Assalamualaikum. . Hyep! Hehe, first of all sya nak mintak maaf sesangat. sebab, masa sya tulis cerita ni, mood sya memang down skit and sya agak sedih. So, cerita ni mungkin tak best dan biasa je. Sya pun tak berapa nak suka jalan cerita ni, hahaha tapi sya dah mula dan sya kena habiskan jugak. . Huhuhu. Sorry kalau tak best ok. In sha Allah lain kali sya cuba lagi!!! Yeah. Apa pun jemput baca la yer. .
Setiap pagi rumah bersaiz sederhana yang terletak di tengah kota ini mulai dipenuhi dengan bunyi orang memasak di dapur. Bunyi sudip yang menghentam kuali jelas kedengaran menyebabkan seorang gadis berumur lima belas tahun terjaga dari tidur lenanya.
“papa, orang lain pun masak jugak. Tak ada yang sampai bunyi macam orang berperang” dengan suara yang masih lagi mengantuk gadis itu memerli lelaki yang dipanggil papa. Lelaki itu ukirkan senyuman manisnya seperti biasa dan teruskan memasak tanpa hiraukan anak gadisnya yang jelas tidak berpuas hati tidurnya terganggu.
“papa, Isha cakap dengan papa ni” bentak gadis yang bernama Isha ini dan mulutnya mula memanjang.
“papa dengar” akhirnya lelaki itu bersuara juga setelah memberikan senyuman tidak bersalah kepada anaknya.
“geramnya papa ni!” bentak Isha lagi dan mula beredar dari dapur ke ruang tamu. Dia menekan remote tv dan menonton apa sahaja yang diayangkan di skrin.
“Isha, papa kena kerja hari ni”
“apa? Papa, weekend kut”
“papa tahu tapi, kita perlu duit lebih untuk baiki kereta tu” balas lelaki itu balik namun masih lagi tersenyum kepada anak perempuannya. Isha terdiam bila papamya bahaskan sola duit dan keperluan. Dia tahu dia bukan keluarga berada yang mampu mendapat segalanya tapi dia gembira dengan keadaan sekarang.
“kalau Isha ikut boleh?” soalan Isha buatkan lelaki itu tersenyum puas. Dia tahu Isha anak yang baik walaupun keras kepala dan suka sangat protes.
“study, dah nak exam kan?”
“papa, lebai sangat!” marah Isha tetapi hanya disambut dengan tawa papanya. Semua orang tahu yang Isha ni malas tak mampu diucap dengan kata-kata je. Memang pemalas tahap dewa agaknya tapi, dia ada kelebihan dalam sukan. Memang tak sebijak papanya tapi agak kuat dan aktif dalam sukan.
“papa pergi dulu, sarapan dah siap. Lunch pun sama. Jangan merayap dan buat papa risau please?” pinta lelaki itu dan Isha angguk malas lalu bangun dari sofa dan berjalan ke pintu bersama. Satu pelukan diberikan dan ciuman di dahi dia dapat sebagai balasan. Isha tersenyum senang melihat papanya, lelaki yang paling dia sayang atas dunia ni pergi kerja.
“kereta, kenapa kau rosak? Kesian apa aku tau!” Marah Isha pada objek tidak bernyawa itu. Isha lepaskan keluhan berat dan berjalan masuk semula ke dalam rumah. Dia ke bilik. Bukan untuk mandi atau mula apa yang papa dia pesan tapi untuk tidur. Selagi jam tak berganjak ke 12 tengahari memang membuta je kerja Isha ni.
Amir Fadlan, lelaki berumur 37 tahun dan mempunyai seorang anak berumur 16 tahun. Macam mana dia dapat bergelar seorang bapa kepada gadis seumur itu, ceritanya sangat panjang dan penuh dengan drama yang tak terduga. Bekerja sebagai pengurus di sebuah hotel tapi bekerja sampingan sebagai trainer kepada orang yang berminat untuk menunggang kuda.
But hitam diikat dengan kemas dan rapi, baju dibetulkan dan topi dicapai lalu diletakkan dengan kemas dia tas kepala. Mempunyai rupa yang average tetapi sangat matang dan mata serta senyuman yang menarik menyebabkan dia agak dikenali dikalangan pelatih wanita.
“Fad!” Fadlan berkalih memandang lelaki yang memanggil namanya itu dan senyuman ringkas diberikan kepadanya.
“anak datin nak kau jadi private trainer dia hari ni” maklum lelaki itu sambil tersengih dan Fadlan hanya gelengkan kepalanya.
“la, rezeki tu!”
“tak boleh la Syuk, hari ni aku half day je, lagipun client aku dah tunggu tu” tolak Fadlan dengan sopan.
“berapa je kau dapat kalau dengan budak kecik tu” pujuk Syukor lagi.
“aku lebih rela ajar budak-budak yang ikhlas datang belajar daripada orang yang datang nak menggatal. Lagipun, anak aku ada rumah ni. Pergi dulu” Fadlan malas nak dengar pujukan daripada Syukor lagi jadi, dia terus pergi ke lapangan untuk berjumpa dengan pelatihnya.
“uncle! Kenapa lewat sangat. Lenguh Ita tunggu” mulut kecil itu mengomel dengan kelewatan Fadlan ada sesi latihannya. Fadlan ukir senyum manis dan melutut di depan budak kecil yang bernama Ita itu.
“maaf la, tadi ada hal sikit” bahu Ita diusap perlahan dan kepala kecil itu disentuh lembut. Dia dah anggap Ita seperti anaknya sendiri.
Icha sudah lama bekerja di hotel itu dan dia mengambil kerja tambahan dengan membersihkan kandang kuda pada waktu petang. Dia perlukan duit jadi, dia tak peduli badannya yang letih atau sakit, lagipun dia lebih bahagia bekerja daripada berada di runah.
Tepat jam 6.45 petang Icha mengayuh basikalnya pulang ke rumahnya yang tidak berjauhan dari rumah majikannya itu. Icha seorang yang ceria dan pandai tetapi kerana keluarganya bukanlah orang yang senang dia terpaksa mengalah sebagai anak. Dia mula bekerja sejak berumur 22 tahun selepas tamat diploma dan dapat sambung pelajaran ke peringkat seterusnya tetapi semua impiannya terpaksa dilupakan dan adik beradiknya yang lain perlu diutamakan.
Mempunyai seorang abang dan masih lagi belajar, kenapa? Sebab mak dan abahnya percaya yang abangnya mampu untuk mengubah hidup mereka suatu hari nanti. Adik beradiknya hanya 4 orang orang dia ada adik lelaki dan perempuan. Mereka berdua masih lagi belajar dan berumur 16 tahun. Hadi dan Huda adalah pasangan kembar tetapi adik daripada ibu lain. Bukan ibu yang sama dengan Aiman dan dia. Maknya selalu lebihkan anak-anaknya dan abang icha sendiri dan dia sendiri tak pasti kenapa dia yang selalu sahaja dikorbankan tetapi dia tetap bahagia.
“Icha, pergi beli beras sekejap” Icha terdiam di depan pintu sejenak bila dia dipinta untuk ke kedai sedangkan dia baru sahaja balik dan melangkah masuk ke dalam rumah. Mata Icha terkebil-kebil seakan tidak mengerti kenapa dia yang disuruh sedangkan Hani dan Hadi sedang bersenang lenang depan tv.
“tapi…beli apa mak?” soal Icha langsung, malas dia nak menolak lagipun menolong ibubapa adalah ibadah.
“beras, tak dengar ke aku cakap tadi” Icha diam bila dia disindir macam tu.
“du…duit?” soal Icha perlahan lahan.
“kau kan kerja, takkan duit beras pun nak berkira dalam rumah ni. Kau pun makan nasi dalam rumah ni jugak” Icha diam lagi.
“tapi mak. Duit bulan lepas Icha dah bagi semua kat mak. Tak ada duit dah” jawab Icha bercakap benar.
“alah, kau ingat aku tak tahu kau simpan duit? Guna je la duit tu. Kau simpan nak buat apa?” hati Icha terguris bila dia disindir macam tu dan dilayan seperti anak tiri,well, secara logiknya memang anak tiri pun.
“tapi tu simpanan Icha, Icha nak sambung belajar”
“dah tua pun kau tu. Tak malu ke nak sambung belajar lagi. Lupa je la niat kau tu. Pergi beli beras cepat nanti abah kau balik nak makan” Icha tundukkan wajah memandang lantai dan air matanya hampir mengalir di pipi.
“mak! Hadi nak pergi kedai ni, nak kirim beras ke?” Hadi tiba-tiba bersuara dan bangun mendekati maknya. Bila hadi yang minta duit terus diberikan dan hadi senyum simpati kepada kakaknya itu.
“nasib baik ada anak aku.” Bila Icha disindir lagi air matanya sudah jatuh ke lantai dan dia berjalan masuk ke dalam biliknya yang kecil dan tidak dilengkapi walau dengan sebuah katil. Hanya tilam dan satu almari pakaian yang hampir roboh. Kenapa hanya dia yang dilayan seakan bukan anak di dalam rumah itu.
“papa, Isha nanti ada tour tau. Boleh tak Isha nak ikut?” soal Isha bila berbual dengan papanya diruang tamu sambil melipat baju yang diangkat di jemuran petang tadi.
“tour? Kat mana?” soal Fadlan memberi perhatian kepada anak perempuannya.
“Perak”
“Isha nak pergi?” soal Fadlan pula.
“kalau ikutkan memang nak tapi, lama jugak pa. seminggu macam tu dan, bayaran dia RM250” perlahan sahaja harga yang disebut oleh Isha. Dia tahu dia tak kaya dan duit adalah masalah kepada mereka juga.
“boleh, RM250 papa mampu lagi” Fadlan dengan senyuman berikan keizinan kepada Isha, isha yang terlalu gembira terus melompat ke atas belakang Fadlan dan memeluk badan sasa itu erat. Sebab itu la Isha tak perlukan ibu dalam hidupnya. Ada papa sebaik Fadlan sudah lebih daripada mencukupi.
“love you papa!” pipi Fadlan dicium berkali kali sehingga Fadlan ketawa ringan.
“tapi janji dengan papa, final exam nanti at least 5A” pinta Fadlan sebagai syarat dan rahang Isha jatuh gedegang.
“papa! Daripada satu A nak lompat ke 5 A? tu bukan anjakan paradigma pa tapi anjakan planet ke planet!” protes Isha keras seperti untuk mendapatkan 5 A itu perlu korbankan nyawa dan mustahil yang teramat. Fadlan senyum sedikit sebab dia tahu yang Isha akan protes habis-habisan dengan segala hujah yang dia ada untuk menang.
“at least 3 A” Fadlan buat toleransi kepada Isha. Isha kalau tak dipaksa takkan buat selalunya kalau bab belajar ni.
“2?” cuba Isha lagi.
“no! 3 A dan kalau anak papa ni dapat 5 A, smart phone for you” Fadlan terus mencuba dan Isha dah mula membayangkan saat tangannya memegang smart phone yang menjadi kegilaan semua orang di dunia ini.
“promise like rabbit?”
“ya”
“done! 5 A!” tekad dan azam Isha mula membuak buak dan terbakar sekarang ni. Fadlan tersenyum melihat anak perempuannya yang masih lagi mentah dan tak mampu berfikir dengan matang. Masih jauh perjalanan hidup Isha jadi, Fadlan berniat ingin berikan yang terbaik kepada anaknya walaupun dia tidaklah berkemampuan seperti orang lain. Dia sedih Isha tak mampu rasa kehadiran dan kasih sayang seorang ibu tapi tak pernah sekali keluar dari mulut Isha mengiginkan seorang ibu.
Isha dan kawan-kawannya sekarang berada di atas bas dan bertolak ke Perak. Hati Isha terasa berat untuk pergi kali ini,sepertinya ini kali terakhir dia akan berjumpa dengan papanya tapi dia positifkan diri dan anggap itu hanya permainan mindanya.
“Isha, kenapa?” soal Mira kawan baik kepada Isha sendiri dan mereka duduk bersebelahan di dalam bas. Isha tukar pandangan dari luar tingkap ke wajah kawan baiknya yang sedang tahan mengantuk.
“aku risaukan papa aku” jujur kata-kata yang keluar dari mulut Isha kali ini dan Mira senyum sedikit bila dengar kawan baiknya mengeluh. Siapa tak tahu yang Isha ni anak papa dan tak boleh nak berenggang lama dengan papanya.
“papa kau dah tua pun” Mira bagi ayat penenang selamba yang boleh menyebabkan dirinya ditendang keluar dari bas tapi, hari ini Mira bernasib baik sebab Isha tidak berada dalam mood membunuh. Isha hanya berikan keluhan berat dan jelingan ringkas kepada Mira.
“sorry. Kenapa kau risau?” soal Mira mula ikut rentak serius yang Isha berikan.
“entah, kau pernah tak rasa tak sedap hati dan rasa macam ada benda buruk nak jadi je”
“mestilah pernah, kalau ada kelas add math confirm aku rasa tak sedap hati dan benda buruk nak jadi” jawab Mira serius habis dan Isha tergelak kecil. Siapa yang tak tahu betapa Mira takutkan add math.
“yeah, Cikgu Derahman memang menakutkan” sambung Isha menyokong apa yang keluar dari mulut Mira. Fikirannya tentang papanya telah lenyap seketika dan dia mula rasa angin mengantuk. Dia menguap malas dan meletakkan kepala pada kerusi.
”anak papa dah rindu rumah ke?” telinga Isha berdesing bila ada mulut busuk mula cari pasal dengannya dan orang tu bukanlah orang lain. Fuad!
“kau rasa nak makan bubur ke Fuad?!” soal Isha bengang dan berdiri. Dia pandang Fuad yang berada di belakang kerusinya yang sedang tersenyum sinis sambil membalas pandangan mata Isha tanpa gentar malah seakan sengaja mencari pasal.
“anak papa dah naik angin”
“cikgu! Fuad cuba nak sentuh saya” laung Isha membuatkan semua mata memandang mereka dan Fuad mula kecut dengan pengumuman tidak berasas Isha. Guru segera datang bila mendengar aduan daripada Isha. Fuad kecut sendiri bila dia dituduh sebegitu. Isha tersenyum sinis dan kemenangan bila Fuad di soal berkali-kali mengenai hal itu.
“saya tak buat cikgu” Fuad tetap berkeras menafikan perkara itu. Setelah puas mendengar Fuad membela dirinya Isha mula membuka mulut.
“maaf cikgu, bukan tangan Fuad tapi tangan Mira. Saya silap” ujar Isha sambil tersengih ringkas dan setelah itu cikgu itu mula beredar dari situ. Isha senyum jahat kepada Fuad yang jelas menahan marah sekarang ni.
“kau boleh masuk lokap tau” Isha cuba untuk menaikkan kemarahan Fuad lagi.
“daddy aku lawyer ok” dengan keras Fuad menjawab tapi Isha tetap ukir senyum sinis. Dia tak gentar dengan apa yang Fuad katakan. Siapa tak tahu Fuad adalah anak orang kaya yang berlagak dan berlagak handsome!
“don’t care!” setelah bagi satu lagi senyuman sinis Isha kembali duduk dan Mira gelengkan kepala dengan perangai Isha yang suka sangat menyebabkan huru hara. Nasib baik Isha tak teruskan berlakon yang dia disentuh Fuad kalau tak naya Fuad kena hukum tanpa sebab.
Fadlan menyemak fail hotel dan uruskan beberapa perkara sebelum balik ke rumah. Dia sengaja melengahkan masa kerana dirumahnya kosong dan tak ada sesiapa. Dia rindukan Isha dan dia terlalu sunyi untuk berada di dalam rumah itu seorang diri. Bila dia bercerita kepada seseorang semua orang minta dia cari pengganti dan kahwin lagi. Perkataan kahwin dah lama tak muncul dalam benak Fadlan dan perkahwinan bukanlah perkara yang penting untuknya kini.
“dah siap! Boleh balik” Fadlan berkata kepada dirinya sendiri seakan gembira kerana dapat balik tapi dia tahu yang dia tak rasa gembira langsung. Fadlan ukir senyum dan bernyanyi kecil sambil berjalan ke keretanya yang baru sahaja dibaiki. Bila dia tiba diparkir dia terdengar suara orang menjerit meminta tolong.
“siapa yang ada kat kandang kuda waktu macam ni?” soal Fadlan pada dirinya sendiri dan mula berjalan ke arah kandang yang jelas terkunci itu. Bila dia tiba dipintu utama dia terdengar suara orang menangis sambil meminta tolong.
“ada orang ke?” soal Fadlan separa menjerit dan dia menunggu beberapa saat untuk mendengar balasan tetapi sunyi je.
“aku mengantuk kut” Fadlan mula berjalan pergi tapi bila dia dengar ada bunyi benda jatuh dia kembali semula.
“to…tolong…” bila Fadlan pasti yang itu adalah suara seorang perempuan dia cuba untuk membuka pintu itu tapi tak berjaya. Dia berlari ke arah pejabat dan mengambil kunci kandang dan kembali semula dengan kadar segera. Pintu dibuka dan dia terkejut bila melihat seorang perempuan yang basah kuyup berada di dalam bekas minuman kuda.
“cik, cik ok?” soal Fadlan kalut dan mendekati perempuan yang kelihatan sangat mengasihankan. Jaketnya dibuka dan diberikan kepada perempuan itu. Dia membantu perempuan itu untuk berdiri tetapi akibat badan yang lemah perempuan itu jatuh dan menimpa Fadlan sehingga badan Fadlan ditindih sepenuhnya oleh perempuan itu.
Tanpa diduga dan disangka, entah dari mana datangnya jabatan agama yang muncul disitu. Fadlan kelu dan tak mampu untuk beri apa-apa respon bila mereka berdua ditangkap dan dibawa ke pejabat agama. Fadlan cuba untuk terangkan hal sebenar tapi tak ada seorang pun yang ingin mendengar ceritanya.
“anak tak mengenang budi!” satu tamparan kuat singgah di pipi kanan perempuan itu bila dia diserang oleh seorang wanita yang sudah berumur. Memerah pipi perempuan malang itu dan bibirnya berdarah sedikit. Sepasang mata tua lelaki yang mampu memandang sedih tanpa lakukan apa-apa tindakan. Apa yang jelas mata itu tunjukkan wajah kecewa.
“Icha tak buat abah” ujar perempuan itu sedih dan cuba untuk buatkan orang tuanya faham.
“kami tak salah mak cik” ujar Fadlan cuba untuk membantu Icha tapi dikelar dengan kasar.
“kau bukan anak kami lagi!” setelah itu pasangan tua itu terus beredar dan yang tinggal hanya mereka dan Icha yang sedang menangisi nasibnya.
Fadlan mampu jelaskan perkara sebenar kepada semua orang dan setelah siasatan dilakukan dan melihat keadaan Icha yang benar-benar kelihatan sakit mereka berdua dibebaskan tanpa denda. Fadlan tak pasti apa yang dia perlu cakap sekarang tapi dia turut bersedih melihat Icha.
“saya hantar awak balik” ujar Fadlan dan bukakan pintu keretanya untuk Icha. Pandangan sayu Icha buatkan Fadlan serba salah. Icha anggukkan kepala ringkas dan masuk ke dalam kereta tanpa banyak soal.
Sepanjang perjalanan balik Icha hanya bercakap bila Fadlan tanyakan alamat rumahnya. Sebaik sampai Icha ucapkan terima kasih dan berjalan masuk ke perkarangan rumah. Fadlan buat keputusan untuk beredar dari situ lagipun mereka berdua dikatakan tidak bersalah.
“macam mana kalau dia kena halau?” soal Fadlan pada dirinya sendiri. Risaukan orang yang dia sendiri tak kenal.
“tapi kami tak salah, tak ada apa kut.” Fadlan senangkan hatinya dan memandu pergi dengan perlahan –lahan. Bila hampir sampai ke satu simpang, Fadlan kerling cermin belakang dan dia terkejut bila melihat Icha ditolak dengan kasar ke atas jalan raya. Dia segera hentikan kereta dan berlari keluar untuk menolong Icha.
“kau jangan pijak rumah ni lagi!” beg pakain dibuang tepat atas muka Icha yang jelas sedang menangisi nasibnya sendiri.
“mak cik, pak cik, kami tak salah. Anak mak cik tak salah” Fadlan segera menjawab bagi pihak Icha yang hanya mampu menangis.
“kau dah rosakkan dia sekarang kau nak buang dia dalam rumah ni pulak!”
“mak cik, kami tak buat apa-apa”
“pergi dari sini! Jijik aku nak tengok orang macam kau ni!”
“mak cik!” suara Fadlan meninggi sedikit.
“pergi dari sini, tak ada orang yang sanggup tinggal sebumbung dengan sampah macam kau ni”
“saya sanggup mak cik. Anak mak cik ni bukan sampah. Saya akan buktikan dan saya akan kahwin dengan dia.”
“jom!” ajak Fadlan masih lagi dengan wajah serius. Fadlan tak sangka yang dia akan berjumpa dengan orang tua sebegitu. Sudah jelas mereka tidak bersalah tetapi tetap dipandang hina. Apa salahnya dengan menolong orang lain. Fadlan membawa Icha ke kereta dan ke rumahnya.
“awak boleh mandi, tukar baju dan tidur dalam bilik hujung tu. Saya tumpang rumah kawan” setelah berikan kunci rumah Fadlan terus beredar dari situ. Icha merenung segugus kunci dalam tangannya dan dia kembali menangis. Dia tak sangka yang masih ada orang baik dalam dunia ini. Walaupun dia tak bernasib baik tapi dia bersyukur kerana ada yang masih sudi untuk membantunya.
Beberapa hari setelah kejadian itu akhirnya semua kembali tenang. Kisah tangkap basah itu memang menjadi bualan beberapa orang pekerja dan kebanyakannya menyalahkan Icha. Dituduhnya Icha yang sengaja perangkap Fadlan padahal Icha baru sahaja bekerja di situ beberap hari dan tak pernah bertembung walau sekali dengan Fadlan. Icha sudah lama tak masuk kerja dan dia juga tidak keluar dari rumah.
“siapa kau ni?!” tiba-tiba ada suara menjerit dan Icha terkejut ketika dia sedang bersihkan beras didapur.
“Isha” perlahan sahaja suara Fadlan sebaik melihat anak perempuanya yang baru sahaja balik dari Perak.
“papa, siapa ni?” soal Isha dengan kerutan yang jelas di dahinya.
“ni Icha…” jawab Fadlan serba salah. Icha telan liur bila melihat wajah bengang Isha.
“Icha siapa?” soal Isha keras.
“isteri papa” jawab Fadlan seakan menyebut sesuatu yang pahit dan dia merenung lantai yang bersih. Mulut Isha terbuka luas dan dia mula menjerit tak puas hati. Dia tak percaya yang papanya sanggup membelakangkan dia dalam hal sebegini.
“papa! Papa cakap tak nak kahwin lagi dah!” marah Isha dan matanya mula memerah.
“sayang dengar sini, papa tak rancang semua ni” ujar Fadlan cuba untuk meraih tangan Isha tapi tak berjaya.
“perempuan gatal! Kenapa kau kahwin dengan papa aku?!” soal Isha kasar dan menolak bahu Icha kuat menyebabkan Icha terundur beberapa langkah ke belakang.
“Isha, kenapa kasar sangat ni?” soal Fadlan seakan terkejut dengan tindakan Isha.
“Isha benci papa!” Isha segera berlari masuk ke dalam biliknya dengan perasaan sebal dan bengang kerana papanya dah ingkari janji untuk tidak berkahwin lagi
Icha menjadi serba salah bila kehadirannya menyebabkan keluarga ini bergaduh. Icha telan liur dan memandang Fadlan yang jelas sedang kusut.
“awak, saya minta…”
“maaf awak tak dapat undur balik masa. Ok?” soalan yang kedengaran kasar itu buatkan mulut Icha terkunci rapat. Sekarang semua orang marahkan dia dan dia rasa sangat tak diperlukan malah sangat dibenci oleh semua orang. Perkahwinan ini bukan salahnya dan tak pernah walau sekali ia minta untuk berkahwin dengan Fadlan.
Dua minggu berlalu dan Icha hanya terluka berada di dalam rumah itu. Terluka dengan sikap dan kata-kata kasar dari mulut anak tirinya. Terluka dengan sikap Fadlan yang dingin dalam lembut bicaranya. Terluka dengan kehadirannya dalam rumah ini. Tak ada sesiapa yang mengalu alukan dia ke sini dan tiada siapa yang ambil berat tentangnya.
“menangis?” Icha angkat muka dan kesat air mata bila melihat Isha masuk ke dapur rumah.
“basuh semua baju ni. Basuh tangan!” arah Isha kasar dan mencampak baju-baju kotor itu tepat ke muka Icha. Icha hanya mampu menurut dan mengambil setiap helai baju itu dan dibawa ke bilik air untuk dibasuh.
“kenapa basuh tangan?” soal Fadlan sedikit terkejut bila melihat Icha sedang membasuh baju di dalam bilik air.
“saja, nak jimat elektrik” jawapan spontan Icha buatkan Fadlan tersenyum sedikit. Fadlan tercuit dengan jawapan Icha yang pada akalnya logic tapi jelas sangat Icha berbohong.
“saya tahu Isha yang paksa awak buat semua ni” ujar Fadlan dan ikut sama duduk bercangkung di sebelah Icha.
“tak, dia tak paksa. Dia minta tolong dari saya”
“awak tak perlu ikut je apa yang dia nak. Saya minta maaf tak mampu nak halang dia”
“apa awak cakap ni, saya tak kisah”
“tak ada siapa pun layak layan awak macam ni”
“semua ni bukannya beban pada saya. Saya bersyukur sekurangnya ada yang sudi kutip saya” jawab Icha dalam nada sedih tapi masih lagi mampu tersenyum. Fadlan pandang lantai yang bersabun dan dia rasa sakit dari dalam. Dia tak mampu nak menjaga mana-mana hati dalam rumah ni lagi dah. Isha, anak dan perempuan yang dia paling sayang dalam dunia ni serta Icha, asing. Ya, sangat asing dalam hidup Fadlan.
Perangai Isha semakin menjadi-jadi dan prestasi akademiknya jatuh merudum, masalah disiplinnya juga sangat teruk sehingga Fadlan dipanggil ke sekolah di atas kesalahan berat yang Isha lakukan. Iaitu memukul seorang pelajar lelaki di sekolah.
“papa tak tahu kenapa mesti jadi macam ni” Fadlan ingin marah tapi dia tak pasti macam mana. Dia tak pernah berkeras dengan Isha dan dia tak berani nak meninggikan suara.
“papa ceraikan dia dan semuanya selesai” balas Isha selamba tanpa berfikir banyak. Mulut Fadlan terbuka bila mendengar jawapan selamba anak perempuannya.
“nikah cerai ni bukan benda main-main” terang Fadlan lembut.
“Isha tak peduli. Semua budak di sekolah cakap pasal papa kahwin lain. Dah la kena tangkap basah!” jerit Isha lantang.
“Isha!” suara Fadlan ikut sama meninggi dan nafasnya turun naik menahan sebak dan geram. Wajah Isha dipandang tajam dan dia kembali focus kepada jalan. Isha mendiamkan diri setelah dijerkah kerana dia tahu yang dia salah tapi dia tak akan pernah mengaku.
Isha digantung sekolah selama seminggu di atas hukuman memukul rakan sekelas. Isha gunakan kesempatan yang dia ada untuk membuat masalah dirumah dan membuli Icha dengan keras. Segala hal disuruhnya dan Icha tanpa bantahan hanya mampu menurut.
“aku benci kau perempuan! Kenapa kau tak blah je dari sini?” soal Isha bengang. Icha menahan perit bila dia disoal sebegitu dan memilih hanya untuk berdiam diri sahaja. Dia tahu tak ada guna dia menjawab sebab walau apa sekalipun yang dia jawab Isha tetap bencikan dia.
“aku tanya kau ni!” bentak Isha geram bila Icha hanya buat tak dengar.
“maaf, saya tak tahu apa yang perlu saya cakap” pinta Icha lembut.
“menyampahnya aku dengan perempuan murahan macam kau ni” Isha tolak kasar bahu Icha sehingga badan Icha merapat ke sinki. Icha cuba menahan dirinya supaya tidak tersembam ke dalam sinki dengan memegang tepian cabinet dapur
“kau pergi dari sini!” halau Isha keras.
“tapi…”
“tapi apa bodoh?” soal Isha keras.
“Isha!” suasana kembali senyap bila ada satu suara kuat yang menjerit dan tiada orang lain lagi selain Fadlan sendiri. Isha sedikit kecut bila terdengar suara papanya tapi dia tetap tayang muka berani habis.
“papa tak sangka papa dah besarkan seorang anak yang tak tahu nak hormat orang lain” dengan dingin Fadlan bersuara sedih. Dia sedih, teramat sedih sebenarnya dengan apa yang terjadi kepada keluarganya sekarang ni. Fadlan hampir putus asa tapi dia terpaksa kuat kerana dia adalah ketua keluarga.
“Isha pun tak sangka yang papa macam ni” jawapan Isha buatkan mata Fadlan terbuka luas dan pada masa yang sama hati Fadlan jelas terluka dengan perkataan yang keluar dari mulut anaknya.
“papa tak kisah kalau orang lain pandang serong pada papa tapi, anak papa sendiri pun…” kata-kata Fadlan berakhir di situ sahaja dan Fadlan tinggalkan dapur yang kembali sunyi itu.
Isha menundukkan wajahnya memandang lantai bila dia sedar perkataannya telah mengguris hati orang yang paling dia sayang atas dunia ini tapi, dia tak sanggup untuk meminta maaf dan perasaan marahnya masih lagi kuat. Isha pandang Icha dengan jelingan tajam dan penuh kebencian sebelum ikut sama beredar.
Icha di satu sudut lain sangat sedih bila perkahwinan mereka berdua bukanlah sesuatu perkara yang baik malah sesuatu perkara yang buruk. Icha duduk di lantai dan menarik lutut rapat ke dada sambil memikirkan apa yang dia perlu buat. Dibuang keluarga, jadi isteri yang tidak dianggap. Icha lepaskan keluhan berat dan dia berdoa agar Allah tunjukkan dia jalan yang sepatutnya.
Setelah jenuh dia berfikir akhirnya dia mengatur langkah ke arah bilik Fadlan. Satu ketukan dibuat dan dia terus membuka pintu dan masuk ke dalam. Fadlan memandangnya kosong dan tanpa sebarang suara. Jelas Fadlan sangat terasa dengan apa yang Isha cakapkan sebentar tadi.
“saya…saya rasa…”
“saya tak ada mood untuk bincang apa-apa” maklum Fadlan terus dan Icha gigit bibir bawahnya.
“kalau awak lepaskan saya…”
“boleh tak jangan kusutkan kepala saya? Saya tengah serabut dan saya tak nak bahas soal ni. Boleh faham keadaan saya tak?” suara Fadlan meninggi dan Icha tahan rasa takut. Perlahan-lahan Icha anggukkan kepala dan berjalan keluar dari bilik itu.
Seminggu selepas kejadian itu semua orang saling mengelak untuk bersua muka dan masing-masing uruskan hal sendiri. Icha tak tahu apa yang dia boleh buat dalam rumah itu seorang diri tapi dia memang tak nak bercakap dengan Fadlan buat masa sekarang. Icha hanya berkurung di dalam bilik setelah sediakan semuanya.
“Icha, saya nak cakap sikit” Icha terbangun dari baring bila mendengar suara Fadlan di pintu bilik tidurnya. Icha meramas jemarinya sendiri kerana takut dengan apa yang bakal Fadlan bincangkan nanti. Statusnya?
“ya?” soal Icha perlahan bila membuka pintu dan dia masih lagi mengenakan tudung.
“ruang tamu, saya nak bincang sikit” setelah itu Fadlan terus ke ruang tamu. Icha hanya mampu berdoa agar tiada apa buruk yang bakal berlaku jadi, dia ikut ke ruang tamu. Semua orang sudah berada di sana dan dia mengambil tempat duduk yang jauh dari semua orang.
“kita akan pindah, JB” maklum Fadlan dengan nada serius.
“no way! Papa, tahun depan Isha SPM dan Isha nak sekolah kat sini!” tegas Isha membantah keras.
“minggu depan kita pindah” Fadlan hanya buat bodoh dan berlalu dari ruang tamu macam tu je. Isha semakin bengang dan dia melempar beberapa bantal kecil kepada Icha. Dia tetap salahkan Icha dalam hal ini dan dia tak boleh sabar lagi dah.
“pasal kau la! Tak guna!” bentak Isha dan ikut sama berlalu masuk ke dalam biliknya. Bunyi pintu dihempas dengan kuat buatkan Icha terkejut.
Apa yang kita akan rasa bila tak dipedulikan dan dibenci? Mesti sakit yang teramat kan? Itulah yang Icha rasakan sekarang ini. Icha ambil keputusan untuk keluar berjalan dan ambil angin. Dia tahu tak wajar dia keluar tanpa izin Fadlan lebih-lebih lagi pada waktu malam, tapi dia tak pasti apa lagi yang dia boleh lakukan sekarang ini.
Icha mengambil teksi dan hanya bersiar-siar di sekitar bandar tanpa tujuan. Akhirnya dia berhenti di depan sebuah air pancutan yang bersaiz besar di tengah dataran bandar itu. Icha tersenyum sedikit bila melihat mainan cahaya dan air yang sangat menyerlah dan kelihatan sangat cantik pada waktu malam. Ada seorang DJ yang akan memainkan lagu permintaan penonton selaras dengan rentak pancutan air.
Lagu-lagu yang dipilih memang menarik dan kebanyakannya yang menyentuh perasaan. Lagu-lagu mengenai pasangan kekasih kerana banyak pasangan yang sedang mengelilingi air pancut ini. Icha terus tersenyum dengan gelagat DJ yang sangat mesra serta tersenyum kelucucan dengan kata-kata yang dituju khas kepada pasangan masing-masing.
“lagu seterusnya yang berjudul smile ditujukan khas kepada cik adik yang memakai baju berwarna kelabu itu dari seorang putera kayangan katanya. Terimalah!”
Satu lampu bercahaya menyuluh ke arah Icha secara tiba-tiba membuatkan Icha kehilangan kata-kata dan senyumannya pada masa yang sama. Semua mata sedang memandangnya kini. Focus Icha jelas sudah pergi dan Icha segera bangkit dari bangku untuk beredar dari situ. Dia tak sukakan tumpuan.
“miss!” Icha melajukan langkahnya bila dia mendengar seseorang yang seakan memanggil namanya. Dia takut untuk menoleh dan dia segerakan langkah.
“cik!” laung suara itu lagi menyebabkan Icha jatuh bila tersadung jalan yang tidak rata. Icha menahan pedih dilututnya bila dia jatuh dan dia cuba untuk bangun tetapi tidak berhasil.
“cik, sorry” pinta pemilik suara itu resah bila melihat Icha terjatuh.
“tolong jangan apa-apakan saya. Saya tak ada duit” pinta Icha penuh rasa takut. Pemilik suara itu tersenyum ramah dan memandang wajah Icha yang jelas ketakutan.
“maafkan saya ok, saya tak sangka saya akan dianggap perompak” ujarnya lalu tergelak kecil. Icha beranikan diri untuk memandang lelaki di hadapannya yang sedang melutut di sebelahnya.
‘subhanallah’ dalam hati Icha memuji hamba Allah yang sedang tersenyum kepadanya kini. Jelas, ini adalah lelaki pertama yang mampu membuatkan mata Icha tak jemu untuk memandang. Lelaki yang paling kacak pernah dia jumpa.
“saya Aryan, boleh panggil saya Ryan”
“cik ok tak?” soal Aryan lagi bila Icha hanya diamkan diri.
“sorry about everything ok? Saya takutkan awak, saya tak sengaja. Its just, your smile. It makes my heart flutter” Icha hanya mampu mengedipkan mata seakan orang bingung. Walaupun dia faham apa yang lelaki bernama Aryan ini cakap tapi dia tak mampu nak hadam maksud di sebalik ayat itu.
“hey, say something. Am I look like ghost or my face is something that really scary?” soalnya resah. Bimbang jika kehadirannya tidak disenangi. Icha gelengkan kepalanya dan tersenyum sedikit. Malu.
“oh god, I cant stand this smile” senyuman Icha kembali hilang bila lelaki itu menuturkan ayat sedemikian.
“sorry! Ah, stupid word at a wrong time” Aryan tepuk dahinya sendiri dengan agak kuat. Kali ini Icha rasa sedikit lapang.
“boleh bangun? Kita pergi café sana, minum or what. Semua orang pandang kita pelik” ujarnya sambil tergelak kecil dan Icha hanya angguk lemah dan berdiri dengan berhati hati.
Mereka berdua mengambil tempat di luar café untuk mendapat pandangan yang jelas pada air pancut itu. Mata Aryan tak mampu untuk berhenti memandang Icha sehingga membuatkan Icha tidak selesa.
“sorry sangat-sangat. Saya la putera kayangan yang perasan tu” ujanya sambil tersengih menyebabkan Icha hampir tergelak.
“awak nak gelakkan saya? Means awak setuju yang saya ni putera yang perasan?” soal Aryan seakan terasa dengan tingkah Icha.
“tak, maafkan saya” pinta Icha kesal.
“hey, just kidding ok. Whats your name?” soal Aryan pula.
“Hani Zalisha”
“honey?”
“Hani” jawab Icha dan tersenyum sedikit.
“yes, Honey, sweet” pujian Aryan sekali lagi buatkan suasana jadi pelik.
“saya Aryan, Aryan Raphael”
“mix?” soal Icha sekadar bertanya.
“yeah, you can say that. Saya baru je balik Malaysia about 6 months ago so, my malay…”
“saya faham” potong Icha dengan sopan dan satu senyuman khas diberikan. Aryan sekali lagi seakan lenyap di dunia bila melihat senyuman indah Icha. Aryan tak mampu nak alihkan matanya sehingga Icha terpaksa melarikan wajahnya daripada terus ditenung.
“maafkan saya! What I have done” Aryan marahkan dirinya sendiri dan Icha rasa lelaki dihadapnnya kini kelihatan sangat comel.
“saya balik dulu, En. Aryan” Icha terus angkat punggung dan beredar dari café itu tanpa berfikir dua kali. Panggilan daripada Aryan langsung tidak dilayan dan dia tetap teruskan berjalan. Sepanjang dia berjalan dia masih lagi mampu tersenyum dengan perbualan yang singkat itu.
Kini mereka semua sudah berada di JB dan kedinginan keluarga itu tetap tidak berubah walau sedikit pun. Marah Fadlan kepada Isha semakin teruk bila Isha ditangkap ponteng kelas dan melepak di karaoke. Saat itu Isha mula rasakan sesuatu yang dia pasti adalah kehilangan dan dia mula menangis sendiri. Fadlan langsung tidak mahu bercakap dengannya dan dia rasa sedih teramat. Tiada lagi seorang papa yang selalu memanjakan dirinya dan dia tahu semua itu berpunca daripada dirinya sendiri.
“Isha” dengan lembut Icha menyapa bila melihat Isha menangis. Isha kesat air matanya dan bangun dari sofa lantas memeluk erat Icha. Icha terpempan tapi dia hanya biarkan dirinya dipeluk.
“papa dah tak sayangkan Isha” ujarnya lirih dan Icha tersenyum sedikit lalu mula mengusap lembut belakang anak tirinya itu.
“siapa cakap?” soal Icha lembut.
“papa dah tak nak cakap dengan Isha, papa dah tak pedulikan Isha”
“kalau macam tu, raih sayang papa balik” ujar Icha memujuk dan terus mengusap belakang Isha.
“maafkan Isha” pinta Isha dan memandang tepat ke anak mata Icha. Icha senyum dan matanya bertakung.
“saya yang patut minta maaf, saya tak patut muncul dalam keluarga ni”
“jangan cakap macam tu, kita keluarga sekarang. Sekarang, kita kena cari papa yang lama balik. Dah berbulan kita macam ni”
“isha terima saya?” soal Icha terharu dan sebak.
“ya. Isha nak keluarga yang bahagia, papa yang sayangkan Isha. Bukannya keluarga yang rosak macam ni”
“terima kasih terima saya”
“sama-sama, apa yang Isha nak panggil ni? Kakak ok? Mama macam…”
“ok. Kakak pun ok!”
“ok. Kakak!” mereka berpelukan lagi dan senyuman mereka berdua terus merekah mekar.
Petang itu mereka berdua luangkan masa bersama dengan aman dan tenang serta diselangi dengan gelak ketawa dan lawak tak seberapa. Budak perempuan berusia 16 tahun bersama seorang perempuan yang berusia 26 tahun. Memang boleh dianggap seperti kakak dan adik.
Fadlan selalunya sengaja balik lewat malam tambahan lagi dengan kenaikan pangkatnya sekarang. Kerjanya semakin bertambah tapi dia tak pernah gembira. Walaupun rumahnya jauh lebih besar sekarang dan ekonomi mereka semakin stabil, perkataan keluarga yang semakin menghilang. Termasuk hidupnya sendiri.
Fadlan berhenti berjalan ke biliknya bila terdengar ada suara sedang bergelak ketawa di ruangan dapur jadi dia tinggalkan beg pejabatnya dan berjalan ke dapur. Dua suara itu semakin jelas kedengaran dan dia terkejut dan tak percaya dengan apa yang dia lihat.
“Isha?” panggilnya perlahan menyebabkan dua suara itu berhenti ketawa.
Isha terus menuju ke arah Fadlan dan memeluk erat badan tegap itu. Rindu! Rindu yang teramat!
“papa! Maafkan Isha, Isha dah terima kakak. Boleh papa sayang Isha macam dulu lagi?” pinta Isha yang sudah kembali menangis. Fadlan ukir senyum bersyukur dan bahagia lalu membalas pelukan anaknya.
“I miss you and I love you” ujar Fadlan dan mencium ubun-ubun anaknya itu. Isha memeluk Fadlan semakin erat dan masih lagi menangis. Icha di satu sudut gembira melihat ikatan yang kembali terjalin itu. Icha buat keputusan untuk beredar dari situ untuk memberi ruang tetapi tangannya ditarik Isha sehingga dia juga terdorong ke dalam pelukan keluarga itu. Jelas Icha dan Fadlan sama-sama janggal dengan situasi yang terlajak baru sekarang.
“papa mandi kejap, malam ni tak payah masak. Kita makan luar” ujar Fadlan dan mencium dahi Isha sebelum beredar. Isha bersorak riang dan memeluk Icha pula.
Icha tak pasti apa perasaannya sekarang ini yang jelas dia gembira melihat dua beranak ini kembali mesra tapi, walaupun dia terasa sangat asing di situ.
‘kau memang orang asing Icha’ bisik hati Icha sendiri dan dia jelas kecewa dengan hakikat sebenar.
“kakak, kenapa?” soal Isha yang perasan air muka Icha langsung tak gembira. Fadlan ikut sama panggung kepala untuk melihat wajah muram Icha yang hanya menunduk.
“kakak rindukan keluarga kakak” jawab Icha dan ukirkan senyuman nipis. Isha meraih tangan Icha dan mengusapnya lembut.
“kami kan ada.” Ujar Isha lembut dan senyuman ikhlas terserlah di wajah Icha.
“kakak tahu apa yang ada pada kakak dan tak ada pada orang lain?” soal Isha spontan.
“senyuman ni” ujar Isha dan menyentuh kedua pipi Icha lembut. Icha tergelak kecil dengan apa yang Isha cakapkan tapi dia tak membantah dan hanya teruskan tersenyum.
Mata Fadlan jatuh pada senyuman itu dan dia rasa apa yang anaknya cakapkan adalah betul. Matanya mula menari di setiap sudut wajah yang sedang tersenyum itu. lama, sejak dia menerima Icha sebagai yang halal baginya, dia tak pernah melihat senyuman yang terbit dari wajah Icha seikhlas malam ini.
“papa!” panggil Isha kuat bila Fadlan seakan lenyap dalam dunianya sendiri.
“tengok apa kat muka kakak, dah tiga kali Isha panggil” bila ditegur sebegitu bukan hanya Fadlan yang malu malah Icha sekali. Fadlan menggaru belakang tengkuknya dan mengusap kepala Isha perlahan.
“umur kakak berapa ek? Macam muda je”
“26” jawab Icha tenang.
“really? Macam 22 je, kan papa?” soal Isha minta pendapat Fadlan.
“erm” jawab Fadlan ringkas dan otaknya tengah fikirkan sesuatu.
‘aku ingatkan aku kawin dengan budak-budak’ fikir Fadlan sendiri sebelum dia kembali kepada makanannya.
Makan malam mereka bertiga meriah dengan suara Isha seorang sahaja tetapi keadaan itu lebih baik daripada semua orang berdiam diri. Bila dalam perjalanan balik, Isha telah terlena di tempat duduk belakang dan yang tinggal sekarang ini hanyalah Fadlan dan Icha. Suasana kekok semakin terasa kerana tempoh perjalanan yang sangat panjang.
“Isha dibesarkan tanpa ibu” laju kepala Icha menoleh setelah mendengar suara Fadlan.
“Isha lahir semasa umur saya 21 tahun. Terlalu muda untuk pikul tanggungjawab sebagai suami dan ayah” sambung Fadlan lagi dan Icha alihkan matanya dari wajah Fadlan seketika.
“saya dan ibu Isha kahwin kerana cinta tapi, keluarga dia tak restu sebab saya miskin. Kami tetap kahwin dan bila keadaan semakin sukar, dia pilih harta daripada kami berdua. Sejak itu, yang ada hanyalah saya dan Isha” Fadlan senyum sedikit dan memandang Icha yang jelas terkejut dengan cerita yang baru sahaja dia dengar. Sedih dan menyakitkan. Andainya ada cinta, ia pasti menyakitkan.
“saya nak awak tahu dan tak terlalu mengharap dalam hubungan kita. Saya terima awak dalam keluarga saya, tapi…”
“tak apa. Awak jangan susah hati fikirkan saya. Saya dah bersyukur sangat dengan apa yang saya ada sekarang. Terima kasih sangat-sangat atas semuanya” laju Icha menjawab dan dia ukir senyum lagi. Kini, dia tak pasti sama ada dia gembira atau kecewa. Kenapa hati dia terasa berat sedangkan memang jelas tiada apa yang Fadlan janjikan kepadanya. Perlahan-lahan Icha sandarkan kepala kepada tingkap dan matanya jatuh pada sisi jalan raya.
Fadlan dan Isha sedang bersarapan di meja sementara Icha sengaja sibukkan diri dengan membersihkan dapur. Tiada siapa yang sedar tapi memang niat Icha untuk elakkan perhubungan dengan Fadlan. Dia tak pasti atas sebab apa tapi dia gembira setiap kali dia berdiri di sisi Fadlan dan dapat merasai istilah keluarga bila mereka bertiga makan bersama. Dia nak kuburkan perasaan itu sebelum dia betul-betul dah terjatuh sayang.
“kakak, hari ni teman Isha pergi shopping” pinta Isha mesra dan manja. Icha mengedipkan mata dua kali dan berfikir duit bakinya yang tinggal. Dalam bank pun dah tak ada banyak, jadi dia risaukan hal itu.
“kakak” panggil Isha lagi kali ini memegang tangan Icha seakan merayu.
“ya. Tapi, nak pergi dengan apa?” soal Icha kembali dan kali ini Isha pandang Fadlan dengan harapan.
“papa minta driver hantarkan ok?”
“ok! Yay! Love you both” Isha melompat senang dan berlari ke ruang tamu dengan beg sekolahnya. Sekarang keluarga Fadlan sudah senang sejak Fadlan dinaikkan pangkat sebagai pengurus utama sebuah hotel kecil di JB.
“awak nak apa-apa?” soal Fadlan kepada Icha. Dia sedar yang dia tak pernah layan Icha seperti isteri tapi dia tak mampu nak melayan Icha sedemikian.
“tak” jawab Icha perlahan dan berikan senyuman singkat sebelum kembali melakukan kerja di dapur. Fadlan lepaskan keluhan kecil dan bangun dari kerusi. Bila Fadlan ingin meletakkan pinggan di dalam sinki secara tidak langsung depan badannya menyentuh belakang badan Icha dan jarak mereka sangat rapat. Hal itu buatkan jantung Icha tak mampu nak berdegup dengan normal.
Isha yang pada mulanya berniat untuk memanggil papanya terbantut dan dia tersenyum sendiri melihat adegan tidak disangka itu. walaupun dia masih kecil seperti yang papa dia nyatakan dia faham dengan situasi yang sedang terjadi.
“papa, Isha dah lewat ni” Isha terpaksa habiskan scene itu dengan segera sebab dia tak nak dia terlambat ke sekolah hari ni. Dia ada peperiksaan pertengahan tahun!
Bila Fadlan dan Isha pergi dari rumah Icha melepaskan nafas yang berat. Dia memegang dadanya dan pada masa yang sama bibirnya seakan ingin mengukir senyum.
‘ sedar diri sikit Icha!’ Icha mengetuk kepalanya sendiri dan sambung melakukan kerjanya. Walaupun kebetulan tetapi serba sedikit mampu buatkan hati kecil Icha gembira.
Icha meminta izin daripada Fadlan untuk bekerja dan dia sudah mendapatkan kerjanya itu. Fadlan tak pernah bertanya lanjut tentang kerja Icha. Sehinggalah Fadlan secara tidak sengaja bertembung dengan Icha di tempat kerjanya.
“saya nak awak semua kemas bilik ni dengan sempurna. Clear?” soal Fadlan dengan suara serius.
“clear!” jawab empat orang pekerja hotel serentak dan saat itulah mata Icha dan Fadlan bertembung. Suasana menjadi kekok dan Icha tak pasti apa yang dia perlu buat sekarang ni. Fadlan menutup mulutnya perlahan-lahan dan cuba berfikir apa yang dia perlu katakan.
“Hani, kerja!” arah seorang rakan sekerjanya bila melihat Icha hanya berdiri dan memandang Fadlan. Icha segera melakukan kerjanya dan hiraukan pandangan mata Fadlan sehingga fadlan berlalu pergi.
“aku tahu dia segak kan?” soal rakannya yang lain mengusik dan Icha tersengih sedikit. Bukan sebab Fadlan segak ke apa dia pandang Fadlan macam tu, tapi sebab dia kenal Fadlan dan Fadlan kenal dia.
“mesti guest penting ni kan? Sebab En. Fadlan sendiri datang check”
“mesti orang kaya gila!” mereka berempat terus berbual dan Icha hanya sekadar tersenyum mendengar apa yang kawan-kawannya sedang bualkan.
Setelah setengah jam bersihkan dan kemaskan bilik itu akkhirnya kerja mereka selesai dan mereka keluar dari bilik itu dengan segera.
Semasa Icha sedang berjalan ke stor bersama-sama yang lain dia terkejut bila dia terlanggar bahu seseorang dan menyebabkan dia jatuh terduduk di atas lantai. Well, lantai tu ada red carpet kut. Nasib baik.
“stupid! Watch where you step!” tengking seorang perempuan dengan kasar dan nyaris dia dipukul dengan beg tangan.
“Anna!” halang seorang lagi lelaki dan memegang kejap tangan perempuan yang bernama Anna ini.
“let me slap her, she is…”
“stop it! Its embarrassing!” mereka berdua terus bertekak dalam bahasa inggeris dan Icha hanya mampu mengedipkan matanya melihat pertelingkahan itu dengan keadaan masih terduduk di lantai. Tanpa dia sedar tiba-tiba dia terasa seakan terangkat sendiri dan satu tangan kuat sedang mengangkatnya dari belakang.
“awak ok?” soal orang yang menolongnya dan bila Icha menoleh sedikit dia telan liur.
‘kenapa dia?’ soal Icha dalam otaknya sendiri.
“ok” ujar Icha lambat.
“Fadlan? Is that you?”
“Anna?”
Icha jelas masih bingung dengan apa yang terjadi sebentar tadi, siapa Anna? Siapa lelaki bersama Anna yang pernah menyapa Icha satu ketika dahulu. Aryan. Siapa pula Fadlan dalam hal ini?
“kau kenal ke mereka semua tu?” soal Nora, kawan sekerja yang agak rapat dengan Icha.
“tak” jawab Icha ringkas dan cuba untuk senyum.
“tapi…”
“tak payah fikir la. Lepas ni kita sambung kerja ok?” soal Icha dan habiskan makanan dalam bekasnya. Nora tanpa bantahan hanya mampu menurut dan mendengar apa yang Icha nak.
Selesai makan dan melakukan sedikit kerja, Icha berjalan disekitar air pancut untuk berfikir apa yang terjadi siang tadi.
“hai” sapa satu suara dan Icha menoleh pantas.
“honey, saya Aryan. Lupa?” soal Aryan sambil tersenyum manis. Icha senyum sedikit dan anggukkan kepala.
“months passed, but we meet again” ujarnya ceria.
“siapa Cik Anna tu?” soal Icha langsung dan Aryan tergelak kecil.
“why? Are you jealous or something?” soalan Aryan buatkan dahi Icha berkerut.
“saya single lagi, Anna tu adik saya” sambung Aryan lagi dan masih lagi tersenyum senang. Icha pula tayang wajah blur dan selamba habis.
“Honey, you are asking about me and her right?”
“apa?” soal Icha bila tersedar yang dia sedang mengelamun.
“nothing” jawab Aryan dan masih lagi dengan senyumannya. Icha ukir senyum semula sebagai balasan kepada senyuman Aryan. Mereka berbual beberapa hal sebelum Icha buat keputusan untuk minta diri dan balik ke rumah. Walaupun banyak persoalan dalam benak Icha yang belum terjawab, dia tak herhasrat untuk bertanya kepada Aryan. Dia tak nak ada masalah di kemudian hari nanti.
Fadlan jelas sedang termenung dan sejak kebelakangan ini Fadlan banyak sangat termenung. Icha hanya melewati ruang tamu tanpa menegur Fadlan. Fadlan yang kebetulan berpaling menyedari kewujudan Icha.
“dah habis kerja?” soalan Fadlan buatkan langkah Icha terhenti. Icha gigit bibir bawahnya dan berpaling ke belakang perlahan-lahan.
“erm” jawab Icha tenang.
“dah lama kenal Aryan?” soalan kedua buatkan mata Icha terbuka luas. Masak, Fadlan sedar yang Icha kerap berjumpa dengan Aryan kebelakangan ini.
“tak, kami pernah bertembung je dulu” jawab Icha sedaya upaya cuba untuk bertenang.
“awak tak nak tanya saya apa-apa?” soal Fadlan lagi dan Icha diam sejenak. Dia tak pasti apa yang Fadlan nak dia tanya jadi, dia hanya gelengkan kepala.
“Aryan tu bekas abang ipar saya” jawapan Fadlan yang tanpa soalan itu buatkan Icha mengerti semuanya. Icha rendahkan kepala dan merenung lantai lama sebelum membuka mulut sekali lagi.
“jadi, Cik Anna ibu Isha?” soal Icha sekadar bertanya. Lambat-lambat Fadlan anggukkan kepalanya menyebabkan suasana kembali sunyi.
“saya masuk tidur dulu. Rehat ok” pesan Fadlan dan berjalan masuk ke dalam biliknya. Icha melepaskan nafas yang berat sebelum berjalan ke biliknya. Bila dia masuk ke dalam bilik dia tersenyum melihat Isha lena di atas katilnya. Sehari dua ini kerap sangat Isha datang tidur di biliknya. Katanya dia selalu mimpikan benda yang buruk tapi dia tak nak Fadlan tahu.
Icha bersihkan diri dan masuk ke dalam selimut bersama dengan Isha. Wajah tenang Isha dipandang dan diusap dengan penuh kasih sayang. Dia sedar dia masih terlalu muda untuk mempunyai anak seumur itu tapi, dia gembira mempunyai anak tiri sebaik Isha. Walaupun permulaan hubungan mereka tak indah tapi akhirnya ada perkara yang baik berlaku antara mereka.
. Isha menopang dagu di atas meja dan berfikir beberapa perkara.
“Sha!” panggil Nisa kawan baru merangkap kawan baik Isha di sekolah baru ini.
“apa?” soal Isha malas.
“macam mana progress papa dan mak tiri kau?” soal Nisa sambil makan lollipop. Apa yang dia suka sangat dengan gula-gula jenis macam tu tak ada seorang pun yang tahu kenapa.
“tak ada” jawab Isha perlahan.
“tak ada?” soal Nisa balik.
“tak. Papa macam tak nak bukak hati dia tau”
“kenapa?”
“entah, mungkin sebab masa silam or sejarah hidup dia kut dengan mama aku dulu.”
“mak tiri kau tak try?”
“tak. Langsung tak! Dorang ni macam bukan pasangan tau tapi lebih kepada strangers”
“kalau macam tu susah la”
“memang la susah, tapi aku tak tahu dah macam mana nak buat” Isha seakan mengalah kali ini.
“macam ni! Kita bagi dorang spend masa berdua. Macam dalam tv tu” cadang Nisa bernas dengan kening terangkat bagai dan Isha senyum senget sambil anggukkan kepala beberapa kali.
“honeymoon?” soal Isha untuk memastikan idea dia sama dengan idea Nisa.
“nope! Home alone gitu!” ujar Nora perbetulkan idea Isha. Isha berfikir sejenak sebelum tergelak kecil.
“mana aku nak pergi?” soal Isha pula.
“trip!”
“trip?”
“yup! Trip ke Pulau Redang.”
“trip apa benda ni?”
“prefect punya trip. Banyak seat kosong, boleh aku adjust nama kau sorang. Macam mana?”
“cun! Bila?”
“hujung minggu nanti”
“cantik! Payment?”
“free ok, prefect kaya kot”
“lawa! Nanti aku cakap kat dorang” Isha terlompat senang dan memeluk bahu Nisa erat. Nisa memang bijak walaupun sengal sedikit. Dengan Nisa Isha mampu nak cerita semuanya dan Nisa memang seorang kawan yang memahami.
Isha duduk disebelah papanya dan mengurut-urut bahu Fadlan dengan lembut sambil tersengih. Icha yang keluar bersama dulang air ikut sama pelik bila anak dara mereka semacam je sengih malam ini.
“Isha nak apa?” soal Fadlan langsung setelah bosan menunggu dan melihat sengihan melebar Isha.
“Isha, nak pergi trip boleh?” soal Isha sambil tersengih.
“trip?” soal Fadlan balik dan Icha hanya mampu mendengar.
“yup! Pulau Redang. This weekend. Free” pujuk Isha lagi dan Fadlan menggaru dagunya yang tidak berjanggut.
“boleh eh pa? dah tulis nama pun” pujuk Isha lagi dan memandang Icha yang kelihatan berat. Segala kemungkinan telah bermain dalam benak Icha sebenarnya dan dia risaukan beberapa perkara. Dia dah ambil full cuti untuk weekend ni sebab nak bersama dengan Isha dan Fadlan juga ambil cuti penuh. Macam mana ni?
“janji nak spend masa dengan kami” Fadlan bersuara mengingatkan siapa yang memaksanya mengambil cuti penuh hujung minggu ini.
“ala pa, aral melintang pukang ni. Boleh la?” pujuk Isha lagi dan tayangkan wajah kesian. Fadlan pandang Icha dan Icha terpaksa anggukkan kepala setelah melihat Isha yang terlalu mendesak.
“yes! Thanks kakak. Papa?” pinta Isha pada papanya lagi.
“ok” jawab Fadlan ringkas dan ukir senyum semula. Isha memeluk Fadlan erat sebelum berganjak ke sebelah Icha untuk berikan pelukan kemas.
Sejak semua salah faham selesai, rumah Fadlan tak pernah sunyi lebih-lebih lagi seperti malam ini. hanya bunyi suara orang yang bercakap dalam tv sahaja. Icha cuba untuk bersuara tapi dia tak pasti apa yang dia boleh bualkan dengan Fadlan. Fadlan pula menyibukkan diri dengan laptopnya dan hanya mengerling Icha bila Icha melepaskan nafas yang sedikit berat.
‘apa benda ni? Rasa macam stay dalam gua je’ fikir Icha sendiri dan bangun dari sofa dan menuju ke dapur. Satu mug dicapai dan air panas dituangkan. Kopi dibancuh dengan perlahan dan dia tersenyum sedikit sebelum mengambil piring dan berjalan keluar ke ruang tamu.
“kopi, saya nak masuk tidur dulu” ujar Icha seringkas mungkin. Fadlan angkat kepala dan melihat wajah Icha sebelum angguk perlahan. Icha ikut balas anggukan itu dan dia segera beredar dari situ.
Icha hempaskan badan atas katil dan mencapai telefon yang baru sahaja dia beli. Dia pandang beberapa keping mesej yang masuk dan semuanya daripada Aryan. Sejak mengetahui Aryan adalah bekas abang ipar Fadlan, Icha menjadi sedikit takut untuk berkawan dengan Aryan.
Icha lelapkan mata dan cuba lupakan semuanya sebelum satu panggilan masuk dan ia juga daripada Aryan. Icha letakkan telefon bawah bantal untuk elakkan bunyi yang kuat dan cuba untuk hilangkan focus kepada benda lain. Kali ini telefon itu berdering lagi tapi dengan nada mesej yang masuk. Icha buka peti mesej dan mengeluh bila membaca mesej itu.
‘it’s fine if you don’t want to talk to me, but please, tell me why’
Icha lepaskan keluhan berat dan dia mula berkerut dan cuba untuk menaip sesuatu. Dalam sekelip mata sahaja hubungan baik dia dan Aryan jadi menjarak. Semuanya kerana kisah silam.
‘saya dah nak tidur, esok kita jumpa ok?’ butang send ditekan tanpa rela.
‘really? See you tomorrow then, Honey! J’ laju pula balasan yang Icha dapat kali ini.
Icha baling telefonnya lemah dan tutup mata rapat-rapat.
Fadlan berbual dengan beberapa orang pelanggan dan matanya kadang-kadang jatuh ada susuk tubuh Icha yang sibuk berjalan ke sana sini untuk selesaikan kerja. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri.
“Fad, kenapa?” soal Anna yang kini menjadi salah seorang pelanggan penting kepada hotelnya, termasuk Aryan sendiri. Fadlan tak suka tapi dia terpaksa atas nama syarikat.
“nothing” jawab Fadlan dan cuba ukir senyuman ringkas. Anna tersenyum dan memeluk lengan Fadlan dengan tiba-tiba menyebabkan Fadlan tersentak. Fadlan cuba lepaskan pelukan itu dan terpaksa berkasar sedikit.
“Fad, kenapa dengan you ni?” soal Anna seakan merajuk bila dia tak dilayan.
“kita tengah kerja ni” balas Fadlan dingin dan menjarakkan diri daripada Anna sedikit.
“but, we used to be like this before” jawab Anna dengan senyuman manja.
“before. We are not husband and wife anymore. You cant think everything is same like before” Fadlan berdiri dan butangkan kotnya sebelum beredar dengan perasaan geram. Dia geram bila ingatkan balik perbuatan bodoh dia masa muda dahulu. Kerana terlalu cinta, berkahwin muda dan akhirnya bercerai dengan mudah. Tapi, dia bersyukur yang dia ada Isha, anak perempuannya.
‘perlu ke peluk-peluk?’ soal Icha bengang sendiri. Dia geram bila melihat lengan Fadlan dipeluk oleh Anna dan dia tak tahu apa haknya nak rasa macam tu. Icha menjadi sedikit moody sehingga kawan baiknya Nora turut berasa sedih.
“Hani, apa sambungan cerita yang kau baca tu?” soal Nora bersemangat. Dah lama Icha tak membaca novel dan ceritakan semuanya kepada Nora.
“belum sambung lagi”
“la, kenapa tak sambung?”
“tak free la.”
“kau berhenti sampai mana?”
“sampai, dia jumpa balik ex-wife dia” jawab Icha perlahan dan teruskan mengemas bilik. Dalam hatinya sedikit bengang.
“minggu lepas lagi kat situ”
“ya la. Aku tak ada masa . Kau rasa, dia jatuh hati balik kat ex dia ke tak?” soal Icha pula. Nora diam seketika sebelum menjawab soalan itu.
“selalunya, first loves first” jawapan Nora buatkan mood Icha semakin merudum dengan teruk.
“tak nak la aku baca cerita tu lagi!” dengan geram Icha letakkan cadar kotor ke dalam bekas dan berjalan keluar. Nora pula mengejar langkahnya.
“kenapa tak nak sambung….” Icha dan Nora sama-sama diam bila melihat sekujur tubuh yang sedang berdiri di hadapan mereka dan jarak Icha sangat dekat dengan tubuh itu sehingga Icha lesap sekejap dengan bauan yang ada pada lelaki tersebut.
“sambung apa?” suara garau dan manly itu buatkan bulu roma Icha terpacak tegak. Dia kenal suara itu.
“Encik Fadlan” Nora ketawa perlahan dan mendekati Icha dan menarik Icha supaya berdiri lebih jauh sedikit daripada boss mereka. Icha hanya memandang lantai dan memegang hujung bajunya.
“sambung kerja!” jawab Nora bernas dan tersengih kambing.
“jadi, Hani tak nak sambung kerja?” soal Fadlan lembut sambil berpura-pura membaca nama yang tertera pada nametag Icha. Icha kejung seketika bila mendengar bibir itu menguntum nama lain kepadanya. Ya, Aryan turut gelarkan dia Honey tapi, kenapa lain rasanya bila nama itu keluar dari mulut Fadlan?
“kami sambung kerja dulu. Bye!” laju je Icha menjawab dan menarik tangan Nora untuk beredar dari situ. Bila Icha dan Nora beredar Fadlan pandang mereka sekilas dan terukir senyum ringkas
‘Hani’ otak Fadlan menyebut lagi sekali nama itu dan kali ini senyuman Fadlan melebar sedikit.
Aryan dengan senyuman menunggu Icha yang sudah berjanji untuk berjumpa dengannya hari ini. senyuman Aryan bertambah lebar sebaik melihat Icha yang sedang mengatur langkah ke arah keretanya.
“maaf lambat” pinta Icha sebaik berdiri di depan Aryan yang tersenyum bahagia.
“for you, it is fine” ujarnya mesra dan Icha ukir senyum sedikit.
“saya nak cakap sikit” ujar Icha dengan nada serius dan Aryan sudah bersedia untuk berikan perhatian kepada Icha.
“saya tak kisah…kalau kita berkawan tapi, kalau lebih dari itu kita tak boleh” mata Aryan membulat bila mendengar apa yang Icha cakapkan. Kalau ikutkan rancangannya hari ini dia akan bawa Icha berjumpa dengan kedua orang tuanya. Lain yang dia rancang tapi lain pulak yang jadi.
“wha…what?”
“saya dah kahwin” lontar Icha tenang dan Aryan bertambah terkejut dengan pengakuan itu.
“Honey…”
“saya serius Aryan. Saya dah kahwin” kali kedua ayat itu terlafaz dari bibir Icha dua kali juga luka di hati Aryan.
“you never…”
“saya minta maaf. Pada awalnya saya rasa kalau berkawan, tak apa tapi, bila dah jadi macam ni…”
“saya faham” potong Aryan laju dan senyumannya merekah sedikit. Icha tahu tak ikhlas dan penuh duka tapi itu adalah yang terbaik.
“bertuah lelaki yang dapat awak” ujar Aryan bagai tak hendak.
“bertuah saya dapat kawan macam awak” balas Icha balik dan Aryan tergelak kecil. Aryan gelengkan kepalanya perlahan dan pandang Icha.
“friends?” soal Aryan.
“mestilah!” jawapan Icha buatkan mereka berdua ketawa serentak.
‘apa yang mereka gelakkan?’ otak Fadlan bercakap sendiri dalam keadaan tidak tenang. Dia tak suka bila Icha bergelak ketawa dengan Aryan, dia tak suka!
“encik” sapa Nora yang kebetulan lalu di situ. Fadlan menoleh dan memandang Nora yang turut melihat ke luar.
“sesuai kan dua orang tu” ucap Nora penuh perasaan dan dengan dahi penuh kedutan Fadlan menatap Nora. Tajam.
“saya dengar En. Aryan nak kenalkan Hani kat parents dia” kali ini mata Fadlan membesar dan jelas terkejut yang teramat. Mata Fadlan tak berkedip memandang Nora yang seakan hilang dalam angan. Angan perkahwinan Aryan dan Icha.
“saya harap mereka kahwin dan dapat anak comel-comel!” Nora yang terlalu teruja terjerit sedikit. Rahang Fadlan menegang dan dia rasa panas tiba-tiba.
“sambung kerja! Panggil kawan awak sama” dengan tegas Fadlan memberi arahan dan jari telunjuk dia jelas menunjukkan ke arah Icha yang masih lagi kelihatan senang berbual dengan Aryan.
Fadlan berlalu dengan perasaan bengang dan meraup rambutnya ke belakang beberapa kali sebelum masuk ke dalam pejabatnya. Dia hempaskan diri atas kerusi dengan berat dan memukul meja perlahan.
“normal la seorang suami marah bila isteri dia ketawa dengan lelaki lain. Kan?” soal Fadlan pada dirinya sendiri dan dia letakkan kepala di atas meja.
“kenapa tiba-tiba je bengang?” soal Nora dan menggaru dahinya sendiri. Nora keluarkan telefonnya dan menghubungi Icha supaya segera sambung kerja. Icha sebaik sahaja mendengar nama Fadlan terus berlari masuk ke dalam hotel untuk sambung kerja. Masa rehat dia 15 minit dah habis beberapa minit yang lalu.
Icha tahu selama ini dia dan Fadlan bukanlah seperti pasangan lain tapi kali ini, Fadlan sangat pelik dan langsung tak nak bercakap dengan Icha. Walaupun sepatah kata. Icha jeling Fadlan yang tegak memandnag skrin tv tanpa berkalih langsung. Isha yang turut berada di situ dapat rasakan suasana yang pelik.
“papa” panggilan itu buatkan Fadlan berkalih sekilas untuk membalas panggilan Isha. Fadlan hanya diamkan diri tanpa tanya atas sebab apa Isha memanggilnya.
“papa! Isha nak cakap ni” bentak Isha geram bila papanya hanya ambil ringan dengan panggilannya.
“apa?” soal Fadlan perlahan dan memandang anaknya lagi sekali, kali ini lama.
“Isha nak panggil kakak mama, boleh?” soalan Isha buatkan dua pasang mata terbuka luas dan yang paling terkejut disitu ialah Icha. Fadlan pandang Icha yang ikut sama bisu dan terkejut.
“dan papa sepatutnya panggil nama lain kat mama, bukan Icha. Confuse Isha tau” tambah Isha lagi dan suasana bertambah sunyi sebelum Fadlan mengeluh perlahan.
“nak panggil apa?” soal Fadlan malas dan Isha tersengih sampai ke telinga.
“Honey!” jawab Isha menjerit kuat dan memeluk Icha erat. Fadlan pandang Icha yang jelas masih lagi bingung.
“papa, please…” siapa yang dapat menolak bila Isha masuk zon memujuknya yang confirm berjaya.
“fine” Fadlan mengalah menyebabkan Isha melompat keriangan seperti anak kecil. Icha pula membahang tiba-tiba bila dia teringat saat bibir Fadlan memanggilnya Hani di tempat kerja.
Pada pagi keesokannya yang boleh dikatakan sebagai hari dan permulaan yang baru, Icha, ops! Hani, sediakan sarapan yang lebih istimewa hari ini.
“wah! Banyaknya makanan!” Isha melompat riang dan memeluk Hani yang sedang menyiapkan meja. Hani senyum senang dan membalas pelukan anak tirinya.
“ok, hug apa pagi-pagi ni?” soal Fadlan bila dia masuk ke dapur dan melihat kemesraan yang berlebihan daripada dua perempuan dalam rumahnya. Dalam hatinya dia tersenyum senang.
“banyaknya makanan, awak masak?” soalan Fadlan macam tak berapa nak sekolah je tapi Hani tetap angguk menjawab.
Mereka bertiga duduk di kerusi dan mula makan sarapan dan jelas mereka berdua kelihatan sangat berselera, tak pernah masakan Hani mengecewakan kedua hati ini.
“awak nak kerja bahagian dapur?” soal Fadlan dan memandang Hani yang berada di hadapan matanya. Hani angkat kening sebab kurang jelas dengan soalan Fadlan. Si penyibuk Isha sibuk curi dengar perbualan orang dewasa dalam rumah itu.
“kerja bahagian dapur. Awak pandai masak” jawapan Fadlan buatkan Hani tersipu malu tanpa dia sedari. Fadlan puji masakan Hani.
“Icha?” panggil Fadlan bila Hani tak menjawab. Tapi, dia mendapat jelingan maut daripada Isha.
“Honey!” tegas Isha dan Fadlan menunduk sedikit untuk mencapai sudu di atas pinggan.
“Hani?” soal Fadlan mengalah dengan anaknya membuatkan Hani bertambah malu dan Isha senyum kemenangan.
“saya suka kerja sekarang” ujar Hani dan senyum sedikit. Fadlan angguk faham dan teruskan untuk makan.
Hani tersenyum seorang diri bila teringat saat mereka bertiga bersarapan bersama pagi tadi. Nora pun jadi pelik bila Hani kelihatan sangat ceria pagi ini, tak seperti hari-hari yang lain.
“woi! Ingatkan En. Aryan ke?” soal Nora mangusik dengan senyum kambing.
“mana ada!” nafi Hani dan terus sambung kerjanya.
“ya la tu, kan? Kau dah tangkap cintan dengan En. Aryan” usik Nora lagi dan Hani hanya buat bodoh.
Satu sudut berdiri sekujur tubuh yang kebetulan melewati tempat itu dan Fadlan mengeluh bila mendengar perbualan tak penting pekerjanya.
“tak payah nak usik aku sangat Nora” ujar Hani dengan nada geram tapi masih lagi tersenyum. Bila mereka sibuk bergurau tanpa melihat ke arah yang sepatutnya, Hani menyembur pembersih cermin kepada satu kujur tubuh membuatkan Nora pucat tak berdarah.
“muka saya macam cermin ke?” soalan serius itu buatkan Hani kejung dan bila dia menoleh untuk melihat empunya suara dia bertambah terkejut. Dalam hati dia dah mengutuk keras dirinya sendiri.
“terima kasih sebab nak tolong bersihkan saya sama” ayat Fadlan yang buat pertama kalinya kedengaran sarkastik di telinga Hani tapi dia anggap itu semua sebagai amaran yang Fadlan berikan.
“saya…saya…” Hani berpaling ke belakang untuk meminta bantuan segera dari Nora tapi ternyata Nora dah lesap tak dapat dikesan.
‘kurang asam punya kawan!’ kutuk Hani geram dengan Nora.
“ikut saya” Fadlan dengan serius berkata dan mula berjalan. Hani dengan rasa bengang pada dirinya sendiri terpaksa ikut langkah Fadlan. Fadlan masuk ke dalam pejabatnya dan membukakan pintu untuk Hani sama. Hani masuk dengan wajah risau dan dia dah berjaya mengarang ayat minta maaf yang paling panjang dan ikhlas dalam otak tapi sebelum dia sempat membuka mulut Fadlan terlebih dahulu bersuara.
“tolong gosokkan kemeja saya” Fadlan hulurkan sehelai kemeja kepada Hani. Tanpa fikir banyak Hani mengambil kemeja itu dan dia segera berlalu ke bilik gosok hotel. Dia berlari seperti orang dikejar hantu.
Dalam sepuluh minit dia kembali semula dan berdiri di depan Fadlan dengan kemeja yang cantik tergosok. Dada Hani naik turun dengan laju sebab berlari. Fadlan tutup mulutnya dengan belakang tangan untuk sembunyikan senyum. Fadlan buka butang kemejanya yang agak lembap dengan perlahan dan memandang Hani yang masih lagi berdiri tegak di depannya.
“Hani?” soal Fadlan sekadar untuk menyedarkan Hani yang masih lagi tercongok depannya tapi jarinya masih lagi membuka butang bajunya perlahan-lahan.
Mulut Hani ternganga sedikit dan bila dia fokuskan mata kepada Fadlan dia malu sendiri. Dia dengan kalutnya berpaling ke belakang dan bersedia untuk keluar dari pejabat yang luas tapi tiba-tiba terasa sempit itu. mukanya panas menahan malu yang menggunung. Dalam keadaan kalut itu buatkan Hani melanggar pintu sehingga jatuh terduduk. Kepalanya rasa seakan terbelah dua.
Fadlan segera mendapatkan Hani dan melihat dahi Hani yang sudah kemerahan yang teramat. Fadlan memegang wajah Hani supaya dia dapat melihat dengan jelas seteruk mana luka Hani. Hani meringis sakit sambil cuba menyentuh dahinya. Fadlan tepis lembut tangan Hani dan meniup luka Hani dengan perlahan sehingga Hani rasa senang dan sakitnya hilang.
Hani mula berdebar bila melihat posisinya dan Fadlan yang begitu rapat dan butang baju kemeja Fadlan terbuka sepenuhnya, menyebabkan baju berwarna putih Fadlan jelas kelihatan dan bauan Fadlan dapat dihidu dengan jelas.
“bangun, saya letak ubat sikit” arah Fadlan dan Hani yang seakan baru sahaja tersedar dari khayalan segera bangun.
“saya boleh letak sendiri” ujar Hani laju dan bersedia untuk pergi tapi Fadlan lebih cekap menarik tangan Hani kuat dan menarik kerusi supaya Hani duduk.
Hani mengalah dan duduk dengan perasaan yang berdebar teramat sampai dia rasakan boleh mati dengan degupan jantung selaju ini. Fadlan ambilkan first aid kit dan duduk di meja dengan menghadap Hani. Ubat disapu dengan lembut dan ditiup untuk mengurangkan rasa sakit. Hani tanpa sedar meremas kemeja Fadlan untuk menahan rasa sakitnya.
“dah” Fadlan pandang Hani dan melihat tangan kecil di kemejanya. Hani cepat-cepat larikan tangannya dan bangun dari kerusi dengan kalut.
Fadlan turut sama berdiri dan menyambung mengganti kemeja. Hani bertambah malu dan berjalan ke pintu sekali lagi kali ini lebih berhati-hati. Well, siapa yang nak pisang berbuah dua kali, kan? Belum sempat Hani buka pintu, pintu dah terbuka luas dan seorang lelaki masuk.
“woah! What happened?” soal Miqael bila melihat kawannya yang sedang membutang kemeja dan seorang perempuan kalut nak keluar.
“kau memang tak tahu nak ketuk pintu kan?” soal Fadlan sedikit geram dengan kawannya itu. Miqael senyum jahat dan memandang Hani yang terus melarikan diri sebaik dia tanya macam tu.
“man, really?” soal Miqael mengusik. Sengaja.
“she is Hani, I mean Icha and my wife or what so ever you name it” ujar Fadlan selamba dan mengikat tie sendiri.
“really? Kenapa tak cakap awal-awal? She is cute” pujian Miqael buatkan Fadlan memandangnya tajam.
“what?” soal Miqael dengan wajah tak berdosa tapi senyum usik masih jelas diwajahnya. Tapi Fadlan malas nak layan.
“tapi, kau ni biar la bertempat. Dalam office kut, ada CCtV”
“betulkan otak kuning kau tu sebelum aku simbah cat putih!” tegas Fadlan dengan pandangan yang tajam. Miqael terkejut dan angkat dua tangan ke udara sambil ketawa senang.
“tapi…”
“apa lagi?” soal Fadlan bengang.
“aku selalu nampak dia dengan Aryan. Bekas abang ipar kau”
“aku tahu, they are friends”
“clear. Kenapa kau tukar baju ni? Boleh timbulkan syak tahu”
“gila. Malas aku nak jelaskan, tak penting mana pun dan tak menaikkan keuntungan hotel langsung. Baik kau pergi betulkan otak kuning kau tu sebelum berkarat” Fadlan keluar dari pejabatnya sendiri dan Miqael buat muka bengang.
“salah ke? Aku just nak tahu. Curious gitu” Miqael berkata pada dirinya sendiri dan sebelum keluar sempat betulkan rambutnya.
Fadlan pelik bila Hani masih lagi belum keluar dari bilik dan sediakan makanan tengahari seperti biasa. Fadlan berfikir sejenak dan berkira untuk mengetuk pintu bilik Hani atau tidak.
‘tunggu Isha?’ soal Fadlan pada dirinya sendiri.
‘kalau dia sakit macam mana?’ soalnya lagi dan akhirnya dia buat keputusan untuk ketuk pintu tapi tetap tiada sahutan. Dia mula memanggil nama Hani tapi tetap juga diam. Jadi, Fadlan bukakan pintu bilik itu dan dia menjengah sikit. Kosong.
Fadlan masuk perlahan-lahan dan memandang ke persekitaran tetapi Hani tetap tidak ada. Fadlan menuju ke bilik air dan mengetuknya perlahan.
“Hani?” senyap.
“saya masuk ni” masih lagi senyap.
Fadlan bukakan pintu dan dia memandang ke lantai putih sepanjang melangkah perlahan-lahan dan langkahnya berhenti dengan mendadak bila ada cairan merah yang mengalir dengan perlahan di kakinya.
“Hani!” suara Fadlan meninggi bila melihat Hani yang terbaring di atas lantai dengan darah yang masih lagi mengalir di bahagian belakang kepalanya.
Fadlan dah tak pedulikan betapa terdedahnya badan Hani ketika itu, yang dia fikirkan hanyalah untuk selamatkan Hani dengan segera. Fadlan capai tuala dan membalut tubuh lemah itu dan dibawa ke katil. Kepala Hani dibersihkan dan kepala Hani dibalut dengan rapi. Untung Fadlan pernah belajar semua tu dan ambil kursus keselamatan lagi.
Fadlan pakaikan baju yang sesuai untuk Hani dan dia mengeluh perlahan sambil melihat wajah pucat Hani yang sedang terbaring. Fadlan bangun dari katil dan menuju ke bilik air untuk bersihkan bilik air dan seterusnya ke bilik basuhan untuk membersihkan darah pada cadar katil, tuala dan sebagainya. Selesai semuanya, Fadlan masuk semula ke bilik Hani untuk memeriksa keadaan Hani.
Isha yang baru sahaja pulang dari latihan tarian pelik bila salam dia tak bersambut. Isha masuk ke dalam rumah setelah letakkan kasut di rak dan mengintai dapur. Hani tak ada.
“kereta ada, mana papa ni?” soal Isha lagi dan duduk di sofa. Bila dia duduk, bunyi pintu dibuka buatkan dia kembali berdiri dan pelik. Pelik bila Fadlan keluar dari bilik Hani.
“papa?”
“Allah!” Fadlan terkejut bila dia disapa tanpa salam. Fadlan pandang Isha dan jegilkan mata sedikit. Isha tanpa rasa bersalah sengih dan mendekati Fadlan untuk bersalam.
“apa papa buat dalam bilik mama?” soal Isha dengan senyum semedeng. Fadlan gelengkan kepala malas nak melayan perangai anaknya dan usap kepala Isha perlahan.
“mana mama?” soal Isha lagi.
“mama jatuh dalam bilik air. Tak sedar lagi” ujar Fadlan dengan nada tenang tapi Isha yang tak dapat terimanya dengan tenang terus berlari masuk ke dalam bilik Hani dan menuju ke katil. Jelas wajah Isha berubah melihat keadaan Hani yang pucat dan kepala berbalut.
“papa?” soal Isha dengan suara bergetar menahan sebak. Fadlan mendekati Isha dan menarik anaknya rapat ke dada untuk memberi sedikit ketenangan.
“mama ok, bagi mama rehat kejap” ujar Fadlan dan usap kepala Isha.
“ok…” jawab Isha perlahan dan duduk dibirai katil di sisi Hani.
“papa nak masak kejap, mama sedar panggil papa ok?”
“erm” balas Isha dan angguk perlahan. Fadlan senyum sedikit dan berjalan keluar. Sebelum tutup pintu sempat Fadlan memandang Isha dan Hani dan tersenyum lagi.
Hani dah sedar dan sedang makan dengan bantuan Isha. Fadlan hanya melihat dari luar bilik. Dia tak nak ganggu masa mereka berdua.
“macam mana mama boleh jatuh?” soal Isha risau.
“lantai licin sangat”
“kenapa tak pakai selipar?”
“dah, tetap jugak licin. Jangan risau, mama ok” Hani senyum dan usap lembut pipi Isha. Isha senyum sedikit dan mendekatkan dirinya untuk memeluk Hani.
“Isha sayang mama” ujar Isha dan cium pipi Hani lembut. Hani senyum dan membalas ciuman Isha.
“nasib baik papa ada kat rumah, kalau tak, entah apa yang jadi”
“papa?” soal Hani agak terkejut.
“ya, papa yang selamatkan mama. Bila Isha balik dari latihan, tengok mama baring atas katil dengan kepala berbalut semua, sedih Isha tau” ayat yang keluar dari mulut Isha buatkan Hani tenggelam dalam otaknya sendiri. Hani melihat dirinya dan ingat balik keadaannya sebelum jatuh. Badannya terasa panas tiba-tiba.
“mama, kenapa muka mama merah ni? Mama sakit ke?” soal Isha kalut dan menyentuh pipi Hani.
Wajah Fadlan ikut sama membahang bila mendengar perbualan Isha dan Hani. Dia segera beredar dari situ dan ke dapur dengan rasa segan yang menggunung. Fadlan menepuk dahinya sendiri dengan agak kuat dan tergelak kecil dengan dirinya sendiri. Fadlan buka peti sejuk dan berdiri di depan peti itu lama untuk hilangkan rasa bahang pada mukanya.
Fadlan memerhatikan Hani yang sedang bercakap dengan Nora dari jauh dan dia tersenyum bila melihat gelagat Hani.
“stalk isteri sendiri nampak” Miqael yang entah dari mana datang terus mengusik Fadlan. Air muka Fadlan terus berubah dan dia pandang Miqael dengan wajah bengang.
“tak ada kerja lain ke nak buat Tuan Muda Miqael?” soal Fadlan serius, ya Tuan Muda, sebab Miqael adalah anak kepada boss Fadlan sendiri.
“cool man, usik je pun” Miqael tayang sengih dan turut mencuri pandang kepada Hani yang masih lagi seronok ketawa.
“kalau cinta cakap, jangan nak stalk je” ujar Miqael tanpa memalingkan wajah untuk memandang Fadlan. Fadlan pandang Miqael dengan wajah penuh tanda tanya.
“what?”
“love is to be honest” jawab Miqael lagi.
“love? Aku tak fikir soal love lagi dah.”
“sebab Anna je kau putus asa macam ni?”
“bukan sebab Anna, sekarang ni aku sendiri tak pasti apa maksud cinta dan aku tak tahu macam mana perasaannya bila mencintai seseorang”
“then yoy should try bro. try to find out your true feeling”
“Qael, this talk is not going anywhere” dengan itu Fadlan terus pergi dari situ dan tinggalkan Miqael sendiri. Miqael lepaskan keluhan berat dan memandang Fadlan yang berlalu tanpa menoleh.
“wait a minute! Love always have their way, I always have my way! That’s why orang buat highway!” Miqael tersengih senang dan keluarkan telefon untuk menguhubungi satu nombor.
‘apesal pulak Uncle Qael nak jumpa aku ni?’ gumam Isha sendiri dan berjalan bersama kawannya Nisa ke tempat yang mereka berjanji untuk berjumpa. Isha terus menuju ke arah meja yang sudah diisi oleh Miqael di satu sudut.
“uncle!” sapa Isha ramah dan sengih lebar.
“kid!” sapa Miqael balik.
“ni Nisa, kawan Isha” Isha perkenalkan Nisa kepada Miqael dan Miqael senyum kepada Nisa.
“ada apa?” soal Isha sebaik dia duduk.
“pasal papa Isha la”
“kenapa dengan papa?” soal Isha terkejut dan hampir terbangun dari kerusinya.
“cool down kid. Hani” Miqael bagi ayat ringkas dan Isha terus faham maksud Miqael.
“uncle dah tahu?”
“dah, baru je.”
“kenapa dengan mama?” soal Isha balik dan Miqael tersenyum. Dalam benaknya sudah nampak yang plan dia bakal bincangkan akan berjaya.
“papa tak nak mengaku yang dia sayang mama kan?” soal Miqael kepada Isha. Wajah Isha merudum sedikit dan dia anggukkan kepala perlahan sebelum memandang Miqael semula.
“don’t be sad kid, kita akan settle benda ni” Miqael senyum penuh makna dan wajah Isha kembali cerah.
“dah banyak yang Isha try, papa macam tu jugak”
“sebab tu cara budak-budak, guna cara uncle” Miqael dengan bangga menepuk dadanya dan Isha buat muka bosan. Miqael memang macam ni. Nisa pula hanya mampu tersenyum melihat gelagat dua orang ini. seorang dah dewasa tapi perangai masih lagi macam budak-budak.
“cara apa yang dewasa sangat tu?” soal Isha malas. Miqael senyum lagi dan memberi kad undangan kepada Isha.
“uncle, dinner?” soal Isha tak faham.
“yup! Anna will be there too” ujar Miqael dan wajah Isha sedih semula.
“uncle tahu kan Isha tak nak jumpa dia”
“I know sayang, but, Fadlan dah decide nak bawak Isha jumpa dia dan family dia sendiri”
“no way! Mama pergi?” soal Isha perlahan dan Miqael gelengkan kepala.
“Isha tak nak pergi!” Isha tolak balik kad undangan dinner keluarga Anna itu.
“that’s why kita kena buat mama pergi, I mean Hani” Miqael rasa pelik gelarkan Hani sebagai mama sehingga dia terpaksa betulkan balik panggilan itu.
“macam mana?” soal Isha balik.
“Isha la kena fikir, cuba yakinkan papa dan Hani ok?”
“boleh ke? Kalau papa tak nak kenalkan mama?”
“yang tu, uncle uruskan, yang penting Isha kena yakinkan Hani untuk pergi. Deal?” soal Miqael dengan yakin yang rancangannya bakal berjalan dengan lancer.
“deal!” jawab Isha bersemangat. Dia teringin tahu macam mana cara yang sesuai untuk pujuk Fadlan pada masa yang sama dia fikirkan kemampuan Miqael untuk buatkan Fadlan membawa Hani sama.
Hotel yang Fadlan uruskan mengadakan makan malam untuk mengumpul dana bagi kanak-kanak istimewa sempena memenuhi kempen yang selalu dianjurkan oleh bossnya. Ramai tetamu berhormat yang hadir untuk memeriahkan majlis. Hanya Fadlan yang berada di luar dewan kerana dia tidak menggemari suasana yang agak sesak.
“sayang” bisik satu suara dan memeluk lengan Fadlan manja. Fadlan tersentak dan wajahnya bertukar serius sebaik melihat orang yang menyentuhnya.
“Anna, lepaskan I!” tegas Fadlan bersuara dan menepis tangan kecil Anna.
“sayang, I nak you balik, kita kahwin lagi ok?” pujuk Anna manja dan cuba mendekati Fadlan lagi.
“kenapa sekarang? Sebab I dah senang?” soal Fadlan serius.
“I sayang you!”
“sayang?” Anna sendiri seakan terkejut dengan sikap dingin Fadlan. Fadlan bukanlah lelaki yang dia kenal belasan tahun dahulu.
“sayang, you’ve changed a lot.”
“change? Yes! Because of you!” Anna diam sejenak bila Fadlan meninggikan suara. Ini bukan Fadlan yang dia pernah kenal. Fadlan seorang yang tenang dan kelakar tetapi masa dan pengalaman mengubah dia banyak.
“sayang, parent I yang paksa I tinggalkan you” Anna tetap bagi alasan yang sama kepada Fadlan dan Fadlan muak!
“parent ? Wow, great!”
“sayang, listen here ok, I still love you, and I want to be with you and our son!”
“son? Isha is a daughter! And she is MY DAUGHTER! you yang lahirkan dia dan you sendiri lupa jantina anak you. Mak jenis apa you ni?” soal Fadlan bengang habis.
“it passed years!” suara Anna turut meninggi bila Fadlan tak termakan dengan pujukannya.
“ya! Dah bertahun dan kami bahagia boleh hidup tanpa you!” Fadlan segera beredar dari situ dan masuk ke dalam dewan.
Anna tak boleh terima dia ditolak Fadlan berkali-kali dan dia mula bengang dengan semuanya.
“Anna?” soal Aryan bila melihat Anna kembali ke meja mereka dengan wajah bengang dan sedang membebel sesuatu yang tak jelas.
“Fadlan! What? Setakat jadi pengurus utama hotel dia ingat dia hebat? I don’t need a man like him!” Anna meneguk rakus jus yang berada di atas meja.
“if you don’t need him, stop chasing him” Aryan dengan tegas menyedarkan Anna.
“I will make him beg!”
“Anna, don’t be stupid!” marah Aryan lagi.
“no, I get what I want. I want him suffer! He is stupid!” Anna dengan geram terjerit sedikit tapi dia tergamam bila bajunya tiba-tiba basah.
“what the…” darah Anna mendidih bila ada orang tumpahkan air di atas bajunya yang mahal. Anna terus bangun dari kerusi dengan kasar sehingga kerusi terbalik dan memandang tajam orang yang telah mencari pasal dengannya.
“tak guna!” bentak Anna dan membaling gelas ke lantai menyebabkan keca bertaburan di lantai dan semua mata focus kepadanya dengan pelayan yang malang itu.
“maaf saya tak sengaja…” pinta pelayan itu dengan wajah selamba.
‘aku sengaja sebenarnya,berani cakap Fadlan bodoh?’ dalam hati, pelayan itu tergelak kecil dan bangga dengan apa yang dia dah buat.
Suasana bertambah kalut dan pelbagai sumpah seranah yang ditaburkan kepada pelayan itu. pelayan itu tetap berlagak tenang dan menelan semua kata-kata kesat yang ditujukan kepadanya.
“stupid!” jerit Anna dan mengangkat tangannya untuk menampar pelayan itu dan tamparannya hanya menyinggah di angin.
Suasana senyap seketika bila seorang lelaki muncul dan menarik pelayan itu ke dalam pelukan eratnya untuk menyelamatkan keadaan. Semua mata masih lagi terkejut dengan perkara yang terjadi.
“she is my wife! Don’t you dare to touch her!” lelaki itu dengan tegas dan serius mati mengeluarkan kenyataan berserta amaran menyebabkan semua orang bertambah terkejut. Terutama sekali Anna dan Aryan. Well, a few person yang kenal pelayan dan lelaki tersebut di hotel itu.
“I’m sorry but, don’t you mind sir, to bring your sister out of here?” soal Fadlan dengan wajah serius kepada Aryan yang masih lagi kaku dan terkejut.
“su…sure” jawab Aryan tersekat-sekat dan menarik tangan Anna untuk keluar dari situ.
“saya minta maaf kepada semua jemputan, mohon selesakan diri” Fadlan menenangkan keadaan dan semua orang kembali ke tempat duduk masing-masing dan menyambung aktiviti mereka semula walaupun sedikit janggal.
“Hani…” perlahan dan sangat lembut Fadlan memanggil pelayan yang masih lagi dalam pelukannya. Hani telan liur dan mula berdebar tak menentu.
“awak ok?” soal Fadlan dan memandang tepat ke dalam mata Hani. Hani menolak badan Fadlan sedikit dan berjalan pergi dari situ dengan segera.
Kini, statusnya telah jelas dan semua orang sudah tahu dia adalah isteri kepada seorang lelaki. Hani tak pasti kenapa dia sebak dan menangis. Air matanya terus mengalir tanpa inginnya dan dia sendiri keliru sama ada dia perlu rasa bahagia atau sedih. Yang pasti dia menangis.
Bagi pihak Fadlan pula dia memang terkejut bila Hani pergi macam tu je dan dia rasa sedikit sedih seandainya tindakannya telah menyebabkan Hani melarikan diri. Fadlan ikut sama beredar dari situ sebelum dia ditahan oleh Miqael. Fadlan tak boleh mengejar Hani kerana majlis itu adalah bawahnya. Fadlan lepaskan keluhan berat dan dia kembali ke dalam dewan dengan wajah sedikit muram.
Isha sudah lena di dalam biliknya sendiri bila Hani balik ke rumah. Hani masuk ke dalam bilik air dan membersihkan diri serta berwudhuk. Dia perlu solat isyak terlebih dahulu sebelum tidur. Selesai solat Hani duduk di atas katilnya dan menarik selimut rapat ke dada. Kata-kata yang Fadlan keluarkan tadi terus terngiang dan mendorong Hani untuk menutup mata dan lelap.
Fadlan yang telah balik dan bersihkan diri serta solat keluar dari bilik kerana tak dapat tidur. Fadlan tak dapat berfikir dengan tenang dan dia memberanikan diri untuk masuk ke dalam bilik Hani. Dia tak pasti apa yang dia buat tapi dia teringin melihat wajah itu sekarang ni. Seakan satu keperluan yang perlu ditunaikan. Tombol pintu dibuka dan dia masuk dengan berhati-hati, lampu ditutup dan biarkan lampu katil sahaja terpasang.
Fadlan melihat wajah lena Hani dan dia tersenyum sikit. Dia berkira untuk mengusap kepala Hani atau tidak dan akhirnya dia menyerah dengan hanya melihat sahaja. Fadlan mula beredar perlahan-lahan.
“….lan…” langkah Fadlan terhenti bila mendengar Hani menggumam sesuatu dalm tidurnya. Dia tak pasti apa tapi dia gembira. Dia kembali ke birai katil dan duduk disebelah Hani dengan senyuman melebar. Kepala Hani disentuh lembut dan Fadlan bertambah gembira.
“Hani” panggil Fadlan lembut dan melihat wajah pulas Hani. Hani dalam tidurnya senyum menyebabkan Fadlan terkesima seketika.
“good night” bisik Fadlan di telinga Hani dan berjalan keluar dengan senyuman lebar. Sebaik pintu tertutup, Hani menggumam sesuatu lagi.
“night”
Isha pelik bila Hani hanya diam dan mukanya membahang sejak Fadlan muncul di meja makan. Wajah Fadlan pula luar biasa cerianya. Memang pelik dan pelik yang teramat.
‘apa jadi malam tadi ni?’ soal Hani pada dirinya sendiri dan dia memang nak sangat tahu apa yang jadi.
“papa, kita nak pergi mana-mana tak hari ni?” soal Isha yang sudah tahu tentang jemputan keluarga sebelah sana. Fadlan mengerling Isha sekilas dan senyum sikit.
“ya. Atuk dan nenek Isha nak jumpa Isha” ujar Fadlan dan mata Hani menangkap wajah Fadlan yang tenang dengan wajah terkejut.
“so, kita pergi?” soal Isha pula.
“ya! Tu je atuk dan nenek Isha yang masih ada”
“Isha tak nak, Isha tak kenal dan tak nak kenal”
“Isha, kita akan pergi” Fadlan keluarkan satu kenyataan serius dan Isha terus tayang wajah protes.
“mama pergi?” soalan berbalik kepada Hani yang sedang menyudu nasi goring ke dalam mulutnya.
“ta…”
“ya. Kita bertiga akan pergi” Fadlan memotong cepat jawapan Hani menyebabkan Hani bertambah terkejut.
“sa…saya?” soal Hani dan Isha dah bersorak bahagia yang teramat.
“ya. Kita satu keluarga dan semua orang patut tahu awak isteri saya” masih lagi dengan tone yang serius Fadlan keluarkan kenyataan. Isha sengih semedeng dengan jawapan papanya.
Fadlan, Hani dan Isha keluar bersama hari ini untuk mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai pada malam ini. hani sedaya upaya cuba untuk mengelak bertemu mata dengan Fadlan sebab dia segan. Fadlan dah jadi semacam sekarang ni dan suka sangat berdiri dekat dengan dia. Isha disebelah kanan Fadlan tersenyum gembira dengan keluarganya yang semakin lengkap.
Hani memilih beberapa helai baju yang sesuai tetapi semuanya melebihi bajet yang dia ada. Hani mengeluh perlahan bila dia hanya mampu memandang dan tak mampu untuk memiliki busana yang serba mewah dan cantik ini.
“cantik”
Hani tersentak bila ada suara yang begitu dekat di belakangnya dan dia rasa sedikit tak selesa bila tubuh mereka begitu dekat. Jantung Hani mula buat hal balik dah. Hani tersepit antara tubuh tegap itu dan baju-baju yang tergantung kemas di depannya. Hani telan liur dan cuba untuk bergerak tapi bila tangannya secara tak sengaja menyentuh tangan lain dia kaku.
“awak suka yang ni?” soalan Fadlan buatkan Hani tak tentu hala.
“su…suka” jawab Hani tergagap-gagap.
“cuba ok?” pinta Fadlan dan menjengah sedikit untuk mengambil baju itu dari tempatnya menyebabkan badan mereka tersentuh sepenuhnya.
“nah, try” Fadlan dengan senyuman hulurkan baju itu kepada Hani. Wajah Hani mula memerah dan dia mencapai baju di tangan Fadlan dengan cepat dan beredar dengan segera.
Dalam bilik persalinan, Hani rasa nak hentak kepala dia di dinding dan biarkan dia pengsan. Dia rasa sangat berdebar dan dia dah blushing macam orang gila sekarang ni. Dia meremas kemas baju ditangannya dan masih lagi belum mula menukar pakaian. Dia tak nak keluar dari ruang itu untuk selamanya.
“Hani” panggilan Fadlan buatkan Hani terkejut dan dia segera mengganti baju. Dia melihat dirinya dari dalam cermin dan yakin baju itu sesuai dengannya dan dia suka.
“macam mana?” soal Fadlan bila Hani keluar.
“ok” jawab Hani perlahan tanpa memandang mata Fadlan.
“kita beli yang ni” Fadlan ambil baju itu dari tangan Hani dan ke kaunter bayaran. Isha juga selesai membeli bajunya yang sama warna dengan Hani.
“sekarang kemeja papa” Fadlan bersuara dan menarik Isha serta Hani untuk berjalan disisinya. Isha dengan mesra memeluk lengan Fadlan.
Mata Hani melekap kemas pada jemarinya dan jemari Fadlan yang sedang bertaut kemas. Hani rasa dia boleh mati disebabkan terlalu segan, bahagia, dan berdebar sekarang ni jugak. Fadlan sangat pelik dan melayannya dengan terlajak baik dan mesra. Dia mulai risau, risau kerana dia suka dengan layanan macam ni. Dia sukakan Fadlan.
Fadlan tersenyum puas bila dia dapat luangkan masa bertiga hari ini dan malam ini dia akan perkenalkan Hani kepada semua orang dengan rasminya. Fadlan kini sedar, masa lalu adalah satu pengajaran dan pengalaman, bukanlah satu hukuman kepadanya jadi, dia memilih untuk bahagia.
Hani masih lagi berada di dalam bilik di depan cermin. Dia tak pasti dia perlu ikut sama atau tak. Dia tak mampu nak terima serangan dari Anna lagi dan dia takut akan perkara yang mungkin berlaku. Hani duduk di bucu katil dan bermain dengan jarinya.
“mama, jom pergi!” ajak Isha ceria. Hani senyum sedikit dan berdiri dengan perlahan-lahan.
“mama risau?” soal Isha seakan mengerti raut wajah itu dan Hani menjawab dengan anggukan perlahan.
“mama, Isha pun takut. Isha tak pernah jumpa pun dengan orang yang lahirkan Isha tapi, papa kan ada” pujuk Isha dan usap lembut bahu Hani. Hani senyum dan melepaskan nafasya sekali sebelum berjalan keluar bersama Isha.
Fadlan tersenyum bertambah lebar bila melihat dua orang perempuan yang ada dalam hidupnya.
“my ladies, jom” ajakan mesra Fadlan buatkan dua hamba Allah dari kaum hawa ini sedikit terkejut. Well, sejak bila Fadlan ni pandai cakap ala-ala gentleman macam ni? Sejak bila Fadlan pandai bermanis mulut ni?
Mereka bertiga hanya diam dan menghayati lagu yang sedang berkumandang di radio. Malam itu lebih tenang walaupun ada dua jiwa yang sedang kerisauan. Fadlan tahu dan faham dua hati itu tetapi dia hanya berpura tidak menyedari keadaan itu. bila sampai di kediaman mewah wajah Isha dan Hani terus berubah gusar.
“jom” dengan senyuman Fadlan menarik kedua tangan itu dan berjalan masuk ke parkarangan rumah di mana ramai tetamu sudah hadir.
Hani telan liur dan secara tidak sengaja dia memeluk erat lengan Fadlan dan Fadlan tersenyum senang bila Hani memeluknya erat. Isha ikut sama tersenyum melihat hubungan Fadlan dan Hani yang semakin membaik.
“Fadlan” satu suara tua menyambut kedatagan Fadlan dengan ceria dan senyuman yang tertampal kemas pada wajah tua itu hilang sebaik melihat seorang lagi perempuan berada di sisi Fadlan.
“Dato’ Jeffry, nice to see you again” Fadlan cuba untuk berlagak mesra dan membalas huluran tangan lelaki tua itu. pada masa yang sama, Fadlan memberi senyuman kepada bekas ibu mertuanya. Anna tidak kelihatan di mana-mana tetapi Aryan ada disitu dan Fadlan nampak dengan jelas mata Aryan menumpu kepada Hani dengan wajah terluka.
“Dato’, Datin, ni Isha anak saya dan ni Hani, isteri saya” Fadlan dengan bangga kenalkan kedua wanita miliknya dan wajah kurang senang semakin jelas di wajah keluarga itu.
“this is our grand daughter?” soal Datin Marie seraya melangkah kepada Isha. Isha mengundur sedikit dan memegang kemas lengan Fadlan.
“yes. Isha, salam dengan nenek” ujar Fadlan dan Isha buat muka tidak senang. Dia tak nak! Tapi dia terpaksa bila Fadlan tayang wajah serius.
“Nenek” sapa Isha dan cuba untuk senyum. Sebelum tangannya sempat untuk bersalam tubuh kecil itu ditarik ke dalam pelukan hangat dan erat. Isha kaku seketika dan biarkan sahaja tubuhnya dipeluk.
Setelah beberapa minit kemudian, keadaan kembali normal walaupun sedikit janggal dan mereka semua berada di meja makan sambil berborak mengenai beberapa perkara. Isha pula melayan neneknya yang buat pertama kalinya dia jumpa. Hani jeals tidak selesa kerana dia yakin yang dia dipandang dan ditenung oleh seseorang.
“saya nak ambil air” bisik Hani pada Fadlan dan Fadlan anggukkan kepala. Semasa Hani bangun, dia berikan senyuman kepada ahli meja itu dan berjalan pergi dengan langkah agak laju.
Sebaik Hani bangun, Aryan meminta diri untuk tinggalkan meja dan ke bilik air. Saat itu mata Fadlan memandang tepat kepada Aryan dan dia yakin Aryan ingin berjumpa dengan Hani.
Hani meneguk air yang disediakan untuk membasahkan tekaknya yang kering di sepanjang masa yang awkward tadi.
“Hani” sapa satu suara dan Hani tahu itu siapa. Hani pejamkan matanya rapat sebelum berpaling dan memberikan senyuman ringkas.
“jadi, Fadlan suami awak?” soal Aryan lirih dan jelas dia terluka.
“ya” jawab Hani perlahan dan memandang wajah muram Aryan.
“saya tak tahu apa yang saya perlu cakap lagi”
“tak ada apa yang perlu awak cakap. Saya minta maaf”
“kenapa awak minta maaf?” soal Aryan lirih.
“saya tak tahu. Mungkin saya dah lukakan hati awak” jawab Hani perlahan dan menekur lantai.
“ya.”
“ha?” jelas wajah Hani bingung.
“saya terluka, awak perempuan pertama yang saya betul-betul suka” luah Aryan hiba dan mata Hani memandang Aryan dengan riak terkejut.
“Aryan, saya…”
“no, its fine. Do you love him? I mean Fadlan?” sekali lagi Hani terkejut dengan apa yang keluar dari mulut Aryan.
“apa…”
“do you love him?” soal Aryan lagi seakan mendesak dan lidah Hani kelu.
“saya…” Hani hanya berhenti setakat itu dan dia meremas jemarinya resah.
“lamanya awak pergi minum air” suara Fadlan yang muncul tiba-tiba menyebabkan dua pasang mata itu pandang dengan wajah terkejut. Fadlan senyum dan mendekati Hani serta memeluk pinggang itu di hadapan Aryan.
“esok saya kena pergi Kelantan, kita perlu balik sekarang” ujar Fadlan sambil memandang tepat ke dalam mata Hani sebelum memandang Aryan dan senyum sedikit.
“kami minta diri dulu, En. Aryan” pinta Fadlan dan menarik Hani supaya beredar dari situ bersamanya. Isha juga sudah bersedia untuk balik.
Sepanjang perjalanan, wajah Fadlan tegang dan tiada lagi senyuman sama seperti awal tadi. Isha tak tahu apa yang terjadi tapi dia risau, risau kenapa suasana boleh jadi sehening dan setegang ini. sebaik sampai ke rumah Fadlan terus ke biliknya meninggalkan Hani dan Isha di ruang tamu, bingung.
‘Fadlan dengar ke?’ soal benak Hani.
“mama masuk bilik dulu” Hani cium dahi Isha dan berjalan ke biliknya dengan perlahan. pintu bilik dibuka dan dia menutup dengan belakang badannya bersandar kemas pada pintu.
‘Fadlan dengar’ bisik hati Hani dan dia rasa menyesal dan terbeban.
Fadlan baring di atas katilnya dan meletakkan tangan di dahi sambil merenung siling dan berfikir. Berfikir mengenai perbualan Aryan dan Hani.
*****
“do you love him? I mean Fadlan?”
“saya…”
*****
“saya apa Hani?” soal Fadlan pula dan dia melepaskan keluhan berat. Fadlan cuba untuk berfikir positif tapi dia tak mampu.
Ketukan di pintu biliknya buatkan dia bangun dan membuka pintu bilik. Pada mulanya dia sangkakan Isha tetapi dia salah. Hani, Hani sedang berdiri di depannya dengan wajah muram dan berbaju tidur.
“awak nak apa?” soal Fadlan mendatar. Hani pandang Fadlan dan dia menggumam sesuatu dengan nada perlahan.
“awak…awak nak pergi Kelantan esok?” soal Hani dan memandang Fadlan lama dengan harapan wajah tegang Fadlan hilang.
“ya.”
“saya tolong awak kemaskan pakaian” ujar Hani dan Fadlan tersenyum sedikit. Dia memberi ruang kepada Hani untuk masuk ke dalam biliknya. Hani tersenyum sedikit dan masuk dan terus ke almari pakaian Fadlan. Fadlan duduk dibirai katil dan melihat Hani mengemas barangnya.
“dah” Hani senyum dan bersedia untuk keluar dari bilik Fadlan setelah selesai menemas. Fadlan ikut sama berdiri dan mengikut Hani ke pintu.
“terima kasih” ujar Fadlan lembut.
“sama-sama.” Jawab Hani perlahan dan senyum.
“sayataksukakanAryan” laju je Hani cakap dan Fadlan sendiri seakan tak dapat menangkap apa yang Hani maksudkan. Tapi, bila dia cerna balik dia tersenyum dan saat itu Hani dah melarikan diri ke biliknya.
“good” respon Fadlan sambil tersenyum dan menutup pintu biliknya rapat.
Isha dan Hani sama-sama menonton cerita hantu walaupun mereka berdua sedar yang mereka sangat penakut. Isha dan Hani saling berpelukan dan menelan liur menahan ketakutan masing-masing dan mengelak untuk menjerit dengan lebih kuat.
“mama, Isha rasa nak mati dah ni” luah Isha sambil memegang erat tangan Hani. Hani ikut sama telan liur dan membalas pegangan Isha.
“tutup je la” luah Hani perlahan dan memandang Isha dengan harapan Isha akan bersetuju. Memang silap besar mereka tengok cerita incidious 1 malam ini tanpa Fadlan di rumah. Isha anggukkan kepala dan menunggu Hani untuk pergi menutup tv.
“pergi la tutup ma, kaki Isha dah beku kat sini” Isha menyuruh Hani dan menolak lembut badan Hani supaya bergerak daripada sofa. Hani pandang Isha risau dan gelangkan kepalanya beberapa kali kerana tidak sanggup nak tinggalkan sofa itu. dah tahu penakut tengok jugak cerita hantu dan tutup lampu lagi.
“kita pergi sama-sama?” cadang Hani dan Isha terpaksa setuju.
“remote kan ada” ujar Isha pula setelah sedar yang dia sedang memegang remote tv, dia tersengih sedikit bila Hani tayang wajah geram.
“argh!!!” mereka berdua menjerit dengan kuat bila skrin tv menjadi gelap kerana mereka berdua berada dalam kegelapan sepenuhnya.
“buka balik, buka balik!” arah Isha dan memasang semula tv.
“arghh!!!” lagi sekali mereka menjerit bila hantu betul-betul muncul depan skrin ketika itu. Isha dan Hani sama-sama berpeluh resah dan ketakutan yang teramat.
“ARHHHH!!!” kali ini paling kuat mereka menjerit bila telefon Isha yang membawa lagu sedikit heavy metal kedengaran di ruang tamu. Setelah mencerna semuanya mereka kembali tenang dan Isha mencapai telefonnya yang berada di atas meja kopi.
“papa, kenapa call Isha time ni?” soal Isha sambil mengurut dadanya.
Fadlan yang berada di sebelah sana menggaru keningnya sebab pelik, sejak bila ada masa nak call anak dia ni?
“Isha dah tidur ke?” soal Fadlan sambil merenung jam di dinding hotel.
“belum.” Jawab Isha seakan geram.
“papa salah call ke?” soal Fadlan ragu-ragu dan Isha pasangkan pembesar suara supaya Hani dapat dengar perbualan mereka. Nafas mereka masih lagi memberat kerana ketakutan.
“anak papa ok tak ni? Kenapa bunyi macam lelah semacam je? Mama mana?” soal Fadlan sedikit risau bila mendengar suara Isha yang sedang lelah.
“ada ni, kat sebelah Isha” jawab Isha selamba sambil sodorkan telefon kepada Hani yang blur habis.
“kenapa?” soal Hani kepada Isha.
“ok, tell me, apa yang kamu berdua buat kat rumah tu? Kenapa semua orang macam kena kejar dengan hantu…”
“papa!” . “Fadlan!” Isha dan Hani menjerit serentak bila Fadlan sebut perkataan yang paling mereka tak nak dengar malam ini.
Fadlan ambil masa beberapa saat untuk berfikir kenapa dia dimarahi dan kemudian dia ketawa senang hati. Tawa dia membuatkan Isha sebal tetapi jauh di sudut hati Hani dia senang. Senang dan suka mendengarnya sehingga dia rasa tenang.
“let me guess. My girls tengok cerita han…seram ya?” soal Fadlan sempat lagi betulkan perkataan yang lebih wajar untuk elakkan mereka berdua bertambah takut.
Isha tergelak kecil dan Hani menjadi segan tiba-tiba, dia segan bila Fadlan bahasakan dia sebagai ‘my girl’ well, itu menunjukkn kita ini dimiliki seseorang. Kan? Iteri mana tak bahagia bila rasa dimiliki oleh seorang suami.
“papa, stay OTP ok?” pinta Isha merengek manja dan menjatuhkan kepalanya atas ribaan Hani.
“ok, tapi, pergi buka lampu, tutup tv, masuk bilik” ujar Fadlan lembut dan mereka sama-sama bergerak untuk lakukan apa yang Fadlan suruh. Setelah mereka berdua selesa baring di katil mereka sambung berbual.
“papa, Isha nak sangat papa ada kat sini” ujar isha lirih. Hani tersenyum dan mengusap lembut rambut anaknya.
“esok papa balik ok, sekarang tidur. Papa temankan” Fadlan bersuara lagi dan Isha mula rasa tenang dan selamat. Mata Isha perlahan-lahan tertutup dan mulai lena.
Beberapa minit berlalu dan Fadlan berkira jika Hani dan Isha sudah tidur atau belum.
“Isha?” Fadlan memanggil nama anaknya dan hanya senyap.
“Hani?” panggil Fadlan pula dan masih lagi tiada balasan.
“Fadlan…” satu suara kedengaran.
“ya” balas Fadlan dan kemudian dia tak dengar apa-apa bunyi pun lagi. Fadlan tersenyum sendiri dan mematikan telefon dan mula pejamkan mata untuk tidur.
Fadlan tiba di rumah dan hanya disambut dengan mesra oleh Isha, Hani tak kelihatan di mana-mana. Sedikit dalam hati Fadlan kecewa kerana dia harapkan untuk melihat dua orang buah hatinya sebaik dia balik dari Kelantan.
“mama pergi pasar, mama nak masak nasi ayam untuk papa” Isha tersengih bila melihat air muka Fadlan terus berubah bila tahu hal sebenar. Isha tersengih lagi dan menarik tangan Fadlan supaya masuk ke dalam rumah.
“mama pergi dengan apa?” soal Fadlan dan rebahkan diri di atas sofa. Isha yang keluar dari dapur bersama segelas air duduk disebelahnya.
“motor”
Fadlan mengeluh bila mendengar jawapan itu. dia tak suka Hani naik motorsikal sebab padanya bahaya.
“papa, mama dah biasa kan, no worries la” ujar Isha untuk tenangkan Fadlan.
“boleh Isha tanya sikit?” pinta Isha dan merenung ke dalam mata Fadlan.
“apa?” soal Fadlan membalas pandangan anaknya.
“erm, papa…sayang mama?” soalan Isha buatkan mata Fadlan berkedip beberapa kali dengan pantas.
“papa…”
“assalamualaikum” salam yang diberi oleh Hani buatkan perbualan mereka terhenti di situ saja. Jelas Isha sedikit geram sebab soalan dia tak sempat dijawab.
“aw…awak dah sampai?” Hani tanya soalan yang tak berapa cerdik tapi Fadlan iyakan dan senyum.
“saya masuk dapur dulu, nanti kita makan” Hani segera melangkah ke dapur dengan senyuman yang melebar.
“papa sayang mama sama macam papa sayang Isha” Fadlan bisik di telinga Isha dan berjalan masuk ke dalam biliknya untuk elakkan soalan-soalan lain yang keluar dari mulut Isha.
Isha hampir menjerit bila mendengar jawapan Fadlan. Yay! Impian dan harapan dia dah tercapai, sekarang ni dia hanya perlu tanyakan Hani. Perasaan Hani pada papanya.
“mama!” Isha memeluk Hani dengan senang dan ceria.
“kenapa bahagia sangat ni? Papa belikan hadiah ke?” soal Hani dan tersenyum sambil bersihkan bawang yang belum dipotong.
“tak ada la, papa cakap papa sayang mama” ujar Isha ceria dan Hani yang terkejut terus terhiris jari sedikit semasa menghiris bawang.
“mama!” Isha terjerit bila melihat darah mengalir dengan banyak dari jari Hani. Isha bukakan paip air dan letakkan jari hani di bawah air untuk bersihkan darah tetapi darah tetap juga mengalir.
“papa! Papa!” jerit Isha memanggil papanya dan Fadlan segera berlari kedapur sebaik mendengar suara cemas Isha.
“ya Allah, Hani!” Fadlan ikut sama terkejut melihat jari yang berdarah itu dan dia mengambil kain bersih untuk menghentikan pendarahan.
“kenapa cuai sangat ni?”
“awak termenung ke apa?”
“banyak jugak darah ni”
“kena letak ubat ni” Fadlan terus membebel dengan nada perlahan tapi dapat ditangkap dengan jelas oleh Hani dan Isha.
“saya pun sayangkan awak” bila Hani yang seakan dalam awangan lagi bersuara dan menyatakan rasa hatinya menyebabkan suasana didapur hening. Fadlan terdiam dan kaku disitu sambil memegang tangan Hani.
Seminit berlalu dengan keadaan yang senyap dan pelik. Hani menutup mulutnya dengan tangan yang tidak terluka dan memandang lantai kerana malu. Malu yang teramat. Isha tergelak kecil dan berjalan keluar dari dapur untuk memberikan masa kepada orang tuanya menyelesaikan soal hati masing-masing.
Pada malamnya, Hani masih lagi berdiam diri kerana segan dengan apa yang dia telah lakukan siang tadi. Sekarang dia hanya mahu tidur dan lupakan semua yang terjadi tapi dia tak mampu. Dia tak tahu apa yang dia perlu buat dan dia tetap paksa matanya supaya terlelap dan akhirnya dia betul-betul lena.
Fadlan masih lagi mampu mendengar apa yang Hani katakan siang tadi dan kini dia sedang berdiri di hadapan pintu bilik Hani. Pintu dikuak dan wajah Hani yang sedang lena menjadi santapan mata Fadlan. Fadlan berjalan ke arah katil dengan senyuman manis. Fadlan duduk di sisi katil dan mengusap lembut kepala Hani.
Hani tak pernah rasa nyaman macam ni bila bangun pagi jadi dia menggeliat perlahan kerana tak nak kehilangan rasa hangat itu bila dia bangun dan keluar dari katil. Hani membuka matanya yang masih berat dengan perlahan lahan. Tiba-tiba Hani kaku bila rasakan ada deruan nafas yang menyentuh dahinya dan dia teragak-agak untuk melihat ke atas. Dia takut akan ada hantu di atas kepalanya nanti.
Hani meneguk liur sendiri beberapa kali sebelum dengan berani menolak apa sahaja yang berada dekat dengan kepalanya. Aksinya yang terlalu cepat itu menyebabkan benda itu bergerak dan jatuh ke lantai, malangnya, membawa dia untuk jatuh bersama. Bunyi yang agak kuat kedengaran di segenap ruang bilik itu.
“auchh!” Hani telan liur lagi bila benda yang dia takutkan itu berada dibawahnya dan dia sedang memeluk benda itu erat.
‘tolong jangan makan aku’ pinta Hani berdoa di dalam hati.
“Ha…Hani” suara yang serak dan putus-putus buatkan akal waras Hani muncul seketika. Hani mengangkat muka untuk memandang pemilik suara itu dan kali ini dia bertambah terkejut. Dengan kalut, Hani cuba untuk bangun dan melarikan diri tapi semuanya gagal bila dia tersekat dibawah selimut dan menyebabkan dia kembali terbaring di atas badan orang yang malang ini.
“auchh!!” sekali lagi bunyi orang mengaduh kesakitan kedengaran.
“Hani, ni saya ok? Fadlan” Fadlan bersuara tenang dan memandang Hani dengan senyuman. Sebab dia Fadlan la,Hani bertambah terkejut.
“sorry, saya bangun ya” Hani mencuba dengan kalut lagi menyebabkan Fadlan tergelak kecil. Fadlan memeluk Hani erat sehingga Hani tidak mampu bergerak dan matanya terbuka luas.
“relax ok, saya tolak awak ke tepi, then kita sama-sama bangun” ujar Fadlan bila Hani diam. Fadlan dengan senyuman menolak lembut Hani supaya jatuh disebelahnya dengan perlahan dan dia terus berdiri. Dia membantu Hani untuk bangun dan tersenyum lagi. Hani menutup mukanya dengan kedua tapak tangan sebab malu dengan kejadian ini.
“saya masuk bilik saya dulu” ujar Fadlan dan sempat dia mencium pipi Hani sebelum berlalu dengan senyuman melebar.
Hani terduduk bila bibir Fadlan mendarat di pipinya dan tangan dia perlahan-lahan menyentuh pipinya yang bertambah hangat.
‘apa kena dia ni? Jap, dia tidur kat sini ke semalam?’
Hani jadi tak tentu hala pagi itu dan dia lebih kelam kabut bila melihat Fadlan masuk ke dapur. Isha pun pelik kenapa mama dia boleh jadi kalut sampai macam tu sekali.
“mama ok? Sejak tadi lagi muka mama merah. Kenapa?” soalan Isha buatkan mata Hani tertacap pada wajah anaknya kemudian pada wajah Fadlan yang sedang tersenyum senang tanpa hiraukan perbualan dua orang itu.
“ma..mama ok.” Jawab Hani gugup dan kembali membuat kerja.
“mama demam ke?” soal Isha lagi dan Hani gelengkan kepala dengan laju. Kelajuan maksima rasanya.
Isha pandang Fadlan yang sedang tersenyum sejak tadi dan dia pelik jugak. Isha cuba nak faham isi cerita sebenar tapi sebab dia dah lewat nak ke sekolah dia tunda dahulu sesi bersoal jawab itu.
“papa, jom pergi” ajak Isha dan Fadlan anggukkan kepala. Hani dan Isha menunggu Fadlan di parkir kereta, sekarang, mereka bertiga bergerak satu kereta. Atas permintaan dan arahan Fadlan. Hani berada di depan dan Isha dibelakang seperti biasa.
“awak demam ke?” soal Fadlan dan menyentuh dahi Hani menyebabkan Hani freeze lagi. Fadlan tersenyum dan memandang wajah Hani yang bertambah merah. Isha yang menjadi penonton tumpang senang dengan perubahan orang tuanya.
“sa…saya ok”
“awak kerja separuh hari je hari ni kan?” soal Fadlan yang sudah tahu sebenarnya dan Hani hanya anggukkan kepala.
“lepas kerja ikut saya, kita pergi beli perabut baru” ujar Fadlan dan Hani hanya anggukkan kepala.
“Isha ikut?” pinta Isha manja.
“ok, nanti papa jemput Isha”
“yes! Lepas tu makan nasi ayam ya?” cadang Isha teruja. Fadlan memandang Isha dan berikan senyuman ikhlas tanda bersetuju.
Sepanjang kerja hari ini, Hani banyak sangat berfikir sehingga banyak kerja yang dia buat tak betul. Nora pelik dengan perangai Hani tapi dia malas nak bertanya sebab dia boleh agak jawapan Hani nanti. Lain pula dengan Fadlan, senyum je memanjang sampaikan Miqael pun naik meluat. Dalam meluat ada rasa bahagia untuk kawannya.
Hani menunggu Fadlan di kereta sebaik habis kerja. Fadlan tersenyum bila dia melihat Hani sudah menunggunya dan dia mempercepatkan langkah dan ucapkan selamat tinggal kepada Miqael.
“lama tunggu?” sapa Fadlan.
“ah, baru je” jawab Hani dan tersenyum sedikit. Sedaya upaya dia cuba elak daripada bertemu mata dengan Fadlan. Dia masih lagi rasa segan.
Perjalanan ke sekolah Isha hanya sekejap dan mereka bertiga terus menuju ke kedai perabut. Semua orang tak tahu kenapa Fadlan nak beli perabut baru sebab tiada perabut yang rosak.
“papa, buat apa almari besar ni?” soal Isha bila Fadlan memilih sebuah almari pakaian kaca yang bersaiz besar. Fadlan senyum dan pandang Hani yang khusyuk melihat beberapa meja kopi yang menarik.
“untuk letakkan baju mama dan papa” jawapan Fadlan buatkan mata Hani laju memandang Fadlan. Hani kelihatan bingung dengan jawapan yang dia dapat jadi dia buat muka tak faham.
“Hani, awak rasa kita perlukan katil baru tak?” soalan Fadlan kali ini menambahkan lagi terkejut Hani. Isha ternganga sedikit sebab dia tak sangka benda ni akan jadi hari ini. harapan dia nak papa dan mamanya bersama hampir berjaya.
“katil?” soal Hani jernih.
“ya, since kita akan tidur di bilik dan katil yang sama. Kan?” soalan selamba Fadlan buatkan Hani rasa nak pitam. Sejak bila mereka bincang?
“perlu?” soal Fadlan dan mendekati Hani dengan senyuman melebar. Hani tanpa sedar hanya gelengkan kepalanya sebagai tanda menolak.
“ok, ada apa-apa lagi yang Hani nak dalam bilik kita?” soal Fadlan lagi dan lagi sekali Hani gelengkan kepalanya. Fadlan tersenyum puas bila apa yang dia rancang berjalan dengan lancar. Fadlan membuat bayaran manakala Hani dan Isha sudah berada di luar kedai.
“papa, thanks!” ucap Isha dan memeluk erat Fadlan. Fadlan tahu kenapa Isha berterima kasih dan dia buat semuanya untuk kebaikan semua orang. Fadlan membalas pelukan Isha sama erat. Hani yang menyedari dia terlalu di hadapan berhenti dan berpaling ke belakang. Wajahnya berkerut sedikit bila melihat adegan peluk suaminya dan Isha.
Fadlan dan Isha kembali berjalan ke kereta setelah meleraikan pelukan. Fadlan memeluk Hani tanpa amaran dan membisikkan sesuatu ditelinga Hani.
“jangan jealous saya peluk Isha je, malam nanti awak boleh peluk saya macam malam tadi” Fadlan tergelak kecil dan meninggalkan Hani yang bertambah kaku.
‘aku peluk dia?’ otak Hani bergaduh dengan dirinya sendiri.
‘malunya!’ Hani memarahi dirinya sendiri pula.
Hani menjadi tak senang duduk bila dia fikirkan yang dia akan sebilik dengan Fadlan secara rasminya mulai hari ini. bukan saja sebilik tapi sekatil, memikirkan hal itu menyebabkan Hani takut untuk berganjak dari ruang tamu.
‘bukan aku ke yang nak semua ni? Nak dia anggap aku ni macam isteri dia?’ Hani bertanya pada dirinya sendiri dan dia mengeluh berat.
Fadlan tahu yang dia buat keputusan tanpa fikirkan soal Hani tapi, dia tak nak semuanya menjadi lebih lama, mengambil masa untuk mengubah semuanya dengan perlahan-lahan. Dia sedar dia sayangkan Hani dan dia tahu Hani sayangkan dia, jadi, dia tak nak kerana masa mereka berdua terlewat sedikit.
Isha di satu sudut berfikir mengenai orang tuanya, jelas kekok diantara mereka walaupun Fadlan cuba untuk berlagak selamba. Isha tahu yang Hani rasa kurang selesa, maklumlah Hani muncul dalam keluarga mereka dalam sekelip mata tanpa diduga, tapi, dia terima Hani seadanya. Hani seorang yang baik dan mampu menjadi mama yang terbaik padanya.
“Isha dah ngantuk, tidur dulu” Isha meregangkan badannya dan mencium pipi Fadlan dan Hani sebelum berlalu ke biliknya. Senyumannya terukir bila Hani menjauhkan diri daripada Fadlan.
“esok kita kerja, jom” Fadlan dengan wajah selamba menarik tangan Hani yang terletak diatas pahanya, mata Hani membulat sambil memerhatikan tangan Fadlan yang memegang kemas tangannya sehingga dia terpaksa mengikut apa yang Fadlan hendak. Pegangannya kemas tapi, tak menyakitkan malah menyenangkan.
“maaf kalau awak tak suka dengan keputusan saya, saya boleh tidur atas sofa” Fadlan bersuara setelah melihat Hani yang hanya menekur lantai sejak mereka berada di dalam bilik yang sama. Kepala Hani terangkat dengan laju dan dia memandang Fadlan yang sudah mengambil bantal.
Hani bergerak laju dan menahan bantal daripada diangkat oleh Fadlan. Hani memandang mata Fadlan dan menggelengkan kepalanya, matanya memberi isyarat agar Fadlan tidak berlalu dari situ. Senyuman Fadlan kembali dan dia duduk di birai katil.
“saya boleh tidur sini?” soal Fadlan dengan senyuman melebar, dia tak sangka yang Hani akan menghalangnya tidur di sofa.
Hani anggukkan kepalanya dan cuba ukirkan senyuman yang dia sendiri rasa agak pelik.
“dengan awak?” soal Fadlan lagi, untuk pastikan jawapan Hani untuk tidur bersama. Pipi Hani memerah serta merta dan dia merendahkan wajah sambil anggukkan kepalanya. Fadlan tersenyum puas dan merapatkan dirinya dengan Hani.
“thanks” ucap Fadlan dan mencium dahi Hani. Hani bertambah segan dan bangun untuk menutup lampu utama bilik. Kalau ikutkan dia tak nak tapi, dia tak tahu kenapa dia buat semua tu.
“awak boleh pasang lampu meja tu” ujar Fadlan seakan mengerti apa yang bermain di benak Hani. Hani tersenyum dan laju tangannya memetik suis di dinding. Fadlan tergelak kecil dengan langkah spontan yang diambil oleh Hani.
Paginya, siapa sangka yang Hani dan Fadlan tersedar pada masa yang sama dan mereka sedang memegang erat tangan masing-masing. Hani cuba leraikan pegangan mereka tetapi Fadlan tak izinkan dan mereka bertatapan lama.
“kita patut bangun” ujar Fadlan dan bangun dari katil dengan senyuman. Sebuah ciuman singgah di dahi Hani sebelum dia turun dari katil dan langsung ke bilik air. Hani bertambah gembira dan dia menyembunyikan kepalanya di dalam selimut kerana terlalu segan dengan perbuatan selamba Fadlan.
Paginya, buat kali pertama Fadlan membantu Hani menyediakan sarapan di dapur. Hani rasa sedikit tidak selesa tapi dia cuba biasakan diri untung Fadlan seakan mengerti keadaan mereka dan hanya berdiam diri dan senyum. Isha yang sudah sedia untuk ke sekolah bersandar pada dinding melihat orang tuanya bekerjasama menyediakan sarapan dengan senyuman mekar.
“morning!” sapa Isha ceria menyedarkan dua orang yang sedang ralit dengan pekerjaan masing-masing. Fadlan berikan senyuman dan mencium dahi Isha sebelum Isha bergerak untuk memeluk Hani.
“papa, semalam ada surat sampai, Isha lupa nak cakap” Isha menarik kerusi untuk duduk dan makan roti bakar yang telah tersedia di atas meja. Fadlan ikut sama duduk dan Hani segera tuangkan kopi kedalam cawan Fadlan, Fadlan tersenyum sebagai tanda terima kasih kepada Hani.
“surat apa?” soal Fadlan dan mula makan sarapannya.
“entah, Isha tak buka sebab hantar atas nama papa, macam penting je”
“ambilkan boleh?” pinta Fadlan dengan senyuman dan Isha segera bangun dari kerusi dan ke ruang tamu untuk mengambil surat itu.
Bila Isha kembali, Hani juga ikut sama makan bersama mereka. Fadlan bukakan sampul surat rasmi itu dan wajah ceria Fadlan bertukar tegang. Isha dan Hani dapat rasakan sesuatu yang tidak kena dengan reaksi Fadlan ketika itu. Fadlan segera bangun dari kerusi tanpa sebarang suara dan segera keluar dari rumah.
“kenapa?” soal Isha pelik dan Hani juga masih lagi dalam keadaan terkejut dengan tindakan Fadlan.
“papa dah pergi, siapa nak hantar Isha pergi sekolah ni?” soal Isha pada Hani.
“bas?” soal Hani pula.
“dah pergi dah, habislah kalau lewat hari ni, ada perhimpunan rasmi”
“mama tak pandai kereta, naik motor ok?” soal Hani pada Isha dan Isha tersengih lebar, dah lama dia berhasrat nak menunggang motorsikal tapi Fadlan tak izinkan.
“jom!”
“kalau papa marah?” soal Hani risau.
“kita marah papa balik” Isha tergelak senang dan Hani hanya mampu menurut sebab hanya itu jalan penyelesaian sekarang ni.
Sebaik tiba di sekolah, Isha bersalam dengan Hani dan Hani terus beredar dari situ. Sebaik Hani sampai di hotel dia mencari Nora.
“Nora” sapa Hani dan tersenyum sedikit.
“lewat ni, kenapa?”
“hantar Isha pergi sekolah” jawab Hani selamba.
“selama ni kau dengan En. Fadlan yang hantar dia kan?”
“ya, hari ni aku hantar dia dengan motor je. Fadlan ada urusan sikit” jawab Hani dan mulakan bekerja. Nora hanya angukkan kepala sebagai tanda dia mendengar dan faham apa yang dimaksudkan oleh Hani.
Semasa waktu rehat, selalunya Fadlan akan makan bersama Hani tetapi hari ini wajah Fadlan langsung tidak kelihatan. Hani mula risau dan dia cuba untuk menelefon Fadlan tapi dia takut dia mengganggu. Mungkin Fadlan ada urusan penting.
“En. Miqael” Hani terepaksa menjerit sedikit untuk memanggil MIqael yang sudah membuka pintu keretanya untuk pergi. Miqael berpaling dan tersenyum bila melihat wajah isteri kawannya itu.
“ya Mrs Fadlan” dia sangat suka menyakat Hani dengan gelaran itu dan selalunya Hani akan blushing tetapi tidak hari ini. Hani tengah risau.
“En. Fadlan ada urusan luar ke hari ni?” soal Hani ramah. Miqael berkerut sedikit, berfikir.
“tak. Dia tak masuk kerja hari ni, saya call pun tak dapat.” Jawapan Miqael buatkan Hani bertambah risau.
“kalau macam tu, terima kasih” Hani ucapkan pada Miqael dan mula beredar setelah berikan senyuman ringkasnya. Miqael memerhatikan Hani yang berlalu dan dia mula fikirkan tentang Fadlan.
“what do you want?!” suara Fadlan memecahkan suasana senyap di dalam syarikat bekas mertuanya.
“I want you!” balas Anna dengan suara yang sama tinggi dengan Fadlan, mungkin lebih.
“are you crazy?!” Fadlan sudah tak boleh sabar dengan tindakan Anna yang melampau. Dia bukan barang yang boleh dibuang dan diambil balik macam tu je. Dia manusia yang ada perasaan!
“I don’t care! I want you back, I want our family back!”
“nonsense and no way! Isha is MY daughter! She is MY family, Hani is my wife and she is MY family!” balas Fadlan dengan wajah serius.
“apa yang perempuan tu ada tak ada pada I?” soal Anna masih lagi tak berpuas hati.
“hati!” jawab Fadlan tegas.
“fine, you can have your wife but you cant get Isha, she is underage and based on law, she should being with her mother. Get it? Grab this letter from my lawyer and see you in court then” dengan senyuman sinis Anna bersuara tenang. Fadlan mengurut pelipisnya dan cuba untuk bertenang,
“fine! Lets fight.” Fadlan rentap surat peguam yang berada di atas meja Anna dan berjalan keluar dengan wajah bengang.
“Fadlan” ada satu suara menyapa Fadlan. Fadlan dengan malas menoleh dan wajahnya masih lagi tegang.
“dato’” sapa Fadlan singkat.
“kenapa ni?” soal Dato’ Jeffry. Fadlan lepaskan keluhan berat dan hulurkan surat yang dia dapat daripada Anna.
“why daddy?” soal Aryan yang turut muncul di situ.
“Anna is too much!” Dato Jeffry menggumpal kertas itu dan Aryan mengambil surat itu dari tangan daddynya dan membaca isi kandungan dari kertas yang sudah direnyuk beberapa kali itu.
“Anna!” panggil Aryan agak kuat dan Anna dengan wajah selamba keluar dari biliknya. Semua staff kaku dan keliru dengan apa yang sedang terjadi.
“masuk bilik daddy!” arah Dato’ Jeffry dan mereka bertiga hanya menurut.
Dato’ Jeffry melemparkan surat itu di depan wajah Anna dan Anna sedikit terkejut dengan tindakan itu.
“daddy! I just want my daughter back!”
“really? Your daughter?” soal Dato dengan wajah serius habis.
“yes! Isha is my daughter!”
“how can you call her as your daughter, you don’t even know her full name, you don’t even feed her, you don’t even take care of her! Stop doing this nonsense! Let Fadlan be happy with his family!” arah Dato tegas dan memang dia sangat marahkan perbuatan Anna.
“no way daddy! You are the one that ask me to leave Fadlan because he was poor”
“yes, you know why I want you to do that? Because you always want to live in a suitable life. You always complaint about your life with Fadlan, so whats the point?”
“you can give us money! You can make us rich!”
“oh, that’s remind me I’m the one that give you everything now, if you don’t leave Fadlan and his family alone, let’s say you need to earn your own money” balas dato serius dan wajah Anna bertukar pucat.
Keadaan diam lama dan keputusan semuanya di tangan Anna sekarang ni, sama ada Anna akan bersetuju untuk lupakan semuanya atau masih lagi bertegas nakkan Isha.
“fine! I will let him and his family! How could you do this to your daughter!” marah Anna dan segera berjalan keluar dari bilik itu dengan perasaan sebal.
“I’m sorry Fadlan” pinta dato kepada Fadlan. Fadlan anggukkan kepala dan tersenyum sedikit.
“terima kasih dato’, saya minta diri dulu” Fadlan segera keluar dengan hati yang lapang dan tenang. Tak sangka masalah dia akan selesai hari ini.
Isha berjalan keluar dari pagar sekolah dan dia tersenyum melihat kereta Fadlan sudah berada di hadapan sekolah. Dia ucapkan selamat tinggal kepada kawannya dan berjalan kepada Fadlan. Fadlan meraih Isha ke dalam pelukannya dan memeluk Isha erat. Isha pelik bila Fadlan memeluknya sehingga sedemikian rupa.
“Isha anak papa, anak mama Hani. Isha tak boleh pergi dari hidup kami” bisik Fadlan perlahan dan Isha bertambah pelik tapi membalas pelukan Fadlan yang terlalu erat sampai dia rasa kekurangan oksigen.
“ya, Isha memang anak papa pun” balas Isha dan cuba rungkaikan pelukan itu. Fadlan memegang kedua pipi anaknya dan memandang Isha lama sebelum mencium dahi Isha.
“papa, kenapa pelik sangat ni?” soal Isha pelik dan Fadlan tersenyum senang.
“no one can take you from us!”
“ok, apesal tetiba mat saleh ni? Tak ada siapa la nak ambil Isha”
“Mama Anna cuba ambil Isha dari papa, surat tu, surat lawyer” jawab Fadlan. Isha terkejut dan memandang Fadlan resah.
“tak nak! Isha tak nak mama Anna. Isha nak papa, Isha nak mama Hani!” Isha hampir menangis bila bayangkan dia tinggal bersama Anna.
“semua dah selesai, atuk dah settlekan semuanya, Isha akan stay dengan papa dan mama Hani”
“janji!”
“janji!” balas Fadlan balik dan kini Isha pula yang memeluknya.
Hani tak dapat nak sembunyikan rasa resahnya bila Fadlan ceritakan apa yang berlaku siang tadi. Hani nak marah tapi dia tak nak Fadlan nampak bila dia marah, ramai yang tak tahu apa akan jadi kalau Hani marah.
“Hani, tak apa, semua dah settel” Fadlan cuba tenangkan Hani dan meraih jemari Hani. Hani pandang Fadlan dan cuba untuk cakapkan sesuatu tapi tak mampu. Fadlan tergelak kecil dengan gelagat Hani dan dia menarik Hani ke dalam pelukannya.
“Isha tak akan tinggalkan saya kan?” soal Hani dan mencari anak mata Fadlan. Fadlan tersenyum senang dan angukkan kepala sambil mengusap lembut kepala Hani, Hani lepaskan nafas lega dan membalas pelukan Fadlan tanpa dia sedar.
“ooppsss! Sorry!” pinta Isha yang ceroboh bilik orang tuanya. Hani segera menjauhkan diri dari Fadlan dengan wajah membahang.
“family hug! Big big hug!!!” Isha berlari ke arah katil dan memeluk erat orang tuanya. Mereka bertiga ketawa senang.
“nak tidur sini” pinta Isha kepada Fadlan dan Fadlan memandang Hani. Hani senyum dan anggukkan kepalanya.
“ok, jom tidur!” Fadlan bersuara dan mereka semua masuk ke dalam satu selimut dengan Isha berada di tengah.
Jam berganjak satu pagi, Fadlan masih belum tidur dan fikirkan kejadian tadi, dia sangat risau jika Hani dan Isha pergi dari hidupnya tetapi dia cuba berfikir logic. Badan Isha mendekati Hani di hujung katil menyebabkan ruang tengah menjadi lengang. Fadlan tergelak kecil dengan tingkah anaknya dan bila dia cuba untuk tarik Isha ke tengah sedikit dia sedar yang Hani masih belum tidur.
“Hani” perlahan suara Fadlan memanggil. Hani ikut sama terkejut bila Fadlan masih belum tidur.
“Fadlan” perlahan suara Hani membalas.
“kenapa tak tidur lagi?” soal Fadlan.
“fikirkan hal tadi” jawab Hani perlahan.
“Hani, tukar tempat tidur, baring sebelah saya, saya tak nak Isha sedar nanti” pinta Fadlan dan Hani tak membantah malah ikutkan je, kini dia berada di tengah katil dan jaraknya dengan Fadlan terlalu rapat sebab ruang yang terhad.
“awak fikir apa?” soal Fadlan sambil memerhatikan wajah Hani dalam samar.
“kita, keluarga kita” jawab Hani perlahan.
“saya sayang keluarga kita, saya akan pertahankan keluarga kita” balas Farhan dan memeluk Hani.
“saya sayangkan keluarga kita, saya sayangkan Isha, saya sayangkan awak jugak” ucap Hani perlahan dan malu. Fadlan tersenyum puas hati dan mengeratkan pelukannya.
“I love you” bisik Fadlan dan wajah Hani mula rasa panas. Hani mendekatkan dirinya pada Fadlan dan memeluk Fadlan erat.
“saya pun” balas Hani perlahan dan Fadlan tersenyum bertambah lebar, ciuman di dahi dihadiahkan dan mata mereka mulai memberat dan akhirnya mereka lena dalam keadaan yang bahagia dan tenang.
Setahun kemudian…
Tak banyak yang berubah dalam hidup Hani kecuali dia bahagia bersama Fadlan dan Isha. Dia sentiasa bersyukur kerana semua kesusahan dan pelbagai ujian yang menimpa dia dulu telah menunjukkan hikmah yang langsung tidak di duga olehnya. Kini, Fadlan menjadi salah seorang pengusaha hotel sendiri bersama Miqael dan mereka berjaya dan agak disegani ramai, isha sedang menduduki SPM dan. Semuanya berjalan dengan baik, malah Fadlan tunaikan impian Hani untuk sambung belajar, walaupun usianya 27 tahun, dia bahagia, dapat meneruskan pengajiannya.
“mama, lagi dua hari exam Isha habis, last kertas kimia” ujar Isha sambil menolong Hani sediakan makan malam di meja.
“ya, mama ingat jadual Isha, mama pun ada exam nanti”
“bila?” soal Isha pula.
“minggu depan, ahad dan isnin”
“cuti mama bila?”
“selasa dah mula tapi sampai ahad je, mama dah ada kelas balik. Mama singkatkan sem”
“oh, ok!” Isha tersengih dan mula merancang sesuatu dalam benaknya.
Hani terus menyediakan apa yang patut dan bila kereta Fadlan kedengaran masuk ke perkarangan rumah Hani sudah mengukir senyum. Isha meletakkan pinggan di atas meja dan berlari keluar ke ruang tamu untuk menjemput papanya. Hani juga berhenti melakukan kerja dan melihat dirinya di dalam cermin sebelum berjalan keluar.
Mata hani terbuka luas dan lututnya lemah bila melihat orang yang dia tak sangka ada di depan matanya sekarang ini. Hani tak pasti apa yang dia perlu buat sekarang ni dan dia tak pernah bersedia keadaan ini akan berlaku pada dirinya.
“Icha” lama, lama sudah nama itu tak kedengaran di telinganya dan dia tak nak kisah lama dia dibuka kembali.
Kini semua duduk di ruang tamu dan Isha beredar ke biliknya, Fadlan pandang Hani dan senyum sebelum dia mula bangun untuk berikan ruang kepada keluarga Hani berbual. Tetapi tangan Hani memegang tangan Fadlan erat dan memberi isyarat mata kepada Fadlan supaya ada bersamanya. Fadlan tersenyum faham dan membalas pegangan Hani.
“Icha, mak dan abah dah meninggal, jatuh motor” Aiman, abang kepada Hani bersuara tenang dan saat itu hati Hani terasa ditusuk.
“bila?” soal Fadlan bagi pihak Hani yang langsung tak mampu nak bersuara terima berita itu.
“lapan bulan lepas, mak dan abah nak jumpa Icha, abang cari Icha tapi tak jumpa” Aiman sambung lagi dan Huda mula menangis dan memeluk Hani yang hanya kaku di tempat duduknya.
“mak dan abah nak minta maaf dengan Icha, mak dan abah nak Icha maafkan mereka, kami pun nak minta maaf sangat-sangat” ujar Aiman dengan nada sebak dan Hani mula beri respon, Huda yang menangis diusapnya lembut dan dia juga mula menangis.
“maafkan Huda” pinta Huda lagi dan Hani anggukkan kepalanya.
“Icha tak salahkan sesiapa, Icha bahagia sekrang jadi, tak ada siapa yang bersalah”
Keadaan mula kedengaran dengan tangisan dan Fadlan meninggalkan ruang itu untuk keluarga Hani bersama buat seketika. Fadlan berdiri di sisi Isha yang baru sahaja keluar dan memeluk bahu anaknya sambil tersenyum.
“pa, walaupun Isha tak faham apa yang jadi, tapi hati Isha tersentuh” bisik Isha perlahan membuatkan Fadlan tersenyum kelucuan.
“jom kita makan, abang dah lapar ni Hani” suara Fadlan menyebabkan pelukan dan drama keluarga itu terhenti dan mereka semua tergelak kecil kerana terlalu terbawa dengan perasaan masing-masing.
Hani mengajak keluarganya ke ruang makan dan dia mencari Fadlan dan mencubit lembut perut suaminya, geram kerana Fadlan dah buatkan suasana tadi rosak, tapi dia gembira Fadlan buat semua tu, kalau tak sampai bila pun tak selesai agaknya.
Malamnya, Hani dan Fadlan berbual ringkas sebelum tidur seperti biasa, mereka bualkan tentang kejadian hari ini dan Hani hampir menangis mengenangkan keluarganya yang kini bersatu.
“dah la sayang, tak penat ke menangis?” soal Fadlan dan Hani tergelak kecil.
“penat” balas Hani dan Fadlan segera mengusap lembut pipi Hani.
“macam mana jumpa abang aiman?” soal Hani.
“Aiman, erm dia yang datang jumpa abang dekat hotel, dia kata Hadi yang cakap abang ni suami Hani. Hadi nampak muka abang dekat paper”
“oh, terima kasih” ucap Hani ikhlas.
“kenapa nak berterima kasih dengan abang?” soal Fadlan pelik.
“entah, sebab abang dah bawakan banyak kebahagian pada Hani kut”
“ya ke? Alhamdulillah. Jadi, bila Hani nak bagi bahagia pada abang pulak?” soalan Fadlan yang seakan mengusik membuatkan Hani salah faham dan sedih.
“abang…abang tak bahagia dengan Hani?” soal Hani dan matanya mula berair. Fadlan tersentak bila Hani salah faham dengan niatnya.
“bukan, bukan maksud abang macam tu”
“Hani sedar, abang kahwin dengan Hani sebab simpati” Hani segera berlalu dan belum sempat Hani berganjak jauh Fadlan memegang tangan Hani dan dia membawa Hani ke pelukannya, rasa bersalah menusuk hati dia dengan tajam.
“abang tak maksudkan macam tu” bisik Fadlan perlahan dan esakan Hani mula kedengaran.
“abang maksudkan lain”
“apa maksud abang?” soal Hani dan mengesat air matanya.
“abang maksudkan anak” jawab Fadlan dan memandang ke dalam anak mata Hani. Hani membesarkan matanya tak menyangka yang itu yang Fadlan maksudkan.
“anak?” soal Hani lagi dan Fadlan tersenyum.
“yeah” jawab Fadlan perlahan dan teragak-agak, risau jika Hani tak bersetuju.
“in sha Allah” balas Hani perlahan dan Fadlan tersenyum bahagia. Hani segera melarikan diri daripada Fadlan.
Kini, Fadlan dan Hani sedang berbulan madu di Langkawi, semuanya rancangan solo Isha pada mulanya sebelum Fadlan tahu dan akhirnya Fadlan ikut sama dalam rancangan itu dan membuat kejutan yang tak disangka itu kepada Hani.
“terima kasih, Hani bahagia sangat sekarang ni” ucap Hani sambil tersenyum dan memegang erat jemari Fadlan semasa mereka berjalan di pinggir pantai.
“sama-sama, terima kasih jugak, abang happy” balas Fadlan semula dan memeluk bahu Hani erat.
“balik dari Langkawi nanti Hani nak pergi satu tempat”
“mana?”
“kubur mak dan abah”
“ok, kita pergi”
“terima kasih” ucap Hani dan memandang Fadlan dengan pandangan bersyukur dan bahagia. Fadlan terlalu sempurna untuknya.
“Hani sayangkan abang” bisik Hani dan membenamkan wajahnya ke dada Fadlan, selalunya dia malu tapi kali ini dia nak sangat Fadlan tahu yang dia sangat sayangkan Fadlan dan Isha, tersangat sayangkan mereka sehingga Hani tak boleh bayangkan hidupnya tanpa dua insan itu dalam hidupnya.
“saya sayangkan awak” balas Fadlan semula dan memeluk Hani erat. Beberapa baris ayat Fadlan bisikkan ke telinga Hani menyebabkan Hani merona merah dan Fadlan tersenyum puas.
#sya try penuhi prmntaan yg nak duda ada ank tu tpi sya lupa plak yg nak kna girl tu flirty, sorry. . Tpi, dia kna tgkp bsah kan.. .hehe
#sya gabung dgn crita couple miskin. Tpi x miskin sgt just sderhana then ad org ktiga tu, yg nak kan llaki tu blik . .
#sorry kalau tak best... :-(.
#sya mmg tak tahu nak letak tajuk apa...
#permintaan lain tu like CEO sengal and duda HOT eah? Nnti sya try..
#thank u so muchhh!!!
-lots of love-
Alzai Sanara
Wowwww. Best sngat. X sngka saya org first komen. Akak terbaikk
ReplyDeleteThanks. . Sya appreciate sgt2 awk baca smpai hbis n drop komen. .. thanks again. .
DeleteAhhh. Bestnyer. Wlaupun pda mulanya agak keliru sdikit. Thanks akak.
ReplyDeleteHehe. . Thanks baca Najwa. .
Deleteakak terbaik la,best sangat-sangat.Tak sabar nk tunggu cerpen seterusnya.
ReplyDeleteThaks baca Farah. .
DeleteSmoga success... Jgn cdey2.. Smoga d limpahkan kebhagiaan sntiasa
ReplyDeleteAmiin , in sha Allah. . X sediy daa sbb daa dpt tgok parent dpn mata. . Hahaa. .
Deletebest...huhuhuhu...buat smbgn isha ngn fuad boleh??heheehe
ReplyDeleteWoah .. jauh tu nak gali kisah isha n fuad. . Btw thanks baca yer...
DeleteWaaaa trbaikk laaa.. hehehe kipidad dongibab..
ReplyDeleteThanks baca izzah. .
DeleteBest la akak..haah buat la smbungan tntng isha ngn fuad.
ReplyDeleteIsha dgn Fuad? Nanti sya try fikir yer. . Btw thanks baca. . Hehe
DeleteAlzai Sanara...karya awk x pnah kcewakan kmi (pembca)...
ReplyDeleteMmg trbaik..d besttt...
Nak lg...
Thanks reixan. . Komen awk mmg slalu boost up smngat sya. . Hahaha. . Thanks 4 da support n evrything. . ;-). .
DeleteLma mnggu... Penantian yg brbaloi... Best!!!!! The best!!!~Nafa
ReplyDeleteSorry kna tggu lama. . Btw thanks baca yer. .
DeleteBila nk buat cerpen baru. Tak sabar dh nii
ReplyDeleteHahaha. . Da tnye cerpen bru. . Gimme some time yer. . Nak come up dgn idea nih. . Huhuhu. .
Deletetq kak. you make my idea comes true. but a bit disappointed la sbb icha tu x flirty. it's make the story sound clishe sbb bila kene kahwin paksa je malu2 dgn partner. huhu apa2 pun terima kasih sbb buat cerpen wlpun tgh busy. keep writing! harap dpt buat penulisan yg lebih matang dn tak clishe. mantapkan storylines juga. sorry kalau teguran sy ni menyinggung perasan.
ReplyDeleteNo worries. . Tq btw, hehehe. .
DeleteBest la.. Xsabar nk tnggu next cerpen..
ReplyDeleteHahaha. . Thanks baca .
DeleteCemburu lah dengan idea akak. Haishhh semua cerpen akak saya dah baca.. Memang superb. Nak cerpen lain pulak.. Hope permintaan ni dapat 'bluetick' daripada akak. Heh
ReplyDeleteHahaha, knapa nak cmburu pulak. . Hehe. . Biasa je apa yg akak tlis tu, raaaamaaaiii lgi yg super superb. Hehe. Btw, tq so much baca semua. .
DeleteTq for the untitled short story dear..
ReplyDeleteWell.. a bit common but you put them in your version. That's a fact. Dah semakin berkembang. Different direction each time. Congrats!
Teruskan menulis. You're gifted for kinda serious stuff. If I may suggest atau mungkin Al pernah terjumpa... read storyline dari someone from nooraihas.blogspot.com. Found similarity there..Nyway thumbs up!!
Accidently jumpa yr blog whila randomly type tajuk cerpen.. hee..
♥~RL~
Thanks to u too. . Hehe, yeah, maybe sya luaran x pandai nak serius but bleh dlm writing kut. . Hahaha. . Btw, thanks a lot and, blog tu pun best! Cra dia tlis lgi perfect and jelas, mtang and ssun atur. . Sbb sya punya bhasa alien skit. . Hahaha. Tq suggest that blog. . Jmput visit blog nooraihas.blogspot.com . Smua . .Hehe .
DeleteTerbaik..
ReplyDeleteThanks baca yer . .
Deletetak pernah tak best . semuanya terbaik !
ReplyDeleteTime kaci banyak2 awak. .
Deletesemua cerpen awk best ��
ReplyDeleteTq so much baca awakk..
Deletecerpen ni paling best! :)
ReplyDeleteYe ke? Hehe, tq baca yer. .
DeleteBila next cerpen nak publish
ReplyDeleteHehe. . In sha Allah x lma lgi. . Tgh fkir plot last, ending . .n edit . .
Deleteakak...sambung lah pasal isha ngan fuad lak..buat diorang gaduh2.Anyway the best lah kak..I love your writting...tak pernah klise..Saya dh baca dari first cerpen akak sampai lah yg terbaru ni.Tak pernah jemu...#Inlovewithyourwritting
ReplyDeleteHahaha. . Ottoke? Dah ad 3 req, in sha Allah la yer... kena cri idea ni sbb cerita yg start ngan gduh2 then end up together dh bnyk sgt an. . Nnti klau sya ad plot laen skit, sye try key... btw, tq 4 everything. . :)
DeleteWaahhh lma Tak mlwat blog alzai,,,ad crta best rupnya,,,msih ttp mnunggu CEO sengal ny sist π ,,,mkacih,,,
ReplyDeleteHehe. Sbr la awk yerr. . Sya busy sgt2 skrg . . Haha. . Thanks yeah...
DeleteBest
ReplyDeleteSemua cerpen akak mmg menarik.. Saya dah bnyk kali dah baca cerpen2 akak tpi x pernah jemu.. Teruskan berkarya, good luck..
ReplyDeleteThe best
ReplyDeleteBestππ
ReplyDeleteI like it
ReplyDeleteApa tajuk cerpen ni? Best giler!!π❤
ReplyDeleteCerita yg comel☺π
ReplyDeleteCerita yg comel☺π
ReplyDeleteBest sangat
ReplyDeleteThe best sis. I like it. The second writer that I love to read cerpen after Nooraihas.
ReplyDelete