Ini adalah cerita baru daripada salah seorang writer, please read it and enjoy it. Awak semua boleh visit dia punya blog jugak. Saya tak boleh komen banyak sebab saya tak sempat lagi baca cerpen ni, saya sempat baca sikit je and I can tell this story is good, I think it's better than mine. Hehe. Enjoy yourself okay? I will try to publish my cerpen too.
KASIH YANG KU PENDAMKASIH YANG KU PENDAM"Nadia Nur Arissa Sofia binti Megat Suffian!!!"jerit satu suara dengan lantang dari arah belakang.
"Uhuk...Uhuk"Arissa Sofia yang sedang enak menikmati maggie pedas gilerr tersedak sambil tangannya segera mencapai susu yang terletak di atas meja dan terus meneguknya dengan lahap.
"Kau ni dah kenapa hah?"marah Arissa Sofia sambil terbatuk-batuk sedikit.
"Kau tahu tak aku tengah pedas ni?"marah Arissa Sofia lagi.
"Hehe...sorry la tuan puteri intan payung.Patik tak tahu pulak tuan puteri sedang enak menikmati maggie pedas gilerr ni tanpa mengajak patik menikmatinya bersama."Aisyi Safia yang merupakan sahabat baik Arissa Sofia itu cuba menyakatnya sambil tangannya mengangkat-angkat bekas maggie pedas gilerr yang sudah tinggal separuh itu.
"Hah kau kenapa cari aku ni?"tanya Arissa Sofia dengan nafas yang sedikit terputus akibat menahan rasa pedas berapi yang terasa di mulutnya biarpun dia sudah menghabiskan dua kotak susu Dutch Lady.
"Kau tahu tak...?
"Tak tahu dan tak nak tahu."Arissa Sofia laju memotong ayat Aisyi Safia sebelum sempat dia menghabiskannya.
Sesungguhnya otaknya sudah tidak mampu dan tidak mahu untuk menerima apa yang bakal disampaikan oleh Aisyi Safia saat ini.
"Hisyy kau ni.Aku belum habis cakap lagi kau dah potong.Lebih baik aku tak payah bagitahu la macam ni.Kau pun bukan nak tahu sangat."Aisyi Safia berpura-pura merajuk dengan Arissa Sofia.Sesungguhnya dia cuba untuk menduganya.
"Okeylah...okeylah...apa dia yang kau nak bagitahu aku tu?tanya Arissa Sofia malas.
Aisyi Safia yang mendengar pertanyaan daripada Arissa Sofia itu segera tersenyum."Tahu pun kau ya."bisik hati Aisyi Safia.
"Hmm..kalau macam tu cubalah kau teka dulu siapa yang aku jumpa tadi?"dia menguntumkan sebuah senyuman yang sukar untuk ditafsirkan oleh Arissa Sofia sambil kening sebelah kirinya diangkat-angkat menanti jawapan daripada Arissa Sofia.
"Kau jumpa Hafeez Mikail ke?"Arissa Sofia bertanya sambil tangan kirinya menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal.
"Hisyy kau ni.Ke situ pulak.Mana ada aku jumpa Hafeez Mikail la.Cubalah kau teka lagi siapa yang aku jumpa tadi."senyuman Aisyi Safia masih tidak lekang dari bibirnya.
"Kalau bukan Hafeez Mikail siapa lagi?Setahu aku kau cuma akan teruja macam ni bila jumpa dengan selebriti pujaan kau tu je."Arissa Sofia yang mula berminat dengan pertanyaan Aisyi Safia itu menggosok-gosok dagunya sambil cuba memikirkan lagi jawapannya.Tiba-tiba matanya membulat.Aisyi Safia yang melihat keadaan Arissa Sofia itu tersenyum lebar.
"Dah dapat teka siapa ke?"tanya Aisyi Safia.
"Kau jumpa dengan bakal mak mertua kau kan tadi?"Arisa Sofia meneka sambil tersenyum bangga dengan jawapannya itu.
Aisyi Safia yang mendengar hanya mengeluh."Aku tak jumpa bakal mak mertua aku pun la.Sebenarnya aku jumpa pujaan hati kau tadi."dia memberitahu Arissa Sofia perkara yang sebenarnya.
Membuntang mata Arissa Sofia apabila mendengar jawapan yang keluar daripada mulut sahabat baik merangkap teman serumah dan sepejabatnya yang langsung tidak diduganya itu.Segala persoalannya juga sudah terjawab kini.
"M..maksud kau..kau jumpa d..dia?"Arissa Sofia bertanya dengan suara yang bergetar.Aisyi Safia pula masih dengan senyumannya.
"Ya la dia.Kau ada crush lain ke selain dia?"Aisyi Safia menyoal kembali.
"M..Macam mana..k..kau..b..boleh jumpa dia?"Arissa Sofia terus menyoal sahabat baiknya itu.
Perbualannya bersama Aisyi Safia petang tadi masih lagi terngiang-ngiang di benaknya.Setiap butir bicaranya bersama gadis manis yang tinggi lampai itu masih segar dalam ingatannya.
"Selama ni nama kau tak pernah luput dari ingatan dia."tukas gadis itu.
“Hoi Qif,kau termenung apa tu?Sampai aku panggil kau berkali-kali pun kau tak dengar.”Azriel yang sudah kegeraman menjerkah Ahmad Thaqif Aidan sambil tangannya pantas mencapai kusyen sofa lalu membalingnya tepat ke muka rakan baiknya itu.“Eh,kau Riel,bila kau balik?Aku tak perasan pun bila kau sampai.”Aidan hanya tersengih panjang apabila dia telah terkantoi mengelamun di hadapan Azriel.
Walaupun mereka telah bersahabat sejak kecil lagi,tetapi masih ada perasaan segan yang timbul dalam dirinya terhadap lelaki itu.Manakan tidak,lelaki itu seorang yang sangat sempurna di matanya dengan berbekalkan wajah yang tampan,bergaya dan berasal daripada keluarga yang kaya-raya.Tambahan pula,lelaki itu seorang yang sangat menjaga batas agama dalam setiap perlakuannya serta seorang yang baik hati dan rendah diri.Berbanding dirinya yang berasal daripada keluarga yang serba sederhana dia berasa sangat bersyukur apabila Syed Azriel Rizqi masih sudi berkawan dengannya.“Ishh…kau ni aku dah duduk sebelah kau pun sempat lagi kau mengelamun ya.Kau tengah fikir apa tu?”tanya Azriel lagi apabila masih belum kelihatan tanda-tanda Aidan mahu membuka mulutnya untuk bercerita.
“Hmhhh.”Aidan menghela nafas berat.Setelah agak lama berdiam diri,dia menjawab,”Takda apa-apalah.Aku cuma teringatkan mama aku dekat kampung tu je.Kau pun tahu kan mama aku tu bukannya sihat sangat.Tambah-tambah lagi sekarang ni mama aku tu tinggal sorang-sorang je.Aku ada juga ajak dia datang sini tinggal dengan aku tapi dia tak nak.Sayang nak tinggal rumah.Ya la rumah tu kan ada banyak kenangan mama aku dengan arwah abah aku.Dekat situ la jugak aku dengan kau membesar.”“Aku faham tu Qif.Tapi kau kena jugak bagi masa dekat mama kau untuk kuatkan semangat dia.Abah kau kan baru je meninggal dunia 6 bulan lepas.Kubur dia pun masih merah lagi.Kau kena banyakkan bersabar okey.Aku tahu kau mampu.”Azriel cuba memujuk Aidan.“Terima kasih Riel.Kau la kawan aku dunia akhirat.”Mereka segera berpelukan bagi memujuk gundah masing-masing.“Dah-dah,tak payah nak feeling-feeling sangat dekat sini.Kang tak pasal-pasal je kita kena tangkap khalwat.Aku tak nak la kahwin dengan kaum sejenis.Aku ni lurus tau.”Azriel cuba bergurau dengan Aidan.“Hahaha,bangang la kau Riel.Aku pun tak nak tau kahwin dengan kau.Aku ni pun lurus jugak la.”Akhirnya pecah tawa mereka berdua di ruang tamu itu.“Qif,aku tahu bukan masalah ni yang dah serabutkan fikiran kau.Kita dah kawan dari kecik lagi.Tapi aku takkan paksa kau untuk cerita semua tu sekarang.Aku akan tunggu sampai kau betul-betul bersedia untuk cerita semua masalah kau tu dekat aku.”bisik hati Azriel sambil meneruskan sisa tawanya.“Kau dah makan Riel?”tanya Aidan sambil meleraikan pelukannya.“Belum.Kau dah makan ke?”tanya Azriel semula.“Belum jugak.Jom lah kita keluar nanti.”cadang Aidan.“Hmm…boleh jugak.Lepas Isyak nanti kita pergi.Tapi aku nak mandi dengan solat dulu.Kau dah solat belum ni?”tanya Azriel lagi.Aidan hanya tersengih panjang sebelum menggelengkan kepalanya.Azriel hanya tersenyum sebelum berkata, “Sudahlah dengan sengih kau tu.Kau pergi ambik wuduk sekarang lepastu tunggu aku.Kita jemaah.”“Aye…aye kapten.Saya segera menurut perintah.”Aidan membalas dengan gaya seorang kadet sambil tangan kanannya diangkat seperti sedang memberi tabik hormat.“Aisy,aku lapar la.Kau tak rasa lapar ke?”tanya Arissa Sofia kepada sahabatnya itu.“Lapar la jugak.Kenapa kau tanya?Kau nak masak ke?”Aisyi Safia bertanya pula.“Aku rasa tak berapa sihat la.Kita makan dekat luar je la malam ni.”cadang Arissa Sofia.“Aku ok je.Mana-mana pun aku tak kisah.Lagipun aku pun rasa malas jugak nak masak malam ni.”Aisyi Safia hanya bersetuju.“Kalau macam tu kita siap-siap dulu lepastu kita keluar.Naik kereta aku tapi kau drive boleh?”tanya Arissa Sofia.“Boleh je.Aku pun nak kau banyakkan rest.Kau tu dahla kalau demam tu susah nak sembuh.Suruh makan ubat kau taknak.Suruh rehat lagila kau taknak.Sibuk jugak nak buat kerja.Bos dekat office tu bagi cuti pun kau buat tak hairan je.Bila kau pergi jugak office tapi bos tak nak bagi kerja dekat kau boleh pulak kau tu pergi tolong tea lady buat air la,cleaner sapu sampah la,officemate buat kerjala.Haihhh…aku pun tak faham la dengan spesies macam kau ni.Kalau orang lain tu dah dapat cuti nak rehat je,kerja tu kalau boleh taknak buat langsung.Tapi kau ni lain pulak.”tidak semena-mena Aisyi Safia berleter.Hah padu kau leteran dia sampai ternganga mulut Arissa Sofia.“Wei,kau ni apahal,tiba-tiba je berleter.Aku mintak kau tolong drive je.Kalau kau taknak pun tak payahla nak berleter.Kepala aku dahla tengah sakit ni.Kau pulak nak berleter dekat sini.Kalau kau taknak keluar malam ni takpa.Aku boleh je order delivery.Pizza Hut ke,Mc Donald ke,takpun aku order je dekat Foodpanda.Takdalah nak menyusahkan kau sangat kan.”suara Arissa Sofia bernada rajuk.“Sof,sorry la.Aku tak sengaja.Aku tak bermaksud pun nak buat kau terasa.Sumpah aku tak kisah langsung nak keluar malam-malam macam ni semata-mata nak teman kau makan.In fact,kalau kau suruh aku hantar kau balik kampung sekarang ni pun aku tak kisah.Aku sanggup Sof.Lagipun tadi tu bukannya aku sengaja pun nak berleter.Aku terlepas je.Kau pun tahu kan aku macam mana.Aku ni cuma risaukan kau je.”Aisyi Safia cuba memujuk.“Takpalah Aisy.Aku tak marah kau pun.Aku pun tak tahu la kenapa dengan aku malam ni.Asyik nak marah-marah je.Kalau tak marah pun mesti aku jadi cepat terasa,lepastu mulalah aku nak menangis.Sorry okey.”balas Arissa Sofia.“Takpalah,kita sama-sama salah.Kira 0-0 balik ya.”Mereka terus berpelukan sambil saling meminta maaf.Setelah agak lama mereka berpelukan tiba-tiba Aisyi Safia bersuara memecahkan kesunyian antara mereka.“Aku rasa kalau seminit lagi kita peluk-peluk,feeling-feeling,memang kebulur la kita malam ni.” “Kau ni potongla.Hmm…tapi betul jugak apa kau kata tu.Jomlah kita siap.Nanti pukul berapa pulak baru kita nak balik kan.”kata Arissa Sofia pula.“Qif,kau drive la.Badan aku ni rasa lenguh-lenguh pulak.”kata Azriel.“Boleh,tapi kereta kau.Jimat sikit duit minyak aku.”balas Aidan.“Ishh…kau ni dengan aku pun kau nak berkira kan.”rungut Azriel sambil tangannya sibuk menghulurkan kunci keretanya kepada Aidan.“Hahaha,mana ada berkira bro.Itu namanya give and take.”Aidan menyambung ketawanya lagi.“Banyaklah kau punya give and take.Dahlah lebih baik kita gerak sekarang.Aku dah lapar tahap membela ni.”Azriel menamatkan perbualan kosong mereka.DI DALAM KERETA,“Kita nak makan dekat mana ni?”tanya Aidan.“Macam mana kalau kita makan dekat gerai mamak je?”cadang Azriel.“Hmm…aku bukannya apa tapi kau tahu kan yang aku ni tak berapa suka dengan masakan mamak?Aku tak boleh langsung nak telan masakan diorang tu.”Aidan mengingatkan Azriel.“Haah la.Aku lupa.Sorry Qif.Kalau macam tu macam mana kalau kita makan dekat restoran western?Kedai yang baru buka dekat dengan office Zahid tu.The Place Wheel.Amacam,best tak?”Azriel menepuk dahinya sambil memberikan sebuah lagi cadangan yang baharu.“Hah?Kau biar betul?Aku dengar nama pun tekak aku dah rasa meloya ni.Serius la kau nak makan dekat sana?”Aidan meminta kepastian.“Yalah,kita cuba la dulu.Mana tahu sedap ke?Lagipun,we should not judge a book by its cover,right?Samalah macam ni.Lagipun nama je wheel.Bukannya kau masuk tu kau jadi berpusing pun.”kata Azriel cuba bergurau.“Okeylah kalau macam tu.Kira set lah ni.Confirm ni taknak tukar tempat?”tanya Aidan lagi.“Yes,confirm.”jawab Azriel.Arissa Sofia yang kurang sihat hanya senyap di kerusi sebelah penumpang.Aisyi Safia pula tetap fokus dengan pemanduannnya.“Kau ada suggestion apa-apa tak dekat mana kita nak makan?”tanya Aisyi Safia.Namun,dia berasa agak hampa kerana Arissa Sofia tetap mendiamkan diri.“Kita makan dekat The Place Wheel jelah.Kedai western yang baru buka dekat hujung jalan office kita tu.”cadang Aisyi Safia.“Ikut kau lah.Aku tak kisah makan dekat mana pun.”balas Arissa Sofia.“Sof,kalau aku tanya ni kau jangan sentap pulak.Actually kau still sayang dia kan?”tanya Aisyi Safia.“Aisy,apa yang kau mengarut ni?Dia apa?Haq?Come on lah,kau tahu kan dia dah lama mati dalam hati aku.Aku bukan Nadia Nur Arissa Sofia yang dulu.Aku dah bunuh diri aku yang tu.Sekarang ni cuma tinggal Nadia Nur Arissa Sofia yang baru.Dia?Tak penting dalam hidup aku pun.Dahlah Aisy.Aku penat ni.Aku nak rest kejap.Nanti dah sampai sana kau kejut aku.”bidas Arissa Sofia.“Memang kau kata kau dah berubah Nadia.Tapi aku tahu Nadia Nur Arissa Sofia yang dulu tak pernah hilang.Kau yang sembunyikan dia,Nadia.Kau tetap tak pernah berubah bagi aku.Walaupun mungkin penampilan kau dah berubah sekarang,tapi aku tahu sekeping hati kau tu tak pernah berubah.Cuma kau je yang ego.Kau tipu diri kau sendiri Nadia.Aku cuma boleh berharap kau kembali jadi Nadia Nur Arissa Sofia yang dulu.Nadia yang dulu.Nadia aku.”bisik hati kecil Aisyi Safia sambil meneruskan pemanduannya.Tanpa sedar,Arissa Sofia yang duduk di sebelahnya telahpun mengalirkan air matanya.Fikirannya kembali mengimbas perbuatannya suatu ketika dahulu.Perbuatan yang telah menambahkan lagi barah dalam persahabatan mereka.Persahabatan mereka yang ibarat retak menanti belah.13 TAHUN YANG LALU“Kau ingat kau hebat sangat ke?Jangan ingat sebab kau tu top student kau dah hebat sangat.Aku akan make sure aku dapat kalahkan kau dalam exam yang akan datang.Kalau aku tak dapat top one pun aku akan pastikan result math dengan sains aku lagi gempak dari kau.Walaupun cuma beza 0.0000001 peratus.”kata Ahmad Thaqif Aidan dengan lagak yang angkuh.“Kau ni dah kenapa hah?Yang kau tiba-tiba nak cari gaduh dengan aku ni kenapa?Pasal result exam pun kau nak gaduh ke?Relakslah,kita datang sekolah ni nak belajar,nak tuntut ilmu,bukan nak cari siapa yang lagi pandai.Aku pun bukan pandai sangat.Ada ramai je yang lagi pandai dari aku.”Nadia cuba menenangkan keadaan.Dalam situasi seperti itu,dia perlu bijak menggunakan akalnya.Dia perlu menunjukkan bahawa dia seorang yang matang dan bukanlah seseorang yang jenis cepat melenting.Walaupun umurnya baru berusia 13 tahun ketika itu,tetapi dia seorang yang pandai bermain dengan emosi.Justeru,dia sering menjadi penyelamat ketika ada rakan-rakannya yang bergaduh.“Tak pandai kau kata?Kalau sampai setiap kali exam kau dapat top one tu takkan kau bodoh lagi?Setiap kali kuiz yang cikgu buat mesti kau yang menang?Tu apa?Bodoh?”Aidan tersenyum sinis.“Aku tak pernah pun rasa diri aku ni terlebih pandai Haq.Kau tu je yang rasa diri kau terlalu lemah.Kalau nak dibandingkan kau dengan aku kau tu lagi pandai kau tahu tak?Kau tu lelaki.Allah kurniakan kau dengan 9 akal.Sedangkan aku ni?Budak perempuan yang biasa je.Aku ni cuma ada 1 akal je.Lagipun cuba kau tengok result UPSR kau tu.Result kau tu lagi elok dari aku kan.Aku ni dapat 3A je sedangkan kau?4A.So,perlu ke kau nak beza-bezakan dengan aku.It is proven that your result is better than me.Besides,there is only you that got 4A’s in this class.In this school.And we?We got only 3A’s the higher.You should be glad Haq.You came from one of the best primary school.The cluster school.But we?We came from an ordinary school.Unlike you.So,please,don’t bring up this matter.I’ve known you for long.I knew all your family.And so are them.Please,be mature okay.We are already in secondary.It is not the same as before.What past is past.Now,focus on what’s next.”balas Nadia.“Diam!!!Kau tak payah nak tunjuk pandailah dekat sini.Kau ingat aku tak tahu niat kau yang sebenar ke?Aku tahulah.Kau sebenarnya sengaja kan cakap ‘Bahasa English’ depan aku?Supaya kau boleh tunjuk depan semua classmates kita yang aku ni bodoh ‘Bahasa English’?Kan?”Kau sebenarnya nak semua orang tahu yang kau tu lagi pandai ‘Bahasa English’ dari aku kan.Supaya semua orang tahu yang aku dapat 4A je.Yang satu subjek lagi tu C.Kan?Dan yang C tu sebenarnya ‘Bahasa English’.Kan?Jawablah.Yang kau diam tu kenapa hah?Dah bisu?”jerkah Aidan.Nadia hanya mampu menahan gelak.Dia tahu kalau dia melepaskan tawanya sudah pasti akan menambahkan lagi bara di hati Aidan.Sebenarnya Nadia seorang yang suka membetulkan kesalahan.Dia bukanlah seorang penghidap OCD.Tetapi itu merupakan tabiatnya sejak kecil lagi.Nadia menarik nafas panjang dan menghembuskannya perlahan sebelum memulakan bicaranya.“First,kau dah salah faham sangat-sangat-sangat-sangat-sangat dengan aku.Second,aku bukannya nak tunjuk dekat kau yang aku ni lagi pandai BAHASA INGGERIS daripada kau.Third,tu sebenarnya memang cara aku bercakap dengan orang terutamanya bila aku cuba nak tegaskan sesuatu.Fourth,kau tu je yang tak yakin diri.And last,aku sikit pun takde niat nak rendah-rendahkan kau.Dan KAU,betul-betul dah silap besar.”Nadia masih cuba membetulkan kesalahan yang dibuat oleh Aidan dalam bicaranya di samping dia mahu menyedarkan Aidan. Muka Aidan membahang merah. “Ahhh…aku peduli apa ‘Bahasa English’ ke Bahasa Inggeris ke,yang penting kau memang sengaja nak bagi aku malu kan.Kau tu cuma bernasib baik je sebab kau pandai Bahasa Arab.Kalau kita tak ambil Bahasa Arab for sure aku boleh kalahkan kaulah.So,kau jangan nak berlagak sangatlah.”balas Aidan bernada sindiran.“Kau ni dah kenapa Haq?Kita kenal sejak kecik lagi.Tak pernah pun selama ni kau buat perangai macam ni.Tiba-tiba je ni.Kau PMS ke?Tapi setahu aku perempuan je PMS.Ke kau dah tukar jantina?”Nadia memang seorang yang berlidah bisa.Disebabkan itulah tidak ada seorang pun yang berani membangkitkan kemarahannya kerana takut dihentam oleh bisa lidahnya.“Kau tak payah nak tukar topik dekat sini eh.Aku dah lama tak puas hati dengan kau.Aku diamkan je selama ni.Tapi,kali ni kau dah melampau.”kata Aidan bernada marah.Dia bukan seorang yang suka naik tangan kepada perempuan tetapi hatinya tidak boleh bersabar langsung dengan seorang perempuan yang bernama Nadia Nur Arissa Sofia ini.Laju tangan kirinya diangkat untuk menampar Nadia tetapi gadis itu seorang yang sangat tangkas.Dia merupakan seorang ahli silat dan taekwondo.Begitu juga dengan Aidan.“Hah,sekarang ni kau dah pandai nak naik tangan dekat orang perempuan pulak ke?Kau ingat sikit sekali kau angkat tangan dekat aku sebijik penumbuk aku lekat dekat muka kau.”Nadia mengugut.“Buatlah,aku pun nak tengok jugak penumbuk kau tu besar mana.Lagipun aku ni manalah pernah rasa penumbuk kau tu.”Aidan cuba membakar Nadia.Dia tahu semarah apapun Nadia gadis itu tidak akan pernah menyentuh seseorang yang bukan mahramnya.Gadis itu seorang yang sangat menjaga batas pergaulannya sedari kecil lagi.Dia masih ingat dia pernah cuba bersalaman dengan gadis itu ketika masih di darjah 4 kerana dia akan berpindah ke sekolah yang baharu.Tetapi gadis itu tetap menolak untuk bersalaman dengannya walaupun berlapik sehingga habis seluruh sekolah dia lari untuk mengelak daripada bersalaman dengannya.“Hisyy,takpe aku bagitahu dekat mama kau.Biar kau kena dengar dia berleter pagi petang siang malam.Kau pun tahu kan mama kau tu sayang sangat dengan aku.Mana pernah dia tak percaya apa yang aku cakap.”ugut Nadia lagi sambil melepaskan penumbuknya.“Kau!”Aidan menarik semula tangannya.“Fine,kau yang cabar aku.Mulai harini kau bukan kawan aku dah.Walaupun kita sekelas.WE…ARE…ENEMY…FULL…STOP!”Aidan menyebut satu persatu perkataan itu di hadapan Nadia. “Heh,aku pun tak hairanlah dengan kau.Kau ingat aku nak sangat ke kawan dengan kau ni?Muka dahlah macam tongkang pecah,rambut serabai,datang sekolah pun entah mandi entah tidak,tapi aku rasa mesti tak mandi punya,dahlah bodoh,sombong pulak tu,kedekut ilmu,perasan handsome,bajet macho,pergi mampuslah dengan kau punya perasan tu.Aku pun tak hinginlah nak kawan dengan kau.Kalau kau nak bermusuh dengan aku pun tu masalah kau bukan masalah aku.Kalau kau pergi pun tak luak la kawan aku.Ada ramai lagi orang yang nak kawan dengan aku kau tahu tak?!!”Nadia membalas pedas.“Kau ingat kau tu dah elok sangat ke?Kau ingat kau tu lawa sangat dah?Cuba la kau balik rumah kau cermin sikit diri kau tu.Nak kata dekat orang tapi kau tu satu kali satu je dengan aku.Sekurang-kurangnya aku ni lagi elok dari kaulah.Kau tu kalau duduk dekat Nepal ke,Australia ke,Amerika ke tak payah nak pergi berjemur dah pun takpe.Kalau malam tak payah tutup lampu pun sama jugak tetap tak nampak kau.Maklumlah kulit sama je macam blackout.Lainlah aku.'White skin'.”Aidan turut membalas pedas.“Mulut kau ni kurang ajar kan.Kau nak kata aku hitamlah ni.Kau baik sikit eh.Kulit aku ni sawo matang kau tahu tak.Bukan hitam.Kau tu je yang bodoh.Tu la masa cikgu mengajar seni kau kalut sangat nak tidur sampai warna pun kau tak kenal.Kesian kau kan.One more thing,white people doesn’t said WHITE SKIN but it is FAIR SKIN.Tu la lagi kau tu masa Teacher Sakinah ajar English dulu kau sibuk main dekat belakang.Sekarang ni kan dah bodoh.Kan aku dah kata kalau dah bodoh tu lain kali belajar bukannya sibuk nak mengajar orang.”Nadia membalas lagi.Pedas.Berdesing telinga Aidan demi mendengar perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut Nadia.Orang yang lalu-lalang di sekeliling kawasan kelas mereka itu juga sudah tidak dihiraukan lagi.Mereka seolah-olah berada dalam dunia ciptaan mereka sendiri.Rakan-rakan sekelas mereka yang lain pula sudah mati akal untuk menghentikan mereka.Sedang asyik dalam lamunannya tiba-tiba “Sof!Sof!Sof!!!Bangunlah!Kita dah sampai ni!”jerit Aisyi Safia kuat di tepi telinganya.“Eh,dah sampai ke?Sorry,aku tak perasan.”jawab Arissa Sofia senada.Semua lamunannya telah terbang entah ke mana.“Takpe.Kau macam mana?Okey tak ni?”soal Aisyi Safia prihatin.“Aku okey je.Dahlah,jom masuk cepat.”ajak Arissa Sofia.Aisyi Safia pula hanya menurut langkah Arissa Sofia selepas memastikan keretanya telah dikunci rapi.