa dengan mama. Mama yang cakap tau"
"Awak sayang saya?" 
"Orang serius ni!" Aku melepaskan geram.
"Tadi awak sebut sayang"
"Daniel..."
"Mana ada marah. Saya cuma tak sangka yang mama tak percaya cakap saya. I think she knows me better" ha. Dah serius suara dia. Ni yang aku takut ni. Kena sejukkan naga ni. Aku berpaling menghadapnya. Pipinya aku pegang.
"Bersyukur tau awak masih ada family. Tak elok marahkan orang yang dah berkorban banyak untuk kita. Mama bukannya tak percaya tapi dia nak awak bertanggungjawab. Memang bukan salah awak tapi andai kata orang lain yang nampak mama tetap akan lakukan hal yang sama. Percaya cakap sqya, because she knows you better she did it"
"I dont get your point"
"Because she knows u better, she did it!"
"She should know that how much I respect women."
"Yes. But she also know what is in your heart. Maybe her way didnt right but she knows that shes right"
"About what?"
"Ask urself" Daniel diam. Aku pun turut sama diam. 


Ruang tamu senyap saja pada malam itu. Aku pun rasa pelik macam ada benda yang nak jadi. Dah la semua orang ada kat sini. Tengok tv tapi... entahlah...
"Danny rasa dah msanya masalah family kita selesai. Takde guna kalau nak bermasam muka" tiba2 je Danny ni. Entah masalah apa yang dicakapnya.
"Danny yang buat abang dan akak terkunci dalam bilik file tu. Dan itu rancangan Danny untuk satukan abang dan kakak. " berpisat kepala Daniel memandang Danny. Dia bangun dan mencengkam kolar baju Danny. Hampir sahaja Danny makan penumbuk Daniel tapi dihalang oleh papa. Rupanya mereka semua dah berpakat tapi kenapa? Semuanya diterangkan satu persatu dan aku faham ceritanya dengan baik tapi apa sebabnya aku sendiri tak tahu kenapa.
"Mama buat semua ni sebab mama kenal anak mama. Daniel sayangkan Nia tapi tak nak mengaku. Mama nampak Daniel boleh bahagia dengan Nia tapi Daniel takkan cakap apa2. Kalau mama minta cara halus sekalipun Daniel tak akan buat. Mama yakin anak mama akan bhagia kalau kahwin dengan Nia. Dan dengan cara itu shaja Daniel akan terima. Nia perempuan yangg sangat baik. Banyak yang dah berubah. Daniel dah berubah banyak sangat bila kenal Nia. Bila Nia pertahankan maruah Daniel hari tu azam mama kuat nak bermenantukan Nia. Mama tahu cara mama salah tapi, itu je yg mama mampu buat. Maafkan...."
Aku dah menangis. Mama dan Dania pun sama. Belum sempat ayat mama habis Daniel memeluknya erat.
"Dont be sorry please.... you are right. Kalau bukan sebab ni. I will always lie my own heart" aku terdiam. Jadi dia sayangkan aku selama ini? Peliknya.... sebab aku bukannya ada goda dia ke apa dah la asyik kena marah je.
"Kau ni angah. Evil plan ha?" Bahu Danny ditumbuk kuat.
"Smart plan ok? Tapi, salah abg jugak jatuh atas kakak. Itu menguatkan lagi bukti" Danny tersenyum nakal. Akhirnya kami semua tersenyum. Memang masalah dah selesai.


Aku dan Daniel masuk ke dalam bilik. Suasana senyap je. Kalau ikutkan hati aku nak tanya betul ke apa yang mama cakap tadi tapi bila tengok dia yang langsung tak berminat nak bercakap aku simpan je la soalan tu. 
Aku menyikat rambut dan mengenakan lotion seperti biasa sebelum tidur. Setelah itu aku terus baring di sebelahnya dengan senyap dan diam. Akhirnya, sekali lagi aku tidur dengan penuh tanda tanya. 


Pagi itu sepertinya lebih meriah daripada biasa. Hari ini aku akan masuk kerja balik tu pun lepas puas Daniel pujuk aku kerja balik. Bukan aku tak suka kerja tu tapi aku lebih suka teman mama kat rumah. Mama pun bukannya sihat sangat sekarang. Tapi Daniel cakap susah nak cari SU baru dalam keadaan sibuk macam ni jadi terpaksalah aku turun padang sama.
Suasana di pejabat dah meriah sangat sekarang. Memang Daniel dah jadi lebih ramah walaupun tegas. Rindu aku pada mereka terubat jugak akhirnya dan kali ini lebih ceria sebab dah takde lgi naga api. Macam2 dorang tanya jampi apa yang aku guna kat Daniel.


Petang itu setelah balik kerja Daniel tak terus balik ke rumah tapi ringan hati berhenti beli makanan di pasar malam. Dulu sebelum kahwin aku ada ajak dia datang sini tapi langsung dia tak turun sekarang nak jalan2 pulak. Aku hanya menurutnya dari belakang sambil mencari apa yang kena pada selera hari ini.
"Nak beli apa?" Soal Daniel bila tengok aku bersungguh di gerai popia basah. 
"Popia basah" aku cakap padanya. Nampak sedap sangat.
"5 ringgit kak" Daniel terus membayarnya. Aku hanya mampu berkedip di sebelahnya. Tangan aku digenggam dan kami berjalan beriringan. Tak hilang la orang tua macam aku ni. 
"Kalau nak beli. Pandang je mana nak kenyang" sempat lagi perli aku. Karang aku beli semua yang ada kat sini kempis beg duit dia. Aku masih lagi nak tahu pasal semalam tapi aku takut nak tanya. 
Akhirnya kami balik dengan makanan yang banyak gila. Aku tak tahu la kalau orang rumah nanti boleh habiskan atau tak. Sekali pandang jumlahnya macam mustahil tapi kita tengok je la macam mana nanti.



Malamnya kami berparti sakan la. Makan sampai tak larat nak gerak lagi dah dan yang paling dahsyat Danny la. Tak berhenti lagi makan. Memang dahsyat kuasa makan dia ni. Katanya kat luar negara tak merasa semua ni jadi silakanlah raja makan. Dah tengah malam pun Danny boleh lagi makan. Aku, Dania,Mama dan papa serta Daniel dah lama pencen. Mama dan papa dah masuk tidur pun. Jam pun dah pukul 11 malam. Esok cuti. Yay!
Aku yang tengah tengok tv terganggu bila Daniel mencuit bahu aku dan menarik tangan aku. Nak ke mana pulak ni tengah syok layan movie cina dengan adik ipar ni. Dah nak habis pun.
"Come..." dengan malas aku mengikutnya. Mulut ni duk membebel sejak tadi.
"Saya nak tengok movie la..." aku mengeluh sikit. Dahi dah berkerut menahan geram, suka betul mengatur hidup orqng dia ni. Kalau ada anak entah macam mana nasib mereka. 
"Apa? Saya nak tngok cerita tu. Dah nak habis pun" aku merajuk karang baru tahu. Aku menarik muka dan cuba untuk melepaskan genggamannya tapi dia sentuh pipi aku dan kemudian bibir aku dikucup lama. Sampai aku tak tahu nak respon macam mana. Dah jadi tunggul kat sini.
"Saya cintakan awak" ujar Daniel. Dah terjawab soalan aku. Tapi, disebabkan terkejut sangat aku diam je.
"Dah lama saya simpan perasaan ni. Saya betul2 cintakan awak. Tolonglah percaya cakap saya. Saya tak tahu bukti apa lgi yang perlu saya tunjuk...." puas Daniel membebel aku memeluknya erat. Aku pun dah lama suka dia tapi dalam diam je la. Entah knapa boleh jatuh sayang sedangkan asyik kena marah je.
"Saya pun... dah lama cintakan awak." 
"Terima kasih." Aku tergelak sebab pelik. Dapat ucapan terima kasih la pulak. Dia marahkan aku kerana gelak dan aku melarikan diri mengelak daripada digeletek. Akhirnya kami berdua jatuh di atas karpet di lantai. Sakit jugak pinggang aku dibuatnya. Mata kami bertaut dan aku rasa debarannya.
"Sorry" pinta Danny yang membuka pintu tanpa mengetuk terlebih dahulu. Untung aku tak buka tudung lgi.
"Nak CD." Danny berkata pada aku. Aku yang dah rasa nak terjun kolam sebab malu menunjukkan CD di atas meja. Daniel mengambilnya dan menghulurnya pada Danny yang sedang tersengih. 
"Lain kali ketuk dulu!" Pesan Daniel tegas. 
"Sorry. Teruskan." Danny ketawa jahat dihujungnya. Aku bertambah la malu ni.
"Pergilah. Kalau angah tak kacau tadi kut2 bulan depan dah dapat anak buah" mata aku terbuntang. Biar betul Daniel ni mengarut betul. Danny dan Daniel dah gelak sakan. Aku segera bangun dari karpet dan masuk ke dalam bilik air. Setelah selesai gosok gigi semua aku keluar. Terkejut aku bila Daniel sedang bersandar pada pintu bilik air. Dia masuk ke dalam bilik air dan 5 min lepas tu dia keluar terus ke katil dan baring di sebelah aku yang diam macam tunggul. Tangannya dah mula melilit pinggang aku. Aku dah keras terus ni. Aku biarkan je tubuh aku dipeluk erat. Lawak bodoh dia tadi buat aku seram sejuk.
"I love you" itulah perkataan terakhir yang aku dengar malam itu.


Dah berbulan lamanya. Kami pun dah jadi betul2 pasangan suami isteri yang bahagia dan pasangan yang bercinta. 
"Sayang, apa yang sayang suka sangat pasal bie?" Soalan dah entah kali berapa dia tanya.
"Hari2 tanya. Dah bosan nak jawab"
"Bagi la jawapn lain pulak"
"Sayang paling suka bie cakap melayu. Dengar macam lelaki melayu terakhir. "
"Iya? I think Im good when I speak english"
"I love your malay. Ok?"
"Ok. Lepas ni bie cakap melayu je" dia ketawa senang. Aku hanya senyum je.
"Tapi, Sayang suka dengar bie cakap. I love you daripda saya cintakan awak. Dengar sweet sangat"
"Pulak. Macam2 la sayang ni" aku hanya tersenyum kemudian dia bisik di telinga aku. Perkataan yang aku tak pernah rasa jemu bila dengar.
"I love you sayang...."
then aku membalas pelukannya lalu mencium pipinya. Dah lama aku nak buat benda ni sampai Daniel pun dah kaku sebab terkejut. Tahu pun kuasa dapat surprise kiss tu macam mana. Aku bisikkan sesuatu ditelinganya..
"Saya sayg gila kat boss saya yang garang gila ni" aku tergelak bila Daniel geram. Marah benar bila aku ungkit zaman diktator dia dulu.
"Stop it!" 
"Boss.....sya.....garang......." belum sempat perkataan gila keluar dari mulut aku Daniel dah hukum mulut aku ni dengan ciumannya. Asyik terkena balik je aku ni. Malu la wei!
"I love you...."
aku gigit bibir sebab geram. Tapi aku senyum jugak akhirnya....dari garang gila jadi sweet gila.... hahaha... alhamdulilah... I love you too. Boss! 


#tq singgah. Sorry! Bnyak kekurangan. Sudi, komenlah....

42 comments:

  1. Best gila tpi klau mreka ada anak kan lgi bgus...gudjob

    ReplyDelete
  2. daebak lah, best.... swett jer diorg...

    ReplyDelete
  3. Best la,sambung la.citer pasal die da dpat anak plax.

    ReplyDelete
  4. Peargh different n I like!
    kipidap, boleh katang genre lain supaya xklishe

    ReplyDelete
  5. so sweet...love it so much

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah kalau semua suka... nak sambung....hurm... x tahu lagi... btw, tq baca.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Tak suka baca singkatan 'x' 'sya'

    ReplyDelete
  8. Jalan cerita menarik tapi janganlah guna singkatan dan improve your English okay. All in all I like it! ��

    ReplyDelete
  9. Thanks baca...ada masa baca la yang dua pulak... hehehe....

    ReplyDelete
  10. Really love it.. Sweet sangat dengar daniel cakap i love you kat nia...
    Best

    ReplyDelete
  11. serious best gila . tak macam cerpen lain yang klise jalan cerita dia

    ReplyDelete
  12. best nye cite ni..klau buat novel kan best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks baca awak. . Buat novel? Sya x pandai..hehe. yg ni ad Boss aku garang gila 2 . Jmputlah baca. .

      Delete
  13. baguslah akak ni..rajin buat sambungan..jarang sy jumpa cerpen yg ada smbngn mcm boss aku garang gila 2...klu akak ada time, blh tlng smbng x yg suamiku, cikgu ganti tuh...heheheee...sory sbb pnjg sngt sy mengomen..btw, best cerpen akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks baca yer... Nanti Ada masa saya smbung yer..

      Delete
  14. Memang best.kmk org Sarawak suka gila

    ReplyDelete
  15. cerita yang sangat best....but you have a lot to improve on your english...why don't you ask someone who is good in english to check your story first before you publish...hanya satu cadangan...harap ianya membantu...harap ada lagi cerpen dari anda...suka sangat apa yang saya baca...ikhlas dari saya..

    ReplyDelete
  16. HADIAH GRATIS & FREEBET MIX PARLAY!

    Ayo, dapatkan freechip dengan cara mendaftar di INSTA88 di permainan sportsbook MR8 ASIA
    USER ID Anda sudah terisi saldo dengan cuma cuma tanpa harus deposit
    Keunggulan MR8 ASIA:
    - Pertandingan paling lengkap
    - Bisa versi WAP dan MOBILE
    - Ada video live streaming


    INSTA88 sedang membagikan hadiah untuk semua member dalam memeriahkan awal mulai liga besar eropa

    INSTA88 website judi bola online, live casino, slot game, togel, sabung ayam & bola tangkas
    Keunggulan INSTA88:
    - memiliki BCA, BNI, BRI, CIMB NIAGA, DANAMON, MANDIRI & PERMATA
    - dapat melakukan deposit menggunakan nama orang lain
    - sangat cepat dalam proses deposit & penarikan


    INSTA88 memiliki permainan:
    Sportsbook:
    - Sbobet
    - IBC / Maxbet
    - CMD / 368bet / MR8 ASIA
    - 998bet
    - SBC168

    Live casino:
    - Sbobet / 338A
    - CBO855
    - GD88
    - ION casino

    Slot game:
    - Sbobet
    - Joker123 / Tembak ikan

    Togel:
    - ISIN4D / TELAK4D
    - KLIK4D

    Bola tangkas:
    - Tangkasnet
    - 88tangkas
    - Tangkas 368MM

    Sabung ayam:
    - S128
    - CF88
    - COCKFT


    Saat ini kami memiliki promo:
    1. Bonus deposit sportsbook 3%-50%
    2. Bonus deposit mix parlay 10%
    3. Cashback sportsbook 5%-15%
    4. Cashback mix parlay 100%
    5. Cashback sabung ayam 5%-15%
    6. Rollingan sabung ayam
    7. Rollingan live casino
    8. Diskon / potongan togel
    9. Jaket gratis
    10. Freebet mix parlay

    Untuk info lebih lanjut seputar produk, bonus, dll silahkan hubungi kami:
    No HP: +6281315983911
    Pin BBM: 2BD903FA
    Line: CS_INSTA88
    Wechat: CS_INSTA88

    LINK ALTERNATIF KAMI
    www.insta88.com
    www.insta88.net
    www.insta88.org
    www.centre88.net
    www.lexusbet.net
    www.lontongsate.com
    www.satelontong.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
  17. Everything thing's great...but please improve your english.keep up the good work.i like this kind of your work..cuz you make the character mean at first but then he changed because of that girl..����

    ReplyDelete
  18. I found this story at novelplus..alzai sanara mmg ada letak jgak ke kat sana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. X ad plak sya ltak kcuali wattpad and this blog only... tq inform...

      Delete
  19. Wattpad guna nick profile pe?

    ReplyDelete
  20. Mmng terbaik lah..suka sngt!!

    ReplyDelete