Sunday, 6 December 2015

Cerpen : My Private Boyfriend!

# sorry atas kelewatan post ni. Apa pun, saya berjaya siapkan jugak. Alhamdulillah...maaf la kalau tak best her... This month, saya ada final sem punya exam and it will drag to, bulan 1. Which means, i cant post anything for that time lar. Sorry sangat2 and enjoy this lar yer. Hehehe. And, happy welcoming birthday besties. 12/12... 14/12
-Jiha-
Bila aku buka mata ada orang call, memang silap besar call aku time macam ni. Dua pagi??? Seriously??? Memang nak mati betul insan yang tak fikir banyak call aku ni. Aku yang masih lagi mamai baca nama yang tertera dan aku tak pasti kenapa nama dia dahsyat sangat dan entah dari mana parent dia dapat nama tu. Bukan nama melayu kut.
"Private Number" aku sebut nama itu sekali, mana tahu ada menjengah dalam otak aku siapa yang call aku ni. Aku jawab panggilan itu walaupun aku malas sebenarnya.
"Cik Najiha Anis?" Wah! Suara lelaki dan dia sebut nama penuh aku dengan tittle sekali. Aku masih lagi dalam mode mengantuk dan rasa nak hentam orang sebab dah kacau waktu tidur aku. Aku cakap pun dah macam malas gila.
"Siapa ni? Stalker? Pervert?" Soal aku bosan sebab dia boleh dikatakan tahu semua pasal aku. Bila dia sebut nama Fifie aku terus jatuh katil sebab terkejut sangat. Aku terus campak telefon dan bersiap untuk ke rumah Fifie. Pakai je la baju tidur pun, tak ada bezanya pada aku pakai macam mana sekalipun, as long as tutup aurat. Dengan patung minion dalam pelukan, aku masuk ke dalam kereta mewah yang dah tercongok depan pintu rumah sewa aku. Impressive enough!
-Zaidan-
Well, aku sepatutnya bengang bila ada orang tuduh aku pervert dan stalker sekaligus. Tapi, bila fikir balik yang aku siasat latar belakang Fifie dan kawan2 nya, aku ni quiet stalker jugak kan? Pervert? Aku tak boleh terima tuduhan tak berasas tu. Aku bukan je tak pervert, malah anti sosial dengan perempuan.
Bila aku nampak kereta mewah putih masuk ke perkarangan banglo Dean aku hilangkan wajah tegang dan menunggu tetamu yang aku sendiri undang.
Wow...she looks cute in the pyjamas and hugging a bear? Is it a bear? I dont know tough but it looks different. It is not a bear, bear have four legs right?
"Z!" Panggil seseorang dengan nada kuat dan aku kembali ke dunia. Apesal duk fikirkan benda apa yang dia peluk tu? Aku pandang perempuan yang bernama Najiha Anis ni, well, she is cute! Ok! Sekarang aku dah gila. What is this? Love at first sight? Dean, help me!
"Cik Najiha Anis" aku menyapanya dengan wajah dan suara yang cold habis. Dia buat muka bengang dan berlari masuk ke dalam rumah dan mendapatka Fifie yang sedang duduk di sofa. Aku mengeluh dan berjalan masuk sama. Aku nampak Fifie tersenyum, at least sepanjang Dean hilang ini kali pertama Fifie senyum. Mereka berdua juga sempat tergelak ringkas sebelum sambung borak. Aku keluar dari rumah dan tutup pintu dengan rapat.
-Jiha-
Apa yang aku dapat bila ceritakan soal private number, aku digelaknya. Kurang asam punya kawan betul la dia ni, tapi, aku senang sikit sekurang kurangnya Fifie dah mampu senyum. Aku bengang jugak sikit dengan Mr. Private tu, tapi, perasaan aku lebih cenderung kepada malu. Dah la aku tuduh dia pervert dan  stalker. Mana aku nak simpan muka aku ni? Muzium?
Dah berhari dan aku mula tinggal di sini. Fifie selalu dapat mimpi ngeri tentang Dean dan dia selau sedar dan menjerit panggil Dean bila dia terlelap. Ya Allah, moga Fifie kuat. Aku tinggalkan Fifie yang mampu kembali lena setelah subuh dan dia belum makan apa2 sejak malam tadi lagi. Aku risau. Sangat!
"Fifie dah makan?" Satu suara cold macam air batu sapa aku dan aku pasti sangat siapa dia tu. Mr. Private. Well, dia handsome, tough, and so on la, tapi, dia ni cold sangat.
"Belum" aku jawab je la soalan biasa dia tu dan kembali memandang ikan yang sedang berenang bebas di dalam kolam.
"Cik Najiha Anis dah makan?" Apesal mamat ni? Perlu ke dia panggil nama penuh aku? Fifie tu selamba je dia panggil nama biasa. Aku ni nak jadi yang amat berhormat pulak. Lain la kalau aku ada tittle Tengku ke apa. Enak jugak didengar.
"Encik what so ever.kita bukan dalam mahkamah" aku buat ayat sarkastik dan dia berpaling memandang aku tak percaya bila aku jawab dia macam tu. Excuse me? Aku bukanlah sejenis orang yang kawal tatabahasa dan tatasusila ok. So, take it or leave me alone!
"What should I call you then?" Mat saleh pulak!
"Jiha. Just call it" aku malas nak bergaduh dan bagi je jawapan. Dia angguk seakan mengerti sesuatu yang besar, sama macam aku angguk bila aku tengok cerita korea yang ada subtittle. Ha, macam tu la wajah dia. Hahaha.
"Erm?"dia berpaling dan bertanya ringkas bila aku tergelak. Aku senyum malu dan tunjukkan sepasang ikan yang sedang berenag bersama sama. Dia perhatikan apa yang aku tunjuk dan dari pantulan air aku nampak bibir dia merekah. He is smiling!!! Aku tak boleh nak halang bibir aku untuk ukir senyum sama.
-Zaidan-
Dia nampak garang dan susah nak bergaul tapi dia ada bunyi gelak yang sangat adorable. Wait? Apa aku ni? Such a girl! Aku tahu dia seorang lawyer. Well, kalau perhatikan dia, aku rasa dia lebih sesuai kerja sebagai vaterinar bukannya lawyer. Kenapa? Sebab, dia sangat sukakan binatang. Kucing Putih Dean pun sukakan dia. Hebat pada aku, sebab bila kucing Dean yang bernama Whitey tu nampak aku, dia mesti tayang muka bengang. Aku pun tak pasti apa dosa aku dengan dia, aku just alahan dengan binatang berbulu, so?
"Jiha?" Panggil aku agak kekok, memang aku tak biasa panggil orang demgan nickname kecuali orang yang dekat je. Dia pandang wajah aku dengan senyuman lebar dan wajah berseri seri. Just because I call her Jiha? Well, she still looks cute. Ok! Aku gila!
"Yes? Mr. Private?" Soalnya dengan sengihan lebar. Wait? Why did she called that?
"Private or Pervert?" Soal aku padanya, minta kepastian dan dia tergelak pula.
"Sorry ok. Saya tak maksudkan awak pervert, saya just mamai." Dia beri penerangan yang aku boleh terima.
"Kenapa Mr. Private?" Soal aku padanya lagi sekali dan dia garu dahi tanda berfikir.
"I dont know, maybe because you look like a person who loves privacy so damn much!" Dia bagi jawapan selamba dan aku dapat rasakan ikhlas dari hati dia. Dia tersengih dan berlari masuk ke dalam rumah semula. Aku tersengih sedikit dan fikirkan balik apa yang dia fikir tentang aku. Dia ADA fikir tentang aku. Aku happy.
-Jiha-
Tak sangka yang dia jenis boleh dibawak sembang jugak. Sebenarnya aku lebih prefer Fifie untuk layan sembang dengan aku, tapi, Fifie bukanlah dalam mood itu. Aku faham dan aku tak boleh bayangkan apa yang sedang Fifie lalui, yang pasti perit.
"Saya akan jumpa Tg. Shakira" itulah tekad Fifie dan aku menyokongnya. Walaupun pelbagai bantahan yang kami dapat.
"Then, saya akan protect diri saya sendiri" Fifie menyampuk dan semua mata memandang Fifie terkejut.
"Ya! Kami pun boleh fight! Teach us! Saya akan ronyok muka Tg. Shakira macam kertas, slam dia dalam danau, hantuk kepala dia di dinding, tanam dia sampai leher!" Dengan segala aksi ninja aku persembahkan dan semua mata memandang aku takut. Aku sengih sedikit bila terover dan aku pasti semua mata jatuh pada aku.
Bila Fifie dan aku tekad mereka semua mengalah dan benarkan kami berlatih bersama mereka. Fifie ada darah silat, untung la, aku? Darah merah dan darah putih je yang aku ada ni. Tapi! Aku akan praktis sungguh2. Memang aku nak ronyok muka Tg. Shakira!
-Zaidan-
Kalau boleh aku tak nak benarkan dua orang perempuan di depan aku ni main dengan samething yang rough, tapi, kami memang tak mampu nak belasah Tg. Shakira. Fifie nampak agak biasa dengan semua alatan boxing ni sebab Dean selalu bawa dia, tapi, Jiha? Or Anis? Aku lebih suka panggil dia Anis. Sweet. Anis, nampak sangat dia main hentam je, tapi dia kuat. Aku hampir tergelak bila melihat dia praktis dan aku bagga dia bersungguh untuk tolong Fifie. Aku mendekatinya untuk bertanya sesuatu dan sekaligus usik dia.
"Awak tak takut lesen awak kena tarik? Awak boleh dijatuhkan hukuman kerana mencederakan suspek dengan sengaja" aku bersuara tenang dan dia pandang aku dengan wajah bengang.
"Peduli apa" dia dengan selamba membalas dan memukul punching bag dengan agak kuat.
"Watch your fist and your finger. You might break your finger" aku pesan padanya tapi dia buat bodoh je. Ok, degil dan kuat protest jugak. Aku berjalan pergi dari sana dan berbual dengan beberapa orang pekerja Dean.
"Arh!!!" Aku dengar suara orang menjerit dan bila aku pandang. Anis! Dia sedang melutut dan kemudian terbaring sambil memegang pergelangan tangannya. Ya Allah, mulut aku masin ke apa? Aku berlari ke sisinya di mana Fifie sudah berlutut di sebelahnya dengan wajah risau.
"Call Dr. Kevin!" Arah aku resah dan seseorang menghubungi Dr. Kevin.
"Doktor" aku menyuruh Dr. Kevin memeriksa keadaan Anis. Dr. Kevin tersenyum tawar dan mengeluh.
"Sorry, but, patah dan perlu pergi hospital" Anis yang sakit terus berdiri tegak. Jari dia patah! Dua jari!
"Doktor buat lawak kan?"soal Anis dengan wajah bengang sehingga menyebabkan Dr. Kevin telan liur seram. Aku juga ikut sama naik angin dan menghantar Dr. Kevin pergi.
"Pergi hospital" pesan Dr. Kevin kepada aku lagi dan aku anggukkan kepala.
"Jom, pergi hospital" paksa aku dan Anis keraskan badannya walaupun dah dipujuk Fifie.
"Saya boleh angkat awak masuk kereta. Now!" Aku bersuara tegas dan Anis kecut. Anis bangun bersama dengan Fifie ke kereta. Fifie tersenyum bila melihat wajah terpaksa kawan baiknya.
Anis masih lagi bengang dengan aku dan dia tak nak makan. Dia juga geram bila dia tiba2 sakit macam ni dan tak dapat teman Fifie jumpa Tg. Shakira esok. Bukan dia tak nak pergi tapi aku yang tak bagi dan Anis declare perang dingin dengan aku.
Aku paksa dia makan tapi dia tak nak jugak makan.
"Saya minta maaf" kali pertama rasanya aku minta maaf pada seorang perempuan dan dia sepatutnya hargai aku dah rendahkan ego untuk dia. Ya! Untuk Dia! Dia pandang aku lama sebelum tersenyum dan tunjukkan pinggan nasi. Aku hampir tergelak bila dia dengan senangnya tamatkan perang antara kami. Aku ambil sudu dan cedokkan nasi lalu suap ke dalam mulutnya. Dia makan dengan senyuman masih dibibir.
"Sedap" dia bercakap dengan mulut masih penuh dan aku jadi tertanya tanya, dia ni betul ke dewasa?
"Jangan cakap bila mulut penuh, mak awak tak ajar ke?" Soal aku padanya dengan niat memerli tapi dia merenung lantai.
"Saya anak yatim piatu" ujarnya perlahan dan aku terdiam. Someone, tolong tembak aku dengan senapang gajah. Akibat mulut badan binasa ni!
"Sorry" pinta aku lagi dan two in row aku minta maaf pada orang yang sama hari ini. Dia senyum sikit dan kembali ceria dengan sebelah lesung pipitnya mendalam dengan sangat manis.
"Sokay, saya tak pernah tengok mereka sejak lahir kut. Tapi, saya rasa mak saya cantik dan ayah saya? Just where is he? I dont know" aku rasa kali ni tolong bagi aku telan bom. Dia pun sama macam aku dan Dean, kecuali parent kami meninggal.
"Your mom is beautiful" ujar aku dengan senyuman ikhlas, paling ikhlas aku pernah berikan pada dia.
-Jiha-
Nafas aku putus bila dia cakap macam tu dan aku rasa jantung aku macam nak terjun keluar dari rib cage ni. Dia punya senyuman yang lembut macam ni, buat aku mencair dari dalam.
"Saya pun tak pernah tengok mak saya. Macam mana awak tahu mak saya cantik?" Aku kembali ke keadaan asal dan dalam keadaan tenang aku soalnya.
"Sebab anak dia sangat cantik" jawapan ikhlas dia buatkan aku rasa, aku rasa aku perlu ditahan di wad selama beberapa hari lagi kerana sakit jantung.
"Aw...awak...maksudkan saya?" Soal aku padanya dengan tergagap gagap dan dia telan liur. Dia letakkan pinggan di atas meja dan garu belakang kepalanya.
"No!" Dia segera menjawab dan bangun dari duduk dan elak daripada memandang aku.
"Tapi, saya anak dia" aku cuba pancingnya lagi dan dia mengeluh.
"Whatever" ujarnya dan melangkah pergi. Aku tersengih bahagia.
"Thanks! Kali pertama seorang lelaki puji saya cantik" bila aku cakap macam tu dia berhenti melangkah tapi tak menoleh ke belakang. Dari sisi aku nampak dia tersenyum. Ya Allah! Ku mohon! Jodohkan Aku dengan Dia! Wow! Desperate gila aku kan? Hahaha.
- Zaidan-
Seriously? Tak pernah ada lelaki puji dia cantik selama ni? Well, pada aku dia cantik dan menarik. Wait! Apa kena dengan kau ni Z? Kalau Dean tahu aku cakap ada perempuan yang menarik mesti dia buat sujud syukur dekat dataran merdeka punya. Bila sebut tentang Dean, aku harap dia selamat dan kembali kepada kami semula. Aku terlalu risaukan keadaan Fifie tapi untung ada Anis. Aku dan beberapa orang aturkan perjumpaan dan kami berbincang beberapa perkara.
-Jiha-
Dah dua jam Fifie pergi jumpa dengan Tg. Shakira dan dia belum maklumkan apa2 pada aku setakat ni. Ni semua salah Mr. Private la! Dia tak bagi aku ikut dan suruh duduk rumah je. Dia cakap nanti dia call tapi satu call pun aku tak dapat ni. Aku pandang jari yang berbalut dan bersemen ni, ni semua salah punching bag tu! Aku rasa macam nak meletup dan pada masa yang sama letupkan beberapa benda jugak. Aku ni memang bila tengah risau otak jadi gangster sikit.
Aku tersedar bila ada call masuk pada pukul 1 pagi, again, private number.
"Ya?" Soal aku malas sebab aku dah boleh agak siapa.
"HOSPITAL?!" suara aku bergema segenap sudut banglo rasanya.
-Zaidan-
"HOSPITAL?!" Ya Allah, kalau dia tak jerit mati ke? Aku terpaksa jauhkan telefon dari telinga sebab bimbang aku akan pekak nanti.
"Ya, Fifie ok, Dean ok." Aku cuba bagi penerangan ringkas dan dia diam agak lama. Takkan kembali lena kut. Aku tunggu beberapa saat, masih lagi senyap tapi aku tak berani nak matikan telefon dan tunggu dia reapon sebab panggilan masih lagi belum putus. Jangan cakap dia dah pengsan sudah.
"Anis" aku panggil namanya perlahan dan aku dapat dengar sesuatu.
"Saya on the way ke hospital" jawapan dia buat aku hampir terjatuh dari kerusi. Dia dah on the way?
"Awak drive?" Soal aku padanya.
"Yup!" Jawabnya seperti tak ada masalah langsung.
"Tapi, awak baru je sedar, bahaya drive" entah kenapa dan dia siapa? Kenapa aku perlu risaukan keadaan dia sangat. Jari dia masih patah! Bila benda tu main dalam benak aku menambahkan rasa risau dalam diri aku.
"Saya dah hantar orang ambil awak!" Aku bersuara dengan nada tinggi tapi dia hanya mengeluh. Kenapalah ada manusia tak suka pakai akal macam dia ni.
"I can drive" dia jawab selamba je dan langsung tak fikirkan bahaya kepada dirinya.
"Two of your finger is..."
"Patah?" Soalnya laju sebelum sempat aku sebut pun lagi. Ah, sedar rupanya jari dia patah. Aku tarik nafas dalam2 dan cuba untuk bertenang.
"Ok. Just drive carefully" pesan aku akhirnya dan aku harap si kepala batu ni nak dengar jugak cakap orang lain.
"I'm here" bila dia cakap macam tu aku terus pandang jam di tangan. Biar betul? Baru je 1.20 pagi dan dia dah sampai hospital. Mustahil gila! Melainkan dia bawa kereta 100 km/j. Great!
Aku turun ke lobi hospital dan terpaksa berlari turun ke bawah kerana terlalu risaukan keadaan dia. Bila aku sampai di lobi aku nampak dia baru sahaja selesai tanyakan bilik Fifie. Berbaju tidur lagi. Well, she is really cute.
-Jiha-
Aku tak pasti kenapa dia nak risaukan tentang aku sangat. Kami kenal tak lama pun tapi dia dah layan aku dan bebel kat aku macam dia dah kenal aku like forever. Aku pandang wajah tegang, keras air batu bila dia berjalan ke arah aku. Wait, kenapa ada darah pada sut putih dia dan kenapa muka dia lebam? Kenapa ada luka pada kening kanan dia? Macam ada kesan darah kering je. Dah kenapa aku nak kena risau pasal dia pulak???
"Fifie dan Dean ok. Doktor tak bagi jumpa dorang, biarkan dorang rehat" dia maklumkan pada aku dalam keadaan tegang. Aku diam dan pandang wajah dia yang lebam dan luka sana sini. Aku tarik nafas dan rasa bengang bila tak ada seorang pun nurse yang cuba untuk rawat dia. Aku bukannya tak risaukan Fifie dan Dean, sebab aku tahu yang mereka ok.
"Luka awak" aku keluarkan suara perlahan dan tunjukkan pada keningnya. Dia menyentuh luka itu dengan jarinya dan dia meringis sedikit kerana kesakitan. Aku rasa dia sakit.
"You should take care of yourself" ujarnya dan tunjukkan jari aku. Jari robot rasanya sebab tak dapat gerakkan langsung. Kalau gatal, Ya Allah, macam azab je rasanya.
"YOU, should take care of yourself" aku tegaskan perkataan you atas hidung dia. Dia yang luka dan lebam sana sini tapi sibuk duk bagi pesanan khidmat masyarakat kat aku.
"Ikut saya" aku ajaknya dan dia ikut aku ke luar hospital. Aku ambil air mineral dan tisu dalam kereta. Tak ada first aid kit dalam tu, sebab tu bukan kereta aku. Aku basahkan tisu dan minta dia bersandar sedikit pada but kereta. Aku mula bersihkan luka dia yang dah kering dan dia gigit bibir untuk tahan pedih. Aku bersihkan kebanyakan darah kering dan luka. Wajahnya mula bersih walaupun dah ada macam2 make up dan blusher salah letak yang warna ungu gelap.
"Awak patut rest" ujar aku padanya dan dia gelengkan kepala.
"Degil!" Marah aku tanpa sebab dan tinggalkan dia di kereta. Aku masuk ke dalam hospital dan tak pasti mana boleh aku pergi. Aku marahkan diri sendiri pula sekarang ni. Kenapa lelaki private ni mampu buatkan otak kecik aku ni selalu ingat pasal dia. Muka cikgu disiplin aku zaman sekolah dulu pun aku tak ingat macam mana aku ingat wajah dia. Aku rasa, mereng adalah perkataan paling tepat untuk aku sekarang ni.
-Zaidan-
Berminggu berlalu dan aku rasa aku telah kehilangan sesuatu dan aku mula rindukan sesuatu. Well, aku tak pernah tahu macam mana perasaan rindukan seseorang selama ni jadi, aku rasa bila kita asyik terfikirkan dia, kita rindukan dia. Kan? Semua masalah dah selesai dan yang baling membahagiakan aku akan jadi uncle nanti. Fifie mengandung dan dia bahagia bersama Dean sekarang. Bila aku nak tamatkan zaman bujang aku ni? Aku tahu kalau aku cakap pada Dean yang perkataan Kahwin lintas dalam otak aku dia akan buat press conference yang aku ni normal. Dulu, kami sama. Kami tak percaya pada cinta apatah lagi cinta pandang pertama, akhirnya, macam karma ia terjadi pada Dean. Aku tak pasti kalau aku pun di bawah karma yang sama. Aku tak tahu apa perasaan orang bercinta dan aku tak tahu macam mana nak tahu kalau kita jatuh cinta. Jangan gelakkan aku sebab aku pernah buat test online. Dan aku tak habiskan pun 30 soalan tu. Nonsense!
"Z!" Aku berkalih memandang Dean yang sedang tersengih memandang aku. Apa yang dia sengihkan aku sendiri tak pasti tapi aku ada rasa aura tak elok kat sini.
"Jom makan. Fifie bawak makanan" ajaknya dan aku gelengkan kepala. Aku tak lapar langsung.
"Jiha pun ada tu. Jom la" ajaknya lagi dan bila aku dengar je nama Jiha or Anis aku rasa nak je berlari keluar untuk jumpa dia tapi aku tak buat pun. Aku rasa macam terpaku je atas kerusi hitam ni.
"Aku nak kena keluar. Meeting" aku kemaskan dokumen atas meja dan bangun dari kerusi. Dean buat muka protes tapi dia sendiri tahu dia tak dapat nak halang aku buat apa yang aku nak. Aku dan dia sama2 keluar dari pejabat aku dan mata aku jatuh sekilas pada Anis yang sedang seronok bergelak ketawa dengan Fifie. Perlu ke aku sapa mereka?
"Fifie, Anis" aku menegur mereka berdua dan mereka memandang aku. Mereka berikan aku senyuman mesra dan aku balas dengan senyuman ringkas. Ikutkan hati aku nak je aku senyum sampai belakang telinga. Senyumam dia, bukan menawan tapi comel. Ugh! Aku dah parah!
"Saya minta diri dulu" aku segera minta diri dan mereka anggukkan kepala. Belum sempat aku berlalu pergi mata Anis dah beralih ke tempat lain. Faham maksudnya? Dia tak rindukan aku langsung. Aku terus berlalu dengan perasaan hiba.
-Jiha-
Ugh! Dulu kalau ada orang panggil aku Anis mesti aku slam orang tu makan dinding tapi bila dengar dia panggil aku macam tu. Well, I kinda like it. Kenapa dia boleh je berlagak selamba depan aku? Berminggu minggu kami tak jumpa dan dia macam dah lupakan aku terus. Menyesal aku duk ingatkan dia selalu. Boleh dia senyum dan blah macam tu je? Kalau korang nak tahu aku pakai lipstick hari ni sebab nak datang jumpa dia tapi dia tak pandang aku pun. Tak guna punya Mr. Private!!! Apa susah sangat pandang aku lama2 sikit. Ish, salah Jiha boleh jatuh zina mata nanti. tapi, Dean dan Fifie boleh je lovey-dovey depan aku ni. Dorang dah kahwin Jiha oi, waras sikit boleh tak.
"Dia tu playboy ke?" Soalan aku buatkan pasangan bahagia ni pandang aku terkejut.
"Siapa?" Soal Fifie jelas nampak sangat tertulis kat muka dia -kau cakap pasal siapa-
"Kawan Dean" aku jawab selamba dan Dean tergelak sikit.
"Z, his name is Z" jawab Dean dan aku hanya buat bodoh je. Z? come on man, mesti mak dia bagi nama lagi elok kan? Sampai bila nak belajar ABC ni?
"So, this person with alphabet name ni playboy ke?" Soal aku lagi.
"Nope!" Jawab Dean tegas, melengking huruf P kat belakang tu disebutnya.
"Dia tu macam play safe ada la. Well, dia tak pernah pandang perempuan lama2 dia tak pernah mengurat mana2 perempuan pun. Dia normal tapi dia tak fikir yang perempuan diperlukan dalam hidup dia" jawab Dean dan aku boleh cakap aku faham tapi, boleh ke macam tu?
"Well, kalau dia boleh mengandung dan lahirkan diri dia sendiri, aku rasa dia memang tak perlukan perempuan" aku bangun dari kerusi dan ke sinki untuk basuh tangan. Dean jelas terkejut dengan respon aku tapi Fifie gelak sikit.
"Yeah, jawapan Jiha memang fantastik" aku tahu Fifie perli aku dan aku sengih sedikit. Kenapa aku nak naik angin pulak bila dia rasa dia tak perlukan perempuan dalam hidup dia? Sebab dah tak ada peluang untuk aku kut. Sedih? Frust tu ada la sikit. Hihihi
-Zaidan-
Rahang aku macam nak gugur je bila Dean cakap yang Anis fikir aku ni seorang playboy. How can? Aku nak mengurat perempuan pun malas apatah lagi berbesar hati nak jadi playboy. Kenapa aku rasa tergugat bila dia anggap aku ni playboy? Dia tak suka aku ke? Dia selalu fikir buruk pasal aku ke? Abaikan semua soalan dalam otak ni sebab tak ada orang yang nak jawab pun.
"Z!" Aku tersedar Dean tepuk bahu aku kuat. Aku tahu yang aku dah berkhayal dan aku khayalkan Anis. Salah! Aku tahu tapi sejak jumpa dia hari tu aku tak boleh nak lupa macam tu je. Dia comel sangat dengan baju tidur tu.
"Man, kau nampak distracted je beberapa hari ni, why?" Soal Dean pada aku dan jelas dia perasan sangat aku ni dah banyak berubah. Aku berubah bukannya ke arah kebaikan atau keburukan tapi lebih kepada terganggu. Aku pandang Dean malas dan mengeluh.
"Aku rasa kau patut tinggalkan semua ni dan take a leave"
"I think so to" aku balas dan Dean jelas terkejut lagi. Aku, Zaidan si workaholic tahap dewa nak ambil cuti. Agaknya akan ada orang masukkan dalam sejarah Malaysia ratus tahun nanti.
"Clearly, kau ada masalah ke?" Soal Dean lagi dan aku mula muak dengan satu bundle dia punya soalan. Aku malas nak layan soalan Dean tapi aku tahu akhir sekali aku kena berdepan dengan semua ni.
"Office ok, business tip top, bonding kita ok. What is your prob man?" Soal Dean lagi sekali dengan nada jelas geram bila aku tak respon pada satu pun soalan dia tu.
"Aku nak pinjam heli kau, ok?" Soal aku padanya dan dia angkat kening.
"Nak pergi mana?" Soal Dean lagi. Seriously? Dia tak penat ke tanya soalan yang tak ada orang nak jawab?
"Mana kau nak pergi?" Dean bertegas dengan soalannya kali ini jadi aku terus bangun dari kerusi dan tinggalkan Dean. Aku tak rasa kewajipan untuk jawab soalan dia tu. Aku tahu dia akan naik angin tapi aku tak nak ambil peduli.
-Zaidan-
Pada awalnya aku rasa baik ambil heli Dean tapi bila aku fikir balik, aku rasa ada baiknya kalau aku guna public transport je. Aku nak rasa saat2 susah dulu balik. Saat aku dan Dean terpaksa bersusah payah untuk sesuap nasi. Apa yang kami korbankan dan berapa kali badan kami dipukul oleh samseng. Berapa kali jugak kami berlagak nak jadi hero untuk lindungi orang lain dan akhirnya kami sendiri yang jadi mangsa. Sejak hari tu Dean tekad yang dia akan lindungi orang yang bayar dia je. Aku pun lebih kurang sama tapi untuk elak masalah, kami came up dengan idea untuk buka bisnes lain jugak. Cerita saat susah kami, saat kami cedera dipukul dan saat getir buatkan kami tak kuat untuk biarkan apa yang kami ada sekarang jatuh. Saat di mana janji kami, tak perlu ada orang lain dalam hidup kami. Aku kelihatan keras hati, tabah dan kuat pada Dean dan aku dah macam abang padanya. Well, aku rasa memang aku perlu jadi abang sebab Dean ni ada masa dia ada masalah dia tak boleh nak fokus. Dia pernah kena campak dalam tasik sebab naik angin tanpa sebab. Korang pun boleh nampak betapa chaos and messy hidup Dean bila dia tahu Fifie baik dengan lelaki lain. Fifie, thanks to Fifie sebab dah ubah semua ni dan Dean nampak lebih bahagia sekarang. Aku? Aku suka atau boleh dikatakan tertarik pada Anis tapi aku tak boleh. Well, seseorang antara kami kena stick dengan plan asal. Dean dah ada keluarga dan bahu dia dah ada lagi satu tanggungjawab yang jauh lagi besar. Aku? Aku kena berundur dari perasaan aku sendiri. Anis tak sukakan aku jadi, tak ada masalah.
Tengah aku khusyuk layan perasaan bas yang aku tunggu dah sampai. Aku naik ke atas bas dan ke tempat yang paling belakang di sebelah kiri. Aku duduk dan sandarkan kepala pada tingkap sementara tunggu bas bergerak dan pergi dari sini. Aku tak pasti siapa lebih teruk, aku atau Dean. Aku pun terganggu dengan kewujudan Anis ni. Aku pun cari tahu semua pasal Anis dan aku tahu boleh dikatakan semua pasal hidup dia. Aku boleh agak hidup dia nampak bosan gila tapi bila aku study pasal dia, she is interesting.
-Jiha-
Aku dah habis step admire Mr. Private tak guna tu. Aku dah move on. Hahaha. Apa pun tahniah pada dia sebab berjaya buat aku tidur tak lena. Sekarang ni baik aku fikirkan cara nak selesaikan kes ni dengan cepat. Kenapalah ada orang nak bunuh orang lain. Tak pasal2 aku kena buka kes pulak. Aku ambilkan kaca mata dan letakkan pada tempatnya. Aku tak suka pakai benda ni tapi terpaksa sebab dah namanya mata istimewa. Aku teliti bukti yang baru je aku dapat dan aku pasti semuanya tak membantu langsung. Kenapa aku jadi lawyer eh?
"Oh, sorry!" Aku ternganga bila semua kertas atas meja bulat ni basah. Basah dengan kopi! Siapa pulak yang tumpahkan air atas meja ni? Aku angkat muka untuk pandang makhluk Allah yang dah jahanamkan kerja aku dan thanks, laptop aku sekali.
"Mata letak kat mana?" Soal aku geram dan bangun dari duduk. Aku tahu semua mata dalam cafe ni sedang pandang aku. So what?
"Anis" eh, aku terus diam bila dengar suara dia. Seorang je dalam dunia ni degil sangat nak panggil aku Anis.
"Ha, Mr. Private" aku bersuara perlahan dan pandangnya yang masih lagi terkejut. Perlu ke aku lempang dia ni?
"Sorry, saya tak sengaja" pintanya lagi tapi muka tak payah cakap la tak ada rasa bersalah langsung. Aku telan liur sebab tahan marah dan kemaskan barang2 aku dengan segera. Walaupun dah tak banyak untuk diselamatkan kat atas meja ni. Aku rasa bengang sangat dengan dia ni kenapa? Sebab dia langsung tak layan aku macam aku ni orang yang pernah dia kenal. Fine, nak main kasar kan? Aku lebih hebat bab tu!
"Anis" panggilnya dengan niat menahan aku daripada pergi. Aku malas nak pandang muka dia dan buka mulut jadi aku rempuh je dia macam tu je sampai dia terpaksa bagi ruang untuk aku.
Bila dah sampai ke kereta aku bukakan pintu dan tiba2 pintu kereta aku tertutup rapat balik. Aku nampak ada satu tangan lelaki yang melekat pada pintu kereta aku ni. Ingat tangan dia spiderman nak main lekat2 pulak.
"Encik Zaidan, tolong jangan ganggu saya"
-Zaidan-
"Encik Zaidan, tolong jangan ganggu saya" aku terdiam bila dia sebut nama aku, aku rasa dah bertahun aku tak dengar orang panggil aku Zaidan dan aku suka bila dia yang sebut nama aku tu. Aku nak dia panggil aku lagi. Ah, dasar gila.
"Anis, saya minta maaf" pinta aku lagi dan dia masih lagi dengan muka bengangnya. Kenapa? Kenapa dia marah sangat.
"Its ok, awak dah jahanamkan kertas kerja saya, mungkin lepas ni saya patut cari kerja lain kut. Thanks a lot for you help" sinis sekali suaranya dan apa yang pasti aku tak suka bila dia bercakap macam tu dengan aku.
"Saya tahu pasal kes langgar lari tu. Saya boleh tolong" macam mana aku tahu? Kebetulan yang kena langgar tu pekerja Dean sendiri jadi, aku tahu banyak kes ni dan aku tahu siapa pelakunya. Aku jugak tahu yang Anis akan jadi lawyer dia nanti. Kenapa semua ni boleh terjadi? Bukan Kebetulan tapi, keberuntungan menjadi seorang boss. Aku tersengih sendiri kali ini.
"Macam mana encik nak tolong?" Soalnya formal dengan suara yang kembali tenang. Aku pandang dia dan tunjukkan satu video kepadanya. Video kereta yang melanggar pekerja Dean. Mulut dan mata dia boleh dicakap terbuka sama luas kut dan dia nampak lebih comel macam tu. Ugh! Kenapa dia nampak comel?
"Wow, evident!" Dia masih lagi nampak terkejut tapi dia dah tersenyum.
"Tapi, saya tetap kena mula semuanya dari awal" wajah dia kembali sedih dan dia menundukkan wajahnya untuk memandang lantai. Ni yang aku rasa tak sedap hati ni.
"Saya akan tolong awak, kita mula balik" aku cuba untuk senyum tapi tak menjadi la pulak, mata dia pandang aku balik dan tersenyum bahagia.
"You are the best!" Pekiknya dan aku rasa bahagia sangat, jangan kata aku riak kalau aku cakap aku suka bila dia yang puji aku.
"Tapi, ni antara kita berdua je" aku sambung lagi dan dia angguk tanpa hiraukan bertanya kenapa atau soalan lain. Senangnya dia kan?
"Kita mula esok, saya ada kerja sikit. Nanti saya call balik" dengan itu aku tinggalkan dia dekat situ. Banyak yang aku kena uruskan, laptop dia pun rosak.
-Jiha-
Kenapa la dia ni macam misteri sangat kan? Dia je la yang dapat call aku tapi aku tak dapat nak call dia, bukan tu je dia siap suruh aku datang ke tempat private dan rahsia ni. Dah la driver dia yang datang ambil aku.
"Dah sampai ke?" Soal aku bila kereta dah berhenti tanpa jawapan pintu kereta dibuka, jadi aku anggap tu jawapannya ya. Aku keluar dari kereta dan ternampak sebuah van yang lumayan besar jadi, aku berjalan ke arah van itu dan buka pintunya perlahan lahan. Intai dulu! Bila aku dah intai, aku nampak seorang yang tengah sujud, hurm, Mr. Private tengah solat ni. Aku decide nak tunggu luar je la. Aku bersandar pada van dan bermain dengan telefon sendiri.
"Jom masuk" aku terkejut bila dia main ajak macam tu je. Aku masuk bila pintu dah terbuka luas dan aku pandang dia yang berpakaian kasual. Tadi kan dia solat. Ehek.
"Laptop" pintanya dan aku berikan tanpa berfikir banyak. Buat apa nak fikir banyak? Otak tengah lembab jugak ni. Hahaha.
"K, dapatkan semua content dalam ni, replace dengan yang baru" arahan itu dia berikan ke mamat sado bernama K ni. Semuanya hensem2 aku rasa yang kerja ni. Hahaha.
"Duduk" pelawanya lagi dan aku terus duduk di kerusi yang disediakan. Macam mana la dia boleh hidup dengan banyak rahsia sangat kan? Kalau dia jadi boyfriend aku? Dia ni macam, My Private Boyfriend la kan? Hahaha! Ish, dah mengarut dah aku ni.
"My Private Boyfriend?" Aku terkejut bila dia tanya aku balik. Takkanlah dia mind reader kut? Macam dalam cerita korea tu, I hear your voice.
"Saya dengar awak sebut tadi" bila dia cakap macam tu aku sengih malu. Ya allah, terbawa bawa cerita korea la pulak.
"Ah, cerita korea yang terbaru!" Aku bohong makruh! Hihihi.
"Ok, lets begin" dia respon oh je lepas tu ajak mula kerja dah. Dia tunjukkan bebedapa helai kertas bergambar yang boleh dijadikan bukti dan video yang dia tunjuk tu la bukti paling kukuh. Bukti kebal habis dan memang ke penjara la penjenayah tu. Aku sengih sendiri dan pandang dia yang sedang ralit memberi penerangan. Kenapa la aku boleh jatuh suka dekat dia ni kan?
"Anis, are you here?" Soalnya dengan suara mendatar, aku gelengkan kepala perlahan.
"Where are you? London?" Soalnya lagi.
"In your heart" jawab aku tenang dan bila dia pandang aku dengan mata luas, aku ikut sama terngadah. Bodohnya Jiha!
"Maksud saya...saya tengah, teringat satu lagu inggeris. In your heart tajuknya. Maaf" pinta aku segera dan garu belakang kepala. Kelemumur ke ni? Adoi!
"Ok, awak boleh mula dari sini..." dia sambung lagi dan aku mula pay attention. Kenapa la aku jadi macam ni, macam mana aku boleh lulus jadi lawyer sebenarnya? Rahsia kut.
-Zaidan-
Aku tak pasti apa yang dia pandang dan apa yang dia menungkan, tapi mata dia menala ke arah aku. Tepat pada wajah aku ni. Aku rasa ada debaran halus dan aku suka bila dia pandang aku macam tu, sebab bila aku tegur dia dan dia mulai fokus, hangat pandangan dia pada aku dah hilang. Dean, apa aku nak buat sekarang ni? Macam ni ke kau rasa bila kau bersama Fifie?
"Jadi, kita boleh mula dari sini" dia bersuara yakin dan senyuman dia memang mekar habis. Aku anggukkan kepala sebagai respon kepadanya.
"Ok, ni laptop baru untuk awak. Semua data dah ada dalam ni." Aku serahkan laptop baru kepadanya.
"Eh, saya tak bawa duit ni nak bayar" aku terkejut bila dia cakap macam tu. Duit?
"No, tak perlu bayar. Ni saya ganti balik laptop awak yang dah rosak" aku tolak bayaran dia terus.
"Tapi"
"Kereta dah tunggu awak kat luar. Semoga berjaya dalam kes ni" aku tahu aku kejam dan aku macam menghalau dia je, tapi, aku tak boleh berlama dengan dia, aku rasa aku bukan lagi Z yang cold tapi, diri aku sendiri. Aku tak boleh bahayakan hidup dia kalau aku nak dia jadi seseorang dalam hidup aku. Walaupun aku jalankan bisnes biasa, tak sama macam Dean risiko diserang masih ada. Aku tak sanggup nak tengok dia cedera dan aku tak sanggup nak bagi dia sedih kalau aku mati.
-jiha-
Aku tersenyum seharian dan buat pertama kalinya aku rasa 220% yang aku akan menang kes ni. Bila hakim masuk, semua orang berdiri dan perbincangan akan dimulakan sekejap lagi.
Aku dibenarkan untuk membuat dakwaan dan aku dengan yakin membukakan dakwaan dengan hujah mudah dan pendek. Aku pandang belakang setiap saat, sebab aku nak dia ada kat sini.
Bila hujahan demi hujahan yang aku bagi dan setelah sampai masa untuk kemukakan bukti, pihak hakim mengambil masa untuk buat keputusan. Setelah meja diketuk sebanyak dua kali.
"Setelah melihat semua aspek, dengan ini pesalah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan denda sebanyak satu juta ringgit" dengan kata putus itu aku mampu tersenyum lega. Aku bangun bersama ahli dewan yang lain bila para hakim mula tinggalkan dewan. Aku senyum sendiri lagi dan mula kemaskan barang2 aku dan ucapan tahniah serta terima kasih aku ambil dengan senang. Ini bukan kerja aku seorang. Aku bahagia, tapi dia tak ada pun kat sini. Aku lepaskan keluhan berat dan berjalan ke kereta. Bila aku buka kereta, ada satu nota kecil yang jatuh ke kaki aku.
-nice work. Zaidan-
Walaupun nota tu ringkas gila bapak, tapi aku rasa bahagia sampai nak lompat cecah awan. Aku senyum semakin lebar dan bersandar pada pintu kereta dengan senang.
"Cik Najiha, very impressive" ok. Sekarang ni dah ada orang potong mood aku. Azhar, lawyer kepada lelaki yang bersalah tu. Dia memang hebat dan dikenali ramai tapi aku tak suka dia sebab dia, ramai penjenayah yang boleh lepas. Sebab pada dia, money is everything dan aku sebagai manusia bangga dapat kalahkan dia hari ni jadi, rekod tak pernah kalah dia dah tercoreng dengan arang kayu!
"Should I say thank you or, sorry you are fail?" Aku bertanya dengan sarkastik habis tapi dia boleh tergelak senang. Gila!
"Oh, its ok. Win and lose is normal. Being the lose one is a bit hard but, if I lose to someone this pretty and great, I dont mind" ok,tolong tembak aku sebelum aku muntah kat sini.
"are you trying to flirt?" Soal aku langsung, well kalau dia rasa dia lelaki dia akan say yes.
"Yes, kinda. So, how about a romantic dinner?" Soalnya lagi dan aku rasa nak humban dia dalam longkang.
"Sorry, I need to refuse it. I should go first. Have a nice day" aku masuk ke dalam kereta dan terus pergi dari situ. Kenapa orang macam dia wujud dalam dunia ni? Sebab, kalau dia tak wujud aku nak sakit hati dengan siapa? Hahaha. Aku kenal dia dah lama, kami satu universiti dulu, satu kelas dan apa yang aku boleh cakap, dia memang scorer terbaik dan seorang manusia yang pandai menyakitkan hati orang dengan kata2 pedasnya.
-Zaidan-
Dulu aku kutuk Dean tapi sekarang aku sendiri dah jadi macam Dean bila kenal Fifie dulu. Aku pun dah macam stalker bila selalu perhatikan dia balik kerja dan aku rasa bahagia walaupun masa aku terbuang macam tu je. Kenapa cinta ni boleh menyebabkan kita buat kerja bodoh? Setelah perhatikan dia aku masuk semula ke dalam kereta untuk beredar tapi bila aku melihat ada seorang lelaki yang mendekati Anis aku tak jadi nak masuk. Pada mulanya aku ingatkan mereka hanya berbual kosong tapi bila lelaki itu mula menarik tangan Anis dengan paksa aku tak dapat nak tahan sabar. Dengan langkah laju aku menuju ke arah Anis dan bila sampai di depan Anis aku tolak lelaki itu dan pipi dia memerah dengan tumbukan aku yang agak kuat sebab dia dah terduduk atas jalan. Mata Anis terbuka luas bila melihat aku disitu dan dah tumbuk orang.
"Aw...awak?" Soalnya putus2 dan bila aku pandang dia aku telan liur sikit. Ok, now bad guy huh? Z!
"Tak guna punya jantan!" Lelaki itu bangun semula dan menahan marahnya bila melihat aku angkat tangan lagi sekali bersedia untuk tumbuk tepat atas batang hidung dia biar patah terus.
"Aku akan saman kau, kau belum kenal aku siapa" ugutnya dan aku peduli apa? Anis pandang aku dan gelengkan kepalanya dua kali. Wajahnya jelas risau tapi aku malas nak rendahkan ego aku pada lelaki berlagak ni. Aku keluarkan dompet dan sodorkan kad nama aku padanya.
"Ni lagi satu" aku serahkan lagi satu kad.
"Talk to my lawyer" setelah aku habiskan ayat tu aku bukakan pintu kereta Anis dan menyuruhnya masuk disebelah penumpang. Dia tak banyak cakap hanya mampu menurut dan bila aku dah masuk ke dalam keretanya aku terus memandu pergi dengan bengang.
"K, ambil kereta aku" setelah telefon dan beri arahan pada K aku lepaskan keluhan berat. Aku tahu yang aku dah takutkan Anis dan dia tak nak pandang aku langsung.
"Siapa dia?"soal aku padanya dan dia pandang aku sekilas.
"Azhar, lawyer terkenal dan ketua kumpulan saya dalam firma tu" ujarnya lagi dan aku diam sekejap. Mereka kerja sama2? Perlu tak aku belikan sebuah firma untuk dia? Jadi, dia tak perlu nak takut lagi.
"Awak tak patut pukul dia, dia tu lawyer terkenal" ujarnya perlahan dan aku ukir senyum sedikit.
"Lawyer saya, En. Adnan Tan" aku jawab selamba sebab aku pasti dia kenal siapa Adnan Tan tu. Ha, kan mulut dia dah ternganga luas.
"Really?" Soalnya teruja habis dan aku anggukkan kepala. Dia senyum pula dan pandang aku lama.
"Terima kasih tumbuk dia!"ujarnya dan aku sembunyi ketawa. Kenapa la ada lawyer yang macam dia ni kan?
"Awak buat apa kat sini? Tiba2 je muncul macam hero" aku diam sekejap dan pandang dia sekilas.
"Saya stalk awak" aku bagi jawapan ikhlas dan dia bertambah terkejut.
"Stalk saya?!" Soalnya seakan tak percaya dengan apa yang dia dengar.
"Saya suka awak, jadi girlfriend saya?" Aku terus keluarkan apa yang aku tengah fikir dan dia bertambah tambah terkejut sampai muka pucat gila.
"Mimpi apa ni?" Soalnya dan garu kepalanya beberapa kali.
"Saya maksudkannya. Please?" Aku sebenarnya mohon sangat dia terima walaupun ayat aku tak sweet dan romantik macam orang lain.
"Jangan main2 boleh tak?" Soalnya serius dan atas sebab apa dia fikir aku main2? Pelik.
"Saya serius. Saya tak seyakin Dean yang terus nyatakan cinta pada Fifie tapi, saya yakin saya suka awak. Jadi, couple?" Soal aku lagi dan dia pandang aku lama.
-Jiha-
Apa ni mimpi indah sebab aku tolong kucing semalam? Dia ajak aku jadi awek dia macam tu je? Well, aku tak harapkan dia bawak selori ros ke apa pun. Tapi, betul ke dia suka aku? Suka aku macam mana tu? Macam aku suka dia ke? Ya Allah, benarkah ini?
"Anis" bila dia sebut nama aku lagi sekali aku dah siap angguk macam ayam.
"Couple" aku balas sambil tersengih malu dan dia senyum sekilas.
"Good" ujarnya tenang dan aku rasa muka aku membahang. Kenapa perempuan suka sangat blush? Bukannya dia cakap aku ni cinta pertama dan terakhir dia pun. Dia suka aku je kut, suka dan couple ni dalam erti kata lain sama macam experiment la. Kalau dah dapat result akhir, decide sama ada kita sesuai ke tak. Kan? Pada aku macam tu la.
Sekarang dah dua bulan aku sah couple dengan dia tapi kami masih lagi rahsiakan hubungan kami ni dan aku tak rasa macam ada boyfriend sangat pun. Dia akan call aku setiap dua hari sekali dan tu je la kalau jumpa pun jarang2 je. Memang kami ni macam ada secret affair la sebab dia tak suka nak pergi pada public. Tak ada siapa pun tahu yang kami ni, in relationship. Memang dia ni, My Private Boyfriend habis la dan aku kinda suka jugak. Dia, tak romantik, tak sarkastik tapi simple je sampai aku tak tahu apa aku perlu buat sebagai awek dia. Setiap kali kami jumpa, well a date maybe, dia yang uruskan semuanya dan aku hanya ikut. Aku tak boleh ajak dia makan sebab dia masih lagi guna private number dan dia cakap, tak perlu aku ada nombor dia. Kenapa? Aku pun tak pasti. Tengah aku mengelamun ni ada satu call masuk, Fifie.
"Yup sis?" Soal aku langsung tanpa salam dan sapaan lain. Aku tahu Fifie dah gelak sebelah sana dengan perangai aku ni.
"Teman kau medical check up? Ok, bila?"
"Free je, Dean pergi mana?" Soal aku padanya sebab selalunya Dean tak bagi Fifie keluar sorang2.
"Oh, dia pergi oversea dengan Z" hurm, sepatah haram pun boyfriend aku ni tak cakap dia pergi mana. Patutlah tak ada call pun.
"Ok, nanti aku pergi rumah kau" bila aku dah setuju, aku baling telefon atas katil dan masuk bilik air. Tak mandi lagi mak oi! Selesai mandi dan bersiap ala kadar aku mengambil dompet dan kunci kereta.
Tak sampai setengah jam drive aku dah sampai rumah Fifie dan wajah ceria Fifie serta perut yang dah memboyot tu buatkan aku tersenyum bahagia. Aku ingat lagi bila Fifie cakap dia nak sangat rasa saat mengandung, sekarang Allah dah makbulkan impian dia. Alhamdulillah.
"Jom!" Ajaknya ceria bila masuk dalam kereta aku. Aku terus memandu pergi dari perkarangan rumahnya untuk ke klinik.
Selesai semua urusan di klinik aku lepak sekejap di rumah Fifie dan makan malam di sana terus. Fifie pun dah pandai masak sekarang jadi tak rugi kalau datang sini dapat makan free lagi.
"Aku balik dulu, dah pukul 11" aku minta diri walaupun Fifie minta aku stay rumah dia je. Aku terpaksa tolak sebab esok kena rushing pergi mahkamah.
"Siapa pulak tu?" Aku telan liur sebab takut, entah lembaga apa yang tengah berdiri depan pagar rumah aku ni. Aku turun dari kereta dan berjalan perlahan lahan ke arah lembaga tinggi lampai ni.
"Anis?!" Aku terkejut bila lembaga ni berpaling dan menyebut nama aku.
"Ha, awak. Buat apa berdiri macam tiang letrik kat sini?" Soal aku padanya sambil mengurut dada. Yang muka dia macam nampak hantu tu kenapa?
"Mana awak pergi? Kenapa call tak angkat? Awak ok?" Amboi, satu pakej soalan datang ni ha. Aku kedipkan mata beberapa kali sebelum jawap soalan dia.
"Saya ok, dari rumah Fifie" aku jawab tenang.
"Kenapa tak jawab call?" Soalnya lagi. Aku mencari telefon aku di dalam poket sebelum tersengih.
"Tertinggal agaknya" tanpa rasa bersalah aku senyum padanya. Dia lepaskan keluhan berat dan menarik nafas dalam2.
"Saya call awak dari Bangkok lagi, bila awak tak jawab saya risau gila." Ujarnya dan tiba2 aku rasa sangat bahagia. Tak tahu la kenapa rasa macam tu.
"Awak dari airport ke?"
"Ya. Saya risaukan awak" ok! Kali ni rasa bahagia dan nak bergolek atas rumput.
"Saya dah besar la awak, tak perlu risaukan saya" aku cuba untuk jual mahal sikit. Padahal aku happy gila kot!
"Saya boyfriend awak jadi, saya berhak untuk risau. Lain kali jangan tinggalkan phone lagi" pesannya tegas. Hahaha, kelakar pulak aku rasa sekarang ni.
"Ya. Ya. Awak balik la, rest. Saya nak kena tidur awal ni. Esok ada case"
"Ok. Good night" ujarnya sambil tersenyum sedikit. Hai la hati, cair ke?
"Good night"
"Esok, kita pergi makan. Saya jemput" bila dia cakap macam tu aku angguk je la dan senyum sedikit sebelum berjalan masuk ke dalam rumah. Jangan pandang belakang! Aku saja nak buat tak kisah sebab, saja! Saja nak jual mahal sikit. Hehehe. Bila aku masuk dalam rumah terus berlari ke tingkap untuk tengok dia. Dia masih lagi berdiri kat situ dan tak lama kemudian dia pergi. Hehehe, he cares about me duh!
-Zaidan-
Aku punyalah risaukan dia boleh dia tayang sengih je. Tak ada comman sense betul la dia ni. Aku dari KLIA terus lompat datang sini nak tengok dia ok ke tak. Kenapa dia tinggalkan phone sedangkan sekarang phone tu dah jadi kewajipan untuk dibawa kemana mana. Tapi, dia nampak ok je dan aku rasa lega sangat. Aku tak pasti bila aku akan ready untuk ambil dia jadi suri dalam hidup aku sebab aku masih lagi takut. Takut apa yang aku ada sekarang ni bahayakan dia nanti. Tapi, Dean mampu jaga Fifie takkan aku tak mampu nak jaga Anis.  Aku pasti mampu tapi, aku belum yakin. Susahnya nak buat keputusan penting ni.
Bila dia masuk dalam rumah dia tak pandang aku lagi sekali pun. Hailah, alu tahu aku ni bukanlah jenis yang romantik habis dan aku tak pandai nak tunjukkan pada dia betapa dia beerti pada aku. Dah la aku rahsiakan hubungan kami pada semua orang. Aku pasti dia nak sangat beritahu Fifie tapi sebab aku tak bagi dia pun tak cakap. Andai aku tak penakut sangat pasti dia lebih bahagia kan?
- Zaidan-
Bila dia keluar dari mahkamah muka dia nampak keruh habis jadi aku boleh agak yang dia kalah case tadi. Kan? Macam mana aku nak comfort dia ni?
"Hai" dia sapa aku malas tanpa pandang aku langsung.
"Kenapa ni?" Aku ukir senyum sebaik mungkin dengan harapan dia akan balas senyuman aku balik tapi langsung tak. Ok, sekarang ni aku sedih sebab dia tak gembira jumpa aku.
"Kalah" jawabnya mendatar dan masih lagi pegang barangnya. Aku ambil begnya dan kot lalu diletakkan pada seat belakang. Pintu kereta aku bukakam dan dia masuk tanpa banyak soal.
"Kita nak pergi mana?" Soalnya bila aku dah masuk ke dalam kereta.
"Saya dah tempah restoren itali, awak nak makan kat situ kan?"
"Saya tak ada mood nak pergi tempat  macam tu. Kalau awak nak pergi, awak pergi je la. Saya nak balik. Penat" bila dia cakap macam tu aku diam sekejap. Plan aku dah diambang kemusnahan nampaknya.
"Saya hantar awak balik" aku bersuara lembut dan cuba untuk senyum walaupun aku tahu aku gagal dan kecewa. Anis tak pernah angin sampai macam ni sekali dan aku tak tahu macam mana nak senangkan dia. Tak guna!
Bila sampai di depan rumahnya dia terus keluar dari kereta dan ambil barangnya. Dia pandang aku sekilas dan ucap terima kasih kemudian terus masuk dalam rumah. Aku hanya mampu berdiri kaku di situ dengan apa yang dia buat.kenapa aku rasa sakit je ni?
-Anis-
Bila aku masuk dalam rumah dan kunci pintu aku baling beg aku atas sofa dan duduk atas lantai. Air mata aku mula mengalir dan semua ni jadi sebab Azhar! Sekarang aku dah buat Zaidan kecewa, aku boleh nampak muka dia kecewa gila bila aku tolak dan layan dia dengan buruk.
"Kenapa aku kalah?" Sebab janji gila aku dengan Azhar la semua ni jadi. Kenapa aku janji dengan dia kalau aku kalah case kali ni aku akan dinner dengan dia. Kenapa Azhar tak boleh biarkan aku seorang diri? Aku girlfriend Zaidan  tapi, dia tak nak seorang pun tahu. Kenapa jadi macam ni?
Malamnya aku bersiap ala kadar untuk keluar makan malam dengan Azhar. Kalau ikutkan hati aku baik aku pakai baju tidur je senang biar dia malu nak bawak aku pergi makan. Dah la sebab Azhar aku tipu Zaidan lagi. Aku cakap aku nak rest malam ni dan kecewakan dia lagi sekali, kecewakan dia dengan tolak pelawaan dia untuk makan malam sama2. Aku rindu dia. Ikhlas.
Aku tunggu depan rumah dan bila Azhar sampai aku terus masuk dalam kereta dia walaupun dia dah keluar untuk bukakan pintu untuk aku. Aku harap malam ni berlalu dengan cepat dan semua ni selesai dengan cepat.
"Awak memang selalu cantik" pujian Azhar tak kedengaran manis di telinga aku tapi pedas dan sangat tak menyenangkan. Tak sama saat Zaidan yang memuji aku.
"Make it fast." Aku bagi ayat mudah dan dia tergelak kecil walaupun dia tahu aku tak suka semua ni. Aku tak suka bila aku terpaksa buat apa yang aku benci!
"Awak nak makan apa2?" Soalnya lagi dan aku jeling dia tajam.
"Najiha, jangan pandang saya macam tu. Awak tahu yang saya dah jatuh cinta pada awak"
"Boleh tak kalau encik diam dan drive je" aku marahkan dia tapi dia masih lagi boleh senyum.
"Awak lagi cantik bila marah" bila dia cakap macam tu aku terus cuba untuk buka pintu kereta dan terjun keluar. Aku tak peduli aku cedera dan masuk hospital sekalipun. Bila dia nampak aku tekad semacam dia diamkan diri dan memandu dalam keadaan senyap.
Sebaik sampai di sebuah restoren aku terus menonong masuk ke dalam dan dia ikut aku dari belakang. Bila dia datang dia tunjukkan aku meja kami dan aku terus duduk dengan malas. Aku panggil waiter cepat2 dan buat pesanan. Aku order air kosong je.
"Awak pasti nak air kosong je?"
"Ya"
"Tolong bawakan makanan yang saya dah pesan tu. Terima kasih" aku pandang dia garang bila dia cakap macam tu. Aku tahu dia sengaja nak naikkan darah aku dan buat aku duduk di sini lama. Sesaat pun aku tak mampu nak tahan dengan tengok muka dia.
"Awak buat apa ni?" Soal aku bengang.
"Saya nak makan dengan awak" bila dia cakap macam tu aku rasa nak je terbalikkan meja ni sekarang jugak. Mata aku mula berair sebab aku tak tahan lagi. Perasaan aku bergelodak dan aku sangat sakit sekarang ni. Benci bila tak ada seorang pun yang faham perasaan aku.
"Najiha, awak ok?" Bila dia tanya macam tu air mata aku terus mengalir dan Azhar bangun dari kerusi dan berdiri di sebelah aku. Dia berikan tisu untuk aku lap air mata dan berdiri sangat rapat. Bila aku dah lega sedikit aku pandang ke sebelah kiri sebab dia berdiri sebelah kanan aku. Mata aku terbuka luas bila terpandang satu pasang mata yang pandang aku dengan tajam. Zaidan. Aku jadi kaku dan tak pasti apa yang perlu aku buat sekarang ni. Aku terus merenung dalam matanya dan pada mulanya mata itu kelihatan marah kemudian bertukar kecewa dan terluka. Bila dia larikan pandangan dan pergi aku teringin bangun dan berlari kepadanya tapi aku masih lagi kaku dan tak mampu mengejarnya. Dia dah kecewa dengan aku.
-Zaidan-
Aku tak pasti apa yang aku rasa sekarang ni. Rasa macam hati aku kena pijak dengan lori sampaikan badan aku dah hilang rasa hangat. Kenapa dia jumpa dengan Azhar kalau dia bencikan Azhar. Kenapa dia tipu aku? Aku ingatkan dia seorang perempuan yang berbeza, lain dari yang lain dan mampu bahagiakan aku tapi, sekarang ni apa yang aku rasa hanyalah sakit dan kecewa. Kenapa cinta hanya menyakitkan. Siapa kata Love is Pain and your are my pain killer. Love is pain, and you make me pain more. Aku rasa quote tu lagi sesuai.
Aku masuk ke bilik air bila tiba di rumah dan terus basahkan diri dengan pancuran air. Semoga semua perasaan aku boleh pergi macam tu je. Aku marah tapi aku tak mampu nak benci dia, apa yang Anis dah buat pada aku? Dia bukan Anis aku lagi, dia hanyalah Najiha Anis, kawan kepada Fifie.
Selesai mandi aku keluar dari bilik air dan telefon serta nombor yang aku belikan khas untuk kami berhubung aku campak ke dalam tong sampah. Hadiah yang aku belikan untuk dia aku buang, semuanya. Aku tak ingin ingat dan ada walau secebis memori bersama dia. Wajar ke aku buat semua ni? Kalau korang rasa aky kejam, cuba berdiri di tempat aku dan tengok bila orang yang kita sayang di sentuh orang lain. Aku tak rasa korang akan berdiri di rumah ni, pasti korang dah bunuh dia. Orang ketiga!
-Jiha-
Dua hari, dia tak call aku langsung untuk dengar penjelasan aku dan aku tak dapat nak hubungi dia. Aku aak pasti dah kali ke berapa aku nangis hari ni tapi tak ada seorang pun yang dapat aku kongsi rasa ni. Azhar, Azhar seorang je yang selalu sangat ada depan aku sekarang ni dan dia dah tak memaksa aku macam dulu lagi. Aku tak kata aku rasa bahagia dia ada kat sini tapi sekurang kurangnya dia dah tak cuba untuk dapatkan cinta aku lagi. Kami dah jadi macam kawan dan perasaan benci aku dah berkurang pada dia. Tapi, perasaan cinta aku tak pernah rasa berkurang pada Zaidan malah bertambah. Kenapa semua jadi semakin parah dan kenapa aku mesti rasa semua ni saat aku mula kenal cinta dan sayang.
Aku tekad, hari ni aku akan pergi rumah Fifie, mungkin aku akan jumpa dia kat sana dan kami boleh bincang dan aku boleh terangkan apa sebenarnya yang terjadi. Aku memandu menuju ke sana dan aku tersenyum puas bila ternampak kereta dia ada di situ. Aku turun dengan ceria dan terus ke pintu utama banglo Dean dan Fifie. Ya, dia ada di dalam rumah ini dan keadaan dia sangat teruk. Dia demam ke? Dia tak sihat? Bila aku berjalan masuk dengan perlahan lahan, Fifie yang perasan aku ada di situ terus memeluk aku erat dan dia sangat ceria. Aku berikan senyuman ringkas kepada Fifie. Aku tahu kehadiran aku kat sini tidak dialu alukan dan semuanya jelas bila Zaidan pandang aku dengan anak mata yang tajam. Pandangan dia dah menghiris sebahagian hati aku dan aku rasa aku tak akan mampu dapatkan dia balik.
"Dean, Z" aku cuba untuk berlagak selamba dengan menyapa dua lelaki yang sedang pandang aku dan Fifie. Senyuman yang aku berikan jelas fake tapi aku tak mampu nak bagi lebih baik dari ni.
"Awak buat apa kat sini?" Aku terkejut bila Zaidan bangun dan tanya aku kasar macam tu. Fifie dan Dean pelik bila kami berdua seakan ingin bergaduh.
"Saya nak jumpa aw...Fifie" aku tak pasti apa yang perlu aku cakap. Aku nak jumpa dia, nak jelaskan semuanya pada dia.
"Datang sini bila saya tak ada, sekarang pergi!" Ujarnya kasar dan mata aku berair. Dia halau aku? Apa yang Fifie dan Dean tonton aku dah tak peduli langsung.
"Awak buat apa kat sini?" Soalnya garang. Fifie dan Dean agak terkejut dengan respon Zaidan.
"Saya...nak jumpa awak" aku cuba bercakap secara selamba tapi detak suara aku jelas sedang menahan sebak. Mata aku mula berair dan aku pandang dia dengan harapan dia sudi dengar apa yang aku nak cakap.
"Saya tak nak tengok muka awak, pergi dari sini" bila dia cakap macam tu terus air mata aku mengalir dan rasa sakitnya dah membelah jantung dan hati aku. Fifie dan Dean masih lagi keliru dengan apa yang sedang terjadi tapi mereka tetap juga berdiam diri.
"Saya nak explain..."
"Explain apa?!" Bentak Zaidan dengan suara kuat dan aku menikus takut. Zaidan tak pernah tinggikan suara sampai macam ni sekali.
"Saya salah sebab percayakan awak, saya salah bila saya percaya yang saya perlukan perempuan. Saya salah bila saya kenal awak!" Ujarnya dan menuding jari tepat ke arah aku. Apa maksud dia? Aku? Sama je macam perempuan lain? Jadi selama ini dia hanya...air mata aku terus mengalir dan aku tak pasti sama ada aku perlu terangkan hal sebenar ataupun tak pada dia. Tapi, nama aku perlu dibersihkan.
"Saya terpaksa keluar dengan Azhar! Saya terpaksa sebab saya dah janji, kalau saya kalah case hari tu saya kena keluar dengan dia! Saya tak nak! Tapi, bila saya cuba tolak dia cakap saya tak ada sebab dan dia akan terus cuba, dia cakap saya bukan milik sesiapa." Aku diam sejenak dan kesat air mata yang mengalir.
"Saya tak mampu nak tolak dia walaupun saya kekasih awak! Sebab awak nak semua ni dirahsiakan. Saya nak sangat cakap yang saya dah berpunya tapi sebab awak nak kita rahsiakan semua ni saya tak cakap. Saya nak sangat mengaku yang awak kelasih saya, saya tak nak awak jadi boyfriend private saya je. Well, at lelast awak betul dalam satu perkara. Kita, tak kan mampu bersama dan saya bukan seorang perempuan yang diperlukan oleh awak. Maafkan saya. Kita? Dah tak wujud lagi" aku terus pergi dari situ dengan rasa sedih yang teramat. Sampai hati dia buat aku macam ni dan macam ni je hubungan kami berakhir.
-Zaidan-
"Kita? Dah tak wujud lagi" bila dia cakap macam tu dia terus pergi. Dengan wajah dia yang sedih teramat buatkan hati aku pedih. Aku benci bila aku dah buat keputusan melulu dan keluarkan kata2 keras padanya. Apa aku dah buat ni? Aku terduduk semula di sofa dan Dean duduk disebelah aku. Fifie masih lagi shock dan tak faham apa yang dah berlaku pada aku dan kawan baik dia.  "Fifie, saya sayangkan dia dan kami dah couple dua bulan. Sekarang, saya dah rosakkan semuanya" aku terangkan pada Fifie seringkas mungkin dan bila Fifie sedar dia kelihatan marah.
"Saya tak sangka awak macam ni! Jiha tu perempuan paling baik yang saya pernah jumpa!" Fifie dengan marah pergi dari situ dan aku lepaskan nafas berat.
"Dude, aku faham ok. Nanti kau cakap balik dengan Jiha" ujar Dean cuba tenangkan aku.
"Aku kenal dia. Dah tak ada peluang kedua Dean" aku bangun dan keluar dari rumah itu. Aku menyesal yang teramat sekarang ni tapi tak ada apa yang aku boleh buat. Mungkin, aku tak ditakdirkan untuk mana2 perempuan.
'Anis, saya harap awak bahagia sebab saya tiada lagi bahagia untuk saya'
-Fifie-
Aku marahkan Z tapi aku tahu kenapa Z buat macam tu. Dia cemburu dan aku yakin dia sayangkan Jiha sangat2. Bila aku jumpa dia sekarang, dia lagi teruk dari dulu. Dia hanya fikir kerja dan tak banyak bercakap, sekarang aku dah melahirkan anak kami tapi Jiha tak pernah muncul dan dia hanya call untuk ucap tahniah. Aku tak tahu mana Jiha sekarang sebab dia tak pernah maklumkan pada aku dan dia tak pernah bertanya soal Z. Bila aku nak cakap keadaan Z dia langsung tak nak dengar dan terus matikan telefon. Kenapa ada kisah cinta yang tak boleh bersatu, kenapa cinta Jiha dan Zaidan tak mampu bersatu?
-Zaidan-
Aku tahu Dean risaukan aku tapi aku tak tahu macam mana nak harungi semua ni dan aku tak tahu macam mana aku nak selesaikan masalah yang aku tengah hadapi ni. Anis, bukan lagi salah seorang yang wujud dalam hidup aku sebab, aku sendiri yang buat dia pergi. Aku nak dia balik, melampaukah permintaan aku tu?
"Z, aku sarankan kau pergi bercuti" Dean pandang aku serius dan aku tahu dia nak marah tapi dia tak sanggup bila tengok keadaan aku yang dah teruk macam ni.
"Dean, kau tahu jawapan aku tak so, forget it"
"Dulu apa yang kau cakap kat aku? Sebab seorang perempuan aku lemah, macam tak guna je" aku tak terasa dengan apa yang dia cakap sebab aku tahu aku pernah cakap macam tu pada dia.
"Fine, ni semua karma. I get it" aku bersuara malas sebab aku sedar yang senua ni memang karma dan padan muka aku kan?
"Z, aku harap kau tak salah faham"
"Aku faham. Kalau kau dah tak ada kerja kat sini baik kau balik jaga Fifie" memang aku tak patut cakap macam tu tapi aku tetap nak cakap jugak.
"Z kenapa kau degil sangat?" Ok, sekarang ni Dean dah naik angin balik. Aku tarik nafas dalam2 dan kemudian aku hembuskan sebelum pandang Dean.
"Fine, aku akan pergi bercuti."
"Really?"
"Ya" aku jawab malas.
"Where?"
"Any suggestion?"
"Rumah rehat kita dekat Terengganu. Kau suka betul tempat tu kan"
"Ok" aku mengalah dengan Dean sebab aku tahu yang Dean tak akan berhenti selagi aku tak cakap ya.
-Zaidan-
Rumah rehat ni masih lagi sama dan semuanya jelas dijaga dengan rapi. Bukan rumah ni je sama, hati aku pun masih lagi sama, tak terawat pun luka dalam hati aku ni. Aku tak pasti macam mana cara yang paling sesuai untuk lupakan semua ni dan mula balik. Bila aku fikir balik aku menyesal bila aku tekad nak dia jadi girlfriend aku. Aku tak layak untuk dia dan dari awal lagi aku dah tahu semua tu. Kenapa aku berani nak melangkah ke depan, langkah aku dah salah dan kini aku dah hancurkan hati orang yang aku sayang, hati Anis.
Aku kemaskan baju2 dan masukkan ke dalam almari. Aku buka tingkap dan angin pantai masuk ke dalam rumah ni.
'Aku harap semua ni akan berakhir' Aku lepaskan keluhan berat dan baringkan badan ke atas katil.
-Jiha-
Aku tak pasti apa yang dah masuk dalam badan aku tapi sekarang ni, selepas dua bulan aku berdiri depan pejabat Zaidan macam orang tak ada tujuan. Aku marahkan dia sangat2 tapi, aku tak boleh nak tipu hati aku sendiri. Aku rindukan dia dan aku nak dia jadi private boyfriend aku balik. Memang nampak desperate tapi aku tak tahu kenapa aku boleh jadi. setekad ni. Aku tahu mesti ramai perempuan yang tak puas hati dengan perangai aku yang mengejar burung kayangan ni tapi ni semua soal hati aku. Siapa nak lawan hati sendiri? Aku melangkah masuk dan terus ke meja setiausaha Zaidan.
"En. Z ada?" Soal aku pada lelaki itu dan dia pandang aku sebelum senyum sedikit.
"En. Z bercuti seminggu. Kalau boleh saya tahu, cik ni siapa?" Soalnya bila aku dah hilang dalam laut kekecewaan. Kenapa pulak dia tak ada hari ni? Siap pergi bercuti bagai! Aku ni punyalah susah payah rendahkan ego nak datang jumpa dia, boleh pulak dia pergi bercuti senangkan hati.
"Cik?"
"Tak apa la, saya datang lain kali" aku terus berlalu pergi. Tak nak datang lagi dah lepas ni. Kecewa gila2.
"Jiha!" Bila ada suara yang panggil aku, pandang belakang dan orang itu ialah Dean. Ugh! Dalam ramai2 orang dalam dunia ni kenapa mesti Dean? Sebab? Aku harapkan ada orang lain yang panggil aku.
- Zaidan-
Bila aku dapat call dari Dean yang Anis datang cari aku terus aku tinggalkan Terengganu dan balik ke KL. Aku tahu confirm tak sempat tapi aku tetap nak balik sekarang jugak.
Tiba2 ada sebuah kereta yanv telah berhenti di tengah jalan dan aku terpksa berhentikan kereta aku sama. Aku turun dari kereta dan melihat ada seorang perempuan yang sedang tidur.
"Cik!" Aku memanggilnya yang langsung tak bergerak. Aku cuba buka pintu tapi berkunci jadi aku cari kayu untuk pecahkan cermin keretanya. Bila aku jumpa sebatang kayu aku terus memecahkan cermin kereta itu dan aku membuka pintu keretanya.
Mata aku membesar bila ada pisau di perut perempuan itu dan berdarah. Dengan tangan terketar kerar aku cuba menarik keluar pisau itu untuk hentikan pendarahan. Bila aku dah berjaya keluarkan pisau sepenuhnya siren polis kedengaran.
Suasana menjadi sangat kalut dan pelij dan aku tak pasti apa yang sedang terjadi sekarang ni. Bila aku sedar je aku dah digari dan di seret maduk ke dalam kereta polis. Apa aku dah buat? Tak ada apa yang aku mampu cakap jadi aku diam je dan ikut je ke mana kereta polis ni bawa aku.
-Jiha-
"Apa?!" Aku terus bangkit dari katil bila dapat call dari Fifie yang Zaidan masuk penjara. Apa yang dia dah buat?
Aku bergegas ke balai polis dan terus menerjah masuk bila sampai di sana. Apa yang aku nampak bukanlah Zaidan tetapi Dean dan beberapa pekerjanya.
"Saya lawyer dia! Saya nak cakap dengan dia!" Aku letakkan lesen peguam aku atas meja polis yang bertugas dan dia kelihatan agak terkejut.
"Buat masa sekarang suspek tak dibenarkan jumpa sesiapa."
"Encik tahu ke maksud suspek tu apa? Dia bukan pesalah!" Aku masih lagi bertegas yang Zaidan tak salah. Jenuh jugak bertekak tapi tak dapat nak selesaikan masalah ni. Kenapa semua ni jadi pada kami.
-Zaidan-
Aku tak salah tapi kenapa aku yang kena masuk penjara? Sekarang aku dah hilang semuanya.
"Ada peguam nak jumpa kamu" ada seorang polis lelaki membuka kunci lokap dan aku keluar. Peguam? Mesti peguam yang Dean upah ni. Aku dengan malas keluar dari lokap dan mengikutnya ke bilik perjumpaan. Bila pintu dibuka aku terkaku di situ. "Anis?" Soal aku terkejut dan bila dia ikut sama bangun dan berjalan ke arah aku, aku senyum sedikit. Ya Allah, andai dia halal bagi aku.
"Saya rasa nak je tendang awak biar terlekat kat dinding" mata aku membesar bila dia cakap macam tu. Dia nak tendang aku? Lepas tu pipi dia basah dan dia senyum sikit. Kenapalah hamba Allah sorang ni comel sangat.
"Saya rindu awak" aku tak pasti aku cakap kuat ke tak tapi dia jadi batu kenapa pulak ni?
"Saya tak nak dengar kisah cinta awak. Saya lawyer awak" dia kembali ke mode serius habis dan duduk di kerusi semula. Aku ditinggalkan berdua dengannya dan aku ke kerusi untuk duduk. Tak percaya betul aku akan jumpa dia lagi dan dia sekarang ni ada depan mata aku. Dah la aku sebagai pesalah dan dia lawyer. Agaknya dia masih lagi anggap aku private boyfriend dia ke? Tapi, dia dah cakap hari tu tak ada lagi kami.
"Peratus nak menang kes ni 10% je" aku dengan malas buka mulut tapi dia pandang aku tajam.
"10% pun peluang" ujarnya pula dan aku mengeluh.
"Saya dah dengar dari Dean, sekarang saya nak dengar dari awak pulak"
"Ok" aku mula bercerita apa yang jadi termasuk apa yang aku rasa macam tu, perasaan aku pada dia tapi dia jelas tenang seakan tak terasa dengan apa yang aku luahkan. Aku betul2 sayangkan dia.
"Ok. Jumpa awak lagi dua hari" bila dia cakap macam tu terus dia bangun dan pergi tanpa hiraukan aku langsung.
-Jiha-
Bila aku bangun macam tu je aku tahu yang dia sedih. Mata dia jelas tertulis yang dia sedih dan aku pun sedih sama. Air mata mengalir lagi dipipi aku dan aku cuba cari kekuatan yang masih berbaki. Dia sendiri tak yakin akan menang kes ni, macam mana aku nak yakin dan terus berusaha? Zaidan tak pernah nampak lemah sampai macam ni sekali.
"Macam mana?" Soal Dean bila aku berjalan keluar dari balai. Aku kesat air mata dan pandang Dean sedih.
"Kita kena cari bukti." Hanya itu yang aku mampu jawab dan Dean angguk setuju. Semua orang tahu nak menang kes ni sangat tipis dan ni kali pertama aku ambil kes bunuh. dan customer pertama aku adalah Zaidan.
-Zaidan-
"Jangankan tidur, makan pun tak. Aku nak kau kuat Z"
"Anis tak makan?" Soal aku sedih. Sedih bila aku dah buatkan orang yang aku sayang merana sama.
"Dia sedih kau tak nak jumpa dia" ujar Dean lagi dan aku sentuh pipi aku yang lebam.
"Aku tak nak dia tengok luka ni semua"
"Kau tak boleh biarkan Jiha macam tu je"
"Kau ingat aku nak ke? Kalau boleh aku nak je rempuh bilik besi ni semua dan ada di sisi dia" suara aku mula meninggi sedikit. Dean tahu bila aku marah baik dia diam je dan aku langsung tak ada niat nak marahkan dia. Aku tak pasti apa yang aku marahkan sangat. Aku tak boleh salahkan takdir, aku dah serabut!
"Kalau aku tak lepas dari kes ni, tolong tengokkan dia"
"No! You will make it. Kau dah ada dalam ni sebulan lebih. Kau kena keluar dari sini" Dean angkat punggung dengan marah dan beredar. Andai semuanya senang aku tak akan ada kat sini sekarang ni.
-Jiha-
Bawah mata aku dah macam panda dan aku dah lebih seratus kali ulang alik tempat kejadian untuk cari bukti tapi tak ada satu benda pun. Aku dah mengalah ke? Aku terduduk di tanah dan memeluk lutut sendiri sambil menangis. Zaidan tak nak jumpa aku dan aku tak tahu macam mana nak buat.
"Saya boleh tolong" aku terkejut bila ada suara di belakang aku. Bila aku pandang aku tayang wajah bengang.
"Kau nak apa Azhar?" Soal aku bengang. Sorry, dah tak ada masa nak berlembut.
"Not much. Just wanna hand you a little help. Semua orang tahu Zaidan tak salah tapi bukti je yang tak ada. I have kinda proof. So?" Dengan wajah riak dan bangga dia pandang aku.
"What do you want from me?" Soal aky lagi. Aku pasti yang dia tak akan tolong macam tu je.
"Simple, be with me. Marry me" bila dia cakap macam tu mata aku terus meluas. Gila!
"Gila!" Jerit aku marah tapi boleh dia gelak dan pandang aku dengan riak bangga habis.
"Lagi dua hari je. Kalau awak kalah hari tu, mungkin tali gantung yang tunggu Zaidan" bila dia cakap macam tu aku rasa dunia berpusing dan lutut aku lemah. Ya Allah, inikah jalannya?
"Think about it"
"No way!" Lepas aku cakap macam tu aku terus pergi dari situ. No, aku takkan mengalah macam tu je dan aku akan menang kes ni walau macam mana cara sekalipun.
-Zaidan-
Aku tak tidur dan aku tak berharap apa2. Aku cuma nak tengok Anis...buat kali terakhir mungkin. Tak ada jalan untuk kami menang kes ni. Bila aku dimasukkan ke dalam kandang pesalah aku tersentak bila orang lain yang berdiri di meja peguam. Azhar?
"Kenapa?..." belum sempat aku cakap apa2 mahkamah dibuka dan perbicaraan dimulakan. Aku tak fokus banyak apa yang sedang berjalan sebab aku risaukan Anis. Kenapa Azhar yang ada kat sini?
"Setelah merujuk segala bukti dan saksi, pesalah Mohd Zaidan Bin Mohd Zain didapati tidak bersalah dan bebas daripada segala hukuman. Dengan ini, kes ditutup dan mahkamah bersurai"
Aku tak pasti apa keputusannya tapi aku dapat agak bila gari aku dibuka dan kandang bersalah dibuka kuncinya. Aku dilepaskan dan Dean serta Fifie berlari anak ke arah aku dengan senyuman bahagia.
"Anis?" Soal aku sepatah. Apa guna aku bebas kalau aku masih lagi ada di sini dan tanpa Anis.
"Anis yang pilih jalan ni" bila Dean cakap macam tu aku berjalan keluar dari mahkamah. Ramai wartawan yang menyerbu aku tapi hanya seorang yang aku nak jumpa sekarang ni.
"Anis!" Aku menjerit memanggil nama dia dengan harapan dia akan dengar dan berjalan ke arah aku.
-Jiha-
Air mata aku jatuh lagi bila melihat berita. Saat Zaidan mencari cari aku yang masih lagi berada di rumah. Aku tarik nafas dalam2 dan memakai tudung untuk keluar. Azhar dah lunaskan janji dia, sekarang giliran aku pulak. Aku keluar dari rumah dan kereta Azhar dah ada di luar. Aku terus masuk tanpa banyak kata dan berterima kasih padanya atas semua yang dia lakukan. Memang aku tak nak jadi isteri Azhar tapi aku tahu yang jodoh ni semua bukan aturan aku.
"Ke...kenapa...datang sini?" Soal aku gugup bila kereta Azhar berhenti depan rumah Dean. Pasti Zaidan ada kat sini.
"Saya nak awak jumpa Zaidan dan cakap sendiri pada dia. Tentang kita" aku terkejut gila bila dia cakap macam tu. No way! A big no! Aku takkan mengaku depan Zaidan yang aku akan berkahwin dengan orang lain.
"Kau tak perlu nak jadi kejam macam ni" aku dah mula tinggikan suara sedikit.
"Remember your promise?" Soalnya dengan kening terangkat dan aku rasa sakit. Teramat sakit.
"Saya tak ada masa untuk tunggu. Jom" dia keluar dari kereta dan bukakan pintu untuk aku sama. Lama, aku keluar dari kereta dan berjalan ke arah banglo besar itu. Aku takkan pijak kaki di rumah ni lagi selepas ini.
-Zaidan-
Aku terus berdiri sebaik wajah Anis muncul. Tapi, kenapa dia macam sedih je dan langsung tak pandang aku.
"Zaidan...saya dah nak kawin" aku terkejut bila dia cakap macam tu. Apa maksud dia?
"Anis?" Soal aku lemah. Tak mungkin! Dia takkan kahwin dengan Azhar, dia tak sukakan Azhar.
"Najiha akan kawin dengan awak Zaidan." Bila Azhar buka mulut semua orang pandangnya tapi Anis jelas sangat terkejut dengan apa yang Azhar cakapkan.
"Dia janji dengan saya, akan kahwin dengan saya kalau awak bebas dari tuduhan dan dari situ, saya yakin. Sampai mati pun saya tak akan dapat cinta Najiha. Sebab dia dah berikan hati dia pada awak. Jadi, maafkan saya atas semua salah faham dan, I hope you can love her more than she loves you. Najiha, bye" bila dia cakap macam tu dia terus blah dan senyum manis pada Anis yang masih lagi terkejut. Kalau dia dah halal bagi aku sekarang ni, aku akan peluk dia sampai dia rimas.
-Jiha-
Aku memang la terkejut gila2 dan tak sangka yang Azhar akan buat macan ni. Kalau ikutkan, dia tak ada la jahat mana pun. Kan? Sekarang ni suasana pun jadi awkward gila dan semua orang pun diam je.
"Tolong kahwini saya" aku bertambah terkejut bila Zaidan tiba2 je dah berdiri tegak depan aku dan...ajak aku kahwin? Mintak tolong aku kahwin dengan dia?
"Zaidan, awak serius?" Soalan yang aku sendiri tak terfikir nak tanya sebenarnya, buatnya dia kata saja nak kenakan aku, mesti sedih gila!!!
"Najiha Anis, jadilah isteri saya dan saya akan jadi suami awak. Please?" Pintanya lagi seakan merayu dan aku pandang Fifie.
"Tapi, awak cakap tak perlukan perempuan dalam hidup awak"
"Saya tak perlukan perempuan, saya perlukan awak dan hanya awak. So, please" kalau aku masih lagi tolak bila dia cakap macam ni memang mintak pelempang Fifie sebenarnya. Jadi aku senyum sikit dan angguk perlahan lahan.
"It means yes right?" Soalnya teruja habis dan aku senyum lebar.
"Alhamdulillah!" Ucapnya lega dan bersyukur habis. Aku senyum lagi dan pandang Fifie dan Dean yang ikut sama tersengih. Bahagia untuk kami agaknya.
-Zaidan-
Bila dia setuju nak kahwin dengan aku semalaman aku tak dapat tidur sebab happy sangat. Tiga bulan dari sekarang kami akan kahwin dan aku harap masa berjalan dengan pantas. Lama gila tiga bulan tu kan? Aku senyum sendiri menghitung hari bahagia kami nanti. Tak sangka betul seorang perempuan boleh buat aku rasa semua ni. Dah la macam pelik je perasaan ni semua tapi, dalam pelik tu ada manisnya. Sekarang ni aku dah sah la kan sebagai boyfriend dia dan title private tu dah boleh dihapuskan. Tak perlu kami nak rahsiakan hubungan kami ni lagi dah.
-Jiha-
Aku tak pasti Zaidan mana yang aku prefer. Yang cool macam dulu or agak sweet macam sekarang sebab, jadi lain sikit sekarang ni. Kalau boleh setiap masa dia nak aku ada depan mata dia dan aku rasa kadang2 rimas jugak. Lagi satu, tak suka dia upah bodyguard untuk aku, kenapa pulak kan? Padahal aku ni tak ada la famous ke apa pun.
"Anis" aku angkat kepala pandang Zaidan. Seperti biasa, wajah dia akan semanis madu setiap kali jumpa aku.
"Zaidan, saya tak suka awak hire bodyguard"
"Kenapa?"
"Saya tak selesa"
"Awak kena biasakan diri, saya tak nak awak ada dalam bahaya"
"Over la awak."
"Sabar la sikit, bila dah kahwin nanti, saya yang akan jadi private bodyguard awak. Ok?" Dia kenyitkan mata sebelah dan aku rasa cawan depan aku ni hampir pecah sebab terkejut tapi, comel je aku tengok dia ni.
"Kenapa awak dah berubah sikit?" Soal aku langsung. Memang tak patut macam ni tapi tahap curiousity dalam otak aku dah nak melimpah.
"Berubah? Sebab, saya tak nak awak bosan dengan saya" jawapan dia buatkan aku rasa pelik.
"Bila saya bosan?"
"Maksud saya, saya nak jadi the real man for you, saya tak nak semuanya jadi rahsia dan saya nak awak tahu awak special untuk saya"
"Oh, tapi saya suka je awak yang dulu. Awak tak perlu berubah untuk saya"
"It is not just about you. It is about our future. I am opening my mind, my heart to accept everything around myself and, I am giving all of my heart for you" aku blush bila dia cakap macam tu. Aku senyum sikit dan pandang tempat lain. Bencinya bila dia bagi ayat macam tu!
"Erm"
"Erm je? Saya practice beratus kali kut nak cakap ayat tu" bila dia cakap macam tu muka dia kembali tegang dan aku tergelak kecil. Comelnya hamba Allah seorang ni.
"Patutlah, nampak sangat fake"
"Fake? I mean it, I mean all of it!"
"really? Awak copy dari mana ayat tu?"
"Saya tak copy la!"
"Awak search"
"Tak!"
"Awak baca novel?"
"No way!"
"Awak ambil ayat Dean kan?"
"Semua tu isi hati saya, ikhlas dan khas untuk awak je!" Bila dia cakap macam tu dia terus peluk tubuh dan pandang tempat lain sebab sakit hati sangat. Comelnya dia ni!
"Saya ada kerja ni, jumpa lagi?" Aku cuba untuk buat dia pandang aku balik tapi dia dah merajuk betul2 tu. Hahaha.
"Saya nak pergi dah ni" ujar aku lagi dan dia pandang aku sambil berkerut.
"Bye" ujarnya sepatah dan dingin gila.
"Bye. Love you" aku terus beredar dari dari situ dan tersengih sorang2. Tak pernah hayat aku cakap macam tu kat mana2 lelaki tapi, aku tak boleh nak tunggu untuk cakap semua tu. Aku senyum lagi dan teruskan berjalan.
"Love you too!" Aku berhenti melangkah bila dia boleh dikatakan menjerit sedikit dan semua mata dalam restoren ni tengah pandang kami. Ya allah, bertuah punya Zaidan. Aku berpaling ke belakang dan dia sedang senyum sambil tangan berada di dalam poket seluar. Dia senyum dan aku balas senyumannya sebelum berjalan keluar. Dia dah lafaz, aku pun dah lafaz dan kami dah rasmi pada orang ramai. Jadi, kami bukanlah couple yang tersorok dan private lagi.hahaha. lagi seminggu dan aku mampu untuk ucapkan I Love you tanpa henti pada my private boyfriend and husband to be.
********
Kita bahagia ataupun tidak masa tetap berlalu dan beruntunglah bagi sesiapa yang bahagia. Bahagia bukan satu perkara yang sukar, mustahil pun bukan. Bahagia adalah satu perkara uhtuk dicipta, dicari, digapai, dirasai dan dinikmati. Jangan kera a dugaan dan cabaran kita lemah dan berhenti untuk mencari di mana itu bahagia.
Wajah bersih Jiha dipandang dengan penuh kasih sayang, jemari Zaidan mengusap lembut pipi isterinya dan beberapa kali pipi itu dicium. Seakan mimpi yang paling indah bila dia manpu menjadikan Jiha suri dalam hidupnya. Walaupun kerap gaduh manja sejak kahwin ni, Zaidan bahagia.
Zaidan tersenyum bertambah lebar bila Jiha bergerak sedikit kerana tidur pulasnya terganggu.
"Abang..." dalam kantuk Jiha memberi amaran kecilnya. Zaidan tergelak dan mencium dahi Jiha lama. Jiha membuka matanya perlahan lahan san memandang Zaidan dengan mata yang dipaksa untuk dibuka.
"Sayang, kata nak tahajjud" bisik Zaidan ditelinga Jiha. Jiha bukakan mata sedikit luas dan memeluk Zaidan erat.
"Sayang..." Zaidan tergelak lagi dengan tingkah isterinya.
"Pukul berapa?" Soal Jiha perlahan.
"4 pagi"
"4?" Soal Jiha lagi dan Zaidan angguk lalu mencium ubun2 Jiha.
Tiba2 senyuman Jiha nerekah bertambah lebar dan Jiha terus bangun dan keluar daripada selimut. Zaidan mula rasa kehilangan pelukan sang isteri dan memandang pelik kepada Jiha yang sedang tersengih lebar.
'Ada la ni yang dia nak buat' bisik hati Zaidan tak sedap.
"Sayang, behave?" Tegur Zaidan dalam erti kata lain cuba untuk beri amaran. Jiha senyum lagi dan duduk disisi Zaidan.
"Jom, solat" Jiha tarik tangan Zaidan untuk masuk ke dalam bilik air. Berwudhuk. Zaidan hanya mampu nenurut walaupun dalam benaknya teringin tahu apa yang terlintas dalam benak Jiha.
Selesai solat sunat tahajjud, Jiha berlari turun ke dapur untuk menganbil sesuatu dan Zaidan menunggu di tikar sejadah. Bila wajah Jiha muncul dengan ceria habis Zaidan tak boleh sorok senyumannya. Jiha masuk ke bilik bersama sebekas aiskrim besar. Aiskrim!
"Sayang?" Soal Zaidan terkejut.
"Craving abang. Jom makan!" Ajak Jiha semangat dan Zaidan telan liur. Aiskrim 4 pagi macam ni.
"Sayang ok tak ni?"
"Ok. Kalau nak datang bulan memang macam ni. Jom makan" ajakan Jiha tak mampu Zaidan nak tolak jadi dia ikutkan je apa yang isterinya nak.
"Abang, petang tadi Anis pergi klinik" "klinik? Kenapa? Sayang sakit"
"Relax la abang, saja je, nak jumpa kawan tapi lepas tu, dia cakap Anis nampak gemuk" suara Jiha rendah sedikit dan Zaidan sembunyi senyum, dia sedar yang Jiha nampak terlebih sihat sikit sekarang tapi dia tak kisah. Dia sayang Jiha seadanya.
"Ok je abang tengok"
"Bohong! Berat Jiha naik 4 kilo tau!" Jiha buat muka sedih. Zaidan serba salah dan menarik Jiha ke dalam pelukannya.
"Tapi, Anis tak kisah. Sebab ada cinta kita kat dalam ni" balas Jiha sambil tersenyum manis dan pipi Zaidan dicium.
Mata Zaidan terbuka luas dan melihat mata Jiha seakan tidak percaya dan teruja pada masa yang sama.
"Sayang, baby?" Soal Zaidan terkejut. Jiha senyum dan bawa tangan Ziadan ke perutnya.
"maybe, babies"
"twin???"
"in sha Allah" jawab Jiha dan senyum lagi. Zaidan mengucap syukur yang tak terhingga dan berdiri untuk melakukan sujud syukur. Setwlah selesai sujud syukur dan sedikit doa diselitkan , Jiha ditarik ke dalam pelukan kemasnya. Satu doa dititipkan dan Jiha terus tersenyum.
"I love you sayang" ucap Zaidan lembut.
"I love you more abang" balas Jiha dan mencium hujung dagu Zaidan yang paling dekat dengan bibirnya tika ini.
"I love you" balas Zaidan balik dan mereka terus berpelukan menunggu azan subuh untuk hari yang baru.

56 comments:

  1. Sorry if macam text pelik sikit. Ada yg repeat rasanya. Saya dah check tak ada yang salah pun tapi bila dah post lain pulak jadi. Btw, saya akan try edit eh. Sorry
    ..

    ReplyDelete
  2. Yeyyyyy smbgn yg mltop........x puas bca....mmg besttttt ngt.....
    Aduh msih rndu dgn dean n fifie.....z n jiha.....
    Dpt bb lg...
    Smua karya alzai sanara Mmg terbaik..gud job

    ReplyDelete
  3. Best lah, ditunggu cerpen lainnya ;)

    ReplyDelete
  4. ketemu fifie n dean lg ......best....semangat....

    ReplyDelete
  5. Bestt part last tuhh. Mmg terbaik ahh. Btw hope fr another cerpen. And gudluck fr your exam.

    ReplyDelete
  6. Nice!!! ♥_♥

    ReplyDelete
  7. Bestttt!!! Puas hati sgt. Btw, goodluck examm sis~~ laalalala..babai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah. Thanks baca. Thansk jugak wish me luck. Babai... hehe

      Delete
  8. Aww ..so sweet!! best sesangat !!!

    ReplyDelete
  9. wattpad ;) , btw love this story .

    ReplyDelete
  10. sweet cite dia orang berdua nie....

    ReplyDelete
  11. Rasanya saya lg suka z and anis compare to fifie and dean...but i love all your stories sis....kipidap :)

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry terdelete. Nak baca, silap tekan pulak sorry sangat2. .
      Btw, jwapannya. Z kerja mcm bisnesman, x sma macam Dean. And apa jadi pada Dean, kena baca yg 1st dulu. Dia, ketua gangster! Tu kisah Dean n Fifie. Btw, thanks baca.. maaf atas kesulitan. Hehe

      Delete
    2. No problem Kak...Small matter je tu...Anyway..Saya dah baca dh yg Dia,Ketua Gengster! Memang syok ah...Akak...You make my day...Cerpen akak,baca 10 kali pun tak muak.Hehe...

      Delete
    3. Ye ke x muak? Haha. Thanks dikk. .

      Delete
  13. Best....Tapi teringin nak tahu apa kerja Z sebenarnya?Dan...apa yang terjadi dekat Dean waktu mula-mula tu?Sorry for asking,just curious.=)
    -kasih abadi-

    ReplyDelete
  14. selama ni jadi silent reader je. hahaha saya selalu stalk blog akak ni. serius semua cerpen akak best gile. idea akak kreatif gitu. Bila bosan , bace cerpen akak) -zaz-

    ReplyDelete
  15. Hahaha. . Sipp skit kte sme. . Akak pun sjenis silent reader gak. . Apa pun,thanks sudi baca yer. . Hehe. .

    ReplyDelete
  16. Baru jupe blog semua cerpen...besttt... Xda acc fb ke dik

    ReplyDelete
  17. Lama tunggu.. Oncr again.. Adik yg alert dgn blog.. Bgtw.. Dah ada yg bru.. Hihi.. Love it.. Kipidap.

    ReplyDelete
  18. salam..
    saya dah baca awak punya dari awal hingga akhir..
    thank you, sebab tulisan awak menceriakan saya..
    teruskan menulis!!!

    ReplyDelete
  19. Best semua cerpen2 awak..terbaik la..alzai sanara anak nmbr 2 ka?hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Ya ank no 2. Mne tahu? Hehe. Btw, thanks baca yer. .

      Delete
    2. U r wlcome.teka ja.dapat rasa kenombor duaan tu.kui.kui

      Delete
  20. cant wait for new cerpen. buat cite pasal duda. lol haha duda hot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. . Thanks baca awak. . In sha Allah ada cerpen bru nnti. .

      Delete
  21. Kak cerita smue yg akk update mmg best sngt2 ..
    Saya harap akk dpt bt yg pling best skli...

    ReplyDelete
  22. Good short stories, BTW I like all cerpen yg Kak make ni..,good job����

    ReplyDelete
  23. Xde 1 pon crite awk xbest...i like it so much..👍👍👍

    ReplyDelete
  24. Slalu silent reader je...tp dsebbkn cite ni Best sgt..sy nk jgak komen..cite fifie n dean pn best gile...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trima kasih dah sdi baca, kmen n jdi slent reader... 😊😊😊

      Delete
  25. Akk, your story is awesome!! Like it a lot.. Hmpir smua cerita akk sye baca.. Keep it up.. :)

    ReplyDelete
  26. Best citer ni.. hihi [HARURI]

    ReplyDelete
  27. dah banyak kali baca....
    masih tak jemu-jemu. asyik nak ulang baca jer. adoiii....
    so sweet...

    ReplyDelete
  28. Bestnyeee... Hahaaa.. Aduuuuii.. Sweet sgt... Tapi klau boleh elakkan couple sbb haram..

    ReplyDelete
  29. best lah cerpen ni . serious ! hahahah good job !!

    ReplyDelete
  30. Best baca cerpen nie

    ReplyDelete