Asal hujan je mesti ada orang call nak repair kereta, bukanlah aku nak merungut tapi sebab aku yang kena pergi repair sebab tu merungut sakan ni. Kikiki. Aku pandu kereta laju2 bila jalan ni kosong je dan tak ramai orang guna jalan ni. Aku terus pecut pergi dan bila aku sampai aku parking di sebelah jalan dan keluarkan barang untuk membaiki kereta yang tersadai di sebelah jalan lagi satu.
Terkejut aku bila ada dua orang lelaki yang sedang mengugut pemandu perempuan itu dan aku terus berlari ke sana dengan segera. Haish! Budak2 lelaki sekarang ni memang suka menyusahkan orang betul la.
"Woi! Baik korang blah! Aku dah call polis" jerit aku agak kuat dan terus dua budak lelaki tu tunggang motor dan berlalu pergi dengan segera. Nak tunjuk gangster sangat tapi penakut tahap dewa. Heh.
"Cik ok?" Soal aku pada pemandu perempuan yang kelihatan tenang je. Tak takut ke dia dengan kejadian tadi atau dia dalam mode terkejut lagi ni?
"Along Repair?" Soalnya tanpa menjawab soalan aku terlebih dahulu. Ok. Jenis tak nak bercakap ataupun berterima kasih nampaknya.
"Ya saya, cik ok ke?" Soal aku lagi lalu mendekati kereta dia dan dia dah siap buka bonet kereta lagi. Aku tersenyum padanya tapi dia hanya berdiri tanpa riak tanpa payung atau apa2 untuk menutup kepalanya dari hujan. Mungkin sebab hujan tak lebat lagi kut.
"Ok, terima kasih" akhirnya! Hehehe. Dia berterima kasih jugak dengan aku tapi masih lagi tak senyum atau buat apa2 ekspresi muka.
"Kereta saya kenapa?" Soalnya sambil turut terbongkok macam aku. Aku dah check tak ada rosak apa2 pun jadi aku suruh dia cuba start.
"Cuba start" dia berlari anak ke keretanya dan cuba hidupkan engine tapi tak berjaya. Ok. Rosak apa ni? Aku buat double check dan hujan mulai lebat sedikit.
"Apa kata cik tunggu dalam kereta je, hujan ni" aku maklumkan padanya dan tanpa suara dia buka pintu kereta dan keluarkan payung. Dia berdiri di sebelah aku dan payungkan aku sekali. Aku tersengih sedikit dengan lagaknya yang bersahaja dan tanpa nada. Tanpa riak memang segala jenis tanpa la. Bukan lagu tanpa nyanyian sixth sense yang penting.
"Tak perlu payungkan saya, nanti cik basah sama" aku maklumkan padanya tapi dia tetap dengan lagak tak dengar terus payungkan aku.
"Cuba start" ujar aku lagi dan dia buat je arahan aku. Kalau aku suruh menari gamaknya dia menari jugak kot. Hahaha. Mesti anak orang kaya ni kan? Tapi kalau nak label sombong tak, bongkak pun tak, berlagak pun tak, cuma jenis tak senyum dan tak banyak cakap kot. Agaknyalah.
"Alhamdulillah, hidup pun" ujar aku lega dan dia kembali ke sisi aku.
"Berapa?" Soalnya kepada aku. Macam mana nak charge ni aku tak repair apa pun just sentuh2 je. Maklumlah sentuhan magik la aku ni. Hahaha. Perasan tak ingat.
"Selalu ke kereta ni rosak?"
"Sejak akhir2 ni kerap jugak"
"Kalau macam tu, esok cik datang bengkel. Biar saya cek overall dulu. Payment kita submit kat sana"
"Tapi awak dah datang susah2, ambillah" suanya lagi dan aku rasa serba salah pulak sekarang ni. Haish!
"Tapi saya tak boleh ambik"
"Kenapa?"
"Sebab tak ada apa yang rosak pun"
"Ambillah, buat bayar kos awak datang sini. Terima kasih. Esok saya pergi bengkel" ujarnya lalu pergi setelah not 50 berganti tangan. Aku pulak yang duk tersengih bahagia tu kenapa pulak? Tapi, dia comel jugak kan walaupun muka tak ada riak, ke pakai botox sampai tak boleh nak senyum. Haish! Dosa bersangka buruk dengan orang!
Nak dengar benda tak logik sikit tak? I'm waiting for her to come. Acecey mat saleh celup sekali. Dia cakap nak datang tapi tak sampai2 jugak ni. Kenapa aku nak jumpa dia lagi? Erm... dia client kan? Rezeki yamg Allah bagi la ni. Huhuhu.
"Kau tunggu siapa?" Kawan baik aku yang bernama Irwan or Wan je ni memang suka jaga tepi seluar aku. Hahaha. Maklumlah bukan je BFF tapi ni la housemate aku yang paling kuat membebel yang pernah aku kenal kot.
"Mana ada tunggu sesape,ambik angin je" aku jawab selamba dan dengan tanpa amaran kepala aku diluku dengan agak kasar.
"Woi, main kepala pulak. Tak cerdik la nanti" aku protes. Huhuhu.
"Dah memang tak cerdik pun, kalau tak mana nak jadi mechanic je"
"Ni pun rezeki tau. Mechanic pun kerja halal jugak"
"Ya la, betul la tu" akhirnya dia mengalah jugak dengan aku ni ha. Hehehe. Tak pernah ku simpan di hati kata2 nya sebab dia pun mechanic jugak. Huahuahua.
"Tunggu siapa?" Soalnya lagi, tak putus asa sungguh hamba Allah sorang ni.
"Client semalam, dia cakap nak datang hari ni"
"Oh, yang kau cerita perempuan nak kena rompak tu ke?"
"Haah! Pandai pun"
"Dia tak ingat kot. Pergi sambung kerja la" Wan ni memang tak boleh nak bagi can kat aku relax sikit. Aku berjalan masuk ke dalam bengkel dan membaiki kereta lain dahulu. Betul jugak, kereta dia dah ok jadi buat apa lagi datang sini, kan?
Seminggu dah berlalu sejak hari tu dan bayang dia pun aku tak nampak. Tak berjodoh nampaknya kan? Hahaha.
"Apa yang teruna mak duk menung atas tangga ni?" Sergah mak dan aku terkejut nasib baik tak sampai tergolek jatuh tangga ni. Alahai mak ni dah la anak teruna sorang je takkan tak sayang kot.
"Tak apa mak, sebab nanti yang nak pergi meminang tuan punya badan yang termenung ni" aku jawab selamba dan mak senyum lalu duduk di sebelah aku.
"Kamu dah ada calon ya?" Mak ni soalan tu jugaklah yang dia duk tanya setiap kali aku balik kampung. Aku ni busy tak ada masa nak cari awek ni.
"Belum, adik pun tak kawin lagi."
"apa salahnya kalau Am kahwin dulu?"
"Tak nak la mak, biarlah yang perempuan dulu. Ladies first. Anak teruna mak ni kan anak jantan sejati" selesai je perkataan sejati keluar dari mulut aku terasa pedih belakang badan aku kena penampar mak. Adoi! Penderaan kanak2 kalau macam ni boleh buat aduan! Hehehe.
Mak berlalu masuk ke dalam rumah dengan muka bengang habis dan aku gelak kecil. Huhuhu. Kesian kat mak ada anak macam aku ni kan?
"Apa yang kamu duk menjawab dengan mak tu?" Abah ni romantik la pulak duk backing mak. Hailah.
"Mana ada, mak tu kalau sebut perkataan kahwin sikit mulalah nak buat kenduri"
"Mestilah, dah kamu je anak lelaki yang kami ada. Si Along tu dah kahwin, adik dah ada tunang. Am bila lagi? Buah hati pun tak ada" adoi! Kena lagi aku kali ni.
"Memang dalam badan Am tal ada buah hati abah, buah pinggang ada la. Dua lagi siap boleh derma kot" aku jawab sambil tersengih dan bila aku nampak abah ambik selipar aku terus berlari masuk ke dalam rumah. Hahaha. Ada yang tak dapat makan nasi nanti.
Seronok main dengan anak2 buah aku ni, dah la nakal semacam je.
"Kejar pak ngah" arah aku dan kembar itu terus kejar aku keliling rumah, bukan main lagi duk gelak budak dua orang ni. Aku lari dan buat2 terjatuh dah la kena hempap lagi. Hahaha. Buat2 nangis pun best jugak ni.
"Mama! Pak ngah nangis" Raish memanggil along aku dan aku teruskan menangis.
"Pak ngah janganlah nangis" adoi, sekarang ni si Raisha pulak yang menangis. Aku tergelak lalu mendukungnya dan memujuknya, pantang betul dia ni tengok orang lain menangis nanti dia yang paling bersemangat sekali.
"Pak ngah gurau je. Dah nangis" pujuk aku lagi dan dia terus menangis dan meraung. Sudah! Hah! Pergi kat papa awak la budak kecik. Aku mendukungnya ke arah abang ipar aku, Rifqy yang sedang rehat di pangkin.
"Alololo...kenapa ank papa nangis ni?" Soalnya mesra dan hulurkan tangan pada Raisha,terus Raisha peluk papanya erat dan aku duduk sama di pangkin itu.
"Bila nak kawin ngah? Asyik nak main dengan anak along je. Bila nak ada anak sendiri?"
"Along ni, macam tak suka je Am main dengan anak2 along" heh! Ayat kecik hati sikit.
"Ada ke along cakap macam tu? Ngah, kau tu dah 29 sepatutnya dah kahwin"
"Nantilah, abang long masa kahwin dgn Along umur brapa?" Soal aku pada abang long yang duk senyum je main dengan anak2 nya.
"32" jawabnya bersahaja dan aku senyum kemenangan. Lagi tiga tahun tu nak sampai umur tu.
"Nak tunggu adik kahwin dulu" aku maklumkan benda yang sama lagi.
"Adik belajar lagi"
"Dah nak habis pun. Am nak tengok abah jadi wali untuk puteri2 dia dulu"
"Ada je jawapan kalau cakap dengan dia ni" marah Along dan aku senyum je.
"Dah la tu sayang, lelaki ni bila dia dah sedia nak kawin,tak perlu suruh lagi dah" ujarnya dan aku angguk setuju. Along buat muka bengang bila abang ipar backing aku. Hahaha. Bahagia kau kalau ada orang backing aku selalu macam ni.
Petangnya aku terpaksa balik KL sebab ada masalah kat bengkel dan dalam perjalanan balik dah nak sampai KL pun ada sebuah kereta yang berhenti di tepi jalan. Aku dengan murah hati turun untuk menolong dan apa yang paling tak sangka aku jumpa lagi dengan dia tu. Perempuan yang sama. Wah! Betulkan kolar baju sikit sebab teruja sangat ni. Hahaha. Teruja tak teruja aku ni pomen je pun.
"Assalamualaikum" tegur aku dan dia yang termenung depan kereta menjawab salam lalu pandang aku selamba. Memang ni je ke riak muka yg dia ada? Hailah.
"Boleh saya tolong?" Soal aku ramah dan aku rasa dia tak kenal dah aku kot.
"Boleh ke? Terima kasih" ujarnya lalu beri laluan aku tengok keretanya dan lagi sekali aku rasa masalah dengan enjin ni. Memang kena angkat pergi bengkel.
"Kena pergi bengkel ni, kena check overall" ujar aku padanya dan dia angguk faham lalu keluarkan telefon dan mendail satu nombor. Entah siapa aku sendiri tak pasti.
"Terima kasih, saya dah call mechanic" ujarnya dan aku angguk pula. Niat nak teman dia tapi si Wan ni duk call suruh aku balik bengkel.
"Saya terpaksa pergi. Saya minta diri dulu" aku minta izin dengan berat hati dan berjalan pergi. Saja je la Si Wan ni kacau aku time macam ni. Aku terus memecut pergi tapi sempat jeling dia dari cermin belakang.
Aku terus masuk bilik Wan dan dia agak terkejut dengan gaya aku masuk bilik dia. Mahunya tak terkejut dah gaya mcm penceroboh tak berlesen dah aku rasa.
"Tak reti bagi salam ke?"
"Reti, tapi malas. Ada apa?"soal aku langsung dan dia tergelak kecil lalu suakan aku surat apa entah.
"Apa ni?" Soal aku padanya dan dia senyum.
"Tawaran kerja?" Soal aku dan buat muka bosan. Tak habis2 lagi ke? Aku dah elok2 kat sini sibuk nak tawarkan kerja kat aku kenapa. Baik bagi kat orang yang menganggur kat luar sana tu.
"Cik Diana ni nak suruh aku cakap bahasa jerman ke apa? Aku tak nak la" hish! Nak marah betul. Buat semak aku je balik sebab benda ni je.
"Terima je la, apa salahnya" mamat ni pulak yang aku rasa nak telan sekarang ni. Seronok pulak dia gelakkan aku ya.
"Salah! Aku ni pomen bukannya car seller. Entah apa yang dia fikir nak aku kerja dgn dia"
"Sebab dia suka kau la" giat lagi si Wan ni duk gelakkan aku. Aku campak surat tu dalan tong sampah dan mengeluh geram.
"Kau panggil aku sebab tu je ke?" Soal aku padanya dan dia gelengkan kepala.
"Lusa ada orang jepun nak datang sini. Aku tak sure pasal apa tapi kau je yang boleh handle orang jepun tu"
"Pukul berapa?" Soal aku balik.
"Pagi"
"Ok, aku keluar dulu" aku terus keluar dan Wan sengih bila aku sepak tong sampah yang berada di kaki aku tadi.
Sebaik aku menapak ke base aku ternampak perempuan tu lagi. Aku tersenyum dan mengatur langkah ke arahnya lalu memberi salam. Dia agak terkejut tapi setelah dia jawab salam dia buat muka agak terkejut kot.
"Kerja kat sini?" Soalnya pada aku dan aku angguk lalu bukakan but keretanya.
"Dulu kenapa tak datang bila saya suruh hantar kereta kat bengkel?" Dia pandang aku pelik sebelum bertanya.
"Oh, awak orang yang sama ke?" Soalnya dengan nada yang aku rasa better daripada tal ada nada langsung tu. Aku senyum pandangnya dan angguk dia turut sama angguk lalu palingkan wajah dari aku.
"Kenapa tak datang?" Soal aku lagi.
"Card basah kena hujan"
"Kenapa tak call?"
"Takkan nak call kalau kereta tak rosak?" Erk! Ha! Pekena kau sebijik atas dahi. Aku sengih dan panggil Ahmad ke sini.
"Mad, cuba check engine. Aku ada kerja jap kat atas"
"Beres Am"
"Cik duduk dulu" pelawa aku padanya lalu terus naik ke atas untuk salin baju. Tak kan nak kerja pakai hensem2 macam ni? Hensem ke? Perasannya kau!
Lama jugak nak siapkan semua tu dan setelah selesai cik tu tak balik pun lagi. Aku mendekatinya yang serba salah nak balik je, takkan jatuh cinta dengan Ahmad kot.
"Cik ok tak?" Soal aku padanya dan dia yang kelihatan pucat buat aku risau. Takkan tak sihat kot.
"Ok. Tapi boleh tak saya rehat kat sini kejap?" Pintanya lembut.
"Rehatlah selama mana pun. Saya ambilkan air jap" aku berjalan pergi dan ambilkan sebotol air mineral lalu hulurkan padanya.
"Terima kasih" ujarnya lalu cuba membuka penutup botol itu, langsung tak berkemampuan dan aku ambil dan bukakn penutup botol itu.
"Saya rasa baik cik pergi klinik"
"Saya ok" ujarnya lemah.
"Cik tak ok ni, muka dah mcm puntianak tak cukup darah ni"
"Saya ok, terima kasih. Saya balik dulu" dia bangun dari kerusi dan terus ke kereta tapi nampak gaya nak buka pintu kereta pun tak larat dah ni. Apa yang aku nak buat ni? Call ambulans? Macam dalam tv la pulak kalau sampai macam tu sekali.
"Saya drive cik balik" aku bersuara dan dia menggelengkan kepala. Keras kepala jugak dia ni eh.
"Sya tak ada niat jahat pun" aku bukakn pintu belakang dan macam paksa dia masuk. Dia cuba menolak tapi gaya pun dah tak pass. Dia melangkah masuk ke dalam kereta di tempat duduk belakang dan terus baring.
"Mana rumah cik? Alamat?" Dia bersuara lemah dan kebetulan aku tahu tempat tu terus memandu ke sana. Dalam 30 min jugak barulah kami sampai.
Bapak! Banglo kau! Memang anak orang kaya ni tapi macam tak ada orang je kat sini. Aku turun dan bukakan pintu kereta untuknya, dia keluar bersandar lemah pada kereta dan memegang perutnya.
"Assalamualaikum!" Aku melaung dari luar dan ada seorang perempuan agak berumur keluar dari rumah besar itu dan dia berlari mendapatkan cik yang aku tolong ni.
"Risa tak makan ubat lagi ya?" Soal mak cik itu risau dan aku diam je. Mak cik itu pandang aku dan aku tak tahu nak cakap apa.
"Tadi cik ni pergi bengkel saya, lepas tu dia tak sihat. Sebab tu lah saya bawak kereta dia balik" terang aku ringkas. Takut jugak nanti dituduh buat naya dekat anak dara orang ni.
"Terima kasih" pinta mak cik itu dan aku senyum mesra.
"Masuklah dulu" pelawa cik itu pula dan aku rasa serba salah untuk tolak. Aku angguk dan atur langkah di belakang mereka berdua. Aku tunggu di ruang tamu bersama dengan cik ni dan mak cik tadi keluar dengan membawa sebekas ubat.
Woo...sakit apa sampai ubat banyak macam tu sekali. Abah aku yang tua tu pun ubat tak banyak sampai macam ni sekali. Aku tengok dia paksa diri untuk makan ubat dan aku boleh rasa macam ubat tu masuk sama dalam tekak aku. Pahit!
"Kenapa tak makan ubat?" Soal mak cik itu risau.
"Tak ingat nak bawak la mak" ujarnya dan aku terkejut. Mak dia ke? Adoi!
"Mak, pergi la buat air" ujarnya lembut dan mak cik itu berlalu ke dapur dengan senyuman.
"susahkan mak cik je" aku buat2 sopan je ni. Hahaha.
"Mak cik tak kisah, bukannya selalu ada tetamu datang rumah ni" ujar mak cik itu mesra dan aku angguk je.
"Cik dah ok ke?" Soal aku padanya lagi sekali.
"Ok, terima kasih tolong saya. Maaf dah banyak susahkan awak"
"Tak rasa susah pun." Hehehe. Baiknya anak mak Siti ni ya?
"Saya rasa, baik cik cari driver. Kalau cik sakit macam ni time drive macam mana? Bahaya" aku bagi cadangan macam dia tu kawan aku pulak kan? Padahal nama pun aku tak tahu ni ha.
"Mak pun rasa macam tu" mak cik itu bersetuju dan dulang air diletakkan di atas meja.
"Nantilah Risa fikir" ujarnya lembut dan aku rasa nak je lawan balik tapi dia bukannya kenal aku pun.
"Mak risau kalau Risa sakit macam ni" aku angguk setuju dengan mak cik ni dan cik tu hanya mampu berdiam diri tanpa riak langsung.
"Awak sudi jadi driver saya?" Soalnya pada aku dan mulut aku ternganga sedikit. Aku? Driver dia?
"Tapi saya dah ada kerja" aku jawab tenang.
"Saya boleh bayar gaji awak lebih banyak" ok! Kenapa orang kaya asyik cakap benda ni je bila pelawa aku kerja. Ingat aku ni mata duitan ke apa?
"Saya dah bersyukur dengan gaji saya walaupun ciput" ujar aku agak tegas dan entah kenapa aku rasa macam tak ada mood dah nak buat2 baik. Tak suka betul aku mind set orang kaya ni fikir bila bab duit.
"Saya minta diri dulu" ujarku tanpa
nada dan berjalan keluar. Ei! Bengkak pulak hati aku dengar orang cakap macam tu kat aku. Dahi aku ni ada cop mata duitan ke apa? Nak balik macam mana ni? Jalan kaki je la! Aku terus berjalan, kalau nasib baik ada teksi boleh jugak aku naik teksi nanti.
"Knapa orang kaya ni asyik fikir orang biasa macam kita ni hadap sangat dengan duit?" Ha! Nak meletup pulak aku rasa sekarang ni. Shah yang tengah syok duk main gitar pun pelik tengok aku naik angin tak pasal2.
"Kau ni pehal? Angin tak ada, yang ribut ni kenapa?" Shah bertanya. Aku duduk di sebelahnya dan merengus kasar.
"Tak lain tak bukan si Cik Diana la tu" jawab Wan pula dan mereka berdua ketawa sakan.
"Aku mention orang kaya ok! Agaknya semua orang kaya macam tu kot!" Bentak aku lagi dan Wan diam begitu juga dengan Shah.
"Sorang je orang kaya yang nak kau kerja dengan dia rasanya" ujar Shah pula dan aku tumbuk bahu dia geram. Saja je la dorang ni naikkan darah aku.
"Malas aku cakap dengan orang macam korang ni!" Aku terus masuk ke dalam bilik dan tidur walaupun hati tak tenang. Argh!!!! Bencinya!
Keesokannya ada kedatangan yang tal disangka dan aku pun tak suka sangat dia datang kalau setakat nak bagi aku kerja dengan gaji yang banyak.
"Cik nak apa?" Soal aku tanpa nada yang mesra macam dulu lagi.
"Saya minta maaf" ujarnya lembut dan serta merta je hati aku rasa sejuk dan lapang. Aku cuba kawal riak muka dan pandang tempat lain. Nervous la pulak!
"Saya bawa kek" ujarnya dan aku berkerut. Dah apesal pulak dengan kek ni. Aku pandang dia bawa keluar bekas dan dia pelawa aku duduk di satu meja. Aku pun ikut je la.
"Mak cakap kalau nak minta maaf, bagi sesuatu kat dia. Ni je saya mampu" ujarnya tanpa riak dan aku pandang kek yang nampak macam sedap je. Huish! Menggoda betul ni.
"Tak perlu susah2. Saya tak kisah pun" acecey, jual mahal la ni kononnya.
"Saya minta maaf, saya tak ada niat nak rendahkan kerja awak dengan offer gaji lebih banyak. Saya cuma tak pandai nak bercakap. Saya orang business dan money is always the main topic and the goal" wah! First time aku dengar dia cakap panjang lebar macam ni. Hehehe. Ikhlas ke saja je dia ni.
"Kenapa nak upah saya?" Soal aku padanya pula dan dia diam.
"Mak cakap awak nampak baik" ujarnya dan aku rasa nak gelak. Bukan sebab dia rasa aku baik tapi sebab mak dia yang cakap aku baik. Hahaha.
"Saya dah kerja" aku jawab benda yang sama padanya. Dia pandang lantai dan termenung seketika.
"Saya faham. Makanlah" pelawanya lagi dan aku rasa serba salah pulak sekarang ni. Pujuk la aku lagi mana tahu aku nak ke, kan? Aku ni macam nak je. Lagipun dia nampak tak sihat je dan lemah semacam je.
"Saya boleh kerja dengan cik, tapi gaji saya nak sama je dengan sini" aku bersuara dan dia pandang aku agak terkejut. Dia tak senyum tapi dia gigit bibir bawah dia, nampak comel je dia ni.
"Betul?" Soalnya.
"Betul" aku balas dan dia anggukkan kepala entah kenapa.
"Perlu ke saya pakai baju macam driver lain tu?"
"Tak perlu. Awak pakai macam biasa je" ujarnya dan aku senyum.
"Saya makan ni" aku bersuara dan dia anggukan kepala. Aku tadah tangan dan dia ikut sama tadah lalu aku suakan kek itu dalam mulut. Gila! Heaven doh rasa dia memang sedap hingga menjilat jari ni. Moist gila dah la cair di mulut je cheese dengan coklat dia. Pergh! Memang aku suka makanan manis pun! Kalau mak rasa ni mahu lompat cecah awan sebab sedap sangat.
"Betul ke cik buat ni?" Soal aku padanya.
"Ya" jawabnya ringkas.
"Ya ke? Ke mak cik yang buat?"hehehe.
"Saya yg buat, mak tolong jugak"
"Dah agak, mana satu. Cik yang tolong mak cik yang buat ke sebaliknya?"
"Saya tak kisah awak fikir apa" pergh! Jawapan tak boleh buat bergurau langsung. Aku terus makan dan dia pandang je.
"Bila saya kena mula kerja?"
"Awk decide. Saya ikut je"
"Esok tak boleh, lagi satu esok la ya."
"Boleh je. Tapi, ada a few syarat kalau awak tak kisah"
"Tak kisah, apa?"
"Nanti saya cakap. Saya kena pergi ni." Ujarnya seraya angkat punggung. Alah! Baru je nak sweet2 makan kek berdua, makanan dah tepat masalahnya tempat ni spoil. Bengkel kereta kau! Hahaha.
"Cakap tak suka kerja lain. Yang kau pergi jadi driver dia kenapa?" Aku jeling Wan yang tak setuju aku tukar kerja jadi driver cik Risa, suka hati aku lah. Hihihi.
"Entah, kau syok kat minah tu eh?" Soal Shah pula dan aku diam, takkanlah aku suka kat dia tapi kenapa jugak aku terima kan? Aku garu pipi dan berfikir sejenak tapi tak dapat jugak jawpan dia. Diam je la.
"Aku tanya ni!" Marah Shah bila aku sia siakan dia punya soalan. Aku sengih sekejap dan sambung fikir balik tapi sah memang tak ada jawpan.
"Tak tahu la weh, sebab kesian kot. Dia tu sakit"
"Kenapa nak kau jugak jadi driver, kenapa tak upah orang lain?"
"Apesal korang semua nak jadi polis ni? Driver pun kerja yang halal apa"
"Memanglah halal. Tapi kalau dibandingkan driver dengan seller baik seller la, kan?" Wan kemukakan cadangan dia dan mintak persetujuan Shah.
"100% betul bro!"
"Kan aku dah cakap sebab dia sakit."
"Sebab dia sakit ke kau yang skit angau?"
"Mana ada! Korang ni, otak budak2"
"Ya la tu, kan?"
"Susahnya cakap bahasa melayu ni!"
"tak nak mngaku la tu!" Eish! Dua orang ni ada yang nak kena hentak rasanya.
"Korang kisah sangat kenapa?" Soal aku geram dan dua2 senyap.
"Pelik je, sebab kau rela kerja dengan dia. Dengan cik Diana kau jaki pulak"
"Sebab, dia tak pernah bandingkan kerja aku sebagai pomen dengan kerja lain. Dia tak pernah rendahkan kerja aku tu" betul la kan? Dia respect aku kan?
"Ya la, kalau lawan mulut kau tak menang jugak kami ni. Esok pakai baju putih la kau ya?" Soal Wan tersengih.
"Tak lah, baju biasa je. Dia cakap bukannya nak jadikan aku driver sangat. Just orang yamg tolong bawakan kereta untuk dia. Dia tak sihat dan dia tak nak risaukan mak dia"
"Oh, kau rela pun sebab kesian la ni?" Akhirnya! Faham jugak dua orang ni. Susah!
"Ya la!"
"Dia sakit apa?" Soal Wan tiba2 berminat.
"Entah, tapi, aku rasa kritikal jugak sampai pucat tak berdarah, jalan pun tak larat. Dah la bergantung dengan ubat"
"Ya? Kesiannya" Shah pulak yang turut simpati. Hehehe. Tahu pun kisah sedih ni.
Pagi2 lagi aku dah tercongok depan banglo dia ni. Aku heran mana ayah dia langsung tak pernah nampak. Mana orang lain lagi dalam rumah ni? Atau memang mereka berdua je? Hurm?
"Dah lama sampai?" Aku terkejut bila dia muncul depan mata aku. Dia ni, haish! Dia ni lawa tapi tak bergaya langsung dan nampak macam biasa je. Tapi, dia comel kot. Hihihi.
"Kenapa pandang macam tu?" Erk! Tenung anak dara orang tak ingat dunia kau.
"Ada lipstick kat pipi" ujar aku reka je dan dia tak respon pun. Kesat pipi pun tak. Kenapa dia tak kalut macam perempuan lain pun?
"Jom kita pergi" ajaknya lalu masuk ke dalam kereta di bahagian belakang. Aku dah nama pun driver mestilah kat depan.
"Sorry, saya tak selesa nak duduk depan" ujarnya dan aku pandang dia sekilas. Macam tak sihat je muka dia ni.
"Tak apa. Saya tak kisah pun. Cik steady je kan bila saya cakap ada lipstick kat pipi. Kalau adik saya? Berlari cari cermin" aku tergelak kecil dan dia hanya pandang aku kosong. Tak lawak agaknya apa yang aku cerita ni.
"Saya tahu awak tipu"
"Macam mana cik tahu?" Soal aku teruja nak tahu . Setakat ni kalau aku bohong semua orang percaya je. Hahaha.
"Sebab saya tak pakai lipstick pun" rahang aku jatuh saat dia cakap macam tu. Pedia???? Pink asli la bibir dia tu? Woi! Nakalnya mata anak pak mior ni! Smpai bibir anak orang pun kau survey.
"Kita nak ke mana?" Soal aku simpang skit. Malu la aku .
"Kita pergi ofis saya dulu. Nanti saya tunjukkan jalan"
"Ok! Are you ready miss?" Soal aku gaya pilot gitu. Heh! Dulu sekolah malas macam mana nak jadi pilot. Tapi aku minat kereta tak minat aero.
"Dah" balasnya ringkas dan setelah membaca bismillah kami bergerak pergi. Baru je kereta bergerak dia dah tutup mata. Mungkin rehat kot. Kesian betul aku tengok keadaan dia ni dah la muka pucat macam puntianak, kurus kering, kecik je. Sakit pulak tu. Dia sakit apa agaknya ya? Yang aku sibuk sangat ni apesal jugak. Hish!
"Awak, hentikan kereta jap" pintanya resah, aku terus hentikan kereta di tepi jalan dan dia terus berlari keluar dan muntah di tepi jalan. Aku cepat2 keluar dari kereta dan risau tgok keadaannya. Dia hampir terduduk dan aku menyambutnya, lemah gila badan dia sekarang ni. Dia sakit apa ni? Mengandung? Takkanlah kan? Tapi,dia mana kawin lagi. Dah! Yang kau sibuk sangat ni kenapa.
"Cik ok tak?" Aku menahan badannya dari terus rebah dan dia sandarkan kepala dia tak berdaya. Haish! Aku ni kot ya pun nak berdebar jangan la time gawat gini. Tak ada cara lain dah, baik aku bawak dia pergi klinik je. Aku angkat tubuh kecil yang dah tak larat langsung ke dalam kereta dan destinasi aku ubah ke klinik. Klinik abang long la senang sikit.
Sesampai di klinik aku papahnya pula dan dia mengelak untuk ke klinik. Keras kepala boleh tahan jugak dia ni kan? Dah nak pengsan pun sempat lagi layan kepala angin dia. Aku tak fikir banyak terus angkat dia dan bawa ke ruangan abang long tanpa hiraukan mata yang memandang. Abang long sendiri terkejut tengok aku terjah bilik dia macam tu je.
"Abang, tolong jap" aku bersuara dan abang yqng masih lagi terkejut cepat2 bangun dari kerusinya dan dia minta aku letakkan dia di atas katil.
"Kenapa ni?" Soal abang pada aku. Mana lah aku nak tahu kenapa. Aku ni doktor engine bukannya doktor orang pun.
"Tadi dia muntah2 lepas tu macam nak pengsan je" maklum aku dan abang periksanya. Aku berpeluk tubuh dan menjeling sekilas pesakit abang aku ni. Dah la potong queue.
"Maaf mak cik ya" pinta aku sopan.
"Tak apa, isteri ya?" Soal mak cik itu dan aku diam je tak tahu nak cakap apa. Abang dah sengih pandang aku . Sempat lagi doc ni ya!
"Mengandung anak pertama ke?" Adoi! Mana la aku tahu.
"Entah, tak sihat skit"
"Jagalah isteri baik2. Kalau mengandung lagi la" adess, dapat khidmat nasihat free la pulak. Baru je aku nak buka mulut nak menafikan status kami tapi abang dah siap check.
"Bagi dia rehat jap. Badan dia lemah sangat. Anemia dia agak parah" apa benda pulak anemia tu? Macam nama bakteria je.
"Darah rendah" heh! Macam tahu2 je aku tak faham.
"Kalau macam tu, Am tunggu dia kat situ la" aku berlalu pergi dan duduk di kerusi yang ada kat situ. Langsir aku tutup dan perhatikan wajah lesunya yang pucat. Aku senyum bila dia pandang aku dan dia hanya mampu pandang aku je.
"Saya terpaksa paksa cik datang sini"
"Tak apa. Saya ada meeting ni" kerja je ke dia tahu?
"30 min, lepas tu saya kejut cik." Aku memintanya tidur dan dia hanya angguk lalu baring semula dan tutup mata rapat2. Aku tenung wajahnya dan senyuman aku memekar. Hadoi! Mekar bak bunga rafflesia gitu. Hahaha.
"Jangan tenung saya" ujarnya tanpa membuka mata dan aku. Erk! Kantoi. Aku berdehem sedikit dan pandang tempat lain lalu bangun dari kerusi dan ke tempat abamg.
"Siapa tu?" Soal abang pada aku setelah pesakitnya keluar. Macam mana aku nak cakap ni eh?
"Boss Am" aku duduk di kerusi pesakit dan hulurkan tangan untuk diperiksa. Abamg tumbuk bahu aku kuat dan dia tergelak.
"Boss?"
"Nantilah cerita. Doc, saya sakit ni" aku buat2 muka sakit dan abang buat bodoh je, tak nak layan aku pun.
"Teruk ke keadaan dia abang?"
"Agak teruk, dia tak jaga waktu makan, waktu makan ubat. She is too tired and she needs lot of rest. This condition can put her in dangerous state. Dont let her do a lot of work and try find a time where she can relaxes her mind" adoi! Speaking london la pulak abang long ni. Tapi bila abang long cakap macam ni mesti dia tengah serius habis.
"I'm not her husband la" aku jawab selamba dan abang sengih.
"Betul jugak. She needs someone that can take care of her"
"Dia ada mak"
"Good!" Ujar abang dan aku senyum . Tapi dia ni macam dalam golongan degil sebenarnya.
"Excuse me, thanks doc. Jom?" Ajaknya dan aku tengok jam. Dah 30 minit berlalu. Aku salam tangan abang dan berjalan pergi bersama resit ubat.
"FOC tak boleh ke bang?" Soal aku sakan dan abang angguk lalu senyum sama.
"Nah duit" hulurnya pada aku.
"Free of charge"
"Saya nak bayar jugak" ok. Aku ambil je duit tu dan ambilkan ubat lalu berjalan di belakangnga. Bnyak gila ubat ni. Kalau gula2 boleh la tahan sikit nak makan kasi habis pun.
"Cepatlah, kita dah lewat ni" ajaknya dan aku segera masuk ke dalam kereta dan berikan plastik ubat itu pada dia. Dia pandang plastik ubat tu kosong sebelum ambilnya. Kesian aku tengok dia yang kena hidup dengan ubat.
Sepanjang sebulan aku bergelar driver dia memang dia selalu skip makan dan skip ubat. Aku dah tak boleh nak biarkan dia macam tu je! Aku kena buat sesuatu! Hurm... baik aku paksa dia makan lunch ni.
Aku turun ke restoren dan belikan makanan bungkus lalu terus ke pejabatnya dan setelah pintu diketuk aku disuruh masuk. Allah! Penuh barang atas meja dia,berselerak sungguh. Baru je aku nak ajak dia makan dah ada orang main ceroboh je masuk bilik dia. Mamat sengal ni lagi! Mentang2 CEO sesedap rasa je dia ni kan? Aku pulak yang emo tak pasal2.
"Aku nak file Johor tu, mana?" Soalnya kasar dan berjalan dengan berlagak ke meja Cik Risa. Geram betul aku tengok! Kalau ikutkan hati aku lempang jugak dia ni hari ni.
"File tu ada dengan Maira, saya tak tahu"
"Kan aku dah cakap aku nak kau handle projek tu!" Tinggi suaranya menengking dan macam biasa Cik Risa tenang dan diam je.
"Maira yang nak handle. Saya tak boleh nak buat apa2"
"Menjawab kau ya!" Meja ditumbuk kuat dan aku pulak rasa benci dengan sikap kasar dia pada cik risa. Sekalipun tak anggap macam pekerja hormatlah dia sebagai perempuan.
"Kau ni dah la selekeh, menyusahkan orang! Kerja pun tak betul!" Gelegak aku yang dengar ni. Gila jahat mulut mangkuk jamban ni. Aku terus paut lengan mamat gila tu kasar dan menariknya kasar. Pintu dibuka dan aku dgn cepat dan kasar tolak dia keluar. Aku kunci pintu dan biar dia mengamuk di luar macam orang gila. Cik risa datang utk membuka pintu balik tapi aku halang.
"Apa awak buat ni? Dia boss saya"
"Cik Risa boss saya! Saya dah muak tengok cara dia layan cik macam tu. Tolonglah, kalau Cik Risa tak nak melawan, izinkan saya untuk melawan!" Erk! Dah tertinggi suara pulak pada dia dan dia diam lalu pandang lantai. Alamak! Aku dah terover marah ke tadi? Aku diam jugak sama je dengan dia.
"Maafkan saya" pinta aku lambat dan dia angkat muka pandang aku.
"Terima kasih" ujarnya dan aku senyum bahagia.
"Jom makan" aku ajaknya dan dia pelik. Mesti tak tahu yang aku ni the best driver in the world. Hahaha.
"Jom!" Aku pelawanya duduk di sofa dan aku membuka bungkusan makanan lalu hidangkan padanya.
"Saya nak siapkan kerja dulu" aku terus berdiri di depannya dan halangnya pergi.
"Zalim dengan diri sendiri pun dosa tau" aku beri nasihat ringkas dan dia duduk balik. Hehehe. Dengar cakap pun. Aku tadahkan tangan untuk baca doa dan dia ikut sama tadah dan aminkan doa sama2. Aku tersenyum pandangnya dan dia masukkan sudu ke dalam mulut. Makan pun macam tak sudi.
"Sedap?" Soal aku padanya dan dia angguk je tanpa perasaan. Aku tinggalkan dia makan di meja dan ke mejanya yang berselrak. Aku kemaskan mengikut susunan dan dari jauh dia perhatikan aku.
Selesai aku susun dengan kemas aku kembali semula ke sofa bersama bekas ubat. Hahaha! Aku dah bawak ubat dia sekarang ni. Tak ada alasan nak skip ubat lagi dah.
"Half bekas ni, kalau tak saya merajuk" aku paksa dia makan separuh sebab baru je sikit dia dah tak nak.
"Kenapa awak nak merajuk?" Soalnya pelik.
"Saya tak nak cakap dengan cik nanti" aku buat suara mengugut macam anak buah aku selalu buat tu dan bibirnya bergerak sedikit. What? Senyum ke tu???? Miracle!!! Ok! Jangan tegur, biar je dia macam tu.
"Boleh ke orang banyak cakap macam awak diam?" Hahaha. Kena perli la pulak. Boleh ke Am? Macam tak boleh je kan?
"Dah!" Ujarnya dan memang separuh betul2 dia makan. Hadoi!
"Nah ubat" dia berkerut dan aku buat muka garang, dia ambilnya dengan muka terpaksa habis. Pahit aku nampak ubat yang dia telan tu dah la lima biji. Kalau aku? Memang tak la namanya. Dia urut batang lehernya sebab terlalu pedih dan aku rasa aku yang makan ubat tu sama.
"Boleh saya sambung buat kerja?" Soalnya macam saja nak perli aku je. Aku angguk dan senyum manis padanya. Ya Allah, mesti dia cantik kalau sihat dan senyum kan? Aku perhatikan dia yang khusyuk dengan kerjanya lalu aku ke mejanya dan dia buat bodoh je dengan kewujudan aku kat situ. Aku keluar dan bercakap dengan SU dia yang suka gossip. Hahaha. Aku pun suka jugak.
"Berani kau buat En. Imran macam tu" ujar Maya dengan muka tersengih. Suka la tu! Aku rasa dalam syarikat besar ni dua orang je yang baik dan tak suka kat CEO perasan bagus tu. Tu pun Cik Risa dengan Maya la. Hahaha.
"Mestilah berani! Kalau ikut hati aku campak dia dari tingkat 23 ni"
"Tingkat 60 terus" sakan pulak si Maya ni . Hahaha.
"Aku rasa Cik Risa tu baik gila kot. Kenapa ramai tak suka dia?"
"Sebab mulut jahat Cik Maira la. Padahal Cik Maira dan En. Imran tu adik beradik tiri Cik Risa tau! Ni ofis bapak Cik Risa, sepatutnya Cik Risa yang jadi CEO tapi papa dia paksa dia kahwin dengan En. Imran untuk berikan jawtan CEO ni. Lembaga pengarah pun beri la sebab dah nama pun anak menantu kan." Ha?
"Arwah papa dia yang paksa?"
"Haah! Cik Risa tu sebatang kara je kat sini"
"Suami dia?" Ok! Sakit hati aku dengar!
"Bekas! Tak sampai sebulan kahwin, dapat jawatn CEO terus dia ceraikan Cik Risa lepas tu cakap yang Cik Risa curang la, perempuan sundal la. Sebab tu la ramai yang tak suka Cik Risa" ya Allah! Beratnya dugaan Cik Risa tanggung. Patutlah dirinya tak kenal lagi erti senyum. Sampai hati betul mereka buat macam tu.
"Sedih kisah hidup Cik Risa ni. Lepas je sehari papa dia meninggal,terus talak jatuh. Kejam mak tiri dengan adik beradik tiri dia" aku hanya mampu diam dan tak tahu nak cakap apa lagi dah. Ada orang sekejam tu dalam dunia ni rupanya. Aku dah tekad! Aku akan protect dia! Tak ada siapa lagi yang akan sakitkan dia. In sha Allah.
"Aku tak akan biarkan sesiapa lagi sakitkan dia. Aku lawannya!" Aku berkata tegas dan Maya tersenyum.
"Kau suka Cik Risa kan?"
"Kau pun suka dia kan?" Aku soal dia balik.
"Mestilah! Dia boss aku kot" jawab Maya laju.
"Samalah! Dia pun boss aku jugak!"
"Eleh,kau feeling2 dengan dia kan?"
"Sibuklah!" Malas aku nak melayan Maya ni! Tapi memang aku dah tekad yang aku akan cuba sebaik mungkin untuk protect dia.
Dah bulan ketiga aku kerja dengan dia dan dia pun dah agak boleh senyum sekarang. Sumpah! Lawa gila kalau dia senyum kau. Dia pun dah agak sihat sekarang ni dan aku bahagia tengok dia bahagia macam tu sekali.
"Pengawal istana! Puteri kau apa khabar?" Soal Wan sambil sengih dan sengih aku lagi lebar dari dia.
"Sihat alhamdulillah"
"Berseri kau kan! Macam pengantin baru"
"Lebih dari tu aku rasa" Shah sambung dan aku tergelak.
"Kalau sehari dia tersenyum, rasa
sempurna hari aku wei. Boleh rasa yang sedih dia pergi" ujar aku dan Wan dengan Shah turut sama rasa gembira itu. Wan gosok belakang aku dan dia senyum.
"Teringin aku nak jumpa dia"
"Aku pun!" Teruja betul dua orang ni ha. Lepas aku duk cerita hari2 pasal Cik Risa mereka pun asyik duk beri semangat kat aku untuk bahagiakan puteri sedih tu.
"Nanti kita keluar sama"
"Janji bro!"
"Ok!" Aku senyum lagi. Terbayang senyuman dia yang lebih lebar pagi tadi bila aku bawa dia pergi makan ais kacang tepi jalan. Hahaha. Orang kaya mana nak makan benda macam tu.
"Kau rasa kau bagus sangat ke? Dah la selekeh! Buruk! Kau ingat aku takut kalau driver kau tu ada?!"
Jerkah si Imran gila tu kuat dan aku berlari kearah Cik Risa dari tandas.
Dah la dia marah depan staff2 lain dan menjadi tontonan ramai. Cik Risa masih lagi cuba bersabar dan dengar je apa yang mamat gila tu cakap. Aku berlari dan berdiri di sebelah Cik Risa dengan muka bengang.
"Dah datang hero dia! Kau bangga dapat bekas aku ni?" Soalnya sinis dan Cik Risa memandangnya terkejut.
"Entah2 dia dah layan kau kot. Sebab tu kau je sudi dekat dengan minah buruk ni! Aku, jijik la nak sentuh dia sebab tu kami kahwin tak sampai sebulan pun!" Cik Risa buat kali pertamanya aku tengok mata dia bergenang.
Aku tam tunggu lama terus menumbuk mulut kurang ajar tu sampai dia terlentang jatuh. Suasana mula gamat dan kami mula berbalas tumbukan. Aku tak kan benarkan mulut ni bersuara untuk hina Cik Risa lagi.
"Am,dah. Saya nak balik" perlahan je suara itu merayu dalam meminta. Aku beri tumbukan terakhir dan berjalan ekori langkah Cik Risa yang lemah. Belum sempat aku bersuara, Cik Risa telah pengsan di depan aku dan aku berlari mendapatkannya.
Aku sebak pandang wajah sedihnya yang sedang lena di katil hospital. Lagi sakit bila aku maklumkan keluarga tirinya tapi tak ada satu pun yang sudi nak datamg malah siap doakan dia pendek umur. Apalah dosa Cik Risa sampai mereka sanggup buat dia macam tu.
"Mama..." eh, cik risa mengigau ke?
"Cik Risa" panggil aku lembut dan dia buka mata perlahan lahan. Aku senyum melihatnya dan dia senyum sedikit.
"Saya pengsan lagi?" Soalnya pula.
"Erm! Cik Risa suka ya saya dukung Cik Risa. Sebab tu selalu pengsan?" Aku bergurau dan dia buat muka menidakkan. Hahaha. Comel!
"Mesti awak dah tahu semua kan? Mesti awak pun jijik dengan saya? "
"Kenapa nak jijik, bukannya Cik Risa tak mandi pun" aku berlawak dan dia dah berkerut tahan marah. Dah pandai nak marah sejak pandai senyum ni. Aku dah kemblikan perasaan dia. Cewah! Puteri hilang perasaan la ni bukan hilang ingatan.
"Saya dah lama tahu, bukannya Cik Risa berpisah dsngan dia sebab dia jijik dengan cik tapi, sebab Allah tahu yang dia tak layak pun untuk cik"
"Your words calm me" ujarnya tak percaya la tu.
"Betul! Tak pernah saya jumpa orang secantik Cik Risa! First time jumpa dulu pun saya dah puji cik kaw2" alamak! Terlajak kata tak boleh diundur kau! Cik Risa pun dah pandang aku pelik ni ha. Masaklah.
"Maksud saya, apa yang En. Imran cakap salah la" aku betulkan keadaan dan dia angguk je. Aiseh! Tapi memang dia cantik pun!
"Tapi memang cik cantik pun!" Tegas aku pula dan dia hanya buat muka dunnow. Ish! Mesti tak percaya ni kan?
"Saya ikhlas" perlahan je suara aku kali ni dan dia senyum lalu pandang aku, selalunya dia kalau nak senyum pandang tempat lain.
"Saya gembira" ujarnya lembut dan aku sengih. Hailah, dapat buat si kecik ni gembira pun dah cukup buat aku rasa bahagia.
"Petang nanti mak cik datang jenguk cik"
"Susahkan mak je" ujarnya pula dan aku senyum. Asyik fikirkan orang lain je sampai diri sendiri jatuh sakit pun tak peduli.
"Untuk anak dia, tak kan rasa susah pun" eh! Kenapa muka dia tiba2 je berubah ni? Aku ada salah cakap ke?
"Mama saya dah pergi. Mak tu pengasuh saya. Mak kedua saya" mata aku membesar. Pedia? Patutlah kan? Kalau tak takkan mak cik tak fight untuk anak dia ni kan? Oh. Pengasuh rupanya.
"Ni mama saya" dia tunjukkan gambar di dalam telefon dan aku terpegun sekejap. Cantik gila kau!
"Mama mix jepun" ujarnya dan senyumannya kali ini berbeza sungguh. Jelas bahagia di matanya.
"Patutlah Cik Risa lawa" aku pujinya pula dan dia senyum je.
"Papa kawin dengan mama tanpa rasa cinta. Semuanya atas dasar keluarga je. Papa break dengan mak tiri saya. Kalau mereka tak dapat anak papa tak kan dapat syarikat tu. Papa layan mama tak pernah elok pun dan mama banyak makan hati. Mama ada butik, Risa Boutique dan banglo ni la yang mama tinggalkan pada saya. Lepas je saya lahir, tak sampai 40 hari lagi papa dah kawin lain. Bila saya umur 10 tahun, mama dah pergi sebab kanser rahim. Mama cakap, walaupun papa tak terima dia, dia cakap saya ni hasil cinta dia pada papa. Saya percaya ada tiga cinta dalam dunia ni, cinta Allah, cinta rasul dan cinta mama. Saya tak percayakan cinta lain lagi. " aku diam bila dia cakap macam tu dan aku tak salahkan dia kalau dia tak percaya wujudnya cinta lain, yang penting dia tahu wujudnya cinta Allah.
"Aw!k tahu kenapa saya kahwin dengan Imran?" Soalnya pada aku dan aku gelengkan kepala. Mana la aku nak tahu kan?
"Sebab saya nak tahu boleh ke cuba cinta orang yang tak suka kita. Ternyata tak mampu pun. Saya, tak pernah rasa apa2 pun dekat Imran" heh! Aku suka part tu. Saya tak pernah rasa apa2 dekat dia. Hahahaha. Perasan mamat tu yang ada orang suka dia.
"Betul ke tak ada?" Soal aku balik.
"No" balasnya tenang.
"Kalau dalam tv tu mesti ada rasa debar2 lah. Cik tak rasa macam tu ke?"
"Awak layan drama ke?" Soalnya agak terkejut.
"Layan la jugak. Sikit la"
"Saya tak layan benda macam tu. Full of fake" ish! Dia ni tak fun langsung. Tak live the life.
"Jom pergi tengok wyang" aku ajaknya dan dia buat muka tak nak.
"Jomlah! Kalau tak saya merajuk"
"Tu je modal awak nak paksa saya kan?"
"Haah!"
"Bila?" Soalnya pula dan aku dah rasa bahagia tahap lompat cecah awan.
"Lepas cik keluar hospital. Yay!" Ujar aku ceria dan dia gelengkan kepala dengan gelagat aku entah apa2 ni. Aku senyum dan teruja nak ajak dia tengok wayang. Tapi tak tahu nak tengok cerita apa. Kalau cinta sah2 dia buat taik mata je nanti. Baik tengok cerita action je, ke cerita hantu? Mana satu ni?
"A fact story" ujarnya macam tahu je aku tengah fikir apa. A fact story? Ugh! Boleh kawan dengan Wan ni. Tak layan aku cerita tak ada feeling macam tu. Bosan!
"Saya decide"
"Ok! Susah pulak nanti bila awak merajuk" aku sengih bila kena perli dengan dia. Hahaha. Best jugak kena perli dgn dia ni. Barulah rasa tak buat lawak sorang2. Macam mana nak buat dia gelak eh? Susah benar.
"Saya nak ajak kawan saya sekali. Boleh? Semua kaki wayang"
"Boleh"
"Lelaki kawan saya"
"Saya tak kisah"
"Dua org"
"Ya, Wan dengan Shah ke?"
"Mana cik tahu?" Dia tahu?
"Saya selalu dengar awak cerita pasal msreka"
"Oh, saya ingatkan cik tak dengar pun" terharu dia sudi dengar cerita aku.
"Dangar la, sebab awak je yang suka bercakap"
"Cik ni, tapi sebab saya la cik dah pandai bercakap sekarang"
"Ya! Sebab awak! Terima kasih sangat2" aku gelak senang bila dia dah mula naik bosan dengan gelagat aku. Kan aku dah cakap yang dia ni comel.
Lagi satu cerita sedih aku dengar bila mak cik cerita yang tak pernah walau sekali Cik Risa didukung mahupun dibelai oleh papanya. Ya Allah, aku sedih untuknya tapi aku tahu Engkau janjikan yang terbaik untuknya nanti.
"Jom!" Shah tepuk bahu aku dan aku sedar,dah khayal sampai mana aku ni.
"Jom!" Aku ajak Cik Risa pula dan kami berempat masuk ke dalam panggung. Movie dah nak start dan yang paling teruja aku dengan Shah kut. Excited gila nak tengok fast and furious 7 ni!
"Popcorn " pelawa aku padanya dan dia hanya angguk. Macam biasa la tu.
Sepanjang movie main aku dengan shah je duk woah, wooo. Wah!!! Dua orang lagi ni krik2 je. Tak enjoy the movie langsung! Keluar je dari panggung aku dengan Shah tak habis lagi dengan teruja tapi Wan dengan Cik Risa diam je.
"Cik Risa tak suka ya cerita tadi?" Aku soalnya, niat nak buat dia bahagia tapi dia tak ada respon pun.
"Biasa je" balasnya dan aku dengan Shah dah bertukar muka. Ish!
"Tak nampak macam real pun. Kan?" Soal Wan pada Cik Risa dan paling tak boleh blah, dia angguk kau!
"Hurm! Best la Cik Risa!" Shah bertegas dan aku backing.
"Kalau ada orang buat yang kereta lompat bangunan tu saya boleh consider balik"
"Setuju!" Aku tergelak dengan gelagat dua otak fakta depan aku ni.
"Nanti kita try ya " aku angkat kening dan dia tersenyum sedikit.
"Jangan cabar si Am ni cik" Shah backing aku dan aku dah riak.
"Sebab tu banyak kereta rosak kat bengkel tu" Wan menambah dan aku diam. Aish!
"Saya terpaksa pergi ni. Nice to meet both of you"
"Us too. Nanti kita lepak lagi" Shah dah buat second date nampaknya. Aku siku bahu dia dan dia sengih. Cik Risa senyum sikit dan bersedia untuk pergi.
"Jumpa kat rumah. Bye" aku berjalan seiring dengan Cik Risa dan rasa macam keluar dengan mak we je. Huhuhu.
"Nak pergi butik ke ni?"
"Yup! Esok ada show stage"
"Nak pergi!" Sibuk je aku kan.
"Nak buat apa?" Soalnya.
"Nak usha awek muslimah cat walk" mata dia membesar dan aku
dipandang dengan geram. Hahaha.
"Gurau je la."
"Pergi dengan Ain, saya tak pergi pun"
"Lah, kenapa tak pergi?"
"Tak nak"
"Jom pergi. Best apa tengok baju rekaan kita berjalan atas stage"
"Awak nak tengok baju ke model?"
"Alah, kill two birds with one lastik ler" eh. Dia nak gelak la korang! Gelak je la mesti nampak comel gila. Mana tahu melting like ice ke hati ni.
"Pandailah awak ubah"
"Pergi ya!" Aku paksanya dan dia gelengkan kepala.
"Saya merajuk nanti" aku ugutnya lagi dan dia senyum.
"Kalau saya ada baju sesuai"
"Ada! Ada satu baju ni. Saya nak sangat cik pakai."
"Ya?"
"Kat butik saya tunjuk" ujar aku senang dan dia diam je.
Sebaik tiba di butik, setelah dia selesaikan semuanya persiapan untuk esok dia dan pekerja2 dia borak ringkas. Tiga staff ni kamceng dengan dia sebab dah kerja lama dengan arwah mama dia dulu, kecuali Ain je budak baru. Tu pun ok je.
"Saya nak hadiahkan baju ni kat cik" aku hulurkan satu kotak dan dia terkejut.
"Cepat bukak!" Teruja yang lain nak tengok hadiah ni. Dia buka dan semua mata terpaku tengok baju tu. Hahaha. Mana aku rembat? Jom throwback!
*****
"Mana boleh! Ni baju rekaan Adik! Adik nak pakai hari grad nanti"
"Adik! Bukannya muat pun." Aku bertegas.
"Boleh adjust la"
"Pendek! Labuh ni"
"Ab!,g nak buat apa? Pakai ke? Tak muat jugak!"
"Gila nak pakai? Pengsan mak Siti tu ha. Kalau abang pakai kalah kau nanti dik!"
"Perasan! Muka macam engine kereta"
"Woi! Pendek gendut" hahaha. Padan muka.
"Abang ni! Tak nak bagi la" alamak. Silap la pulak.
"Ala, comel! Abang nak beli kot"
"Sure?"
"Yes! Berapa?"
"1000 ringgit. Nak?" Gila bapak mahal. Baju dia yang buat je pun bukannya pereka terkenal ke apa.
"Fine! Abang beli"
"Serius?" Soalnya teruja.
"Potong elaun 100" hehehe. Dia buat muka dan aku gelak. Cepatlah jual.
"Abang ambik ni. Thanks" aku cium dahinya dan berlari keluar dengan dress ni.
"Abang!!!"
****
Tu la kisahnya baju ni. Lesap jugak 1000 aku tu tapi aku tak kisah kalau baju ni padan dengan dia.
"Pakai ni dengan selendang ni" aku hulurkan satu beg kertas dan dia hanya kelu tak tahu nak cakap apa.
"Mana kau curi baju ni Am?"
"Adalah! Robin hood!" Aku buat gaya ultraman dan Kak Mira baling aku dengan bntal. Hahaha.
"Lawa sngt. Terima kasih" pintanya dan aku senyum bahagia.
"Saya terima kasih tu kalau cik pakai baju ni"
"Saya akn terima baju ni kalau awak teman saya ke show tu dan pakai tuxedo" erk! Ada pulak give and take ya?
"Anggap ya je Risa!" Ujar Kak Mas sokong Cik Risa. Aku dengan tuxedo? Mahu kena gelak dengan Wan dan Shah.
"Kenapa pakai baju ni?" Soal Cik Risa bila aku tak pakai baju yang dia suruh. Mahu nak pakai? Semalaman Shah dengan Wan duk gelakkan aku. Kurang ajar!
"Ok la ni" aku buat muka berkerut dan dia senyum sikit.
"Saya dah agak dah, saya dah ready dengan jaket"
"Jaket keselamatan?"
"Bukanlah, like kot la. Jom" ajaknya ceria dan aku ikut dari belakang, kira ok la ni aku pakai kemeja bukan t shirt macam biasa. Ni pun dah kena gelak dengan mangkuk dua orang tu.
Aku beli baju baru ok sebab nak matching dengan baju Cik Risa. Hahaha. Aku pun tak tahu kenapa aku sanggup pay effort banyak sangat pada dia padahal aku ni driver dia je. Aku selesa dengan dia, mungkin sebab dia jenis pendengar yang baik kot. Aku pulak suka bercakap macam bertih jagung. Hahaha. Kaki kepochi la ni kiranya aku ni. Hehehe.
"Cik Risa cantik sangat" puji aku sebaik kami berdua dah sampai di dewan. Dia tersenyum dan gelengkan kepala sebelum melangkah masuk.
"Betul la! Trust me"
"Saya percaya. Dari tadi lagi awak asyik cakap benda sama je" ops! Hahaha. Dah terlajak puji dia ke apa.
"Sorry"
"Ok" jawabnya ringkas dan duduk di satu meja kosong. Aku senyum jugak dan duduk di depan dia. Aku pandangnya yang nampak sangat ringkas tapi cantik dan sedap mata memandang.
"Cik, selfie nak?" Soal aku dan dia berkerut. Erk! Tak nak ke? Aku buat muka sedih dan kemudian dia mengeluh. Macam jenis tak suka bergambar je ni.
"Perlu ke?"
"Tak perlu pun. Memori setiap saat bersama Cik Risa terpahat di hati. Di mana capacity dia tak kan habis!" Aku berkata bangga kemudian dengar suara kecil yang terbit dari bibirnya. Gelak, kan? Comelnya...
"Apa tu?" Soalnya lalu senyum melebar.
"Saya bahagia sgt dapat buat Cik Risa senyum" sebaik sebaris ayat tu keluar dari mulut aku terus dia senyap dan tunduk pandang bawah. Adoi! Mulut kau ni memang la tak pandai nak cover.
"Terima kasih"
"Eh?"
"Dah lama saya tak senyum. Dah lupa pun caranya macam mana. Saya nampak ikhlas ke?" Aku senyum dan angguk laju.
Senyuman yang sangat sempurna pada mata aku, walaupun tak selebar orang lain tapi pada aku dah selebar lautan dan cukup untuk buat hati aku melebar sama. Melebar dengan rasa gembira yang teramat sangat.
"Arisa?" Dengan muka terkejut satu pasangan menegur Cik Risa dan kami berdua pandang pasangan itu.
"Imram" erk! Habislah Cik Diana pun ada kat sini jugak. Psangan En. Imran pulak tu. Adoi! Keciknya dunia ni.
"Apa you buat dengan driver you kat sini?" Soal Imran dan masih lgi terkejut.
"Driver?" Haish! Dah dengar tu lgi nak tanya.
"Arisa, you look different" Cik Risa masih lagi dengan riak selamba dan Cik Diana pulak tak habis2 nak pandang aku kenapa? Dah ada boyfren tu jaga la elok2.
"Jom" aku ikut langkah cik risa yamg terus berlalu pergi tanpa hiraukan pasangan itu. Heh! Tahu pun yang Cik Risa aku ni cantik! Amboi! Cik Risa aku kau.
"Awak kenal?" Soal dia bila agak jauh dari mereka berdua. Aku angguk dan dia agak pelik.
"Dia la kekasih En. Imran" ujar Cik Risa tanpa perasaan.
"Dah agak"
"Mcm tu la maksud cantik pada Imran kot." Aku diam bila dia cakap macam tu. Cantik? Pengsan tak ingat kau.
"Cantik lagi Cik Risa! Dia pernah try saya tau" aku gelak sikit dan dia terkejut.
"Ya?"
"Ya! Tapi saya tak berminat" aku jawab bangga. Bangga seh!
"Kenapa?"
"Saya lagi suka cik" aku jawab jujur dan dia terus diam dan pandang tempat lain. Adoi! Macam mana boleh terkeluar ayat macam tu pulak? Habislah.
"Sebab dia suka pandang rendah dengan kerja saya dulu." Heh. Betulkan keadaan sebelum terlambat.
"Oh, jom duduk" ajaknya dan aku terus duduk disebelahnya. Tak lama kami duduk seorang lagi lelaki datang menegur Cik Risa. Adoi! Semak la mamat2 ni semua.
"Arisa, you look gorgeous"
"Biasa je" jawab cik Arisa selamba. Tapi boleh tahan jugak mamat tak tahu mana asal usul ni.
"Why I cant see this beauty before?" Ayat kau! Buaya sungguh.
"I dont know" aku pulak sakit hati tengok adegan ni. Dah nampak yang orang tak nak layan lagi dia nak terhegeh tu kenapa? Muka tembok jalan ke apa?
"saya nak balik" Cik Risa pandang aku dengan harapan. Balik? Majlis tak mula pun lagi ni tapi nampak sangat yang dia tak selesa jadi aku ikutkan je.
"Saya minta diri dulu" pinta Cik Risa sopan dan terus berlalu pergi dengan laju. Sebaik tiba di kereta dia terus bersandar pada kereta dan mengeluh.
"Beauty is important right?" Soalnya lalu tersenyum sinis.
"No!"
"Then why them being so nice to me! There is no sincere in them!" Ok! Cik Risa naik angin. Tak pernah selama ni dia naik angin sampai macam ni sekali.
"Cik Risa marah ya?" Soal aku dan dia diam agak lama.
"No. I cant see even a man is more sincere than you" aku sembunyi senyum bila dia puji aku macam tu. Gila kau! First time kot.
"Kenapa awak ni?" Soalnya bila tengok aku diam je. Dah la muka rasa panas bila kena puji. Erk! Macam perempuan pulak perangai aku ni nak blushing pulak!
"Saya segan, cik puji saya tadi" dia tergelak kecil dan pandang tempat lain.
"Jom balik" ajaknya lalu masuk ke dalam kereta dengan senyuman meleret dan aku ikut sama senyum. Heh! Bahagia.
"Cik Risa patut macam ni selalu. Be more confident! Jangan biar sesiapapun pandang rendah kat cik. "
"Should I change?"
"Bukan change. Lebih kepada pertahankan diri sndiri. "
"Terima kasih"
"Kenapa?"
"For everything." Aku senyum lagi dan dia gelengkan kepala.
"Sejak awak ada, saya rasa saya dah kena jangkitan kuman"
"Ha? Ya ke? Setiap bulan saya check up sihat je" cuak pulak aku rasa sekarang ni. Betul ke aku bawak kuman ni?
"Bukanlah, kuman baik"
"Ya? " heh. Segan pulak aku rasa ni.
"Terima kasih" ujarnya lagi dan dia senyum. Aku pun bahagia sebab dia dah kurang sakit sekarang dan dah selalu makan ubat, makan ikut masa. Dia pun dah pandai senyum.
"Mak cik tengok Risa tu senyum je sekarang. Terima kasih" ucap mak cik dan aku senyum sambil gelengkan kepala.
"Cik Risa senyum sebab dia bahagia. Sebab Allah. Saya pun bahagia tengok dia sihat, senyum dan ceria"
"Mak cik pun sama. Harapnya kamu berdua ni berjodoh" ha? Mulut aku ternganga bila mak cik cakap macam tu kemudian aku tergelak sedikit buat hilang rasa gusar.
"Pandai mak cik buat lawak" aku sambung gelak dan garu kepala yang tak rasa gatal pun.
"Apa pulak, Am tak suka ke dekat risa?"
"Mestilah suka, Cik Risa tu kan baik"
"bukan suka macam tu. Suka lain"
"Mak, suka apa pulak ni?" Cik Risa yang baru je turun dari biliknya join kami kat dapur.
"Suka makan kek yang cik buat" heh!hentam sajalah yang penting kek yang dia buat memang sedap gila.
"Jom kita pergi. Pergi dulu mak" Cik Risa salami tangan mak cik dan keluar dari dapur. Aku sengih pada mak cik dan aku ikut keluar dari dapur.
Apa aku nak buat sekarang ni? Aku dah jatuh cinta kat dia! Tapi, sekarang ni dia dah macam tak perlukan aku lagi.
"Am, awak hantarkan kereta kat rumah ya, saya balik dengan Imran" Imran lagi! Apa guna dia bayar aku jadi dia punya driver kalau sekarang ni asyik dengan Imran tu je.
Aku angguk dan terus beredar dari situ sebab tak tahan nak tengok muka berlagak si Imran. Mungkin dia bangga kot Cik Risa dah bagi muka kat dia sekarang ni dan aku dah tak penting lagi. Ya Allah, aku tahu yang aku tak patut rasa macam ni sebab aku sorang je yang cintakan dia dan aku tak layak nak hukum sesiapa atas perasaan aku ni. Ah! Cemburu ni sakit hati jugak sebenarnya kan?
Aku terus balik rumah tanpa hiraukan perasaan aku lagi. Yang aku tahu sekarang ni aku kena kuat. One sided love. Sedih betul bunyi dia kan? Hahaha.
Aku pandang Shah dan Wan yg masing2 duk siku menyiku. Mungkin nak tanya pasal aku kot. Knapa aku tak ceria macam selalu atau mgkin benda pelik dah jadi kat aku ke.
"Korang nak tanya apa2 ke?" Soal aku pada mereka dan dorang sengih.
"Kau ok ke?" Soal Wan dan aku mengeluh lalu gelengkan kepala.
"Kenapa?" Soal Shah pula. Aku angkat bahu dan baring di atas sofa dengan selesa.
"Sakitnya jatuh cinta ni kan?" Soal aku dan Shah dan Wan dah melutut sebelah aku sambil tersengih lebar. Apa2 je la dua orang ni memang tak boleh blah betul. Bahagia la sangat kan sebab aku dah mengaku yang aku suka kat boss aku tu.
"Kau dah confess ke?"
"Tak! Tak kan kot. Aku dah kecewa habis tau. Dia tak suka aku la dan aku rasa memang aku dengan dia tak berjodoh kut. "
"Cakap pun belum, mana nak tahu"
"Betul. Aku rasa dia dah boleh senyum macam biasa dan aku akan berhenti kerja"
"Mana boleh! Kau kena buat dia jatuh cinta kat kau. Mana boleh give up!"
"Mustahil! Lagipun aku dah tekad nak terima offer dari Jepun tu. Aku nak pergi dari sini"
"Ni bukan Am yang aku kenal"
"Shah, in love. We must know when we need to stop. Cinta pada orang yang salah tak kan ke mana" kami bertiga sama2 diam akhirnya. Betul apa yang aku cakap. In love there is no force, Cik Risa pun dah bahagia sekarang dan dah sihat pun. Aku dah boleh pergi dari hidup dia, sebagai driver dia aku bahagia sangat dapat kenal dia.
Dia dah ada Imran dan berita mereka akan kawin semula mungkin betul. Semua orang dah boleh terima dia sekarang dan dia tak keseorangan lagi. Keluarga tiri dia pun dah boleh terima dia. Aku harap mereka semua ikhlas dengan semua ni. Now! It is a good time to stop, give up and start over. Jumpa minah Jepun pun ok jugak rasanya! Hahaha.
Aku tak tahu la pulak rasa sakit bercinta ni perit macam ni. Macam ni ya kita rasa bila orang yang kita cinta gelak dengan orang lain. Happy dengan orang lain. Haish! Rimas betul rasa ni! Kalau ikutkan aku nak je aku doa yang mereka tak bahagia tapi tu semua salah. Mak! Am tak suka rasa macam ni.
"Imran, let me go" aku tersedar bila Cik Risa mengaduh sakit. Aku bangun dari kerusi dan melihat lengan dia dalam cengkaman Imran. Dah kenapa pulak ni? Tadi ok je dua orang ni bergelak ketawa sekarang ni gaduh pulak. Patut ke aku masuk campur ni? Tapi dia berkasar dengan Cik Risa.
Aku letak majalah dan berjalan ke arah mereka berdua. Merah muka Cik Risa sekarang ni bila dia cuba lepaskan cengkaman kasar Imran.
"Imran, lepaskan Risa" pintanya lagi dan aku rentap tangan Cik Risa dari tangan Imran dan mestilah mamat bangang tu geram yang amat.
"Kau jangan sibuk! Ni urusan aku dengan bakal isteri aku!" Tengkingnya lalu mencengkam kolar baju aku. Aku pandang Cik Risa dan dia merayu pada aku jangan bergaduh.
"Kalau nak bincang, tak perlu kasar2 kot" aku bersuara keras dan Imran ketawa sinis.
"Imran, lepaskan Am" pinta Cik Risa dan Imran melepaskan dengan kasar sehingga aku tertolak ke belakang.
"Risa back up dia kenapa? Sebab Risa suka dia kan?" Tinggi suara Imran dan aku agak terkejut dengan soalan dia. Cik Risa pun macam terkejut dengar soalan tu.
"Apa yang Imran cakap ni?"
"Habis tu? Kenapa susah sangat Risa setuju cepatkan tarikh nikah kita?"
"Risa tak sedia lagi. Apa salahnya kalau kita ikut plan asal?"
"I want you to be mine as soon as possible! I love you so much!" Aku rasa nak muntah je kat sini bila buaya tu buka mulut macam tu. Layak ke dia nak cakap pasal cinta.
"Kalau orang tak nak tu ikut je la" aku menyampuk dan selamat satu penumbuk atas muka aku. Adoi! Tapi memang patut pun aku dapat penumbuk ni rasanya.
"Imran! Kenapa pkul Am?"
"Dah dia menyibuk sangat kenapa? Risa! I nak you pecat dia"
"Imran..."
"I atau dia! You pilih"
"Imran...you cant do this to me. Dia dah kerja dengan Risa lama"
"I dont care. I tak suka bakal isteri I berkepit dengan lelaki lain"
"Imran, berkepit? Apa maksud awak ni?"
"Family or outsider, which one is important?" Soalan membunuh habis ni dan aku tahu Cik Risa serba salah. Aku tahu yang family lebih penting dan aku akan terluka kalau dia pilih family. Apakan daya aku hanyalah orang luar. Cik Risa pandang Imran lama dan aku dah dapat agak apa pilihan dia. Aku, dah kena reject awal2 lagi.
"Saya berhenti kerja, terima kasih atas semuanya" aku tinggalkan kunci kereta dan berlalu pergi. Sakitnya rasa ini ya Allah. Aku terus berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi dan aku tahu aku tak patut rasa macam ni. Aku sepatutnya bersedia untuk benda ni jadi awal2 lagi.
Semua orang terkejut bila aku datang dgn baju kerja ke bengkel. Tak peduli la apa yang orang akan fikir nanti.
"Kau betul ke ni?" Soal Wan pada aku dan aku senyum sebelum angguk. Aku terus ke bahagian belakang dan siapkan dokumen yang patut sebelum pergi ke Jepun.
"Am, kau sure ke ni? , bukan sekejap kat Jepun tu"
"Sure la, apesal kau ni?" Soal aku balik. Entah apa yang dia duk kalut sangat tu.
"All the best bro" aku sengih dan teruskan apa yang aku tengah buat. Aku tahu yang mungkin nampak macam aku ni pengecut dan nak lari dari masalah tapi ikhlas aku cakap, aku bukan lari dari masalah, aku cuma nak lupakan semuanya. Cinta pertama gagal? Ok je.
Sebaik aku menapak keluar dari ofis manusia ni jugak yang muncul kat sini buat semak je la dia ni.
"I dengar you kena pecat eh Am? Tu la, I ajak kerja dengan I sombong. Last sekali balik bengkel jugak" amboi, kemain lagi perlian dia, pedas kau.
"Aku yang berhenti" aku jawab agak kasar dan berjalan pergi.
"Offer I masih lagi terbuka untuk you"
"I dont need that."
"What? You nak kerja mechanic ni sampai bila?"
"Dont insult my work and my career. For your information Cik Diana, this is my own workshop! And i am not as poor as you think! I dont need your money to success and I dont care how much you can pay me. This is my success, get that?" Aku hempas file ke lantai dan berjalan pergi jauh darinya. Dasar perempuan sakit otak!
Apa aku dah buat ni? Berkasar dengan perempuan? Ya Allah. Bila aku sedar yang aku tak patut cakap macam tu aku mendapatkan dia semula.
"Cik Diana" panggil aku sebelum dia masuk ke dalam kereta. Aku dah tengking dia depan orang ramai. Apa dah jadi dengan aku ni Ya Allah.
"I didnt mean it. I'm sorry" pinta aku dan dia tutup semula pintu kereta lalu pandang aku.
"I yang patut minta maaf, I'm sorry" pintanya dan aku senyum lalu berjalan mendekatinya.
"Saya tak patut marah cik depan orang ramai macam tu"
"No, it's fine. I yang malu sebab dah pandang rendah dengan you"
"It's ok. Let's be friend"
"Sure?" Soalnya teruja.
"Yes"
"Friends!" Ujarnya lagi ceria dan tiba2 senyuman dia hilang dan matanya jelas terkejut dengan apa yang dia lihat. Aku toleh ke belakang dan aku ikut sama terkedu. Cik Risa dan Imran.
"Great! Diana is here too. Both of you, in a relationship?" Imran bersuara dan gelak sikit. Aku pandang Diana yang menggelangkan kepala dengan maksud yang cuba disampaikan Imran.
Pada mulanya mata aku jatuh pada wajah bersahaja Cik Risa kemudian aku palingkan wajah dan pandang Cik Diana. Aku senyum segaris sebelum pandang mereka berdua semula.
"Give it to them sayang" Cik Risa hulurkan dua sampul dan aku teragak agak untuk menyambutnya. Mata kami langsung tak bertemu dan sebaik sahaja sampul bertukar tangan dia terus melangkah pergi.
"Pray for our marriage" Imran bersuara ceria dan berlalu dengan ikut langkah Cik Risa. Their marriage?
"I learn something today" aku tersedar dari lamunan dan pandang Cik Diana.
"Love is not belong to us" ujarnya lalu masuk ke dalam kereta dan terus pergi. Aku mengeluh dan sampul dibuka. Hati aku sebak dan rasa sakit yang teramat sangat kat dalam ni.
"Semoga awak bahagia, cinta" aku masukkan kad ke dalam sampul dan masuk semula ke bengkel.
"Am" terasa ada tangan yang menyentuh bahu aku. Aku serahkan sampul itu dan terus menonong ke kereta. Maka, berakhirlah cinta yang tak terungkap ni.
Jepun, aku menyedut nafas dalam2 dan memang suasana kat jepun ni fresh musim sejuk macam ni. Welcome me Japan! Aku terus ke hotel yang telah disediakan dan aku rasa sangatlah sunyi kat sini sorang2. Semoga aku dapat lupakan cinta tu dan bila aku balik nanti mungkin aku boleh bawak balik menantu kat mak ke. Hahaha. Mana nak tahu kan? Aku kemas sedikit barang dan ke beranda, wah! Salji dah turun dah, aku senyum puas hati dan kemudian masuk ke dalam bilik. Sejuk gila kau boleh beku kalau duk kat luar lama2.
Atas dasar kerja aku ada kat sini dan aku dah rindukan Malaysia. Macam mana ni? Bukan aku rindu Malaysia je, keluarga aku of course la! Dia? Sakit rasanya kalau nak bohong diri sendiri dengan cakap tak. Aku dah tiga bulan kat sni, dan hari ni tarikh kahwin dia. Sayonara love. Cewah! Cakap jepun skit. Hahaha. Tak ada apa yang boleh aku buat lagi dan pastinya aku rasa sedih sangat sekarang ni.
"Semoga awak bahagia disisi dia" ucap aku lemah dan terus berjalan di bandar terbesar di Jepun. Tokyo la. Esok, aku dah balik, kenapa bukan hari ni kan? Kalau tak mesti aku sempat halang majlis hari ni. Hahaha. Jahat plan aku kan? Tadi susah payah dah doa kebahagiaan dorang sekarang sempat lagi doa yang bukan2. Agaknya, ada tak dia suka aku?
"She is married!" Aku sedarkan diri sendiri dan duduk di bangku kosong. Walaupun sejuk, aku rasa lagi sejuk hati aku sekarang ni kut. Beku terus dah. Tak kuat lagi nak jatuh cinta buat kali kedua.
Selesai dah kisah cinta aku! Aku dah tinggalkan semua tu kat Jepun. Tolonglah jangan datang balik sebab tak muat bagasi dah ni nak bawak. Banyak buah tangan dalam bagasi ni. Selamat tinggal kenangan dan semoga kau bahagia kat negara orang.
"Macam kenal" kuat firasat aku kata yang aku kenal orang depan aku ni. Tapi, takkan la kot. Mustahil dia tahu rumah aku kat mana dan dia buat apa kat sini? Peninglah.
"Am!" Suara ceria mak buatkan semua orang pandang aku dan aku pandang mak lalu tersenyum bahagia. Mak peluk aku erat dan aku balas pelukannya, ramai2 orang, seorang je yang tak berpaling pandang aku malah dia terus berjalan pergi jauh dari kami. Sah! Aku memang dah mereng kalau sampai macam ni sekali angau aku.
"Kenapa balik tak cakap" marah mak dan aku senyum je.
"Jom masuk" mak tarik tangan aku dan aku perasan kereta yang aku cukup kenal. Takkanlah aku masih lagi duk berangan kot.
"Mak, kereta siapa kat luar tu?"
"Kawan Am kan? Dia datang nak jumpa Am" mak senyum je ni. Peninglah aku sekarang ni.
"Siapa?" Soal aku balik, rasa boleh agak siapa tapi macam mustahil je.
"Pergi la jumpa dia" mak suruh aku dan aku pakai selipar jepun lalu berjalan dalam debar mendekatinya yang sedang berdiri di bawah pokok kelapa. Kenapa dia datang sini? Seorang je ke?
"Ehem!" Aku berdehem ringkas dan
dia berpaling lalu pandang aku bersama senyuman manis. Ok! Sekarang ni aku rasa nak pengsan je. Kenapa dia ada kat sini?
"Apa cik buat kat sini?" Soal aku selamba dan dia senyum lagi. Tak faham maksud dia senyum tu.
"Honeymoon" aku rasa macam kena tembak je sekarang ni. Honeymoon? Kat sini? Buat apa?
"Kenapa nak honeymoon kat sini?"
"Sebab awak cakap kampung awak tempat terbaik untuk bercuti" ceh! Memang aku ada cakap tapi perlu ke dia datang sini? Pergilah duk homestay atau jalan2 tepi pantai ke. Datang rumah aku buat apa?
"Banyak lagi tempat lain" aku balas dingin dan dia tergelak kecil.
"Awak ni comel sebenarnya" aku terkedu seketika bila dia puji aku.
"Apa yang cik nak?" Soal aku terus, elak terbuai dengan perasaan.
"Tenangkan fikiran"
"Saya rasa cik dah salah pilih tempat. Baik cik ajak suami cik honeymoon tempat lain"
"Saya tak kahwin pun" aku terkejut dengan jawapan dia. Apa maksud dia?
"Tapi..."
"Macam mana saya nak kawin? Saya tak kuat untuk terima lelaki lain dan saya tak tahu caranya. Saya hanya boleh terima awak. Boleh awak terima saya?"aku terdiam terus. Memang angin je dapat dengar sekarang ni. Aku ni tengah mimpi ke apa? Takkanlah kan? Macam mimpi indah yang tak kan jadi kenyataan je.
"Apa Cik Risa mengarut ni?" Soal aku setelah habis terkejut.
"I knew it. Awak tak boleh terima saya" ujarnya lalu tersenyum sedikit.
"Saya minta diri dulu" ujarnya dan terus berjalan pergi. Setelah dia masuk ke dalam keretanya dia terus berlalu pergi.
"Am! Kenapa biar dia pergi?" Soal mak dan abah serentak. Aku telan liur dan tak tahu nak jawab apa.
"Abang ni teruk la! Kejar la! Susah payah tau Kak Risa datang sini cari abang!" Marah adik aku pula. Hish! Mereka ni macam dah berpakat je.
Aku tak cakap banyak terus naik kereta dan memecut pergi. Harapnya dia tak pergi jauh lagi. Bila aku dah berada di jalan besar barulah aku nampak kereta dia dan segera aku potong keretanya dan minta dia berhenti.
Kami sama2 berhenti di tepi jalan tapi masing2 masih lagi dalam kereta. Apa yang aku nak cakap sekarang ni? Aku keluar dari kereta dan berjalan ke keretanya. Aku ketuk cermin kereta dia dan sikit je dia turunkan cermin. Budak ni!
"Marry me" aku bersuara tenang dan dia senyum.
"Really?"
"Tu apa yang cik nak kan?" Aku jawab lagi dan dia mengeluh.
"Its ok, I dont want you anymore" aik! Tadi bukan main lagi sekarang ni tak nak pulak.
"What? I dont care! I want you, so?"
"Marry yourself"
"How can? "
"I dont care, I'm leaving" ha?
"I love you, marry me?" Pinta aku lagi dan dia buka cermin kereta sepenuhnya.
"Sure?" Soalnya ceria dan aku senyum. Takkan semudah ni je kut.
"Sekarang ni saya yang pelik, saya mimpi ke ni?" Soal aku keliru habis dan tak sempat aku nak cubit pipi sendiri satu pelempang singgah pipi kiri aku.
"Along! Sakitlah" aku usap pipi aku yang tak berdosa ni. Bila pulak dua orang ni datang sini. Suka la adik aku ni kan?
"Korang ingat ni KL drift ke? Main kejar2 dengan kereta pulak" marah along dan aku tersengih.
"Dah ada orang lari, kita kejar la" jawab aku balik.
"Risa balik dulu, along, adik" aku pandang Cik Risa yang dah nak balik. Dah la aku duk bingung lagi ni. Macam mana boleh cancel kahwin? Macam mana dia tahu kampung aku? Macam mana pulak dia boleh kenal along dengan adik, mak dan abah sekali. Pening.
"Dah nak balik?"
"Erm, saya balik dulu" dia naikkan cermin kereta dan terus memandu pergi. Aku garu dagu dan pandang Along dan adik.
"Anything to tell me? Dah naik pening ni" along senyum lalu menepuk bahu aku lembut. Aku pandang adik yang ikut sama senyum pandang aku. Apesal pulak semua orang pakat duk tayang senyum ni?
"Mak, abah, macam mana Cik Risa boleh sampai rumah kita?" Soal aku dan lagi sekali jawapn senyum jugak yang aku dapat. Haish.
"Hari dia kahwin, dia lari. Dia tinggalkan majlis dan pergi bengkl abang." Adik aku buka mulut dan aku sah la terkejut habis. Takkanlah.
"Adik ada kat situ, kebetulan sangat. Abang Wan cakaplah yang tu cinta hati abang" aku buat muka bengang bila adik aku buat angkat kening pulak, aku cukur nanti baru dia tahu.
"Dia cari abang. Then, adik yamg bawak dia balik rumah kita" adik aku sengih dan aku bertambah keliru la pulak.
"Kami semua dah lama tahu yang Risa tu cinta Am. Mak pernah tengok gambar dia dalan telefon Am" mulut aku ternganga dan sumpah muka aku blushing habis sekarang ni. Malunya! Dah la kena balun gelak lagi ni. Aku mengeluh dan baring terus atas lantai. Malu la weh!
"Mak tunggu jugak bila Am nak bawak balik dia tapi haram, tak sampai2 jugak. Last sekali dia sendiri yang datang"
"Lepas tu apa jadi?" Soal aku menyimpang sikit. Malu siot.
"Family dia cari dia, heboh kut kat internet. Dia kan anak orang berada. Sebab tu adik bawak dia datang sini. Hari ni dia dah balik. Adik tak tahu la apa akan jadi"
"What? Knapa tak cakap awal2? Ya Allah, Imran tu mereng mak, macam mana kalau dia apa2 kan Cik Risa?" Aku tak tunggu lama terus capai telefon dan kunci kereta.
Apa nak jadi pun jadilah yang aku tahu cik risa mungkin akn cedera nanti. Imran tu bukannya boleh tahan marah dia dengan mudah. Tambah pulak dia tak dapat apa yang dia nak. No dia aku dail beberapa kali dan dia tak angkat.
"Angkatlah" doa aku resah dan tak lama kemudian ada yg mnjawab.
"Cik Risa kat mana?" Soal aku terus. Salam tu semua dah duk tepi sekaramg ni.
"JB "
"Oh, bukan KL?"
"Tak, saya sewa hotel" aku lega bila dia ok.
"Balik rumah saya, saya jemput"
"Ha? Tak nak lah, saya ok je"
"Ok? Imran akan cari cik sampai lubang cacing tau"
"Saya ok je" jawabnya lagi dan aku pulak yang rasa bengang sekarang ni.
"Kita akan kahwin! Secepat mungkin. Saya nak esok awak balik rumah ni" aku beri arahan terus dan dapat dengar dia gelak. Dia ni ingat aku main2 ke?
"Awak menyewa hotel mana?" Habis je soalan aku talian dah dimatikan dan satu mesej masuk mengatakan yang dia nak tidur. Budak kecik ni saja la tu nak buat aku risau. Aku tutup pintu kereta kuat2 dan masuk semula dalam rumah.
"Mak, Am nak kahwin secepat mungkin. Boleh mak dengan abah settle?" Terus aku tanya dan mak dengan abah dah senyum.
"Paling cepat pun dua mingu jugak Am" jawab Abah dan aku mengeluh. Dua minggu? Lama tak?
"Ok la tu, kamu tak pergi kursus kawin lgi kan?" Betul jugak tu.
"Gatalnya abang ni"
"Bukan masalah gatal. Abang risaukan dia, dia tu bukan sihat sangat. Macam mana kalau Imran jumpa dia, Imran tu pernah nak pukul dia tau" aku risau habis ni boleh pulak dorang cakap aku gatal? Tapi, memang aku nak sangat kawin dengan dia pun. Hahaha.
"Nanti kita gotong royong dengan orang kg. In sha Allah, dua minggu sempat. Duit dah cukup ke?" Soal abah pula dan aku sengih lalu angguk. Menabung dari zaman sekolah kau nak kahwin ni. Gatal tak ingat la masa tu katakan. Hahaha
"Aku terima nikahnya....." selesai akad dan doa ditadah. Alhamdulillah ya Allah, moga aku mampu jadi seorang suami yang terbaik untuknya. Aku pandang dia yang sedang berpeluk cium dengan mak dan yang lain. Senyuman dia yang paling aku suka tengok. Moga aku mampu kekalkan senyuman ini di wajahnya ya Allah.
"Dah boleh jumpa pengantin perempuan" ujar tok kadi dan aku senyum manis habis kot. Abah tepuk bahu aku dan aku bergerak ke arahnya. Dia pulak ayu dengan baju warna putih mutiara, Ya Allah kini dia amanahku.
"Cik Risa" panggil aku lembut dan dia pandang lantai je. Tangan mak pulak singgah atas belakang aku dengan agak kuat.
"Bini kamu tu" aku tergelak sikit dan sengih. Tersasul kau! Maklumlah dah biasa panggil macam tu.
"Arisa" panggil aku lembut dan angkat dagunya agar pandang aku. Dia senyum dengan mata yang bergenang dan jari aku terus seka air matanya daripada mengalir.
"You look so pretty today, so, dont cry" aku bersuara dan dia kesat air matanya sendiri lalu salami tangan aku dan menciumnya lama. Aku titipkan doa padanya dan dahinya aku hangatkan dengan ciuman ikhlas. Lega Ya Allah bila aku mampu menjaganya dengan cara yang halal. Mak cik yang ikut sama hadir aku hadiahkan senyuman. Masin mulut mak cik la ni kot. Hahaha.
Kami sama2 diam dan termenung di atas katil sebab tak tahu nak buat apa. Nak borak pun macam tak ada tajuk je. Takkan nak cerita pasal bola kot.
"Awak penat?" Soalnya pada aku dan aku tak pasti sama ada aku perlu geleng atau angguk. Last sekali aku angkat bahu je.
"Risa penat" maklumnya dan aku angguk.
"Risa tidur dulu?" Pintanya dan aku angguk lagi. Adoi! Kekok sungguh situasi sekarang ni. Aku gigit bibir bawah dan tolong dia selimutkan diri. Apa benda kau ni Am?
"Am, boleh Risa tanya sikit?"
"Boleh! Apa je"
"Apa nama penuh Am?. Risa tak tahu" mata aku membesar serta merta dan aku terus tergelak. Nama penuh aku pun dia tak tahu? Hahaha adoi! Kelakar betul isteri aku ni.
"Jangan la gelak"
"Cari sendiri, bila dah tahu cakap kat Am. Boleh?"
"Am tak marah Risa tak tahu pun?"
"Tak, tapi kalau Risa tak cuba cari tahu nama penuh Am. Am merajuk" aku ugutnya macam biasa dan dia tergelak kecil.
"Tak habis2. Ok! Nanti Risa akan korek sampai jumpa" ujarnya teruja dan aku tersenyum. Apa lagi yang kami nak borak ni eh? Selalunya banyak je benda yang aku nak cakap tapi malam ni otak kosong la pulak. Tidur je la.
"Risa nak pergi mana ni?" Soal mak bila dia dah bersiap lawa2 entah nak ke mana. Dia pun tak ada cakap sepatah apa kat aku ni.
"Risa nak balik KL kejap" aku yang tengah cantik duduk terus berdiri dan masuk ke dalam bilik. Dia nak balik KL tapi tak mintak izin aku dan nak balik seorang pulak?
"Am, Risa nak balik KL kejap" baru nak mintak sekarang?
"Kenapa baru sekarang nak cakap?"
"Am, Risa lupa nak cakap. Risa dah janji dengan mak nak balik hari ni."
"Am tak bagi" aku bertegas dan air muka dia terus bertukar. Kenapa? Nak protes la tu.
"Am ikut"
"Ok. Am pergi siap" aik, teruja pulak muka dia bila aku cakap nak ikut dia.
Setelah kami bersiap kami berdua sama2 balik ke KL dan dia senyum je sepanjang dalam perjalanan. Tak faham sungguh aku dengan apa yang jadi ni.
"Jom masuk" ajaknya setelah kami berdua sampai. Kami berdua masuk ke dalam rumah dan mak ceria sambut kami berdua. Pengantin baru la katakan. Hahaha.
"Risa, ni surat. Peguam hantar" dia sambut dan buka sampul itu. Surat pembahagian harta? Tak selesai lagi ke wasiat papa dia tu?
"Mak, ada tak Imran datang sini?" Aku pandang dia setelah mulut dia menyebut nama lelaki itu.
"Ada, tiga hari lepas"
"Dia ok?"
"Ok je kut. Biasalah datang sini marah2 cari Risa"
"Rasa bersalah pulak Risa sekarang ni" ujarnya perlahan dan mak pandang aku. Tu la, jadi orang baik sangat kan? Ish! Jealous ke apa aku ni?
"Kenapa lari, sepatutnya kahwin je la dengan dia" aku bersuara dingin dan terus keluar dari rumah. Apa pulak yang aku buat kali ni? Ish!
"Am!" Panggilan dia aku tak hiraukan dan terus berjalan pergi.
"Pergilah pujuk, orang merajuk la tu"
"merajuk? Kenapa?"
"Mana mak tahu, pergilah" .
"Mak kata Am merajuk, betul ke?" Aku rasa nak gelak dengan soalan dia tapi aku tetap buat muka selamba habis.
"Risa rasa?" Soal aku padanya dan dia termenung sekejap.
"Macam ni ke kalau Am merajuk?" Soalnya lagi dan aku angguk.
"Lain kali, kalau nak merajuk warn dulu. Risa tak tahu" ujarnya jujur dan aku terus gelak. Aku tariknya rapat ke badan aku dan memeluknya erat. Dahinya aku cium dan dia terus keras kejung kat situ.
"Saya rasa kekok la" terasa tangan kecilnya menolak sikit badan aku dan dia pun dah lain macam sikit. Hahaha. Kelakar betul isteri aku ni kan?
"Kita tidur sini, esok Am teman Risa pergi ofis."
"Yay! Hope that so much"
"I love you" ucap aku dan dia diam lalu pandang aku dalam2. Aku nak dia tahu dan yakin yang aku cintakan dia.
"Risa rasa apa yang Am rasa" ujarnya pula dan terus masuk ke dalam rumah. Aish! Banyak maksud betul ayat dia tu.
Aku genggam erat tangannya bila semua orang pandang dia pelik. Mestilah kan, dah dia yang lari masa majlis kahwin dulu dan sekarang ni datang dengan driver dia pulak. Aku berikan kekuatan padanya dan dia nampak lebih kuat untuk melangkah.
Bila kami masuk ke dalam bilik mesyuarat semua mata pandang kami dan pastinya Imran terkejut dengan kehadiran Risa di situ.
"Cik Risa, sila duduk"
"Suami saya, Am" dia perkenalkan aku pada semua orang dan mereka berempat terkejut. Gila tak terkejut angin tak ada ribut tak ada dah kahwin pun kami berdua ni. Aku rendahkan sedikit kepala tanda hormat dan peguam itu senyum.
"Risa! You lari dari majlis kahwin kita sebab nak kahwin dengan driver you ni?" Imran terus bersuara lantang.
"Mohon jangan bertekak, kita nak bincang tentang wasiat arwah" peguam itu bersuara dan Imran hentak meja agak kuat. Aku pandang Risa dan senyum padanya. Dia angguk dan senyum sama.
"Kita mulakan dengan rumah banglo tu, arwah dah tukarkan nama kepada kamu semua. Kamu berempat berhak ke atas rumah itu dan tak boleh dijual sama sekali"
"Share syarikat 60% dibahagi kepada 4. 30% atas nama Cik Risa, dan masing2 10% milik , puan, dan dua anak puan"
"What?!"
"Mohon dengar sehingga habis ya puan"
"Harta2 lain telah dibahagikan, 40% atas nama Cik Risa anak kandungnya dan 10% kepada puan, setiap 10% kepada anak2 tirinya dan bakinya untuk rumah kebajikan"
selesai je pembacaan wasiat itu terus keluarga tiri Risa bertekak dan tak berpuas hati. Aku diam je la dah nama pun bukan hal keluarga aku kan?
"Itu sahaja, wasiat ini sah dan tak boleh ditukar" ketiga2 keluarga tirinya terus beredar dalam bengang. Aku rasa nak senyum je tapi Risa dah buat muka garang. Baik sangat dia ni. Haish!
"Ni surat yang arwah nak sya beri pada cik hari ni" sampul putih itu Risa ambil dan dia ucapkan terima kasih. Kami berdua minta diri dan keluar dari situ dengan senyuman mesra kpda staff lain. Biarkan apa nak jadi sekalipun yang penting kami dah halal.
Dia masih lagi bermain dengan surat yang arwah papanya kirim. Mungkin berkira nak baca atau tak kot.
"Bacalah" ujar aku dan duduk disebelahnya. Dia senyum sedikit dan buka sampul itu perlahan lahan. Terketar tangannya nak buka lipatan surat itu.
'Sayang,
Papa tahu, terlalu lambat untuk papa panggil seindah itu pada puteri papa ini. Papa sayangkan mama dan papa sayangkan Arisa. Kenapa papa tak pernah tunjukkan sayang papa? Sebab papa terlalu ego sebagai seorang lelaki dan akhirnya papa terlambat untuk selamanya. Semua harta yang papa serahkan bukan untuk bayar kasih sayang yang papa hutang selama ini. Papa cuma tak tahu macam mana harus papa beri lagi. Arisa dan mama harta yang paling bernilai yang pernah papa ada. Papa minta maaf dan papa tahu papa pengecut. Maafkanlah papa. Papa sayang Arisa.'
Aku tengok dia lipat semula surat tu dan dia pandang tempat lain. Aku ambil surat itu dan letakkan semula di dalam sampul lalu genggam tangannya. Aku palingkan wajahnya pada aku dan aku cium keningnya lama.
"Tak salah kalau kita menangis" aku senyum dan dia terus peluk aku erat dan menangis semahunya. Aku usap belakang badannya dan dia nampak lebih senang macam tu.
"Risa sayang papa" lirih suaranya dan aku senyum lagi.
"Am sayang Risa" dia tergelak sedikit lalu melepaskan pelukan dan turun dari katil.
"Nak ke mana?" Soal aku padanya.
"Nak pergi tandas"
"Nak buat apa?"
"Menangis" jawabnya lalu terus masuk ke dalam tandas. Aku tergelak dengan telatahnya. Macam2 hal betul la isteri aku sorang ni. Nak menangis pun kena masuk bilik air ke? Pelik2 je la dia ni.
"Encik Akram Jeffry!" Laungnya ceria. Dah berjaya cari nama penuh aku nampaknya.
"Ya, Puan Arisa Syafinaz"
"Yay! Risa dah tahu nama penuh Am"
"Yay! Mana tahu?"
"Your IC!" Aku tergelak bila dia tergelak senang. Bahagia je dia ya.
"Bye!" Dia terus masuk balik ke dalam rumah dan aku pandang abah yamg duk pandang kami berdua.
"Baru tahu nama penuh?" Soalan abah buat aku gelak sikit.
"Ya abah, Risa tu mana ambil tahu pasal Am dulu"
"Sekarang dah sayang la ya?"
"Ya la kot" aku dan abah sama2 gelak selepas itu. Hahaha.
"Termenung apa ni?" Soal aku pada Risa yang asyik pandang ke bendang sawah yang menghijau. Sehari dua ni suka betul dia termenung kan?
" teringatkan family kat KL"
"kenapa?"
"rasa bersalah"
"Kenapa rasa bersalah?"
"Entah, sebab Risa nak mereka bahagia sama macam Risa. Risa tak perlukan harta tu semua"
"Ya, Am tahu Risa tak perlukan semua tu."
"Habis tu, Risa nak buat apa dengan semua harta tu?" Soalan dia buat aku tergelak. Hai, banyak harta tak tahu pulak nak buat apa.
"Entah, Am pun tak tahu"
"Risa nak berhenti kerja, nak serahkan jawatan CEO tu pada Imran, butik tu Risa nak bagi adik uruskan"
"Ha? Betul ke ni? Habis tu Risa nak buat apa?" Biar betul? Dia nak
bersara macam tu je?
"Risa nak jadi suri rumah je. Risa nak ikut Am pergi mana je"
"Am nak pergi mana je, bengkel tu je la"
"Ha! Tu la maksud Risa. Nak ikut pergi bengkel. Nak mulakan kerja baru"
"Mechanic?" Soal aku pelik.
"Yup!" Ujarnya ceria dan aku tergelak lagi.
"Betul ke ni?"
"Betul! Saya nak kenal cinta saya ni dalam2" ujarnya dan aku peluknya erat.
"Sayang Risa!"
"Hmm" ujarnya dan balas pelukan aku. Buat kali pertama la kot. Hahaha.
"Dah, malu orang tengok" tegurnya dan aku gelak lagi. Aku tersenyum pandang dia yang turun dari pangkin dan berlari anak ke arah mak yamg sedang bagi ayam makan.
Ya Allah, moga aku mampu jadi penemannya hingga ke syurga. Amin.
Aik?saya org yg first komen ke?haha..btw seronok la kak baca cerpen akak ni.kesian ngn kehidupan risa tu..huhuhu
ReplyDeletehahaha. thanks baca...kesian ke? tapi ada lagi yg kesian... huhu
DeleteHi....saye dah baca cerpen awak...best sangat sangat..then...saye nak tahu...awak ni girl or boy...pandai awak tulis cerpen...
ReplyDeleteErrr. Saya girl . Thanks baca ..
DeleteMmg seronok la baca.. Akak, bleh tnya sikit x?? Mcm mna akak dapat idea tulis semua cerpen ni?? Huhu
ReplyDeleteThanks baca Salwa.. mcm mana dpat idea nak tulis smua ni? Hmmm...bnyak sbb sbenarnya dan stiap idea yg jengah otak kecik ni, beza2. Hahaha. Entah la dikk. Tak derk jwpan spesifik... hehehe
ReplyDeleteOoo, terbaik la kak..
ReplyDeleteHahaha. Yg pasti, idea yg ni dapat bila sis knal a guy yg sgt suka bercakap and merajuk bila org tak nak dgr ckap dia. Hahaha. . Kwan sis ler tu...
DeleteMmng best.sempoi arhhh
ReplyDeleteHi.. best sngtlh cite nii....sya rsa sya dh jtuh hti♥♥dngan karya2 ALZAISANARA ni...tak mmbosnkann..ada kelainan stiap crita...
ReplyDelete