"Aku nak kau org pertama tahu pasal benda ni" ceria betul suara Eddy sehingga Ash tak tahu apa yg sangat membahagiakan sahabatnya ini. Siapa boleh sabar dengan perangai Eddy yg suka buat orang tertunggu tunggu.
"Pasal apa??? Cepatlah cakap, banyak lagi benda lain yg aku nak buat" Ash dengan malas melayan jugak si Eddy yg suka sangat buat macam ni kalau nak cakap tu cakap aje la. Dia dan Eddy dah berkawan sejak sekolah lagi dan sekarang ni jadi business partner. Mereka berdua ni boleh nak label macam belangkas la mana ada Eddy kat situ pasti ada Ash. Eddy banyak terhutang budi dengan keluarga Ash yg selalu menolongnya.
"Aku nak kahwin" jerit Eddy gembira sehingga menarik perhatian pekerja di luar. Ash yg kegembiraan meninggalkan kerjanya dan memeluk sahabatnya dengan erat. Minah mana la yg malang dapat Eddy ni. Fikir Ash lalu tersenyum. Alhamdulilah... sekurang kurangnya mama dan papa tak bising lagi lepas ni sebab teruna dia dah ada yg nak kawin. Selamat dia lepas ni. Walaupun dah berumur 28 tapi hati masih jugak setia pada seorang perempuan yg tak pernah dilafazkan cintanya sejak sekolah lagi. Macam mana nak menjadi kalau tak berani. Tak gitu????
"Awek mana yg teruk sangat test dia tu?" usik Ash sambil menepuk bahu Eddy sambil ketawa.
"Tak sayang mulut kau eh, awek paling femes kat sekolah kita dulu" bagai terhenti masa bila bibir yg tersenyum gembira itu mengatakan hal tersebut dah tiada yg lain lagi kalau awek paling femes kat sekolah mereka. Ainnur Nadia. Gadis yg selalu menyentuh hati Ash dengan segala sikapnya yg cukup menarik hati.
"Ha! Baru ternganga..." usik Eddy lalu ketawa sakan dan bersedia untuk beredar ke pejabatnya.
"Maksud kau Ainnur Nadia ke?" Soal Ash gusar walaupun dia dapat rasakan yg jawapannya ya tapi dia tetap nak bertanya untuk sedapkan hati sendiri. Rasa macam nak mati bila dapat rasa kehilangan yg pasti dan pencuri hatinya telah dicuri oleh sahabat malah orang yg paling dia sayang.
" Ainnur Nadia Hasmezam la. Dah. Tutup mulut kau tu kat rumah kita cakap lagi. aku just nak inform kau je" derap kaki Eddy kedengaran sangat kuat dan derap itu telah membawa sekali rasa cintanya. Hanya Allah yg tahu betapa tidak tertanggung rasa sakit hatinya itu.
"Lina, cancel semua meeting and appointment saya, saya tak sihat" hanya itu yg mampu Ash lakukan iaitu melarikan diri dari tempat itu dan berada di tempat yg lebih tenang.
Angin pantai langsung tidak menenangkannya malah ada bisikan syaitan yg menyuruhnya melakukan perbuatan bodoh. Dah bertahun hatinya dicuri oleh gadis itu tetapi tak sampai sesaat semuanya telah musnah dan hancur. Rasa seperti ingin menangisi semua ini tapi hatinya berat. Kenapa dia langsung tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan rasa cintanya kepada Ainnur. Menyesal yang teramat sekarang.
dia menanggalkan kotnya yg tadinya tersarung kemas dan menarik kasar tienya lalu dicampak keatas pasir pantai yg halus dan putih itu.
"Bodoh!!!!" Jerit Ash kuat. Dia tidak kisah apa yg orang nak kata sebab hanya dia yg merasai tekanannya sekrang.
Ash meraup mukanya dan memejamkan matanya dengan lama supaya dapat menghilangkan bayangan Ainnur dalam hidupnya. Dia melabuhkan punggung di atas batang kelapa yg telah tumbang dan termenung jauh.
Safia Aqashah yg leka dengan kameranya tersenyum puas dapat mengambil gambar dengan banyaknya. Dan padanya gambar itu memberikan kepuasan yg tak terhingga. Rasa macam profesional sebab gambar yg diambil terasa sangat cantik. Biasalah masuk bangkul angkat sendiri. Lesung pipitnya yg sedang cantik menyerlah di pipi kian hilang bila matanya menangkap Ash yg sedang termenung dengan wajah yg tak boleh nak ditafsirkan tapi dia sangat macho. Bisik hati Fia dan dengan berani dia mengambil beberapa keping gambar Ash untuk koleksi simpanan peribadinya. Seronok pulak hatinya buat kerja yg tak berapa nak senonoh ni. Tiba2 Ash angkat punggung dan berlalu dari situ. Fia hanya menjongket bahu dan terus dengan hobinya. Memang Fia sangat sukakan alam dan selalu dengan kameranya malah seorang yg sangat cermat dan suka kitar semula. Walaupun baru sahaja berumur 23 tahun dia telah memiliki sebuah cafe kecil yg sangat menguntungkan. Tie berwarna kuning muda milik Ash yg terjatuh dikutip lalu disimpan oleh Fia.suka betul dia dengan mengutip barang2 ni. Tapi dia sedang mengambil master dalam pendidikan awal kanak2 . Katanya nak ajar budak2 menjaga alam sekitar dengan baik. Moga Allah permudahkan niat baik Fia. Abangnya, Syafiq Aqashah seorang arkitek yg berjaya sangat menyokong adiknya yg sangat rajin. Dalam status pelajar dia telah berniaga sendiri dan cafenya boleh tahan femes even tak sebesar cafe2 lain yg bertaraf berbintang bintang.
Sebaik Ash tiba di rumah semua orang sedang menanti kepulangannya malah luka yg tak pernah sembuh itu rasa perit seperti dicurahkan garam apabil Ainnur dan Eddy sedang menghitung hari bahagia mereka berdua.
"Ash, mari sini" mama menarik tangan Ash supaya bersama mereka dalam suasana yg sepatutnya gembira tapi sangat menyakitkan bagi Ash. Berat kaki untuk melangkah tetapi digagahkan juga. Muka dimaniskan sedikit walaupun tak ikhlas.
"Congrats guys" ujar Ash tenang, nampak tenang tapi sebenarnya sakit yg teramat sangat. Kenapa mesti semua ini berlaku pada dirinya.
"Thanks bro!" Ucap Eddy tersenyum gembira. At least ada yg gembira di sini fikir Ash.
"Ash? Kamu tak sihat ke?" Papa bersuara bila Ash yg selalunya mulut macam machine gun senyap je hari ni kalau tak dia la johan paling kecoh dalam rumah.
"Sihat pa. Penat sikit" Ash membalas dengan senyuman hambar.
"Kamu pergi mana? Kenapa cancel semua meeting?" hati Ash memberontak untuk meluahkan rasa sakitnya tapi apakan daya dia hanya mampu berdiam diri.
"Kau ok tak?" Soalan yg meluncur di mulut Eddy malas nak dijawab.
"Ok. Kepala Ash sakit tadi pa." Ha. Tipu lagi ,bukannya kepala yg sakit sebab kalau sakit kepala makan panadol dah jalan tapi ni kes sakit hati tiada penawar.
"Kerja kuat sangat" mama dengan lembut mengusap kepala Ash. Akhirnya Ash tersenyum sedikit ikhlas. Sentuhan mamanya sangat menyentuh tangkai hatinya. Tangan mamanya diraih dan dicium lama. Dah nak beraya pulak ke mungkin la kut. Mana nak lari anak bila dalam kesusahan pasti disisi ibunya yg mengandung dan melahirkannya.
"Ash manja rupanya" suara ayu Ainnur kedengaran juga. Kalau nak dibandingkan hubungan antara Ainnur dan mereka berdua sudah pasti orang akan menyangka Ash kekasihnya sebab Ainnur lebih rapat dengan Ash walaupun suka buat dont know bila mereka berdua. Sejak bila hati Ainnur dicuri oleh Eddy hanya Allah yg tahu.
"Ash memang manja sebab tu tak kawin lagi" mama menambah perasa pulak. Ash hanya tersenyum tawar dan memandang pasangan bahagia itu dengan hati yg terguris. Ingin sekali dia menjerit yg dia reda tapi apakan daya dia tak mampu. Sakitnya ya Allah..... hanya itu yg mampu Ash luahkan.
"Belum sampai jodoh la ma" Ash tersenyum hambar.
perbualan diteruskan dan semuanya pasal hari bahagia pasangan itu apa lagi yg boleh Ash lakukan kecuali bersabar dan terus bersabar. Dia percaya yg dia takkan dapat menyembuhkan luka yg dia tengah rasai sekarang.
"Barang apa pulak yg kau bawak ni?" Soal Hana Diana geram. Ni la kawan Fia yg ada kuasa membebel tahap petala kelapan. Fia buat muka dunnow dan biarkan kawan baiknya yg menjaga cafe ini membebel. entah macam mana boleh dapat kawan yg macam ni.
"Gambar baru, dan ni" tie yg berwarna kuning diserahkan kepada Hana. Hana memang ada asas dalam interior designer dan berkat bakat itulah cafe mereka kelihatan sangat comel. Setiap dinding ada gambar yg diambil oleh Fia. Semua kenangannya tersimpan kemas di situ. Yg penting takde satu pun gambar dalam cammynya yg tdak ditampalkan di dinding kaca.
"Mana kau amek tie ni?"
"Aq jumpa kat pantai. Kau letak la kat mana2 pun. Gambar ni kasi susun lawa sikit."
"Ad ke aq susun tak lawa. Jasa aku je semua ni."
"Ah. Malas aq layan kau... abang kirim salam" Fia meninggalkan Hana yg dah tergedik. Syok kat abang aku tapi asyik duk kutuk aku je. Tak restu kang baru tahu. Gumam Fia melarikan diri dari hantu gedik yg masuk dalam badan Hana karang dia pulak yg kena terjah. Kata takde pape padahal selalu contact.kalau nak kelentong aku pun pandang belakang la sikit. Aku ke ruangan kawan2 baik aku ditanam dan memberi makan kepada kawan2 yg aku bela. Semuanya dah gemuk.
"Fia!!!" Adui, kuat betul suara bff Fia ni. Dengan malas dia mengatur langkah mendekati Hana yg sedang menampal gambar.
"Apesal?" Soal Fia malas. Suka menjerit betul minah ni.
"Siapa ni??? Handsome...." terangkat kening Hana meminta jawapan.
"Entah, aku main snap je" Fia memberikan jawapan ringkas dan ke ruangan khas untuk membalas komen dari customer. Setiap customer yg dtg akan dapat nama sendiri dan mendapat sebuah botol kaca yg dikitar semula untuk ditulis komen. Dan dapat jugak kad ahli. Untuk balasan komen yg perlu dia akan tampal di notice board mengikut nama yg telah diberi. Bukan je komen luahan perasaan pun boleh jadi cafe itu dah macam tempat rehat dan melepaskan stress. Nota kecil itu selalu membuatkan hati Fia gembira dan tak pernah sunyi. Sampai sedih pun ada sampai gelak tergolek pun ada. Hana jenis tak berapa nak baca semua tu suka dengar cerita dari Fia je. Katanya kalau cerita lawak jadi lebih lawak kalau cerita sedih jadi lebih sedih.
Kehadiran Datin maria membuatkan Fia tak senang duduk. Pujukan datin itu tak dapat Fia tolak. Macam mana nak buat semua tu? Fikir Fia lalu mengeluh.
"Fia, kenapa ni?" Soalan abangnya membuatkan dia mengeluh. lagi cepat la tua lepas ni.
" abang, ada org buat tempahan dessert Fia"
"Baguslah... rezeki. Mengeluh kenapa?"
"Abang ni, mana ada cafe Fia dengan Hana buat order luar"
"Apa salahnya ambil peluang ni nak kembangkan bisnes" abang ni cakap macam semua benda senang je.
"Tak nak la. Bersyukur dah macam ni. Banyak abang. 100 setiap jenis . 1500 semua abang. Patah dua Fia nanti abang" adu Fia lagi. Harapnya abang boleh faham bahasa melayu. Fiq mengangkat keningnya. Tak sangka yg sebanyak itu. Tapi tak pernah kut tengok adik dia merungut selama ni. Satu pasar malam dia boleh ronda beri makan kat kucing takkan ni tak boleh.
"Fia terima ke?"
"Terima la. Datin tu baik sangat siap panggil Fia sayang lagi. Tak sampai hati nak tolak sebab rasa macam mama yg pujuk" sekalipun mamanya disebut air muka Fia langsung tak menunjukkan riak sedih. Dia tahu yg mama dan papanya kembali kepada Allah. Yg penting dia masih lagi boleh menjadi seorang anak yg solehah.
"Fia rindu mama?" Soal Fiq menduga. Dari hari pertama ibubapanya pergi itulah kali terakhir Fia menangis.
"Mestilah. Sebab mama dan papa mesti tengah rindukan kita" ujar Fia ceria. Ikhlas hati Fiq terasa ingin memeluk adiknya kerana insan yg gembira itulah sumber kekuatannya. Sedangkan dia masih lagi ingin menangisi kematian ibubapanya tapi kerana Fia rasa sedih itu dah bertukar kepada rindu.
"Kalau dah setuju dengan tempahan tu nak mengeluh buat apa?"
"Takut tak sempat siap la. Nanti hampakan orang pulak."
"Abang ykin sempat. Nanti kita usaha sama2. Bila tempahannya?"
"Dua minggu lagi. Fia nak minta izin Hana tidur sini. Senang sikit" dengar je nama Hana disebut terus tersnyum. Suka sangat la tu sampai nak cakap ya pun tak boleh. Angguk je mampu. Suka la tu. Fia malas nak fikir pasal dua merpati yg joli la sangat tu sebab banyak lagi yg dia perlu fikir dan tempahan Datin Maria yg paling penting sekarang. Bila dia teringat balik apa yg mereka bincangkan rasa macam dah kenal lama sangat.
"Aunty boleh tolong Fia buat"
"Takpe la datin. Saya akan usahakan" aku menolak lembut. Memang jenis orang cepat mesra agaknya datin ni sebab dengan senang hati panggilannya berubah dan yg pasti sangat rendah diri dan tak sombong.
"Apa kata Fia datang buat kat rumah aunty je. Aunty tambah payment" terkejut betul Fia bila dengar macam tu. Bersungguhnya nak aku jugak yg sediakan dessert untuk majlis kahwin anak lelakinya itu. Mungkin anak sulung yg kawin ni.
"Datin saya ok je. Datin just tunggu je. Tak payah nak tambah payment, ni pun dah lebih dari cukup"
"Tapi Fia buat sendiri semua ni, nanti Fia penat"
"Its ok datin. In sha allah niat baik kita ni Allah dengar dan permudahkan."
"Untungnya dapat anak macam Fia" Fia tersenyum senang. Untung ibubapanya memilikinya. Alhamdulilah. Perbualan itu berlanjutan dan Fia dengan senang hati memanggil datin itu aunty. Masih ada orang yg baik dalam dunia ini.
Dua minggu memang tak lama dan tibalah hari yg ditunggukan oleh Ainnur dan Eddy. Akad telah pun selesai dengan sekali lafaz sahaja terbuktinya cinta itu sekarang menambah luka di hati Ash. Dia tidak betah berada di situ lebih lama lalu meninggalkan masjid dan ke tempat wuduk. Dia mengambil wuduk untuk menenangkan hatinya. Tiada seorang pun yg perasan ketiadaannya dan setelah masjid itu kosong dia melangkah dan terus solat sunat dua rakaat. Sekalipun hatinya hiba doa untuk dua insan yg mendapat tempat di hatinya turut di doakan. Kuasa Allah sangat besar kerana menyedarkan Ash bahawa cinta bukan segalanya dan mencintai tak bererti memiliki. Hati kecilnya sedar yg dia terlalu mengharap pada cinta yg bukan untuknya itu. Dengan hiba dan penyesalan air matanya menitis sekali. Cepat2 dia aminkan doa dan menyimpan sejadah di tempatnya. Telefonnya jatuh tatkala terlanggar seorang lelaki yg tinggi dan tegap badannya.
"Ya Allah, maafkan saya" pinta lelaki itu lalu mengutip telefon tersebut.
"Takpe. Maafkan saya jugak,tak perasan" Ash dengan sopan turut memohon maaf.
"Rosak ke dik? Abang boleh gantikan" lelaki itu membahasakan dirinya abang kerana melihat Ash lagi muda darinya.
"Tak rosak pun."
"Baguslah. Btw abang Fiq. Nama apa?"
"Ash. Saya minta diri dulu bang. In sha allah ada jodoh kita jumpa lagi" Ash berlalu meminta diri dan menuju ke parkir kereta. Langkah digagahi hati ditabahkan untuk menuju ke rumah.
"Fia dah ada semua ke?" Kalut Hana bertanya dan berlari kehulu kehilir menyusun makanan yg perlu dihantar dengan segera. Majlis resepsi dalam taman itu membuatkan Fia teruja dengan cammynya. Kalau ada Fia tak payah upah photographer lagi dah.
"Jom gerak!" Ujar Fia ceria. Hana dan Fiq turut diundang ke majlis tersebut. Tetapi hanya Fia yg dapat menghadirkan diri. Kena pulak tarikh tu Fiq nak pergi jumpa dengan keluarga Hana pasal hari bahagia mereka. Akhirnya mereka hanya mampu menghantar Fia dan kuihnya ke sana. Pun jadi la.
"Fia, jom ikut aunty. Makanan tu semua biar pelayan yg susunkan" tak menyempat betul datin ni. Entah ke mana dia nak tarik Fia. Langkah Fia semakin laju mengikut rentak datin yg terlalu gembira ini.
"Nah" satu bungkusan diserahkan kepada Fia dengan berat hati Fia mengambil bungkusan itu.
"Apa ni datin?" Soal Fia pelik.
"Aunty la sayang, mama pun boleh" memang Datin Maria dah jatuh sayang dengan Fia sejak melihat senyuman Fia lagi. Sayangnya bertambah bila mengenali hati budi Fia. Dalam dua minggu lepas masanya banyak bersama Fia kerana bersama sama menyiapkan tempahan sendiri. Lucu pulak rasanya.
"Baju? Fia dah pakai baju"ujar Fia jujur mengundang tawa datin. Datin mendekati Fia dan memeluknya erat.
"Izinkan aunty melayan Fia macam anak aunty sendiri. Aunty dah jatuh sayang dengan Fia" terkejut Fia mendengarnya tetapi ikhlas di hati dia juga sayangkan wanita ini.
"Aunty tak kisah layan anak yg degil macam Fia ni?" Soal Fia lembut.
"Takpe., anak mama kan buknnya orang lain" begitulah drama mereka berdua.
"Ma, Fia pakai baju ni lain kali ok? Hari ni Fia nak jadi photographer jadi kena gangster sikit" Fia tergelak senang. Hatinya sangat senang dengan kehadiran wanita itu. Allah memang sangat adil kepada hambanya. Kegembiraan hati Fia hanya Allah dan Fia yg tahu.
Fia yg memang sentiasa aktif itu tidak sekalipun duduk diam. Seronok dia ambil gambar situ sini dah tertukar pun dengan jurugambar. Senyuman Fia lagi indah jika dibandingkan dengan malam yg sangat indah dengan hiasan yg menakjubkan. Majlis telah pun bermula dan tetamu telah memenuhi setiap sudut untuk melihat raja sehari. Memang pasangan yg ideal sama cantik sama padan. Tapi Fia tak lama disitu kerana terlalu ramai orang. Dia ke bufet untuk mengisi perutnya yg kosong. Entah kenapa dia tercuit melihat Ash yg sedang memandang pasangan pengantin dngan hiba. Cintakah dia pada isteri org itu? Entah kenapa soalan itu menjengah otak Fia tapi segera dia berfikir dengan waras dan melarikan pandangan dari lelaki itu.
Ash mengeluh lagi dan menarik satu kerusi lalu menjamah makanan yg telah diambilnya tadi. Fia pula berada si seberang sana. Fia dah start hobi dia. Setiap pergerakan Ash menarik minatnya lalu di ambil beberapa keping gambar dan dia tergelak kecil bila melihat air muka Ash terus berubah bila makanan masuk ke dalam mulutnya. Nampak sedap benar.
"Eh, kek aq la" ujar Fia ceria. Tak sangka betul keknya boleh mengubah ekspresi Ash.
tiba tiba Ash dapat rasakan yg Fia tengah memerhatinya lalu dengan rajinnya dia bangkit dari kerusi dan duduk bersama semeja dengan Fia. Gila tak terkejut. Masaklah Fia kalau Ash tahu.
"Kenapa pandang saya?" Soalan pertama Ash buatkan Fia tersenyum dan senyuman itu turut membuatkan Ash tersenyum.
"Sebab awak cute. Sedap sangat ke kek ni?"
"Sebab saya cute?" Ash rasa senang dengan pujian itu. Rasanya seperti pujian yg ikhlas.
"Yup, mkan sampai kat dagu" Akhirnya Fia ketawa senang. Ash pun turut ketawa sama sebab tu jadi tontonan rupanya. Buat malu je.
"Jangan guna tangan. Guna ni" Fia menghulurkan sapu tangannya dan Ash menyambutnya dengan ucapan terima kasih.
"Saya minta diri dulu. Bye" Fia meninggalkan Ash di meja itu sendirian dan meneruskan hobinya sampai majlis itu selesai. Penatnya yg berhari hari lesap bila semua orang sukakan kuihnya. Alhamdulilah.....
"Kenapa aku rasa gembira je ni?" Soal Ash pada dirinya sendiri dan kali ini dia sendiri yg tersenyum pasal dirinya sendiri. Senyuman itu tak lama bila Maya. Minah gedik yg selalu Ash panggil selalu join dia di meja yg sama. Ash dah mula buat muka menyampahnya dan sudah bersedia untuk meninggalkan Maya di situ. Tapi Maya lebih cepat memaut lengan Ash menyebabkan jus oren di tangan Ash tertumpah atas dress Maya. Terjerit Maya. Ash pada mulanya buat muka selamba tapi akhirnya dia tersengih puas. Kalau gelak dikatakan kejam la pulak.
"Ash, u nak pergi mana? Tolong la I" Ash buat muka jelik.
"Nak aku gantikan baju kau ke? Nak bagi bonus link kat aku? X cukup lagi buka sana sini nak bagi free kat aku ke?" Soal Ash geram. Org lain pun pakai baju jugak tapi takdela tak cukup kain macam minah ni. Gumam Ash.
"U nak i, u pinang la i. Lepas tu semua i boleh bagi kat u" menjawab pulak. Dah tu gedik nak mampus.
"Nak kawan dengan kau pun aku tak nak. Apatah lagi nak kahwin. Lagi stu, kau ingat aku nak bekas orang?" Jahat betul mulut Ash kali ni dan Maya mengangkat tangan untuk menampar Ash. Memang Ash dah terlalu melampau sekarang ni.
"Aq cakap benda betul je. Apa lagi yg suami kau dapat lepas kau tunjuk semuanya kat orang ramai. Jaga la sikit diri kau tu. Maruah kau. Agama kau" Ash melepaskan tangan Maya dan berlalu dari situ. Saja je nak suruh aq jadi ustaz Ash malam malam ni. Rungut Ash lalu masuk ke dalam untuk sesi bergambar.
"Sepatutnya aq yg jadi pengantin lelaki" bisik hati kecil Ash.
"Astaghfirullahalazim.... ya Allah ampunilah hambaMu ini" Ash cepat2 istighfar . Dia tak boleh kalah dengan nafsu dan kata hatinya ini. Ainnur bukan untuknya dan Ainnur untuk Eddy. Walaupun tak memiliki Ainnur sekurang kurangnya dia tahu Ainnur milik siapa. Milik seorang lelaki yg terlalu baik sikapnya.
"Kenapa kau ni? tak suka aku kawin eh?" Bahu Ash dipeluk erat. Ash mengukirkan senyuman dan membalas pelukan Eddy.
"Congrats bro. Lepas ni pergi honeymoon sebulan. Lepas tu bawak balik anak buah untuk aku"
"Sebulan?" Soal Eddy terkejut. Mesti tak tahu rancangan datuk dengan datin ni.
"Mama and papa dah sewa satu rumah kat Amsterdem. Ko lepak la puas2 ngan bini kau kat sna" kedengaran ikhlas dibibir tapi entah siapa yg tahu rasa hati Ash tika ini. Yg dia tahu dia lebih kuat dari dua minggu lepas. Melupakan cinta bukanlah perkara yg mudah tapi reda adalah jalan yg terbaik untuk semua orang.
"Thanks bro"
"Bukan kerja aku. Dah la. Pergilah bergambar" Ash menolak Eddy pergi. Harapan Ash dengan sebulan itu dapatlah dia lupakan semuanya. Sakit yg dia tanggung memang tak dapat ditafsirkan.
"Ash,dengar tak mama cakap ni?" Datin Maria masih lagi memujuk Ash yg berdegil tak nak kenal dengan Fia.
"Tak nak la ma. Mama sayang la daughter mama tu sorang2" jawab Ash malas. Dia pun dah pindah keluar selepas Eddy kahwin jadi ada masa dia akan balik ke rumah orang tuanya.
"Kalau tak mama pinang Maya!" Datin memberikan kata putus. Berpisat Ash berpaling. Anti betul Ash dengan nama tu.
"Apa ni ma, main ugut Ash pulak, kalau Ash tak balik sini lagi jangan mama menangis call Ash" kali ini Ash pula yg mengugut mamanya. Suka sangat jadi matchmaker.
"Ugut mama ke?" Soal datin geram. Keras hati betul Ash ni. Entah apa yg dia takut sangat dengan Fia.
"Ash cakap je...." Ash tersengih kerana mamanya telah mengalah. Senang betul nak menang dengan mama dia ni.
"Apa salahnya kenal Fia. Cantik budaknya. Baik."dah datang dah ajinomoto penambah perasa terbaik di malaysia. Ash dah buat muka dan menghilangkan diri ke dapur. Entah apa yg ada pada Fia dia sendiri tak berminat nak tahu.
Fia yg selalu datang ke rumah datin sejak anak2 datin pindah keluar. Eddy pindah sebab dah kahwin tapi Ash pindah sebab dia dah kerja tempat lain yg agak jauh dari rumah.
"Pa. Nak makan apa?" Soal Fia mesra. Sayangnya pada keluarga itu tak dapat disorokkan. Kehadiran dia dirumah itu selalu dinantikan dan dia sentiasa ada bila diperlukan datin. Bff datin la katakan.mana datin nak pergi mesti tak lupa Fia. Maklumlah takde anak permpuan.
"Anak papa nak masak apa?" Soal datuk Fahim mesra. Suka betul dia dengan Fia. Memang betul apa yg isterinya cakap. Boleh jatuh sayang dengan Fia.
"Nak tolong tengok je. Fia tak pandai masak makanan macam ni. Kalau mat salleh style ada bakat" Fia tersengih. Datin yg tengah masak turut tersenyum.
"Kupas bawang pun dah menangis, macam mana nak masak?" perli datin lalu tersenyum. Fia tergelak sama dengan datuk. Perli la sebab benda betul kut. Biar ambil iktibar sikit.
Suasana yg ceria dengan gelak tawa di dapur membuatkan Ash hairan. Entah myvi siapa yg parkir kat luar kalau Eddy dan Ainnur lagi seminggu bulan madu dorang. Katanya nak tambah sikit. Selamat bergembiralah kat sana. Salam Ash memang dah tinggal kenangan.
"Mesti Fia ni" fikir Ash lalu mendekati ruangan dapur. Langkahnya terhenti dan senyumannya terukir bila melihat senyuman kedua ibubapanya. Tak pernah dia melihat mereka ketawa macam tu sekali. Suara datuk yg selalunya tegas juga boleh berlembut dengan Fia siap bergurau senda lagi. Entah macam mana rupa budak ni? Fikir Ash sambil mencuri pandang wajah Fia yg sedang memeluk mamanya erat. Dia berselindung sedikit daripada pandangan orang lain dan mengesat air matanya yg menitis. Dah lama dia tak tengok orang tuanya segembira ini. Ke manakah tanggungjawabnya sebagai anak untuk bahagiakan org tuanya.
"Fia kemas meja" ujar Fia lalu berjalan keluar dari dapur dan tika itu juga Ash ingin berjalan masuk ke dapur pertembungan mereka membuatkan Fia hampir terjatuh tetapi tangan Ash sempat memaut pinggang Fia. Drama sekejap dan Fia yg dah segan tak tahu nak buat apa. Dia menjarakkan dirinya dari Ash lalu cuba untuk membuat muka selamba tapi mukanya terasa panas. Ash boleh pulak tersengih melihat Fia. Rupanya ini la Fia yg dipuji puji tu. Perempuan dengan kamera tu.
"Awak ni cute la. Merah macam tomato muka" usik Ash senang. Hanya dia dan Fia tahu apa yg dicakapnya. Sja je Ash nak mengusik. Hari tu dah kena batang hidung sendiri.
"Ni la Fia,Ash." Datin memeluk bahu Fia dengan berani Fia mengangkat muka dan tersenyum. Dah hilang pun rasa segannya dan dia memang rasa ni kali pertama dia jumpa dengan Ash. Memang daya ingatan tak berapa nak bagus.
"Ni la daughter mama.ni Ash. Boy mama" ujarnya ceria. Pelik sungguh Fia tapi dengan ceria dia turut memperkenalkan diri. Hari2 kut dia dengar pasal Ash dari datin. Hari ni baru kenal muka.mungkin lepas ni tak lupa lagi dah.
"Ni la boy mama yg degil tu ya?" Soal Fia mengusik dan soalannya dibalas dengan gelak tawa.
"Dia tak ingat aku ke?" Fikir Ash lalu mengikut Fia ke meja makan. Dan memang Fia tak kenal dengan dia. Tapi entah kenapa tak terasa nk ungkit pasal benda tu. Dia nak mulakan perkenalan baru ini.
"Jeles saya dengan awak" ujar Ash yg tiba2 begitu mesra dgn Fia. Dia sebenarnya nak test entah betul ke tak yg Fia ni sebaik yg dicakap oleh mama dan papa.
"Kenapa?" soal Fia tenang. Muka lelaki itu tidak dipandang. Sebenarnya dia agak risau dengan apa yg bermain di fikiran Ash.
"Mama dan papa asyik puji awak je" Ash buat muka merajuk. Kali ini Fia tergelak kecil lalu memandang wajah yg sengaja dibuat buat merajuk itu.
"Iya??? Mama dan papa puji apa?"
"Banyak la..." jawab Ash buat buat sedih.
"Kalau nak tahu, mama dan papa pun selalu cerita pasal awak kat saya. Sampai saya dh mlas nk dngr" sngaja Fia tekankan perkataan malas itu. Ash terus ketawa senang. Pandai bergurau Fia ni. Baru je kenal sehari tapi dah gaya macam kenal lama. Mungkin sebab tu mama sayang sgt dngan Fia.
"Amboi, sakan borak. Dah lama kenal ke?" Soal mama yg dtg dgn mknan. Papa pun rjin mnolong.
"Baru je kenal" jawab mereka berdua serentak. Merka ktawa lgi dan datin dan datuk hanya tersnyum. Beria ia Ash tak nak kenal dgn Fia dulu skarang ni mcm suka je.
"Kau ni knapa Ash?" Soal Ziad Zikri kawn baik Ash di tmpt krja bru ini. Ash membuang pandng ke luar tngkap. Dah dua bulan Eddy dan Ainnur kawin tpi dia masih lgi dpt rsakan luka itu. Memang tdak sesakit dulu tpi dia tak nak mencintai milik org lain. Dosa smua tu.
"Aq serabut sgt skrng ni. Aq dh x thu nak buat apa." Masalah yg dtanggung akn trasa brtmbh berat kalau x dikongsi.
"Ikut aq jom." Ajak Zik sambil menepuk bahu Ash.
"Mana?" Soal Ash malas.
"Cafe Kita" jawab Zik tenang.
"Sejak bila kita ada cafe?" Soalan bodoh Ash buatkan kawannya tergelak.
"Ikut je la"
tak sampai 10 minit mereka sampai di cafe kita. Cafe milik Hana dan Fia rupanya. Macam biasa pelanggan baru akan dapat card ahli. Mulanya Ash malas nak buat tapi bila dia dipaksa dia buatkan jugak. 798H itu nama utknya. Botolnya diberikan. Ash dah nak gelak dgn smua tu tapi bila Zik terangkan pnjng lebar akhirnya Ash faham siap puji lgi tau.
"Bijak!"
"Kan?. Aq suka lepak sini sebab macam2 ad. Yg pnting tmpt solat pun ad"
Ash mengangguk faham dan persekitaran diperhatikan. Memang sangat menarik minatnya. Gambar yg ditampal di dinding juga membuatnya senang.
"Penting jugak. Makanan kat sini best!" Zik mengambil beberapa jenis makanan dan dibawa ke meja. Memang cafe layan diri. Semuanya nak ambil sendiri tinggal bayar je.
"Eh, ni rasa macam kek yg aq mkn hari tu" ujar Ash gmbira. Mamang dari mulut turun ke hati rasa macam nak je dia cari tapi tak jumpa bila tanya mamanya, mamanya ckp tak tahu sebab Fia tak nak orang lain tahu. Penat ambil order ni jadi baik kecil2 macam ni je.
"Miss"panggil Zik kepada Hana dengan ramah Hana mendekati dua jejaka itu. Pelik sngguh datang pukul 12 macam ni. Selalunya orang datang petang tapi customer dah datang tu syukur je la.
"Sape yg buat kek ni sedap sangat. Kawan saya tanya?" Zik bertanya bagi pihak Ash.
"Ada la. Kenapa?"
"Kawan saya ni dh jtuh cnta"
"Woi! Mengarut kau eh" marah Ash lalu tersenyum.
"Yg penting bukan saya" jawab Hana lalu membalas senyuman itu. Memang orang hensem kalau senyum bertambah la hensemnyer.
Selepas hari itu memang cafe itu menjadi tempat singgah Ash. Dia sangat sukakan makanan di situ dah la murah sedap gila pulak tu. Teringin pulak dia nak jumpa orang yg buat kek dan kuih ni semua. Biskut pun ada. Bungkus sikit untuk mama.
"Untuk Fia sekali. Kot2 dia datang rumah" dah rapat dia dengan Fia siap YM bagai lagi tapi tak selalu la. Kata hatinya macam abang dan adik je. Fia pulak tak rasa apa2 kecuali kawan.
Sebaik tiba di rumah kereta Eddy juga ada dsitu. Mesti la Ainnur pun ada sama kan? Ash dah mula malas nak melangkah tapi sebaik mendengar suara Fia dari laman rumah langkahnya segera diatur. Tergelak dia melihat muka Fia yg dah comot degan tanah. Memang kawan mama la dia ni.
"Nak tanam bunga atas muka gak ke?" Soalan Ash Fia tak pedulikan yg penting dia mesti siap tanam semua pokok ni sebelum layu kalau tak pkok ni merajuk tak nak tumbuh pulak.
"Ash belikan kek.biskut.kuih. sedap ni jom!" Ajak Ash ceria. Fia dah agak dah sebab dia memang tahu yg Ash selalu ke cafenya dan dia juga tahu stiap masalah Ash. Ash yg terluka terpaksa menanggung sakitnya seorang diri. Fia sebenarnya simpati degan Ash tapi dia tabik spring sebab Ash masih lgi boleh bersabar dalam duka.
"Nak tanam pkok dulu. Ambilkan air utk Fia. Boleh?" Pinta Fia dan Ash bergerak ke dapur dgn cawan Fia yg telah kosong. Sebaik tiba di dapur. Matanya seakan terpana bila melihat Ainnur yg sedang dipeluk dari belakang oleh Eddy. Semuanya nampak gembira gila. Tapi dia yg sedih.
"U are my first n my last love" ujar Eddy dgn romantik.
"U too. I love u" kalimah itu yg mluncur dari bibir Ainnur menyebabkan lemah seluruh tubuh badan Ash sehingga cawan di tangannya jatuh dan mngejutkan semua orang. Cepat Ash mngutipnya shingga tangannya terluka tapi luka itu tak seberapa berbanding luka di hatinya. Fia yg berada di satu sudut yg memerhatikan semua itu hiba.
"Ash. Tangan kau luka ni dah biar je. Biar Ainnur kemas." Marah Eddy bila Ash tetap bertegas nak mengemasnya.
"X pe abg Eddy. Biar Fia letak ubat" Ash mengikut langkah aku ke laman rumah. First aid dan air bersih diambil.
"Sakit?" Soal Fia. Sebenarnya dia tahu mana yg lebih sakit tapi apakan daya. Dia bukannya sesiapa untuk menghalang semua ini. Andainya jika Ainnur bukan milik sesiapa pasti gadis itu akan dipujuk supaya terima cinta Ash.
"Sikit je ni"
"Nak tahu kenapa luka dihati susah nak sembuh?" Soal Fia tiba2
"Kenapa? Tiba2 je?"
"Saje. Dah luka macam ni pun kata sikit je"
"Oh. Kenapa?"
"Sebab kita sendiri x tahu sedalam mana luka kita tu. Dan tak boleh nak sapu ubat or balut. Hanya kita yg tahu macam mana nak sembuhkannya."
"Macam mna?"
"Kena faham dan tahu mana datangnya semua ni. Datang dari Allah tahu. Kita adalah insan yg trpilih kerana merasai duka itu."
"Maksudnya?"
"Maksudnya.... penawarnya adalah Allah sendiri. Mintaklah dgn Allah. Allah boleh membolak balikkan hati. Sedangkan rasa cinta sesama mnusia pun hanya pinjaman Allah untuk hambanya tau"
Ash mengangguk faham. Dia tersenyum lalu berdoa dalam hatinya. Ikhlas dia rasa lebih tenang dan hatinya yg telah mati kini kembali tumbuh.
"Saya nak tanam pokok gak."
"Keadaan macam ni?" Soal Fia.
"Fia la tolong Ash."
"Ok! Jom. Satu je lagi tinggal." Memang tipulah kalau Fia cakap dia tak simpati dengan Ash. Tapi apakan daya dia hanya mampu melihatnya dari jauh. Entah bila sekeping hati Ash ini akan dimiliki oleh org yg sepatutnya dan di mana cintanya mampu terbalas. Air muka Ash yg ceria Fia tatap lama. Kuat betul Ash ni.
"Fia, Ash hensem sangat ke? Tengok semacam je" soal Ash lalu ketawa pandangan Fia dibalas dengan renungan yg sama akhirnya dia tewas. Kenapa berdebar semacam je ni? Fikir Ash sendiri.
"Takde la. Cuma Fia rasa wajah Ash yg ceria ni ada sembunyikan sesuatu" Ash tersentak. Tapi dia tergelak kecil menidakkan gusar di hati.
"Pandai je Fia ni"
"Memang pandai pun. Fia belajar psikologi tau"
"Dah la... asyik borak je bila nak siap ni"
"Eleh. Nak mengelak la tu. Dah ada awek tak nak share!" Fia sengaja berkata begitu. Untuk elakkan Ash serba salah kalau ikutkan hati nak je dia cakap direct.
"Yg ni mengarut. Mana ada!" Marah Ash lalu ketawa. Senang hatinya. Ingatkan Fia perasan hal sebenar. Hanya miss cafe dan dia tahu pasal ni.
"Kak Maya tu sape?"
"Mana ada! Geli la Ash. Baik dengan Fia je." Seloroh Ash. Fia dah tergelak bukan dia tak tahu jaki betul Ash dgn Maya. Satu rumah kut tahu.
"Tak nak la Fia kat Ash. Fia dah ada org yg sayang Fia dan Fia sayang dia sepenuh hati" jawab Fia yakin. Kali ini Ash sudah terdiam. Takkan la dia cemburu kot.
"Ash bila nak kawin?"
"Lepas Fia kawin la. Boleh.?"
"Tak kawin la Ash kalau macam tu"
"Kenapa pulak? Kata dh ada yg tersayang" hanya tawa Fia yg mnjwab soalan itu.
"Ash" suara datin mengejutkan mreka berdua.
"Mama" Ash memeluk mamanya erat. Dan datin biarkan aje dirinya dipeluk. Bila Fia mendekatinya badan Fia yg kecil itu dipeluk datin. Dah jadi adegan peluk memeluk.
"Ala ma, peluk Ash la. Fia ni saje je" rungut Ash manja.
"Peluk la Ash tu ma. Fia nak ke dapur nak buat air." Fia meninggalkan mreka berdua dan ke dapur. Pasangan pengantin baru itu kelihatan sangat mesra dan gmbira. Fia pun gmbira tapi bila teringatkan Ash dia pun rasa sdih.
"Jom minum!" Ajak Fia ceria. Ash dan mamanya masih lagi berpelukan. Ash memeluk mamanya dari belakang dan nampak sangat air mukanya yg tengh bersedih.
"Kek ni? Sama macam...." belum sempat datin habiskan ayatnya Fia cpt2 menggeleng. Takut datin membocorkan rahsianya.
"Macam dekat majlis Abg Eddy kan ma?" Fia segera menyambung ayat datin dan datin turut mengiakan. Tak nak Ash tahu yg dia buat kek tu takut bcor siapa miss cafe yg sebenarnya.
"Yup. Susah tau nak jumpa kedai ni." Ujar Ash merungut dan datin hanya mampu tersenyum. Fia tak nak Ash tahu yg dia adalah miss cafe dan semuanya kacau bilau nanti biarlah rahsia sampai mati pun takpe.
"Kau ok tak?" Soal Hana pelik. Tak pernah muka Fia tak ceria macam ni. Selalunya kalau sakit pun boleh je dia senyum.
"Ok. Kenapa?" Soal Fia balik. Amaran daripada Maya memang buat dia serabut. Maya dah tahu yg dia pemilik cafe ini dan ugut utk britahu Ash kalau dia masih jugak pergi ke rumah datin. Dia tak kisah kalau tak dapat bersua muka dgn Ash tapi dengan datin rasa macam berat sangat.
"Aku keluar jap" Fia mengatur langkah utk keluar dan pada msa yg sama Ash masuk ke dalam cafe.
"Fia, buat apa kat sini?" terkejut betul Ash bila melihat kelibat Fia di situ.
"Makan. Fia belajar kat area sini je. Senang je Fia jumpa cafe ni" ujar Fia selamba dan tersenyum. Ash turut tersenyum kena perli rupanya.
"Nak ke mana pulak?"
"Kolej la. Takkan nak tidur sini. Fia minta diri dulu"
laju langkah Fia meninggalkan Ash dan Ash seperti biasa mencari kelibat notanya di board. Kali ini dia tersenyum puas. Dah dua kali notanya tak berbalas.
kisah duka Ash dah berakhir dan dia akan memulakan hidup baru. Mulakannya sekali lagi. Botol kisah sedihnya akan dihapuskan buat selamanya. Di tepi pantai itu dengan keadaan yg berangin. Tenangnya dapat dirasai oleh Ash. Tak terkira syukurnya pada Allah. Satu persatu kertas itu dibakar dengan senyuman. Tak perlu dibaca lagi. Setelah semuanya dah hangus terbakar botol itu rasa seperti sayang untuk dibuang jadi dia membawa balik botol itu. Masalahnya dah selesai. Lets start again! Bisik hati Ash gembira.
"Ash, mana kau letak majalah tu?" Eddy dah pening cari majalah lama yg dsimpan Ash entah wujud lagi ke tidak.
"Ada dalam bekas tu" Ash yg khusyuk dengan laptopnya tak menghiraukan Eddy. Entah nak buat apa dgn majalah lama tu.
"Ash. Apa ni?" Soal Eddy terkejut dan dgn mlas Ash berpaling. Gambar dia dgn Ainnur. Ash menelan air liur dan bangun dari katil. Eddy dah tak tahu nak kata apa lagi dah.
"Eddy. Kau jagnan nak fikir yg bukan2" Ash mendekati Eddy. Bimbang mreka akan bergaduh. Seingat dia semua tentang Ainnur dah lenyap tapi gambar zaman mereka belajar dulu tak ingat utk dilupuskan.
"Kau suka Ainnur ke?" Terbuntang mata Ash. Kalau dulu memang ya jawapannya tapi sekarang x lgi.
"Mana ada! Dia kawan aq je. Gambar lme tu Eddy. Tngok. Gambar kau pun ada. Zaman kolej ni. Budak lain pun ada." Nasib baik memang ada gambar lain sekali. Kalau tak jenuh Ash nak menjawabnya.
"Baguslah. Aq dah risau tadi" ujar Eddy lega. Ash pun sama. Lega.
"Kau ni fikir banyak sangat"
"Aq bukan apa. Aq x nak hubungan aq dgn Ainnur sakitkan kau. Aq x rela buat kau sakit. Aq x lega sebab kau x sukakn Ainnur tpi aq takut aku rampas org yg kau suka"
"Mana ada wei. Kau tahu kan taste aq" ujar Ash lalu tergelak. Entah yg macam mana taste Ash.
"Kau suka la jenis mcm Fia tu" tiba2 nama Fia yg naik. Ash dah buat muka pelik lalu ketawa senang.
"Kau jangan. Awek org tu" Ash menepuk bahu Eddy. Ainnur adalah kisah silamnya. Fia? Memang tak tercipta untuknya.
"Kau suka budak tu kan?"
"Merapu! Keluar! Aku nak layan movie ni" Ash dgn cepat menghalau Eddy dengan sengihan panjang dia keluar dari bilik Ash. Layan movie ni pun hobi Fia sebenarnya. Setiap minggu Fia akan datang dan bagi movie kat Ash tapi dah 3 minggu dia tak datang.
"Ash" suara datin mengejutkan Ash dari lamunannya.
"Ma. Sit" pelawa Ash.
"Dah lama Fia tak datang kan?"
"3 minggu ma" jawab Ash selamba. Mamanya dah tersenyum.
"Mama nak pinang Fia"
"What??? Untuk siapa?" Soal Ash bengap. Mamanya dah tergelak kecil.
"Untuk teruna mama la. Ok tak?"
"Ma, Fia dah berpunya" jawab Ash lemah. Memang dia terlalu fikirkan status Fia. Kacau hidup dia dua tiga hari ini.
"Mana tahu?" Soal mamanya.
"Dia cakap. Hari tu jumpa dia beli barang kahwin" jawab Ash malas. Ikhlas hati dia rasa macam geram je. Dah tu bahagia dengan tunang dia. Entah handsome sangat ke.
"Jom makan" ajak mamanya. Datin pun dah runsing ni. Dah la Fia dah lama tak datang rumahnya call pun tidak. Mungkin betul Fia dah nak kawin.
Perkara yg merunsingkan Datin mengganggu seleranya jadi dia dah bertekad untuk bertanya kepada Fia. Bila tiba dirumah Fia, memang majlis perkahwinan sudah tersedia. Sedih betul hatinya lebih2 lgi Fia langsung tak maklumkannya.
"Aunty" tegur Fiq mesra.
"Fiq" lemah aje jawabnya.
"Cari Fia ke? Dia keluar beli barang sikit"
"Aunty nak tanya sikit. Maaflah kalau privasi sangat"
"Serius je aunty. Duduklah" pelawa Fiq senang. Entah apa yg serius sangat.
"Fia dah nak kawin ke?" Soalan datin kedengaran kelakar ditelinga Fiq. Beria dia ketawa.
"Maaf aunty. Tapi ni majlis kawin Fiq. Kad Fiq dah beri kat uncle"
"Betul ni? Jadi Fia belum berpunya?"
"Belum kut. Kalau dia takde cakap pape kat aunty. Takdelah kut. Lagipun seminggu dua ni dia sibuk handle majlis ni. katanya rindu aunty sebab tak sempat nak pergi rumah aunty."
Maksudnya Ash yg salah faham kat sini. Datin tersenyum puas bila semuanya terjawab.
"Boleh aunty nak pinang Fia untuk anak aunty?" Terkejut Fiq dengan soalan itu.
"Semuanya keputusan Fia"
"Tolong tanyakan. Jgn cakap aunty yg pinang. Please"
"Ill try."
"Aunty balik dulu" Fiq tersenyum lalu meneruskan kerjanya. Memang dia nak sangat Fia kawin cepat2 tapi Fia ni suka sangat buat kerja org lain daripada buat kerja sendiri. Sibuk nak jodohkan org jodoh sendiri tak cari. Tapi kalau ikutkan niat Fiq. Dia ingin satukan adiknya dengan adik angkat usrahnya di masjid. Bagus sangat budaknya. Memang calon suami terbaik.
"Fia.Fia.Fia" panggil Ash berkali. Tapi Fia buat derk aje. Sengaja dia buat begitu tapi ugutan Maya memang menakutkan dia. Masaklah nanti kalau terbongkar yg dia tu miss cafe mesti Ash akan benci dia dan tu lebih teruk daripada dia melarikan diri macam sekarang. Walaupun rindunya pada datuk dan datin dah tak tertanggung lagi.
"Lengan Fia ditarik."
"Apa ni pegang Fia" marah Fia.
"Sorry. Ash panggil Fia tak dengar ke?"
"X" jawab Fia geram. Memang berlapik tapi main redah je. Fia malas nak melihat muka itu.
"Mana senyuman Fia?rindu Ash nk tengok"
"Fia rushing ni. Ada kelas.nanti kita jumpa lagi. Sampaikan salam syg n rndu Fia kat mama n papa" Fia beredar dari situ dengan segera.dia rindukan keluarga itu tapi apakan daya dia tersepit.
Setelah seminggu berlalu masih juga sama. Fia masih mendiamkan diri. Bagai dipanah petir bila Ash melihat Fia di dalam kereta abg angkatnya. FIQ. maknanya Fia adalah isteri kepada abg angkatnya. Bagai hilang waras Ash seketika. Berat langkahnya ya Allah.
"Ash. Kenapa tak masuk?" Soal Fiq yg mncul.
"Ad kerja sikit abg. Ash kna balik ni"
"Ok. Jgn lupa datang majlis abg tau. Alamak kad tak bagi lgi kan?"
"Abg. X payah. Mulut je dh ckup. Ash mesti datang punyer." Ash meyakinkan dirinya. Kenapa mesti pisang berbuah dua kali. Mana lagi dia nak lari kali ini takkan nak mengadu pada miss cafe lagi.
Perkahwinan Fiq dan Hana memang meriah. Yg tak meriahnya hati Ash yg masih tak tahu kebenarannya. Berat langkahnya bila Fiq minta Ash supaya berada di sebelahnya. Menyaksikan perkahwinan gadis comel yg telah membawa lari hatinya. Dulu Ainnur hanya mengetuk hatinya. Itu dah tinggalkan kesan yg lama. Macam mana jika hatinya dah dibawa pergi.
Setelah akad di lafaz. Tidak sekali pun Ash mengangkat muka memandang pengantin prempuan pasti Fia sangat cantik dan ceria luar biasa hari ini. Lafaz yg dsebut juga tak mampu dia nak dengar. Lukanya lebih sakit kali ini.
'Kenapa pandang lantai je' bisik hati Fia pelik. Dah la muka macam nak mati je. Ni la adik angkat abangnya yg dipuji sgt tu. Memang Ash seorang yg baik. Kan?
Fia mengambil cammnya dan mulakan hobinya seperti biasa. Memang dia dah cuti ambil gambar Ash.jarang sangat nak dapat gambar time happy asyik sedih je. Tapi wajah itu yg menarik minat Fia.
Ash gagahkan dirinya. Dia ingin melihat Fia. Buat kali terakhir kut. Dia akan larikan dirinya kali ini. Dia tak kuat lagi. Sebaik melihat dahi pengantin perempuan di cium. Hati Ash merintih tapi sebaik melihat empunya badan. Ni pulak jdinya. ?????.
"Tu ke pngantin perempuan?" Soal Ash kepada lelaki sebelahnya. Entah siapa.
"Iyalah."
"Dah tu siapa?" Soal Ash lalu menunjukkan Fia yg asyik dgn kameranya.
"Adiknya" Ash tergelak seorang diri. Jadi abang angkatnya adalah abng Fia dan Fiq la yg Fia teman beli barang kawin hari tu. Ash tersengih pula. Cancel pergi luar negara.
Usaha kerasnya untuk memikat Fia masih tak berjaya. Pandai betul Fia melarikan diri. Dia juga tahu bila dia nak jumpa dengan mamanya. Akhir sekali Ash. Datin . Datuk dan Fiq dah berpakat. Fia akan disatukan dgn Ash. Bila diberitahu tntang peminangan Fia dgn cepat Fia bersetuju. Dia tak nak diganggu Ash lagi. Kalau dia tak terima pinangan itu pasti dia akan terima Ash dan bila mereka dah bersama pasti Ash akan tinggalkan dia bila kebenaran terbongkar.
"Adik yakin? Tak menyesal lepas ni?" Soal Fiq.
"Yakin! Minta pihak lelaki segerakan"
"Tak nak kenal dulu?" Soal Fiq gusar. Memang adik angkatnya yg mnjadi plihan tpi mcm mana kalau adiknya tak bersetuju.
"Tak nak." Jawab Fia yakin dan tersenyum.
Kini tinggal sehari lgi status singlenya. Esok dah tamat kisah dia yg single. Entah siapa Luqman yg berani melamarnya. Luqman senior kuliah dia ke? Pantai yg selalu mendamaikan itu tak damai hari ini. Kenapa rasa menyesal sekarang. Fia dah macam org tak waras. Melompat situ sini. Cakap sorang2 . Ash yg memerhti tergelak kecil. Jual mahal sangat sekarang Ash akan dpatkan Fia dgn cara halus tapi bijak.
"Fia" suara Ash direndahkan. Sengaja mengejutkan Fia.
"Ash?"
"Kenapa kusut sangat ni?" Dah tahu lagi nak tnya.
"Sibuk knapa?"
"Tanya je"
"Tepi. Nak balik ni" Fia melarikan diri lagi. Kali ini Ash dah tekad. Apa nak jadi pun jadi la.
"Knapa terima lamaran org tak kenal kalau tak suka"
"Memandai je. Fia percaya dgn jdoh?"
"Dah tu knapa menyesal?"
"Mana ada.!" Ujar Fia geram lalu melangkah pergi. Kenapa dia mesti jumpa Ash hari ni.
"Ash suka Fia!" Itu tekad Ash. Fia yg dengar luahan hati Ash tersepak kayu lalu terjatuh. Sakit sikunya terkena pada kayu tersebut. Cepat Ash datang membantu Fia.
"Luka?" Soal Ash khuatir.
"Ash. Fia tak suka." Kali ini Ash yg terkejut.
"Tak suka Ash?" Soal Ash gusar.
"Tak suka Ash cakap macam tu. Fia tunang org. Boleh salah faham tau."
"Tapi... mmg ikhlas Ash...."
"Dah. Fia nak balik" laju langkah diatur. Tak nak kata2 itu mengubah semuanya dalam sekelip mata. Entah bila hatinya dicuri Ash. Fia rasa macam berat sangat hatinya sekarang. Dah bertahun dia tak menangis tapi dia tak nak menangis kali ini. Kerana semua ini. Kerana cinta yg takkan kesampaian ini.
Suara suaminya didengar disebalik tabir. Sengaja dia memilih untuk tidak melihat suaminya semasa akad. Takut nanti dia lari pulak. Setelah selesai akad. Suaminya meminta untuk solat sunat dahulu. Memang suami yg baik. Detik hati Fia. Aku reda ya Allah. Ujar Fia lagi.
"Hubby kau dah mai" ujar Hana mengusik. Badannya dah sejuk macam ais. Jari dihulur. Cincin sudah tersarung. Mata masih lagi menekur lantai. Semua org menanti Fia menyalami tangan suaminya. Tapi dia tetap berkeras dan tak nak.
"Tak nak kenal Luqman ke?" Soal suaminya ditelinganya. Ya! Tak nak!!!! Jawab Fia dalam hati.
bila Fia menggeleng semua tetamu dah sakan ketawa. Tawa suaminya membuatkan Fia tersedar. Tawa itu. Ash!
Laju dia mengangkat muka. Terkejut bukan kepalang bila wajah Ash hanya beberapa cm darinya. Tapi sekarang memang dia terkejut gila sampai ternganga.
"Tutup mulut syg. Ash cium karang" laju tangannya menutup mulut. Kelopak mata Fia mula bergenang. Tak sangka betul doa fantasinya termakbul. Sempat dia berdoa semalam sebelum tidur supaya suaminya esok akan bertukar dgn Ash.
"Jgn mnangis. Please" pujuk Ash gusar. Disangkanya Fia tak suka dgn dirinya. Mnyesal pulak dia fikir. Kepala Fia rapat di dada Ash. Ash terkejut
"Terima kasih sebab kahwin dgn Fia. Fia dah takut sangat tadi. Ingatkan mamat bangla ke apa tadi" tetamu gelak lagi. Ash pun turut sama gelak. Kelakar betul isterinya ini.
"Dah. Tetamu dah lapar ni" ada jugak org yg sedarkan drama mereka ni. Jadi semua tetamu djemput ke rumah mereka utk makan2.
Ash ni asyik cari dan nak pandang Fia aje. Fia pulak dah hilang entah kemana. Bukannya nak melekat dgn suami sendiri. Macam bujang je Ash rasa.
dah dua jam Fia hilang. Bukannya hilang jauh tapi memang bukan berada dgn Ash.
Fia tersedar yg dia dah terlalu lama tinggalkan Ash. Dah petang pun tetamu dah ramai yg balik. Fia mencari klibat Ash tapi tak jumpa. Mana pulak pergi suami dia ni. Puas Fia carix jumpa jugak, akhirnya Fia masuk ke dalan rumah. Tetamu pun dah balik semua. Tersenyum Fia bila tengok Ash yg dah lena di sofa.
"Kesian Ash. Kanapa biarkan dia sorang? Tak makan lagi tu. Macam mana nak jdi isteri yg baik kalau suami sendiri pun tak ajak makan?" Fiq dah membebel panjang. Fia dgn rasa bersalah memohon maaf.
"Minta maaf dgn Ash la"
"Ya la." Fia mendekati Ash yg sedang nyenyak. Comel betul Ash tidur memang tak sedar apa lgi dah. Takut jugak Fia nak datang dekat. Malu sebenarnya sebab tak biasa lagi dgn status sekarang. Fia duduk di tepi Ash tapi agak jauh. Jadi dia hanya menyentuh bahu Ash dgn hujung jarinya.
"Bangun la" ujar Fia. Tak bergerak langsung badan Ash lalu dia mendekatkan dirinya sdikit. Tak sedar jugak. Dia dekatkan lgi dan kali ini cukup dekat utk mndengar dengkuran halus Ash. Ralit dia memandang wajah itu.
Ash membuka matanya dan berkerut dahinya bila mlihat Fia. Tapi Fia senyum aje.
"Siapa awak?" Soal Ash geram. Fia dah pening sekarang ni.
"Fia"
"Siapa Fia?" Soal Ash serius. Tidur lepas asar memang boleh effect teruk macam ni sekali? Fikir Fia.
"Isteri Ash" jawab Fia gabra. Kenapa ni?
"Bila masa pulak saya kawin?" Fia dah gentar sekarang ni. Takut pun ada.
"Tadi"
"Awak ni siapa? Cakap betul2" marah Ash. Fia dah menjauhkan diri dari Ash tapi Ash dekatkan jarak mereka hingga ke hujung sofa. Fia dah tak tahu nak buat apa sekarang. Lantas pipi Fia dicium dan Ash melarikan diri sambil ketawa senang. Saja nak kenakan Fia rupanya.
"Lepas exam kita pergi honeymoon?" Ajak Ash ceria. Semuanya dia dah setelkan tinggal Fia setuju je.
"Ok."jawab Fia sepatah.
"Dah siap study?" Soal Ash pula. Dari tadi asyik tunggu Fia study entah apa la yg Ash ni suka sangat mengacau. Pen diletakkan di atas meja dan Fia mengangguk. Hari ni dia tahu Ash rindukan dia dan tipulah kalau dia tak rindukan Ash. Sehari duk tengok buku je kerjanya sampai tak sempat nak hiraukan Ash. Exam final dia penting tapi Ash lebih penting.
"Jom." Ash mengangkat Fia ke katil. Fia ni jenis yg pemalu sikit jadi dia segan bila Ash beromantik macam ni. Mulalah nak blushing.
badan Fia yg kurus itu dibaringkan dengan selesa dan selimut ditarik, Ash pula mengambil tempat disisi Fia. Rapat sampai Fia boleh dengar nafas Ash. Tangannya melingkari pinggang Fia memang setiap pagi tangan ini yg sentiasa memeluknya bila Fia tersedar tapi itu dalam tidur dan tak sedar.
"Ash sayang Fia" ucap Ash jujur.
"Fia pun syg Ash. Sorry sebab busy sangat. Ash tak pernah buat apa yg Fia buat. Bukan Fia tak nak hiraukan Ash"
"Ash faham. Last exam and last paper kan. So, its fine"
"Kita pergi holiday lepas ni. Fia nak bayar balik masa yg Fia tengok buku dgn tengok muka Ash je"
"Ok." Ash tersenyum. Fia bab pujuk org memang terel menyusun ayat.
"Syg nak pergi mana?"
"Tak kisah.yg pnting dgn Ash"
"Ok!" Gembira betul Ash. Dia sangat cintakan Fia sampai cinta lama dia dah tak berbekas lagi. Ainnur dah tak wujud dalam hatinya.
"Jom tidur!"
"Ash, bangun la. Kata nak tengok sunset" pujuk Fia. Ash penat drive jauh ke Terengganu untuk bercuti. Fia pulak nak tengok sunset tepi pantai. Ash langsung tak bergerak.
"Ash penat kan? Ash rehat, Fia pergi sekejap je" Fia tersenyum puas. Pipi Ash dicium sebelum pergi.
Ash membuka matanya dan mencari Fia. Dah puas dia panggil Fia tapi Fia tak menyahut. Risau bukan kepalang Ash dibuatnya call pun Fia tak bawak phone. Melilau Ash mencari akhirnya dia keluar ke lobi. Dah la Fia tak pernah datang terengganu selama ini.
"Excuse me, ada nampak isteri saya tak?" Soal Ash pada pengurus yg handle penginapan mereka.
"Puan Safia ke pantai tadi"
"Ok, thanks!" dengan segera berlari ke pantai. Lupa dengan janji dia dgn Fia. Puas jugak dia cari Fia tapi tak nampak. Pasangan kat sini ramai pulak tu. Akhirnya Ash bernafas lega bila melihat sekujur tubuh yg asyik dengan cammynya, langkah Ash diatur perlahan dan Fia dipeluk dari belakang dengan erat. Sekejap pun Ash tak boleh bayang kehilangan Fia entah macam mana kalau Fia betul2 hilang. Boleh gila agaknya. Fia terkejut tapi dia tahu itu suaminya.
"Sayang..." Ash lega sangat sekarang.
"Sorry, Ash penat sangat tak sampai hati nak kejut."
"Ok. Next time dont do this again. Im looking for you like crazy. I love u, u know right?"
"Sorry...." pinta Fia lagi.
"Ok"
begitulah petang mereka di tepi pantai.
pada makan malam Fia teringin cerita hal sebenar pada Ash. Dia tak nak Ash dengar dari orang lain. Kalau nak marah pun marahla.
"Fia dan miss cafe org yg sma" ujar Fia jujur. Ash buat muka selamba dan menanti bicara Fia selanjutnya.
"Ash dengar tak?"
"Dengar"
"Ash tak marah?"
"Tak"
"Ash, Fia dah tahu semua pasal Ash tau, Ash tak rasa ke yg Fia tipu Ash?"
"Tak sayang. Sebab Ash tahu Fia miss cafe la Ash berani pinang Fia. Rupanya Maya ugut Fia pasal benda ni. Sebab tu Fia larikan diri dari kami"
"Jadi Ash dapat tahu dari Maya?" Soal Fia sedih.
"Ash tahu sendiri"
"Macam mana tu?" Soal Fia terkejut.
"Di setiap note yg Miss cafe balas mesti ada AiLy sbgai signature, gmbar pun smua ada bnda sma. Pokok. Ada gmbr Ash kat cafe Fia, mlam kawin Eddy. Dari situlah Ash tahu. Dan pokok yg Fia tanam rumah mama."
"Perasan pulak Ash"
"Kalau dah sayang, semua benda nampak besar. Apa maksud nama AiLy tu?"
"nama gabungan mama dan papa Fia, mama selalu guna nama tu thats why Fia pun guna sama. Betul Ash tak marah?"
"Knapa nak marah syg? At least Ash tak perlu cerita lagi pasal bnda tu kat Fia. Dan Fia pun dah jelas pasal bnda tu. lagi satu. kek yg Fia buat untuk mama Ash makan sama. Ash kenal rasa kek tu jadi Ash pelik. bila Ash rasa nak sangat tahu Ash pergi cafe untuk cari Fia tapi Ash jumpa tie Ash dan gambar2 Ash. dari situ Ash dah pasti sangat tapi Ash nak dengar sendiri dari mulut Fia."
"Fia rasa bersalah sangat. Fia mintak maaf"
"no need sayang. Ash tak marah pun. Patutlah macam boleh faham hati Ash je" Fia tersengih. Bukan sekali dia baca nota Ash berkali kali kut.
"Ash nak tahu kenapa Fia dah dua kali tak balas nota Ash?" soal Fia.
"haah, kenapa? tertunggu tunggu Ash tau."
"sebab Fia jeles bila Ash cakap hati Ash dah boleh terima cinta baru" Ash ketawa senang. Ikhlas dia tak percaya yang Fia cemburu maksudnya memang dia tak bertepuk sebelah tangan sejak awal lagi. Cinta mereka mekar bersama tapi tanpa diketahui oleh hati masing-masing.
"ya Allah, sayang. Sayang la orang tu."
"tau tapi, Fia cinta kedua Ash la kan?"
"Pertamalah syg" jawab Ash laju.
"Aik, boleh pulak." ujar Fia hairan. Dulu bukan main lagi frust menonggeng.
"Sebab syg isteri Ash. Bersama syg buat Ash rasa gembira sgt. Rasa mcm Ash org pling gembira sbb kawin dgn Fia."
"sebab Fia isteri pertama Ash?"
"bukan macam tu sayang. Dengar ni. I love u. Tak sama apa yg Ash rasa pada Fia dan Ainnur. Fia adalah cinta tapi Ainnur adalah admire. Faham?" Bersungguh Ash menjawab. Fia mengangguk laju lalu tersenyum gembira. Admire pun sampai nak gila jugak dibuatnya.
"Yg penting. Fia, cinta terakhir Ash" ujar Ash lagi. Fia sengaja buat muka jelik walaupun dalam hati dah rasa macam blossom gila.
"Ash pun cinta terakhir Fia. nak tanya boleh?"
"apa?" soal Ash sambil jarinya mengusap lembut jari Fia. Fia kini miliknya dan dia sangat bersyukur memiliki gadis itu dan cintanya juga memang tercipta untuk Fia selama ini. Sebab itulah Allah tak satukan dia dan Ainnur. memang kalau diperhatikan sepertinya cinta pertamanya milik Ainnur tapi bila kita sedar dan faham maksud cinta yang sebenar pasti kita tahu siapa yang pertama. Dan dia pasti cinta pertamanya dimiliki oleh Fia.
"apa respon Ash bila Maya cakap pasal miss cafe"
"Ash ucap terima kasih kat dia"
"kenapa pulak?" soal Fia pelik. Ash ni semakin kita kenal semakin rasa yang dia tu pelik sebenarnya. Dari cara fikir pun dah lain sangat.
"because shes make me clear in everything when i need an explaination"
"jadi dia cakap apa?"
"dia cakap Ash teruk dan stupid sebab rela kena tipu"
"betul la tu" ujar Fia perlahan tapi Ash yg mendengarnya tergelak.
"kalau dah sayang rasa macam bodoh pun takpe"
"tapi macam mana dia tahu yang Ash ada something secret dengan miss cafe?" soal Ash pelik.
"Fia cakap dengan mama, then dia dengar. dia selalu intip Ash tau. Dia tahu Ash lepak situ. Tapi dia tak tahu rahsia Ash"
"jadi, kekuatan dari mana dia dapat nak ugut Fia?"
"mungkin dia rasa benda tu akan effect Fia kut. Dan memang ya pun cuak Fia tau. Kalau Ash tahu yg Fia tahu semuanya mesti Ash fikir Fia permainkan Ash"
jelas apa yang disampaikan oleh Fia dan dengan senyuman Ash menerima semuanya. Sepatutnya dia rasa macam bodoh dan dipermainkan tapi entah kenapa dia rasa gembira mungkin sebab dia tahu dari tulisan dia cuba menenangkan Ash dan dari segi layanan dari watak berbeza dia sampaikan rasa tenang itu. Sebab itu dia dapat rasakan apa yang dimaksudkan miss cafe sampai dengan jelas. dah macam angel.
"thanks for coming in my life"
"alhamdulilah, Allah knows everything."
"alhamdulilah. Fia cinta terakhir Ash, tak kisah ia bermula dengan siapa tapi pengakhirannya yg penting. kan?"
"yup! thats why Fia cintakan Ash. Sebab dalam doa Ash selalu ada kegembiraan orang lain. Ash tak selfish."
"puji la lagi, kembang Ash nanti"
"takpe puji suami sendiri"
" thank you for everything. please be my love?"
"i will, for forever. in sha Allah dengan izin Allah"
"amin" ucap mereka berdua serentak. Senyuman mereka telah menjadi saksi. Setiap permulaan ada pengakhiran dan permulaan yg tak baik tak semestinya berakhir dengan buruk dan permulaan yg baik tak semestinya berakhir dengan baik. Allah itu selalu ada. doalah kerana Allah maha mendengar malah allah maha mengasihani dan penyayang. Wujudnya cinta di dunia ini, tidak mengira pertama mahupun yang terakhir semuanya kerana Allah. Semuanya kerana ya rahman ya rahim.

#tq sudi habiskan walaupun bnyak cacat cela...hihihi...
Besttt coii!!
ReplyDeleteTq baca yer... sorry la x smpat edit lgi yg niii..
DeleteDah Kali k brapa ntah sy baca ni cerpen hehe,,, ternanti2 cerita CEO pulak rasanya hehe
ReplyDeleteTq baca lagi... sorry la buat awak ternanti nanti... skrg mmg dlm keadaan sbuk dan x dak idea lgsung... sorry ok..
Deletesemua cerpen awak best belaka....teruskan berkarya
ReplyDeleteTq baca... tq jgak support...
DeleteBest sangat la.. Entah berape kali la saya baca ni..
ReplyDeletesaya kembali setelah 9 tahun huhuhu...
ReplyDelete